Wednesday, August 31, 2016

HEMISPHERX BIOPHARMA UMUMKAN PENEMUAN BESAR : KELULUSAN BAGI JUALAN KOMERSIAL RINTATOLIMOD (NAMA DAGANG DI A.S.: AMPLIGEN®) UNTUK MERAWAT KES ENSEFALOMIELITIS MIALGIA/SINDROM LETIH KRONIK (ME/CFS) YANG TENAT DI REPUBLIK ARGENTINA

Produk Pertama Diluluskan untuk Indikasi ME/CFS di Seluruh Dunia
Kelulusan Penemuan Memberikan Laluan yang Jelas untuk Perkembangan di Amerika Latin dan Kesatuan Eropah

PHILADELPHIA, 29 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hemispherx Biopharma, Inc. (NYSE MKT: HEB) (“Syarikat” atau “Hemispherx”), mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan Permohonan Ubat Baharu (New Drug Application, NDA) daripada Administracion Nacional de Medicamentos, Alimentos y Tecnologia Medica (ANMAT) untuk jualan komersial rintatolimod (Nama dagang di A.S.: Ampligen®) untuk rawatan ensefalomielitis mialgia/sindrom letih kronik (ME/CFS) yang tenat di Republik Argentina. Produk ini akan dipasarkan oleh GP Pharm, iaitu rakan kongsi komersial Hemispherx di Amerika Latin.  Kami percaya bahawa rintatolimod ialah ubat pertama di dunia yang menerima kelulusan untuk indikasi ini di seluruh dunia. Kami juga percaya bahawa tidak terdapat produk dalam rangkaian yang sedia ada untuk kelulusan, di seluruh dunia, untuk penyakit yang melemahkan ini. Salinan kelulusan rasmi daripada ANMAT, yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris boleh didapati di laman web Syarikat di http://ir.hemispherx.net/Events_Presentations.

Kelulusan tersebut adalah berdasarkan serahan dua kajian penting iaitu AMP-502 dan AMP-516. Data keselamatan juga merangkumi kajian CFS dan bukan CFS tambahan untuk sejumlah melebihi 800 subjek termasuk lebih 100 subjek dengan CFS tenat yang menerima Ampligen® selama setahun atau lebih lama. Beberapa aktiviti pascakelulusan perlu dijalankan sebelum pelancaran produk, termasuk pemeriksaan tapak pembuatan dan penilaian pembayaran balik oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kesihatan (SSS) iaitu pihak berkuasa kesihatan pusat di Argentina. “Dengan bekerja bersama-sama dengan rakan kongsi kami iaitu GP Pharm dalam usaha ini, pasukan kami di Hemispherx telah menangani semua masalah perubatan dan saintifik yang dibentangkan oleh ANMAT dan layak menerima pujian atas kejayaan besar ini.Di Hemispherx, kami mungkin bersaiz kecil mengikut piawaian syarikat farmaseutikal besar, tetapi komitmen kami dalam menangani keperluan perubatan yang mendesak ini menjadikan kami setanding dengan mereka,” ujar Tom Equels, CEO Hemispherx.

Promosi Kraf Malaysia Selama Lima Hari Di Kota Baharu

KOTA BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di pusat beli-belah Aeon Mall di sini selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Pengarahnya Juhari Azmi berkata tujuan promosi tersebut adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan jualan produk kraf di samping untuk memartabatkan produk kraf setanding dengan produk lain yang sudah terkenal.

Seramai 20 orang usahawan kraf dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terlibat dalam promosi kraf tersebut, katanya kepada Bernama.....

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1277572

KOTA BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di pusat beli-belah Aeon Mall di sini selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis. Pengarahnya Juhari Azmi berkata tujuan promosi tersebut adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan jualan produk kraf di samping untuk memartabatkan produk kraf setanding dengan produk lain yang sudah terkenal. Seramai 20 orang usahawan kraf dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terlibat dalam promosi kraf tersebut, katanya kepada Bernama..... Berita Utama Terdahulu Obama Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika, PM Najib Ketuai Delegasi Malaysia Pelbagai Isu Jadi Tumpuan Rundingan Tahunan Malaysia-Thai - Duta Najib Ke Thailand Jumaat Ini Untuk Rundingan Tahunan Keenam Berita Terkini Lain ROS Lulus Secara Prinsip Permohonan PPBM - Ahmad Zahid- politik Electrolux Perkenal Rangkaian Peti Sejuk Nutrifresh Premium Baharu- ekonomi Perak Wujud Jawatankuasa Khas Bagi Penganjuran Sukma 2018- sukan Usaha Merancakkan Semula Industri Pelancongan Mesir- rencana International Travel Expo Opens In HCM City- dunia Berita Pilihan Tertinggi Kerajaan Serius Kekang Ancaman Daesh - Masir Jangan Wujud Sindrom Nafi Kelemahan Perkhidmatan - Ahmad Zahid Obama Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika, PM Najib Ketuai Delegasi Malaysia undefined undefined

KOTA BAHARU, 28 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan mengadakan Promosi Kraf Malaysia di pusat beli-belah Aeon Mall di sini selama lima hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Pengarahnya Juhari Azmi berkata tujuan promosi tersebut adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan jualan produk kraf di samping untuk memartabatkan produk kraf setanding dengan produk lain yang sudah terkenal.

Seramai 20 orang usahawan kraf dari Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terlibat dalam promosi kraf tersebut, katanya kepada Bernama.....

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1277572

1006 GRADUAN KUIS TERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA DI MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-19

BANDAR SERI PUTRA, 30 Ogos (Bernama) -- Majlis Konvokesyen ke-19 KUIS 2016 berlangsung dengan penuh gemilang pada 13 Ogos 2016 dengan menyaksikan 1006 graduan telah menerima penganugerahan di peringkat Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam pelbagai bidang pengajian.
 
Majlis Konvokesyen telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Sri Mohamed Azmin Bin Ali merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. Dalam majlis tersebut, YAB Dato Sri Muhammad Azmin Ali mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh para graduan. Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai akademik dan seluruh warga kerja KUIS atas berkat usaha dan kesungguhan dalam melahirkan para graduan yang berkualiti dan berjaya meletakkan KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi pilihan dengan peningkatan kemasukan jumlah pelajar sebanyak 200% iaitu daripada 3500 pelajar kepada 9350 pelajar.


47 Wakil Daripada 25 Kementerian Sertai Program NEMO CDC

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 47 wakil daripada bahagian kewangan di 25 kementerian di negara ini dijangka menyertai program Eksplorasi Kehidupan Marin dan Laut Nasional (NEMO).

Dalam satu kenyataan Selasa, penyedia perkhidmatan e-dagang, Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) berkata, program dua hari itu akan diadakan di Pulau Redang, Terengganu mulai 2 Sept 2016.


Tuesday, August 30, 2016

HYTERA LANCAR RADIO BIMBIT DMR TERBAHARU PD98X

PD98X, sebuah ahli baharu dalam portfolio DMR yang sudah serba boleh bagi Hytera, membawa pengalaman audio yang luar biasa dengan ciri-ciri dan inovasi yang dipertingkatkan
 
SHENZHEN,  China, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera, sebuah pembekal penyelesaian yang terkemuka di dunia di dalam komunikasi Radio Mudah Alih Profesional, telah melancarkan DMR (Radio Mudah Alih Digital) mereka yang terkini PD98X yang dipegang tangan, sambil menambah sebuah lagi ahli kepada portfolio DMR mereka yang terkemuka itu. PD98X menawarkan satu pengalaman audio yang luar biasa melalui teknologi pembatalan bunyi, dan pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri baharu termasuk panggilan dupleks yang lengkap, keupayaan rakaman melalui SD Mikro, Bluetooth 4.0 untuk audio atau data dan mod pengulang frekuensi tunggal untuk meningkatkan jarak liputan.
 
"Kami berbangga untuk mengumumkan pelancaran PD98X," kata G.S. Kok, Naib Presiden Kanan Hytera. "Beberapa siri inovasi dan reka bentuk yang canggih telah ditambah ke dalam model baharu ini untuk menjadikan ia sebuah radio yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi kefungsian dan pengalaman pengguna."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9258

Profesional Kewangan Sambut Baik Peningkatan Dalam Kecerdasan Buatan, Automasi Dan Robot

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Profesional kewangan menyambut baik peningkatan dalam kecerdasan buatan (AI), automasi dan robot walaupun bimbang akan kehilangan pekerjaan atau senario akhir zaman berikutan penguasaan inovasi tersebut.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), 83 peratus daripada 1,628 anggotanya menyokong idea penggunaan automasi yang lebih banyak jika ia mampu menjimatkan masa dan wang atau membantu proses membuat keputusan dalam organisasi mereka.

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1278215

ISETAN MITSUKOSHI GROUP AKAN BUKA KEDAI ISTIMEWA YANG BAHARU "ISETAN THE JAPAN STORE KUALA LUMPUR" DI MALAYSIA, MEMPERKENALKAN KUALITI, GAYA HIDUP DAN ESTETIK JEPUN YANG TULEN

TOKYO, 29 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Group, yang disokong oleh Cool Japan Fund Inc. yang dibiayai oleh kerajaan, akan membuka sebuah kedai istimewa yang baharu, "ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur," di Malaysia pada akhir Oktober 2016.

Ketika minat dunia kepada Jepun terus berkembang, kami amat gembira untuk memperkenalkan sejarah, budaya, teknologi, kepelbagaian dan gaya hidup reka bentuk Jepun. Kedai baharu itu akan menyampaikan gaya hidup dan estetik Jepun kepada pelanggan. Kami akan membawa bukan sahaja yang terbaik dari Jepun, tetapi juga pengalaman Jepun yang tulen.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9257

Saturday, August 27, 2016

32 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI

Kejohanan Bola Sepak Cungkil Bakat Pemain Remaja

SUBANG JAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari yang akan bermula pada 30 Ogos bakal menyaksikan 576 pemain bola sepak bawah 18 tahun yang mewakili 32 pasukan dari 9 daerah seluruh Selangor berentap bagi merebut kejuaraan edisi ke-3.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim disaksikan oleh Pengerusi Kejohanan, YDH Dato’ Emran Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), Ahmad Fariz Hassan bertempat di Stadium Mini KPM, SMK USJ 23, Subang Jaya.


APLIKASI VITAL EXPLORING DARI MICROSOFT HOLOLENS DI DALAM PERUSAHAAN PENYELESAIAN VISUALISASI

Menyasarkan generasi akan datang bagi pengalaman pengguna klinikal

MINNEAPOLIS, 26 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vital Images, Inc. (Vital), syarikat pengimejan dan informatik perubatan terkini yang bertapak di Minneapolis, dengan sukacitanya membawakan pratonton pengkomputeran holografik dengan perusahaan penyelesaian pengimejan VitreaView® di persidangan tahunan Asia Pasifik HIMSS Asia Pacific di pondok pameran Vital (#412), 23-26 Ogos di Bangkok, Thailand. Vital sedang meneroka potensi aplikasi Microsoft HoloLens sebagai satu pengembangan dalam perusahaan penyelesaian visualisasi, termasuk perisian syarikat VitreaView dan Vitrea® Advanced Visualisation.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9246

Friday, August 26, 2016

PERASMIAN CAWANGAN BANK MUAMALAT CAWANGAN GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

GEMAS, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad hari ini telah merasmikan cawangan barunya di Gemas, Negeri Sembilan dan ia merupakan cawangan Bank Muamalat yang ke- 3 di buka di negeri itu.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bank Muamalat Malaysia Berhad, Y. Bhg. Dato’ Azmi Abdullah diiringi oleh Tuan Haji PeerMohamed Ibramsha, Ketua Pegawai Operasi, Bank Muamalat Malaysia Berhad.


TOSHIBA LANCAR PEMACU ARUS INPUT RENDAH, OUTPUT REL KE REL, PENGGANDING FOTO GATE-DRIVE

Produk pakej ketinggian rendah membolehkan pacuan langsung tanpa penimbal bagi IGBT berkuasa rendah ke sederhana dan MOSFET daripada mikropengawal

TOKYO, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu siri pemacu arus input rendah, output rel ke rel, pengganding foto untuk gate-drive iaitu kuasa amplifier yang menerima input daripada sebuah pengawal IC, dalam sebuah pakej ketinggian rendah yang membolehkan pacuan langsung tanpa penimbal bagi IGBT berkuasa rendah ke sederhana dan MOSFET daripada mikropengawal. Penghantaran ketiga-tiga produk baharu itu; "TLP5771", "TLP5772" dan "TLP5774" bermula dari hari ini.


Thursday, August 25, 2016

FSI COATING TECHNOLOGIES MELANCARKAN SALUTAN ANTI-KABUS VISGARD PREMIUM UNTUK CERMIN MATA PELINDUNG SERTA KEGUNAAN AUTOMOTIF DAN TRANSIT

IRVINE, California, Aug 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FSI Coating Technologies, Inc., peneraju dalam salutan anti-kabus prestasi tinggi hari ini mengumumkan pelancaran Visgard® Premium. Dengan pelancaran Visgard Premium, tiga lanjutan barisan produk Visgard kini menawarkan rangkaian tahap ketahanan, kegunaan produk dan penetapan harga yang lebih hebat.  Salutan anti-kabus ini mengubah ketahanan dan rupa cermin mata pelindung, topeng muka keselamatan, perisai keselamatan dan juga lampu depan dalaman untuk kegunaan automotif dan transit. 


SERVICESOURCE MERAIKAN PENGEMBANGAN IBU PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA, MENINGKATKAN TUMPUAN KE ATAS PELUANG-PELUANG PASARAN SERANTAU

Pusat penyampaian pendapatan yang diperluaskan akan menyokong syarikat-syarikat serantau yang memgejar pengembangan yang dipercepatkan di peringkat antarabangsa dan pertumbuhan perolehan global

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ServiceSource(NASDAQ: SREV), pemimpin dunia di dalam kejayaan pelanggan danpenyelesaian pendapatan sebagai satu perkhidmatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memindahkan ibu pejabatnya untuk Asia Pasifik di Singapura ke sebuah lokasi baharu yang lebih besar dan lebih berpusat di Mapletree Business City 2. Syarikat itu meraikan pembukaan lokasi baharu mereka dengan memotong reben ,upacara tradisional Tarian Singa serta satu resepsi untuk eksekutif syarikat, pekerja, pelanggan dan pemimpin perniagaan tempatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9237

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "PAMERAN FOTOGRAFI BERITA SUKAN"

Merakamkan Keseronokan Sukan Dunia pada Musim Panas 2016 dan Memperkenalkan Episod Yang Tidak Ternilai mengenai Muhammad Ali

TOKYO, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo(KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bersama-sama menganjurkan satu pameran fotografi yang meraikan sukan bertajuk "Atlet Yang Bersaing di Arena Global – Pameran Fotografi Berita Sukan 2016" dengan The Mainichi Newspapers Co., Ltd. dan The Sports Nippon Newspapers Co., Ltd. dari 1 September hingga 14 November, 2016. Pameran percuma ini akan memaparkan kira-kira 50 gambar yang dirakamkan oleh jurugambar berita yang menggambarkan atlet yang bertanding dalam pelbagai acara sukan dunia di kawasan lobi hotel kami. Selain pameran fotografi ini, satu bahagian khusus akan diwujudkan sebagai memperingati Muhammad Ali, seorang daripada peninju profesional yang paling terkenal di dunia yang meninggal dunia pada bulan Jun, untuk memaparkan pelbagai gambar termasuk foto daripada lawatan beliau ke Jepun untuk menentang Antonio Inoki, seorang daripada ahli gusti profesional yang paling terkenal di Jepun, pada tahun 1976.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9233

GORDAGEN MENERIMA AUD$1.3 JUTA CUKAI GALAKAN R&D

MELBOURNE, Australia, 24 Ogos (Bernama-AsiaNet) -- 

* Bayaran balik didasarkan kepada AUD$2.8 juta daripada perbelanjaan R&D yang layak yang digunakan untuk memajukan program pembangunan Syarikat.
* Dua produk nutraseutikal sedang disediakan untuk pelancaran di Amerika Syarikat menjelang akhir 2016.
Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat persendirian dari Australia yang membangunkan biofarmaseutikal dan nutraseutikal berdasarkan kepada ciri-ciri perubatan tokotrienol, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima satu Bayaran Balik Galakan Cukai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sebanyak AUD$1.3 juta bagi tahun kewangan 2015/2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9236

Monday, August 22, 2016

7,000 SAMBUT HARI KEBANGSAAN 2016 DI PROGRAM MYBUDDIES RUN #SEHATISEJIWA

CYBERJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MYNIC telah menganjurkan program myBuddies Run #sehatisejiwa bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Program tersebut telah berjaya mengumpul hampir 7,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara. 
 
myBuddies Run #sehatisejiwa adalah merupakan kesinambungan Larian Sehati Sejiwa 2015. Program tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri KKMM, YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Datuk Bridget Lai, Pengerusi MYNIC serta YBhg. En. Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC.




Friday, August 19, 2016

Masyarakat Felda Disaran Kibarkan Jalur Gemilang

JEMPOL, 19 Ogos (Bernama) -- Masyarakat Felda di 11 wilayah di seluruh negar disarankan untuk mengibarkan jalur gemilang di kediaman masing-masing, sebagai meraikan Hari Kebangsaan ke-59 tahun ini.


Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata setiap wilayah akan mengadakan konvoi kenderaan di tanah rancangan Felda untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan menyambutnya secara besar-besaran.






PERTUBUHAN PELANCONGAN KEBANGSAAN JEPUN BUKA "PUSAT MEDIA DALAM TALIAN JEPUN"

TOKYO, 19 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Platform Media Direka khusus untuk Mengedarkan Foto dan Video mengenai Jepun bagi Media Luar Negara -
 
Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun Buka “Pusat Media Dalam Talian Jepun”
(https://jomc.jnto.go.jp/) pada 19 Ogos, 2016.
 
(Foto 1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103968/201608173415/_prw_OI1fl_0Na4eRkq.jpg)
 
Pusat Media Dalam Talian Jepun (JOMC) adalah sebuah platform media yang direka khusus bagi mengedarkan maklumat untuk media. Dengan memiliki satu pangkalan data yang mempunyai lebih 7,000 foto dan video, JOMC menawarkan satu peranti yang luar biasa untuk media luar negara mewujudkan kandungan pelancongan bagi Jepun.


Thursday, August 18, 2016

UNIONPAY HCE QUICKPASS MUDAH ALIH DILANCARKAN DI MACAU

SHANGHAI, China, 18 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
UnionPay International dan ICBC mengumumkan secara bersama pada 17 Ogos, bahawa mereka akan melancarkan UnionPay HCE QuickPass mudah alih di Macau. Ini adalah kad kredit mudah alih yang pertama diperkenalkan di pasaran. Pelanggan yang memiliki kad UnionPay (nombor kad bermula dengan 62) yang dikeluarkan oleh ICBC Macau akan menjadi pelanggan yang pertama untuk menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih yang selamat dan mudah ini.
 
Sebagai jenama pembayaran mudah alih UnionPay yang baharu, QuickPass mudah alih membolehkan pembayaran tanpa sentuh luar talian dengan peranti mudah alih, yang dipakai dan kad cip UnionPay, dan ia juga menyokong pembayaran dalam talian. UnionPay QuickPass mudah alih serasi dengan pelbagai jenama telefon mudah alih, termasuk Huawei, MI, ZTE dan Lenovo. Dengan mengamalkan kunci dinamik dan tokenization iaitu proses menggantikan elemen data sensitif dengan yang bersamaan bukan sensitif, yang dirujuk sebagai token, QuickPass mudah alih mengelak daripada menunjukkan nombor kad yang sahih semasa urus niaga, dan maklumat urus niaga disimpan di dalam rangkaian pengeluar dan UnionPay, sekali gus menjamin keselamatan pembayaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9224

FIRST DATA MELANTIK IVO DISTELBRINK UNTUK MENGETUAI RANTAU ASIA PASIFIK

Pemimpin Perbankan Global akan Menyertai Jawatankuasa Pengurusan First Data
 
NEW YORK, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Data, sebuah peneraju dunia di dalam teknologi pemungkin perdagangan dan penyelesaian, hari ini mengumumkan bahawa Ivo Distelbrink akan menyertai syarikat itu untuk menerajui perniagaannya di rantau Asia Pasifik (APAC). Distelbrink yang akan melapor kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Frank Bisignano, akan berpangkalan di Singapura dan akan juga menduduki  Jawatankuasa Pengurusan First Data.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9223

Wednesday, August 17, 2016

Nippon Paint Gondol Satu Lagi Anugerah Industri

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) meraikan kejayaannya menggondol kemenangan industri ketiga tahun ini apabila diumum sebagai penerima Anugerah Perak bagi kategori Home Improvement dalam Anugerah Jenama Putra 2016 di sini baru-baru ini.

Pengarah urusan kumpulannya, Yaw Seng Heng berkata tiga kemenangan yang diraih Nippon Paint itu membuktikan syarikat itu mendapat kepercayaan serta pengiktirafan tinggi dan sekali gus mendorongnya untuk berusaha dengan lebih gigih meningkatkan lagi kecemerlangannya.


HONOR MEMACUKAN PERTUMBUHAN TELEFON PINTAR DUNIA DENGAN PELANCARAN HONOR 8

Honor 8 yang baharu sebagai telefon perdana mengukuhkan kehadiran Honor di peringkat dunia dan memperkenalkan duta globalnya, Brooklyn Beckham
 
SAN FRANCISCO, Aug 17 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini di Akademi Sains California, Honor, sebuah jenama telefon pintar global yang menyasarkan pengguna milenium, melancarkan Honor 8 yang baharu, telefon pintar perdana bagi Honor untuk pengguna telefon bimbit muda dalam mencari sesuatu yang luar biasa. Di samping itu, Brooklyn Beckham telah diumumkan sebagai duta global bagi Honor, dengan mengeluarkan filem ala dokumentari beliau.


DATACOLOR® MENGELUARKAN SPYDER®5CAPTURE PRO, PENYELESAIAN PENENTUKURAN WARNA YANG LENGKAP UNTUK PROFESIONAL PENGIMEJAN

LAWRENCEVILLE, N.J., 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datacolor®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan warna, hari ini mengumumkan pengeluaran Spyder®5CAPTURE PRO, generasi akan datang bagi penyelesaian penentukuran warna mereka yang popular untuk jurugambar, pereka dan kalangan profesional pengimejan. Spyder5CAPTURE PRO menampilkan kesemua ciri-ciri produk penting yang diperlukan untuk menguruskan warna daripada pengambilan imej kepada pascapenerbitan, termasuk SpyderLENSCAL, SpyderCHECKR SpyderCUBE, dan Spyder5ELITE.


ISOLA LANTIK KEN RIZVI SEBAGAI CFO

Bekas eksekutif Micron akan menerajui operasi kewangan di pengeluar bahan laminat PCB
 
CHANDLER, Ariz., 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isola, peneraju pasaran dalam laminat salut kuprum dan bahan prapreg dielektrik yang digunakan untuk memfabrikat Papan Litar Bercetak (Printed Circuit Boards, PCB) pelbagai lapisan lanjutan, mengumumkan bahawa mereka telah melantik Ken Rizvi sebagai Ketua Pegawai Kewangan, berkuatkuasa serta-merta. Rizvi menggantikan Donald Colvin, Pemangku CFO yang akan terus menganggotai lembaga pengarah Isola, jawatan yang beliau sandang sejak tahun 2010.


XURA AKAN MENYEDIAKAN PENGISYARATAN RANGKAIAN SELAMAT KEPADA PENGENDALI MUDAH ALIH GERGASI TINGKAT 1

Mengatasi pesaing dengan penyelesaian matang, teknologi terkini dan kepakaran pengisyaratan kukuh
 
WAKEFIELD, Mass., 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc. (NASDAQ:MESG), sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi digital dan keselamatan terkemuka, mengumumkan pada hari ini bahawa penyelesaian Pengurusan Penipuan Pengisyaratan Xura telah dipilih oleh salah satu daripada pengendali rangkaian mudah alih terbesar di dunia, untuk analisis masa nyata dan penapisan pengisyaratan aktif sepenuhnya. Melalui proses tender bersaingan (RFP) yang teliti, penyelesaian Xura dipilih mendahului pesaing terdekat kerana keunggulan teknikalnya, serta dengan jelas menjejaskan kesahihan dakwaan sebuah pesaing sebagai “peneraju pasaran”.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9220

Thursday, August 11, 2016

PAMERAN PRODUK PERHUTANAN ANTARABANGSA YIWU CHINA 2016 AKAN DIADAKAN PADA 1 HINGGA 4 NOVEMBER

YIWU, China, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Produk Perhutanan Antarabangsa Yiwu China 2016, yang memberi tumpuan kepada mempamerkan inovasi perhutanan dan mempromosikan peluang-peluang perniagaan, akan diadakan di Yiwu di Timur Wilayah Zhejiang, China pada 1 hingga 4 November, 2016. Diadakan untuk tahun kesembilan, acara tahunan ini dijangka dapat menarik bilangan pempamer paling tinggi iaitu sebanyak 1,200 dari seluruh China dan dari seluruh dunia untuk memperagakan produk dan teknologi mesra alam mereka yang terkini.
 
Bertemakan "Berkongsi Amalan Hijau", Pameran terunggul untuk tahun ini membabitkan lapan kategori: Perabot & Aksesori, Kerja kayu & Bahan Binaan Kayu, Kraftangan Kayu & Buluh, Keperluan Harian Kayu & Buluh, Makanan Hutan, Produk Teh, Bunga & Berkebun, Teknologi Perhutanan & Peralatan Perhutanan. Lebih 3,000 petak standard akan disediakan untuk 1,200 pempamer di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu. Dianggarkan 100,000 orang pengunjung dan pembeli yang berpotensi, termasuk 5,000 pelawat dari luar negara akan menghadiri acara itu untuk memeterai urus niaga bernilai kira-kira RMB 4 bilion (AS$ 603 juta).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9208

ALLIED WORLD ASIA PASIFIK LANTIK RAMESH SIVANATHAN SEBAGAI PENGURUS KAWASAN, MALAYSIA

ZUG, Switzerland, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, AG (NYSE: AWH) hari ini mengumumkan bahawa Allied World Asia Pasifik telah melantik Ramesh Sivanathan sebagai Naib Presiden, sekali gus memenuhi peranan sebagai pengurus kawasan di Malaysia. Beliau akan berpangkalan di Kuala Lumpur.
 
Michael Garrison, Naib Presiden Kanan, Ketua bagi Insurans, Asia Pasifik, berkata: "Malaysia adalah sebuah pasaran yang mempunyai potensi yang amat besar, dan kehadiran Ramesh akan membolehkan kami menggerakkan pelan pertumbuhan kami untuk negara itu. Kami akan mewujudkan satu kehadiran yang mantap, dan akan secara aktif berusaha mempelbagaikan penawaran kami."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9207

Wednesday, August 10, 2016

TOSHIBA LANCAR TATASUSUNAN TRANSISTOR DENGAN PENARAFAN OUTPUT 50V DAN 8CH TUMPUAN OUTPUT

TOKYO, 10 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan permulaan penghantaran sampel bagi "TBD62183AFNG" dan "TBD62183AFWG", satu siri tatasusunan transistor generasi baharu dengan DMOS FET[1] jenis output tumpuan[2]  yang khusus untuk aplikasi, termasuk kawalan photocoupler, lampu LED, pemacu geganti dan penganjak aras.

Pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir September 2016.


GUANGDONG TAWAR SUBSIDI SEHINGGA 80 JUTA RMB UNTUK MEREKRUT "BAKAT-BAKAT SUNGAI PEARL"

Guangzhou, China, 10 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Guangdong telah melancarkan projek mencari bakat global tahunannya yang dinamakan “Pelan Bakat-bakat Sungai Pearl" Guangdong 2016, yang mencari bakat-bakat terkemuka dan pasukan-pasukan keusahawanan dan berinovatif. Penerimaan permohonan akan berakhir pada 31 Ogos, dan semua pemohon perlu mengemukakan permohonan melalui laman web rasmi (
http://rc.gdstc.gov.cn).

Ia bertujuan untuk melaksanakan strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi di wilayah itu, dengan merekrut bakat-bakat terkemuka dari dalam dan luar negara untuk keusahawanan dan inovasi di Guangdong.


Tuesday, August 9, 2016

BANDAR RAYA SUTERA WUJIANG MEMPROMOSIKAN BANDAR QIPAO DI BEIJING


BEIJING, China, 8 Ogos (Bernama) --  

Persidangan Penggalakan Bandar Qipao Wujiang China dan persidangan media bagi Pertandingan Reka Bentuk Seni Bina Antarabangsa yang ditaja oleh Kerajaan Daerah Wujiang dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Bandar Raya Baharu Tasik Taihu Wujiang dan Jawatankuasa Pentadbiran Resort Ekopelancongan Tasik Taihu Timur Wujiang telah berlangsung dengan jayanya di Beijing pada 3 Ogos. Dengan temanya yang membawa ke hadapan budaya tradisional dan mewarisi seni ketukangan, persidangan ini telah menghantar jemputan kepada para arkitek yang cemerlang dari dalam dan luar negara untuk mereka bentuk bangunan-bangunan teras di Bandar Qipao bagi tujuan memilih reka bentuk yang terbaik yang menggabungkan unsur-unsur Qipao dengan ciri-ciri seni bina kontemporari.

Bandar Qipao terletak di tengah-tengah kawasan pusat bandar Wujiang, yang telah melahirkan ramai sarjana kraf sutera yang terkenal, termasuk Fei Dasheng, "Ibu Sutera", Qian Xiaoping, pewaris warisan kebudayaan tidak ketara negara bagi broked Song dan Zhu Hongsheng, "Kamus Bergerak bagi Sekolah Shanghai bagi Qipao". Pengeluaran tekstil sutera telah menjadi industri yang terkemuka di Wujiang dengan kapasiti pengeluaran membabitkan ratusan bilion Yuan. Eksport produk bagi suteranya mencakupi 1/6 daripada jumlah keseluruhan negara. 

GENIEE MEMBENTUK GABUNGAN MODAL DAN PERNIAGAAN DENGAN ADPUSHUP, PERKHIDMATAN PENGOPTIMUMAN PENDAPATAN PENGIKLANAN YANG MENINGKATKAN PENDAPATAN MEDIA SEBANYAK 69%

Melancarkan penawaran eksklusif di Jepun dan Asia Tenggara 

TOKYO, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu kontrak pelaburan dengan AdPushup, Inc. (Ibu Pejabat: Delaware, Amerika Syarikat; pengasas bersama Atul Agarwal dan Ankit Oberoi; kemudian daripada ini, "AdPushup"), sebuah pembekal produk pengoptimuman pendapatan pengiklanan yang disasarkan kepada  penerbit web dan syarikat-syarikat media dalam talian di seluruh dunia.  

Tujuan pelaburan itu


Pelaburan ini bertujuan untuk mengintegrasikan penyelesaian Geniee, yang direka untuk memaksimumkan pendapatan pengiklanan bagi penerbit media Internet, dengan keupayaan pengoptimuman pendapatan berasaskan paparan AdPushup, dan menyediakan perkhidmatan yang digabungkan kepada pengguna di Jepun dan Asia Tenggara di mana Geniee SSP ("Platform Bahagian Penawaran") digunakan. Ini dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan pengiklanan paparan bagi penerbit di rantau itu.

Saturday, August 6, 2016

WEQOOL MEMILIH FORGE BY XURA UNTUK MENGHASILKAN PENGALAMAN SOSIAL MENYELURUH DALAM APP KECERGASANNYA DENGAN KOMUNIKASI MASA NYATA


Prototaip akan dipersembahkan semasa acara demonstrasi The Getting Real with RTC di Real Time Web Solutions Conference

WAKEFIELD, Mass., 5 Ogos  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc.(NASDAQ:MESG), pereka baru utama dalam teknologi Real-Time Communication (RTC), hari ini mengumumkan platformnya iaitu forge by Xura telah digunakan untuk membekalkan keupayaan komunikasi masa nyata dalam app kecergasan sosial baharu, iaitu Weqool. Ciri-ciri RTC forge membolehkan Weqool menggabungkan kombinasi antara muka video dan pemesejan segera, membolehkan pengguna bertemu, berhubung, bersaing dan menjalinkan persahabatan di samping bersenam bersama-sama secara maya.

Rakan kongsi Xura, Blacc Spot Media iaitu syarikat pembangunan WebRTC mudah alih dan aplikasi web yang terkemuka, telah bekerjasama dengan Weqool untuk menghasilkan prototaip berasaskan web menggunakan forge by Xura, bagi memenuhi matlamat mereka untuk menghasilkan pengalaman kecergasan lebih sosial dan menyeluruh, melalui penggunaan fungsi komunikasi masa nyata. Weqool menyediakan sebuah plaftorm sosial interaktif dan mesra pengguna yang direka untuk membolehkan pengguna menonton rakaman senaman yang dihasilkan oleh jurulatih kecergasan profesional dalam app, di samping memudahkan interaksi sosial positif dalam kalangan penggunanya melalui panggilan video, pemesejan segera dan SMS. 

Friday, August 5, 2016

PANGKALAN KEUSAHAWANAN JISIM & DEMONSTRASI INOVASI NANNING-ZHONGGUANCUN MEMULAKAN OPERASI SECARA RASMI DI NANNING

Nanning, China, 5 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pangkalan Keusahawanan Jisim & Demonstrasi Inovasi Nanning-Zhongguancun secara rasmi memulakan operasi pada 24 Julai di Zon Teknologi Tinggi Nanning. Sebelum itu, Setiausaha Jawatankuasa Parti bagi Wilayah Autonomi Guangxi Peng Qinghua bertemu dengan delegasi yang diketuai oleh Timbalan Datuk Bandar Beijing Sui Zhenjiang, yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Parti bagi jawatankuasa pengurusan Zhongguancun. Pengerusi wilayah autonomi itu Chen Wu, bersama-sama dengan Sui Zhenjiang, melancarkan pangkalan itu dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu bagi kumpulan pertama perusahaan yang bakal menetap.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9196

UNIONPAY INTERNATIONAL: 3 PETUA YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MENGGUNAKAN KAD DI BRAZIL

SHANGHAI, China, 5 Ogos, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Jika anda bakal berkunjung ke Brazil, jangan lupa untuk membawa bersama-sama kad UnionPay anda (nombor kad bermula dengan 62) supaya anda dapat menikmati perkhidmatan yang mudah dan layanan utama. Pada masa ini, 60% daripada peniaga dan 30,000 Mesin Teler Automatik (ATM) di Brazil menerima kad UnionPay, dan kebanyakan peniaga menyediakan tawaran eksklusif untuk kad UnionPay.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9194

CHIBA MENAWARKAN LAWATAN BAS LEBUH RAYA SECARA PERCUMA DARI LAPANGAN TERBANG NARITA KE TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN

CHIBA, Jepun, 5 Ogos, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Wilayah Chiba akan menawarkan perkhidmatan "Bas Lebuh Raya" yang terhad untuk satu tempoh dari 17 Sept. hingga 31 Okt., 2016, dengan menyediakan kepada penumpang yang menaiki dan turun dari Lapangan Terbang Narita dengan perjalanan bas secara percuma ke tempat-tempat pelancongan yang masyhur di wilayah itu, termasuk Kamogawa dan Choshi. Perkhidmatan bas itu, kesemuanya untuk perjalanan jarak dekat dari Lapangan Terbang Narita, akan membawa penumpang ke destinasi-destinasi menarik di Chiba, termasuk yang menawarkan pemandangan indah dan cita rasa yang hebat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9193

PELAJAR KRU KABIN KAYM LAWAT AKADEMI LATIHAN MAS

PETALING JAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Seramai 20 orang pelajar dan empat pegawai pengiring dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) melawat Malaysia Airlines Academy (MAA) di Kelana Jaya di sini, baru-baru ini.


Kunjungan delegasi dari Krew Kabin Penerbangan KAYM itu diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi kolej berkenaan, Azmi Idris, bertujuan melihat sendiri latihan dijalankan di akademi terbabit. 

Thursday, August 4, 2016

BARISTA TERBAIK DI ASIA AKAN BERSAING DI KUALA LUMPUR; GLORIA JEAN’S COFFEES


KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Barista paling berbakat dari seluruh Asia akan berkumpul di Kuala Lumpur pada Sabtu 6 Ogos 2016 untuk menentukan siapa yang boleh membuat kopi espreso yang terbaik ketika Gloria Jean’s Coffees meneruskan pencarian untuk pembuat kopi yang terbaik, termasuk Jack Muhammad Hafiz Iman, Ketua Syif dan Mohd Azfar Bin Azlan , Ketua Barista dari Gloria Jean’s Coffees Malaysia.

Pemenang daripada Pertandingan Akhir peringkat Wilayah itu akan mara ke Grand Final Sedunia, yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada September tahun ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9189

Wednesday, August 3, 2016

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN PELANTIKAN RAF SIMONS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KREATIF JENAMA

NEW YORK, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. (NYSE: PVH), hari ini mengumumkan pelantikan Raf Simons sebagai Ketua Pegawai Kreatif bagi jenama itu, yang berkuatkuasa serta merta.
 
Encik Simons akan mengetuai strategi kreatif bagi jenama Calvin Klein di peringkat global merentasi ke seluruh jenama Calvin Klein Collection, Calvin Klein Platinum, Calvin Klein, Calvin Klein Jeans, Calvin Klein Underwear danCalvin Klein Home. Sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai Ketua Pegawai Kreatif, Encik Simons akan menyelia kesemua aspek dari segi Reka Bentuk, Pemasaran Global dan Perhubungan, dan Perkhidmatan Kreatif Visual. Koleksi pertama Encik Simons akan membuat penampilan sulung pada musim Luruh 2017.




Tuesday, August 2, 2016

ROSENBLATT SOLICITORS MELANTIK NICOLA FOULSTON SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


LONDON, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rosenblatt Solicitors hari ini mengumumkan pelantikan Nicola ('Nicky') Foulston sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma undang-undang Bandar Raya itu; pelantikan beliau ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu diwujudkan itu berkuatkuasa mulai 1 September 2016. 

Nicky, 49, dinamakan Veuve Cliquot Peniagawati Terbaik pada Tahun 1997 apabila beliau adalah Ketua Eksekutif bagi Brands Hatch Leisure plc – beliau telah, dan kekal, sebagai penerima paling muda untuk anugerah itu. Nicky menjadi Ketua Eksekutif bagi Brands Hatch pada awal tahun 1990 apabila perniagaan itu bernilai £6 juta dan membangunkannya untuk menjadi penganjur dan promoter terbesar bagi sukan bermotor di Eropah; pada tahun 1996, beliau mengapungkan perniagaan itu di Bursa Saham London; dan pada tahun 1999, beliau menjual perniagaan itu dengan harga lebih $195 juta kepada Interpublic, sebuah gergasi pemasaran di Amerika Syarikat.