Saturday, January 30, 2016

MITSUI CHEMICALS AGRO PEROLEH SAHAM TAMBAHAN DI SOTUS ANTARABANGSA DI THAILAND

TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals Agro, Inc. (Tokyo, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Kazunori Tani, "MCAG") hari ini mengumumkan bahawa MCAG telah memperolehi saham tambahan di Sotus International Co., Ltd. ("SOTUS"), sebuah syarikat agrokimia di Kerajaan Thailand, pada 21 Januari, 2016. Setelah mempersetujui satu perjanjian jual beli dengan Pacific Agriscience Pte., Ltd. ("PA"), sebuah pemegang saham bagi SOTUS, MCAG memperoleh kesemua saham SOTUS yang dimiliki oleh PA untuk meningkatkan nisbah pegangan sahamnya kepada 16.2% daripada jumlah saham SOTUS itu.


MITEL MENJADI PENERAJU DALAM PERUSAHAAN MUDAH ALIH DENGAN INOVASI MUDAH ALIH DAN AWAN

BERLIN, 29 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam perniagaan masa sebenar, awan dan komunikasi mudah alih, hari ini mengumumkan satu siri penyelesaian terkini yang mengejutkan bagi mempercepatkan syarikat sebagai peneraju di dalam pasaran perusahaan mudah alih. Pengumuman yang dilakukan di Berlin semasa acara Mitel Next, mencerminkan perlaksanaan pantas visi strategik syarikat terhadap perusahaan mudah alih berasaskan awan direka untuk mengatasi keperluan yang sentiasa berubah di dunia yang mengutamakan mudah alih bagi perusahaan, pekerja dan pengguna.


Friday, January 29, 2016

ASTA AKAN MEMPERKENALKAN SISTEM PENDAFTARAN PESAKIT SECARA AUTOMATIK DI HOSPITAL PANTAI KL, MALAYSIA

KUALA LUMPUR dan TOKYO, 29 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Almex System Technology Asia Sdn. Bhd. ("ASTA"), Hospital Pantai Kuala Lumpur ("Pantai KL"), dan Almex Inc. ("Almex"), telah mengadakan satu Memorandum Persefahaman atau MoU pada 28 Januari untuk memperkenalkan sebuah sistem pendaftaran pesakit secara automatik di hospital perdana Pantai di Kuala Lumpur, Malaysia.
 
MoU itu disempurnakan oleh Hideyori Hirahara, Pengarah Urusan ASTA, Ronald Koh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Pantai Holdings, Anwar Anis, Ketua Pegawai Eksekutif Pantai KL, dan Shohei Mabuchi, Presiden Almex, dalam satu majlis ringkas di pejabat korporat yang terletak di Pantai KL.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8660

HID GLOBAL LULUS PENSIJILAN MASTERCARD PERINGKAT TINGGI; KEPUTUSAN ITU MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN SYARIKAT TERHADAP KUALITI

AUSTIN, Texas, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HID Global®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengenalan yang selamat, hari ini mengumumkan bahawa produk teknologi pengenalan mereka untuk industri perbankan dan pembayaran kad pintar telah berjaya melepasi audit Pengurusan Kualiti Kad (CQM) MasterCard 2015 untuk inlai dua antara muka. Tapak pengeluaran HID Global di Malaysia telah lulus prosedur ujian CQM yang diperlukan dan berhak untuk menjalankan Label CQM yang sepadan. Di seluruh dunia, hanya sebilangan kecil daripada tapak pengeluaran inlai berjaya memenuhi keperluan ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8658

Thursday, January 28, 2016

KEDAI BEBAS CUKAI ALA LAPANGAN TERBANG "GINZA BEBAS CUKAI JEPUN" DIBUKA DI KEDAI MITSUKOSHI GINZA PADA 27 JANUARI

TOKYO, 27 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pada 27 Januari, 2016, Japan Duty Free Fa-So-La Isetan Mitsukoshi Co., Ltd. membuka "GINZA Bebas Cukai Jepun," kedai bebas cukai ala lapangan terbang yang pertama seumpamanya di Jepun (di luar Okinawa), di tingkat 8 Kedai Mitsukoshi Ginza. Dengan mengadakan sebuah kedai bebas cukai seperti yang terdapat di lapangan terbang di bandar raya itu yang mengecualikan pembeli daripada duti kastam, dan penggunaan, minuman keras dan cukai tembakau, bukan sahaja boleh memberi perkhidmatan kepada pelancong asing yang dalam perjalanan dalam negara tetapi juga penumpang udara Jepun boleh disediakan dengan satu gaya baharu membeli-belah sebelum pelepasan mereka sendiri.


RECALL MENGAMBILALIH SECUR' ARCHIV DI SWITZERLAND, MENGUKUHKAN KEHADIRAN DI EROPAH DAN MEMPERLUASKAN JANGKAUAN PERKHIDMATAN

SYDNEY, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan pengembangannya di pasaran baharu di Eropah melalui pengambilalihan penyimpanan dokumen dan pengurusan syarikat Secur' Archiv.


PERINGKAT AWAL M&A MELANTUN SEMULA DI ASIA WALAUPUN KRISIS PASARAN DI CHINA

SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, walaupun ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti tidak menentu. Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan menyaksikan satu kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza di Asia, berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut laporan terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan oleh Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu, dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.


KAYM DAN FAKU COUNTY, CHINA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN

LIAONING,China 27 Jan (Bernama) -- Selaras dengan transformasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan “Faku County People’s Government” telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) dalam bidang pendidikan di wilayah Liaoning, China baru-baru ini.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi  berkata, KAYM akan kerjasama, termasuk membuka cawangannya di Shenyang, ibu negara Liaoning bagi menawarkan peluang pelajar-pelajar di sana melanjutkan pengajian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8652

Wednesday, January 27, 2016

RECALL MENGAMBILALIH SECUR' ARCHIV DI SWITZERLAND, MENGUKUHKAN KEHADIRAN DI EROPAH DAN MEMPERLUASKAN JANGKAUAN PERKHIDMATAN

SYDNEY, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan pengembangannya di pasaran baharu di Eropah melalui pengambilalihan penyimpanan dokumen dan pengurusan syarikat Secur' Archiv.



PERINGKAT AWAL M&A MELANTUN SEMULA DI ASIA WALAUPUN KRISIS PASARAN DI CHINA

SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, walaupun ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti tidak menentu. Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan menyaksikan satu kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza di Asia, berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut laporan terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan oleh Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu, dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.


ISID LANCAR PERNIAGAAN BAGI INDUSTRI PELBAGAI KEWANGAN DI INDONESIA

TOKYO & JAKARTA, Indonesia 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO:4812) (Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Setsuo Kamai; "ISID") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PT. ISID INDONESIA (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Pengarah Presiden: Takuya Ono; "ISID Indonesia") menubuhkan perkongsian dengan syarikat IT di Indonesia, PT. Indocyber Global Technology (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif: Bharat Ongso; "Indocyber"). Yakni, ISID Indonesia melantik Indocyber sebagai pembekal bagi penyelesaian "Lamp", yang merupakan penyelesaian IT yang komprehensif bagi perniagaan pajakan dan kewangan. Perkongsian seperti itu telah menjanakan pelanggan tempatan yang pertama dan kami menyasarkan Lamp akan  dilaksanakan oleh 20 buah syarikat dalam tempoh tiga tahun akan datang.­


PEMIMPIN BUDDHA MENGGESA AGAR MARUAH SEMUA PIHAK DIHORMATI, MELINDUNGI ORANG PELARIAN DAN YANG PALING LEMAH

TOKYO, 26 Jan., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Dalam saranan tahunan beliau berkaitan keamanan yang dikeluarkan pada 26 Januari, yang bertajuk "Kehormatan Sejagat bagi Maruah Manusia: Laluan Utama ke arah Keamanan," Daisaku Ikeda, presiden persatuan Buddha Soka Gakkai International (SGI) menggesa agar dipertingkatkan usaha sebagai gerak balas terhadap keperluan kelompok manusia paling lemah, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik di Syria dan di tempat lain atau disebabkan oleh bencana alam.
 
Ikeda mengalu-alukan penerimaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB yang baharu dan sasaran mereka yang tinggi untuk tidak mengetepikan sesiapapun. Beliau memuji hakikat bahawa Agenda 2030 bagi Pembangunan Lestari jelas termasuk melindungi maruah dan hak asasi manusia bagi orang yang tersingkir dari tempat tinggal mereka dan migran antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8646

Axiata Beralih Kepada Sistem Awan SAP Untuk Ketampakan, Pematuhan & Mengawal Perbelanjaan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Axiata Group Bhd, DBA Axiata memilih Bristlecone dan SAP sebagai rakan dalam melaksanakan transformasi jabatan penyumberan dan pemerolahannya serta memacu proses terbaik dalam kelas.

Dalam satu kenyataan SAP berkata transformasi permerolehan itu akan membolehkan syarikat telekomunikasi itu memperoleh ketampakan dalam perbelanjaan merentas kesemua Syarikat Operasi (OpCos) dan memudahkan pematuhan, menentukan dan memanfaatkan peluang pengurangan perbelanjaan serta mengenal pasti ketidakcekapan dan proses tidak standard selama ini.

Pengarah Urusan SAP Malaysia Terrence Yong berkata perisian daripada SAP itu akan membantu Axiata mengurus sumber dan mengoptimumkan usaha sama merentas struktur pemerolehan semasa, bagi mencapai tahap inovasi baharu, kecekapan dan kemampuan untuk beroperasi dengan mudah.

Axiata akan menggunakan versi di premis aplikasi pengurusan perhubungan pembekal SAP dalam proses bagi 'Permintaan untuk PO' dan aplikasi analitis pengurusan prestasi perbelanjaan SAP bagi proses analistis perbelanjaan bersama-sama aplikasi pemerolehan berasaskan awan.

Dalam inisiatif ini juga, Bristlecone turut menyokong Axiata untuk menyelaraskan dan menyeragamkan proses penyumberan, pemerolehan dan pengurusan perbelanjaan dalam keseluruhan kumpulan untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi, ketampakan serta tadbir urus menerusi penugasan platform ePemerolehan berskala dunia dan seragam.

Hasil daripada pelaksanaan ini, pekerja Axiata kini mempunyai sistem berpusat yang membolehkan mereka mencari, menyumber dan membeli barangan dan pada masa yang sama mematuhi prosedur pembelian korporat.

-- BERNAMA

Ujian Malaria Terbaharu, Illumigene® Malaria, Menetapkan Standard Emas Baru Bagi Diagnosis

CINCINNATI, Jan 27 (Bernama) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima CE Mark bagi illumigene® Malaria, satu ujian baru dan bertepatan tinggi yang dibangunkan oleh Meridian dengan bantuan teknikal daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Cheikh Anta Diop University of Dakar, Senegal. Ujian ini adalah sehingga 80,000 kali lebih sensitif dalam keupayaannya mengesan parasit malaria berbanding dengan ujian konvensional, serta berpotensi merevolusikan diagnosis malaria dan menetapkan standard emas yang terbaru. Dengan menggunakan teknologi LAMP molekul yang berinovatif, hasil illumigene boleh disediakan dalam tempoh kurang dari sejam dan ujian itu adalah mudah digunakan kerana ia tidak bergantung kepada pakar teknikal bertahap tinggi. Ini adalah langkah ke hadapan yang besar bagi mereka yang dijangkiti malaria kerana diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat boleh membawa kepada rawatan segera dan hasil yang lebih baik. illumigene Malaria akan diedarkan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika oleh Meridian Bioscience Europe dan pasaran antarabangsa yang lain oleh jaringan pengedaran global Syarikat.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1210680

"RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW" AKAN DIADAKAN DI SATU DARIPADA PAMERAN IT DAN KESELAMATAN YANG TERBESAR DI JEPUN

TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan memaparkan "RETAILTECH JAPAN" dan "SECURITY SHOW", Nikkei Inc. akan secara serentak mengadakan satu acara pameran terbesar seumpamanya di Jepun. Pameran "RETAILTECH JAPAN" akan memaparkan sistem teknologi maklumat atau IT yang terkini yang dapat memajukan keadaan rantaian bekalan dan pemasaran bagi perniagaan pengedaran. "SECURITY SHOW" akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan yang dapat membawa tanggapan masyarakat yang selamat  menjadi kenyataan.

"RETAILTECH JAPAN" adalah pameran terbesar yang memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat untuk perniagaan pengedaran dan runcit seperti POS, sistem pembayaran, sistem ibu pejabat, logistik, pemasaran mudah alih, saluran peruncitan semua arah, papan tanda digital, data yang besar, IoT dan teknologi awan. Satu ruang khusus akan diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada perkakasan, perisian, isi kandungan dan rangkaian yang berkaitan dengan papan tanda digital dan sistem POP.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8647

Monday, January 25, 2016

PLATFORM MERENTASI SEMPADAN WESTERN UNION MENGHUBUNGKAN PENGGUNA KEPADA LEBIH SATU JUTA AKAUN BANK

SAN FRANCISCO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran di peringkat global, hari ini mengumumkan rangkaian pembayaran akaunnya, satu keupayaan di peringkat dunia yang membolehkan pemindahan wang merentasi sempadan yang diarahkan ke akaun-akaun bank - telah mencapai satu kejayaan baharu, kini menghubungkan pengguna kepada lebih satu bilion akaun bank.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8626

Saturday, January 23, 2016

MERCK LANCAR VIVERA DI AMERIKA LATIN

Merck lancar Vivera, sebuah jenama Kesihatan Pengguna baharu untuk kesakitan gastrousus, bermula pada Januari 2016 di Chile

Merck mengumumkan peralihan bagi tiga jenama tambahan daripada portfolio Biopharma mereka kepada perniagaan Kesihatan Pengguna di Amerika Latin
 

DARMSTADT, Jerman, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran jenama pengguna mereka yang baharu Vivera® di Amerika Latin. Vivera dilancarkan terlebih dahulu di Chile pada Januari 2016, dengan diikuti oleh beberapa pasaran Amerika Latin utama yang lain pada tahun 2016. Vivera memberikan kelegaan segera daripada kesakitan gastrousus dengan mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi. 

#FUELLINGCOMMUNITIES BERSAMA PETRONAS

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- PETRONAS membawa perubahan kepada masyarakat selangkah demi selangkah melalui inisiatif barunya yang dikenali sebagai #FUELLINGCOMMUNITIES. Program yang telah dilancarkan pada akhir tahun lalu dengan kerjasama Taman Segar Rukun Tetangga di Cheras ini berdasarkan konsep pemberian ganjaran kepada komuniti Taman Segar di atas sokongan yang telah diberikan kepada jenama PETRONAS selama ini.


Friday, January 22, 2016

HILTON WORLDWIDE DIPERLUASKAN KE 100 NEGARA DAN WILAYAH, MENCATATKAN REKOD PERTUMBUHAN

Syarikat hotel bertaraf global terbesar membuka hampir sebuah hotel setiap hari pada 2015 dan mengekalkan perancangan terbesar dalam industri

MCLEAN, Va., 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hilton Worldwide (NYSE: HLT) telah memperluaskan kehadirannya ke 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan mengibarkan bendera Hilton di Hilton N'Djamena di Chad.

Pada tahun 2015, tumpuan strategik syarikat itu adalah kepada pertumbuhan organik, yang diketuai oleh 12 jenama yang jelas dan terkemuka di pasaran, telah mengemudi Hilton Worldwide untuk terus menjadi syarikat hospitaliti global yang terbesar dan paling pesat berkembang. Pencapaian lain termasuk:

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8634

MIMECAST AKAN LAPORKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2016

WATERTOWN, Mass., Jan 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mimecast Limited (NASDAQ:MIME), pembekal terkemuka perkhidmatan keselamatan dan pengurusan risiko awan generasi akan datang untuk maklumat korporat dan e-mel, hari ini mengumumkan ia akan mengeluarkan satu siaran akhbar yang melaporkan keputusan kewangan untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2015 selepas pasaran ditutup pada 8 Februari, 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8627

HILTON WORLDWIDE DIPERLUASKAN KE 100 NEGARA DAN WILAYAH, MENCATATKAN REKOD PERTUMBUHAN

Syarikat hotel bertaraf global terbesar membuka hampir sebuah hotel setiap hari pada 2015 dan mengekalkan perancangan terbesar dalam industri

MCLEAN, Va., 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hilton Worldwide (NYSE: HLT) telah memperluaskan kehadirannya ke 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan mengibarkan bendera Hilton di Hilton N'Djamena di Chad.

Pada tahun 2015, tumpuan strategik syarikat itu adalah kepada pertumbuhan organik, yang diketuai oleh 12 jenama yang jelas dan terkemuka di pasaran, telah mengemudi Hilton Worldwide untuk terus menjadi syarikat hospitaliti global yang terbesar dan paling pesat berkembang. Pencapaian lain termasuk:


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8634

MIMECAST AKAN LAPORKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2016

WATERTOWN, Mass., Jan 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mimecast Limited (NASDAQ:MIME), pembekal terkemuka perkhidmatan keselamatan dan pengurusan risiko awan generasi akan datang untuk maklumat korporat dan e-mel, hari ini mengumumkan ia akan mengeluarkan satu siaran akhbar yang melaporkan keputusan kewangan untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2015 selepas pasaran ditutup pada 8 Februari, 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8627

Thursday, January 21, 2016

NTT COMMUNICATIONS TAWAR KIT KEMUDAHAN DENGAN SIM PRABAYAR UNTUK JEPUN

TOKYO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications dan NTT Resonant, dengan sokongan daripada Nestlé Jepun dan NAVITIME JAPAN Co., Ltd., hari ini mengumumkan Kit Selamat Datang ke Jepun, sebuah kit kemudahan yang dipakej sebagai hadiah dengan SIM Prabayar untuk JEPUN, sebuah kad SIM jangka pendek untuk mereka yang melawat Jepun. Kit Selamat Datang ke Jepun itu akan ditawarkan untuk 1,000 tempahan awal bagi SIM Prabayar untuk JEPUN di kedai dalam talian NTT Com, bermula hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8632

UNIONPAY TINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN PERJALANAN MEREKA BAGI 6 JUTA PELANCONG CHINA YANG MERAIKAN FESTIVAL MUSIM BUNGA DI LUAR NEGARA

SHANGHAI, China, 21 Jan., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada tahun 2015, tanah besar China menduduki nombor satu di dunia dari segi jumlah pelancong keluar dan perbelanjaan pelancongan keluar. Tahun ini, pasaran pelancong keluar menunjukkan peningkatan.
 
Menurut UnionPay International, kira-kira 6 juta pelancong China akan meraikan Festival Musim Bunga yang akan datang di luar negara. Pengembaraan secara bersendirian dan perjalanan secara terperinci adalah merupakan trend perjalanan yang baharu. Dan kad UnionPay telah menjadi antara sahabat pelancong yang terbaik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8630

UNISYS AKAN MENYAMPAIKAN INOVASI KESELAMATAN PERUSAHAAN PADA AWAN AWS

BLUE BELL, Pa., 20 Jan., 2015 /Medianet International-AsiaNet/--
 
Teknologi Unisys Stealth yang telah memenangi anugerah menyampaikan pensegmenan mikro pada Awan Amazon Web Services untuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, pengurusan yang dipermudahkan, kos yang lebih rendah dan hasil yang lebih pantas
 
Unisys Corporation (www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyediakan kepada perusahaan dengan penyelesaian keselamatan pensegmenan mikro yang telah memenangi anugerah Unisys Stealth(TM) di Awan Amazon Web Services (AWS) (https://aws.amazon.com/), yang boleh didapati oleh pelanggan untuk memperoleh dan menggunakannya dengan serta merta dari Tempat Pasaran AWS.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8618

SALECYCLE LANCAR PERKHIDMATAN PEMASARAN SMS

Syarikat pemasaran perilakuan SaleCycle menerajui industri dengan pelancaran penyelesaian pemasaran SMS mereka.
 
SINGAPURA, Jan 21 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Melalui penambahan pemasaran SMS kepada portfolio mereka yang sedia ada iaitu e-mel dan penyelesaian pemasaran di tapak, SaleCycle kini menawarkan satu perkhidmatan Pemasaran Pelbagai Saluran.
 
Ketiga-tiga penyelesaian itu membolehkan pengujudan kempen pemasaran yang melibatkan  pelawat laman sesawang di setiap peringkat proses pembelian. Gabungan teknologi membawa kepada pelbagai penyelesaian sehingga kepada edagang yang lazim.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8629

KEIO PLAZA HOTEL ANJUR PAMERAN FESTIVAL ANAK PATUNG PEREMPUAN

Memaparkan 6,000 Perhiasan Seni Gantung, Kesenian Tradisional Pembalut Hadiah "Origata" dan Mengikat Simpul "Musubi"

TOKYO, 20 Jan  (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas kesenian Jepun bertajuk "Menikmati Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun (Hinamatsuri)" yang memaparkan pelbagai karya seni tradisional pada Februari dan Mac, 2016. "Hinamatsuri" adalah satu acara tradisional yang diadakan setiap tahun di Jepun di mana keluarga mendoakan kesihatan dan kebahagiaan anak-anak perempuan mereka. Festival ini dikenali kerana anak patung dan perhiasan yang berwarna-warni yang mencakupi suasana musim bunga ketika ia diadakan. Pameran kami pada tahun ini memaparkan lebih 6,000 seni kain sutera yang ditenun halus dengan tangan untuk membolehkan pengunjung merasai kesenian tradisional Jepun yang melibatkan festival anak patung. Di samping itu, hasil seni pembalut hadiah "origata" dan mengikat simpul "musubi", yang kaedahnya juga digunakan dalam perhiasan anak patung ‘hinamatsuri”, akan dipamerkan untuk menunjukkan cara bagaimana mereka telah memainkan peranan penting dalam budaya Jepun. 

Tuesday, January 19, 2016

Kajian Simon-Kucher Menampakkan Kuasa Bagi Dua Peratus

SINGAPURA, 19 Jan (Bernama) -- Berikutan pembentukan komuniti ekonomi ASEAN (AEC) baru-baru ini, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk mencari saluran baru bagi memaksimumkan keuntungan. Pada masa ini, lima negara ASEAN (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina) meninggalkan lebih daripada USD sembilan bilion tanpa diterokai kerana mereka teragak-agak untuk melaksanakan kenaikan harga walaupun kecil. Ini adalah hasil daripada Ujian Stres Penentuan Harga ASEAN 2016 yang dijalankan oleh Simon-Kucher & Partners. Firma perundingan strategi dan pemasaran global itu menjalankan analisis ke atas kira-kira 1,200 syarikat tersenarai awam di rantau itu, dengan memberi tumpuan kepada industri pengguna dan runcit, pembuatan, minyak dan gas, pembinaan, dan industri kimia. "Syarikat-syarikat sama sekali menganggar kurang potensi besar daripada kenaikan kecil pada harga," kata Dr Jochen Krauss, Rakan Pengurusan di pejabat Simon-Kucher & Partners di Singapura.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208236

PA Group Lantik Charles Jorge Sebagai Presiden Baharu

MIAMI, Jan 19 (Bernama) -- PA Group, Premier Assurance Group SPC Ltd., telah mengumumkan pelantikan Charles Jorge, yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan PA Group, sebagai Presiden baharunya dan pertukaran Presiden semasa, Leonardo L. Cornide, ke jawatan Pengerusi Lembaga.

"Kami berada di satu peringkat dalam pertumbuhan syarikat di mana kami perlu menggiatkan usaha dan meningkatkan kepakaran kami di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Charles Jorge memiliki kemahiran dan wawasan yang bersesuaian untuk membawa syarikat kami ke tahap seterusnya," ujar Leonardo L. Cornide.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208242

NTT COMMUNICATIONS BUKA PUSAT DATA OSAKA 5 YANG BINGKAS BENCANA

–Penyelesaian pemulihan bencana berskala penuh untuk perancangan perniagaan yang berterusan di Kansai–
 
TOKYO 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan pelancaran serta merta Pusat Data Osaka 5 di tengah-tengah bandar raya Osaka, iaitu pusat data kelima milik NTT Com di kawasan tengah Wilayah Kansai di Jepun. Kemudahan itu menawarkan kira-kira 3,500 m2 bilik server, yang bersamaan dengan 1,600 rak.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8607

Monday, January 18, 2016

"WAZA Menikmati Cita Rasa Jepun": Menteri MAFF Moriyama Mengetuai Jelajah Jualan Untuk Produk Jepun Di Singapura, Gerbang Laluan Ke ASEAN, Mensasar Untuk Mencapai 1 Trilion Yen Dalam Eksport

TOKYO, 18 Jan (Bernama) -- Sebagai acara permulaan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan luar antara Singapura dan Jepun, Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) telah menjalankan satu kempen "WAZA Nikmati Cita Rasa Jepun" selama dua hari (9 dan 10 Januari) di Isetan Scotts di Singapura. Acara itu telah dirangka untuk meningkatkan minat dalam budaya makanan Jepun dan produk pertanian, perhutanan, dan hasil laut Jepun. Acara itu bertepatan dengan permulaan Perkhidmatan Pesanan Terus Pengeluar, satu perkhidmatan baharu yang menghantar produk pertanian, perhutanan, dan hasil laut segar dan makanan yang disejukkan atau beku terus dari pengeluar Jepun kepada pengguna di Singapura. Acara itu bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan tersebut dan meningkatkan pengiktirafan pengguna mengenai produk dan makanan pertanian, perhutanan, dan hasil laut Jepun yang disediakan melalui perkhidmatan yang unggul ini.


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208058

Friday, January 15, 2016

Fiorano Software Perluas Kehadiran Ke Pasar Kemboja

SINGAPURA, 15 Jan (Bernama) -- Bank Canadia, satu daripada bank yang terbesar di Kemboja, telah memilih teknologi Fiorano untuk memudahkan penyatuan aplikasi satelit heterogen dengan sistem perbankan teras Temenos T24 mereka. Fiorano ESB, diperkuatkan dengan kerangka rangkaian rakan ke rakan mereka yang unik dan melengkapkan dengan sebuah perpustakaan prabina daripada Microservices, yang memberi kuasa kepada bank itu untuk dengan cepat menggerakkan perkhidmatan baharu bagi pelanggan mereka.

Keperluan segera Bank itu adalah untuk mempunyai sebuah tulang belakang yang bersepadu bagi kerangka IT mereka, sekali gus mengurangkan masa yang diambil untuk penyatuan baharu dan dengan mudah membuat perubahan ke atas yang sedia ada. Fiorano ESB dipilih di kalangan vendor lain.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1207346

Peraduan Foto CAPA Asia Dimulakan Oleh Gakken Plus Untuk Meraikan Pembukaannya, Dengan Disokong Oleh Canon, Fujifilm, Nikon Dan Sony

TOKYO, 15 Jan (Bernama) -- -Pencinta Foto di Asia Tenggara, Sertai Kami!-

Gakken Plus Co., Ltd., sebuah anak syarikat bagi penerbit terkemuka di Jepun Gakken Holdings Co., mengumumkan pada 13 Oktober mengenai pelancaran "CAPA asia," sebuah laman sesawang untuk memberikan maklumat mengenai foto bagi Asia Tenggara, bagi memperingati ulang tahun ke-70 penubuhan kumpulan Gakken. Gakken Plus menerbitkan "CAPA," sebuah majalah paling laris mengenai foto dan kamera pegun di Jepun. Sejak permulaannya dalam tahun 1981, CAPA telah memberikan maklumat yang berkualiti tinggi kepada peminat foto, jurugambar, dan pembuat kamera. Kini CAPA asia mahu menyebarkan kegembiraan fotografi di Asia Tenggara dengan menjadi jambatan antara pencinta foto dan jurugambar profesional dan kamera pembuat di rantau itu.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1207397

Thursday, January 14, 2016

PEMENANG UTAMA KEMPEN FESTIVAL AGROBANK BAWA PULANG KERETA HONDA CITY

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) --Agrobank telah meraikan 14 pemenang  Kempen Festival Agrobank pada 11 Januari 2016. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di perkarangan pejabat kementerian.

Kempen Festival Agrobank ini telah berlangsung dari 20 November 2014 sehingga 31 Mei 2015 dan ia terbuka kepada pelanggan Agrobank yang mendaftar  dengan produk Takaful Kasih Insuran (kini dikenali sebagai Takaful Kasih Plus+) dan juga mendapatkan produk pembiayaan peribadi  Agrocash-i.




KAYM TAWAR PROGRAM IJAZAH UTM

MELAKA, 12 Jan (Bernama) -- Kolej Antrabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kini menawarkan 4 program ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Perisian) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian  Keselamatan Komputer.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata  pengalaman menawarkan program-program kerjasama diploma UTM sejak tahun 1997 meyakinkan UTM bahawa KAYM mampu menyediakan program berkualiti setanding IPT yang lain” ujurnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8596

Wednesday, January 13, 2016

SARAWAK HIDRO MENAJA BEG SEKOLAH KEPADA PELAJAR TINGKATAN SATU SMK BAKUN

BAKUN,BELAGA, 12 Jan (Bernama) -- Sarawak Hidro Sdn Bhd (Sarawk Hidro) telah menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada lebih 300 pelajar tingkatan satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun di dalam satu program yang diadakan pada 8 Januari 2016  bersempena dengan majlis penutup minggu orientasi sekolah.

Sumbangan beg disampaikan oleh Ir Zulkifle Osman, Pengarah Urusan Sarawak Hidro kepada Encik Roger Peter, Pengetua SMK Bakun, dimana program ini merupakan sebahagian Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada penduduk di sekitar Bakun.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8595

TGI FRIDAYS MENAMAKAN ROBERT PALLESCHI SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Seorang tokoh veteran dalam bidang hospitaliti global dari Hilton membawa inovasi, pengembangan jenama dan pengalaman francais ke Fridays
 
CARROLLTON, Texas, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TGI Fridays hari ini melantik Robert Palleschi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 8 Februari 2016. Palleschi menggantikan Nick Shepherd yang meletak jawatan daripada syarikat itu pada Oktober 2015.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8597

Thursday, January 7, 2016

TCL LANCAR SIRI QUHD TV YANG PERTAMA DI DUNIA DI CES 2016

LAS VEGAS, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL Multimedia Technology Holdings Ltd. (01070. HK), satu daripada pengeluar TV yang terbesar di dunia, telah melancarkan barisan produk QUHD TV Xclusive (X1) yang pertama di dunia pada Pameran Elektronik Pengguna CES 2016.


Wednesday, January 6, 2016

Gordagen Mengadakan Perjanjian Kerjasama Dengan Matsumoto Dari Jepun

MELBOURNE, Australia, 6 Jan (Bernama) -- Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat Australia yang membangunkan nutraseutikal dan farmaseutikal yang berasaskan kepada bukti, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu Perjanjian Kerjasama Pembangunan Produk dengan syarikat Jepun yang telah wujud sejak dahulu Matsumoto Trading Co, Ltd.

Perjanjian itu meliputi pembangunan bagi sebuah produk makanan baharu yang praktikal untuk pasaran Jepun, yang akan menggabungkan proprietari dan teknologi penghantaran tocotrienol MELT3 (TM) yang dipatenkan.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1204572

Pelajar Malaysia Lawat Chiba Untuk Projek "Lawatan Memantau Pelajar Asing"

CHIBA, Jepun, 5 Jan (Bernama) -- Sepuluh pelajar Malaysia telah dijemput untuk melawat Wilayah Chiba dari 24 hingga 28 Disember, 2015, untuk satu lawatan pemantauan yang direka untuk menghantar maklumat mengenai tempat-tempat menarik di wilayah itu.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201601056806/_prw_OI1fl_7A5n7To5.jpg)

Semasa lawatan itu, para pelajar telah melawat ke beberapa tempat pemandangan di wilayah itu, menyertai satu mesyuarat pertukaran dengan rakan-rakan tempatan mereka, dan juga mengadakan kunjungan hormat ke Gabenor Kensaku Morita.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1204451

NTT Communications Dipilih Juara Dalam Telefoni Hos APAC Dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Frost IQ

TOKYO, 5 Jan (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyedia penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE:NTT) Group, hari ini diumumkan sebagai antara "juara" dalam Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu dan Telefoni Hos Asia Pasifik Frost Industry Quotient (IQ) - Asia Pasifik (Asia Pacific Hosted Telephony and Unified Communications Service Providers) bagi 2015.

Menurut Frost dan Sullivan, "NTT Com telah menubuhkan infrastruktur rangkaian yang luas di seluruh dunia. Telefoni yang dihoskan dan perkhidmatan UC syarikat itu tersebar secara seragam di rantau Asia Pasifik, dengan pasaran di Singapura, Malaysia dan Australia, yang menunjukkan prospek pertumbuhan yang sihat. Portfolio Arcstar UCaaS yang berasaskan sistem Cisco HCS menyediakan tawaran awan semua-dalam-satu dengan suara, IM / kehadiran, persidangan. Portfolio penyaluran SIP berjaya menarik lebih ramai pelanggan daripada segmen orgnisasi yang besar. "

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1204438

FLEETMATICS AKAN MENGELUARKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEEMPAT PADA 24 FEBRUARI 2016



DUBLIN & BOSTON, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fleetmatics Group PLC (NYSE: FLTX), sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian tenaga kerja mudah alih untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan bagi kesemua saiz yang dikirim sebagai perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS), hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengumumkan keputusan kewangan bagi suku tahun keempat 2015 pada Rabu, 24 Februari, 2016 selepas pasaran ditutup.
 

NTT Com Diumum Sebagai Pemimpin Dalam IDC ITMarketScape: Penilaian Vendor 2015 Penyedia Perkhidmatan Seluruh Dunia UCaaS

TOKYO, 5 Jan (Bernama) -- NTT Communications (NTT Com) hari ini mengumumkan bahawa ia dipilih sebagai pemimpin dalam

International Data Corporation (IDC), Disember 2015)". IDC ITMarketScape merupakan penilaian vendor yang meliputi ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif yang mentakrifkan kejayaan dalam pasaran perkhidmatan UCaaS hari ini.

IDC ITMarketScape berkata kekuatan utama NTT Com terdiri daripada :

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1204436

Blackboard Inc. Menamakan William L. Ballhaus Sebagai Pengerusi, Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif

WASHINGTON, 5 Jan (Bernama) -- Blackboard Inc., syarikat teknologi pendidikan yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa William "Bill" L. Ballhaus, PhD telah dinamakan sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau menggantikan Jay Bhatt, yang telah mengemudi Blackboard sejak tahun 2012. Encik Bhatt akan bertindak sebagai penasihat khas kepada pengerusi dan komited dalam memastikan peralihan yang lancar.

Dr. Ballhaus menyertai Blackboard dari SRA International, di mana beliau yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah memupuk budaya inovasi yang menekankan kepada menjangka keperluan pelanggan, dan beliau telah mempertingkatkan portfolio syarikat di dalam keselamatan siber, pengkomputeran awan, mobilisasi, pembangunan sistem tangkas, ERP dan analisis data. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di DynCorp International, sebuah pembekal perkhidmatan kerajaan yang bertaraf global. Dr. Ballhaus juga pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di BAE Systems, Boeing dan Hughes di mana beliau mengetuai perniagaan kerajaan dan teknologi komersil di peringkat global, terutamanya yang bertumpu kepada perisian dan teknologi maklumat atau IT.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8575