Friday, September 30, 2016

TOSHIBA LANCAR PAKEJ KECIL FOTORELAY VSON4 DENGAN SUHU OPERASI MAKSIMUM 110 DARJAH CELSIUS

TOKYO, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation’s (TOKYO:6502) Storage & Device Solutions Company  hari ini mengumumkan pelancaran barisan baru pakej fotorelay “Siri VSON4" lebih kecil yang memanjangkan hujung atas julat operasi daripada 85 kepada 110 darjah Celsius. Penghantaran fotorelay baru,yang boleh digunakan dalam aplikasi termasuk penguji semikonduktor, kad siasatan dan penggantian untuk geganti mekanikal, bermula hari ini.
 
Penggunaan fotorelay pada suhu yang lebih tinggi semakin meningkat dalam pelbagai aplikasi, termasuk penguji semikonduktor. Bagi memenuhi permintaan itu,   suhu operasi 12 produk di dalam pakej kecil 2.45mm (L)×1.45mm (W)×1.3mm (H)  "Siri VSON4" telah dilanjutkan daripada 85 darjah kepada 110 darjah Celsius, untuk jumlah julat -40 kepada 110 darjah Celsius. Para pereka boleh mengambil kesempatan daripada ciri-ciri lanjutan untuk mereka bentuk set dengan margin reka bentuk yang diperluaskan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9376

RFP Syariah Menangi Anugerah Bagi Kelayakan Terbaik Dalam Kewangan Islam 2016

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) Syariah Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) memenangi anugerah bagi Kelayakan Terbaik dalam Kewangan Islam 2016 pada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) Ke-6 di Jakarta, Indonesia semalam.

GIFA merupakan antara anugerah paling berprestij dalam perbankan Islam dan kewangan dengan matlamat menekankan amalan terbaik dalam perbankan Islam dan kewangan.


Thursday, September 29, 2016

TOSHIBA UMUM SISTEM PEMANCAR KUASA TANPA WAYAR 15W YANG DISAHKAN QI

- Yang Pertama di dalam Industri sebagai Sistem Pemancar MP-A2 -

TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan bahawa satu sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang menggunakan IC pemancar kuasa tanpa wayar 15W "TC7718FTG" mereka telah disahkan sebagai mematuhi Qi[1] v1.2 EPP (Profil Kuasa Dilanjutkan) oleh Wireless Power Consortium (WPC). Sistem ini menggunakan MP-A2[2], yang membolehkan satu konfigurasi sistem yang mudah, dan merupakan sistem pemancar disahkan Qi MP-A2 yang pertama[3] di dalam industri.

Disambungkan kepada sebuah mikropengawal, "TC7718FTG" merealisasikan sistem pemancar kuasa tanpa wayar yang mematuhi piawaian Qi. Proses CD-0.13 serba canggih Toshiba yang asal merealisasikan sebuah pakej kecil dan kecekapan yang tinggi, sekali gus menjadikan integrasi sistem yang mudah di samping mendapatkan suatu tapak yang kecil. Sebuah pemancar tanpa wayar 15W dibentuk dengan IC baharu akan mengecas peranti dengan cepat, pada kadar yang sama dengan atau lebih ringkas berbanding dengan pengecas berwayar. IC itu sesuai untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, dan peralatan industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9369

GLOBAL-FOREX MEWUJUDKAN SEBUAH PERSEKITARAN BERINOVATIF UNTUK URUS NIAGA DALAM TALIAN DENGAN SISTEM PERDAGANGAN AUTOMATIKNYA

Perusahaan multinasional, GLOBAL-FOREX menyediakan "sistem pemprosesan urus niaga antarabangsa dalam talian"

HONG KONG, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah broker kewangan multinasional, Global-Forex, telah menarik perhatian kerana ia menyediakan pelbagai persekitaran perdagangan dalam talian. Global-Forex membuat pengkhususan di dalam perkhidmatan kewangan antarabangsa dan telah diasaskan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar di dalam perisian dan pertukaran asing pada tahun 2010.

Ia menyediakan sistem perdagangan automatik atau ATS untuk perdagangan margin tukaran asing, EFT dan CFD melalui Platform Meta Trader 4 dengan perkhidmatan pelbagai bahasa. Selain perkhidmatan sokongan bahasa, Global-Forex merancang untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan antarabangsa.

Wednesday, September 28, 2016

PANDA GERGASI BETINA DILAHIRKAN DI ADVENTURE WORLD JEPUN PADA 18 SEPT., 2016, SELEPAS SELANG DUA TAHUN; ANAK KELAPAN BAGI IBU, KE-14 BAGI SI BAPA

WAKAYAMA, Jepun, 26 Sept (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Selepas menunjukkan tanda-tanda kehamilan untuk beberapa waktu, Rauhin, seekor panda gergasi betina yang berusia 16 tahun di Adventure World di Shirahama Town, Wilayah Wakayama, di Jepun barat, melahirkan bayi yang sudah sekian lama dinanti-nantikan, seekor panda betina pada pukul 1.11 pagi pada 18 September, 2016. Bayi itu seberat 197 gram ketika dilahirkan. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Rauhin dilihat memangku bayinya dengan berhati-hati, dan sentiasa menjilatnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9361

IDERA PHARMACEUTICALS MELAPORKAN DATA YANG MEMBERANSANGKAN DARIPADA PENINGKATAN DOS FASA 1 YANG BERTERUSAN DALAM UJIAN KLINIKAL IMO-2125 INTRA-TUMORAL DALAM GABUNGAN DENGAN IPILIMUMAB DALAM PESAKIT MELANOMA METASTATIK REFRAKTORI PD-1

- 3 Pesakit dengan Melanoma Kutaneus Refraktori PD-1 adalah Penindak Termasuk Satu Respons Lengkap (CR) –
- Dipacu oleh Pengutamaan Tambahan pada Pembangunan Klinikal IMO-2125, Syarikat Menggantung Pembangunan IMO-8400 untuk Limfoma Sel B – 

CAMBRIDGE, Mass & EXTON, Pa, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --Idera Pharmaceuticals, Inc. (NASDAQ:IDRA), sebuah syarikat biofarmaseutikal tahap klinikal yang membangunkan reseptor seakan-akan Toll dan terapeutik RNA untuk pesakit kanser dan penyakit yang jarang berlaku, melaporkan data klinikal awal daripada ujian klinikal Fasa 1/2 IMO-2125 intra-tumoral, iaitu agonis reseptor seakan-akan Toll (TLR) 9. Dalam bahagian Fasa 1 percubaan ini, IMO-2125 sedang dinilai dalam gabungan dengan ipilimumab bagi rawatan pesakit melanoma metastatik yang gagal dalam terapi PD-1 sebelum ini. Hasil awal ini menunjukkan bahawa IMO-2125 mempamerkan aktiviti klinikal yang memberansangkan dan sedang bertoleransi dengan baik dalam populasi pesakit dengan pilihan minimum dan jangkaan rendah bagi respons klinikal dengan rawatan ipilimumab sahaja. Maklumat lanjut klinikal daripada ujian bahagian klinikal peningkatan dos berterusan dan juga maklumat terperinci tentang hasil translasi akan dibentangkan semasa sesi pembentangan oral pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Immunoterapi Kanser 2016 (2016 Society for Immunotherapy of Cancer Annual Meeting) bermula pada 9 November di Maryland. 


“Kami telah menyelesaikan kerja praklinikal yang meluas dalam skop jenis tumor yang besar untuk menguji hipotesis pemberian IMO-2125 intra-tumoral yang mencetuskan kesan bermakna pada mikropersekitaran tumor dan penggalak regresi tumor tempatan dan sistemik dalam pesakit. Kerja ini memberi keyakinan kepada kami untuk menguji kemampuan IMO-2125, bermula dengan kajian semasa ini dalam pesakit melanoma metastatik refraktori PD-1,” kata Vincent Milano, Ketua Pengawai Eksekutif Idera.

CIMA Lantik Harding Sebagai Ketua Eksekutif

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Institut Pengurusan Akauntan Berkanun (CIMA) melantik Andrew Harding sebagai Ketua Eksekutif, menggantikan Charles Tilley, yang akan memberi tumpuan kepada Yayasan Amalan dan Penyelidikan CGMA yang baru diwujudkan.

Dalam kenyataan hari ini, CIMA berkata, Harding menyertai institut itu pada 2009 sebagai Pengarah Eksekutif dan menjadi Pengarah Urusan dua tahun kemudiannya.


Tuesday, September 27, 2016

TOSHIBA LANCAR MOSFET N-SALURAN RINTANGAN RENDAH YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI BAGI SUIS BEBAN DI DALAM PERANTI MUDAH ALIH

Pelesapan haba dikurangkan sebanyak 40% berbanding dengan produk Toshiba yang sedia ada

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET N-saluran bagi suis beban di dalam peranti mudah alih, termasuk telefon pintar dan tablet, yang menjamin rintangan rendah di dalam industri yang terkemuka di dalam kelasnya[1]. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula dari hari ini.

Barisan produk baharu itu terdiri daripada 30V "SSM6K513NU" dan 40V "SSM6K514NU". Dengan menggunakan proses trenc "siri U-MOS IX-H" Toshiba yang terkini, MOSFET baharu itu mencapai rintangan rendah yang terkemuka di dalam industri yang terkemuka: 6.5mOhm bagi "SSM6K513NU" dan 8.9mOhm bagi SSM6K514NU". Ini membolehkan produk baharu itu untuk mengurangkan pelesapan haba akibat daripada kerugian ketika dihidupkan iaitu kira-kira 40% berbanding dengan produk Toshiba[2]  yang sedia ada.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9359

HARD ROCK HEALS FOUNDATION MUNCUL KALI PERTAMA DI PERINGKAT GLOBAL

Organisasi Ingin Mendapatkan $10 Juta untuk Pertubuhan Amal Muzik Global sebelum 2021

ORLANDO, Florida, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hard Rock bersasaran untuk menyembuhkan dunia, satu nota muzik pada satu masa. Sejak dibuka pada 1971, Hard Rock International telah komited kepada dua rukun jenama konsisten — muzik dan kedermawanan. Hard Rock International sedang menggabungkan kedua-dua minat ini dengan pelancaran Hard Rock Heals Foundation, sebuah badan amal global yang bermatlamat untuk memperbaik kehidupan melalui kuasa muzik. Program-program baru Hard Rock Heals Foundation termasuk talian barangan baru yang khusus dan suite hotel Hard Rock Heals Foundation yang menawarkan pengalaman muzik yang dipertingkatkan. Setiap satu daripada inisiatif yang dilaksanakan di lokasi Hard Rock Kafe dan Hotel ini akan memberi manfaat kepada Hard Rock Heals Foundation secara langsung.


"Penubuhan Hard Rock Heals Foundation menandakan keputusan strategik jenama kami untuk menyatukan semua usaha kedermawanan, termasuk inisiatif global dan acara tempatan, di bawah satu platform amal untuk memberi manfaat kepada satu matlamat yang sama: menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik melalui muzik," kata Kellie Brown, Pengurus Dermawan untuk Hard Rock International. "Menjelang akhir 2021, matlamat Hard Rock Heals Foundation adalah untuk membuat kutipan dana sekurang-kurangnya $10 juta bagi organisasi yang asyik dengan kedermawanan muzik."

PROGRAM WORLDWIDE HOLDINGS PRIHATIN DEKATI PELAJAR DAN MASYARAKAT

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (WHB) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di bawah kempen Worldwide Prihatin bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor hari ini.
WHB menambah portfolio baru dibawah inisiatif CSR iaitu memberi penekanan dan memperkasakan pendidikan dikalangan pelajar tempatan di mana WHB telah menyumbang produk peranti perubatan kepada universiti tempatan melalui Fakulti Perubatannya untuk tujuan latihan dan peningkatan kemahiran,mempelajari teknik jahitan pembedahan menutup luka besar dan kecil selain memberi sumbangan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS).


HERBALIFE NUTRITION DAN OLIMPIK KHAS MENGUMUMKAN KERJASAMA KECERGASAN BERNILAI $1 JUTA

LOS ANGELES, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife (NYSE: HLF), sebuah syarikat pemakanan global, hari ini mengumumkan kerjasama bernilai $1 juta dengan Sukan Olimpik Khas untuk menyokong pengaturcaraan program kecergasan organisasi itu di seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada meningkatkan aktiviti fizikal dan memperbaiki pemakanan dan penghidratan.

Dengan memanfaatkan pasukan global Herbalife Nutrition yang terdiri daripada lebih 300 kakitangan saintis dan 36 Ph.D. yang mengkhusus dalam pemakanan dan prestasi sukan, Syarikat itu akan menghulurkan kepakaran pemakanan dan kandungan pendidikan termasuk video dan bahan-bahan lain kepada jurulatih, atlet, penjaga dan komuniti Olimpik Khas secara lebih meluas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9358

Monday, September 26, 2016

MANUFACTURING WORLD OSAKA 2016 - PAMERAN PERDAGANGAN TERKEMUKA JEPUN BAGI INDUSTRI PEMBUATAN

Mengatasi rekodnya sendiri! 1,180 pempamer dari seluruh pelusuk dunia 
 
OSAKA, Jepun, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa Manufacturing World Osaka 2016, pameran perdagangan yang terkemuka di Jepun bagi industri pembuatan, akan muncul kembali di INTEX Osaka dari 5 Oktober hingga  7 Oktober, 2016 dengan skala yang terbesar dalam sejarahnya.


Eastspring Investments Umum Agihan Pendapatan 4.35 Sen Bagi Dana Dinamik

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Eastspring Investments Bhd mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.35 sen seunit bagi Dana Dinamik Eastspring Investments.

Dalam satu kenyataan hari ini, Eastspring Investments berkata semua pemegang unit yang mengekalkan pegangan unit masing-masing dalam Kumpulan Wang pada 23 Sept tahun ini layak untuk agihan pendapatan tersebut.


Pameran SFCF Relevan Sejajar Dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

TANJUNG MALIM, 26 Sept (Bernama) -- Pameran Kerjaya Bertumpu Sektor (SFCF) bagi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) dengan kerjasama pemain industri dan akademik dilihat relevan kerana ia sejajar dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pameran anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) itu bukan sahaja melahirkan siswazah yang holistik, malah menyediakan platform untuk mereka menjadi seorang usahawan.


Friday, September 23, 2016

Perbankan Islam Jamin Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab - AIBIM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) hari ini menjelaskan bahawa ahlinya mempunyai prosedur dan kawal selia dalaman yang ketat dalam menawarkan produk pembiayaan, terutama daripada aspek penilaian kredit dan kemampuan kewangan pelanggan.

Tawaran dan kelulusan pembiayaan bergantung kepada penilaian oleh pihak bank terhadap komitmen pelanggan serta menepati keperluan dokumen sokongan.


BIOLINE MELANCARKAN CAMPURAN SENSIFAST(TM) BAHARU YANG SEDIA LIOFILISASI DAN TIADA ROX

CINCINNATI, Sept 22 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, The PCR Company, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO), berbesar hati untuk mengumumkan keluaran seluruh dunia bagi Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi Tiada ROX daripada Bioline, untuk menyertai rangkaian produk PCR masa nyata SensiFAST.


Bioline telah membangunkan satu campuran qPCR yang sedia diguna dan serasi dengan liofilisasi, iaitu Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX. Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX mempunyai prestasi kelajuan dan boleh ulang semula yang sama seperti formulasi 'lembab' SensiFAST, tetapi Campuran SensiFAST Sedia Liofilisasi dan Tiada ROX boleh diliofilisasi dengan primer dan prob khusus cerakin yang dibekalkan kepada pelanggan serta boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya paling sesuai untuk sistem daya pemprosesan tinggi yang automatik. 

Thursday, September 22, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENAWARKAN BUFET MANISAN, KOKTEL DAN MENU BERTEMAKAN "ALICE IN WONDERLAND"

TOKYO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menawarkan menu istimewa yang berdasarkan kepada tema "Pengembaraan Alice in Wonderland," novel yang tak lapuk dek zaman yang ditulis oleh Lewis Carroll, di tiga buah restoran di dalam hotel kami dari 1 Oktober 2016 hingga 31 Januari, 2017. Di restoran makan sepanjang hari kami, terdapat satu bufet manisan yang dipanggil “Alice’s Sweets Party,” manakala ruang istirehat dan restoran kami menawarkan pelan hidangan yang merangkumi perkhidmatan minuman tanpa had berharga tetap selama tiga jam.
 
Restoran All Day Dining “Jurin” akan menyediakan sandwic buah-buahan yang mencontohi pelbagai suit daun terup, krim paf dalam imej pasangan kembar Tweedle Dee dan Tweedle Dum, dan sebanyak 30 pencuci mulut berbeza yang indah dan lazat untuk dinikmati oleh tetamu sebagai sebahagian daripada bufet pencuci mulut. Di samping itu, hadiah istimewa akan diberikan kepada tetamu yang memakai pakaian dan aksesori yang mencontohi watak-watak Lewis, yang menyerlahkan suasana "Pengembaraan Alice in Wonderland" semasa acara ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9345

Wednesday, September 21, 2016

TOSHIBA LANCAR PAKEJ GEGANTI FOTO 4-PIN SO6 DENGAN SUHU PENGENDALIAN MAKSIMUM 110 DARJAH CELSIUS

TOKYO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan dua produk baharu kepada barisan geganti foto untuk digunakan dalam peralatan pengukuran, sistem keselamatan dan aplikasi lain. Geganti foto itu mempunyai pakej SO6 4-pin yang boleh beroperasi pada suhu maksimum 110 darjah Celsius. Geganti foto yang baharu itu adalah bebas halogen[1]  dengan satu struktur acuan berganda yang menjamin pengasingan voltan sehingga 3750 Vrms. Penghantaran bermula dari hari ini.
 
"TLP172AM" dan "TLP172GM" menggunakan teknologi pelbagai cip dan telah dibangunkan sebagai spesifikasi tinggi, versi serasi pin bagi produk pakej 2.54SOP Toshiba yang sedia ada, "TLP172A" dan "TLP172G". Satu struktur acuan berganda meningkatkan pengasingan voltan minimum sehingga 3750 Vrms berbanding dengan 1500 Vrms bagi produk pada masa ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9344

JENAMA MALAYSIA DAN SINGAPURA DI ANTARA 210 PEMENANG ANUGERAH JENAMA DUNIA 2016 DI ISTANA KENSINGTON

LONDON, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi ketiga Anugerah Jenama Dunia yang berprestij itu menyaksikan 210 jenama dari 30 buah negara mendapat anugerah "Jenama Terbaik" pada satu majlis gilang gemilang yang diadakan di pintu masuk utama dan rumah tanaman oren di Istana Kensington hari ini.
 
Apple, BMW, British Council, Cartier, Coca-Cola, Facebook, Google, Lego, L'Oréal, Louis Vuitton, McDonald’s, Nescafé, Nike, Oral-B, Pampers, Rolex, Samsung, Starbucks, Schwarzkopf dan VISA diumumkan sebagai pemenang global.


FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA LALUAN SUTERA KE-3 BERMULA DI XI'AN

XI'AN, China, 21 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada petang 19 September, Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-3 (SRIFF) bermula di bandar raya purba Xi'an.  Festival filem lima hari itu akan mempamerkan daya tarikan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera itu dan bertindak sebagai satu jambatan penting untuk menggalakkan penyatuan dan pembangunan di kalangan budaya.
 
Di bawah tema "Filem dalam Pembangunan, Kebudayaan dengan Kepelbagaian", SRIFF tahun ini mempunyai unit-unit yang pelbagai termasuk Anugerah Filem, Tayangan Filem, Forum Filem, Pasaran Filem, Persembahan Kebudayaan dan lain-lain. Acara itu menarik 676 filem dari 35 buah negara termasuk China, Rusia, Jepun, Jerman, Korea Selatan untuk mengambil bahagian di mana Drama Terbaik, Ciri Dokumentari Terbaik, Ciri Animasi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan anugerah lain akan dipilih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9343

ZHEN-AO MENERAJUI DI DALAM PROGRAM "CHINA SIHAT"

Dalian, China, 21 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Nuclein, kini dikenali sebagai asid nukleik, kali pertama ditemui dalam sel nukleus oleh ahli biologi Switzerland Friedrich Miescher pada tahun 1868. Kemudian, pada tahun 1953, ahli biofizik British Francis Crick dan ahli biokimia Amerika Syarikat, James Watson menemui model heliks berganda bagi struktur DNA dan menggerakkan penyelidikan nuklid itu kepada satu  peringkat baharu, yang membawa satu era baharu bagi sains hayat.
 
ZHEN-AO adalah yang mula memperkenalkan asid nukleik untuk kegunaan awam di China. ZHEN-AO, yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Lembah Bio ZHEN-AO, terletak di Zon Pembuatan Peralatan Termaju Dalian dengan keluasan kawasan 38,000 meter persegi dan jumlah pelaburan sebanyak lebih 2.2 bilion yuan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9341

PERWAKILAN DUNIA BERKUMPUL UNTUK PERTUKARAN BUDAYA LALUAN SUTERA

LANZHOU, China, 20 Sept (Bernama-AsiaNet) -- 

Perwakilan dari 85 buah negara, lima pertubuhan antarabangsa dan 66 institusi luar negara akan menghadiri Ekspo Kebudayaan Antarabangsa Laluan Sutera di Bandar Raya Dunhuang, Wilayah Gansu di barat laut China dari Selasa.
 
Menurut Timbalan Pengarah ekspo Liang Yanshun, satu sidang kemuncak, lima forum kecil dan lima forum khas akan diadakan dalam tempoh dua hari semasa acara itu berlangsung untuk menjanakan cadangan yang membina pada pertukaran budaya dan kerjasama antara kerajaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9338

THE ROHATYN GROUP BUKA PEJABAT DI SEOUL KOREA

NEW YORK, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Rohatyn Group ("TRG"), sebuah firma pengurusan aset terkemuka di pasaran baru muncul, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka sebuah pejabat baharu di Seoul, Korea, pejabat ke-15 firma itu di seluruh dunia. Pejabat itu akan dikhususkan untuk mencari peluang-peluang ekuiti persendirian domestik di Korea, yang melengkapkan keupayaan pelaburan TRG yang sedia ada di Asia, termasuk ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur dan pendapatan tetap.
 
Rakan TRG, Chris Seaver, berkata, "Mewujudkan satu kehadiran formal di Korea adalah lanjutan logik di dalam strategi ekuiti persendirian kami di Asia. Korea adalah satu alternatif kepelbagaian yang menarik bagi pelabur di mana portfolio ekuiti persendirian banyak diwajarkan ke arah Amerika Syarikat dan Eropah. Selain itu, persekitaran kawal selia yang baik dan dapat diramal, yang merupakan contoh jalan keluar yang berjaya, dan asas LP tempatan yang aktif menambahkan kepada daya tarikan negara itu.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9339

Tuesday, September 20, 2016

XURA LANTIK RONALD J. DE LANGE KE DALAM LEMBAGA PENGARAHNYA

Pemimpin industri mudah alih veteran menyertai Lembaga Pengarah Xura bagi membantu menawarkan perkhidmatan digital generasi akan datang kepada pengendali dan menyokong pecutan pelan pertumbuhan strategik

WAKEFIELD, Mass., 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., iaitu peneraju terkemuka perkhidmatan komunikasi digital, hari ini mengumumkan pelantikan Ronald J. de Lange ke dalam Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta.

Dengan pengalaman yang luas dan berkhidmat lebih daripada 36 tahun dalam industri telekomunikasi, Ronald menjawat jawatan Presiden dan CEO Tekelec, Inc., iaitu sebuah syarikat peneraju perisian rangkaian global yang fokus kepada membolehkan orang dan peranti berkomunikasi, menghantar teks dan mengakses internet secara global. Ronal memegang jawatan ini dari tahun 2011 hingga 2013 dan sepanjang tempoh itu, beliau berperanan penting dalam melaksanakan pelan pertumbuhan strategik syarikat dan inisiatif penyedia perkhidmatan generasi akan datang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9331

TA ASSOCIATES UMUM PELABURAN YANG BESAR DI DALAM RADIXX INTERNATIONAL

BOSTON, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan satu pelaburan yang besar di dalam Radixx International, Inc., sebuah pembekal terkemuka di dalam industri pengedaran perjalanan dan perisian sistem perkhidmatan penumpang bagi tempahan penerbangan, pengedaran dan perdagangan. Terma kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.


Monday, September 19, 2016

FORUM NCD ALLIANCE GLOBAL KEDUA AKAN DIADAKAN DI SHARJAH, UAE PADA DISEMBER 2017

Acara sampingan sempena Perhimpunan Agung PBB ke-71 di New York
 
NEW YORK, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NCD Alliance pada petang semalam mengumumkan bahawa Forum NCD Alliance Global kedua akan berlangsung pada 9 Disember hingga 11 Disember 2017 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
 
Pengumuman itu dibuat pada majlis makan malam peringkat tinggi yang berlangsung pada acara sampingan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-71 di New York, yang bertajuk "Melihat ke Hadapan ke Tahun 2018: Momentum Yang Berterusan ke atas NCD untuk Memacukan Kemajuan".


TOSHIBA MENGUMUMKAN IC PENERIMA KUASA TANPA WAYAR 15W YANG DISAHKAN QI V1.2 YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI

TOKYO, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation  (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan bahawa IC penerima kuasa tanpa wayar mereka, "TC7766WBG" telah disahkan sebagai patuh Qi[1] v1.2 EPP (Profil Kuasa Yang Diperluaskan) oleh Konsortium Kuasa Tanpa Wayar (WPC). TC7766WBG adalah satu-satunya IC penerima kuasa 15W Qi yang disahkan di dalam industri[2].
 
TC7766WBG juga mempunyai pakej[2] paling kecil bagi mana-mana penerima cip tunggal yang patuh Qi v1.2, yang menyumbang kepada realisasi mudah bagi sistem penerima Qi v1.2 yang padat. Di samping itu, dengan mengakses daftar TC7766WBG melalui I2C antara muka[3],  TC7766WBG menyediakan reka bentuk kawalan dan sistem yang fleksibel.


Thursday, September 15, 2016

GAM DIUTAN LULUS APLIKASI KIMIA PERTANIAN OLEH EPA AS

ATLANTA, 15 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, iaitu pengeluar penyelesaian hidrokoloid istimewa terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa produk keluarannya iaitu “gam diutan” telah diluluskan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk penggunaan sebagai bahan lengai dalam penggunaan kimia perindustrian. Sebagai pengeluar gam diutan yang terkemuka di dunia, CP Kelco kini boleh menawarkan produk ini untuk penggunaan kimia pertanian bagi pasaran Amerika Syarikat.
 
“Kelulusan daripada EPA AS ini membolehkan CP Kelco memperkenalkan penyelesaian inovatif kepada segmen kimia pertanian dan mengukuhkan komitmen kami untuk menguruskan segmen ini, pada masa kini dan masa akan datang,” ujar Jérôme Béra, Naib Presiden Kanan Pemasaran & Komersial Global di CP Kelco. “Gam diutan ialah salah satu inovasi terkini dalam portfolio hidrokoloid istimewa kami bagi menangani peluang dan cabaran dalam pelbagai penggunaan perindustrian.”


MALAYSIA CEMERLANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Sebanyak 39 kumpulan dari 20 agensi kerajaan dan 19 organisasi swasta terus unggul di persada dunia apabila meraih Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2016 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
  
Kesemua pasukan yang mewakili Malaysia ini merekodkan kos penjimatan sebanyak RM72 juta selepas berentap dengan 314 kumpulan dari 11 buah negara lain yang terdiri dari Bangladesh, China, Filipina, India, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, dan Thailand.


PASCA 1980-AN MENJADI KUASA UTAMA PELANCONGAN KE LUAR MANAKALA UNIONPAY MENINGKATKAN PENGALAMAN PEMBAYARAN BAGI PERJALANAN MENYELURUH

SHANGHAI, China, 14 Sept (Bernama-AsiaNet) -- 


Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China, 59.03 juta rakyat China berjalan ke luar negara dalam tempoh separuh pertama tahun 2016, berkembang sebanyak 4.3% tahun ke tahun. Ketika Festival Pertengahan Musim Luruh dan Percutian Hari Kebangsaan semakin hampir, pelancongan ke luar China dijangka mencapai satu lagi puncak.
 
Laporan Tahunan mengenai Pelancongan Ke Luar China (2016), yang baharu dikeluarkan oleh Akademi Pelancongan China, menunjukkan bahawa pada tahun 2015 kebanyakan pelancong keluar China adalah merupakan golongan Pasca 1980-an (berumur 25 hingga 34 tahun). Pelancong muda dan pertengahan umur lebih bersedia untuk mengikuti perjalanan secara persendirian dan menyeluruh, dan lawatan berkeluarga dan pelancongan percutian semakin popular. Perkhidmatan pembayaran mudah UnionPay meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9315

PLATFORM NTT COMMUNICATIONS MENCAPAI PENSIJILAN PERTAMA DENGAN CLOUD FOUNDRY FOUNDATION DI JEPUN

TOKYO, 15 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadi syarikat Jepun yang pertama untuk mempunyai sebuah platform yang diperakui oleh Cloud Foundry Foundation, tempat bagi platform pelbagai awan standard industri. Pensijilan ini adalah sebahagian daripada satu-satunya program di dalam industri yang direka untuk mewujudkan mudah alih yang boleh dipercayai merentasi platform di dalam persekitaran pelbagai vendor, pelbagai awan.
 
Cloud Foundry, yang secara kolektif dibangunkan oleh berbilang syarikat termasuk pembuatan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan yang terkemuka, adalah sebuah PaaS awan sumber terbuka di mana pemaju boleh membina, mengatur, melaksana dan menskalakan aplikasi pada model awan awam dan persendirian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9318

PANASONIC BUKA "PUSAT PENYELESAIAN & INOVASI PANASONIC THAILAND"

Sebuah Bilik Pameran Serba Canggih

BANGKOK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE-- Panasonic Corporation hari ini mengumumkan mengenai pembukaan "Pusat Penyelesaian dan Inovasi Panasonic Thailand" di Bangkok. Pusat itu diwujudkan sebagai bilik pameran Automasi Kilang (FA) syarikat itu di Asia Tenggara, yang bertujuan untuk mempamerkan teknologi pembuatan dan peralatan yang sangat cekap.

Dalam dunia yang sangat digital pada hari ini, permintaan untuk telefon pintar, peranti sesuai dipakai dan elektronik lain turut berkembang pesat. Di dalam produk-produk elektronik ini, papan litar bercetak terbina dalam adalah satu kemestian dan memainkan satu peranan yang penting. "Pusat Penyelesaian & Inovasi Panasonic Thailand" mempamerkan suite syarikat itu bagi teknologi pembuatan seperti kemasukan secara automatik dan mesin perletakan permukaan, yang direka untuk disisipkan dan pemasangan komponen elektronik dalam kepadatan tinggi papan litar bercetak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9314

NACD, RIDGE GLOBAL DAN INSTITUT KEJURUTERAAN PERISIAN DI CARNEGIE MELLON UNIVERSITY UMUM PROGRAM PENGAWASAN RISIKO SIBER UNTUK PENGARAH KORPORAT

Program dalam talian akan menganugerahkan sijil pengawasan keselamatan siber buat julung kalinya kepada ahli lembaga

WASHINGTON, 15 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan masalah pengawasan risiko siber yang kritikal dan menjadi agenda utama setiap lembaga, Persatuan Pengarah-Pengarah Korporat Kebangsaan (NACD)Ridge Globaldan Bahagian CERT Institut Kejuruteraan Perisian di Carnegie Mellon University hari ini buat julung pertama kalinya mengumumkan pembangunan Program Pengawasan Risiko Siber NACD untuk pengarah-pengarah korporat, yang menganugerahkan Sijil CERT dalam Pengawasan Keselamatan Siber.

Program tersebut menyatukan keupayaan pembangunan profesional NACD, penetap standard bagi kepimpinan lembaga yang bertanggungjawab; pengalaman Ridge Global yang menyokong eksekutif C-suite dan ketua lembaga; serta kepakaran teknikal siber yang mendalam daripada Bahagian SEI CERT yang terkemuka di dunia bagi menyampaikan program pendidikan siber dan sumber yang menangani tanggungjawab pengawasan risiko siber khusus daripada ahli lembaga dan eksekutif. 

Wednesday, September 14, 2016

ALAT PEMPROSES APLIKASI TOSHIBA DI TENGAH-TENGAH WORLD MEDIA & TECHNOLOGY PERANTI SESUAI DIPAKAI PINTAR BAGI GENERASI AKAN DATANG

TOKYO, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan bahawa alat pemproses aplikasinya bagi keluarga ApP Lite™ TZ1000 untuk loT dan peranti sesuai dipakai kini digunakan dalam "Helo", jalur pergelangan tangan pintar yang baharu daripada World Media & Technology ("Wor(l)d") yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
 
ApP Lite™ TZ1000 itu mengesan tanda penting pengguna dengan ketepatan yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah apabila diaktifkan. Data yang dikumpul dihantar kepada telefon pintar pengguna dengan menggunakan teknologi tanpa wayar tenaga rendah Bluetooth® mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9316

MACROGEN LANCAR 'EASYBOX', SEBUAH BUNGKUSAN SUHU TERKAWAL PREMIUM

SEOUL, Korea Selatan, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Macrogen, perusahaan ketepatan bioteknologi perubatan (CEO Hyeon-yong Jeong,www.macrogen.com) (KOSDAQ:038290) hari ini mengumumkan pembungkusan suhu terkawal premium baru yang dinamakan 'Easybox' untuk pelanggan dalam industri perkhidmatan analisa gen dan genom seluruh dunia.

Pilihan pembungkusan suhu terkawal premium khusus telah dibangunkan oleh Macrogen, dan kelajuan penghantaran dan kebolehpercayaan telah dipertingkatkan hasil perkhidmatan penghantaran ekspres oleh FedEx Express(FedEx), syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9311

TOSHIBA LANCAR PEMACU MOTOR TINGKAT DWIKUTUB DENGAN PENARAFAN MAKSIMUM 40V DAN 1.8A

TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE-- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62269FTAG," sebuah pemacu motor tingkat dwikutub yang menawarkan voltan tinggi 40V dan arus 1.8A.  Pengeluaran besar-besaran bermula pada akhir bulan ini.

Pemacu moto berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi termasuk pencetak 3D, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan dengan permintaan pelanggan untuk peralatan yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan haba dan kuasa dalaman produk juga semakin penting.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9310

PENYELESAIAN "PEMPROTOTAIPAN MUDAH" TOSHIBA UNTUK PLATFORM PEMBANGUNAN SOC KHAS MENGURANGKAN KEPERLUAN BAGI SUMBER REKA BENTUK SENDIRI PELANGGAN

TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan kebolehsediaan serta merta “Pemprototaipan Mudah”, satu penyelesaian yang membolehkan penggunaan semula aset reka bentuk yang diperlukan untuk membangunkan SoC*1  khas yang berskala besar dengan pemprototaipan FPGA*2. Penerimaan penyelesaian itu secara mendadak memendekkan masa pembangunan daripada pemprototaipan FPGA kepada pembangunan SoC yang ditempah khas. Pemprototaipan mudah boleh diperolehi di platform ASIC and FFSA™ *3 Toshiba.

Dalam pemprototaipan FPGA yang konvensional, pereka SoC tidak boleh menggunakan semula perkakasan dan aset reka bentuk perisian FPGA untuk pembangunan SoC khas kerana perpustakaan*4 FPGA dan IPs*5 adalah khusus untuk FPGA. Pemprototaipan mudah memudahkan penggunaan semula aset-aset ini untuk reka bentuk SoC khas dengan menyesuaikan perpustakaan pemprototaipan FPGA yang menggerakkan perpustakaan Toshiba dan subsistem*6 IP. Ini membolehkan pereka untuk mengenal pasti antara muka dan mudah bertukar-tukar antara prototaip FPGA dan pelaksanaan SoC dengan Toshiba menyediakan wrapper logic*7.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9309

Tuesday, September 13, 2016

BARINGS BAHARU DILANCARKAN HARI INI

Gabungan sekutu MassMutual mewujudkan pengurus aset global bernilai $275B+ dengan kepakaran unik merentasi kelas-kelas aset tradisional dan alternatif

CHARLOTTE, N.C., 13 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Babson Capital Management hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya melengkapkan integrasi empat sekutu institusi Massachusetts Mutual Life Insurance Company (MassMutual) (diumumkan sebelum ini pada bulan 9 Mac). Babson Capital Management LLC, anak syarikatnya Cornerstone Real Estate Advisers LLC dan Wood Creek Capital Management, LLC, serta Baring Asset Management Limited kini beroperasi sebagai sebuah syarikat yang disatukan di bawah nama Barings. 




Friday, September 9, 2016

PARTNERRE MELANTIK JAMES BEEDLE SEBAGAI KETUA BAGI ASIA PASIFIK

PEMBROKE, Bermuda, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PartnerRe Ltd. hari ini mengumumkan bahawa, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia, James Beedle akan dilantik ke jawatan Ketua bagi Asia Pasifik & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Partner Reinsurance Asia Pte. Ltd., untuk mengetuai operasi perniagaan PartnerRe di rantau itu. Beliau akan menerajui kedudukannya pada 1 Januari 2017, menggantikan Ketua Asia Pasifik, Alain Flandrin, yang akan meninggalkan Syarikat itu selepas satu tempoh peralihan yang singkat untuk mengejar kepentingan peribadi dan profesional yang lain.
 


90% DARIPADA RANTAIAN KEDAI SERBANEKA DI JEPUN MENERIMA KAD KREDIT UNIONPAY

SHANGHAI, China, 9 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--


Selepas kesemua kedai rantaian 7-11, Lawson, FamilyMart dan Circle K Sunkus di Jepun menerima kad UnionPay, pemegang kad kini boleh menggunakan kad debit dan kad kredit UnionPay di lebih 2,000 kedai serbaneka MINISTOP tempatan. Ini bermakna bahawa 90% daripada rantaian kedai serbaneka itu di Jepun menyokong pembayaran dengan menggunakan kad UnionPay.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9302

EQUITY INTERNATIONAL MENUTUP DANA BERFOKUSKAN ASIA YANG PERTAMA

CHICAGO, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Equity International (EI), firma pelaburan Sam Zell yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul, hari ini mengumumkan penutupan Dana 1 ZEI Co-Invest, L.P. (Dana Asia ZEI), dengan komitmen sebanyak $205 juta. Dana Asia ZEI dijangka akan turut sama melabur bersama-sama modal lain dalam lebih $2 bilion projek hartanah logistik di Asia yang akan dibangunkan oleh ESR (e-Shang Redwood), sebuah sekutu EI.

Ketua Pegawai Eksekutif Equity International Tom Heneghan berkata, "Ini adalah dana pertama yang berfokuskan kepada Asia di dalam sejarah kami. Ia mencerminkan peluang yang kami lihat di dalam sektor logistik di rantau itu, terutamanya di dalam aset gudang Jepun. Kami gembira kerana mempunyai asas pelabur institusi yang canggih yang melabur bersama-sama EI di dalam pelbagai perantara untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pasaran yang tertentu, dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan ESR untuk mewujudkan satu platform logistik seluruh Asia yang terkemuka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9297

Thursday, September 8, 2016

FLUOR MENYIAPKAN KEMUDAHAN SITRAL UNTUK BASF PETRONAS CHEMICALS

IRVING, Texas & KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluor Corporation (NYSE: FLR) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai penyiapan mekanikal bagi sebuah kemudahan sitral dan infrastruktur yang berkaitan untuk BASF PETRONAS Chemicals di Kuantan, Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Kompleks Bahan Aroma Bersepadu, Fluor melaksanakan kejuruteraan bahagian hadapan  dan reka bentuk, kejuruteraan, pemerolehan dan pengurusan pembinaan di kemudahan sitral itu dan infrastrukturnya yang berkaitan. Kemudahan itu akan menghasilkan sitral, antara bahan-bahan aroma yang lain, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk yang berasaskan sitral di dalam industri perisa dan wangi-wangian. Fluor juga sedang melaksanakan kejuruteraan, pemerolehan dan pengurusan pembinaan bagi sebuah unit hiliran L-mentol. Tanjakan unit L-mentol hiliran dijangkakan pada tahun 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9293

LAPORAN: KAD UNIONPAY MENYOKONG PELANCONGAN MENUJU KE LUAR CHINA

SHANGHAI, China, 8 Sept., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 8 September, UnionPay International dan Akademi Pelancongan China mengeluarkan Laporan Tahunan Pelancongan Menuju ke Luar China (2016), yang menyatakan bahawa pelancongan ke luar China telah memasuki ke satu tempoh peningkatan yang rasional dan akan terus berkembang dengan mantap dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Laporan itu menyatakan bahawa kad UnionPay menyediakan sokongan pembayaran untuk perjalanan rakyat China yang ke luar negara.
 
Peningkatan pelancong menuju ke luar mencatatkan kadar perlahan manakala Thailand dan Jepun menjadi popular.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9300

Jurutera Hasilkan Seni Unik Menerusi Lukisan Mini

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ami Jesal, 31, adalah seorang jurutera tetapi sanggup mengharungi liku-liku perjalanan menimba ilmu bagi memenuhi impiannya mempelajari seni lukisan mini sejak 2011 kerana sedar itulah minat sebenarnya.


Wanita itu menghabiskan beberapa bulan di Dharamshala yang terletak di Lembah Kangra di kawasan Himalaya, India, bagi mempelajari hasil seni itu serta mendalami cara hidup tradisional di sana.



XURA MELANTIK CHARLES MARSH SEBAGAI PENGARAH URUSAN BARU AMERIKA


Ketua serantau yang baru memimpin operasi Xura bagi membina perhubungan pelanggan, memacu inisiatif strategik dan melaksanakan peluang pertumbuhan.

WAKEFIELD, Mass., 7 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., penyedia perkhidmatan komunikasi digital terkemuka, hari ini mengumumkan perlantikan Charles Marsh sebagai Pengarah Urusan bagi operasi Amerika, termasuk perniagaan Amerika Utara dan Latin. Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri telekomunikasi, Marsh akan memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kehadiran syarikat dalam serantau, membina perhubungan dengan pelanggan dan memacu peluang pertumbuhan komersial yang baru. Bertapak di pejabat Xura di Plano, Texas, Marsh akan melapor secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif Xura, Philippe Tartavull, dan juga dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif Xura.

“Charles adalah seorang pemimpin yang cemerlang dengan pengalaman unik dan luas dalam komunikasi digital dan kami teruja memiliki beliau menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan,” kata Philippe Tartavull, CEO Xura. “Dengan perhubungan meluas, pengetahuan mendalam pada rantaian nilai telekomunikasi global dan cara pemikiran yang menumpukan terhadap memajukan cita-cita pertumbuhan serantau syarikat, ini menjadikan beliau sebagai pilihan yang logik buat Xura. Bidang kuasa beliau sekarang adalah untuk melaksanakan strategi kami secara tempatan, di samping memacu dan mengoptimumkan pasukan di Amerika untuk menarik permintaan terhadap produk kami di seluruh portfolio pesanan dan pengewangan.” 

MEMPERKENALKAN BEATSX: FON TELINGA PREMIUM TANPA WAYAR, BLUETOOTH YANG BAHARU DARIPADA BEATS OLEH DR. DRE

Jenama Audio Yang Terkemuka itu juga Mempamerkan Fon Kepala Tanpa Wayar Solo3 dan Fon Telinga Tanpa Wayar Powerbeats3 
 
Produk Tanpa Wayar Koleksi Baharu Menawarkan Penyatuan Chip W1 Apple, Bluetooth Kelas 1, Hayat Bateri Yang Dilanjutkan, Cas Fuel Fast, dan Pengalaman Bunyi Yang Premium Yang Kini Sinonim dengan Beats
 
CULVER CITY, Calif., 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beats oleh Dr. Dre (Beats) hari ini mengumumkan satu rangkaian produk tanpa wayar luar biasa yang baharu, sekali gus mengembangkan portfolio premium jenama itu untuk memasukkan barisan baharu fon telinga tanpa wayar yang diberi nama BeatsXbersama-sama dengan dua produk generasi akan datang yang laris pada masa ini dengan pengenalan fon telinga Powerbeats3 Wireless dan Beats Solo3 Wireless. Sebagai satu koleksi, produk-produk baharu itu termasuk cip W1 Apple, Bluetooth Kelas 1, cas Fast Fuel dan peminat bunyi premium di seluruh dunia telah sememangnya menjangkakannya daripada produk Beats. Beats diasaskan bersama oleh Dr. Dre dan Jimmy Iovine dan merupakan sebahagian daripada Apple.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9299