Wednesday, December 23, 2015

PANASONIC MEMULAKAN PENGELUARAN SEBATIAN PENGACUAN FENOLIK TAHAN PANAS BAGI KOMPONEN KERETA DI AYUTTHAYA, THAILAND

OSAKA, Jepun, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Sistem Automotif & Industri Panasonic Corporation akan melancarkan barisan pengeluaran untuk membentuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas [1] untuk digunakan dalam bahagian-bahagian automotif di Panasonic Manufacturing Autthaya Co. Ltd (PMFAT). Operasi sepenuhnya dijangka bermula pada Februari 2016. Pengeluaran bahan-bahan ini di Thailand merupakan yang pertama dalam industri.

* Untuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas, kajian Panasonic

Dengan permintaan dalam bidang automatif  dijangka meningkat di Asia Tenggara, banyak pembuat bahagian-bahagian automatif dan pengacuan mengembangkan pengeluaran mereka di rantau ini, dengan ramai membuka pembelian, R&D dan fungsi-fungsi pengeluaran di kawasan-kawasan utama di Thailand. Panasonic akan mula mengeluarkan sebatian pengacuan fenolik tahan panas di PMFAT untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dekat dengan para pelanggan dan untuk meningkatkan keupayaan pembangunan pelanggannya di Asia Tenggara. Syarikat itu juga bercadang mencipta dan memperguna permintaan global baru untuk sebatian acuan fenolik tahan panas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8559

Saturday, December 19, 2015

INDEKS MONETARI CHINA-ASEAN DIKELUARKAN DI NANNING

NANNING, China, 18 Dis, 2015 /Xinhua-AsiaNet/--
Korporat Kewangan China dan Perbandaran Nanning bersama-sama mengeluarkan Indeks Monetari China-ASEAN (CAMI) pertama mereka pada hari Selasa di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China Selatan. Menurut indeks itu, matawang yuan Cina, atau Renminbi, telah meningkat lebih cepat berbanding matawang negara-negara ASEAN, dan kadar itu juga lebih cepat daripada peningkatan nilai Dolar AS terhadap mata wang negara-negara ASEAN.
 
CAMI adalah perwakilan yang menyeluruh bagi kadar turun naik pertukaran monetari antara Renminbi dan mata wang negara-negara ASEAN berdasarkan data kadar pertukaran mata wang utama dan perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN. Indeks ini akan menyediakan asas rujukan yang cekap pada pertukaran matawang untuk Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan menggalakkan kerjasama monetari dan kewangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8554

GORDAGEN DIBERIKAN PATEN UNTUK TEKNOLOGI PENYAMPAIAN

MELBOURNE, Australia, 17 Dis, 2015 /Medianet International-AsiaNet/ --
Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat Australia yang membangunkan nutraseutikal dan farmaseutikal yang berasaskan kepada bukti, dengan sukacitanya mengumumkan aplikasi* patennya di Australia yang meliputi platform teknologi penghantaran novel untuk meningkatkan kebolehsediaan bio bagi tokotrienol telah diluluskan.

Paten itu meliputi platform penyampaian novel Gordagen, termasuk teknologi MELT3 (TM) yang digunakan untuk produk nutraseutikalnya di Amerika Syarikat dan Jepun dan juga teknologi penghantaran yang dimaksudkan bagi portfolio preskripsi mereka. Ia juga mencakupi sasaran nutraseutikal Gordagen bagi daya tahan senaman, bermulanya kesakitan otot yang tertunda dan kesihatan jantung, tanda-tanda preskripsi Syarikat itu termasuk hiperlipidemia dan kencing manis, dan juga tanda-tanda lain. Ini menyediakan syarikat itu dengan pelbagai peluang bagi pembangunan dan pelesenan produk dengan pihak-pihak yang berminat.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8551

SUMMIT PARTNERS LABUR €31 JUTA UNTUK JANA PERTUMBUHAN DI SIGNAVIO

BERLIN & LONDON, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Signavio GmbH – sebuah pembekal terkemuka bagi teknologi proses perniagaan dan pengurusan keputusan berasaskan SaaS - hari ini mengumumkan penyelesaian pelaburan minoriti €31 juta daripada pelabur ekuiti pertumbuhan global, Summit Partners. Pelaburan itu akan membantu Signavio mengembangkan jejak antarabangsanya dan meneruskan trajektori pertumbuhan kukuhnya.

Ditubuhkan pada tahun 2009, dengan pejabat-pejabat di Berlin, Singapura dan Sunnyvale, Signavio adalah sebuah pembekal perisian berasaskan awan yang membantu perniagaan mereka dengan cekap, melaksana dan menguruskan proses kompleks, keputusan dan aliran kerja. Dengan tiga produknya - Editor Proses, Pengurus Keputusan dan Effektif - Signavio menawarkan satu platform transformasi proses intuitif dan kerjasama, membolehkan pematuhan, prestasi proses dan inovasi proses inisiatif seluruh syarikat. Hari ini syarikat itu memberi perkhidmatan kepada lebih 750 syarikat, perniagaan, dan organisasi di seluruh dunia dalam industri yang terdiri daripada pembuatan kepada perkhidmatan kewangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8552

Wednesday, December 16, 2015

​P&G MENGELUARKAN LAPORAN KELESTARIAN 2015, DENGAN MEMPERINCIKAN KEMAJUAN TERHADAP MATLAMAT ALAM SEKITAR DAN SOSIAL 2020

CINCINNATI, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE:PG) mengeluarkan laporan kelestarian tahunannya ke-17 hari ini, dengan memperincikan kemajuan yang ia lakukan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan memperbaiki keadaan sosial bagi mereka yang memerlukan.
 
Laporan itu memperkukuhkan komitmen Syarikat berkenaan untuk menjalankan operasi secara mapan dan butir-butir kemajuan terhadap visi jangka panjang Syarikat itu dalam menghasilkan produk yang diminati oleh pengguna sambil pada masa yang sama memaksimumkan pemuliharaan sumber, menjanakan kesemua kilang mereka dengan 100% tenaga yang boleh diperbaharui, menggunakan 100% bahan boleh diperbaharui atau dikitar semula bagi kesemua produk dan pembungkusan dan mempunyai pengguna dan sisa pengilangan sifar yang dihantar ke tapak pelupusan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8548

​FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PAKAR-PAKAR SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN

Syarikat itu mencatatkan prestasi terbaik dalam Majalah Human Resources Anugerah Vendor Terbaik Tahunan, yang diadili oleh 60 Pengarah Sumber Manusia yang utama di seluruh Asia
 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)-- First Advantage, sebuah syarikat Kumpulan Symphony Technology dan pembekal terkemuka dunia bagi penyaringan latar belakang, telah memenangi anugerah dua emas dan satu perak pada Anugerah Vendor Terbaik Tahunan Majalah Human Resources di Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan dengan sumber manusia di Asia. Dengan diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang terkemuka di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan syarikat multinasional terkemuka yang lain, anugerah ini adalah satu daripada pengiktirafan tahunan bagi Sumber Manusia yang paling menjadi rebutan di Asia Selatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8547

Tuesday, December 15, 2015

HONESTBEE MEMBAWA PERKHIDMATAN PERUNCITAN DAN PENGHANTARAN ATAS PERMINTAAN KE JEPUN

Honestbee memperkukuhkan komitmen untuk membawa kemudahan dan barangan runcit segar kepada pelanggan dengan kedai pop-up di Niseko Jepun pada musim ski ini
 
HOKKAIDO, Jepun, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Honestbee, sebuah syarikat perkhidmatan penjualan dan penghantaran barang runcit atas permintaan yang sedang pesat berkembang di Singapura, hari ini melancarkan perkhidmatannya di Jepun. Hentian pertama bagi lebih banyak lagi, pelancong yang berkunjung kini boleh menikmati kemudahan membeli-belah runcit melalui portal dalam talian honestbee.jp di Niseko, Hokkaido, Jepun, dari sekarang sehingga 29 Februari 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8545

Friday, December 11, 2015

NTT COMMUNICATIONS MEMBUKA PUSAT DATA BERSKALA TINGGI DI THAILAND

Lokasinya yang jauh daripada ancaman banjir; juga sesuai untuk perancangan kesinambungan perniagaan

TOKYO, 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan pelancaran serta merta Pusat Data Bangkok 2 Thailand, yang mempunyai kira-kira 3,800 mbilik server, yang bersamaan dengan 1,400 rak, sekali gus meletakkan ia dalam skala atas di kalangan pusat data di Thailand.

RECALL MEMPEROLEHI PENSIJILAN ISO/IEC 20000-1 UNTUK SISTEM PENGURUSAN PERKHIDMATAN IT

Pemimpin Global dalam Perkhidmatan Pengurusan Maklumat adalah Yang Pertama dalam Industri untuk Mendapatkan Pensijilan Antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Perkhidmatan Contoh
 
NORCROSS, Ga., 11 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadi pembekal penyelesaian yang pertama di dalam industri pengurusan maklumat untuk memperolehi sijil Sistem Pengurusan ISO/EC 20000-1 1:2011, yang mengiktiraf organisasi yang menunjukkan perancangan, sokongan dan penyampaian sistem pengurusan perkhidmatan IT yang boleh dicontohi kepada para pekerja dalam menyokong pelanggan di seluruh pelusuk dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8541

Thursday, December 10, 2015

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PUSAT DATA HONG KONG YANG BAHARU UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI PERUSAHAAN DIGITAL

HONG KONG, 9 Dis  (Bernama- BUSINESS WIRE) -- NTT Communications hari ini mengumumkan pembukaan Tier IV mereka yang siap siaga1 FDC2 - fasa kedua bagi Pusat Data Kewangan Hong Kong mereka. FDC2 menandakan selesainya kompleks pusat data pelbagai tujuan berharga HKD 4 bilion yang menawarkan sejumlah lebih 7000 rak, yang pada masa ini merupakan kapasiti2 yang terbesar di bandar raya itu. Direka untuk membantu perusahaan data sentrik yang semakin berkembang mempercepatkan transformasi digital, reka bentuk FDC2 yang serba canggih, cekap tenaga dan berkepadatan tinggi bukan sahaja mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) bagi pelanggan mereka, tetapi juga memberikan jarak penglihatan yang tinggi kepada komitmen perkhidmatan pusat data yang tahapnya dipertingkatkan.

"Hong Kong berada di persimpangan inisiatif pembangunan 'One Belt, One Road' China di mana perdagangan bandar raya itu dengan negara-negara Asia dan Eropah di sepanjang koridor perdagangan itu telah mencapai USD 670 bilion pada tahun 2014, yang mencakupi 66 peratus daripada jumlah perdagangan di bandar raya itu. Walau bagaimanapun banyaknya syarikat tempatan, Tanah Besar China dan perusahaan global masih belum benar-benar dapat berubah kepada sebuah perusahaan digital dengan strategi pusat data masa hadapan untuk menghadapi pertumbuhan mobiliti yang berleluasa, IoT, awan dan data yang besar. Penubuhan FDC2 bertujuan untuk menangani permintaan yang akut bagi transformasi digital perusahaan ketika mereka mengambil kesempatan daripada peluang-peluang perniagaan global,” kata Encik Tetsuya Shoji, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Communications Corporation.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8529

Saturday, December 5, 2015

BRISTLECONE LANCAR NEO - SEBUAH PLATFORM BERASASKAN AWAN UNTUK MEMBEKALKAN ANALISIS RANTAIAN PERNIAGAAN

SAN JOSE, Calif., 4 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bristlecone, sebuah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan, perolehan dan perundingan analisis, telah mengumumkan pelancaran platform berasaskan awan yang mampu mengubah senario perniagaan, Bristlecone NEO (NEO). Keluaran pertama NEO menggabungkan dua tawaran perkhidmatan – Analisis Perbelanjaan dan Analisis Rantaian Bekalan Kewangan - yang boleh didapati secara model langganan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8518

Friday, December 4, 2015

PARALLELS HOLDINGS LIMITED MENGUMUMKAN PENJUALAN PLATFORM ODIN SERVICE AUTOMATION MEREKA KEPADA INGRAM MICRO

RENTON, Wash. 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parallels Holdings Limited hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk menjual platform Odin Service Automation mereka, bersama-sama dengan teknologi pengurusan awan yang berkaitan, harta intelek dan jenama Odin kepada Ingram Micro Inc. (www.ingrammicro.com) untuk sejumlah wang yang tidak didedahkan. Urus niaga itu dijangka selesai menjelang akhir tahun 2015.

Ketika bergerak ke hadapan, unit perniagaan penyelesaian platform bersilang Parallels akan terus beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Parallels (www.parallels.com). Unit perniagaan Plesk, yang menyediakan penyelesaian pengurusan web kepada lebih 10 juta perniagaan kecil dan hoster di seluruh dunia, akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Plesk (www.plesk.com). Unit perniagaan Virtuozzo, yang membangunkan teknologi virtualisasi kontena yang terkemuka di pasaran, akan beroperasi sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri di bawah jenama Virtuozzo (www.virtuozzo.com). Ketiga-tiga unit perniagaan itu akan terus dimiliki dan dikuasai oleh Parallels Holdings Limited.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8511