Tuesday, February 28, 2017

TGS DAN SCHLUMBERGER MENGUMUMKAN PROGRAM PENGIMEJAN SEMULA BERBILANG PELANGGAN MULTI- DAN WIDE-AZIMUTH BAHARU DI TELUK MEXICO TENGAH A.S

ASKER, Norway, Feb 27 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TGS-NOPEC Geophysical Company (TGS) dan Schlumberger pada hari ini telah mengumumkan program pengimejan semula berbilang pelanggan multi- dan wide-azimuth baharu (M-WAZ) yang bakal dijalankan di Teluk Mexico Tengah A.S. Keputusan terakhir dijangka pada awal tahun 2018, sebelum tempoh pusing ganti blok ketara di kawasan tersebut dijangka berlaku.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9778

SOMPO GUIDE TOKYO, YANG AKAN DITERBITKAN PADA PENGHUJUNG FEBRUARI, 2017, MENAWARKAN PENGEMBARAAN YANG SELAMAT DAN KEROHANIAN YANG DIPERKAYAKAN DI TOKYO

TOKYO, 27 Feb (Bernama-AsiaNet) -- 
SHOEISHA Co., Ltd. (http://www.shoeisha.co.jp/about) akan mula menjual buku panduan Sompo Guide Tokyo kepada warga asing yang melawat Jepun dari Asia dan negara-negara Pasifik pada penghujung Februari, 2017.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201702178940/)

Buku panduan itu, yang telah menerima sokongan penuh daripada Sompo Holdings Group (http://www.sompo-hd.com/en/company/), yang menyediakan insurans hartanah, insurans nyawa dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kewangan di Jepun dan juga di luar negara, adalah satu buku panduan yang unik mengenai Tokyo yang membolehkan pelawat kali pertama serta pengunjung berulang untuk menikmati pengembaraan yang selamat dan kerohanian yang diperkayakan dengan menyediakan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Jepun.

Friday, February 24, 2017

DUBUC MOTORS MENERIMA KELAYAKAN SEC DI BAWAH AKTA JOBS A.S

Syarikat kenderaan elektrik (EV) pertama yang diluluskan untuk menjual saham ekuiti kepada pelabur bertauliah dan tidak bertauliah
 
MENLO PARK, Calif., 24 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dubuc Motors, syarikat yang mengeluarkan Tomahawk – kereta sport elektrik 2+2 pertama di dunia, mengumumkan pada hari ini tentang pelancaran fasa tawaran langsung bagi kempen pendanaan ramai selepas kelayakan pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC). Syarikat tersebut mendedahkan kereta super elektriknya melalui kempen Tinjauan Pendapat (TTW) pada tahun 2016 dan kini menjadikan $6 juta tempahan dana awal bertukar menjadi wang pendanaan sebenar.


METLIFE SYARIKAT INSURANS AMERIKA SYARIKAT YANG PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEBERKECUALIAN KARBON

NEW YORK, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetLife, Inc. (NYSE: MET) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai matlamat 2015 bagi keberkecualian karbon, sekali gus menjadi syarikat insurans pertama yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.

MetLife mencapai keberkecualian karbon dengan mengintegrasikan amalan terbaik kemampanan dan kecekapan tenaga ke dalam operasi syarikat itu di peringkat global, dan kemudian mengimbangi baki pelepasan itu melalui pelaburan di dalam projek-projek pengurangan karbon di seluruh dunia.

"MetLife komited untuk menjadi sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan memacukan pengawasan alam sekitar yang mantap merentasi seluruh perniagaan kami di peringkat global," kata Marty Lippert, naib presiden eksekutif dan ketua bagi MetLife Global Technology dan Operasi. "Strategi perniagaan lestari bukan sahaja mengurangkan kesan kepada alam sekitar tetapi juga menekankan siapa kami sebagai sebuah syarikat."


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9772

JEPUN MELIHAT PELAWAT KE DALAM NEGARA MENCECAH 24.04 JUTA PADA TAHUN 2016, MENANDAKAN PENCAPAIAN TERTINGGI UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT DAN PERTUMBUHAN KETARA 2.4 KALI GANDA SEPANJANG TIGA TAHUN

TOKYO, 23 Feb., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Ke arah Matlamat Mengalu-alukan 40 Juta Pelawat ke Dalam Negara menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 –

- Lebih 14,000 Video/ Gambar Kini Boleh Diperolehi secara Percuma untuk dimuat turun di laman web Pusat Media Dalam Talian Jepun (
https://jomc.jnto.go.jp/), dengan Menyediakan Kandungan yang boleh dimuat turun secara Percuma mengenai Pelancongan di Jepun -

Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) mengumumkan pada bulan lalu bahawa bilangan pelawat ke Jepun pada tahun 2016 adalah 24.04 juta orang. Ini melambangkan jumlah terbesar dalam rekod sejak JNTO mula menyimpan perangkaan pada tahun 1964. Sepanjang tiga tahun lepas, jumlah pengunjung telah meningkat 2.4 kali ganda. Menyumbang kepada pertumbuhan yang ketara ini adalah persidangan dan acara bertaraf antarabangsa yang diadakan di Jepun serta aktiviti-aktiviti promosi yang berterusan untuk menarik pelancong.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9773

ZURICH TAKAFUL MALAYSIA TAWAR PERLINDUNGAN MAMPU MILIK DENGAN PELAN TERBARU, 'TAKAFUL SENIORGOLD'

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) --  Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) baru-baru ini telah melancarkan Takaful SeniorGold, pelan takaful keluarga yang direka untuk menawarkan perlindungan berharga kepada mereka yang berusia dari 50 – 80 tahun dengan caruman dari serendah RM50 sebulan.

"Di Zurich, kami berhasrat membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Kehidupan setelah persaraan seringkali ditempuh dengan pelbagai cabaran termasuk pengurangan atau kehilangan pendapatan tetap yang ketara, kerana itu, kami prihatin terhadap keperluan untuk menawarkan penyelesaian takaful mampu milik bagi membantu para pesara dan juga orang dewasa yang mempunyai ibu bapa bersara menangani risiko kewangan akibat kejadian yang tidak diduga. Takaful SeniorGold menawarkan para pelanggan ketenangan fikiran supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, ZTMB. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9774

Thursday, February 23, 2017

BROADSOFT MENINGKATKAN MOBILITI PERUSAHAAN DENGAN KECERDASAN BUATAN DAN SOKONGAN CALLKIT APPLE

BroadSoft terus menerajui komunikasi pengutamaan mudah alih ringkas dengan menambahkan konteks melalui AI dan memperbaik pengalaman pengguna dengan sokongan CallKit iOS Apple

GAITHERSBURG, Md., 22 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perisian komunikasi disatukan global sebagai perkhidmatan (UCaaS), hari ini mengumumkan dua penambahbaikan ketara untuk penyelesaian mobiliti lanjutan bMobile: Keupayaan kecerdasan buatan dan sokongan CallKit Apple untuk aplikasi mudah alih UC-One Perniagaan BroadSoft yang menyediakan pengguna perniagaan dengan pengalaman pengguna mudah alih yang lebih hebat berbanding mana-mana peranti, rangkaian atau lokasi dan memberikan peluang hasil pendapatan baru bagi Pengendali Mudah Alih.

Tinjauan BroadSoft baru-baru ini menunjukkan bahawa 89% daripada responden percaya bahawa integrasi mudah alih asli adalah satu keperluan yang penting bagi penyelesaian mudah alih. Keupayaan diperbaik bMobile BroadSoft membolehkan syarikat mengorientasikan semula perniagaan berdasarkan mobiliti, sambil membolehkan pembekal perkhidmatan dan pengendali mudah alih memaksimumkan pelaburan LTE dan merebut peluang baharu dengan menyampaikan keupayaan komunikasi disatukan perniagaan mengutamakan mudah alih yang menjana hasil pendapatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9771

Wednesday, February 22, 2017

PHOENIX SOLAR MENGEPAM TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI KE GEDUNG IKEA

• Sistem solar atas bumbung 1 MWp untuk IKEA Tampines di Singapura
• Perjanjian kerangka serantau bukan eksklusif di antara Phoenix Solar dan IKEA Asia Tenggara

SINGAPURA & SULZEMOOS, Jerman, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phoenix Solar Pte Ltd dari Singapura telah dianugerahkan satu kontrak oleh IKEA Asia Tenggara untuk mereka bentuk dan membina sebuah sistem solar 1 MWp di atas bumbung IKEA Tampines. Sistem itu dijangka dapat menjana 1.3 juta kilowatt jam dalam setahun -- tenaga boleh diperbaharui yang secukupnya untuk memberi kuasa kepada bersamaan 283 empat bilik pangsapuri HDB. IKEA menjangkakan untuk mengurangkan kira-kira $2.4 juta daripada bil elektrik gedung itu dalam tempoh 10 tahun akan datang.



Tuesday, February 21, 2017

MCNS WUJUDKAN SISTEM RUMAH DI INDIA

Mempercepatkan daya saing global dan pengukuhan perniagaan sistem poliuretana
 
TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals & SKC Polyurethanes Co., Ltd. (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Ki Don Won, Shingo Shibata; sebuah usaha sama 50:50 di antara Mitsui Chemicals, Inc. dan SKC Co., Ltd.; "MCNS") telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat pembuatan dan jualan bagi produk sistem poliuretana (Sistem rumah*) di Andhra Pradesh di Selatan India untuk memenuhi jangkaan peningkatan di dalam permintaan poliuretana. 



ENVISTA FORENSICS UMUM PEMBUKAAN PEJABAT DI SYDNEY, AUSTRALIA

SYDNEY & ATLANTA, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Envista Forensics, sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan kejuruteraan forensik dan perundingan kepada industri insurans dan undang-undang mengumumkan pembukaan sebuah pejabat baharu, di Sydney, Australia. Pejabat ini akan mengembangkan kehadiran Syarikat itu di Asia dan Australasia.
 
Mengenai pertumbuhan Syarikat itu secara keseluruhan, Bob Wedoff, Presiden berkata, "Kami amat berbesar hati untuk memperluaskan kehadiran global kami dengan pembukaan pejabat baharu di Sydney. Bukan sahaja ia menandakan satu lagi langkah utama di dalam merealisasikan misi kami untuk menyampaikan kepakaran teknikal pasca kehilangan yang bertaraf dunia tanpa mengira di mana ia diperlukan, ia meningkatkan keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami yang bersifat multinasional di seluruh dunia dengan tahap tinggi yang sama berhubung kualiti teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang mereka sudah biasa tanpa mengira lokasinya."



KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN SENI GUNUNG FUJI, MEMAPARKAN KARYA AGUNG ITCHIKU KIMONO GUNUNG FUJI

TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada pameran seni musim bunga tahunan mereka yang bertemakan "Gunung Fuji," yang telah didaftarkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013. Pada tahun ini, pelbagai karya seni kimono oleh pelukis tempatan Itchiku Kubota, yang menghidupkan semula teknik ikat Tsujigahana pada zaman Muromachi (1338-1573), akan dipamerkan. Di samping itu, barangan daripada koleksi manik kaca purba beliau akan dipaparkan. Pameran ini, yang berlangsung dari 28 Mac hingga 30 April, akan diadakan secara percuma kepada semua pengunjung.


Saturday, February 18, 2017

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT EXIM BANK DI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 17 Feb ( Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) hari ini menyerahkan sumbangan wang zakat kepada asnaf fakir miskin di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Majlis ini telah dijayakan oleh Y.Brs. Puan Norzilah Mohammed, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank. Sumbangan zakat berjumlah RM183,00.00 telah diagihkan kepada 183 golongan asnaf fakir dan miskin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9759

Friday, February 17, 2017

UNISYS UMUM ELEVATE(TM) OLEH UNISYS, SEBUAH PLATFORM PERBANKAN DIGITAL SEMUA HALA YANG DIREKA UNTUK INSTITUSI KEWANGAN BAGI MENYAMPAIKAN PERBANKAN DENGAN SERTA MERTA SECARA SELAMAT PADA BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA

SYDNEY, Australia, 16 Feb (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Penyelesaian baharu yang diterajui oleh perisian itu membolehkan bank-bank untuk mengkhusus dan membezakan perkhidmatan bagi suatu pengalaman pelanggan yang lebih baik

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pelancaran Elevate(TM) oleh Unisys (http://www.unisys.com/elevate), sebuah platform perisian perbankan digital hujung ke hujung dan set aplikasi yang direka untuk membantu institusi kewangan menyampaikan, pengalaman perbankan semua hala secara serta merta dan selamat kepada pelanggan mereka. Hasilnya, pelanggan akan dapat menjelaskan bil mereka di mana sahaja, memindahkan dana dan memohon pinjaman dan gadai janji pada bila-bila masa, di mana sahaja – tanpa mengira sama ada mereka berbuat demikian pada peranti mudah alih atau tablet, melalui sebuah pelayar internet atau di dalam sebuah cawangan bank.

"Elevate akan membolehkan bank-bank dan syarikat pembinaan untuk menyampaikan suatu pengalaman perbankan tanpa geseran dan selamat kepada pelanggan mereka," kata Eric Hutto, naib presiden kanan dan presiden, Enterprise Solutions, Unisys. "Orang ramai semakin mahu bank dalam satu cara yang sesuai dengan gaya hidup mereka, oleh itu memiliki sebuah platform perbankan digital yang selamat dan bersepadu akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan kesetiaan kepada jenama -- dengan memberi kuasa kepada pelanggan digital hari ini."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9757

NEURALSTEM MENGUMUMKAN SUBJEK TERAKHIR SERTAKAN DALAM PERCUBAAN FASA 2 DENGAN NSI-189 UNTUK KECELARUAN KEMURUNGAN MAJOR

GERMANTOWN, Md., Feb 17 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang menumpu pada pembangunan terapi sistem saraf pusat berdasarkan teknologi sel dasarnya, hari ini mengumumkan penyempurnaan penyertaan subjek dalam percubaan klinikal NSI-189 Fasa 2-nya bagi rawatan kecelaruan kemurungan major (MDD). NSI-189 merupakan entiti kimia baharu dan sebatian peneraju dalam program molekul kecil neurogenik Neuralstem. Penyertaan telah selesai lebih awal daripada yang dijadualkan dan data dapat dijangkakan hasil pada Suku 3 2017.

“Melengkapkan penyertaan subjek terakhir dalam kajian Fasa 2 dengan NSI-189 bagi rawatan MDD lebih awal daripada jangkaan merupakan pencapaian pembangunan klinikal yang ketara untuk Neuralstem ,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO Neuralstem.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9761

Thursday, February 16, 2017

DUA PELANGGAN BERTUAH AMBANK MERUPAKAN PEMENANG UTAMA KEMPEN "MENANG TOYOTA VELLFIRE 2016 SERBA BAHARU DENGAN AMBANK!"

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Dua Pelanggan bertuah AmBank merupakan pemenang utama kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!” atau “Win an All-New 2016 Toyota Vellfire with AmBank”. Datin Sia Soo Khim dan Datuk Angie Gow telah diberikan kunci untuk Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu masing-masing di dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada 6 Februari 2017 di bilik pameran UMW Toyota Motor di Subang.
 
Kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!” bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan baharu dan sedia ada AmBank. Untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, pelanggan hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Akaun Semasa atau Simpanan AmBank atau membuat deposit tetap minima sebanyak RM10,000. Selain Hadiah Utama, seramai 86 pemegang Akaun Deposit Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) yang mendepositkan RM488,000 dan dikenalpasti untuk enam bulan semasa tempoh kempen telah mendapat Samsung Galaxy S7 edge.


Monday, February 13, 2017

BIOLINE MELANCARKAN KIT PENYEDIAAN PUSTAKA DNA JETSEQ™ BARU

CINCINNATI, 10 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, iaitu anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan portfolio Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ untuk penyediaan sampel Penjujukan Generasi Mendatang (NGS).

Dibangunkan bersama dengan Oxford Gene Technology (OGT), Kit Penyediaan Pustaka DNA JetSeq™ menggunakan penimbal yang dipraoptimumkan untuk memberikan keberkesanan tindak balas maksimum dan kadar penukaran yang tertinggi, lalu membolehkan penyediaan DNA yang sedia penjujukan NGS kualiti tertinggi dan meligat penyesuai untuk Penjujuk Generasi Mendatang Ilumina. Gabungan pembaikan hujung dan pengekoran A yang diikuti oleh ligasi langsung penyesuai bekalan pelanggan, mengurangkan langkah pembersihan dan tempoh amali; lalu menambah baik hasil dan kualiti pustaka sedia penjujukan serta mengurangkan jumlah DNA yang diperlukan dengan ketara. Kit baru dibekalkan sama ada dengan polimerase, untuk amplifikasi PCR dengan bahan pemula yang lebih rendah, atau kit bebas PCR di mana bahan pemulanya tidak terhad.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9748

Saturday, February 11, 2017

TOURICO HOLIDAYS SERTAI HOTELBEDS GROUP

PALMA, Sepanyol, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hotelbeds Group, sebuah bedbank global dan pembekal bagi perkhidmatan niaga-ke-niaga kepada industri pelancongan, telah mengumumkan hari ini mengenai rancangan bagi Tourico Holidays untuk bergabung dengan unit perniagaan Bedbank mereka.

Mengulas mengenai berita itu, Joan Vilà, Pengerusi Eksekutif bagi Hotelbeds Group berkata: "Dengan sokongan daripada Cinven dan CPPIB kami kini memasuki fasa seterusnya di dalam perkembangan kami sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada September lalu.

"Dengan itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Tourico Holidays akan menyertai Hotelbeds Group. Tourico Holidays mempunyai reputasi yang sangat baik untuk kecemerlangan dan inovasi yang saya kagumi sejak bertahun-tahun lamanya. Saya tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan pasukan kepimpinan mereka yang berpengalaman.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9749

Friday, February 10, 2017

GUANGDONG MENGAMBIL "LAPAN LANGKAH UTAMA" UNTUK MENGGALAKKAN PENUBUHAN ZON DEMONSTRASI PELANCONGAN GLOBAL

Guangzhou, China, 10 Feb., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Sejak tahun 2016, Guangdong mengikut penentuan daripada Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan, yang menggalakkan perubahan daripada "tarikan pelancongan" kepada "pelancongan global", dengan pantas memulakan penubuhan pelancongan global, yang bermaksud satu pengalaman berskala besar-besaran di dalam pelancongan termasuk berjalan-jalan, membeli-belah dan sebagainya, dengan mengambil 14 bandar raya dan wilayah sebagai satu kejayaan termasuk Shenzhen, Zhuhai, Zhongshan, Kaiping di Jiangmen, Taishan, Wilayah Boluo dan Wilayah Longmen di Huizhou. Jabatan-jabatan pelancongan di semua peringkat di seluruh wilayah itu memperhebatkan usaha untuk mewujudkan sebuah pelancongan global dan secara aktif meningkatkan bekalan produk untuk membimbing pelancong tradisional bagi menikmati pengalaman dan pengembaraan secara senggang.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9747

Wednesday, February 8, 2017

SPRINGFIELD LAND CORPORATION, DAN SYARIKAT-SYARIKAT CHINA R&F PROPERTIES DAN ETONE BERGABUNG UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI UTAMA DENGAN NILAI AKHIR SEBANYAK AUD$6.3 BILION

BRISBANE, Feb. 8/Medianet International-AsiaNet/--

Springfield Land Corporation (SLC), pemaju bandar raya Greater Springfield yang telah memenangi pelbagai anugerah, amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pembangunan dengan kumpulan pembangunan dan pelaburan China Guangzhou R&F Properties Co., Limited (R&F Properties) dan Etone Australia Holdings (Etone) untuk melaksanakan sebuah projek utama pangsapuri berketumpatan sederhana hingga tinggi. Pembangunan kediaman yang besar itu, yang akan dikenali sebagai Central Gardens, terletak bersebelahan dengan stesen kereta api dan hab transit di tengah-tengah Greater Springfield dan akan terdiri daripada kira-kira 10,000 pangsapuri dan ruang sokongan komersil dan runcit. Nilai akhir yang dianggarkan adalah melebihi $6 bilion.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9741

ASCENTIAL PLC AKAN MEMPEROLEH MEDIALINK

LONDON, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ascential plc, syarikat media niaga-ke-niaga global yang disenaraikan di Bursa Saham London, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk mengambil alih 100% MediaLink, sebuah firma khidmat nasihat dan perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sebuah syarikat swasta, MediaLink adalah sebuah perniagaan yang memacukan kelebihan berdaya saing melalui khidmat nasihat perniagaan bagi pelbagai jenis syarikat yang merangkumi syarikat peringkat awal kepada entiti global yang sudah mantap merentasi industri media, pemasaran, pengiklanan, hiburan dan teknologi.




TOSHIBA LANCAR 8TB HDD UNTUK APLIKASI NAS

TOKYO, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu HDD, "Siri MN", untuk aplikasi rangkaian lampiran penyimpanan (NAS). Penghantaran bermula dari hari ini.
 
Barisan HDD "Siri MN" yang baharu itu menyampaikan kapasiti sehingga 8TB[1] di dalam faktor bentuk 3.5-inci[2] dengan antara muka SATA. Pemacu itu direka untuk operasi berkuasa 24 jam sehari dan mempunyai satu beban kerja tahunan terkadar 180TB[3] dipindahkan. Ia mempunyai teknologi pemampasan getaran putaran dan sesuai untuk digunakan di aplikasi NAS rumah dan NAS pejabat kecil/ pejabat di rumah (SOHO). Pemacu itu juga mempunyai sebuah penampan 128MiB[4], dan model 8TB mencapai satu kadar pemindahan data sebanyak 230 MiB/s[5].


​MERIDIAN BIOSCIENCE MENGUMUMKAN PELANCARAN UJIAN PANTAS TRUQUICK(TM) BAGI ASIA PASIFIK

CINCINNATI, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pelancaran TruQuick™, iaitu menu produk titik penjagaan yang menyeluruh bagi ujian pantas untuk diagnosis penyakit tropika, berjangkit, kelamin, pernafasan, gastrousus, kanser dan penyakit jantung. Menu produk ini akan membolehkan Meridian meluaskan portfolio produk ujian pesat nilai tingginya untuk operasi komersial di Asia Pasifik dan pasaran baru lain di seluruh dunia.

TruQuick™ adalah menu immunoassay kualitatif aliran sisi kromatografi yang melebihi 60 produk. Ujian pantas TruQuick™ boleh membantu dalam keputusan diagnosis patogen berjangkit dan penyakit akut penting dalam masa 10 hingga 20 minit dengan tahap ketepatan dan kelajuan yang tinggi. Meridian memahami keperluan ujian klinikal di Asia dan pasaran lain yang baru untuk kelajuan, kepekaan, kekhususan dan keluasan barisan produk. 

SUMITOMO PERKENALKAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN "FLICK" TELEFON PINTAR DALAM MAC

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corp (SMBC) akan
melancarkan perkhidmatan pengesahan "Flick" pada platform telefon pintar bagi
kegunaan perkhidmatan transaksi bisnes ke bisnes (B2B) dalam Mac ini.
    SMBC dalam satu kenyataan hari ini, berkata walaupun wujud ancaman pemalsuan
dan penggodaman Komputer Peribadi, SMBC terus melangkah ke hadapan dengan
transaksi B2B perbankan Internet sambil meneruskan usaha dalam menjamin 
persekitaran urus niaga yang selamat.
    Presiden SMBC, Takeshi Kunibe, berkata perkhidmatan itu digerakkan oleh
penyelesaian TheGRID  Beacon 2-Factor Authentication, yang membenarkan penyedia
perkhidmatan kewangan berasaskan Internet untuk menangani ancaman kecurian
identiti dalam talian.
    "The TheGRID  Beacon dipelopori dan dipatenkan oleh e-Lock Corporation Sdn
Bhd (e-Lock), sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) Jepun yang berpangkalan di sini. 
    "Model lapisan perlindungan gandaan milik syarikat itu memastikan bahawa
maklumat sulit pelanggan dalam talian sentiasa dilindungi dan dijamin,' katanya.
    Takeshi berkata pembangunan perkhidmatan pengesahan One Flick dengan NEC
Corp yang memanfaatkan paten antarabangsa teknologi ON/OFF e-Lock, telah memacu
pengenalan pelbagai perkhidmatan perbankan Internet dengan selamat pada platform
telefon pintar.
    Katanya, teknologi TheGRIDTM Beacon 2-Factor Authentication pada dasarnya
menukar telefon pintar menjadi alat pengesahan yang selamat, memperkasakan
pengguna korporat memiliki kawalan penuh ke atas transaksi dan akaun-akaun
perbankan Internet mereka sendiri.
    "Semua ciri-ciri keselamatan ini menjadikan TheGRID  Beacon sebagai
penyelesaian yang berkos efektif bagi menangani penipuan dan pemalsuan dalam talian.
    "SMBC akan meneroka dan meneruskan perkhidmatan pengesahan seperti ini
kepada lain-lain perkhidmatan dalam talian bank kami," kata Takeshi.

    -- BERNAMA

Tuesday, February 7, 2017

PENGGUNAAN UCAAS MELONJAK SETELAH PERUSAHAAN MENERIMA AWAN, BERDASARKAN KAJI SELIDIK BROADSOFT GLOBAL BUSINESS TAHUNAN KEDUA

Lebih separuh daripada perniagaan dijangka menerima pakai komunikasi bersatu awan pada tahun 2020; kaji selidik penyedia telekomunikasi global juga mengarah untuk mempercepatkan penggunaan pusat panggilan awan dan perkhidmatan kerjasama pasukan
 
GAITHERSBURG, Md., 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lebih daripada separuh (51%) daripada perniagaan dijangka menerima pakai Komunikasi Bersepadu (UCaaS/Hosted PBX) awan pada tahun 2020, melepasi perniagaan dengan premis PBX kerana perniagaan kecil dan besar beralih ke awan untuk komunikasi bersatu, kerjasama berpasukan dan perkhidmatan pusat panggilan, berdasarkan BroadSoft, Inc. Tahunan Kedua (NASDAQ: BSFT) kaji selidik penyedia telekomunikasi global dan peneraju industri.
 

NATIONAL MUSEUM OF MODERN ART, TOKYO, YANG TERLETAK BERHAMPIRAN ISTANA IMPERIAL, MEMPERKENALKAN SENI JEPUN ABAD KE-20

TOKYO, 6 Feb (Bernama) -- 


National Museum of Modern Art, Tokyo, iaitu muzium seni kebangsaan yang pertama di Jepun, akan memaparkan pelbagai karya agung pada pameran musim bunga mereka pada tahun 2017, termasuk “Parting Spring” oleh KAWAI Gyokudo yang ditandakan sebagai satu Warisan Kebudayaan Penting, dan lukisan-lukisan lain mengenai bunga sakura.

 (Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201702038461/)

Muzium itu terletak di tempat yang mudah bagi mereka yang melawat Istana Imperial, dan sebuah tempat yang wajib dilihat terutamanya pada musim bunga apabila bunga sakura  sedang mekar berkembang. Anda boleh melihat lukisan-lukisan oleh pelukis Jepun yang diiktiraf sebagai karya agung bersama-sama dengan bunga sakura, dan dengan itu menikmati musim bunga  Jepun yang penuh  anggun itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9732

Monday, February 6, 2017

​SPRINGFIELD LAND CORPORATION, DAN SYARIKAT-SYARIKAT CHINA R&F PROPERTIES DAN ETONE BERGABUNG UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI UTAMA DENGAN NILAI AKHIR SEBANYAK AUD$6.3 BILION

BRISBANE, 6 Feb./Medianet International-AsiaNet/-- 
Springfield Land Corporation (SLC), pemaju bandar raya Greater Springfield yang telah memenangi pelbagai anugerah, amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian pembangunan dengan kumpulan pembangunan dan pelaburan China Guangzhou R&F Properties Co., Limited (R&F Properties) dan Etone Australia Holdings (Etone) untuk melaksanakan sebuah projek utama pangsapuri berketumpatan sederhana hingga tinggi. Pembangunan kediaman yang besar itu, yang akan dikenali sebagai Central Gardens, terletak bersebelahan dengan stesen kereta api dan hab transit di tengah-tengah Greater Springfield dan akan terdiri daripada kira-kira 10,000 pangsapuri dan ruang sokongan komersil dan runcit. Nilai akhir yang dianggarkan adalah melebihi $6 bilion.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9731

Discovery Asia Umum 16 Rancangan Baharu Tempatan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) - Discovery Networks Asia-Pacific, mengumumkan 16 rancangan baharu tempatan untuk jenama utama rangkaian itu, Discovery Channel dan untuk saluran terkemuka perjalanan dan gaya hidup, TLC bagi tatapan penonton di Asia Tenggara.

Rancangan baharu itu boleh ditonton dikedua-dua platform linear dan digital yang akan mempamerkan hasil kerja penglipur lara dan pencipta tempatan untuk membuat semula bersama kandungan yang memenuhi kepelbagaian penonton Asia Tenggara.

Pengarah Kurasi Kandungan, Discovery Asia Tenggara, Rohit Tharani berkata selama lebih dua dekad, Discovery memiliki rekod prestasi dalam penceritaan berbentuk inovasi dan imersif.

"Menurut pandangan berasaskan pacuan data, kami memahami kuasa untuk menceritakan cerita tempatan.

Dalam 2017, kami mendahului dan melabur lebih banyak dalam kandungan tempatan berbanding dahulu, meningkatkan saluran utama kami dan melebarkan tarikan kepada Generasi Y," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara rancangan tempatan yang dibangunkan termasuk "Frontier Borneo", "Surviving Borneo", "You Have Been Warned", "Bangkok Hooker", "Say Yes To The Dress" dan "Wok With Us".

Diterbitkan oleh Endemol Shine, "Say Yes To The Dress" akam muncul di Asia menerusi saluran TLC dengan memaparkan warna-warni dan kepelbagaian dalam perkahwinan di Asia.

Komitmen Discovery ialah untuk menyegerakan peluang pertumbuhan pasaran dalaman bagi produksi tempatan sementara menyampaikan kisah menarik tempatan yang mendedahkan kehidupan dan kebudayaan orang Asia.

-- BERNAMA

Friday, February 3, 2017

AG&P MENANDATANGANI MOU DENGAN HINDUSTAN LNG UNTUK MEMBINA SEBUAH TERMINAL IMPORT LNG BAHARU DI ANDHRA PRADESH


Perjanjian penting membuka jalan untuk penghantaran gas bertol yang lebih murah bagi loji kuasa dan pengguna lain di seluruh Pantai Timur India

NEW DELHI, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- AG&P (Syarikat Atlantik, Teluk dan Pasifik), penyepadu terkemuka dunia bagi penyelesaian infrastruktur LNG termasuk terminal LNG dan rantaian bekalan yang muncul daripadanya, dan Hindustan LNG (HLNG), sebuah syarikat pembangunan terminal import LNG yang berpangkalan di Hyderabad, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membekalkan gas bertol ke stesen-stesen kuasa di wilayah Timur Godavari di Andhra Pradesh, India. Di bawah perjanjian itu, AG&P akan menyediakan satu penyelesaian bersepadu untuk menghantar regasified LNG iaitu proses fizikal di mana gas asli cecair dipanaskan untuk dikembalikan ke dalam bentuk gas melalui satu terminal import LNG yang baharu yang mana AG&P akan juga mereka bentuk dan membinanya di pelabuhan di Andhra Pradesh. 

Thursday, February 2, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN FESTIVAL ANAK PATUNG KANAK-KANAK PEREMPUAN HINAMATSURI

Memaparkan 6,500 Hiasan Gantung dan Bonsai Jepun
 
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas  mengenai seni tradisional Jepun untuk meraikan festival anak patung kanak-kanak perempuan Hinamatsuri tradisional dengan memaparkan pelbagai hiasan seni tradisional di hotel itu dari Februari hingga Mac, 2017. Pameran ini yang diadakan setiap tahun telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh tetamu, dan tahun ini memaparkan kira-kira 6,500 perhiasan anak patung sutera halus tenunan tangan, barang-barang seni ukiyoe Jepun yang menggambarkan adegan "budaya kaum wanita Jepun", dan pokok hiasan "Bonsai" miniatur yang diukir untuk membolehkan pengunjung merasai representasi seni tradisional Jepun bagi “Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hinamatsuri".



Memaparkan 6,500 Hiasan Gantung dan Bonsai Jepun
 
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas  mengenai seni tradisional Jepun untuk meraikan festival anak patung kanak-kanak perempuan Hinamatsuri tradisional dengan memaparkan pelbagai hiasan seni tradisional di hotel itu dari Februari hingga Mac, 2017. Pameran ini yang diadakan setiap tahun telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh tetamu, dan tahun ini memaparkan kira-kira 6,500 perhiasan anak patung sutera halus tenunan tangan, barang-barang seni ukiyoe Jepun yang menggambarkan adegan "budaya kaum wanita Jepun", dan pokok hiasan "Bonsai" miniatur yang diukir untuk membolehkan pengunjung merasai representasi seni tradisional Jepun bagi “Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hinamatsuri".



TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N SUPER JUNCTION 600V/650V DENGAN PRESTASI EMI YANG DIPERTINGKATKAN

TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET kuasa saluran N super junction 600V/650V dengan prestasi EMI yang dipertingkatkan untuk digunakan di dalam peralatan industri dan pejabat. "Siri DTMOS V" yang baharu itu akan bermula dengan barisan dua belas produk. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan penghantaran pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada pertengahan Mac.

Siri baharu itu mengekalkan tahap yang sama bagi rintangan rendah dan prestasi pensuisan berkelajuan tinggi bagi "siri DTMOS IV" semasa Toshiba, manakala satu proses reka bentuk yang dioptimumkan meningkatkan prestasi EMI dengan kira-kira 3 hingga 5dB[1]. Di samping itu, pengurangan pada prestasi rintangan bagi setiap ruang (RON x A) memungkinkan untuk menambah satu produk baharu 650V 0.29Ω ke dalam barisan pakej DPAK. Produk-produk di dalam siri baharu itu adalah sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa bagi peralatan industri dan pejabat yang memerlukan kecekapan yang tinggi dan saiz yang kompak, alat penyesuai dan pengecas untuk komputer riba dan peranti mudah alih, dan komputer peribadi dan mesin pencetak.