Friday, October 30, 2015

"JOKASO" (SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN DI TAPAK) DIBENTANGKAN PADA APEC FILIPINA 2015

NAGOYA, Jepun, 30 Okt, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
FUJI CLEAN CO., LTD. memberi satu pembentangan mengenai "Jokaso" (sistem rawatan air kumbahan di tapak) kepada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan di APEC Filipina 2015 (yang diadakan pada 1 September).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8445

KEIO PLAZA HOTEL MENAWARKAN MENU MANISAN KHAS DARI “ALICE’S ADVENTURES IN WONDERLAND”

Bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-150 Penerbitan Pertama Lewis Carroll
 
TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel paling berprestij dan bertaraf antarabangsa di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memperingati ulang tahun ke-150 penerbitan pertama novel terkenal Lewis Carroll bertajuk “Alice’s Adventures in Wonderland” pada tahun 1865 dengan menyediakan menu manisan khas. Manisan itu akan didasarkan kepada tema novel karya agung Lewis Carroll dan akan menyediakan kepada tetamu dengan pelbagai pilihan pencuci mulut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8443

Thursday, October 29, 2015

FESTIVAL ANIMASI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA CHITOSE BARU AKAN DIADAKAN DARI 31 OKT-3 NOV

CHITOSE, Jepun, 28 Okt, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Festival Animasi 2015 Lapangan Terbang Antarabangsa Chitose, yang kedua dalam siri, akan diadakan sepenuhnya di dalam kawasan lapangan terbang dari 31 Oktober ke 3 November, 2015. Festival antarabangsa itu, yang diadakan terutamanya di tiga teater yang terletak di lapangan terbang, akan menggalakkan pertukaran antara peminat dan penulis, asing dan Jepun, mengenai animasi yang telah berkembang menjadi budaya biasa di peringkat antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8438

Wednesday, October 28, 2015

PRA HEALTH SCIENCES MEMBUKA MAKMAL BIOANALISIS BARU DI BELANDA

RALEIGH, N.C., 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (PRA) (NASDAQ:PRAH) amat berbangga untuk mengumumkan pembukaan Makmal Bioanalisis canggih yang baru di Assen, Belanda. Kemudahan seluas 33,000 kaki persegi menyediakan 25 peratus lebih ruang berbanding makmal PRA sebelum ini, termasuk pelaburan ke atas peralatan molekul kecil dan besar yang terbaru, dan membolehkan kecekapan proses bionalisis optimum. Makmal baru tersebut juga terletak berhampiran dengan klinik Fasa I PRA di Groningen dan Zuidlaren, menyediakan capaian mudah dan analisis bagi sampel masa paling kritikal serta pelaksanaan ujian boleh suai.

“Kami berbangga untuk menawarkan pelanggan kami perkhidmatan makmal sains berkualiti tinggi yang terkemuka di industri dalam persekitaran baru dan inovatif ini,” kata Peter Ketelaar, Naib Presiden Perkhidmatan Makmal Bioanalisis Global PRA. “Kemudahan baru ini adalah bukti kepada komitmen PRA terhadap kecemerlangan dan semangat untuk memajukan pembangunan klinikal.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8419

ONE AVIATION(TM) MEMILIH JINGGONG GENERAL AVIATION SEBAGAI PENGEDAR EKSKLUSIF CHINA BAGI JET ECLIPSE(TM)

XI'AN, China,  27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ONE Aviation berbesar hati untuk mengumumkan Jinggong General Aviation Co., Ltd. sebagai pengedar eksklusif untuk Jet Eclipse di China. Jinggong General Aviation, kini dalam tahun yang kesebelas operasi keselamatan di seluruh China, menawarkan platform jualan, latihan dan perkhidmatan sehenti dan bersepadu untuk setiap rangkaian pesawat yang mereka wakili, termasuk Cirrus dan Mahindra Airvan.

Pengurus Besar Jinggong General Aviation Co., Ltd., En. Zhang Mingding, menekankan: “Kami sangat teruja diberikan peluang ini untuk menawarkan Eclipse kepada pelanggan kami, terutamanya di bawah latar belakang pembangunan pesat penerbangan di China. Kami yakin bahawa kerjasama dengan ONE Aviation ini akan terus mengembangkan pasaran Eclipse di seluruh Asia."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8422

Friday, October 23, 2015

AIRASIA BERALIH KEPADA SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK BERASASKAN AWAN UNISYS BAGI MENGURUS PERKHIDMATAN KARGO DI SELURUH RANGKAIAN LUAS PENERBANGANNYA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Okt, 2015 /Medianet International-AsiaNet/ --

Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia menggantikan sistem pengurusan kargo legasinya kepada perkhidmatan berasaskan awan yang moden, Unisys, dalam tempoh kurang daripada enam bulan.

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/)(NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah utama, AirAsia (http://www.airasia.com/au/en/home.page) kini beralih kepada Logistics Management System {LMS} berasaskan Unisys (http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/logistics-solutions ) bagi mengurus perkhidmatan kargo domestic dan antarabangsa dalam keseluruhan rangkaian sekutunya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8408

Thursday, October 22, 2015

TUAN RUMAH & LOKASI MAJLIS ANTARABANGSA KE-27 BAGI PERSIDANGAN DUNIA PENDIDIKAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ICDE) DIUMUMKAN

SUN CITY, Afrika Selatan, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika majlis penutup Majlis Antarabangsa ke-26 bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) di Sun City, ICDE mengumumkan Contact North | Contact Nord Kanada sebagai tuan rumah bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan jarak jauh ke-27 di Toronto, Kanada dari 17 – 19 Oktober, 2017.

Lebih 4 juta penduduk di 600 komuniti kecil, luar bandar, jauh, luar bandar, Penduduk Asli dan Penutur Bahasa Perancis di wilayah terbesar Kanada, Ontario, boleh menyertai program atas talian dan jarak jauh dan kursus dari 24 kolej awam Ontario, 22 universiti awam dan 250 penyedia latihan dan kemahiran asas dan celik huruf tanpa perlu meninggalkan komuniti mereka dengan mencapai perkhidmatan yang tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis dari Contact North | Contact Nord.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8406

Wednesday, October 21, 2015

BARANG BESI NAMBU, BARANGAN LAKUER, POKOK CERI TUNGGAL KOIWAI DAN LEBIH BANYAK LAGI – KESEMUA DAYA TARIKAN IWATE DI TOHOKU, YANG DIMUATKAN KE DALAM SEBUAH FILEM!

MORIOKA, Jepun, 20 Okt, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Wilayah Iwate telah mengeluarkan "Cafe IHATOV – Sebuah Cerita mengenai  Iwate," sebuah filem dalam talian yang dibintangi Ayumi Ito, di sebuah laman sesawang iringan yang berkongsi  Iwate dengan seluruh dunia. Dengan mempamerkan produk Iwate dan tempat-tempat untuk bersiar-siar, filem ini adalah sebahagian daripada projek untuk menggalakkan jualan barangan khusus di Iwate.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8405

Tuesday, October 20, 2015

COTY INC. MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN PLATFORM PEMASARAN DIGITAL GLOBAL TERKEMUKA BEAMLY

Urus Niaga akan Menyediakan Coty dengan satu Langkah Perubahan Merentasi Keupayaan Pemasaran Digital
 
NEW YORK, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Coty Inc. (NYSE: COTY) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Beamly, sebuah firma pemasaran digital yang serba canggih yang berpangkalan di New York dan London. Fokus utama Beamly adalah kepada memacukan pertumbuhan dan penglibatan penonton bagi jenama pengguna dalam media digital. Walaupun Beamly aktif merentasi kesemua media digital termasuk video dalam talian, suite keupayaan terasnya bertumpu di seluruh media sosial, di mana ia telah secara konsisten mengatasi tanda aras tempat pasaran. Syarat-syarat urus niaga itu tidak didedahkan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8400

​GABENOR FLORIDA MERAIKAN RANCANGAN PENGEMBANGAN OAKRIDGE UNTUK MEWUJUDKAN 1,000 PEKERJAAN BAHARU, MENGANUGERAHI SYARIKAT DENGAN PINGAT "DUTA PERNIAGAAN GABENOR"

Oakridge Global Energy Solutions Diiktiraf untuk Menyambut Ketibaan Era Baharu dalam Pembuatan Bateri, Mewujudkan Pekerjaan Tempatan

PALM BAY, Fla., 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Oakridge Global Energy Solutions, Inc. (OTCQB:OGES) baru-baru ini menerima anugerah mengagumkan daripada satu persidangan akhbar utama di mana Rick Scott selaku Gabenor Florida , disertai oleh beberapa orang kenamaan dan usahawan perniagaan tempatan, bertemu dengan kakitangan dan pasukan eksekutif Oakridge untuk meraikan rancangan pengembangan Syarikat yang akan datang dan kesannya pada komuniti tempatan.



Monday, October 19, 2015

MITEL MERANGKA WAWASAN STRATEGIK UNTUK MENYILANGI KOMUNIKASI MASA NYATA MAJU DENGAN TEKNOLOGI AWAN, PERUSAHAAN DAN MOBILITI


DALLAS, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam komunikasi perniagaan, awan dan mudah alih masa nyata, hari ini merangka wawasan strategiknya bagi menangani dunia mudah alih pertama yang berkembang dengan pesat. Strategi tersebut menumpukan terhadap menghapuskan halangan teknikal di antara silo perusahaan dan mudah alih dan dijana oleh tawaran awan terkemuka industri Mitel.

Memanfaatkan persilangan pasaran unik teknologi mudah alih, perusahaan dan awan, Mitel mendayakan model perniagaan masa nyata baru yang inovatif ketika talian di antara pengguna dan perniagaan tidak jelas. Menurut tinjauan yang dijalankan baru-baru ini *, lebih daripada 80 peratus perusahaan masih belum mengikat platform komunikasi perniagaan mereka dengan rangkaian mudah alih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8389

18TH MANUFACTURING WORLD OSAKA BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN PALING BESAR!


OSAKA, Jepun, 15 Okt (Bernama) — Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur
pameran terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa 18th Manufacturing World Osaka yang diadakan dari 7 Oktober hingga 9 Oktober 2015 di INTEX Osaka, pameran perdagangan terbesar di Jepun Barat bagi industri pembuatan, berakhir dengan kejayaan paling besar dengan 1,063 pempamer dan 42,216 orang pelawat dari seluruh dunia.


Perjanjian Gencatan Senjata Di Antara Kerajaan Myanmar Dan Pertubuhan Etnik Bersenjata

TOKYO, 19 Okt (Bernama) --

-Kenyataan dari Yayasan Nippon mengenai Langkah ke arah Kedamaian-

Wakil-wakil dari Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar dan lapan pertubuhan etnik bersenjata telah menandatangani satu perjanjian gencatan senjata pada 15 Oktober pada satu majlis di ibu negara di bandar raya Naypyidaw. Bersama-sama dengan Thailand, China, India, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan Kesatuan Eropah, Jepun, yang telah menggalakkan dialog di kalangan pihak yang terlibat dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada wilayah yang terjejas dengan konflik, menjadi saksi kepada majlis penandatanganan perjanjian itu. Yohei Sasakawa, Pengerusi Yayasan Nippon, menghadiri majlis tersebut dan menandatangani perjanjian itu atas sifatnya sebagai Duta Khas Kerajaan Jepun bagi Pendamaian Nasional di Myanmar. Berikutan penandatanganan perjanjian tersebut, Yayasan Nippon telah mengeluarkan kenyataan berikut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8395

Friday, October 16, 2015

KUASAI POTENSI DIRI, ATASI TRAUMA & KETAKUTAN

SHAH ALAM, 15 Okt (Bernama) -- Pelancaran ‘Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes’ bakal membuka lembaran baru kepada kebanyakan usahawan dan bakal usahawan menambah nilai dalam kehidupan dan perniagaan mereka.
 
Menerusi klinik usahawan ini,  peserta akan mempelajari rangkuman formula pantas bagaimana seseorang mampu memulakan, membina dan memperluaskan perniagaan.




Tuesday, October 13, 2015

GADIS 15 TAHUN DARI NEW MEXICO LAYAK KE ACARA AKHIR UNTUK MEMENANGI SATU JUTA DOLAR BAGI APLIKASI PERMAINAN

Aplikasi Permainan Popular Memasuki Peringkat 4, dengan 6 orang Pemain Layak untuk Bermain, Termasuk 4 orang Gadis

DALLAS, Oct 2 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Permainan Million, iaitu aplikasi permainan eSports pertama yang dibangunkan oleh AIGC Games dan boleh didapati di App Store & Android Play Store secara percuma, baru sahaja mengumumkan bahawa 6 daripada 10 pemain mudah alih sudah layak untuk bermain di acara penstriman langsung Peringkat 4 untuk memenangi satu juta dolar. Turut termasuk dalam kalangan pesaing yang layak ialah gadis berusia 15 tahun dari Albuquerque, NM, seorang gadis dari Kanada, serta dua gadis lain. 

Thursday, October 8, 2015

CDN LIGHTING BANTU PUSAT KEBUDAYAAN BELIA ANTARABANGSA NANJING MERAIH ANUGERAH REKA BENTUK AL

HUIZHOU, China, 8 Okt (Bernama) -- Sebagai sebuah penyedia penyelesaian pencahayaan yang terkemuka di China, CDN Lighting amat gembira untuk mengumumkan bahawa Pusat Kebudayaan Belia Antarabangsa Nanjing yang dibina untuk Sukan Olimpik Belia 2014 di Nanjing, yang menggunakan produk lampu syarikat itu, baru-baru ini dinamakan sebagai pemenang bagi Anugerah Reka Bentuk Seni Bina & Lampu AL 2015. Anugerah Reka Bentuk AL  yang dianjurkan oleh American Architectural Lighting Magazine bertujuan untuk memberi penghormatan kepada projek-projek reka bentuk yang cemerlang dan berinovatif dalam bidang pencahayaan seni bina. Ini adalah kali pertama sebuah projek reka bentuk seni bina pencahayaan China memenangi anugerah ini, selain ia juga merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah jenama CDN.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8370

Wednesday, October 7, 2015

HARRIS CAPROCK COMMUNICATIONS MENYEDIAKAN JALUR LEBAR DI-ATAS PERMINTAAN UNTUK HAMPIR 100 TAPAK MINYAK DAN GAS

Maklumat Penting:
- Penyelesaian membolehkan komunikasi berkualiti tinggi, selamat dengan jalur lebar lanjutan
- Penghantaran ke hampir 100 tapak di seluruh dunia
- Menyokong aplikasi kritikal termasuk penglogan data, penggerudian, penstriman video dan teleperubatan

HOUSTON, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Harris CapRock Communications telah mengalihkan 36 pengguna minyak dan gas ke penyelesaian Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT), menyediakan perkhidmatan jalur lebar di atas permintaan kepada hampir 100 laman web di seluruh dunia.



JEPUN AKAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN SIBER GLOBAL DI OKINAWA

TOKYO, 6 Okt., 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Berikutan peningkatan baru-baru ini dalam insiden kecurian siber, pengintipan siber dan juga peras ugut siber secara besar-besaran, tiada sesiapa merasa terkejut apabila satu lagi skandal penggodaman mengisi ruang tajuk-tajuk utama. Persoalan kami sekarang hanyalah, "Bilakah skandal  besar berikutnya akan berlaku?" dan "Adakah mana-mana data saya terlibat?"

Namun cerita yang lebih besar adalah ledakan pertumbuhan yang berkaitan peranti yang bersambungan dengan Internet. Kesemua komputer dan kesemua telefon bimbit di seluruh pelusuk dunia yang digabungkan kini membentuk satu kelompok minoriti peranti "berwayar", dan trend itu masih menampakkan peningkatan.


FDA MELULUSKAN OPTUNE DALAM GABUNGAN DENGAN TEMOZOLOMIDE UNTUK RAWATAN GLIOBLASTOMA YANG BARU DIDIAGNOSIS

Optune adalah terapi yang dilulus FDA pertama dalam masa lebih satu dekad untuk menunjukkan sambungan statistik yang signifikan untuk survival di kalangan pesakit glioblastoma yang baru didiagnosis

Ujian EF-14 mencapai lanjutan statistik yang signifikan bagi kedua-dua survival perkembangan bebas dan kelangsungan hidup keseluruhan glioblastoma yang baru didiagnosis dengan peningkatan 50% dalam bilangan pesakit hidup dua tahun selepas memulakan rawatan apabila dirawat dengan TTFields dalam kombinasi dengan temozolomide berbanding temozolomide sahaja
 
ST. HELIER, Jersey, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Novocure (NASDAQ: NVCR) hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan Optune dalam kombinasi dengan temozolomide untuk rawatan pesakit dewasa yang baru didiagnosis dengan glioblastoma (GBM). Optune ialah peranti mudah alih bukan invasif yang menyampaikan keamatan rendah, frekuensi pertengahan, lapangan medan elektrik - dirujuk sebagai Lapangan Merawat Tumor (TTFields) - yang menghalang pereplikaan kanser sel sel dan menyebabkan kematian sel kanser.


Tuesday, October 6, 2015

TUC DIDAPATI MELANGGAR PATEN ISOLA


Pihak Juri Menganugerahi Ganti Rugi Sebanyak $11.5 Juta kepada Isola

CHANDLER, Ariz, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isola Group mengumumkan hari ini bahawa pihak juri di Mahkamah Wilayah A.S. untuk Wilayah Arizona mendapati bahawa Taiwan Union Technology Corporation (TUC) telah secara langsung dan tidak langsung melanggar paten utama yang dipegang oleh anak syarikat yang berpangkalan di A.S. iaitu ISOLA USA Corp. Produk-produk yang didapati melanggar paten tersebut ialah produk laminat dan prapreg TU-872 TUC. Pihak juri juga sebulat suara mendapati bahawa paten Isola adalah sah dan perlanggaran TUC adalah disengajakan. 

RECALL MEMUDAHKAN TADBIR URUS MAKLUMAT DENGAN COMMANDIG™

Pemimpin Pengurusan Maklumat Global Menyediakan Penyelesaian Tadbir Urus Sehenti bagi Maklumat Kertas dan Digital untuk Perniagaan Pelbagai Saiz
Mengautomasikan Dasar, Membolehkan Kerjasama Secara Selamat dan Meningkatkan Pematuhan
 
NORCROSS, Ga., 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan ketersediaan Recall CommandIG™ di Persidangan & Ekspo Tahunan ARMA Live! ke-60 yang berlangsung pada 5 hingga 7 Oktober 2015 di Washington, DC.


Friday, October 2, 2015

ESM PRODUCTIONS MELANCARKAN MESYUARAT DUNIA KELUARGA

Koordinat Penghantaran Satelit

PHILADELPHIA, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ESM Productions dan Mesyuarat Dunia Keluarga hari ini mengumumkan koordinat penghantaran satelit bagi acara papal yang berlangsung di Philadelphia pada Sabtu, September 26, 2015 dan Ahad, September 27, 2015. 

FLUOR DIPILIH SEBAGAI RAKAN KERJASAMA SASOL DI AFRIKA SELATAN

IRVING, Texas & JOHANNESBURG, Afrika Selatan, 29 Sept  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluor Corporation (NYSE: FLR) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian tiga tahun dengan Sasol Group Technology untuk melaksanakan pelbagai projek sebagai sebuah pasukan bersepadu di kemudahan Sasol di Secunda dan Sasolburg di Afrika Selatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8326

TOPPAN VITE LANTIK DAVID DIDONATO KE DALAM PASUKAN KEPIMPINAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Veteran industri itu akan membantu menyelia pengembangan firma itu ke dalam pasaran dan industri baharu
 
NEW YORK, 2 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toppan Vite, sebuah pencetak kewangan terkemuka untuk isi kandungan misi kritikal dalam urus niaga pasaran modal, laporan kewangan dan fail pematuhan kawal selia, hari ini mengumumkan pengambilan David DiDonato sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan di Asia dan di Pantai Barat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8347

PENGARAH RECALL AKAN DILANTIK KE LEMBAGA IRON MOUNTAIN

Neil Chatfield dan Wendy Murdock akan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif tertakluk kepada kejayaan menyiapkan pemerolehan Recall oleh Iron Mountain  

SYDNEY, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa Neil Chatfield dan Wendy Murdock, yang pada masa ini berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif di Recall, akan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif kepada Lembaga Iron Mountain Incorporated (NYSE: IRM) ("Iron Mountain"), sementara menunggu kejayaan menyiapkan pemerolehan Recall oleh Iron Mountain.