Wednesday, August 30, 2017

CRM, NPRA Tandatangani Perjanjian Biasiswa Latihan Fasa 1

PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Satu perjanjian biasiswa antara pegawai Clinical Research Malaysia (CRM), Kementerian Kesihatan dan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk latihan Fasa 1 ditandatangani hari ini.

Dalam kenyataannya CRM berkata pihaknya menaja dua pegawai regulatori NPRA, Tang Sia Chin dan Nur Atiqah Kamal Rodin mengikuti pengajian lepasan ijazah di Manchester University, United Kingdom (UK) pada September 2017.

Katanya, setelah selesai mengikuti kursus selama setahun, Tang dan Nur Atiqah akan dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan kanser eksperimen.

"Semasa mengikuti kursus itu, kedua-dua calon akan bertugas di unit percubaan klinikal kanser fasa 1 terkemuka dan akan mempelajari secara terperinci reka susun dan penyampaian pengajian klinikal Fasa 1 serta memahami data praklinikal yang diperlukan sebelum sesuatu program klinikal boleh dimulakan," katanya.

CRM berkata penajaan itu meletakkan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) ke tahap lebih tinggi dalam usahanya untuk membangunkan ekosistem penyelidikan klinikal lengkap di Malaysia.

"Penglibatan Malaysia dalam semua fasa pembangunan ubat-ubatan membolehkan pemindahan pengetahuan dan teknologi dibuat kepada rakyat Malaysia," kata kenyataan itu.

MHIET TERIMA PESANAN BAGI 147 PENJANA DIESEL UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI SISTEM KUASA BERDIRI SENDIRI DI INDONESIA

-- Unit-unit Dipersiapkan untuk 22 Daerah di Kalimantan dan Sulawesi --

TOKYO, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd. (MHIET), sebuah syarikat Kumpulan milik Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) (TOKYO: 7011), telah menerima satu pesanan bagi 147 unit genset atau penjana diesel Siri MGS, barisan teras di dalam penawaran loji janakuasa diesel syarikat itu, dari PT PLN (Persero), sebuah penyedia tenaga elektrik milik negara di Indonesia. Penjana diesel itu berfungsi sebagai sistem kuasa berdiri sendiri, sebuah mod bekalan kuasa yang terutamanya sangat berguna di Indonesia, sebuah negara yang terdiri daripada ribuan pulau. Pelan dirancang agar unit-unit itu disediakan untuk berkhidmat secara progresif di 22 daerah di Kalimantan dan Sulawesi menjelang pertengahan tahun 2018.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10346

LONGMEN: SEBUAH DAERAH PERGUNUNGAN YANG BERTUKAR MENJADI TEMPAT KEINDAHAN SENI CONTOH DI CHINA

LONGMEN, China, 30 Ogos, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Longmen, sebuah daerah pergunungan dengan pemandangan yang indah, satu paduan di antara peradaban dan kebudayaan purba, telah menjadi satu contoh yang baik mengenai lingkaran kehidupan yang berkualiti tinggi yang berasaskan kepada Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macao untuk membina sebuah tempat yang mempunyai keindahan seni. Dirahmati dengan percutian hijau, mata air panas yang sihat, pemandangan pastoral dan adat resam rakyat, pelancongan yang berkembang maju membuka sebuah jendela baharu bagi pembangunan daerah itu. Menurut perangkaan, pendapatan pelancongan tahunan bagi Longmen mencapai 4.93 bilion RMB pada tahun 2016, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 34.3%.

Subordinat kepada wilayah Guangdong, Longmen, sebuah daerah bersejarah yang terletak di zon utama di Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macao, dikenali sebagai "sebuah oasis di Garisan Sartan". Sebagai sebuah daerah yang bergunung-ganang dengan bukit bukau menyumbang lebih 73% daripada keseluruhan kawasan, dan kadar liputan hutan sebanyak 76.6%, Longmen menikmati nama sebagai "daerah pelancongan kebudayaan dan ekologi yang paling indah" dan "kampung halaman bagi kebudayaan dan kesenian rakyat China", dan merupakan satu daripada kawasan terbaik di Delta Sungai Pearl dari segi persekitaran ekologi. Kesemua perkembangan budaya ini telah ditandakan secara signifikan oleh lukisan-lukisan petani berkenaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10344

LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH IKIM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2017 sehingga 31 Ogos 2019.
 
Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada 1 November 2011 dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah IKIM kelima pada 1 September 2015.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam Biologi dari University of Tasmania  dan PhD dari University Lancaster, UK dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Agama). Beliau berpengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta alam sekitar. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya pada 1979 dan menjadi Pengarah di Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya pada 2000 sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
 
IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak atas pelantikan semula ini dan berharap dengan pengalaman yang luas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, akan berusaha untuk mencapai visinya iaitu untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 019-3334253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 019-276 8003

--BERNAMA

Tuesday, August 29, 2017

PENGGUNA SYORKAN RIG PERLOMBONGAN HMINERS UNTUK ROI YANG PANTAS DAN TERJAMIN

Hminers, pengeluar produk perlombongan matawang kripto, baru-baru ini telah menjadi tajuk berita penting dengan tiga rig perlombongan berbilang algoritma mereka. Ramai pengguna telah pun mengesyorkan produk ini untuk memperoleh pulangan pelaburan yang terjamin dalam masa kurang daripada sebulan.

MIAMI, 29 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hminers terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri matawang kripto global yang pesat berkembang, dengan pelbagai pilihan rig perlombongan. Dalam jangka masa yang pendek secara relatifnya dalam pasaran yang sengit persaingannya, tiga rig perlombongan yang teramat cekap dari syarikat telah menerima respons yang menggalakkan daripada beberapa pengguna. Para pengguna ini menyatakan bahawa rig perlombongan dari www.Hminers.com telah memberikan mereka pulangan pelaburan yang cepat dan terjamin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10340

Monday, August 28, 2017

242 CAWANGAN STARBUCKS MALAYSIA SEDIA KEMUDAHAN E-DOMPET ALIPAY

KUALA LUMPUR, 25 Ogos  (Bernama) --  Pelancong dari tanah besar China kini boleh mengunakan kemudahan platform pembayaran e-dompet Alipay dalam yuan di semua 242 cawangan Starbucks di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd berkata pelancong China yang membayar menerusi Alipay juga dapat menikmati diskaun 10 peratus pada 5 yuan (RM1 = 1.56 yuan) dan tawaran minuman percuma pada masa sama, sekali seminggu bagi tempoh antara 18 Ogos dan 31 Okt, 2017.

"Setiap pelanggan akan turut menerima e-baucar potongan 10 peratus bagi kegunaan akan datang, selepas melakukan transaksi pertama," kata kenyataan itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd, Sydney Quays berkata menerusi penerimaan penggunaan Alipay pada April 2017, langkah itu membolehkan pelancong China untuk hanya memaparkan aplikasi mudah alih mereka di kaunter bagi pembelian secawan kopi. 

Berjaya Starbucks Coffee Company merupakan unit milik penuh Berjaya Food Bhd. 

-- BERNAMA

​PAYBYPHONE MELANTIK FRANCIS DUPUIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU

​PAYBYPHONE MELANTIK FRANCIS DUPUIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU

PELABURAN DALAM VISTAJET MEMBERI NILAI PERNIAGAAN MELEBIHI $2.5 BILION

PELABURAN DALAM VISTAJET MEMBERI NILAI PERNIAGAAN MELEBIHI $2.5 BILION

Friday, August 25, 2017

GRAMINEX L.L.C. BUKA PEJABAT BAHARU DI SEOUL, KOREA, GRAMINEX KOREA CO., LTD.

SAGINAW, Mich., 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Graminex® LLC, pengeluar bagi Ekstrat Debunga Bunga™ Graminex®, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan Graminex® Korea Co., Ltd. Sun-Ho Frank Kim, Ph.D. telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi pejabat tempatan itu di Seoul, Korea.
 
Dr. Sun-Ho Frank Kim mempunyai pengalaman yang meluas di peringkat antarabangsa di dalam industri farmaseutikal, penokok diet dan makanan. Sebelum menyertai Graminex®, Dr. Sun-Ho Frank Kim, memegang jawatan sebagai Pengarah di Kunpoong Bio, Pengurus Cawangan di TSI Health Science yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Penasihat Eksekutif Perniagaan di CJ CheilJedang, membangun dan melaksanakan strategi jualan dan pemasaran. Selain itu, Dr. Sun-Ho Frank Kim, membawa latar belakang saintifik  dan pengalaman KFDA beliau ke Graminex®. Dr. Sun-Ho Frank Kim memperoleh ijazah Doktor Sains di dalam Sains Biobahan dari Universiti Yonsei, Korea.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10333

Thursday, August 24, 2017

SKIM THOHIR DAN BERZAKAT MELALUI CIMB CLICKS TINGKAT KESEDARAN PEMBAYAR ZAKAT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) – Usaha meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai  tanggungjawab berzakat mencapai matlamat hasil pelaksanaan Kempen Skim Thohir 1.0 2017 (pemotongan gaji) dan kempen Berzakat  Menerusi CIMB Clicks yang diadakan baru-baru ini.

Melalui kempen yang diadakan pada April hingga Julai tahun ini, ia menarik minat 3,684 pembayar zakat pendapatan di Wilayah  Persekutuan menunaikan tanggungjawab itu berbanding hanya 758 orang dalam  tempoh yang sama tahun lepas tanpa diadakan kempen.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Mohd Rais Alias berkata peningkatan itu selain daripada kesedaran juga hasil daripada  pelbagai kemudahan untuk membayar zakat dengan pelaksanaan dua kempen berkenaan.

“Kempen Skim Thohir 1.0 2017 yang dijalankan pada April hingga Julai lepas berjaya menarik orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab Rukun Islam ketiga menerusi pemotongan gaji sekali gus dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan.

“Sambutan baik pada 2016 menjadi faktor pihak kami meneruskan kempen Skim Thohir pada tahun ini," katanya pada majlis penyampaian hadiah pelaksanaan Kempen Skim Thohir 1.0 2017 dan Kempen Berzakat Menerusi CIMB Clicks di sini, hari ini.



Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad Mohamad Safri Shahul Hamid dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman.

Mohd Rais berkata masyarakat Islam sebelum ini kurang menunaikan tanggungjawab membayar zakat pendapatan kerana kurang pemahaman berhubung kaedah dan cara pengiraan zakat harta dan pendapatan.

Sementara itu, Mohamad Safri gembira kerana CIMB dan PPZ- MAIWP dapat bekerjasama  dalam  kempen untuk membantu dan menggalakkan umat Islam berzakat.

“Pihak kami amat berbangga kerana diberi peluang untuk menjayakan kempen ‘Kempen Berzakat Menerusi CIMB Clicks’ yang merupakan tanggungjawab sosial CIMB sebagai sebuah daripada bank Islamik utama di rantau Asia," katanya.

Pada majlis itu, diumumkan 10 pemenang Kempen Skim Thohir 1.0 2017 dan 14 pemenang Kempen Berzakat Menerusi CIMB Clicks.



Pemenang utama Kempen Skim Thohir 1.0 2017 menerima hadiah pakej umrah bagi dua orang, pemenang kedua memenangi pakej percutian bernilai RM5,000 dan ketiga hadiah barangan elektrik bernilai RM3,000.

Bagi Kempen Berzakat Menerusi CIMB Clicks pula, pemenang utama menerima RM2,000 diikuti RM1,500 bagi pemenang kedua dan RM1,000 bagi pemenang ketiga.

Pemenang sagu hati masing-masing menerima hadiah RM500 setiap seorang.

Ketika ditemui, pemenang hadiah utama Kempen Skim Thohir 1.0 2017 Nor Asmah Che Mat, 48, dari Keramat, di sini  mengakui masih terkejut dengan kemenangannya.

"Saya mula melakukan pemotongan gaji bagi bayaran zakat bermula tahun 2014 apabila mendengar taklimat yang diadakan oleh pihak PPZ-MAIWP dan sama sekali tidak menyangka terpilih sebagai pemenang utama,"  katanya yang bercadang untuk membawa anak lelaki sulungnya Mohamad Zakuan Sulaiman, 24, untuk menunaikan umrah.



-- BERNAMA

Wednesday, August 23, 2017

PATTON DALAM KALANGAN SEPULUH PENYEDIA PENYELESAIAN UC TERBAIK 2017

Patton menawarkan set kecekapan dan keupayaan unik yang membantu syarikat merealisasikan impian UC mereka

GAITHERSBURG, Md., 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—Pengilang US bagi UC, awan, dan Internet Benda yang membolehkan penyelesaian bagi rangkaian pembawa, perusahaan dan perindustrian telah dinobatkan sebagai sepuluh penyedia penyelesaian komunikasi bersepadu (UC) terbaik menurut majalah InsightsSuccess.

Patton melakukan beberapa perkara luar biasa yang tidak dilakukan oleh pengeluar peralatan rangkaian lain untuk membolehkan pelaksanaan UC.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10329

Forum Teknologi Hijau Dalam Perniagaan Diadakan Bulan Depan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Para pakar mengenai bandar raya hijau dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan rantau Asia Tenggara akan berkongsi idea serta membicarakan tentang manfaat, cabaran, pragmatisme dan potensi membangunkan bandar raya tanpa sampah dan plastik dalam bidang perniagaan pada Forum Bandar Raya Hijau 8 Sept ini.

Sebagai sebahagian daripada Konvensyen Bandar Raya Pintar dan Perdagangan Masa Depan Selangor 2017, forum itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dengan menampilkan penceramah dari Indonesia dan Filipina, bersama-sama pakar pelupusan sampah dan usahawan alam sekitar tempatan untuk berkongsi buah fikiran tentang cara untuk menjadikan perniagaan bercirikan hijau, tetapi mampu menjana keuntungan.

Ucaptama akan disampaikan penyelaras program alam sekitar Pusat Pembangunan Serantau PBB Choudhury Rudra Charan Mohanty bagi meneroka pragmatisme, cabaran dan potensi untuk mewujudkan masyarakat cekap dan sifar sampah di Malaysia.

Sementara itu, satu sesi sembang santai bertajuk 'Keuntungan Hijau, Peluang Hijau' akan dihoskan Puteri Sultan Selangor Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ketua pegawai eksekutif The Body Shop (Malaysia) Datin Mina Cheah-Foong.

"Sesi ini akan membicarakan tentang ancaman besar terhadap ekonomi, perbadanan dan malah bandar raya serta bagaimana perniagaan mereka dan masyarakat menggunakan pertumbuhan lebih hijau dan lestari, di samping strategi ampuh untuk mengekang dan meminimumkan ancaman terhadap masa depan kita," kata Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) dalam kenyataan hari ini.

Forum itu juga akan membariskan beberapa anggota panel serantau pada sesi bertajuk 'Membebaskan Diri Daripada Plastik dan Membina Bandar Raya Hijau' termasuk ketua pegawai eksekutif Greeneration Indonesia Muhammad dan pengerusi eksekutif Setia Haruman Sdn Bhd Ahmad Khalif Mustapa Kamal.

--BERNAMA

MURATA CHEERLEADERS BERAKSI DI TECH DOME PULAU PINANG, MALAYSIA

KYOTO, Japan, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Murata Manufacturing Co., Ltd. (TOKYO:6981) (ISIN:JP3914400001):

Pada tahun ini, untuk kali kedua berturut-turut, Murata Cheerleaders akan mengadakan persembahan tarian secara selaras di Minggu Teknologi Jepun bertempat di Tech Dome, Pulau Pinang. Murata Cheerleader merupakan robot kumpulan sorak yang pertama di dunia yang menampilkan teknologi terkini, inovasi Jepun yang unik, dan kebolehan penggunaan alat elektronik dalam membantu manusia dalam kehidupan harian.

Menjalin kerjasama dengan Tech Dome Pulau Pinang, Murata akan menganjurkan sebelas demonstrasi pada 26, 27 dan 28 Ogos 2017. Sertai kami di Teknologi Jepun Hujung Minggu di Tech Dome Pulau Pinang dan saksikan keupayaan robot-robot Jepun yang mengagumkan!

Gambaran Keseluruhan Acara

Masa       Sabtu, 26 Ogos 2017 dan Ahad, 27 Ogos 2017
                Demonstrasi bermula pada: (tempoh demonstrasi ~15 minit)
                11:00 Pagi; 1:00 Petang; 3:00 Petang; 4:00 petang

                Isnin, 28 Ogos 2017
                Demonstrasi bermula pada: (tempoh demonstrasi ~15 minit)
                11:00 Pagi; 1:00 Petang; 3:00 Petang

Tempat   Tech Dome Pulau Pinang, KOMTAR Geodesic Dome, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


Maklumat mengenai Tech Dome Pulau Pinang

Tech Dome Pulau Pinang (TDP) adalah sebuah pusat penemuan dan sains yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Ia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada golongan muda mengenai Sains dan Teknologi dengan membenarkan mereka menikmati sains dalam cara yang menyeronokkan. TDP adalah terbuka kepada orang ramai pada 16 Julai 2016. Selain daripada 120 pameran interaktif yang menunjukkan konsep saintifik kepada pelawat kami, TDP juga menjalankan projek khas, bengkel, program pendidikan dan aktiviti pembinaan pasukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Tech Dome Pulau Pinang http://techdomepenang.org/

Maklumat mengenai Murata

Murata Manufacturing Co., Ltd. adalah sebuah pemimpin dunia di dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan komponen dan penyelesaian elektronik pasif yang berasaskan seramik, modul komunikasi dan modul bekalan kuasa. Murata komited kepada pembangunan bahan-bahan elektronik yang canggih dan termaju, pelbagai fungsi, modul berkepadatan tinggi. Syarikat ini mempunyai pekerja dan kilang pengeluaran di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Murata di www.murata.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51671076&lang=en

Hubungan Media
Murata Manufacturing Co., Ltd.
Yoshihiko TAKEDA, +81 (0)75 955 6786
Corporate Communications Office
takeday@murata.com

CELULARITY, INC., MEMPERCEPATKAN KEJAYAAN CEMERLANG PENEMUAN PLASENTA & PLATFORM TERAPEUTIK

--- Syarikat Bioteknologi Baharu Mempercepatkan Penyerahan bagi Inovasi Transformasi di dalam Rawatan Kanser, Penyakit Radang dan Degeneratif, dan Pertumbuhan Semula Fungsian

--- Sumbangan Modal, Lebih daripada 200 Paten yang Dikeluarkan dan Menunggu Kelulusan, Aset Praklinikal dan Klinikal dan Produk Komersial yang Diperolehi daripada Syarikat-syarikat Termasuk Celgene Corporation, Sorrento Therapeutics (Nasdaq: SRNE), United Therapeutics (Nasdaq: UTHR), dan Human Longevity, Inc.


WARREN, N.J., 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celularity, Inc., sebuah syarikat bioteknologi yang baharu dibentuk, hari ini mengumumkan pencepatan mereka bagi terapi pertumbuhan semula sel dan tisu untuk menangani keperluan perubatan yang tidak lengkap di dalam kanser dan penyakit kronik dan degeneratif. Celularity telah menyelesaikan pembiayaan Siri A mereka dengan sumbangan daripada beberapa syarikat biofarmaseutikal, termasuk Sorrento Therapeutics, United Therapeutics Corporation dan Human Longevity, Inc., dan pelabur-pelabur keusahawanan.

Celularity telah diwujudkan melalui sumbangan harta intelek yang meluas, aset peringkat klinikal, penyelidikan asas dan klinikal, dan kepakaran pembangunan termasuk:
  • Beberapa aset klinikal imuno-onkologi dan aset ubat regeneratif dan satu saluran bagi aset praklinikal
  • Platform proprietari imunoterapi alogeneik ("mudah diakses")
  • Lebih 200 paten yang dikeluarkan dan sedang menunggu kelulusan di dalam terapi sel; IP yang teguh untuk sel stem plasenta
  • Membina antibodi CAR manusia sepenuhnya
  • Program imuno-onkologi CD38 IND yang bersedia untuk turut serta
  • Produk pertumbuhan semula fungsian peringkat komersil Biovance® dan Interfyl®* dan aset-aset yang ada
  • Biorepositori sel stem LifeBankUSA dengan dua dekad kepakaran operasi


Diwujudkan di atas asas kerja perintis oleh Robert Hariri, MD, PhD, di dalam terapeutik dan biobahan selular yang berasal daripada plasenta manusia, keupayaan Celularity untuk mendapatkan sel stem plasenta, terapi potensi kejuruteraan, dan menggunakan rawatan yang berpotensi, meletakkannya untuk memanfaatkan potensi plasenta manusia dan menjalankan operasi di sepanjang keseluruhan rantaian nilai.

"Celularity telah dibentuk sebagai sebuah model bioteknologi baharu yang direka untuk menggunakan kepakaran yang diperlukan bagi memanfaatkan platform penemuan plasenta kami merentasi pelbagai keperluan perubatan yang tidak lengkap," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Celularity, Robert J. Hariri, MD, PhD. "Dengan sokongan pelabur-pelabur kami, kami mengumpulkan teknologi dan kemahiran perubatan regeneratif yang terbukti dengan matlamat untuk membangunkan terapi transformatif bagi penyakit-penyakit yang membawa maut dan sukar diubati." Dr. Hariri sebelum ini pernah menjadi pengerusi, ketua pegawai saintifik dan ketua pegawai eksekutif bagi Celgene Cellular Therapeutics dan pengasas bagi Anthrogenesis Corporation, yang diperolehi oleh Celgene pada tahun 2002. Dr. Hariri juga merupakan pengasas bersama bagi Human Longevity, Inc.

Pembentukan Celularity memanfaatkan usaha seminal di dalam penemuan populasi sel aktif secara biologi di dalam plasenta manusia dengan potensi terapeutik yang sangat luas. Celularity akan menarik penemuan proprietari dan berskala ini yang diperolehi daripada plasenta manusia postpartum – satu sumber beretika dan boleh dibaharui bagi biobahan yang boleh digunakan. Program pembangunan Celularity ditumpukan pada sebuah platform alogeneik, memanfaatkan sel-sel yang boleh diakses secara klinikal dan imun tahan dan biobahan daripada pelbagai populasi penderma berpengetahuan yang bersetuju.
Andrew von Eschenbach, MD, di antara anggota pengasas bagi Lembaga Pengarah Celularity dan bekas Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Pengarah Institut Kanser Kebangsaan berkata, "Usaha perintis oleh pengasas Celularity, Bob Hariri telah melepaskan ciri-ciri sel stem unik yang berasal dari plasenta yang telah memperbaharui harapan untuk mewujudkan terapi yang selamat dan berkesan bagi penyakit degeneratif yang paling mencabar." Dr. von Eschenbach menambah "Celularity dengan tumpuannya untuk mempercepatkan inovasi di dalam perubatan regeneratif boleh menjadi pemangkin utama bagi terapi sel dalam menangani kebanyakan daripada keperluan perubatan yang tidak lengkap di dunia."

*Interfyl adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Alliqua BioMedical, Inc.

Dr. Henry Ji, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sorrento Therapeutics, berkata, "Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian di dalam penciptaan Celularity bersama-sama dengan Dr. Hariri dan pasukan saintifiknya serta syarikat-syarikat biofarmaseutikal yang terkemuka di dunia seperti Celgene, Human Longevity Inc., dan United Therapeutics. Potensi bagi terapi regeneratif di dalam merawat pelbagai keadaan degeneratif kronik sememangnya diketahui umum. Kami melihat sinergi penting bagi bidang onkologi dan potensi untuk meningkatkan perjuangan kami terhadap kanser malignan. Teknologi, aset, dan sumber Celularity akan membantu memajukan program terapi selular terpilih Sorrento dan berpotensi untuk mengubah terapi selular autologous ke dalam terapi sel alogeneik yang mampu dan boleh diakses."

Maklumat mengenai Celularity, Inc.

Celularity, yang beribu pejabat di Warren, New Jersey, adalah sebuah syarikat bioteknologi dengan teknologi proprietari yang canggih dan harta Intelek untuk memanfaatkan kekuatan plasenta. Portfolio aset perubatan mereka terdiri daripada lebih daripada 200 paten yang dikeluarkan atau yang sedang menunggu kelulusan serta aset praklinikal dan klinikal termasuk pembinaan CAR untuk produk CAR-T/ NK alogeneik, lesen bagi lebih 100 aset imunoterapi, dan perniagaan biosumber tahap komersil dan pertumbuhan semula fungsian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celularity.com. Ikuti Celularity di Media Sosial: @Celularity.

Maklumat mengenai United Therapeutics

United Therapeutics Corporation adalah sebuah syarikat bioteknologi yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengkomersialan produk-produk berinovatif untuk menangani keperluan perubatan yang tidak lengkap bagi pesakit yang menghadapi keadaan kronik dan mengancam nyawa.

Maklumat mengenai Sorrento Therapeutics

Sorrento adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal antibodi sentrik yang sedang membangunkan rawatan baharu untuk imuno-onkologi, keradangan dan penyakit autoimun. Calon-calon produk utama Sorrento termasuk imunoterapi yang memberi tumpuan kepada rawatan bagi kedua-dua tumor pepejal dan malignansi hematologi, serta produk kesakitan peringkat akhir. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://sorrentotherapeutics.com

Maklumat mengenai Human Longevity, Inc.

Human Longevity, Inc. (HLI) adalah sebuah syarikat kecerdasan kesihatan yang berasaskan genomik, yang menghasilkan pangkalan data yang terbesar dan paling komprehensif di dunia bagi keseluruhan genom, fenotip dan data klinikal. HLI sedang membangun dan menerapkan pembelajaran pengkomputeran dan mesin yang berskala besar untuk membuat penemuan novel bagi merevolusikan kesihatan. Selain HLIQ Keseluruhan Genom HLIQ Onkologi, perniagaan HLI juga termasuk HLI Health Nucleus, iaitu sebuah pusat penyelidikan klinikal yang menggunakan genomik yang menggunakan analisis urutan keseluruhan genom, imejan klinikal lanjutan dan pembelajaran mesin berinovatif, bersama dengan maklumat kesihatan peribadi yang tersusun, untuk menyampaikan gambaran kesihatan individu yang paling lengkap. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.humanlongevity.com atau http://www.healthnucleus.com

Hubungi
Media:
Bagi pihak Celularity
Olivia Goodman, 212-715-1597
olivia.goodman@finnpartners.com
atau
Sorrento Therapeutics, Inc.
Alexis Nahama, DVM, 858-203-4120
anahama@sorrentotherapeutics.com

Sumber: Celularity, Inc.

Tuesday, August 22, 2017

SHANGHAI MEMANGGIL! SHAKE SHACK SEDANG MENUJU KE SHANGHAI

Burger, Hot Dog dan Kastard Beku Yang Digemari New York Bakal ke Tanah Besar China

NEW YORK, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datanglah, Shanghai! Pelan pengembangan Shake Shack di Asia sedang mencapai momentum. Selepas mengumumkan pada Julai bahawa lokasi Hong Kong yang pertama akan dibuka pada tahun 2018, rancangan kini sedang dijalankan untuk Shake Shack Inc. ("Shake Shack" atau "Syarikat" itu) (NYSE: SHAK) dan pemegang lesennya, Maxim's Caterers Limited, untuk membuka restoran pertama di tanah besar China menjelang tahun 2019.

Maxim's Caterers Limited mempunyai lebih 60 tahun pengalaman di dalam makanan dan peruncitan sebagai sebuah pengendali pelbagai bagi restoran, kedai roti, dan kedai kopi yang memberikan perkhidmatan lengkap dan perkhidmatan pantas di Asia. Sebagai pengendali yang sangat terbukti dan dihormati, Maxim’s sangat sesuai untuk membawa Shake Shack ke Shanghai dan Shake Shack amat berbangga menjadi rakan kongsi dengan Maxim's Caterers Limited untuk membuka sejumlah 25 Shacks di Shanghai dan China Timur sehingga tahun 2028.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10326

Monday, August 21, 2017

CALLIDUSCLOUD MEMENANGI LAPAN EMAS STEVIES® DI ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA 2017

Suite Lead to Money CallidusCloud diiktiraf sebagai Produk Baru Terbaik Tahunan B2B. LeadRocket diundi sebagai Produk Baru atau Perkhidmatan Terbaik Tahunan dalam kategori Perisian - Penyelesaian Penjanaan Utama.
 
DUBLIN, California, Aug 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam penyelesaian jualanpemasaranpembelajaran, dan pengalaman pelanggan berasaskan awan, hari ini mengumumkan bahawa ia dinamakan sebagai pemenang lapan anugerah Emas Stevie® dalam Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2017.

"Lapan anugerah Stevie® yang diperolehi menunjukkan momentum CallidusCloud, komitmen untuk kecemerlangan, semangat untuk inovasi dan orientasi pelanggan," kata Leslie Stretch, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CallidusCloud. "Mereka juga mengiktiraf manfaat suite Lead to Money, yang dianugerahkan sebagai Produk Baru Terbaik dalam Perniagaan-ke-Perniagaan, terakru kepada para pelanggannya dari segi membolehkan jualan lebih pantas, lebih besar, dan lebih menguntungkan."

Emas yang dimenangi CallidusCloud di Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2017 termasuk:
 
KATEGORI ANUGERAHPEMENANG

Produk Baru atau Perkhidmatan Terbaik Tahunan –

Produk Perniagaan-ke-Perniagaan
 
Suite Lead to Money
 
Produk Baru atau Perkhidmatan Terbaik Tahunan -
Perisian - Penyelesaian Penjanaan Utama

LeadRocket
 
Eksekutif Tahunan - Perkhidmatan Komputer
 
Leslie Stretch, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
 
Pereka Tahunan - Perkhidmatan Komputer & PerisianLeslie Stretch, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
 
Pasukan Pengurusan Tahunan - Perisian Komputer
 
Pasukan Eksekutif CallidusCloud
 
Pasukan Komunikasi TahunanPasukan Komunikasi CallidusCloud
 
Anugerah Video - Acara & Webcast
You Make CallidusCloud
 
Anugerah Laman Web - Perkhidmatan KomputerHalaman Utama CallidusCloud
 



Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBA) adalah program anugerah perniagaan utama dunia. Semua individu dan organisasi dari seluruh dunia, awam, swasta, untuk keuntungan, bukan untuk keuntungan, besar mahupun kecil, boleh menyerahkan pencalonan.

Pada tahun ini, lebih daripada 3,900 pencalonan disemak di IBA. Pemenang Anugerah Stevie ditentukan oleh lebih daripada 200 eksekutif di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam 12 juri.

"Juri IBA dari seluruh dunia sangat kagum dengan pencalonan yang disemak tahun ini. Dengan pencalonan dari 60 negara, Anugerah Stevie berbangga menganugerahkan organisasi yang menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai industri, "kata Michael Gallagher, presiden dan pengasas Stevie Awards.  

PELABURAN ASING MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN DI CHANGCHUN

CHANGCHUN, Jilin, 21 Ogos, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Sepanjang lima hari dari 15 Ogos hingga 19 Ogos, eksekutif dari 40 buah syarikat dari hampir 10 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan Hong Kong tiba di bandar raya Changchun di timur laut China untuk mencari peluang-peluang pelaburan.

Changchun, ibu kota bagi Wilayah Jilin, telah menerajui usaha dalam memberi nafas baharu kepada kawasan karat di timur laut itu dan menjadi satu kejutan besar dari segi pertumbuhan sejak tahun ini. Statistik menunjukkan bahawa nilai output perindustrian berskala bagi bandar raya itu melebihi 510 bilion yuan pada separuh pertama tahun 2017, meningkat 8.8 peratus dari tahun ke tahun, dengan pelbagai penunjuk ekonomi melonjak di wilayah timur laut itu, prestasi terbaik sejak tahun 2014.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10321

Friday, August 18, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN BENGKEL GUBAHAN BUNGA "IKEBANA"


Dibimbing oleh Artis Hiroki Maeno bagi Tetamu Luar Negara

TOKYO, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, memulakan kelas-kelas khas selama 45 minit untuk mengajar tetamu luar negara mengenai gubahan bunga "Ikebana" yang akan diadakan pada hari Khamis dua minggu sekali bermula dari Ogos di sebuah bilik khas dengan kadar bayaran JPY3,000 bagi setiap peserta. Bimbingan dan komentar akan disediakan oleh artis gubahan bunga yang terkenal Hiroki Maeno.

Artis gubahan bunga Hiroki Maeno telah membuat gubahan bunga khas dan unik untuk dipamerkan di lobi utama hotel kami dengan setiap perubahan musim, empat kali setahun. Gubahan bunga terbaharu beliau akan berukuran 2.7 meter lebar dengan ketinggian 5 meter dan dibuat daripada buluh, tumbuh-tumbuhan hijau dan enkianthus putih, yang merupakan simbol kedinginan di Jepun, untuk memberikan kelegaan estetik daripada musim panas. Gubahan ini akan dipamerkan dari 4 hingga 18 Ogos, 2017 bagi dinikmati oleh semua tetamu hotel. Keio Plaza Hotel telah menawarkan “bengkel gubahan bunga Ikebana” kepada tetamu yang menginap di hotel kami secara ad hoc sehingga kini, tetapi sebagai respons kepada permintaan yang tinggi, kami akan mula menawarkan bengkel ini secara tetap dan kepada khalayak yang lebih luas yang termasuk pelawat yang tidak menginap di Hotel kami.  

MUZAKARAH BINCANG ISU ARAHAN PERUBATAN AWAL DARI PERSPEKTIF ISLAM


 

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Perkembangan sektor perubatan yang menyaksikan semakin banyak negara maju melaksanakan Arahan Perubatan Awal (AMD) mendorong pakar akademik  negara membincangkan isu itu hari ini dalam konteks Islam dan etika.
AMD merupakan arahan bertulis berhubung amanat atau arahan pesakit mengenai bentuk penjagaan yang diingininya, atau pelantikan wakilnya, pada masa akan datang sekiranya seseorang hilang keupayaan kognitif untuk membuat sebarang keputusan.    
Menjelaskan isu itu,  Pengarah/Felow Kanan Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh berkata, arahan ini antaranya berhubung pilihan autonomi pesakit untuk menerima bantuan hayat sekiranya penyakit yang dialami berterusan menjadi serius dan harapan untuk sembuh tipis.     
"Kesedaran mengenai AMD semakin meningkat di negara kita walaupun tiada ura-ura ia akan dilaksanakan di negara ini dalam masa terdekat. Namun, untuk menyediakan masyarakat ke arah itu, IKIM mengambil inisiatif membincangkan perkara ini daripada perspektif Islam.   
 "Muzakarah ini adalah sebagai langkah proaktif untuk memberi input kepada pihak berkepentingan mengenai isu yang perlu diberi perhatian sekiranya AMD dilaksanakan di negara kita," katanya.
Beliau ditemui pada Muzakarah Pakar 'Kerangka Garis Panduan Fiqh Dan Bioetika Islami Terhadap Pelaksanaan Arahan Perubatan Awal (AMD)' anjuran IKIM dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad, hari ini.   
Katanya, hasil rumusan muzakarah akan didokumenkan, mungkin dalam bentuk laporan penyelidikan dan ia akan dihantar kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia.

 -- BERNAMA

Thursday, August 17, 2017

​EVERISE DAN FIRMA BPO KOREA YANG TERKEMUKA UBASE TANDATANGANI MOU UNTUK USAHASAMA

​EVERISE DAN FIRMA BPO KOREA YANG TERKEMUKA UBASE TANDATANGANI MOU UNTUK USAHASAMA

VISTAJET MEMANFAATKAN KUASA GERHANA AMERIKA UNTUK MENAWARKAN PELANGGAN PELUANG PEMANDANGAN YANG ISTIMEWA

VistaJet menjemput pelanggan terbang selari dengan anomali astronomi

NEW YORK, 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global pertama dan satu-satunya, yang akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mengalami dan mengejar Gerhana Matahari Amerika, yang muncul buat kali pertama dalam masa 99 tahun pada 21 Ogos 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10308

Tuesday, August 15, 2017

SYARIKAT PERMULAAN BLOCKCHAIN ANTI-CETAK ROMPAK LANCAR PENJUALAN TOKEN

SYDNEY, Australia, 15 Ogos, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --
Pada 09:00 UTC atau waktu universal selaras pada Isnin, 14 Ogos, Veredictum sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Sydney melancarkan jualan token bagi platform anti-cetak rompak dan pengedaran tak sepusat yang berinovatif bagi industri filem dan video.

Jualan token Ventana itu bertujuan untuk mencapai penerimaan yang meluas di dalam industri filem dan video dengan menggunakan teknologi berasaskan blockchain iaitu sebuah  lejar digital yang memudahkan urus niaga dalam talian untuk mendaftarkan hak pemilikan video dan filem, dan untuk menambah cap jari yang boleh dikesan kepada kandungan agar pemilikan digital dapat dijejaki.

Ia akan juga membawa penerbit kandungan lebih dekat kepada pengguna dan memberikan akses yang lebih baik kepada kandungan yang berkualiti pada titik harga yang kompetitif dan saksama. Veredictum percaya ia akan mengurangkan cetak rompak filem dan video sebanyak 80% dalam tempoh 10 tahun.

Pengasas Veredictum, Tim Lea, berkata platform Veredictum itu memusatkan untuk mensasarkan pengendali cetak rompak dan kecurian secara holistik dan bukan hanya pada simptomnya.

"Cetak rompak bukan hanya masalah bagi seseorang, ia melibatkan semua orang," kata Lea. "Matlamat kami adalah untuk merangsangkan masyarakat kreatif untuk menyelesaikan masalah terbesar yang dihadapi oleh kelangsungan hidup industri itu."

Pangkalan pengguna Veredictum itu, menggunakan lebihan lebar jalur mereka dan kuasa pengkomputeran mereka untuk membentuk satu rangkaian mesin yang berkuasa di seluruh dunia yang melakukan pencarian global untuk kandungan berdaftar. Disebabkan oleh satu model insentif, pengguna akan diberikan ganjaran kerana menyediakan infrastruktur itu.

"Walaupun terdapat satu insentif semulajadi bagi pakar-pakar kreatif untuk mahu menyelesaikan masalah itu, dari satu sudut pandangan pragmatik, kami juga perlu memberikan motivasi dari segi ekonomi kepada masyarakat untuk bekerjasama dengan kami. Pembayaran ini dibuat dengan menggunakan mata wang kripto kami, Ventana. Pengguna boleh memperoleh Ventana ketika mereka sedang tidur," kata Lea.

Ahli-ahli masyarakat global Veredictum berfungsi sama dengan pelombong bitcoin. Lebih banyak kandungan berdaftar yang mereka dapat kesan dan lebih banyak lebar jalur yang mereka sediakan untuk menyokong, lebih banyak Ventana yang mereka perolehi. Selepas Jualan Token itu selesai, Ventana dijangka akan ditukarkan kepada Bitcoin dalam tempoh beberapa minggu.

Objektif utama Veredictum adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi memudahkan akses kepada kandungan. Model itu menghubungkan penerbit secara langsung dengan pihak berpengaruh dan suku kaum mereka, sekali gus mewujudkan satu tempat pasaran di mana pengguna secara kolektif membuat tawaran untuk kandungan yang mereka ingin lihat, dengan infrastruktur Veredictum mengedarkan dan membuat peneraan air kandungan itu.

Dilancarkan hari ini, penjualan token itu mempunyai satu sasaran kutipan utama sebanyak US$7.5 juta dan satu sasaran regangan jumlah maksimum US$20 juta. 

Perniagaan Veredictum dan model-model ekonomi kripto yang memperincikan platform dan jualan token itu boleh dimuat turun dari https://tokensale.veredictum.io/ 
 
Dikeluarkan bagi pihak Veredictum.io
 
SUMBER: Veredictum.io

TUJUH KATEGORI PENYERTAAN AKAN DITAWARKAN PADA ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-12, FESTIVAL KREATIF TERBESAR DI ASIA UNTUK PELAJAR

OSAKA, Jepun, 14 Ogos, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Festival Kreatif Khas bagi Pelajar, Diadakan di 11 buah Negara & Wilayah di Asia –

Mandom Corporation yang berpangkalan di Osaka, Jepun, mengumumkan pada 14 Ogos mengenai penganjuran ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 di 11 buah negara dan wilayah di seluruh Asia. GATSBY adalah sebuah jenama dandanan lelaki dari Mandom Corporation.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10304

Saturday, August 12, 2017

400 Pelajar Sertai Bengkel Mini KLESF Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --Kira-kira 400 pelajar daripada 14 sekolah di Sarawak menyertai bengkel mini Fiesta Kejuruteraan dan Sains Kuala Lumpur (KLESF) peringkat negeri itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan hari ini.

Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dalam kenyataan di sini hari ini berkata bengkel itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, bagi menggalakkan pelajar lebih memahami bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Antara pengisian menarik semasa program berkenaan adalah sesi bersama Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid yang bertajuk 'Mengapa saya memilih untuk menjadi saintis' menurut kenyataan itu.

Turut diadakan adalah program Gambar Ceria, Pengenalan kepada Arduino, Hello dari Raspberry Pi, Roket Kertas dan Perlumbaan Makmal, menurut MIGHT.

Bengkel mini KLESF adalah satu daripada usaha perkongsian kerajaan dan swasta yang melibatkan kerajaan pusat dan negeri serta pihak industri dan akademik bagi menaik taraf penguasaan sains dan memperkasakan sains dan teknologi di negara ini terutama dalam kalangan pelajar luar bandar.

Menurut kenyataan itu, Kota Samarahan adalah lokasi ketiga penganjuran bengkel mini itu selepas Teluk Intan, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

Nancy dalam ucapannya berkata pelbagai pihak perlu bersama-sama menyokong usaha menggalakkan pembelajaran dan peluang kerjaya dalam bidang STEM selain berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan projek-projek dan kurikulum tambahan dalam bidang itu.

-- BERNAMA

Friday, August 11, 2017

ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA TAHUNAN KE-14 MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH STEVIE DARI SELURUH PELOSOK DUNIA

Program Anugerah Perniagaan untuk Meraikan Kecemerlangan Seluruh Dunia di Acara Barcelona

FAIRFAX, Va., 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif di seluruh dunia yang mencapai kejayaan tinggi telah diiktiraf sebagai pemenang Emas, Perak dan Gangsa bagi Anugerah Stevie® semasa Anugerah Perniagaan Antarabangsa Tahunan Ke-14, satu-satunya  program antarabangsa di dunia yang merangkumi semua anugerah perniagaan.

Gambar yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fc78c8ee-aaa5-47cb-8465-d085f2a36841

Digelar sebagai Stevie yang berasal daripada perkataan Yunani "dinobatkan", anugerah tersebut akan disampaikan di majlis gala pada 21 Oktober di W Hotel di Barcelona, Sepanyol. Tiket untuk majlis ini kini dijual di www.StevieAwards.com/IBA.

Semua organisasi dari seluruh dunia layak untuk bersaing dalam Anugerah Perniagaan Antarabangsa ini dan boleh menghantar penyertaan dalam pelbagai kategori.

Lebih daripada 200 eksekutif dari seluruh dunia menyertai 12 juri untuk menentukan pemenang Emas, Perak, Gangsa Anugerah Stevie dalam kalangan lebih daripada 3,900 pencalonan yang dikemukakan oleh organisasi di lebih 60 buah negara.

Di antara pemenang Emas Anugerah Stevie ialah MSLGROUP, seluruh dunia dengan 13; Cisco Systems, seluruh dunia (10); Weber Shandwick, seluruh dunia (sembilan); CallidusCloud, Dublin, California USA (lapan); Telkom Indonesia (lapan); LLORENTE & CUENCA, Madrid, Sepanyol (tujuh); dan Deutsche Post DHL, seluruh dunia, dengan enam emas.

Organisasi lain dengan 10 atau lebih Emas, Perak dan Gangsa Anugerah Stevie termasuk, antara lain ASDA'A Burson Marsteller, Dubai, Emiriah Arab Bersatu; FIS, St. Petersburg, Florida USA; Jeunesse Global, Lake Mary, Florida USA; Marico Ltd, Mumbai, India; Odea Bank A.S., Istanbul, Turki; Ooredoo Group, seluruh dunia; dan PRIZM, Hong Kong.

Senarai penuh pemenang Emas, Perak dan Gangsa Anugerah Stevie mengikut kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Para pemenang piala Anugerah Tertinggi Stevie, pemenang keseluruhan dalam pertandingan ini, akan disenaraikan pada 21 Ogos. 

SKY9 CAPITAL MENGUMUMKAN PENYERTAAN CHAY, TEH, XU DAN ZENG DALAM LEMBAGA PENASIHATNYA

HONG KONG, 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sky9 Capital, firma modal usaha niaga terkemuka China, mengumumkan bahawa veteran industri China KS Chay, Dr. Kok Peng Teh, Bob Xu dan Jason Zeng telah menyertai Lembaga Penasihat firmanya untuk memberikan nasihat strategik dan memelihara perkongsian jangka panjang.
 
KS Chay adalah Pengasas dan Pengerusi Enspire Capital dan sebelumnya beliau merupakan pengasas bersama syarikat Creative Technology Ltd (SGX:C76) iaitu syarikat Singapura pertama yang disenaraikan dalam syarikat teknologi Nasdaq. Dr. Kok Peng Teh ialah Penasihat Kanan dan Ahli Lembaga China International Capital Corporation. Beliau juga ialah bekas Presiden bagi Singapore Special Investments (GIC) bagi Kerajaan Singapura selama lebih satu dekad sehingga 2011. Encik Bob Xu ialah pengasas bersama New Oriental Education & Technology Group (NYSE:EDU), penyedia pendidikan swasta terbesar di China dan salah seorang pelabur paling berjaya yang telah menubuhkan ZhenFund pada tahun 2010. Encik Jason Zeng pengasas bersama syarikat Tencent Holdings Ltd (HK:0700) dan sekarang merupakan Pengerusi bagi firma pelaburan Decent Capital.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10297

PELBAGAI PELUANG DIBIDANG STEM DENGAN KEBANGKITAN EKONOMI DIGITAL

MELAKA, 11 Ogos (Bernama) -- Peluang perniagaan dan kerjaya yang luas menanti generasi muda yang mengikuti pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM).

Dalam usaha untuk menggalakkan pelajar merebut peluang yang terdapat dalam pendidikan STEM, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato' Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata masyarakat Malaysia dan syarikat tempatan perlu menyesuaikan sains, teknologi dan inovasi terkini (STI) sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi global berasaskan pengetahuan yang bergerak pantas ke era ekonomi digital.

Azman berkata dengan evolusi teknologi yang pesat, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk terus mengikuti perkembangan STI global.

"Transformasi pantas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah membolehkan perhubungan global hari ini mencapai kadar 80 peratus, sekali gus menjadikan dunia sebuah global village.

"Pembangunan Internet of Things (IoTs) bagi segmen perindustrian dan pengguna telah meningkatkan perkembangan teknologi pintar. Kini kita perlu mula bersiap-siagakan bidang perniagaan dan usahawan Malaysia untuk menempuh Revolusi Perindustrian ke-4, yang lebih dikenali sebagai Industry 4.0. Era Industry 4.0 yang akan menerajui perkembangan ekonomi digital dalam masa terdekat" katanya.

Sebagai pusat inkubasi teknologi utama, TPM berharap untuk memperkasa bidang teknologi di kalangan pelajar dan masyarakat di pameran dua hari di Karnival Kreativiti & Sains 4U yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bermula esok.
 
Dalam usaha memperkasakan pelajar dan masyarakat, TPM mempamerkan peluang pembangunan kerjaya STI yang direka khas untuk Karnival Kreativiti & Sains 4U. Ia juga memaparkan informasi kerjaya sains, teknologi dan inovasi (STI) yang memberikan maklumat mendalam mengenai prospek kerjaya dan peluang yang terdapat dalam bidang STI.

Di samping itu, TPM juga akan mempromosikan pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan dan pengembangan keusahawanan dalam kelompok industri berteraskan bioteknologi, kejuruteraan lanjutan, ICT dan teknologi hijau.

Bagi rakyat Malaysia menghadapi landskap transformasi ekonomi global yang berubah pesat, Azman berkata ia tetap relevan bagi TPM untuk terus menggalakkan pelajar sekolah bagi menanam minat dan pemahaman yang lebih tinggi mengenai kepentingan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"TPM komited untuk memainkan peranan perkhidmatan sosial masyarakat bukan sahaja kepada penduduk bandar, tetapi juga kepada penduduk dan kanak-kanak di luar bandar. Adalah menjadi harapan kami agar golongan belia dan kanak-kanak sekolah, untuk merebut peluang melawat ruang pameran kami bagi mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai manfaat STI dan prospek kerjaya dalam bidang masing-masing, "katanya.

Pameran Karnival Kreativiti & Sains 4U yang dianjurkan MOSTI selama dua hari akan diadakan di Arena Petanque Hang Jebat, Pantai Kundur Kampung Gelam, Tanjung Kling Melaka, 12 & 13 Ogos dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Teknology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd


SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan   Perhubungan Pihak Berkepentingan
Tel : 603-8998 2020
Faks : 603-8998 2110
Telefon Bimbit : 019-646 6258

Nama : Puan Intan Suraini Rosdi
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
Tel : 603-8998 4019
Faks : 603-8998 2110
Telefon Bimbit : 019-2699611

--BERNAMA