Thursday, June 29, 2017

​ANGKASA MALAYSIA MEMILIH PERISIAN UNISYS UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN DAN MEMBUKA SALURAN BAHARU BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

​ANGKASA MALAYSIA MEMILIH PERISIAN UNISYS UNTUK MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN DAN MEMBUKA SALURAN BAHARU BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

SEBUAH BANGUNAN PEJABAT YANG BERORIENTASI RAKYAT - MENARA SUNGAI PEARL: MASA DEPAN PENCAKAR LANGIT

SEBUAH BANGUNAN PEJABAT YANG BERORIENTASI RAKYAT - MENARA SUNGAI PEARL: MASA DEPAN PENCAKAR LANGIT

BANDAR RAYA SIHUI: PUSAT KEBUDAYAAN TELADAN BAHARU CHINA BAGI JED SEDANG DALAM PEMBINAAN

SIHUI, China, 29 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Walaupun ia bukan tempat asalnya, Sihui, sebuah bandar raya peringkat daerah di wilayah Guangdong, dipanggil 'Kota Barangan Jed'. Ia terkenal dengan penghuraian jed dari tempat lain. Sebagai satu daripada pusat pemprosesan dan penjualan barangan jed yang terbesar, Sihui juga mempunyai landskap ekologi hijau, seperti sebuah jed di Kawasan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay. Dengan usaha yang bertahun-tahun, ia telah menjadi satu daripada 100 buah daerah yang mempunyai potensi pelaburan terbesar di China dengan secara inovatif membina semula urbanisasi baharu dan mengintegrasikannya ke dalam Delta Sungai Pearl.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10177

​PERMINTAAN UNTUK PROSEDUR PEMBEDAHAN KOSMETIK DI SELURUH DUNIA TERUS MENINGKAT DENGAN MENDADAK - AMERIKA SYARIKAT, BRAZIL, JEPUN, ITALI DAN MEXICO BERKEDUDUKAN SEBAGAI LIMA NEGARA TERTINGGI

​PERMINTAAN UNTUK PROSEDUR PEMBEDAHAN KOSMETIK DI SELURUH DUNIA TERUS MENINGKAT DENGAN MENDADAK - AMERIKA SYARIKAT, BRAZIL, JEPUN, ITALI DAN MEXICO BERKEDUDUKAN SEBAGAI LIMA NEGARA TERTINGGI

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMBANGUNKAN MEMORI FLASH QLC 3D YANG PERTAMA DI DUNIA

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMBANGUNKAN MEMORI FLASH QLC 3D YANG PERTAMA DI DUNIA

ROBOT UNTUK MENINGKATKAN, BUKAN MENGGANTIKAN MANUSIA DALAM KEBANYAKAN PEKERJAAN: KAJIAN ARM

ROBOT UNTUK MENINGKATKAN, BUKAN MENGGANTIKAN MANUSIA DALAM KEBANYAKAN PEKERJAAN: KAJIAN ARM

SAVE THE CHILDREN MEMPERBAHARUI KONTRAK DENGAN SPEEDCAST UNTUK PENYAMBUNGAN MERENTASI LEBIH 40 TAPAK DI AFRIKA

SAVE THE CHILDREN MEMPERBAHARUI KONTRAK DENGAN SPEEDCAST UNTUK PENYAMBUNGAN MERENTASI LEBIH 40 TAPAK DI AFRIKA

DOLE FOOD COMPANY, INC. MENGUMUMKAN PERMULAAN BAGI MENDAPATKAN PERSETUJUAN UNTUK NOTA KANAN BERCAGAR 7.25% MEREKA YANG AKAN MATANG PADA 2025

DOLE FOOD COMPANY, INC. MENGUMUMKAN PERMULAAN BAGI MENDAPATKAN PERSETUJUAN UNTUK NOTA KANAN BERCAGAR 7.25% MEREKA YANG AKAN MATANG PADA 2025

Wednesday, June 28, 2017

AYDA RAI KEGEMILANGAN 10 TAHUN SEMAI BAKAT REKAAN DI ASIA

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Pembekal larutan salutan utama negara, Kumpulan Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint) meraikan edisi ke-10 pertandingan rekaan tahunannya, Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) yang berjaya menarik minat lebih 10,000 pelajar pereka muda dari 15 negara Asia.
Negara tersebut ialah Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.
“Sejak 10 tahun lalu, sentiasa menjadi kebanggaan dan keseronokan kami di Nippon Paint untuk menyaksikan pereka muda dan berbakat meningkat menerusi cabaran ini dalam mencipta sesuatu rekaan yang bermakna dan inovatif yang kedua-duanya bersifat insani dan sebati dengan alam semulajadi.
“Menerusi AYDA, kami percaya kami mampu melahirkan generasi baharu setiap tahun kerana mereka merupakan asas dalam mengukuhkan golongan pereka yang didorong oleh kreativiti dan inovasi,” kata Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia Gladys Goh.
Sejak 2008 AYDA telah berkembang daripada sebuah pertandingan buat pereka muda menunjukkan idea rekaan mereka kepada satu tawaran bagi melibatkan diri dengan penceramah industri, mendapat pendedahan untuk pembelajaran peribadi, bimbingan dan bengkel pembinaan kemahiran daripada tokoh berpengalaman dalam industri rekaan serta belajar daripada rakan sebaya melepasi sempadan.
Tema bagi AYDA 2017 ialah Anda Untuk Esok : Kehidupan Masa Depan Seperti Dibayangkan Hari ini disesuaikan untuk mencabar pandangan jauh dan keupayaan teknikal pereka muda hari ini bagi memenuhi keperluan hari esok dan dengan pandangan tersebut, merancang rekaan untuk masyarakat masa depan.
Bagi memberikan pelajar ini peluang mengasah bakat dan pengetahuan mereka menerusi sesi perkongsian interaktif, AYDA XChange 2017 mempamerkan dua tokoh terkemuka industri iaitu Pengarah Garis Architects Ar Tang Hsiao Seak dan pengasas bersama Bengkel Rekaan Gade Martin Haeger, Pengarah Kumpulan Rekabentuk HL.
Sehingga ini, lebih 4,500 arkitek dan pelajar seni reka dalaman menyertai pertandingan berprestij ini sejak diperkenalkan pada 2008 dan dijangka akan menarik lebih banyak penyertaan pada 2017.
AYDA 2017 dibuka untuk semua pelajar seni reka binaan dan seni reka dalaman.
Tarikh akhir penyertaan ialah 3 Okt 2017, untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh layari www.asiayoungdesigneraward.com.
-- BERNAMA

Saturday, June 24, 2017

PEJUANG CONFEDERATE MENCETUSKAN HURU-HARA SEBAGAI PUNK MOTOSIKAL YANG MENARIK, MOHAWK, DI DALAM TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT

BIRMINGHAM, Ala., 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Confederate Motorcycles, pencipta jentera jalan raya yang paling eksotik di dunia, telah mengumumkan bahawa motosikal mereka yang paling canggih, P51 Combat Fighter, telah dimasukkan di dalam penerbitan Transformers: The Last Knight.

Jenama mewah global ini amat teruja untuk mengesahkan bahawa Decepticon, Mohawk, akan muncul sebagai sebuah Pejuang di dalam bentuk kenderaan penyamaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10160

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "BUFET MANISAN PUTERI DUYUNG" MEMPERINGATI KISAH DONGENG YANG DITULIS OLEH HANS CHRISTIAN ANDERSEN

TOKYO, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Bufet Manisan Puteri Duyung" untuk memperingati kisah dongeng "The Little Mermaid" yang ditulis oleh penulis Denmark, Hans Christian Andersen. Bufet ini akan menawarkan makanan pencuci mulut yang disediakan khas berdasarkan kepada pelbagai makhluk laut yang mengingatkan watak-watak daripada kisah dongeng The Little Mermaid, dan akan diadakan di Restoran All Day Dining “Jurin” di tingkat dua Hotel kami dari 1 Julai hingga 30 September, 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10159

Friday, June 23, 2017

BEIJING DAN MINSK GESA KERJASAMA PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN

BEIJING DAN MINSK GESA KERJASAMA PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN

PEMACU MOTOR BRUSHLESS TIGA FASA TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN PUTARAN KELAJUAN TINGGI UNTUK MOTOR KECIL

PEMACU MOTOR BRUSHLESS TIGA FASA TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN PUTARAN KELAJUAN TINGGI UNTUK MOTOR KECIL

BIONEXT LANCAR BIOSIGHT: SEBUAH PLATFORM DALAM TALIAN YANG AKAN MEREVOLUSIKAN PENYELIDIKAN FARMASEUTIKAL

BIONEXT LANCAR BIOSIGHT: SEBUAH PLATFORM DALAM TALIAN YANG AKAN MEREVOLUSIKAN PENYELIDIKAN FARMASEUTIKAL

LHDNM TIDAK BEROPERASI SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2017 / 1438H

CYBERJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabatnya di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2017 / 1438H.


Maklumat lanjut berhubung penutupan pejabat-pejabat LHDNM bagi seluruh negeri sempena sambutan Aidilfitri adalah seperti jadual berikut:

Makluman Penutupan Kaunter Perkhidmatan LHDNM
 
PEJABAT LHDNMTARIKH CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2017 / 1438H
Ibu Pejabat dan Cawangan di semua negeri selain Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu26 Jun hingga 27 Jun 2017
Cawangan LHDNM di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu25 Jun hingga 26 Jun 2017


Makluman Penutupan Kaunter Setempat Cawangan UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
 
UTCTarikhHariCatatan
Melaka / Perak / Pahang / Johor / Sabah / Miri / Kedah / Kelantan24 Jun  hingga 27 Jun 2017Sabtu - SelasaPejabat UTC ditutup
Kuala Lumpur23 Jun 2017JumaatOperasi kaunter sehingga jam 1.00 tengah hari
24 Jun  hingga 27
Jun 2017
Sabtu - SelasaPejabat UTC ditutup


Penutupan operasi sempena aidilfitri ini meliputi semua Kaunter Perkhidmatan Nasihat Percukaian, Pusat Bayaran, Pejabat Setem Cawangan, Pusat Panggilan dan Pusat Khidmat Hasil (PKH).


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10156 

Thursday, June 22, 2017

IMPINJ MEMPERKENALKAN PEMBACA RFID RAIN R120 SPEEDWAY®

Portfolio Speedway menyampaikan prestasi peneraju industri dan kebolehpercayaan bertaraf perusahaan untuk industri runcit, penjagaan kesihatan, logistik dan perkilangan

SEATTLE, 22 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Impinj (PI), pembekal terkemuka penyelesaian RFID RAIN, pada hari ini memperkenalkan Impinj Speedway R120, pembaca tetap satu port bertaraf perusahaan yang menyambungkan item yang didayakan RFID RAIN kepada Internet. Portfolio pembaca Speedway kini termasuk tiga model untuk menyokong satu, dua atau empat antena dengan pengembangan sehingga 32 antena. Pembaca Speedway memberikan prestasi industri yang terkemuka dengan kebolehpercayaan bertaraf perusahaan dan membolehkan pengguna memilih saiz pembaca mereka untuk kegunaan dalam runcit, penjagaan kesihatan, logistik dan perkilangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10153

KILANG-KILANG PENGELUARAN AUTOMOTIF SELURUH AUSTRALIA DITUTUP

KILANG-KILANG PENGELUARAN AUTOMOTIF SELURUH AUSTRALIA DITUTUP

​MORGAN STANLEY NO.1 DALAM KEDUDUKAN PASUKAN PENYELIDIKAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR BAGI JURUANALISIS PIHAK JUALAN TERBAIK DI RANTAU

​MORGAN STANLEY NO.1 DALAM KEDUDUKAN PASUKAN PENYELIDIKAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR BAGI JURUANALISIS PIHAK JUALAN TERBAIK DI RANTAU

Wednesday, June 21, 2017

60,000 Penduduk Manfaat Pembukaan Persimpangan Bandar Tasik Puteri

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Persimpangan Bandar Tasik Puteri di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) yang dibuka hari ini akan memberi manfaat kepada hampir 60,000 penduduk sekitar, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata pembinaan laluan masuk sepanjang 500 meter dengan kos RM71.4 juta itu bakal menjadi laluan alternatif kepada penduduk kawasan berkenaan.

"Projek ini merupakan berita gembira kepada penduduk sekitar, malah ia siap enam bulan awal daripada tarikh jangkaan.

"Tiada caj tol tambahan dikenakan kepada pengguna laluan ini," katanya dalam teks ucapan yag dibacakan pada majlis perasmian persimpangan bertingkat itu dekat sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob.

Ali berkata persimpangan itu juga dijangka mengurangkan kesesakan trafik di Bandar Baru Kundang dan Jalan Rawang-Batu Arang.

Menurutnya, projek itu merupakan antara yang mendapat kelulusan di bawah inisiatif kerajaan persekutuan menerusi Unit Kerjasama Awam Swasta bagi melaksanakan projek infrastruktur yang memberi manfaat serta kemudahan kepada rakyat.

-- BERNAMA

Tuesday, June 20, 2017

EKSPOSISI PRODUK AKUATIK ANTARABANGSA CHINA 2017 MENARIK PEMBELI DARI SELURUH DUNIA

ZHANJIANG, China, 20 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Eksposisi Produk Akuatik Antarabangsa China 2017 (CIAPE 2017) & Pameran Perolehan Makanan Laut China dibuka pada 18 Jun di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Zhanjiang. Dengan misi untuk "menghubungkan industri akuakultur China dengan dunia dan membolehkan seluruh dunia mendapat manfaat dari ledakannya," CIAPE 2017 memberi penekanan khusus terhadap kualiti dan keselamatan produk akuatik China dan merebut peluang strategik yang dihasilkan oleh promosi Inisiatif Belt dan Road untuk membina sebuah platform pertukaran sehenti bagi seluruh industri bagi produk akuatik dan pedagang makanan laut serta pengeluar peralatan penangkapan ikan di dalam dan di luar negara.

Difahamkan bahawa eksposisi itu menarik penyertaan lebih 200 pempamer, lebih 3,000 pembeli, serta banyak orang berpengaruh di dalam sektor katering dari negara-negara dan wilayah  asing termasuk Amerika Syarikat, India, Iran dan beberapa negara EU dan lebih dari 30 wilayah China (bandar raya dan daerah). Ia menerima lebih 20,000 orang pengunjung pada hari pembukaan.

Dipamerkan bukan sahaja semua jenis produk akuatik dan teknik akuakultur, peralatan, makanan dan ubat-ubatan, tetapi juga pelbagai peralatan makanan, teknologi dan peralatan pemprosesan dan pemeliharaan, dan teknologi dan peralatan untuk perlindungan dan pensterilan alam sekitar.

Di samping itu, semasa eksposisi itu, Zhanjiang secara rasminya ditetapkan sebagai pangkalan penyelidikan dan penilaian WTO/SPS kebangsaan bagi produk akuatik. Ini akan membawa kerajaan, persatuan-persatuan akuakultur dan perusahaan bersama-sama untuk menghadapi langkah-langkah perdagangan teknologi negara-negara asing, untuk menghapuskan halangan perdagangan yang tidak adil, untuk menggunakan langkah-langkah perdagangan teknologi bagi mendesak peningkatan sistem dan transformasi dan menaik taraf industri, dan untuk melindungi kepentingan Industri akuakultur China dengan peraturan antarabangsa.

Menurut penganjur, CIAPE 2017 akan berlangsung sehingga 20 Jun dan dianggarkan dapat menghasilkan urus niaga bernilai RMB 21 bilion secara keseluruhan.

 
Sumber: Eksposisi Produk Akuatik Antarabangsa China 2017 

PAAB Hulur Bantuan Sebanyak RM65,000 Kepada Rumah Anak Yatim, Masjid Dan Surau

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah menghulurkan bantuan sebanyak RM65,000 kepada rumah anak yatim, masjid serta surau terpilih pada sepanjang bulan Ramadan ini, kata Pengerusi PAAB Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Tajol berkata sumbangan itu bertujuan mengimarahkan bulan puasa dengan pengisian pelbagai program keagamaan dan amal jariah kepada golongan yang memerlukan.

"Antara penerima sumbangan ialah Pusat Jagaan Budaya Harapan di Rawang, Selangor yang menempatkan sejumlah 31 anak yatim, PAAB menyampaikan kelengkapan Aidilfitri seperti pakaian dan kasut kepada mereka.

"Selain itu, PAAB juga menyumbang kepada 11 buah masjid dan surau di sekitar Hulu Langat, Cheras dan Ampang bagi membantu ahli jawatankuasa masjid dan surau berkenaan menganjurkan pelbagai program keagamaan di kariah (kawasan) masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bubur lambuk kepada penduduk setempat di Masjid Taman Kosas, Ampang, dekat sini, hari ini.

Tajol berkata sumbangan kepada rumah anak yatim, masjid dan surau itu membuktikan keprihatinan PAAB terhadap golongan umat Islam sepanjang Ramadan kepada penduduk di Hulu Langat, Ampang, Cheras dan terutamanya penduduk sekitar kawasan yang terlibat dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

-- BERNAMA

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah

TANJUNG MALIM, 20 Jun (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Al-Mursyidin Kampus Sultan Azlan Shah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton City di sini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Sultan Nazrin berkenan menanam pokok doa (Bucida variegated) di hadapan masjid berkenaan sebagai gimik pelancaran.

Masjid Al-Mursyidin adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan Kampus Sultan Azlan Shah yang dilaksanakan di bawah pakej Rancangan Malaysia Kesembilan bermula 2005 hingga 2010.

Pembinaan masjid berkeluasan 5003.30 meter persegi dengan kos RM10 juta itu siap pada 31 Jan 2012.

Antara kemudahan yang disediakan di masjid itu ialah bilik utiliti, bilik imam, bilik siak, bilik menunggu diraja, bilik khidmat pelajar serta bilik jenazah.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan Aidilfitri berjumlah RM187, 600 menerusi peruntukan zakat di bawah asnaf fakir miskin Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada enam wakil penghulu mukim di daerah Batang Padang dan Muallim.

Sejurus selepas majlis pelancaran, Sultan Nazrin menyertai bacaan tahlil sebelum berbuka puasa bersama kakitangan jabatan dan agensi kerajaan Perak.

-- BERNAMA

Monday, June 19, 2017

​MENYAMPAIKAN CERITA MENGENAI HORTIKULTUR DI SEPANJANG

​MENYAMPAIKAN CERITA MENGENAI HORTIKULTUR DI SEPANJANG

FORUM SELAT KESEMBILAN - FESTIVAL KEBUDAYAAN CHEN JINGGU DIADAKAN DI NINGDE, FUJIAN, CHINA

GUTIAN, China, 16 Jun (Bernama-AsiaNet) --

Satu perayaan besar untuk meraikan dewi laut Chen Jinggu telah diadakan pada 13 Jun di Daerah Gutian, Wilayah Fujian di Tenggara China, yang menarik kehadiran 300 orang pengikut dan cendekiawan dari Taiwan, Hong Kong, Macau dan Tanah Besar China.

Pesta itu adalah merupakan sebahagian daripada Forum Selat Kesembilan, yang menampilkan pelbagai aktiviti mengenai pertukaran belia dan kerjasama perdagangan. Nyanyian dan tarian oleh artis-artis dari kedua-dua Tanah Besar China dan Taiwan telah menerima tepukan yang tidak henti-henti.

Chen Jinggu ialah seorang dewi Fujian yang mempunyai satu kedudukan yang sama penting dengan dewi laut, Mazu, di wilayah itu. Menurut lagenda Chen Jinggu adalah seorang bomoh wanita yang telah dikurniakan dengan kuasa ghaib. Semasa suatu kemarau yang teruk di Fujian, beliau telah melakukan ritual magik untuk menyelamatkan nyawa, walaupun sedang hamil, yang seterusnya telah membawa kepada kematiannya akibat keletihan. Sejak itu beliau telah disembah sebagai penjaga bagi wanita hamil dan kanak-kanak.

Selepas warisan beribu-ribu tahun, kepercayaan cerita rakyat mengenai Chen Jinggu itu, yang berasal dari Tokong Istana Linshui di Gutian, telah menjadi sebahagian penting daripada budaya tempatan dan pengaruh besar yang diperluaskan ke atas masyarakat Cina di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 4,000 cawangan Tokong Istana Linshui di seluruh dunia, dan jumlah pengikut mereka telah mencapai 100 juta orang, yang mana 15 juta adalah dari Taiwan. Pada tahun 2008, kepercayaan cerita rakyat Chen Jinggu telah disenaraikan sebagai satu daripada warisan kebudayaan tak ketara negara.

Daerah Gutian berusaha untuk membangunkan kawasan-kawasan indah teras Istana Linshui untuk menjadi sebuah tarikan pelancong bertaraf utama dengan melabur di dalam pembinaan muzium, jalan-jalan persegi untuk tujuan berdoa dan infrastruktur lain. Ia telah dirancang bahawa tokong Istana Linshui akan berkembang menjadi "Pangkalan Perhubungan Merentas Selat" dan "Pusat Budaya Keagamaan Chen Jinggu" selepas usaha beberapa tahun.

Sumber: Forum Selat Kesembilan – Festival Kebudayaan Chen Jinggu

Lampiran Pautan Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=291396

--BERNAMA

"BEIJING YANG INDAH MENYERLAH DI EKSPO" - MINGGU BEIJING DI EKSPO 2017 DI ASTANA DIBUKA


ASTANA, Kazakhstan, 16 Jun (Bernama-AsiaNet) -- 
Pada 16 Jun, dengan bertemakan "Beijing yang Indah Menyerlah di Ekspo", Minggu Beijing dibuka di pavilion China di Ekspo 2017 di Astana. Ia adalah satu lagi peluang buat Beijing untuk mempamerkan ketamadunan purba mereka kepada dunia setelah Ekspo 2005 di Aichi, Ekspo 2010 di Shanghai dan Ekspo 2015 di Milan. Ia akan memainkan satu peranan yang positif di dalam merangsangkan Beijing untuk mengambil bahagian di dalam pembinaan "Belt dan Road".

Beijing adalah bandar raya China pertama yang muncul pada Ekspo 2017 Astana. Pada majlis pembukaan, program seperti "Kedesaan Beijing Kehebatan China", "Akrobatik Bola yang Boleh Melantun" dan "Tai Chi" telah membawa Opera Beijing, akrobatik, seni mempertahankan diri dan elemen-elemen Beijing yang lain ke dalam Ekspo itu. Semasa majlis resepsi, sebuah pameran foto pelancongan Beijing, persembahan muzik rakyat, masakan Beijing, dan lain-lain, telah membantu tetamu untuk memahami tradisi dan budaya Beijing ketika "melihat pemandangan Beijing, merasa masakan Beijing dan mendengar nada-nada Beijing".

Dengan digabungkan bersama tema Ekspo 2017 "Tenaga Masa Hadapan", Minggu Beijing juga menunjukkan tenaga pintar yang mempromosikan Beijing menjadi Bandar Raya Sukan Olimpik Berganda kerana menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan juga membantu untuk mencapai matlamat 300 juta orang mengambil bahagian di dalam sukan ais salji.

Li Luxia, Naib Pengerusi bagi Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa Submajlis Beijing (CCPIT Beijing), berkata pada majlis perasmian itu bahawa warisan peninggalan Sukan Olimpik Beijing 2008 akan digunakan sepenuhnya dan diubah menjadi tempat-tempat yang boleh digunakan bagi kedua-dua sukan musim sejuk dan sukan musim panas. Sebagai contoh, Kiub Air akan ditukarkan untuk menjadi Kiub Ais, yang merupakan representatif bagi pelan-pelan transformasi, dan orang ramai boleh mendapatkan pengalaman yang mendalam di dalam Kiub Ais dengan kaca mata VR.

Sumber: Kerajaan Perbandaran Beijing

Lampiran Pautan Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=291386

--BERNAMA

Lebih 250 Keluarga Di Melaka Manfaat Program Kembara Ramadan UMW

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Seramai 29 anggota sukarelawan UMW Community Champions dengan konvoi 10 buah kenderaan memberi sumbangan pek Ramadan dan barangan rumah di Kuala Linggi, Melaka minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Kumpulan UMW berkata sumbangan itu bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik termasuk di Masjid Tanah.

Para sukarelawan turut menyampaikan baju raya dan barangan rumah kepada Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah.

"Para sukarelawan turut menyediakan bubur lambuk dan menyerahkan 187 pek kepada golongan kurang bernasib baik di Surau Nur Iman, Kampung Nelayan," katanya.

Ini kali kedua UMW Community Champions mengadakan Kembara Ramadan di luar Lembah Klang.

-- BERNAMA

Sunday, June 18, 2017

Program Imarah Ramadan Tingkatkan Bantuan Kepada Penduduk Luar Bandar

ISKANDAR PUTERI, 18 Jun (Bernama) -- Program kemanusiaan, Imarah Ramadan 1438H/2017 anjuran bersama Islamic Aids Malaysia (IAM) dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm) menyasarkan untuk membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans dan Takaful Wilayah Selatan Mohamad Yunos Mohd Sood berkata program bantuan pada tahun ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan membantu lebih 5,000 golongan memerlukan.

"Kita telah memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM400,000 untuk membantu golongan-golongan penduduk luar bandar, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat akses kepada kemudahan.

"Pada kali ini kita telah membantu lebih kurang 5,000 menerusi program yang kita jalankan di Kuala Lumpur, Klang, Kedah, Perak sebelum kita ke Johor. Kita juga ada menjalankan program bersama masyarakat Rohingya, selain golongan orang kelainan upaya (OKU)," katanya ketika ditemui Bernama selepas menyampaikan bantuan kepada 250 penduduk Kampung Pok, Gelang Patah, di sini malam tadi.

Antara bantuan yang diberikan berupa pek makanan keperluan asas harian seperti beras, gula, minyak masak, susu, dan makanan dalam tin selain wang tunai RM50.

"Kita juga telah mengadakan program yang sama di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak selain membantu golongan yang susah di Aceh, Sri Lanka, Nepal, dan Selatan Thailand," tambahnya.

-- BERNAMA

Friday, June 16, 2017

JEFFREY SACHS AKAN MERASMIKAN FORUM PENGELUAR KOPI DUNIA YANG PERTAMA DI COLOMBIA

Petani kopi dan pemegang kepentingan industri dari lebih 40 buah negara akan menangani cabaran kelestarian bagi rantaian nilai kopi di bawah pendekatan tanggungjawab bersama.
Pengarah Eksekutif ICO, Presiden Colombia dan Ketua Pegawai Eksekutif Colombian Coffee Growers Federation (FNC) akan turut mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu, bersama-sama dengan wakil pengeluar kopi dari Afrika, Asia dan Amerika Latin.


BOGOTA, Colombia, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Pejabat Akhbar FNC) – Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama yang akan diadakan di Medellín, Colombia, dari 10 hingga 12 Julai, akan dirasmikan oleh pakar dan peneraju dalam pembangunan lestari iaitu Profesor Jeffrey D. Sachs sebagai penceramah utama.

Program
Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama termasuk penceramah, penganalisis dan tetamu bertaraf antarabangsa, dan akan menangani isu-isu yang memberi kesan terhadap industri kopi secara keseluruhannya, menjadikan acara ini satu kemestian.

Seorang profesor yang terkenal dalam dunia ekonomi, penasihat kanan PBB, penulis yang bukunya laris dan penulis ruang bersindiket, Profesor Sachs kini adalah pengarah bagi kedua-dua Pusat Pembangunan Lestari (di Universiti Columbia) dan UN Sustainable Development Solutions Network.

Pengarah Eksekutif International Coffee Organization (ICO), José Sette; Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Colombian Coffee Growers Federation (FNC), Roberto Velez, juga akan mengambil bahagian dalam majlis perasmian itu, bersama-sama dengan wakil pengeluar kopi Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Forum Pengeluar Kopi Dunia yang Pertama ini bertujuan menangani cabaran yang boleh menghalang kelestarian rantaian nilai pada masa hadapan, seperti pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan pendekatan tanggungjawab bersama oleh semua pihak yang berkepentingan.

Menyatukan Pengeluar Kopi dan Pemain Utama Industri Global

Agenda akademik forum itu akan menangani isu-isu yang merupakan cabaran biasa kepada semua negara pengeluar kopi dan menjadi ancaman kepada industri secara keseluruhannya. Kelestarian ekonomi penanam kopi, pembangunan luar bandar, penunjuk sosio-ekonomi, penyesuaian perubahan iklim, produktiviti, turun naik harga, perubahan generasi dan pekerja adalah sebahagian daripadanya.

Kumpulan kerja dan panel bertema akan menganalisis cabaran pengeluaran dan perdagangan kopi dan membuat cadangan tentang cara untuk menanganinya.
Tokoh bertaraf antarabangsa lain yang menghadiri forum itu sebagai moderator atau penceramah ialah Ric Rhinehart, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Specialty Coffee Association (SCA); Fred Kawuma, Setiausaha Agung Inter-African Coffee Organization (IACO); Silas Brasileiro, Presiden Eksekutif Brazil's National Coffee Council (NCC) dan Annette Pensel, Pengarah Eksekutif Global Coffee Platform.

Ronald Peters, Pengarah Eksekutif Costa Rica's Coffee Institute (Icafé); René León, Setiausaha Eksekutif Promecafé; Ishak Lukenge, Presiden Uganda Chapter dan Pengerusi Lembaga Pengarah African Fine Coffees Association (AFCA) serta Vanusia Nogueira, Pengarah Eksekutif Brazil Specialty Coffee Association (BSCA) juga akan mengambil bahagian dalam forum sebagai moderator atau ahli panel.

Antara wakil industri yang menghadiri forum tersebut, termasuk syarikat global seperti Starbucks, beberapa individu juga akan mengambil bahagian sebagai penceramah atau ahli panel, seperti Marcelo Burity, Ketua Pembangunan Kopi Hijau di Nestlé, dan Andrea Illy, Pengerusi Illycaffè.

Di sepanjang persidangan itu, para hadirin akan dapat merasai kopi dari semua negara pengeluar yang akan mengambil bahagian dalam forum tersebut.

Memandangkan tarikan hebat yang ditawarkan oleh acara ini (termasuk dua hari lawatan ke rantau kopi Colombia pusat) dan tempat adalah terhad, mereka yang berminat untuk menghadiri mesti mendaftar di:
http://www.worldcoffeeproducersforum.com/es
http://www.worldcoffeeproducersforum.com/

Mengenai FNC

Ditubuhkan pada tahun 1927, Colombian Coffee Growers Federation (FNC, Federación Nacional de Cafeteros) mewakili lebih daripada 560,000 penanam kopi Colombia. Dengan wawasan kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial, misinya adalah untuk bekerja bagi kesejahteraan penanam kopi Colombia dan keluarga mereka. Ia menyediakan barangan dan perkhidmatan awam dan membangunkan program dan strategi khusus yang membantu mereka mendaki rantaian nilai dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Maklumat Perhubungan:
Federación Nacional de Cafeteros de Colombia
Jenny Vanessa Cuervo
(57+1) 3136600 Ext. 1697

SUMBER : Federacion Nacional de Cafeteros de Colombia-Fondo Nacional del Café

ADVANCED ENERGY TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PEMBEKAL DARI PELANGGAN SEMIKONDUKTOR CHINA, NAURA TECHNOLOGY GROUP CO. LTD.

FORT COLLINS, Colo., 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Advanced Energy Industries, Inc. (Nasdaq:AEIS), peneraju global dalam penukaran kuasa kepersisan, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah diiktiraf sebagai pembekal pembuatan semikonduktor elit dengan anugerah kecemerlangan daripada NAURA Technology Group Co., Ltd. (Naura).

Pembekal peralatan pemprosesan wafer besar kepada industri semikonduktor, Naura menamakan beberapa pembekal cemerlang semasa persidangan pembekal sulungnya yang menumpukan kepada trend industri semikonduktor dan inovasi usaha sama yang diadakan pada 26 Mei di Beijing. Lebih daripada 200 rakan kongsi pembekal hadir dan Advanced Energy menerima penghormatan tertinggi dengan anugerah "Excellent Partner", kelas anugerah tertinggi pada majlis itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10138

Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Ara Damansara

PETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Ara Damansara, di sini.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM1.77 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Hospital di 17 buah hospital sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan serta memerlukan pembiayaan rawatan hospital.

Baginda juga berkenan menerima zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2016, daripada empat syarikat berjumlah RM8.8 juta serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada 264 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin dan mualaf.

Empat syarikat itu ialah Kumpulan DRB-Hicom Berhad sebanyak RM5.5 juta, Universiti Mahsa (RM1.3 juta), Jakel Trading Sdn Bhd (RM1 juta) dan Sime Darby Property Berhad (RM1 juta).

Pada majlis sama, kerajaan Selangor turut menghulur sumbangan khas kepada masjid-masjid sekitar Petaling Jaya berjumlah RM70,000 iaitu Masjid Ara Damansara sebanyak RM10 ribu, Masjid Nurul Ehsan serta Masjid Aminah Binti Abdullah Al Muhairi, masing-masing sebanyak RM30 ribu.

Sultan Sharafuddin kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih berjemaah.

Turut hadir Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Hussin Mohd Ali.

-- BERNAMA

MyCreative Pelawa Orang Ramai Sertai Pertandingan Keseniannya

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) hari ini mempelawa warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas menyertai pertandingan 'The Craft Master 2017' dan 'Visual Arts Pitch (VAP) 2.0' yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM45,000.

Dalam kenyataan di sini, MyCreative berkata The Craft Master 2017 terbuka kepada warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas, bertujuan mencari bakat-bakat berpotensi serta produk yang dapat dikomersialkan.

Peserta boleh menggunakan apa juga bahan seperti kayu,logam, seramik dan fabrik untuk karya mereka namun kerja seni yang dihasilkan mestilah karya asli, mempunyai fungsian, boleh dijual, kreatif dan menarik.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM30,000 untuk empat pemenang.

VAP 2.0 pula terbuka kepada rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 35 tahun, dan peserta boleh menghantar lebih daripada satu kerja seni yang merangkumi lukisan, lakaran, ukiran atau fotografi asalkan ia karya asli.

Selain meraih hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, peserta juga berpeluang mempamerkan karya mereka di galeri terkemuka.

Tarikh tutup pertandingan ialah 31 Julai bagi The Craft Master 2017 dan 31 Ogos untuk VAP 2.0.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1365090

Thursday, June 15, 2017

​ECOLAB PEST ELIMINATION LANCAR PROGRAM LALAT BESAR GLOBAL YANG KOMPREHENSIF UNTUK BANTU KURANGKAN RISIKO KESELAMATAN MAKANAN

ST. PAUL, Minn., 15 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ecolab Inc., sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi dan perkhidmatan air, kebersihan dan tenaga yang melindungi orang ramai dan sumber-sumber penting, memperkenalkan Program Lalat Besar Ecolab, sebuah program global yang komprehensif daripada Ecolab Pest Elimination yang menggunakan satu pendekatan luar dalam dan teknologi berinovatif untuk membantu mengurangkan risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan lalat besar.
 
Program Lalat Besar Ecolab menawarkan satu pendekatan pelbagai aspek yang secara proaktif menangani aktiviti lalat melalui pemeriksaan dan cadangan berterusan, rawatan luaran dan dalaman dan penggunaan teknologi proprietari dan sains di dalam dan di luar kemudahan itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10137

PKNS Komited Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Terhadap Kakitangan

SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam usaha menyemai kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan warga kerjanya terutama pada musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Noraida Mohd Yusof berkata isu keselamatan jalan raya harus dipandang serius lebih-lebih lagi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

"Saya mohon kepada semua kakitangan PKNS untuk mempraktikkan langkah keselamatan ketika di jalan raya dan berharap ia dapat dikongsi bersama anggota keluarga dan rakan-rakan," katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan jalan Raya PKNS 2017, di sini hari ini.

Kempen berkenaan merupakan inisiatif berterusan PKNS untuk menyemai kesedaran melalui perkongsian berkaitan langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya menerusi ceramah khas keselamatan yang disampaikan oleh anggota panel daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Sebanyak enam kes kemalangan jalan raya termasuk satu kemalangan maut direkodkan melibatkan kakitangan PKNS pada tahun lepas, manakala sehingga Jun tahun ini hanya satu kemalangan motosikal direkodkan.

Bagi kakitangan yang cedera semua perbelanjaan rawatan mereka ditanggung oleh PKNS manakala bagi seorang kakitangan yang maut pada tahun lepas, PKNS telah menyerahkan wang caruman insurans pekerja kepada waris mangsa.

-- BERNAMA

​PENYEPADUAN SDC TECHNOLOGIES DENGAN LTI COATING TECHNOLOGIES

​PENYEPADUAN SDC TECHNOLOGIES DENGAN LTI COATING TECHNOLOGIES

KRATOS AKAN MEMPERKENALKAN KELAS PRESTASI TINGGI TERBAHARU BAGI TEKNOLOGI SISTEM AERIAL TANPA PEMANDU TENTERA DI PERTUNJUKAN UDARA PARIS 2017

Berkos Rendah, Pesawat Berprestasi Tinggi Mewakili Dron Tentera Generasi Mendatang

SAN DIEGO, 15 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kratos Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS), sebuah pembekal Penyelesaian Keselamatan Negara, hari ini mengumumkan syarikat itu akan secara rasmi memperkenalkan kelas baharu bagi sistem aerial tanpa pemandu yang mewakili masa depan pertempuran udara di Pertunjukan Udara Paris 2017. Kratos adalah peneraju dalam sistem aerial tanpa pemandu dengan keupayaan untuk mereka bentuk dengan cepat, membangun, menunjukkan dan memberikan dron berkuasa jet berprestasi tinggi dengan harga yang berpatutan.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7d1c48b9-07d0-4ae1-9704-646f51a30f32
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96fb3aca-7dfe-470c-b662-436d7edd7286
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a6629dc-e064-47b2-bb14-7909905913db
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/caf99365-ca62-415f-a9d3-205b812d0014

Di pertunjukan itu, Kratos akan mempersembahkan dron XQ-222 Valkyrie dan UTAP-22 Mako yang memberikan prestasi seperti pejuang dan direka untuk berfungsi sebagai pengiring kepada pesawat yang dipandu manusia di ruang udara yang dipertandingkan.

Valkyrie dan Mako mewakili generasi mendatang bagi UAV. Pesawat tersebut sangat mudah dikendalikan, senyap, mampu terbang dengan kelajuan hampir menyamai supersonik, dan boleh membawa dan mengatur kedudukan senjata atau sistem pengawasan. Valkyrie yang lebih besar, berukuran kira-kira 30 kaki panjang, mempunyai julat yang menakjubkan lebih daripada 3,000 batu nautika.

Paling penting, UAV Kratos selaras dengan strategi tentera terkini kerana boleh diguna semula dan harganya yang rendah – dalam julat $2 juta sehingga $ 3 juta. Ini menjimatkan untuk mengatur kedudukannya dalam jumlah yang mampu menyokong secara efektif pesawat dengan pemandu atau beroperasi secara bebas dalam pertempuran.

Valkyrie baru-baru ini telah diumumkan oleh Air Force Research Labs (AFRL) pada pembentangan mengenai program Teknologi Pesawat Beratribut Kos Rendah (LCAAT) di Pangkalan Tentera Udara Wright Patterson.

"Jika anda menggabungkan sekumpulan pesawat ini dengan F-35 atau F-22 atau sebahagian daripada aset pengawasan kami, anda pada dasarnya akan mampu untuk meliputi lebih banyak ruang pada kos lebih rendah," Bill Baron, pengurus projek AFRL LCAAT, memberitahu Dayton Daily News dalam acara pada 9 Mei. "Dalam banyak kes, kita tidak mempunyai kapal terbang yang mencukupi dan jika anda lihat masa mendatang, kemungkinan besar saiz armada kita akan terus menjadi lebih terhad jadi ini adalah satu cara untuk menyediakan pengganda kuasa."

Valkyrie telah dibangunkan sejak Julai 2016, apabila Tentera Udara Amerika Syarikat menganugerahkan Kratos kontrak untuk membangunkan LCAAT tersebut. Selepas usaha reka bentuk dan pembangunan kurang daripada dua tahun, Valkyrie dijadualkan untuk penerbangan pertama pada musim bunga 2018. Mako sudah beroperasi dan dijadualkan untuk penerbangan ujian susulan, di mana ia akan membawa sensor dan akan bekerjasama dengan pesawat dengan pemandu pada bulan Jun, Julai dan Ogos tahun ini.

"Mako dan Valkyrie mewakili keseluruhan kategori baharu UAV," kata Eric Demarco, Ketua Pegawai Eksekutif Kratos. "Terima kasih kepada kepakaran dron sasaran dan pasukan penyelidikan dan pembangunan dalaman kami, kami telah dapat menggabungkan prestasi tinggi dengan kos rendah pada pesawat yang berfungsi sepenuhnya. Kami juga telah melakukannya dalam masa kurang dari dua tahun, bukan dekad."

Pertunjukan Udara Paris adalah acara aeroangkasa terbesar di dunia dan akan berlangsung pada 19 - 25 Jun. Kratos akan melayani pengunjung di booth # 3 A118.

Mengenai Kratos 

Kratos Defense & Security Solutions, Inc. (NASDAQ:KTOS) membangunkan teknologi transformatif bagi Jabatan Pertahanan dan pelanggan komersial. Kratos mengubah kejayaan teknologi untuk industri-industri ini dibawa ke pasaran melalui penyelidikan proaktif dan proses pembangunan yang diselaraskan. Kratos mengkhusus dalam sistem tanpa pemandu, komunikasi satelit, keselamatan/peperangan siber, elektronik gelombang mikro, pertahanan peluru berpandu dan sistem pertempuran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati 
www.kratosdefense.com

Hubungan Akhbar:
Yolanda White
858-812-7302 Talian terus

Maklumat Pelabur:
877-934-4687
investor@kratosdefense.com

Hubungan Akhbar:
Jon Schmid
619-200-7257
JSchmid@CookandSchmid.com

SUMBER : Kratos Defense & Security Solutions, Inc.

--BERNAMA

Wednesday, June 14, 2017

@COSME UMUM "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 PRODUK-PRODUK BAHARU PERTENGAHAN TAHUN"

TOKYO, 14 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- "Lip Tint" keluaran OPERA Memenangi Hadiah Utama -

istyle Inc. (TSE First Section, Kod Syarikat: 3660) -- yang merupakan pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada laman ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia -- mengumumkan "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun" pada 14 Jun, 2017. Anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang baharu dikeluarkan yang paling popular pada pertengahan tahun pertama 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10131



KAYM PILIHAN PELAJAR CEMERLANG SPM

MELAKA, 13 Jun (Bernama) -- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kini  menjadi antara institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang menjadi pilihan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata pihaknya bersyukur dan mampu berbangga apabila kolej  itu menjadi antara kolej pilihan pelajar cemerlang SPM.

"Mungkin tiga hingga empat tahun lalu orang tak kenal KAYM, tapi hari ini kita berbangga apabila ramai pelajar cemerlang SPM membuat permohonan bagi memilih KAYM “ katanya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10123

TOSHIBA LANCAR SIRI BAHARU BAGI GENERATION AKAN DATANG 15,000 RPM BERPRESTASI PERUSAHAAN 2.5 INCI HDD


Menawarkan kapasiti maksimum 900GB

TOKYO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran Siri AL14SX, penambahan baharu kepada barisan pemacu cakera keras berprestasi perusahaan (HDD) untuk aplikasi server dan penyimpanan misi kritikal. Penghantaran sampel bermula hari ini.

Siri AL14SX bagi pemacu 15,000RPM 2.5-inci[1] mempunyai sebuah antara muka 12Gbit[2] SAS. Model yang ada ialah model 4K natif (4Kn) dan 512 emulasi (512e) yang mempunyai Teknologi sektor Format Termaju, dan model 512 natif (512n) yang dioptimumkan untuk aplikasi legasi dan persekitaran hipervisor. Siri AL14SX menyampaikan satu pilihan yang sesuai bagi pelbagai aplikasi pelanggan.

Siri AL14SX boleh didapati di dalam kapasiti 300GB, 600GB dan 900GB. Model 900GB[3] menawarkan satu peningkatan 50% di dalam kapasiti maksimum daripada 600GB bagi Siri AL13SX sebelum ini. Model 4Kn dan 512e juga menyampaikan satu peningkatan kira-kira 19% dalam kadar data yang dikekalkan, melonjak sehingga 290MiB[4], dan peningkatan kira-kira 28.7% kecekapan kuasa (W/GB). Peningkatan ini di dalam kapasiti, kelajuan dan penjimatan kuasa menyumbang kepada jumlah kos pemilikan yang lebih rendah (TCO) bagi server dan sistem.

Pelanggan juga boleh memilih model yang menyokong Sanitize Instant Erase atau hapus dalam segera (SIE), yang merealisasikan ketaksahan pantas bagi data yang dirakam pada cakera, sekali gus membolehkan untuk pelupusan cekap dan penggunaan semula.

[1] "2.5 inci" bermakna faktor bentuk daripada HDD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[2] Kelajuan baca dan tulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan baca dan tulis, dan saiz fail.
[3] Definisi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 bagi definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti simpanan yang kurang. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, memformat, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Microsoft Operating System dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
[4] Satu kibibait (KiB) bermakna 210, atau 1,024 bait, satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait, dan satu gibibait (GiB) bermaksud 230, atau 1,073,741,824 bait.

MIDEA : SEBUAH JUARA PENGELUAR PERALATAN RUMAH CHINA YANG MENEMPATKAN INSTITUSI INOVASINYA DI SELURUH DUNIA

SHANGHAI, China, 13 Jun (Bernama) -- 


Pada April tahun ini, Midea melancarkan Pusat R&D dan Inovasinya bagi Eropah di Austria. Pada masa yang sama, Pusat Teknologi Baru Muncul mereka telah dibuka dan memulakan operasi di Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Kumpulan Midea sehingga sekarang memiliki 17 pusat R&D, lebih 60 cawangan di luar negara, 10,000 penyelidik, dan 300 pakar asing di lapan buah negara. Seperti Huawei, sebuah pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dunia yang terkemuka yang berpangkalan di China, yang telah mewujudkan 36 pusat inovasi bersama di seluruh pelusuk dunia, Midea juga telah menjadi sebuah jenama perwakilan China yang telah mengambil kedudukan utama di dalam inovasi dalam bidang ini.

Selaras dengan strategi globalisasi mereka, Kumpulan Midea telah mempercepatkan pergerakan mereka untuk menarik kakitangan saintifik dan teknologi yang utama di peringkat global. Program "Bintang Midea" yang dilancarkan pada tahun 2016, merekrut bakat-bakat terbaik dari 100 buah universiti utama di dunia, terutamanya pakar-pakar di dalam Kecerdasan Buatan, dengan satu tawaran menarik bagi pakej gaji tahunan yang merangkumi lebih satu juta yuan China dan satu dasar yang menggalakkan kenaikan pangkat dengan pantas dalam tempoh tiga tahun.

Bergantung kepada sumber intelektual global mereka, Pusat Inovasi Global Midea, yang terletak di Foshan, Guangdong, telah menjadi sebuah inovasi sains dan teknologi tanah tinggi yang baharu di kalangan perusahaan pembuatan di seluruh dunia. Pangkalan R&D yang luas ini, dengan pelaburan terkumpul sebanyak 30 bilion yuan, meliputi sebuah kawasan seluas 260,000 meter persegi, dan menempatkan lebih daripada 10,000 orang, bagi penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Banyak kejayaan cemerlang telah dibuat di sini di dalam bidang-bidang termaju dan canggih dengan prospektif pasaran yang besar, seperti kecerdasan buatan, bahan-bahan dan lapisan, rawatan air, perkhidmatan robot, rumah pintar, pemakanan dan perkhidmatan kesihatan.

Statistik menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun yang lalu, Midea telah melabur lebih daripada 20 bilion yuan di dalam penyelidikan dan pembangunan, dengan menduduki tempat pertama dalam bidang inovasi peralatan rumah dalam laporan Thomson Reuters. Pada tahun 2016, pendapatan luar negara bagi Midea melebihi 64.01 bilion yuan, yang mencakupi 43.5% daripada jumlah pendapatan, satu peningkatan sebanyak 29.53% tahun ke tahun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10126

Red Wing Shoes Buka Kedai Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pengeluar kasut keselamatan utama, Red Wing Shoe Company Inc., mengembangkan operasinya di Asia Tenggara dengan pembukaan besar-besaran cawangan pertamanya di Malaysia, di Avenue K Shopping Mall.

Pengarah Urusan Red Wing Eastern Hemisphere, Paul Olson berkata syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkembang menjadi penyedia utama penyelesaian keselamatan kasut dan pakaian bekerja pekerja bagi industri tenaga antarabangsa selama lebih 50 tahun, dan peneraju dalam industri kasut sejak lebih 110 tahun.

"Daripada pelantar minyak hingga ke dok perkapalan, kilang hingga ke loji penapis, kami menyokong pekerja minyak dan gas Malaysia selama lebih tiga dekad menerusi perkhidmatan pengedaran kami.

"Kami kini teruja untuk menawarkan produk pakaian bekerja, serta produk baharu bagi kasut mendaki dan gaya hidup, menerusi gedung runcit Kuala Lumpur kami, " katanya.

Red Wing Shoes yang ditubuhkan pada 1905, mempunyai operasi di lebih 110 negara dengan lebih 2,000 pekerja di seluruh dunia.

-- BERNAMA

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN PENGALAMAN KIMONO (YUKATA) KASUAL

Menyediakan Pengalaman Budaya Yang Lebih Kaya bagi Tetamu Luar Negara 

TOKYO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bekerjasama dengan JTB Japan Travel Corp. dan Keio Department Store Co., Ltd. untuk menyediakan “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” sebagai sebahagian daripada "Pelan Jelajah Matahari Terbit” Kumpulan JTB yang mensasarkan pelawat luar negara dari 13 Jun, 2017. Kakitangan hotel kami akan menyediakan yukata (kimono kasual) Jepun untuk disewa dan akan membantu tetamu mengambil gambar di dalam hotel kami. Selepas itu, tetamu boleh memakai yukata mereka untuk melawat pelbagai destinasi di luar hotel kami. Perkhidmatan ini disediakan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan bagi pengunjung luar negara dengan memenuhi keinginan mereka yang semakin meningkat untuk mengalami budaya Jepun, dan merupakan satu daripada pelbagai program pengalaman yang ditawarkan oleh hotel kami termasuk pengalaman memakai kimono perkahwinan Jepun, pengalaman upacara minum teh dan acara-acara lain.

Dua buah pelan akan ditawarkan, termasuk pelan yukata standard bagi kedua-dua tetamu lelaki dan wanita (JPY5,400 bagi setiap tetamu) dan pelan yukata premium bagi tetamu wanita (JPY7,000 bagi setiap tetamu). Kedua-dua pelan termasuk aksesori tradisional Jepun termasuk kasut "geta", sikat rambut hiasan "kanzashi", dan beg tangan "kinchaku". Tempahan bagi program pengalaman ini akan mula dibuat bermula dari 13 Jun, 2017 di meja Jelajah Matahari Terbit JTB di dalam hotel kami dan melalui laman web. Yukata yang disewa dan bantuan dalam memakainya akan disediakan di "Pejabat Kostum Gedung Serbaneka Keio" yang terletak di tingkat tiga di hotel berkenaan. Di samping itu, kakitangan akan membantu tetamu untuk mengambil gambar di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah di dalam hotel kami sebelum meninggalkan hotel untuk menikmati pelbagai destinasi di sekitar Tokyo dengan berpakaian yukata.

MEMPERKENALKAN SALUTAN TAHAN LELASAN BOLEH DIBENTUK TERMA FORMGARD (TM) 100

IRVINE, Calif., 9 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SDC Technologies, Inc. (SDC), iaitu peneraju global yang diiktiraf dalam salutan tahan lelasan berprestasi tinggi, mengumumkan pelancaran salutan tahan lelasan boleh dibentuk terma FormGard 100 yang direka untuk pelekatan bebas primer bagi substrat polikarbonat. FormGard 100 adalah salutan yang boleh diawet secara terma dan bertekstur jelas yang boleh dibentuk sejuk atau dibentuk langsir selepas diawet untuk membuat bahagian tiga dimensi jelas bagi pelbagai pasaran termasuk automotif/transit, pembinaan & pembangunan dan keselamatan.

“Salutan FormGard 100 yang boleh dibentuk dan bebas primer menawarkan gabungan kejelasan optik, keupayaan untuk dibentuk terma, keupayaan untuk tahan haus dan tahan lelasan yang terbaik dalam industri bagi kepingan polikarbonat,” ujar Dr. Sapna Blackburn, Naib Presiden bahagian Teknologi untuk SDC Technologies, Inc. “Atribut ini menjadikan FormGard pilihan yang terbaik untuk pembuatan perisai angin/tingkap kaca, lampu depan dan tolok bagi motosikal, kenderaan automobil dan transit serta untuk pembuatan ruang seni bina,” tambah Dr. Blackburn. 



Tuesday, June 13, 2017

PAAB raikan anak-anak yatim

Rawang – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) meraikan 31 anak-anak yatim melalui program tanggungjawab social korporat PAAB Prihatin Shop & Share Aidilfitri di Pusat Pakaian Hari-Hari di sini baru baru ini.
            Pengerusinya, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, program itu bertujuan memberikan kegembiraan kepada anak-anak berkenaan menyambut ketibaan Aidilfitri.
            “Pada tahun ini kita memilih Pusat Jagaan Budaya Harapan, Saujana Rawang bagi membeli baju raya.
            “Kita memperuntukkan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan program komuniti ini,”katanya.
            Program tersebut diakhiri dengan majlis iftar meraikan anak-anak berkenaan di Restoran Mohamad Chan di sini.

-Kosmo

Saturday, June 10, 2017

HERBALIFE NUTRITION MEMBUKTIKAN KOMITMEN TERHADAP INDUSTRI SUKAN VIETNAM SEBAGAI PENAJA PEMAKANAN RASMI BAGI JAWATANKUASA OLIMPIK DAN PARALIMPIK VIETNAM

HANOI, Vietnam, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat nutrisi bertaraf dunia yang unggul, Herbalife (NYSE:HLF), telah sekali lagi membuktikan komitmennya yang berpanjangan terhadap industri sukan Vietnam dengan menandatangani perjanjian penajaan pemakanan rasmi lima tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Vietnam (VPC) hari ini. Pemeteraian perjanjian penajaan pemakanan tersebut sebelum Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017 bermula menandakan permulaan  membuka jalan bagi Herbalife Nutrition untuk menyediakan produk pemakanan sukan, latihan pemakanan, anugerah dan insentif untuk menyokong atlet-atlet Vietnam yang bakal beraksi bagi dua acara sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10114

Friday, June 9, 2017

PERMOHONAN KINI DITERIMA UNTUK FELLOWSHIP PENYELIDIKAN BAHASA JEPUN YAYASAN HAKUHO KE-13

TOKYO, 9 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Yayasan Hakuho, sebuah yayasan berkepentingan awam yang diperbadankan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun, telah mula menerima permohonan pada 9 Jun untuk Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Hakuho ke-13.
 
Objektif:
Dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi asas-asas penyelidikan antarabangsa ke dalam dan mendalami pemahaman mengenai Jepun, Fellowship Penyelidikan Bahasa Jepun Yayasan Hakuho mempelawa penyelidik antarabangsa yang terkemuka dalam bahasa Jepun, arahan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun dan budaya Jepun untuk menjalankan penyelidikan kediaman.
 
Penyelidikan yang layak:
Bahasa Jepun, pendidikan bahasa Jepun, kesusasteraan Jepun dan penyelidikan budaya Jepun

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10111

85% DARIPADA PELAWAT TAMAN TEMA MAHUKAN SEBUAH SISTEM KECERDASAN BUATAN

85% DARIPADA PELAWAT TAMAN TEMA MAHUKAN SEBUAH SISTEM KECERDASAN BUATAN

Thursday, June 8, 2017

PKNS Sumbang RM110,000 Kepada Badan Kebajikan, Pusat Tahfiz

SHAH ALAM, 8 Jun (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan wang zakat berjumlah RM110,000 kepada tujuh badan kebajikan termasuk pusat tahfiz di sekitar Selangor sempena majlis berbuka puasa anjuran perbadanan itu di sini, malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof berkata badan kebajikan dan pusat tahfiz itu ialah Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Sungai Buloh, Rumah Kasih Pertiwi Sungai Buloh, Maahad Tahfiz Pekan Sungai Buloh, Maahad Tahfiz Al-Gontory Kuala Selangor, MyCare Humanitarian Care Malaysia, Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang dan Majlis Kanser Negara.

"Sejumlah RM50,000 wang zakat PKNS disumbangkan kepada TKPM Hospital Sungai Buloh bertujuan memenuhi keperluan pihak hospital bagi membantu pesakit beragama Islam yang memerlukan.

"Sementara enam lagi organisasi diberikan sumbangan RM10,000 bagi setiap organisasi bagi membantu kos pengurusan mereka selain bertujuan merapatkan lagi hubungan PKNS dengan masyarakat luar yang kurang berkemampuan," katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, PKNS turut meraikan anak-anak yatim dalam kalangan anak kakitangan perbadanan itu serta Rumah Kasih Pertiwi dengan pemberian sepasang baju raya sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terdahulu, kira-kira 1,000 tetamu termasuk kakitangan PKNS menghadiri majlis berbuka puasa tersebut yang turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani.

-- BERNAMA