Friday, April 29, 2016

PRODUKTIVITI SYARIKAT DI MALAYSIA DIPERTINGKATKAN MELALUI PENGURUSAN LEAN

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Sebanyak RM 8.7 juta berjaya dijimatkan oleh 21 organisasi awam dan swasta menerusi pelaksanaan program Pembangunan Sistem Lean bagi meningkatkan produktiviti dan inovasi negara.
 
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , Dato’  Mohd Razali Hussain berkata, program kerjasama MPC, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menerusi Program Pembangunan Vendor (PPV)   itu diadakan bagi membantu setiap organisasi mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan nilai pelanggan yang sekali gus menambah baik mutu kerja.

INTEGRITI GUNA PELBAGAI PENDEKATAN SUPAYA DIDEKATI MASYARAKAT


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
akan menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengajak masyarakat menjadikannya sebagai hab rujukan integriti di dalam negara dan serantau.
Presidennya Dr Anis Yusal Yusoff berkata antara yang dilakukan adalah memperkenalkan 'Integrity Art Night' sebagai cara mendekati penggiat seni.

"Harapan kami supaya tercetus idea mereka untuk memasukkan elemen nilai murni dan integriti dalam karya seni masing-masing," katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun INTEGRITI Ke-12 di sini, malam ini.

Beliau turut melancarkan Pelan Integriti Nasional ke-12.

Anis juga percaya usaha menjadikan rakyat Malaysia sebagai insan
berintegriti tinggi perlulah bermula daripada individu itu sendiri.


--BERNAMA

Thursday, April 28, 2016

CONTENT TOKYO, PAMERAN BTOB TERBESAR JEPUN BAGI INDUSTRI KANDUNGAN YANG AKAN DIADAKAN DI TOKYO DARI 29 JUN HINGGA 1 JULAI

TOKYO, 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan:
 
Yang Terbesar di Jepun – 1,530 Pempamer yang meliputi kesemua genre kandungan
Di CONTENT TOKYO 2016, satu rekod sejumlah 1,530 pempamer akan berkumpul dari seluruh Jepun dan dari seluruh dunia untuk mempamerkan produk terbaharu mereka,  produk dan teknologi yang paling kreatif dan paling berinovatif. Mereka berurusan dengan semua genre kandungan seperti muzik, permainan, animasi, TV, filem, teknologi dalam ekspresi, AI, dan penerbitan, dan lain-lain. Ia menyebabkan tindak balas kimia bukan sahaja di antara pempamer dan pengunjung, tetapi juga di kalangan kesemua peserta, oleh itu  venue akan diisi dengan keseronokan dan kreativiti.
 
Pempamer adalah terdiri daripada pencipta kandungan & syarikat produksi dan syarikat-syarikat yang berurusan di dalam penyelesaian bagi kandungan perniagaan
 

KAD KREDIT UNIONPAY YANG PERTAMA DIKELUARKAN DI AMERIKA SYARIKAT

SHANGHAI, China, 28 April, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 28 April, UnionPay International mengumumkan pengeluaran bersama mereka bagi kad kredit UnionPay yang pertama (nombor kad bermula dengan 62) di Amerika Syarikat dengan Industrial and Commercial Bank of China (Amerika Syarikat) (kemudian dari ini dirujuk sebagai "ICBC US"). Ia juga merupakan kad kredit yang pertama yang dikeluarkan oleh sebuah bank perdagangan China di sana. Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, Wang Xiquan, Naib Presiden ICBC, dan Luan Jiansheng, Presiden bagi Pusat Kad ICBC Peony menghadiri majlis pengeluaran itu. Zhang Qiyue, Konsul Besar China di New York hadir untuk ucapan tahniah.

UnionPay dan ICBC, dengan strategi pengantarabangsaan yang sama, adalah rakan strategik antara satu sama lain. Mereka bekerja rapat di seluruh dunia di dalam penerimaan, pengeluaran dan pembayaran yang inovatif bagi kad UnionPay. Penerimaan UnionPay yang berkembang secara berterusan di luar negara memenuhi permintaan pembayaran bagi pemegang kad global, yang juga merupakan pelanggan bagi pengeluar antarabangsa seperti ICBC. UnionPay International juga membantu pengembangan bank-bank China ke luar negara. Setakat ini, ia telah menjalin kerjasama dengan ICBC di dalam mengeluarkan kad di lebih 20 negara dan wilayah, termasuk Kanada, New Zealand dan Singapura.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8940

UNISYS MENGAMBIL PERISIAN MAYA CLEARPATH MCP PERDANA DENGAN VERSI YANG TAK BERSANDARKAN PERKAKASAN

BLUE BELL, Pa, 28 April, 2016/Medianet International-AsiaNet/--
Persekitaran pengoperasian yang berkuasa yang menggunakan VMware yang popular tanpa perkakasan sistem yang khusus, memudahkan penggunaan sumber IT pelanggan dan membolehkan pengurangan kos

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (
http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan satu versi perkakasan yang tidak bersandarkan kepada perisian persekitaran pengoperasian ClearPath(R) MCP mereka (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-mcp-software). Pelancaran itu menandakan buat kali pertamanya Unisys telah menawarkan satu daripada persekitaran pengoperasian ClearPath utama mereka secara bebas daripada platform sistem besar ClearPath Forward (TM) (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8939

TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER IC KUASA 4CH MAKLUM BALAS ARUS UNTUK AUDIO KERETA DENGAN PENGESANAN OFSET TERBINA SEPENUH MASA

TOKYO, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Storage & Electronic Devices Solutions milik Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan pelancaran "TCB501HQ," satu amplifier IC kuasa 4 saluran yang mengesan voltan ofset output yang merupakan satu faktor di dalam kegagalan alat pembesar suara. Pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Jun 2016.

IC baharu itu mengintegrasikan sebuah litar pengesanan ofset sepenuh masa yang baharu dibangunkan. Pengesanan ofset konvensional semasa penghasilan bunyi adalah sesuatu yang sukar. IC baharu Toshiba mengesan voltan ofset DC output yang disebabkan oleh kebocoran daripada kapasitor input dan sumber lain, walaupun semasa penghasilan bunyi, dan menghalang kegagalan alat pembesar suara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8938

ALMEX INC. (USEN GROUP) LANCARKAN LOVEINN JAPAN

TOKYO, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ALMEX INC. telah melancarkan Loveinn Japan iaitu laman web yang dibuat khas untuk “love hotels” (hotel yang digemari) di Jepun pada April 25, 2016


Loveinn Japan ialah laman web pertama dalam bahasa Inggeris yang dibangunkan secara eksklusif untuk warga asing, dengan bahasa Cina dan Korea akan ditambah tidak lama lagi. Matlamatnya adalah untuk memperkenalkan budaya love hotels yang unik kepada warga asing, termasuk panduan dan tutorial “bagaimana ”, memudahkan pelancong menggunakan hotel-hotel percutian apabila berkunjung ke Jepun. Loveinn Japan juga menawarkan pilihan untuk membuat carian dan melayari ratusan love hotels, dengan lebih banyak hotel akan ditambah setiap bulan. Kemas kini kandungan yang kerap dan entri blog merupakan ciri utama bagi laman web ini, menawarkan panduan tentang love hotels dan topik-topik berkaitan.

Wednesday, April 27, 2016

DECKER & CO. MENGETUAI BERSAMA PENAWARAN SAHAM BESAR UNTUK XURPAS, INC. YANG BERPANGKALAN DI FILIPINA

SAN FRANCISCO, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Broker institusi ekuiti Decker & Co. hari ini mengumumkan penyelesaian satu penawaran saham untuk Xurpas Inc. (PSE:X)  yang berpangkalan di Filipina di mana ia berkhidmat sebagai Penyelaras Bersama dengan SB Capital. Xurpas dengan jayanya melengkapkan satu penempatan semalaman yang dipercepatkan bagi 155,400,000 saham pada harga Php16.00 sesaham. Penempatan itu dinilai pada satu harga diskaun 11.9% kepada harga purata 30 hari sebanyak Php18.15 sesaham.

Penempatan semalaman itu telah dilanggan oleh sebanyak 21 dana global termasuk Philippine QIBs dan dana-dana merentasi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Ia distrukturkan sebagai satu tambah nilai separa, di mana pengasas Xurpas menjual saham dan membeli balik sebahagian daripada saham-saham yang baharu diterbitkan, dan meningkatkannya secara berkesan tahap apungan bebas bagi Xurpas kepada kira-kira 28% daripada 20% sebelum urus niaga itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8936

Tuesday, April 26, 2016

JAIME R. LANDIVAR DILANTIK NAIB PRESIDEN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN HAYAT & PELABURAN BAHARU PA GROUP

MIAMI, 26 April  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PA Group melantik Jaime Landivar, seorang ahli profesional pelaburan global yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, sebagai VP Pembangunan Perniagaan yang baru untuk Bahagian Hayat & Pelaburannya. Jaime akan melaporkan terus kepada Charles Jorge, Presiden PA Group dan akan bertugas di ibu pejabat global syarikat di Coral Gables, Florida. Beliau akan bertanggungjawab untuk meluaskan pengedaran di Amerika Latin, Asia dan Timur Tengah.

“Pengalaman luas Jaime yang bukan sahaja sebagai ahli profesional perkhidmatan kewangan, tetapi juga sebagai pakar dalam industri kewangan antarabangsa, akan menjadi nilai hebat bagi membantu syarikat kami mengukuhkan penguasaannya di pelbagai pasaran di mana kami menjalankan perniagaan hari ini,” ulas Jorge. “Jaime seorang ahli profesional yang bersemangat tinggi dengan gabungan sempurna keupayaan dan prestasi kejayaan yang terbukti dan mantap. Kami sangat berbesar hati untuk bergantung pada kepakaran beliau untuk terus mengembangkan bahagian Hayat & Pelaburan kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8934

IMPRIVATA URGES HOSPITALS TO DITCH THE PAGER

#DitchPageBoy social campaign encourages providers to embrace 21st century communications technology to reduce provider frustration and improve patient care
 
LEXINGTON, Mass., April 25 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Imprivata® (NYSE: IMPR), the healthcare IT security company, today launched the #DitchPageBoy social media campaign, to shed light on the risks associated with relying on pagers to communicate within a hospital. Through a series of tongue-in-cheek videos featuring Page Boy, an annoying, intrusive, and inefficient sidekick who causes all kinds of problems for his healthcare professionals and their patients, Imprivata pokes fun at the absurdity of using the obsolete pager in 2016. 

Monday, April 25, 2016

MUZIUM SNOOPY - TEMPAT SUCI UNTUK PEMINAT "PEANUTS" - AKAN DIBUKA DI ROPPONGI, TOKYO

TOKYO, 22 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Muzium Snoopy Tokyo, muzium satelit yang pertama di dunia bagi Muzium dan Pusat Penyelidikan Charles M. Schulz yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat, dibuka di daerah Roppongi di Tokyo pada Sabtu, 23 April, 2016.

Setiap enam bulan sehingga September 2018, Muzium Snoopy Tokyo akan mengadakan pameran yang memaparkan komik asal dan karya seni lain daripada koleksi Muzium Charles M. Schulz.



Saturday, April 23, 2016

Pencarian Bakat Sains Melalui Pertandingan Famelab Dan School Lab

PETALING JAYA, 23 April (Bernama) -- Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dengan kerjasama Cheltenham Festivals dan British Council Malaysia telah menganjurkan pertandingan Famelab dan Lab School, bagi pencarian duta muda sains Malaysia.

Memandangkan kebolehan berkomunikasi sains secara efektif kepada penonton bukan saintifik adalah keperluan yang berterusan untuk penyelidik di seluruh dunia, pertandingan sains ini ialah sebahagian daripada komitmen negara untuk menggalakkan dan memupuk minat dalam Sains dan Teknologi, kata MIGHT dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata matlamat mereka ialah untuk mewujudkan peluang dan platform untuk golongan muda meluahkan perasaan dan mencungkil bakat mereka yang terpendam dalam komunikasi sains.

"Kami membawa bersama yang terbaik daripada sektor awam dan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari United Kingdom (UK) dan Malaysia untuk memastikan kejayaan dan jangkauan global untuk program ini," kata beliau.

FameLab Malaysia kini memasuki tahun kedua dengan menampilkan 42 peserta berumur 18 hingga 37 thun dari seluruh negara.

Pemenang penyampaian selama tiga minit di hadapan juri Famelab akan menyertai pertandingan peringkat Final Antarabangsa Famelab di Cheltenham Festivals di UK pada Jun.

Sementara itu, School Lab, program di bawah Kementerian Pendidikan menyasarkan pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3) dan bertujuan untuk membantu pelajar memahami cabaran menarik sains serta memperoleh keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk membentangkan pemahaman mereka tentang konsep sains.

Lebih 100 penyertaan video dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diterima oleh Lab School dari 296 pasukan dari sekolah-sekolah menengah di seluruh negara dan pemenang berpeluang memenangi hadiah-hadiah individu dan wang tunai untuk pembelian peralatan makmal untuk sekolah mereka.

Selain itu, finalis dari Famelab dan Sekolah Lab turut menerima latihan khas dari beberapa komunikator sains terbaik UK dan pementoran oleh alumni Famelab 2015 untuk memastikan perkongsian dan proses pembelajaran yang berterusan.

-- BERNAMA

PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR (KLTCC) 2016 BAKAL MEMPERKASAKAN INDUSTRI PELESENAN DAN PENERBITAN ASEAN

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) yang kini kembali untuk edisi yang ke-9 bakal memperkasakan industri perlesenan dan penerbitan di negara-negara ASEAN melalui penumpuan digital dan perdagangan harta intelek. Justeru, pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit di Malaysia; Kota Buku sebagai penganjur utama mengalu-alukan pencipta kandungan, peserta dan para pempamer untuk mengetengahkan harta intelek mereka di KLTCC yang akan diadakan di Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 7 hingga 9 Mei 2016.

Sebagai medium untuk mempromosikan perdagangan hakcipta dan hak digital, KLTCC pada tahun ini memfokuskan kepada; Page to Pitch Media 360 (P2P)(pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia), Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS) (sebuah platform pertukaran idea dan ilmu tentang industri buku di ASEAN), Pocket Talks (sesi mengenai dunia kandungan dan hakcipta yang diterajui oleh pemain industri tempatan dan antarabangsa), sesi padanan perniagaan yang lebih terperinci, dan pelbagai pameran yang menarik.  

Friday, April 22, 2016

HOUSE OF SILLAGE LANCAR EDISI TERHAD BARU HARUMAN PASSION DE L'AMOUR

Newport Beach, Calif., April 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- House of Sillage iaitu Busana Haruman terkemuka, telah melancarkan haruman Passion de L’Amour Edisi Terhadnya. Haruman ini merupakan produk edisi terhad dan eksklusif, di mana hanya 1,000 penutup yang direka dengan menawan ini telah dikeluarkan di seluruh dunia.

Passion de L’Amour telah diilhamkan oleh detik kebahagiaan pada malam tropika yang panas di Pasifik Selatan. Bayu vanila dan karamel menarik perhatian sambil bayangan indah membawa anda jauh ke tempat-tempat eksotik.
Pengembaraan mewah sedang menunggu anda. Haruman yang menggoda ini dipersembahkan dalam botol kaca berlakuer ombre klasik House of Sillage bagi menambah pengalaman mewah yang merupakan mercu tanda House of Sillage.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8917

Thursday, April 21, 2016

PELUANG BERTEMU GURU HR DAVE ULRICH DI KUALA LUMPUR PADA 31 MEI

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Orang ramai berpeluang untuk bertemu dan menambah pengetahuan tentang peranan sumber manusia (HR) dengan menyertai program sehari bersama guru HR terkemuka dunia Prof Dr Dave Ulrich di sini, bulan depan.
Menurut kenyataan organisasi pembangunan modal insan tempatan, K-Pintar Sdn Bhd, berkata program itu yang dianjurkan dengan sokongan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan diadakan pada 31 Mei di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.
Sesi itu akan menampilkan pandangan Dr Ulrich tentang bagaimana usaha memajukan amalan HR boleh menyunmbang secara langsung kepada potensi pertumbuhan dan pendapatan sesebuah organisasi dengan berkesan.
Melalui topik ‘The Next New Thing: How HR Creates Value from Outside In’ guru PR kelahiran Amerika Syarikat itu akan menjawab soalan berkaitan bidang berkenaan bagi membantu peserta membina perspektif, menyampaikan hasil dan memperkasakan transformasi dalam organisasi masing-masing.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif K-Pintar, RA Thiagaraja berkata program itu diharapkan dapat menarik pemimpin yang disegani untuk berkongsi trend dan amalan baik terkini bagi mewujudkan pembangunan profesional secara berterusan.
“Komitmen kami dalam pembangunan modal insan melampaui usaha menggilap kembali dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja Malaysia secara umum,” katanya.
Maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh di http://www.kpintaracademy.com
--BERNAMA

HERBALIFE DINAMAKAN SEBAGAI PENAJA RASMI PEMAKANAN BAGI ATLET VIETNAM YANG AKAN KE RIO 2016, KOMITED KEPADA PERKONGSIAN BAHARU LIMA TAHUN DENGAN SUKAN VIETNAM

HANOI, Vietnam, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat pemakanan global (NYSE: HLF), hari ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) telah menamakan Herbalife Vietnam sebagai Penaja Rasmi Pemakanan bagi atlet Vietnam yang akan ke Rio 2016. Perjanjian baharu itu menandakan kesinambungan penajaan pemakanan Herbalife untuk atlet Vietnam ke Sukan Olimpik, serta penajaan sulung syarikat itu untuk atlet Paralimpik negara.

Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan Herbalife bagi pemakanan sukan dan pencapaian di Vietnam, perjanjian itu membuka jalan bagi Herbalife untuk menyediakan rangkaian produk pemakanannya yang meluas, perundingan dan latihan pemakanan sukan kepada atlet dan jurulatih yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8920

MITEL MAJUKAN KOMUNIKASI MASA NYATA UNTUK PEKERJA DAN PENGGUNA BERGERAK

SAN DIEGO, April 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), sebuah syarikat peneraju global dalam komunikasi perniagaan masa nyata, awan dan mudah alih, hari ini mengumumkan siri inovasi mereka yang seterusnya untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan apabila syarikat terus menyampaikan teknologi dan keupayaan untuk komunikasi dan kolaborasi pertama mudah alih, didayakan awan dan tertumpu milenium.
 
Menyampaikan Pengalaman Pusat Panggilan Sedia Milenium: Kemunculan rangkaian 4G dan 5G mendorong titik kemasukan semula jadi pengguna ke dalam perniagaan melalui aplikasi mudah alih. Dengan kemunculan sepadan “Internet of Things” dan perkhidmatan mesin ke mesin, perniagaan memerlukan ketangkasan tambahan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan berjaya. Generasi terkini MiContact Center Mitel, platform penglibatan pelanggan pertama mudah alih dan sedia milenium menyampaikan ketangkasan, mengubah setiap interaksi kepada peluang bagi membina kesetiaan pelanggan. Dengan mendayakan pengalaman pelanggan digital canggih merentasi media sosial masa nyata dan integrasi CRM, MiContact Center menawarkan pandangan bersepadu ke dalam profil pelanggan, yang boleh berjalin dengan keupayaan penghalaan berasaskan kemahiran lanjutan bagi menemui pakar dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang segera dan memuaskan.


UNISYS MENYAMPAIKAN KESELAMATAN SEGMENTASI MIKRO YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH PADA MICROSOFT AZURE


BLUE BELL, Pa., 18 April, 2016 /Medianet International-AsiaNet/ --


Unisys Stealth (awan)(TM) akan menyampaikan keselamatan tambahan pada kos yang lebih rendah bagi pengguna Microsoft Azure, satu platform yang digunakan oleh 85 peratus daripada syarikat-syarikat Fortune 500 di 140 buah negara

Unisys Corporation (NYSE:UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan ketersediaan Unisys Stealth (awan)(TM) untuk Microsoft Azure agar menyampaikan dengan lancar keselamatan segmentasi mikro Stealth yang telah memenangi anugerah daripada perusahaan pelanggan kepada Azure.

 

KEJOHANAN GOLF TERBUKA PANASONIC BAKAL MENARIK PENONTON DUNIA DENGAN PENSTRIMAN SECARA LANGSUNG PADA 23 DAN 24 APRIL

TOKYO, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kejohanan Golf Terbuka Panasonic akan disiarkan secara langsung pada 23 dan 24 April ini di lubang dan lokasi terpilih semasa pusingan pada hujung minggu di kelab Golf Chiba untuk meningkatkan lagi pengalaman menonton oleh peminat golf.

[Penstriman secara langsung Terbuka Panasonic]

Tarikh siaran: 7 pagi (JST) pada 23 April, Sabtu.
(PUSINGAN KETIGA) URL:
https://www.youtube.com/watch?v=bBdORFizIfg

Tarikh siaran: 7 pagi (JST) pada 24 April, Ahad.
(PUSINGAN AKHIR) URL:
https://www.youtube.com/watch?v=xyY56aHWcnQ

Kejohanan Golf Terbuka Panasonic, yang akan membuat kemunculan sulungnya di Jadual Jelajah Asia dan Jelajah Golf Jepun dari 21 April hingga 24 April, telah menarik barisan pemain handalan yang merangkumi pendahulu Order of Merit Jelajah Asia Marcus Fraser dari Australia, yang akan mencabar kejuaraan itu dengan bintang-bintang terkemuka dari Jepun.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8913

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN STRATEGI KREATIF GLOBAL BAHARU

NEW YORK, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc. hari ini mengumumkan satu strategi kreatif global yang baharu bagi syarikat itu, yang akan menyatukan kesemua jenama Calvin Klein di bawah satu visi kreatif. Francisco Costa, Pengarah Kreatif Wanita, Calvin Klein Collection, dan Italo Zucchelli, Pengarah Kreatif Lelaki, Calvin Klein Collection, akan meninggalkan syarikat itu.
Strategi itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada evolusi global ke arah jenama Calvin Klein, yang bermula dengan pemerolehan semula perniagaan jeans dan pakaian dalam mereka pada tahun 2013. Ketika syarikat itu terus membina dirinya menjadi sebuah perniagaan jualan runcit bertaraf global yang bernilai $10 bilion, usaha itu akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu di seluruh dunia dan membuka laluan bagi pertumbuhan jangka panjang di peringkat global pada masa hadapan. Arah haluan jenama baharu itu akhirnya akan mengikuti satu visi kreatif merentasi kesemua kategori perniagaan. Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8912

UNISYS BERGANDING DENGAN BRIGHTERION UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN ANALISIS JENAYAH KEWANGAN TEPAT MASA TERMAJU DI ASIA PASIFIK

SYDNEY, 20 April, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --
Teknologi kecerdasan tiruan dan pembelajaran mesin mengubah data kepada keputusan tepat masa untuk memerangi penipuan kewangan

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (
http://www.unisys.com/) dan Brighterion Inc. hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian untuk menyediakan penyelesaian berasaskan kepada perisian analisis tepat masa termaju Brighterion http://www.unisys.com/ms/real-time-analytics-for-fraud-protection untuk organisasi perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik.

Di bawah perjanjian itu, Unisys akan bertindak sebagai penyepadu penyelesaian Brighterion di Asia Pasifik, dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian antipenipuan bagi pembekal perkhidmatan kewangan. Unisys akan menyediakan perkhidmatan integrasi hujung ke akhir, penggunaan dan sokongan dengan Unisys IP dan kepakaran industri kewangan untuk menyediakan penyelesaian secara total kepada pelanggan mereka di rantau itu.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8910

Wednesday, April 20, 2016

UNISYS STEALTH(TM) SECURES ANGKASA'S SELF SERVICE KIOSKS

KUALA LUMPUR, Malaysia, Apr. 19 2016 / Medianet International-AsiaNet / --

Unisys Stealth data protection helps protect customers’ personal and credit information accessed via ANGKASA self-service kiosks

Unisys Corporation(NYSE: UIS)(http://www.unisys.com/) today announced Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) (http://www.angkasa.coop/), the apex body of the Malaysian co-operative movement, has implemented the Unisys Stealth(TM) solution (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth )to secure personal information and account details accessed via its 26 self-service kiosks across Malaysia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8905

EKSPO MAKANAN IMPORT ANTARABANGSA BEIJING 2016 UNTUK MEMPAMERKAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG SANGAT DIPELBAGAIKAN DI BEIJING

BEIJING, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Makanan Import Antarabangsa Beijing ke-5 2016 (cipfe 2016), yang akan berlangsung pada 6 Mei hingga 8 Mei, 2016 di Pusat Pameran Beijing, dijangka dapat mengumpulkan lebih 600 syarikat makanan antarabangsa dari lebih 30 buah negara dan wilayah. Satu daripada acara kemuncak adalah kepelbagaian makanan dan minuman dari seluruh pelusuk dunia.

Pempamer Asia dari Korea, Jepun, Thailand dan Malaysia akan mempamerkan pelbagai makanan ringan, termasuk produk Malaysia dan Thailand yang eksotik seperti buah-buahan kering dan daging -- durian, mangga, kelapa, gajus, asam jawa, dan juga daging buaya; serta produk minuman, kopi dan ikan.

POLYPLASTICS LANCAR GRED BAHARU POM BAGI APLIKASI SENTUHAN MAKANAN, MELIHAT DENGAN PENUH MINAT PERLUASAN PERNIAGAAN DI EROPAH DAN BENUA AMERIKA


 TOKYO, 18 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -

Polyplastics Co., Ltd mengumumkan pada 18 April bahawa ia akan melaksanakan strategi berikut untuk mengukuhkan lagi kehadiran syarikat itu di pasaran Eropah dan benua Amerika. Polyplastics mula mara ke dalam pasaran ini pada tahun 2012 dan telah membina satu struktur jualan yang terdiri daripada syarikat-syarikat jualan di Amerika Syarikat, Jerman dan Mexico (*1). Hasilnya, jumlah jualan POM (polyacetal) dan PBT (polybutylene terephthalate) di dalam pasaran-pasaran ini telah menjadi empat kali lebih tinggi berbanding tiga tahun yang lalu.


1. Gred baharu DURACON (R) POM telah dibangunkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) mengenai aplikasi sentuhan makanan dan bekalan air minuman. Polyplastics akan memulakan penjualan sejenis gred untuk acuan suntikan (2 jenis) dan satu gred bagi pembentukan penerobosan fasa pepejal (1 jenis).

Tuesday, April 19, 2016

BAUCER BUKU BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR KAYM

MELAKA, 18 April (Bernama) -- Seramai 1796 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM449 Ribu di kampus induk Bukit Sebukor, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi  melahirkan rasa syukur kerana pemberian Baucer Buku ini dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8899

Monday, April 18, 2016

MOMENTUM PERNIAGAAN TRIPWIRE SEMAKIN PANTAS DALAM 2015


PORTLAND, Ore., 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tripwire, Inc., sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian pengesanan dan tindak balas akhir, keselamatan, pematuhan dan operasi IT, hari ini mengumumkan pencapaian tertinggi hasil dan keuntungan dalam tahun 2015 yang diterajui oleh jualan kukuh oleh Tripwire® IP360™, sebuah penyelesaian pengurusan kerentanan; Tripwire® Enterprise, sebuah penyelesaian pengurusan konfigurasi keselamatan dan pematuhan dasar; dan Tripwire NERC Solution Suite, sebuah penyelesaian keselamatan dan pematuhan yang direka untuk memenuhi keperluan keselamatan pematuhan dan siber yang unik bagi organisasi tenaga.

"Selepas pengambilalihan kami oleh Belden pada tahun lepas, pertumbuhan dan keuntungan terus dicapai pada satu kadar yang agresif," kata Gus Malezis, Presiden bagi Tripwire. "Kami berupaya mengambil kesempatan daripada peluang-peluang dalam pasaran utama dalam pelbagai industri infrastruktur kritikal pada tahun 2015, dan kami menjangkakan momentum ini akan berterusan. Kami terus melabur dengan banyaknya dalam inovasi teknologi, perhubungan pelanggan, saluran dan perkongsian vendor pihak ketiga, dan menjajarkan penyelesaian kami untuk penghantaran yang optimum."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8886

Friday, April 15, 2016

12 TAHUN TERUS MEMPERJUANGKAN INTEGRITI

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Sempena sambutan ulangtahun Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang ke-12 pada 23 April 2016 ini. INTEGRITI akan menganjurkan pelbagai program sempena Sambutan Ulangtahun ke-12.

14 April 2016 - “Breakfast Talk” yang diadakan pada setiap bulan kali ini memasuki siri empat dengan topik "Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi" akan diadakan. Dalam usaha kerajaan  membasmi rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, kawalan sistem atau undang-undang merupakan suatu mekanisme yang dirangka bagi mencegah berlakunya  kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan atau organisasi.  Contoh, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act) akta yang mampu melindungi pemberi maklumat menghadapi risiko tinggi pendedahan tersebut. Sejauh mana kepercayaan masyarakat dan kesahihan perlindungan yang diberikan akan turut dibincangkan.


TORANOMON HILLS BERKEMBANG SEBAGAI SEBUAH HAB PERNIAGAAN GLOBAL

-Mori Building mengumumkan tiga projek pembangunan semula sehingga tahun 2020 dan seterusnya-

TOKYO, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building, sebuah pemaju landskap bandar yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu senarai projek pembangunan semula besar-besaran yang melibatkan pembinaan tiga menara di sekitar Toranomon Hills yang sedia ada. Pelan itu akan mentransformasikan kawasan itu untuk menjadi sebuah hab perniagaan yang lebih menyerlah, boleh diakses secara global dan akan menarik orang perseorangan dan perusahaan dari seluruh pelusuk dunia untuk menetap, bekerja dan bermain di Toranomon.

Transformasi mempercepatkan Toranomon


Untuk beberapa tahun akan datang, Mori Building akan membangunkan tiga menara bercampur yang baharu yang secara tentatif akan diberi nama Menara Perniagaan Toranomon HillsMenara Kediaman Toranomon Hills danMenara Stesen Toranomon Hills di sekitar kawasan Toranomon Hills yang sedia ada, yang dibuka pada Jun 2014.

HUBSKY DARI CHINA MEMILIH UNISYS UNTUK MENYEDIAKAN PERUNDINGAN IT DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN BAGI PUSAT DATA BAHARU YANG BERASASKAN AWAN DI BEIJING

AsiaNet 64105
BEIJING, 15 April., 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Perkhidmatan khidmat nasihat, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan oleh Unisys untuk membantu HubSky mewujudkan kemudahan pusat data baharu bagi perniagaan China

Unisys Corporation (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa HubSky Network Company (HubSky) telah melantik Unisys bagi menyediakan perkhidmatan perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan sebuah pusat data untuk pusat data baharu HubSky yang berasaskan awan di Beijing. Pusat data itu direka bentuk untuk membolehkan HubSky memenuhi keperluan perniagaan China yang semakin berkembang.

Thursday, April 14, 2016

RANCANGAN LAMBAIAN KAABAH 1437H DI IKIMFM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menerbitkan sebuah rancangan ilmu yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan persediaan dan pemahaman sebenar berkenaan ibadat haji.
 
Menerusi Rancangan Lambaian Kaabah 1437H para pendengar akan mendapat pendedahan secara terperinci tentang pelaksanaan dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas haji. Rancangan ini merupakan kerjasama IKIMfm dan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji Malaysia yang mendapat penajaan daripada Bank Islam (M) Berhad selaku penaja rasmi. Rancangan 17 episod ini yang telah mula bersiaran pada 7 April 2016, akan ke udara pada setiap Khamis  bermula jam 9.15 pagi hingga 9.45 pagi (30 minit) dikendalikan oleh penyampai dalam segmen Warna Pagi. Manakala penerbit bagi rancangan Lambaian Kaabah ini adalah Maslina Alias.
 
Pengisian rancangan ini akan membincangkan tentang  Pengurusan Haji di Tanah Air, Pengelola Jemaah Haji, Fasafah Haji, Kelebihan Mekah dan Madinah, Rukun Haji, Wajib Haji dan Tawaf, Dam dan Larangan Dalam Ihram : Satu Permasalahan, Pengurusan Haji di Tanah Suci, Penjagaan Kesihatan, Permasalahan Wanita dan Haid, Ibadat Umrah, Ziarah Madinah, Sahabat TH Ibadat, Medik, dan Kaunseling, serta Permasalahan Solat di Tanah Haram. Istimewanya, rancangan Lambaian Kaabah tahun ini akan diadakan secara langsung bagi memberi peluang interaksi pendengar kepada panel jemputan yang bersiaran.
 
Antara panel jemputan  slot ini adalah Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri (AJK Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji), Yang Mulia Haji Tengku Aziz bin Raja Abdullah (Pengurus Besar Bimbingan, Lembaga Tabung Haji Malaysia), Dr Hajah Anisah Ab Ghani (AJK Penasihat Ibadat Haji), Yang Berbahagia Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengurus Besar Kanan Haji – Lembaga Tabung Haji).
 
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Maslina Alias
Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm 
Tel : 03-6204 6265 

--BERNAMA

WEX PERLUAS LIPUTAN GEOGRAFI UNTUK PELANGGAN MINYAK DI ASIA

Memanfaatkan Pengalaman lebih 20 Tahun Dalam Pemprosesan Urus Niaga dan Menguruskan Portfolio Penyumberan Luar Perniagaan Sepenuhnya di Amerika Utara

SINGAPURA, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WEX Inc. (NYSE: Wex), sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pembayaran korporat, hari ini mengumumkan beberapa perkembangan utama sebagai sebahagian daripada pengembangan perkhidmatan armadanya di Asia, di mana ia telah memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat minyak selama hampir satu dekad.



Wednesday, April 13, 2016

ARGOSY MEMBUKA KILANG BAHARU UNTUK MEMPERLUASKAN PENGELUARAN BAHAN AEROANGKASA

NEW YORK, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Argosy International Inc., pembekal terkemuka bagi komposit canggih dan bahan-bahan yang berkaitan dengan industri aeroangkasa di rantau Asia Pasifik, telah memulakan pembinaan kilang pengeluaran baharu mereka yang berukuran 2,300 meter persegi yang terletak di No. 33, Jalan Jing ke-3, Daerah Wuqi, Bandar Raya Taichung, Taiwan (Republik China).


Newcastle Jadi Tuan Rumah Pusingan Pertama Kejuaraan Supermoto Asia FIM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bandaraya Newcastle di New South Wales (NSW), Australia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan pertama Kejuaraan Supermoto Asia FIM pada 3 dan 4 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Supersports Group (ASG), S. Mayachandran berkata Newcastle, bandar raya kedua paling padat penduduk di NSW, dipilih kerana kemudahan infrastruktur, kemudahan awam serta jumlah besar peminat sukan permotoran.

ASG, sebuah penganjur sukan permotoran berpangkalan di Malaysia, adalah pemegang hak eksklusif Kejuaraan Supermoto Asia FIM yang diiktiraf oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) Asia.

"Kuala Lumpur dan Bangkok juga akan dipilih sebagai tuan rumah pusingan kejuaraan ini dan tarikh akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari Rabu.

Siri pertama kejuaraan itu diadakan tahun lepas dengan menampilkan lebih 18 pelumba antarabangsa utama dari 12 negara termasuk Brunei, China, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand dan United Kingdom.

-- BERNAMA

BIOTEKNOLOGI /TANAMAN GM DITANAM DI DUA JUTA HEKTAR DARI TAHUN 1996 HINGGA 2015

Petani Mengaut Lebih AS$150 Bilion daripada Kemajuan dalam Tanaman Bioteknologi sepanjang lebih 20 Tahun
 
BEIJING, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International Service for the Acquisition of Agri-Biotech Applications (ISAAA) hari ini mengeluarkan laporan tahunan mereka dengan memperincikan penggunaan tanaman bioteknologi, "Ulang Tahun ke-20 Pengkomersialan Global bagi Tanaman Bioteknologi (1996 hingga 2015) dan Sorotan Tanaman Bioteknologi pada 2015," dengan mempamerkan peningkatan global dalam keluasan bioteknologi daripada 1.7 juta hektar pada 1996 kepada 179.7 juta hektar pada tahun 2015. Peningkatan 100 kali ganda ini dalam masa hanya 20 tahun menjadikan bioteknologi sebagai tanaman teknologi yang paling banyak digunakan sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan kepuasan petani dengan tanaman bioteknologi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8883

PH MINERS INC TAWAR $3000 PENJIMATAN PADA MINER BITCOIN DAN LITECOIN


NEW YORK, April 13 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ph Miners Inc telah melancarkan tawaran istimewa ke atas miner Bitcoin dan Litecoin mereka yang hebat bagi membolehkan pelanggan membeli empat miner untuk harga tiga miner, penjimatan sebanyak $3000.
 
 
Tawaran baru ini membolehkan pelanggan untuk mencampur dan memadankan unit mengikut pilihan mereka pada Bitcoin atau Litecoin. Sebagai contoh, jika pelanggan mahukan dua miner Bitcoin dan satu miner Litecoin, mereka masih layak untuk tawaran istimewa dan  dapat memilih sama ada miner Bitcoin atau Litecoin sebagai unit percuma keempat mereka. Tanpa mengira miner yang mereka pilih, mereka masih layak untuk tawaran tersebut apabila mereka membeli tiga unit serentak.  Dengan setiap peranti yang dijual pada $3000 setiap satu, promosi ini menawarkan penjimatan hebat kepada para pelanggan pH Miners Inc.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8880

Tuesday, April 12, 2016

15 PEMOHON BERTUAH AKAN DITAWARKAN PELUANG UNTUK BELAJAR MASAKAN JEPUN DALAM BAHASA INGGERIS DI KAMPUS 'LE CORDON BLEU' JEPUN YANG MEMPUNYAI 120 TAHUN KEPAKARAN PENDIDIKAN

TOKYO, 11 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Di bawah "Program Dermasiswa Masakan Jepun" -

Le Cordon Bleu Jepun kini mempelawa pemohon untuk menyertai satu program bagi belajar masakan Jepun dalam bahasa Inggeris di Institut masakan itu. Ia bekerjasama pada satu program dermasiswa khas selama lapan bulan, yang dibangunkan di bawah satu projek yang dimulakan oleh Pertubuhan bagi Memupuk Sumber Manusia untuk Mempromosi Masakan & Kebudayaan Makanan Jepun, yang disasarkan kepada graduan sekolah masakan atau kalangan profesional industri yang mencari untuk memperluaskan pengalaman masakan mereka.


Monday, April 11, 2016

1,000 Pelajar Dari 16 Sekolah Hilir Perak Sertai Bengkel Mini KLESF

TELUK INTAN, 2 April (Bernama) -- Kira-kira 1,000 pelajar dari 16 buah sekolah menengah di Hilir Perak terlibat dalam Bengkel Mini Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) di sini hari ini.

Bengkel dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak di sini merupakan program julung kali diadakan di luar ibu negara dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Dalam ucapannya, Mah menyambut baik penganjuran program tersebut dan menganggapnya sebagai pelaburan yang amat bermakna untuk penduduk tempatan lebih-lebih lagi ia diadakan di kawasan luar dari ibu kota.

Menurutnya transformasi sains merupakan strategi 'game-changer' dalam menjana kekayaan baharu dan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk masa depan kerana ketika ini hanya 20 peratus pelajar didapati cenderung menceburi bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM).

"Kementerian Pendidikan telah menyasarkan peningkatan pelajar aliran sains kepada 60 peratus manakala aliran sastera sebanyak 40 peratus menjelang 2020 tetapi jumlah itu belum tercapai.

"Ini memerlukan usaha yang berterusan dan diharapkan penganjuran bengkel sebegini ke seluruh negara pada masa akan datang mampu mempromosikan bidang sains dan teknologi ini agar tambah minat lebih banyak pelajar untuk mengikutinya," katanya.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hilir Perak, Sulaiman Samsudin dan Pengerusi bersama KLESF, Datuk Ir Hong Lee Pee.

Bengkel mini KLESF ini merupakan salah satu usaha perkongsian kerajaan dan swasta yang melibatkan kerajaan pusat dan negeri serta pihak industri dan akademik bagi menaik taraf penguasaan sains dan memperkasakan sains dan teknologi di negara ini terutama dalam kalangan pelajar luar bandar.

Kira-kira 40 sesi bengkel pelbagai acara pembelajaran dalam bidang STEM dipertunjukkan kepada pelajar seperti bengkel quadcopter, simulator penerbangan, pembinaan jambatan dan sebagainya.

Ia merupakan program usahasama anjuran bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), PPD Hilir Perak, Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Petrosains, Innopeak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

-- BERNAMA

Friday, April 8, 2016

HOT 97 SUMMER JAM BERGANDINGAN DENGAN AVEX LIVE CREATIVE UNTUK SUMMER JAM TOKYO

TOKYO, 7 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
WQHT HOT 97 FM, stesen # 1 untuk Hip Hop dan R&B, mengumumkan pada 30 Mac satu pengembangan monumental bagi jenama HOT 97 SUMMER JAM, dengan membawa festival Hip Hop yang terbesar ke Tokyo pada Julai 2016. Sebagai negara yang pertama di luar Amerika syarikat, Jepun telah mengikat satu perjanjian pelesenan dengan HOT 97. Perkongsian pelbagai tahun itu adalah di antara Avex Live Creative, sebuah syarikat hiburan langsung dan penerbitan terulung, yang merupakan sebahagian daripada Avex Group Holdings yang berpangkalan di Jepun, dan Trevanna Entertainment, pasukan penerbitan yang bertanggungjawab menganjurkan HOT 97 SUMMER JAM di New York.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8870

KER1M MAHU PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN TALI PINGGANG KELEDAR DIPERKETAT

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) mahu penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar diperketatkan bagi mengurangkan risiko kematian pengguna jalan raya.

Pengerusi KER1M Datuk Ranjith Raja berkata ini adalah kerana kesedaran orang ramai terhadap risiko pemanduan tanpa memakai tali pinggang keleder masih berada pada tahap rendah.

"Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran, sikap dan pematuhan kepada undang-undang pemasangan tali pinggang keledar depan dan juga penumpang belakang di negara ini masih tidak memuaskan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata KER1M telah mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memberi cadangan memastikan penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar diperketatkan, selain tali pinggang keledar penumpang belakang diwajibkan.

Beliau menegaskan pemandu wajib memastikan setiap penumpang yang berada di dalam kenderaan mereka memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan

Ibu bapa juga harus menyediakan kerusi khas kanak-kanak serta mengaplikasikan fungsi butang kunci keselamatan kanak-kanak bagi mengelakkan risiko kematian sekiranya berlaku kemalangan, katanya.

Ranjith berkata KER1M bercadang mengadakan kursus dan kempen keselamatan jalan raya agar pemandu sentiasa berada dalam keadaan peka, mengikut garis panduan, merujuk petua keselamatan agar tidak berlaku kecuaian.

"Keselamatan adalah keutamaan yang tiada kompromi. Sikap kita yang meremehkan pemakaian tali pinggang kelendar, memandu melebihi had laju, menjawab panggilan ketika memandu, tidak memeriksa kenderaan secara berkala, memandu di bawah pengaruh alkohol dan kecuaian lain merupakan punca kemalangan berlaku," katanya.

-- BERNAMA


33 PERATUS PEKERJA SEKTOR KEWANGAN SANGAT TERLIBAT PADA KERJA - AIF

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Hanya satu pertiga daripada pekerja dalam
sektor perkhidmatan kewangan Malaysia membayangkan masa depan jangka panjang
dengan majikan semasa mereka dan menyokong organisasi, menurut satu
laporan oleh Institut Kewangan Asia (AIF).

    Dalam laporannya bertajuk 'The 3Es of Talent Management', AIF berkata
pekerja yang sangat terlibat di tempat kerja hanya 33 peratus manakala 45
peratus terlibat secara sederhana, 16 peratus tidak bermotivasi dan enam peratus
sangat tidak terlibat.

   Laporan 'Engagement, Enrichment and Empowerment' (3E) atau penglibatan,
memperkaya dan pemerkasaan pengurusan bakat, melibatkan lebih 3,000 profesional
kewangan di seluruh industri perkhidmatan kewangan, bertujuan membantu
organisasi memahami cara-cara untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan
mengoptimumkan prestasi organisasi.

    "3E boleh menyediakan kaedah untuk memahami bagaimana berkesan
sesebuah organisasi dalam menguruskan pekerjanya dan mewujudkan budaya yang
memastikan pekerja bermotivasi dan produktif.

    "Memandangkan cabaran bakat yang semakin hebat, organisasi perlu memikirkan
semula pendekatan di luar kaedah tradisional mereka dengan memberi tumpuan semua
usaha dan sumber kepada kepuasan pekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif AIF Dr
Raymund Madden dalam kenyataan hari ini.

    Menurut laporan itu, terdapat empat pemacu utama yang organisasi
perlu memberi tumpuan untuk mempunyai program penglibatan yang berkesan -
kejelasan tujuan dan hala tuju; kepimpinan; kebanggaan serta advokasi dan
ganjaran.

    "Pemacu ini mempunyai kesan yang besar ke atas tahap keseluruhan komitmen
dan kepuasan pekerja," katanya.

    Laporan itu menekankan aspek intrinsik kerja sebagai peluang untuk kemajuan,
rasa pencapaian dan peluang untuk pekerja menggunakan sepenuhnya kemahiran dan
kebolehan yang menjadi elemen penting dalam mana-mana strategi memperkaya
pekerja.

    -- BERNAMA

Thursday, April 7, 2016

MARATON RAKYAT OSAKA BERSKALA BESAR AKAN MENERIMA PERMOHONAN PENYERTAAN DARI 8 APRIL

OSAKA, Jepun, 6 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Jawatankuasa penganjur Maraton Osaka mengumumkan pada 6 April bahawa ia akan mula menerima permohonan pada pukul 10 pagi pada 8 April, untuk perlumbaan dalam Maraton Osaka edisi ke-6 yang dijadualkan pada Ahad, 30 Oktober 2016.

Maraton Osaka adalah yang terbesar seumpamanya di Jepun, dengan kira-kira 32,000 orang pelari, dari Jepun dan dari luar negara, membuat larian melalui tempat-tempat yang indah termasuk Istana Osaka dan lebuh Dotonbori dan Midosuji, dengan lebih 1.3 juta orang bersorak dari tepi jalan. Pelawat ke Osaka akan disajikan bukan sahaja dengan perlumbaan maraton yang terkenal tetapi dengan makanannya yang lazat di mana penduduk tempatan seringkali makan berlebihan, pusat-pusat beli-belah dan taman hiburan bertaraf dunia yang hanya terdapat di Osaka.


RANGKA LUAR ROBOT EKSO GT™ DILULUSKAN OLEH FDA UNTUK KEGUNAAN PESAKIT STROK DAN KECEDERAAN SARAF TUNJANG

Rangka luar robot pertama yang diluluskan untuk kegunaan pesakit strok dan orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang sehingga tahap C7

RICHMOND, Calif., April 6 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ekso Bionics Holdings, Inc. (OTCQB:EKSO), sebuah syarikat rangka luar robot, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk memasarkan rangka luar robot Ekso GT mereka untuk digunakan dalam rawatan individu yang mengalami hemiplegia disebabkan  strok, individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang pada tahap T4 hingga L5, serta individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang pada tahap T3 hingga C7 (ASIA D), mengikut pelabelan peranti. Ekso GT ialah rangka luar pertama yang diluluskan oleh FDA untuk kegunaan pesakit strok. 


H.B. FULLER COMPANY SETUJU AMBIL ALIH PERNIAGAAN BAHARU

ST. PAUL, Minn., April 7 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — H.B. Fuller Company (NYSE:FUL) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian untuk membeli Advanced Adhesives iaitu pembekal pelekat perindustrian di Australia dan New Zealand. Dengan pendapatan bersih bagi tahun 2015 bernilai $17 juta, perniagaan ini akan dimasukkan dalam segmen operasi H.B. Fuller di Asia Pasifik.

Advanced Adhesives yang ditubuhkan pada tahun 1985 bekerjasama rapat dengan pelanggan dalam pelbagai jenis industri, termasuk barangan bungkusan pengguna, pertukangan kayu dan aplikasi pemasangan produk. Tambahan perniagaan ini akan membolehkan H.B. Fuller untuk mengukuhkan kedudukan pasaran pelekat perindustriannya dan memanfaatkan portfolio teknologi yang lebih luas di Australia mahu pun New Zealand.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8866

OCEANIA CRUISES UMUM JADUAL PELAYARAN BAHARU 2017-18

SYDNEY, 7 April (Bernama)  — Kapal pelayaran Nautica milik Oceania akan menghabiskan 6 bulan belayar ke Asia dan Afrika, Sirena baharu akan menghabiskan 4 bulan belayar ke Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan

Pemimpin pelayaran bertaraf premium atasan, Oceania Cruises telah melancarkan 109 jadual pelayaran baharu yang unik merentasi 173 pelayaran dan 41 pelayaran lanjutan untuk Musim Gelombang April 2017 hingga Jun 2018 – mula dijual sekarang.

“Oceania Cruises menyediakan pelayaran yang mendalam, destinasi yang kaya, yang mendapat inspirasi dengan masakan. Jadual perjalanan baharu itu menawarkan gabungan destinasi tempatan dan antarabangsa yang popular dan baru muncul, dengan kemuncaknya termasuk tujuh jadual perjalanan berasaskan Asia dengan menggunakan kapal Nautica, lima pelayaran di Asia Pasifik dengan kapal Insignia, dan Sirena yang akan dilancarkan tidak lama lagi yang akan menghabiskan empat bulan pelayaran ke Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan,” kata Steve Odell, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan bagi Norwegian Cruise Line Holdings Asia Pasifik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8868

Monday, April 4, 2016

'Page To Pitch Media 360' Buka Peluang Penulis Tonjol Bakat

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan pertandingan 'Page to Pitch (P2P) Media 360' bagi membuka peluang kepada penulis menerbitkan karya mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mustar berkata pertandingan itu bakal menjadi inspirasi bukan sahaja untuk penulis kreatif di negara ini malah penulis di negara ASEAN untuk memperkasakan industri penerbitan secara menyeluruh.

"Pertandingan ini merupakan satu peluang keemasan bagi mereka menonjolkan bakat dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu 'Idea untuk penerbitan' yang akan mencungkil bakat penulis baharu dengan pemenang bagi kategori itu, berpeluang menerbitkan karyanya bersama Karangkraf.

Katanya kategori kedua iaitu 'Penerbitan untuk adaptasi' menyasarkan penulis yang telah menerbitkan karya mereka untuk diadaptasi dalam bentuk kandungan media digital seperti filem, animasi dan aplikasi.

Pemenang utama kategori itu, katanya akan menerima geran pembangunan industri kreatif oleh FINAS yang bernilai RM500,000.

Katanya penyertaan dibuka dari sekarang hingga 22 April ini dan peserta boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch.

-- BERNAMA