Saturday, September 30, 2017

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN IC ALAT KAWALAN MOTOR KIPAS TANPA BERUS TIGA FASA YANG MEMBOLEHKAN PERALIHAN MUDAH KEPADA MOTOR MULTIPOLAR

TOKYO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "TB67B054FTG," sebuah IC alat kawalan motor kipas tanpa berus tiga fasa bagi  peralatan rumah, seperti pendingin hawa dan pembersih udara, yang merealisasikan pemacu berkecekapan tinggi dan pengurangan bunyi. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada November, 2017.

Rotor motor pada hari ini adalah pelbagai polarisasi, memandangkan kecekapan pemacuan motor yang lebih tinggi dan pengurangan bunyi diperlukan untuk motor kipas yang digunakan dalam pendingin hawa, pembersih udara dan peralatan rumah yang lain. Secara konvensional, kawalan motor dijalankan oleh sebuah mikropengawal dan sebuah rotor 8 tiang dan sebuah isyarat kawalan putaran yang menghasilkan 3 denyutan bagi setiap putaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10447

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN PEMBUKAAN KEDAI GAYA HIDUP BERBILANG JENAMA DI SHANGHAI DAN DÜSSELDORF

NEW YORK, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan pembukaan kedai gaya hidup pelbagai jenama CALVIN KLEIN yang baharu di Shanghai, China dan Düsseldorf, Jerman. Setiap kedai adalah merupakan kemegahan dan mempunyai konsep reka bentuk runcit jenama itu yang terkini.

Kedai Shanghai setinggi dua tingkat dan berkeluasan 6,000 kaki persegi itu terletak di Raffles City dan menawarkan pakaian dan aksesori lelaki dan wanita CK Calvin Klein, JEAN CALVIN KLEIN, PAKAIAN DALAM CALVIN KLEIN dan CALVIN KLEIN PERFORMANCE. Kedai baharu di Düsseldorf pula terletak di Königsallee Boulevard dan meliputi tiga tingkat dan lebih 3,500 kaki persegi, dan menawarkan pakaian sukan dan aksesori lelaki dan wanita Calvin Klein, JEAN CALVIN KLEIN, PAKAIAN DALAM CALVIN KLEIN dan PAKAIAN RENANG CALVIN KLEIN.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10446

Friday, September 29, 2017

CHANGCHUN MENGESYORKAN 120 SYARIKAT TEMPATAN KEPADA DUNIA

CHANGCHUN, China, 28 Sept (Bernama) -- 
 

Kerajaan bandar raya Changchun di timur laut China telah memperkenalkan 120 buah syarikat tempatan yang mempunyai kualiti dan kredibiliti yang tinggi kepada dunia dalam satu acara baru-baru ini, yang bertujuan untuk menggalakkan tarikan pelaburan asing dan membina bandar raya itu sebagai sebuah pusat serantau di Timur Laut Asia.Changchun berada di pusat geografi di wilayah timur laut China dan Timur Laut Asia. 

Ia mempunyai empat zon pembangunan bertahap nasional dan sebuah daerah baharu bertahap nasional. Ia adalah sebuah pangkalan perindustrian dan pangkalan bijian komoditi yang penting di China. Dengan automobil, produk pertanian dan pembuatan peralatan sebagai tiga industri tunggak mereka, bandar raya itu juga mempunyai enam industri baru muncul yang strategik termasuk bioperubatan, tenaga baharu dan maklumat fotoelektrik. Bandar raya itu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus pada separuh pertama tahun ini, mengatasi purata kebangsaan dan mendahului bandar raya utama yang lain di rantau itu.

Jia Lina, timbalan datuk bandar bagi Changchun, berkata sebagai sebuah bandar raya yang penting di sepanjang koridor ekonomi China-Mongolia-Rusia dan strategi pembukaan Changchun-Jilin-Tumen kebangsaan, Changchun mempunyai 10 kelebihan termasuk lokasinya, sumber, pendidikan, asas perindustrian, faktor-faktor pengeluaran yang mencukupi, pelbagai zon dan taman pembangunan, persekitaran dan dasar yang menggalakkan. Bandar raya itu juga berhasrat untuk terus membuka dan bergabung ke dalam pembangunan ekonomi dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10441

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGELUARKAN IC PEMACU MOSFET SALURAN N DI DALAM PAKEJ KECIL YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI UNTUK APLIKASI MUDAH ALIH DAN PENGGUNA

TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  hari ini mengumumkan pelancaran "TCK401G" (aktif tinggi[1]) dan “TCK402G” (aktif rendah[2]), pemacu MOSFET saluran N yang menyokong sebuah voltan input sehingga 28V, sekali gus menjadikannya sesuai untuk pengecas pantas dan aplikasi lain yang memerlukan bekalan arus yang tinggi. Penghantaran secara besar-besaran bagi IC pemacu MOSFET yang baharu itu bermula hari ini.

TCK401G dan TCK402G yang baharu itu mempunyai pelbagai fungsi terbina dalam, termasuk perlindungan daripada lebihan voltan, mengurangkan arus rempuh masuk dan nyascas output automatik, namun masih ditempatkan di dalam pakej WCSP6E kecil yang terkemuka di dalam industri, yang berukuran 0.8 mm × 1.2 mm × 0.55 mm (tipikal)[3]

Litar bekalan kuasa berkecekapan tinggi boleh direalisasikan dengan menggunakan satu daripada pemacu dengan sebuah MOSFET saluran N luaran yang mempunyai penarafan voltan maksimum dan rintangan yang sesuai untuk aplikasi sasaran. Sebagai contoh, kombinasi bagi sebuah pemacu MOSFET yang baharu dan MOSFET SSM6K513NU yang rendah pada rintangan adalah sesuai untuk aplikasi mudah alih dan pengguna, kerana ia memungkinkan untuk membina sebuah litar bekalan kuasa berkelas 100-W di dalam sebuah ruang yang kecil.  

ASWARA MENERAJUI SENI DIGITAL TVET

Sesi pembelajaran di Makmal Animasi bersama pelajar antarabangsa


KUALA LUMPUR, 29 September (Bernama) -- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dikenali dengan menawarkan program pengajian seni persembahan seperti muzik, tari, dan teater. Kini, ASWARA juga menawarkan beberapa program pengajian seni digital terutamanya program animasi dan seni permainan digital. Program-program ini ditawarkan di bawah kelolaan Fakulti Animasi dan Multimedia (A&M). Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan khusus dalam bidang animasi dan seni permainan digital yang berkualiti dengan menerapkan nilai seni warisan serta teknologi moden.
 
Fakulti A&M menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyemarakkan pendidikan berasaskan Technical and Vocational Educational and Training (TVET) terutamanya dalam bidang seni digital; animasi dan pembangunan permainan video. Pembelajaran secara amali mengikut aliran gerak kerja industri meningkatkan kemahiran, profesionalisma, dan kematangan sewaktu belajar lagi. Fakulti A&M amat mengutamakan pembelajaran secara amali dengan menyediakan makmal-makmal komputer bertaraf profesional yang boleh digunakan oleh setiap pelajar seharian. Pembangunan fasiliti-fasiliti di fakulti ini telah disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan menyalurkan Dana Pembangunan Multimedia dan Animasi kepada ASWARA. Dana ini disalurkan untuk menjadikan ASWARA sebagai Hub Animasi demi memberi latihan kepada anak-anak muda dengan harga yuran pembelajaran yang amat kompetitif. Inisiatif kerjasama antara ASWARA dan MCMC bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia untuk belajar kesenian digital yang sering menerima perspektif rakyat bahawa pembelajaran seni digital biasanya mahal kerana terpaksa membeli peralatan komputer berprosesan tinggi, perisian khas, stylus, dan sebagainya.
 
Di Fakulti A&M, program pengajian yang ditawarkan termasuklah Diploma Animasi, Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian, dan Ijazah Seni Permainan Digital dengan Kepujian. Program-program pembelajaran yang unik ini dibina secara teliti bersama pakar-pakar industri, pendidik universiti, dan persatuan industri bagi melahirkan graduan yang komprehensif. Antaranya, struktur program seni permainan digital dipantau oleh seorang pengarah seni, Electronic Arts yang merupakan syarikat gergasi permainan video di dunia. Sistem pendidikan di ASWARA mengamalkan penyampaian pembelajaran kaedah studio yang kebiasaannya diajar oleh penggiat industri. Penglibatan industri di institusi haruslah erat supaya dapat mengisi jurang keperluan modal insan yang dihasilkan.
 
Demi memperkukuhkan pembelajaran berpandukan TVET, penglibatan institusi dengan projek-projek semasa di industri haruslah aktif. Fakulti A&M telah menerima dana antarabangsa daripada ASEAN untuk membina penceritaan alam simulasi Melaka tahun 1511 pada platform virtual reality. Pembangunan projek ini melibatkan kerjasama antara pakar industri, penyelidik, sejarawan, dan pelajar-pelajar ASWARA. Penerapan projek menggalakkan pembelajaran secara bermasalah (problem-based learning) di dalam kumpulan dapat meningkatkan kematangan berfikir serta budaya profesionalisma yang diperlukan setelah graduan.
 
Sebagai institusi seni negara, ASWARA mengutamakan pendidikan secara praktikal yang setara dengan panduan TVET. Pembelajaran yang memberi pelajar ruang dan masa untuk menguasai bidang yang dipantau oleh penggiat industri merupakan formula kejayaan kebolehpasaran graduan. Penglibatan projek-projek semasa antarabangsa dapat meningkatkan kebolehan survival pelajar bekerja di syarikat persada dunia. Melahirkan modal insan seni berkualiti dapat mengukuhkan reputasi negara bukan sahaja melahirkan karyawan berkualiti malah membangunkan ekonomi baharu untuk negara.
 
SUMBER :  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd. Rizon Juhari 
Rektor, 
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia
Tel : 03-2697 1790 
Emel : rizon@aswara.edu.my
 
--BERNAMA

SIGMA DESIGNS MEMUDAHKAN SALING KENDALI SELAMAT DENGAN Z-WAVE SMARTSTART

SIGMA DESIGNS MEMUDAHKAN SALING KENDALI SELAMAT DENGAN Z-WAVE SMARTSTART

PENGARAH AVATAR JAMES CAMERON MELABUR DALAM VERDIENT FOODS DAN INDUSTRI PERTANIAN ORGANIK KANADA

SASKATOON, Saskatchewan, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengarah filem yang telah memenangi Oskar James Cameron dan isteri beliau, Suzy Amis Cameron hari ini mengumumkan pembentukan Verdient Foods Inc. Pada 18 September, 2017, Verdient Foods membuka sebuah kilang pemprosesan makanan kekacang baharu di Vanscoy, Saskatchewan, berhampiran dengan bandar raya terbesar di wilayah itu, Saskatoon. Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang 160,000 tan metrik itu akan menjadi kemudahan pemeringkatan protein kacang pea organik yang terbesar di Amerika Utara.
 
Pasangan Cameron itu berdedikasikan untuk bekerjasama dengan masyarakat petani Saskatchewan di dalam sebuah program pementoran untuk menyediakan sebuah struktur yang menguntungkan bagi memastikan generasi muda petani Kanada terus terlibat di dalam pertanian organik. James Cameron berkata, "Kami sedang bekerjasama dengan petani Saskatchewan melalui kilang pemprosesan Verdient Foods dan Pusat Makanan Saskatoon untuk mengintegrasikan pengeluaran makanan dengan produk-produk nilai tambah yang baharu."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10443

Thursday, September 28, 2017

​CUBA SELONGKAR KARISMA MENGENAI TANAH LEMBAP CHINA DI PANTAI MERAH

​CUBA SELONGKAR KARISMA MENGENAI TANAH LEMBAP CHINA DI PANTAI MERAH

LZS Lancar Kempen '8 To 8' Untuk Tingkatkan Bayaran Zakat

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen '8 To 8' yang bertujuan menggalakkan pekerja membuat bayaran zakat menerusi Skim Potongan Gaji (SPG) sekurang-kurangnya RM8 seorang bagi membantu lapan golongan asnaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Hussin Mohd Ali berkata kempen itu juga sebagai satu usaha untuk menggalakkan pembayar zakat sedia ada supaya menambah caruman zakat mereka mengikut jumlah pendapatan tahunan masing-masing.

"Menerusi kempen yang bertemakan ?Berbahagia dengan Memberi', kita mahu memberi galakkan kepada pekerja kerajaan mahupun swasta di seluruh Selangor untuk membayar dan menambah caruman zakat mereka sekurang-kurangnya serendah RM8 seorang bagi menyantuni lapan golongan asnaf termasuk fakir, miskin dan mualaf di negeri ini.

"Kempen ini telah bermula pada 15 Ogos lepas dan akan berakhir pada 31 Dis tahun ini, setiap penyertaan sepanjang kempen ini melayakkan pembayar atau pencarum zakat memenangi hadiah istimewa daripada LZS," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di sini, hari ini.

Beliau berkata pada tahun lepas, LZS telah mengutip bayaran zakat berjumlah RM287.3 juta dengan membabitkan 180,000 pembayar zakat Selangor menerusi skim potongan gaji.

Hussin berkata menerusi kempen itu pihaknya juga akan mempergiatkan usaha dengan cara turun padang bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat untuk terus berzakat dalam membantu kumpulan asnaf di negeri ini.

"Kita akan pergiatkan kempen bayaran zakat menerusi SPG ini mengikut sektor yang mana akan bertumpu kepada kakitangan kerajaan kerana mengikut rekod LZS, 80 peratus pekerja yang membayar zakat menerusi skim ini adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan yang bekerja di negeri ini.

"Sebelum ini kita telah mendekati warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana di Selangor sahaja kita mempunyai kira-kira 14,000 anggota dan pegawai polis dan daripada jumlah itu 6,000 merupakan pembayar zakat menerusi skim berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, Hussin berkata mereka yang berminat untuk menyertai kempen itu boleh berbuat demikian dengan mentaksir semula jumlah bayaran zakat masing-masing di 27 cawangan LZS seluruh Selangor atau mengisi borang kebenaran secara dalam talian di https://espg.zakatselangor.com.my.

--BERNAMA

CHJ TECH. BEKERJASAMA DENGAN DOSARREST UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KESELAMATAN INTERNET UNTUK KERAJAAN SINGAPURA

SINGAPURA, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CHJ Technologies Singapore mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah dipilih sebagai salah satu daripada 6 vendor yang diluluskan untuk menyediakan perlindungan DDoS berasaskan cloud dan perkhidmatan keselamatan Aplikasi Web bagi kerajaan Singapura untuk 3 tahun seterusnya. Kerajaan Singapura menjangka akan membelanjakan SGD 50 juta untuk memastikan web kerajaan berfungsi walaupun diserang. CHJ adalah pengedar eksklusif perkhidmatan keselamatan Internet DOSarrest di Singapura dan mereka menggunakan penyelesaian DDoS dan WAF untuk memenuhi keperluan keselamatan kerajaan Singapura.

Linus Choo, Pengarah Urusan CHJ Technologies mengatakan “CHJ Technologies mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber di Singapura. Pernah dianugerahkan kontrak pengurangan DDoS oleh kerajaan Singapura pada tahun 2014, kami berasa gembira dan bangga apabila dianugerahkan untuk kali kedua dalam tender terbaru ini. Kami menganggap pembaharuan perkhidmatan kami ini sebagai bukti terhadap kaliber perkhidmatan yang pasukan kami sediakan dan perkongsian kami dengan DOSarrest.

“Kami sedar akan kepentingan strategik bagi perkhidmatan keselamatan siber, oleh itu kami bersepakat dan bersepadu secara sempurna dengan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan kita dalam perlindungan DDoS dan perkhidmatan keselamatan siber yang lain, ini menjadikan lanjutan kerjasama kami dengan kerajaan lebih bernilai. Ini adalah pencapaian yang sangat penting untuk CHJ Technologies dan DOSarrest.”

Mark Teolis, CEO DOSarrest menerangkan “Proses bagi memenuhi semua keperluan spesifikasi keselamatan kerajaan Singapura adalah amat ketat, tetapi akhirnya kami mengalahkan ramai saingan 3 tahun lalu dan kami melakukannya lagi pada tahun ini.” Teolis menambah, “CHJ Tech adalah padanan yang hebat untuk kami, gandingan pekerja mereka di tapak dan sokongan pelanggan bersama teknologi kami adalah sempurna.” 

Wednesday, September 27, 2017

ARYAKA MEMPERSEMBAHKAN SD-WAN GLOBALNYA DI SIDANG KEMUNCAK IDC CIO 2017 DI SINGAPURA

SINGAPURA, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aryaka®, peneraju penyedia SD-WAN global, mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat tersebut akan mempamerkan SmartCONNECT dan SmartACCESS iaitu SD-WAN tanpa klien pertama miliknya, di IDC dan Media Rangkaian Eksekutif bagi Sidang Kemuncak CIO 2017, perhimpunan CIO pertama di rantau Asia pada 26 September, bertempat di Marina Bay Sands and Convention Centre. Aryaka merupakan penaja dan pempamer di acara tersebut yang membolehkan CIO dan eksekutif kanan di Asia sedar tentang arah aliran global terkini dalam bidang IT dan kesannya ke atas industri mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10437

IC ALAT KAWAL ATUR LDO KECIL 300MA TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGGABUNGKAN ARUS BIAS KUIESEN RENDAH DENGAN NISBAH PENOLAKAN BERALUN TINGGI DAN RESPONS SEMENTARA BEBAN PANTAS

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) telah mengeluarkan siri "TCR3UG" bagi alat kawal atur keciciran rendah (LDO) berpakej kecil dengan arus output 300mA, yang sesuai untuk pengurusan kuasa bagi modul IoT, peranti boleh pakai dan telefon pintar. Penghantaran bagi produk pertama di dalam siri itu bermula hari ini, dan yang lain akan menyusul seterusnya.

Arus bias kuiesen bagi sebuah alat kawal atur LDO adalah hasil daripada keseimbangan di antara nisbah penolakan beralun dan respons sementara beban. Alat kawal atur siri TCR3UG itu menyampaikan keseimbangan terbaik industri di antara ciri-ciri[1] ini. Mereka juga menyampaikan pelbagai ciri-ciri perlindungan, seperti penutupan terma, perlindungan lebihan arus dan penindasan kemasukan arus. Ditempatkan di dalam pakej WCSP4F[1] kecil yang terkemuka di industri, yang berukuran 0.645mm x 0.645mm (jenis), t=0.33mm (maksimum), siri TCR3UG itu membantu mengurangkan saiz dan ketebalan bagi aplikasi mudah alih. 

HYPERBIT DIUMUMKAN SEBAGAI RAKAN RUNCIT SELURUH DUNIA BAGI L21 LITECOIN MINER

HONG KONG, 27 Sept., 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Block Aset Limited (http://www.blockassets.io/) yang berdagang sebagai HyperBit (http://www.hyperbitshop.io/), sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong untuk pasaran mata wang kripto yang baru muncul, telah dilantik sebagai rakan  pengedaran di seluruh dunia bagi Bewang Electronic Commerce Company Limited (BW) untuk menjual secara eksklusif Litar Bersepadu Spesifik Aplikasi Terpantas Dunia (ASIC) Scrypt Miner bagi Litecoin, L21, kepada pelanggan mereka di seluruh dunia menerusi kedai dalam talian mereka.

Dagangan dalam talian sebagai HyperBit Shop, laman web runcit telah dilancarkan ke seluruh dunia hari ini dan buat kali pertama "pelombong" mata wang kripto akan dapat memesan L21 Miner bagi Litecoin dalam sebarang kuantiti. Pengilang itu, BW sebelum ini telah mengehadkan penjualan L21 kepada syarikat-syarikat perlombongan utama, dengan kuantiti pesanan minimum yang besar diperlukan.

L21 adalah Litecoin ASIC miner terpantas di pasaran, dan dibangun dan dikeluarkan oleh BW, satu daripada syarikat kripto yang terbesar dan terkenal di China. Setiap pelombong menggunakan cip 144 ASIC 28NM untuk menyampaikan lebih banyak kadar hash dan kecekapan daripada mana-mana pelombong Litecoin yang lain di pasaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10435

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PELANTIKAN DUA AHLI BAHARU DALAM LEMBAGA PENGARAH

GERMANTOWN, Md., 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Zhang Zhuo dan Cristina Csimma, PharmD, MHP, telah dilantik dalam Lembaga Pengarah, berkuatkuasa pada 18 September 2017.

“Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Encik Zhang and Dr. Csimma dalam Lembaga Pengarah kami,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Encik Zhang menyertai kami sebagai orang yang dilantik oleh Tianjin Pharmaceuticals sebagaimana yang dipersetujui berkaitan dengan pelaburan strategik $20 juta mereka pada Disember 2016. Kami amat menghargai sokongan yang Tianjin berikan pada tahun lalu dan kami menunggu untuk bekerja dengan perusahaan farmaseutikal multinasional yang besar begitu dalam penyelidikan dan pembangunan bagi inovasi sel induk dan platform molekul kecil kami. “

"Dr. Csimma mempunyai pengalaman kepimpinan puluhan tahun dalam industri biofarmaseutikal serta kepakaran yang tinggi dalam pembangunan ubat-ubatan. Wawasan beliau terhadap operasi korporat dan penjanaan modal akan membantu Neuralstem dalam tempoh transformatif yang berpotensi ini untuk syarikat itu,” sambung En. Daly.

Encik Zhang kini merupakan Naib Pengarah bagi Kerjasama Antarabangsa untuk Tianjin Pharmaceuticals, yang beliau sertai pada tahun 2011. Encik Zhang memegang Ijazah Sarjana Sains dari London School of Economics and Political Science dan Ijazah Sarjana Perdagangan Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa dari University of Auckland, New Zealand.  

Cristina Csimma adalah Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pengarah untuk Exonics Therapeutics dan juga Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pampasan dan Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat bagi Juniper Pharmaceuticals. Beliau juga berkhidmat sebagai lembaga penasihat termasuk Sucampo Pharmaceuticals, Jawatankuasa Penasihat Saintifik Dermawan bagi Usahasama Persatuan Distrofi Otot; Lembaga Pemantauan Eksekutif ke Rangkaian NeuroNext Institut Kesihatan Nasional (NIH); Jawatankuasa Pengawasan Luar bagi Rangkaian Neurotherapeutics Rangka Tindakan NIH, Lembaga Penasihat Luar Pusat MRCT bagi Hospital Wanita, Harvard dan Brigham, Jawatankuasa Tinjauan Dana Pembangunan Therapeutic Robertson dan Jawatankuasa Penasihat TREAT-NMD untuk Therapeutics (TACT). Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Lembaga Vtesse (diperoleh pada bulan Mac 2017 oleh Sucampo Pharmaceuticals) dan Cydan, iaitu beliau juga Presiden dan CEO pengasas, Naib Presiden Pembangunan Ubat-Ubatan di Virdante Pharmaceuticals Inc (diperolehi oleh Moderna)., Pengetua di Clarus Ventures LLC, dan memegang peranan dalam Penyelidikan Klinikal dan Penyelidikan Translasi di Institut Genetik Wyeth (kini Pfizer) dan Institut Kanser Dana Farber.

Dr. Csimma memperoleh kedua-dua Doktor Farmasi dan Sarjana Muda Sains Farmasi daripada Massachusetts College of Pharmacy and Allied Health Sciences, serta Sarjana Profesion Kesihatan daripada Northeastern University.

Mengenai Neuralstem

Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan perkembangan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.

NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan enam bulan berakhir 30 Jun 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.


Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Perhubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

Tuesday, September 26, 2017

EASTSPRING ISYTIHAR AGIHAN PENDAPATAN BAGI EASTSPRING INVESTMENTS DANA DINAMIK

KUALA LUMPUR, 26 Sept  (Bernama) –  Eastspring Investments Bhd mengisytiharkan agihan pendapatan kasar 0.0446 sen seunit bagi dana saham amanah patuh Syariahnya, Eastspring Investments Dana Dinamik.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pemegang unit yang mengekalkan pegangan unit mereka dalam dana tersebut pada sehingga 25 Sept, 2017, akan layak menerima agihan pendapatan itu.

“Di Eastspring Investments, kami mempunyai prospek positif bagi ekonomi Malaysia bagi tahun ini dipacu oleh peningkatan aliran perdagangan, penggunaan swasta domestik dan perbelanjaan modal. 

“Keseluruhannya, kami merasakan kekuatan ekonomi negara berada dalam kedudukan baik dan penilaian pasaran juga tidak mahal. Kami percaya masih ada peluang di luar sana dan pemilihan saham yang baik merupakan kunci untuk mencatatkan prestasi lebih baik,” kata Ketua Pegawai Pelaburannya, Rudie Chan.

Eastspring Investments merupakan satu daripada syarikat pengurusan aset utama di Malaysia dalam sektor institusi dan runcit, dengan aset di bawah pengurusan bernilai lebih RM40 billon di negara ini sehingga 30 Jun, 2017.


-- BERNAMA  

CALLIDUSCLOUD MENDEDAHKAN PLATFORM KECERDASAN PENGUBAH ARUS YANG DIPERKUKUH UNTUK PRESTASI JUALAN, PERLAKSANAAN DAN PEMBELAJARAN PELANGGAN

Thunderbridge AI³ Menggabungkan Kuasa Kecerdasan Buatan, Integrasi Aplikasi dan Pemahaman Manusia untuk Memberikan Cadangan Kecerdasan yang Diperkukuh Mengikut Konteks dalam seluruh suit Lead to Money

DUBLIN, Calif., 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam penyelesaian jualanpemasaranpembelajaran, dan pengalaman pelanggan mendedahkan platform terbarunya, Thunderbridge Augmented Intelligence atau Thunderbridge AI³ pada hari ni di CallidusCloud Connections (C3) 2017, persidangan tahunan penggunanya. Penyelesaian baharu itu terdiri daripada tiga elemen: kecerdasan buatan, integrasi aplikasi dan pemahaman manusia.

Platform Thunderbridge Augmented Intelligence adalah lapisan perisian yang menggunakan kaedah pembelajaran mesin pada proses jualan dan pembelajaran untuk memberikan cadangan tindakan demi meningkatkan hasil, keuntungan dan keberkesanan jualan.

Peranan pemahaman dan tingkah laku manusia adalah kunci kepada Thunderbridge AI³. Cadangan disesuaikan mengikut wakil jualan individu, ketua jualan dan pengurus operasi jualan serta spesifik untuk tahap berbeza dalam urusan. Pampasan insentif, latihan dan pembelajaran dianalisis menggunakan enjin Thunderbridge AI dan diambil kira dalam tindakan yang memberikan ROI sebenar dan pantas. Penyelesaian ini mengambil kira semua elemen proses jualan daripada permulaan kepada pendayaan jualan dan pembelajaran, hingga bayar balik pampasan.

Kunci Thunderbridge AI³ adalah perlaksanaan mudah tanpa masa penyediaan yang lama. Thunderbridge AI³ telah disepadukan dengan suit CallidusCloud Lead to Money. Tidak perlu platform data berasingan dan saintis data. 

​CALLIDUSCLOUD MENGUMUMKAN LIGHTNING COMMISSIONS PADA SALESFORCE APPEXCHANGE, PASARAN APLIKASI PERUSAHAAN PENERAJU DUNIA

​CALLIDUSCLOUD MENGUMUMKAN LIGHTNING COMMISSIONS PADA SALESFORCE APPEXCHANGE, PASARAN APLIKASI PERUSAHAAN PENERAJU DUNIA

​YAYASAN DANGOTE, GBCHEALTH, BEKERJASAMA MEMBINA GABUNGAN UNTUK KESIHATAN




NEW YORK, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Yayasan Dangote (www.Dangote.com) dan GBCHealth telah melakukan usahasama bagi membentuk sebuah model perkongsian baru iaitu Gabungan Perniagaan untuk Kesihatan Warga Afrika (GBCHealth) di Afrika.

Pengerusi Yayasan Dangote, Aliko Dangote, berkongsi rancangan untuk membina Gabungan Perniagaan untuk Kesihatan Warga Afrika (ABCHealth), semasa Forum Perniagaan Global Bloomberg, yang diacarakan bersama olehnya, yang berlangsung serentak dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu ini di New York.

Menurutnya, perkongsian daripada syarikat dan dermawan pimpinan Afrika ini, bermatlamat untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga Afrika, sama ada di pejabat mahupun di kalangan komuniti yang meluas. Beliau menyatakan bahawa usahasama ini akan membangunkan dan menjalankan program kesihatan yang berkesan di seluruh Afrika, menambahkan ilmu pengetahuan, membina asas yang kukuh untuk pelaburan masa hadapan dan menguatkan kerjasama di antara dermawan, peneraju perniagaan, syarikat serta rangkaian perniagaan tempatan di Afrika.

Gabungan ini dibina berlandaskan kepimpinan, reputasi dan kuasa tarikan Yayasan Aliko Dangote serta pengalaman, reputasi dan capaian global GBCHealth. Isu utama yang akan menjadi fokus perkongsian ini merangkumi perihal pemakanan sehingga malaria, dengan keutamaan telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh pemimpin tempatan.

Melalui Yayasan beliau, Dangote telah meluluskan derma sebanyak US$ 1.5 juta, sesuatu yang belum pernah berlaku, dalam tempoh masa tiga tahun sebagai langkah awal dan memberitahu komuniti perniagaan Afrika tentang kepentingan untuk bekerjasama dan melabur dalam sektor kesihatan.

“Inilah masa yang sesuai bagi sektor swasta untuk secara proaktif menunjukkan nilai mereka dalam berkerjasama bagi membentuk era baru pembangunan,” ujar Dangote. “Gabungan ini boleh membekalkan panduan yang amat diperlukan dalam memastikan aktiviti dan pelaburan memacu kesan di kawasan di mana sektor swasta boleh memberikan impak sebenar, dengan memfokus pada penyelesaian yang bersepadu dan holistik yang merentasi sempadan. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan peneraju perniagaan lain sebagai rakan kongsi dalam pembangunan untuk memacu impak ini.” 

JURUGAMBAR YANG GUOMEI DARI DAFENG JIANGSU DIANUGERAHI HADIAH KUDA EMAS KERANA KESENIAN CHINA

YANCHENG, China, 25 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, Encik Yang Guomei, seorang jurugambar dari Daerah Dafeng di Yancheng dalam wilayah Jiangsu, dianugerahi dengan Hadiah Kuda Emas untuk Kesenian China, sebagai pemenang hadiah tunggal bagi Bandar Raya Yancheng. Adalah dimaklumkan bahawa majlis penganugerahan hadiah bagi Hadiah Kuda Emas Kelima 2017 untuk Kesenian China telah diadakan secara formal di padang rumput luas yang indah di Mongolia, di Kem Genghis Khan yang terkenal dengan perhimpunan Mongol Yurt yang terbesar di dunia. Kem ini pernah pada suatu ketika menjadi tapak bagi Sidang Kemuncak Asia-Eropah, dengan menerima ketua-ketua negara dari berpuluh-puluh buah negara.

Hadiah Kuda Emas bagi Kesenian China bertujuan untuk menghargai dan menghormati artis-artis China yang hebat yang telah memenangi pencapaian cemerlang di dalam bidang kebudayaan dan kesenian, yang diiktiraf sebagai hadiah kesenian yang utama bagi masyarakat China. Hadiah Kuda Emas itu untuk fotografi adalah hadiah paling tinggi untuk fotografi China. Sejak pengenalannya pada tahun 2006, empat sesi telah berjaya diadakan di empat kota raya iaitu Taipei, Hong Kong, Xilingol dan Taichung, sesi kelima bagi Kuda Emas.

Hadiah bagi Kesenian China untuk tahun ini telah diadakan masing-masing di Jilin, China dan Ulan Bator, Mongolia.

Yang Guomei adalah seorang ahli Persatuan Jurugambar China, dan presiden kehormat bagi Persatuan Jurugambar bagi Bandar Raya Yancheng, yang dikenali mesra oleh semua sebagai “jurugambar bagi petani". Beliau mempunyai lebih 200 keping gambar yang dianugerahkan dengan pelbagai hadiah di 52 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Greece dan Switzerland. Beliau mempunyai dua koleksi fotografi yang diterbitkan, dan pada tahun 2006, "Rusa Pere David China – Koleksi Hasil Karya Fotografi Yang Guomei" diberikan sebagai hadiah kepada Annan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ketika itu.

Sumber: Persatuan Jurugambar bagi Bandar Raya Yancheng  

Monday, September 25, 2017

BT DAN HITACHI BEKERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN IOT PERINDUSTRIAN DAN PERUSAHAAN

Fokus Awal pada Kecerdasan Aset dan Kes Penggunaan Penyelenggaraan Ramalan

LAS VEGAS dan LONDON, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BT, salah satu penyedia bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi terkemuka di dunia, dan Hitachi Vantara, anak syarikat milik penuh Hitachi Ltd. (TSE: 6501) hari ini mengumumkan kerjasama global untuk mencipta bersama penyelesaian yang inovatif dalam bidang internet benda (IoT) perindustrian dan perusahaan. Perkongsian ini bertujuan untuk memacu hasil perniagaan yang lebih baik untuk pelanggan global, termasuk kecekapan, produktiviti dan penjimatan kos yang lebih tinggi. Pada mulanya syarikat akan memberi tumpuan untuk meneroka dan mereka bentuk penyelesaian kecerdasan aset dan penyelenggaraan ramalan untuk memberikan hasil yang diingini bagi pelanggan dalam sektor industri seperti pembuatan dan pengangkutan.

Diumumkan pada persidangan pengguna pertama Hitachi, Hitachi NEXT 2017, di Las Vegas hari ini, perkongsian itu menyatukan infrastruktur rangkaian global, keupayaan awan dan kepakaran keselamatan siber BT dengan kepakaran teknologi operasi dan maklumat Hitachi (OT/IT) yang luas., perisian platform IoT Lumada generasi akan datang dan portfolio perkhidmatan dan penyelesaian IoT yang bersepadu.

Gabungan teknologi, infrastruktur dan kepakaran syarikat akan membantu para pelanggan bersama mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan dan analisis data lanjutan yang terhubung untuk menyelaraskan proses dan mengoptimumkan prestasi perniagaan pada skala global.

Bas Burger, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Global, BT, berkata: "Kerjasama kami dengan Hitachi akan membantu BT untuk mempercepatkan inovasi dan memudahkan laluan kepada pendigitalan dan IoT untuk pelanggan kami di seluruh dunia. Kepakaran OT, IT dan IoT Hitachi, hubungan pelanggan yang lama dan Platform IoT Lumada akan bergabung secara ideal dengan infrastruktur global, perkhidmatan awan dan kepakaran keselamatan siber kami untuk mencipta penawaran IoT yang berkuasa yang akan membantu memaksimumkan kejayaan perjalanan transformasi digital pelanggan global kami."

"IoT mewakili titik lengkuk balas yang kritikal yang menunjukkan kepentingan perniagaan, industri dan masyarakat kini bersilang dan sejajar yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Ryuichi Otsuki, Ketua Pegawai Eksekutif di Hitachi Vantara dan naib presiden di Hitachi Ltd. "Kami melihat penciptaan perkongsian strategik dengan para peneraju dan penggerak pasaran seperti BT sebagai sokongan yang penting kepada strategi IoT Hitachi ketika kami menggerakkan syarikat dan perniagaan kami ke fasa evolusinya yang berikut." 

​CALLIDUSCLOUD MEMPEROLEH TEKNOLOGI PANGKALAN DATA BERBILANG MODEL PENERAJU

​CALLIDUSCLOUD MEMPEROLEH TEKNOLOGI PANGKALAN DATA BERBILANG MODEL PENERAJU

​LUSTER MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH MOCA

​LUSTER MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH MOCA

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN BARISAN BAHARU GEGANTI FOTO PENGHANTARAN ISYARAT BERKELAJUAN TINGGI DENGAN TAPAK INDUSTRI PALING KECIL

TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran dua geganti foto penghantaran isyarat berkelajuan tinggi, "TLP3475S" dan "TLP3440S," yang merealisasikan tapak[1] yang paling kecil di dalam industri. Pengiriman bermula hari ini.


TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR MOSFET PENGAPIT AKTIF KECIL UNTUK PEMACU GEGANTI

TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "SSM3K357R," sebuah MOSFET baharu yang mengguna pakai struktur pengapit aktif dengan diod terbina dalam di antara terminal salir dan get. Peranti itu sesuai untuk memandu beban induktif, seperti geganti mekanikal. Penghantaran secara volum bermula hari ini.

SIGMA DESIGNS MELANCARKAN CABARAN PENCIPTA RUMAH PINTAR Z-WAVE

Sigma Designs dan Make: Kemunculan Misi Reka Bentuk Rumah Pintar di World Maker Faire 2017 di New York Meraikan Kreativiti Komuniti Pereka, Kerjasama dan Memberi Inspirasi untuk Reka Bentuk Aplikasi Z-Wave


FREMONT, Calif., Sept 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), penyedia peneraju bagi penyelesaian cip pada sistem pintar (SoC) untuk platform TV Pintar Terhubung dan IoT rumah Pintar, dan Make:, peneraju gerakan Maker dan penerbit acara Maker Faire yang popular, hari ini mengumumkan pertandingan reka bentuk aplikasi Z-Wave rumah pintar untuk ahli Maker dan Pembangun.

Hari ini, Sigma Designs melancarkan Cabaran Pencipta Rumah Pintar Z-Wave dalam kerjasama dengan Make: bersempena dengan World Maker Faire perdana yang akan berlangsung di New York City pada 23-24 September. Pertandingan reka bentuk rumah pintar tersebut akan diadakan di platform komuniti Maker Share serba baru di mana peserta berpeluang menunjukkan idea aplikasi rumah pintar mereka yang akan menukar pengalaman rumah pintar idaman mereka menjadi realiti. Finalis daripada pusingan idea akan menerima Raspberry Pi percuma yang dilengkapi dengan Z-Wave Developers Kit (bernilai USD 130) dan satu peranti Bersijil Z-Wave pilihan mereka yang disediakan oleh penaja Zwaveproducts.com untuk membina aplikasi mereka dan menyerahkannya untuk penilaian.

Hadiah utama untuk pertandingan ini ialah tajaan lawatan ke Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, 9-12 Januari 2018, bersama dengan peluang untuk mempamerkan projek rumah pintar tersebut di Z-Wave Alliance Smart Home Pavillion. Pemenang tempat kedua akan menerima peranti Z-Wave bernilai USD 2,000 manakala pemenang tempat ketiga akan menerima peranti Z-Wave bernilai USD 1000 untuk membina sistem rumah pintar mereka sendiri.

“Sigma Designs mengeluarkan spesifikasi Z-Wave secara awam untuk memberikan pembangun akses kepada lapisan kebolehoperasian Z-Wave yang penuh untuk pembangunan aplikasi rumah pintar,” kata Carsten Steffensen, Moderator Forum Z-Wave Awam untuk Sigma Designs. “Komuniti Maker terkenal dengan keupayaan inventif dan kreativiti, inilah sebabnya kami teruja untuk melihat apa yang akan mereka cipta apabila diberikan akses penuh kepada keupayaan Z-Wave. Kami teruja untuk melancarkan pertandingan ini dan tidak sabar untuk menilai penyelesaian imaginatif oleh Komuniti Maker.”

“Keseluruhan pasukan Make: teruja untuk bekerja dengan Sigma Designs dalam pelancaran misi berpusatkan rumah pintar yang pertama di platform Maker Share,” kata Clair Whitmer, pengurus platform Maker Share. “”Matlamat kami di Maker Share adalah untuk menghubungkan ahli kami dengan satu sama lain dan dengan peluang dalam komuniti Ini adalah contoh terbaik bagi peluang sebegini. Projek ini akan mempamerkan komuniti Maker sebagai sumber inovasi untuk rumah dan teknologi. Kami teruja untuk menjadi rakan kongsi Sigma Designs, syarikat yang berakar umbi dalam bidang rumah pintar, dan untuk melancarkan misi ini sebaik sahaja isu Make kami yang memfokus tentang rumah muncul di pasaran dan World Maker Faire dibuka di New York. Kami mengalu-alukan setiap ahli dan idea baharu di Maker Share.”

Butiran penuh berkenaan pertandingan termasuk kelayakan, sekatan, tarikh akhir penyerahan, dan hadiah tersedia di halaman pertandingan Maker Share: https://makershare.com/missions/z-wave-challenge. Peserta boleh mengakses Spesifikasi Z-Wave Awam di pautan ini: http://z-wave.sigmadesigns.com/design-z-wave/z-wave-public-specification/.

Mengenai Sigma Designs

Sigma Designs, Inc. (NASDAQ: SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet of Things (IoT) untuk peranti rumah pintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.

Mengenai Z-Wave

Teknologi Z-Wave adalah piawaian ITU (G.9959) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2,100 produk saling beroperasi yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan aplikasi komersil ringan.

Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar bagi Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Tentang MAKE:

Make: adalah platform global untuk menghubungkan pencipta dengan satu sama lain, dengan produk dan perkhidmatan, dan dengan rakan kongsi kami. Menerusi media, acara dan produk, Make: memenuhi keperluan komuniti pencipta yang berkembang yang menghubungkan set minda DIY dengan teknologi dan komuniti. Sama ada sebagai suatu hobi atau profesional, pencipta adalah kreatif, pintar sentiasa ingin tahu. Mereka membangunkan projek yang menunjukkan cara mereka berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Pelancaran majalah Make: pada tahun 2005, diikuti oleh Maker Faire pada tahun 2006, memulakan Gerakan Pencipta sedunia yang mengubah inovasi, budaya dan pendidikan. Beribu pejabat di San Francisco, Make:
memenuhi keperluan lebih daripada 25 juta pencipta di seluruh asetnya.

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan tentang faedah penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk faedah ciri dipertingkatkan tertentu untuk peranti Z-Wave. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material disebabkan beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan konsumer dan pelanggan untuk teknologi Z-Wave di kawasan yang relevan, keupayaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk berkaitan yang lain dalam pasaran, jika ada, dan juga risiko lain yang dibutirkan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com
Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com


SUMBER : Sigma Designs, Inc.

ABIOMED MENERIMA KELULUSAN FDA PMA UNTUK IMPELLA RP® UNTUK KEGAGALAN JANTUNG KANAN

DANVERS, Mass., 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Abiomed, Inc. (NASDAQ:ABMD), penyedia peneraju untuk teknologi sokongan dan pemulihan jantung, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima kelulusan pra pasaran (PMA) daripada U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk pam jantung Impella RP®. Hasil daripada kaji selidik selama lima tahun, kelulusan ini menyusuli Pengecualian Peranti Kemanusiaan FDA (HDE) yang diterima pada Januari 2015 dan menambah pam jantung Impella RP ke platform peranti PMA Abiomed yang diluluskan.

Dengan kelulusan ini, pam jantung Impella RP adalah satu-satunya peranti sokongan ventrikel sementara perkutaneus yang diluluskan oleh FDA sebagai selamat dan berkesan untuk kegagalan jantung kanan seperti yang dinyatakan dalam petunjuk:

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10421

PENCARIAN UNTUK INOVATOR ARAB TERBAIK DITERUSKAN DALAM MUSIM 9 BAGI STARS OF SCIENCE YANG EPIK

Inisiatif media Qatar Foundation menyediakan pentas untuk belia Arab membina warisan inovasi

DOHA, Qatar, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stars of Science kini kembali! Rancangan TV realiti Bahasa Arab nombor satu yang memacu minat dalam sains dan inovasi dalam kalangan belia Arab kembali ke udara bagi musim ke 9 yang penuh dengan keseronokan dan kepintaran. Inisiatif Qatar Foundation tersebut berusaha mencari, membimbing dan memperkasa inovator muda terbaik di rantau Arab. Berjaya atau gagal, musim baru ini menjanjikan naik turun mereka menghadapi rintangan dengan sepenuhnya. Barisan juri yang serba baru, kemunculan istimewa oleh alumni yang popular dan finale akhir pasti mendebarkan anda. Rancangan ini akan disiarkan di beberapa saluran TV berlainan di seluruh rantau. Lawati www.starsofscience.com untuk panduan siaran penuh bagi saluran dan masa siaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10423

Thursday, September 21, 2017

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR PENGGANDING FOTO DENGAN FUNGSI UVLO UNTUK BEKALAN KUASA PENSUISAN KAWALAN DIGITAL DAN PEMACU IPM

TOKYO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "TLP2735," sebuah pengganding foto IC berkelajuan tinggi untuk penebatan isyarat pintu MOSFET dan yang pertama oleh syarikat untuk menggabungkan sebuah fungsi penguncian voltan rendah (UVLO).

UVLO mengurangkan kerentanan pengganding foto kepada bunyi bising seperti yang dihasilkan di dalam kabel bekalan kuasa, dan boleh mengelakkan kerosakan apabila produk dihidupkan. Dengan sebuah pengasingan voltan bagi 5kVrms (minimum) di antara input dan output, serta pematuhan dengan standard keselamatan pengganding foto IEC60747-5-5[1], TLP2735 juga sesuai untuk aplikasi yang memerlukan prestasi penebatan yang tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10418

"APLIKASI PERJALANAN RASMI JEPUN," APLIKASI BAHARU UNTUK PELANCONG DI JEPUN, DILANCARKAN: SEMUA MAKLUMAT YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MERANCANG PERJALANAN ANDA DI JEPUN, DARIPADA PERANCANGAN PRAPERJALANAN KEPADA MAKLUMAT TRANSIT TEPAT MASA YANG BERGUNA

TOKYO, 21 Sept., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) secara rasminya melancarkan "Aplikasi Perjalanan Rasmi Jepun," aplikasi pelancongannya untuk peranti iOS dan Android, pada 21 September 2017.

Sila muat turun: http://www.jnto.go.jp/smartapp/

Aplikasi itu ditujukan khas kepada pelawat antarabangsa yang melancong ke Jepun dan menawarkan maklumat mengenai destinasi pelancongan di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar, maklumat pengangkutan dan maklumat penting, dalam pelbagai bahasa sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana. Ia berfungsi sebagai sebuah portal pelancongan yang komprehensif yang menawarkan segalanya kepada pelawat ke Jepun yang mungkin diperlukan di sesuatu tempat. Berasaskan kepada maklumat pelancongan daripada JNTO dan Agensi Pelancongan Jepun, serta dengan kerjasama pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma-firma sektor swasta, aplikasi itu direka untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan di Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10416

​NTT SECURITY LANCARKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN UNTUK SISTEM KAWALAN INDUSTRI

​NTT SECURITY LANCARKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN UNTUK SISTEM KAWALAN INDUSTRI

HITACHI PERKENALKAN HITACHI VANTARA: SYARIKAT DIGITAL BAHARU YANG KOMITED UNTUK MENYELESAIKAN CABARAN PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT YANG PALING SUKAR DI DUNIA

Syarikat Dibentuk untuk Bantu Pelanggan Mencapai Hasil yang Tak Pernah Berlaku Dahulu dengan Menggunakan Potensi Data Mereka Sepenuhnya

TOKYO dan LAS VEGAS, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hitachi, Ltd. (TSE:6501) ("Hitachi") hari ini melancarkan Hitachi Vantara, iaitu sebuah entiti perniagaan baharu untuk memanfaatkan portfolio luas bagi inovasi, pembangunan dan pengalaman merentasi syarikat Kumpulan Hitachi bagi menyediakan penyelesaian dipacu data untuk perusahaan komersial dan industri. Syarikat baharu ini akan menyatukan operasi Hitachi Data Systems, Hitachi Insight Group dan Pentaho menjadi satu perniagaan bersepadu sebagai Hitachi Vantara bagi menggunakan keupayaan inovasi sosial Hitachi dalam kedua-dua teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT).

Lebih Seabad Kepakaran OT Digabungkan dengan IT yang Dipercayai oleh Perusahaan Terbesar di Dunia 
Hitachi telah menjadi peneraju dalam OT untuk bidang industri seperti kewangan, kerajaan, pembuatan, kuasa/tenaga dan pengangkutan selama lebih 100 tahun, yang menyediakan penyelesaian yang memberi kesan kepada bandar, operasi industri dan perniagaan secara positif dan menyeluruh. Syarikat ini telah menjadi peneraju dalam IT selama lebih 50 tahun—dengan membawakan aplikasi, analisis, kandungan, awan dan penyelesaian infrastruktur IT ke pasaran yang telah mengubah cara perusahaan menjalankan perniagaan. Dengan menggabungkan kepakaran OT Hitachi yang luas dengan inovasi dan penyelesaian produk IT miliknya yang terbukti, Hitachi Vantara memberikan perkongsian kerjasama data yang berkeupayaan tinggi kepada pelanggan – yang tidak ditemui dalam mana-mana syarikat sehingga hari ini.

“Hitachi Vantara menandakan perubahan tersergam dan bersejarah untuk Hitachi sambil kami terus memajukan visi korporat bersatu kami iaitu, Inovasi Sosial,” kata Presiden dan CEO Hitachi Ltd., Toshiaki Higashihara. “Hitachi telah membantu pelanggan menggunakan kuasa data mereka untuk menyokong tindakan perniagaan yang bermakna selama bertahun-tahun lamanya. Kini, ketika dunia diubah oleh alat dan proses digital, kami menyatukan bersama syarikat penyelesaian digital kami yang terkuat sebagai syarikat Hitachi yang baharu yang memberikan impak perniagaan yang pesat untuk pelanggan kami dan kebaikan masyarakat. Pembentukan Hitachi Vantara menggariskan komitmen Hitachi terhadap penciptaan kerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, dan menjadi rakan kongsi inovasi yang sebenar bagi era IoT ini.” 

Peluang Sambung Pengajian Di KUIS

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mencapai keputusan cemerlang berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

KUIS dalam satu kenyataan hari ini berkata hanya dengan tiga kredit sahaja serta lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, mereka masih boleh menyambung pengajian dalam pelbagai bidang yang disukai di kolej itu.

Dalam pada itu, KUIS telah mengadakan sesi pengenalan dan promosi di 10 lokasi kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) baru-baru ini.

Sesi yang dilaksanakan sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta PLKN yang juga merupakan pelajar lepasan SPM mengenai hala tuju mereka serta peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian asasi dan diploma di KUIS.

Perkongsian yang dibuat dalam sesi tersebut adalah berkaitan hala tuju pelajar selepas menamatkan latihan, dengan memberikan maklumat peluang belajar di KUIS di peringkat pengajian asasi dan diploma dengan syarat kemasukan yang minimum.

-- BERNAMA

Komunikasi Medium Terbaik Bentuk Pentadbiran Dan Pelajar KUIS

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Komunikasi sesama insan dilihat sebagai medium terbaik untuk membentuk organisasi pentadbiran dan jemaah Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sehubungan itu, Masjid Al-Azhar KUIS menggunakan pendekatan perhubungan awam melalui komunikasi dengan pentadbiran dan jemaah masjid yang terdiri daripada pelajar KUIS bagi membina hubungan baik antara pihak masjid serta anggota kariahnya.

"Melalui perhubungan awam, segala informasi dapat disampaikan dan difahami bagi membina imej pengurusan KUIS yang baik serta cara berdakwah melalui teladan akhlak yang murni," kata KUIS dalam satu kenyataan.

KUIS berkata komunikasi yang diamalkan di Masjid Al-Azhar membuktikan gabungan antara ilmu dan pengalaman amat penting terutamanya dalam melancarkan aspek pengurusan masjid.

Menurut kolej itu, ilmu bertindak sebagai garis panduan bagi memastikan pengurusan masjid berpandukan al-Quran dan Sunnah manakala pengalaman berperanan sebagai medium untuk memahami serta mendekati para jemaah yang terdiri daripada pentadbir, pelajar dan anggota kariah di sekitar KUIS.

-- BERNAMA

Wednesday, September 20, 2017

MEMPERKASA PENDIDIKAN KE ARAH PENCAPAIAN TN50 - SARONI

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Datuk Saroni Judi berkata memperkasa pendidikan negara adalah teras yang disifatkan sebagai “tiang seri” kepada kejayaan negara dan Transformasi Nasional 2015 (TN50).

Beliau dijemput selaku panel membincangkan aspirasi dalam bidang pendidikan dengan mengulas tajuk “Memperkasa Pendidikan Ke Arah Pencapaian TN50" yang bersiaran secara langsung dalam program  Assalamualaikum di TV Al Hijrah, baru-baru ini.

TN50, satu gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.


SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10411

​XIANGYANG -- SEBUAH MODEL MENGENAI PEMBINAAN BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH

​XIANGYANG -- SEBUAH MODEL MENGENAI PEMBINAAN BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH

Tuesday, September 19, 2017

LHDN Cawangan Bangi Beroperasi Sepenuhnya Mulai Jumaat Lepas

PUTRAJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Bangi beroperasi sepenuhnya mulai Jumaat lepas di bawah seliaan Pejabat Pengarah Negeri (PPN) Putrajaya.

LHDN dalam satu kenyataan berkata cawangan itu akan menguruskan sebilangan fail pembayar cukai individu dan syarikat yang sebelum ini ditadbir oleh beberapa cawangan seperti Cawangan Seremban, Shah Alam, Klang, Cheras dan Cawangan Pembayar Cukai Besar.

Katanya, pemilihan fail untuk dipindahkan ke Cawangan Bangi adalah berdasarkan kepada poskod alamat surat menyurat terkini bagi semua kategori pembayar cukai.

\"Ia melibatkan 305,662 fail pembayar cukai Syarikat (C), Perkongsian (D) Perniagaan Tunggal (OG), Penggajian (SG) dan Majikan (E). Turut dipindahkan juga adalah Fail Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan fail pungutan," jelas LHDN.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh diajukan kepada LHDN Cawangan Bangi di talian 03-89133800.


-- BERNAMA

XIANGYANG -- SEBUAH BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH YANG PENUH DENGAN PELUANG PELABURAN

XIANGYANG, China, 19 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ketika syarikat-syarikat auto tenaga baharu bertumpu ke bandar raya Xiangyang di China Tengah, bandar raya China bagi kenderaan-kenderaan tenaga baharu sedang terbentuk. Ketika kereta api yang mengangkut muatan berat dan kereta api laju menghubungkan Xiangyang dengan lebih banyak destinasi merentasi seluruh China, ia kini muncul sebagai sebuah hab trafik yang penting di rantau itu. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa sejumlah 786 projek dimasukkan ke dalam senarai pengurusan projek utama bagi bandar raya itu sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, dengan pelaburan lengkap terkumpul kepada hampir 400 bilion yuan.
 
Dengan promosi pelaburan yang mantap dan projek-projek infrastruktur dan industri yang utama, Xiangyang di Wilayah Hubei kini menarik perhatian dunia luar.
 
Berhadapan dengan ekonomi yang lembap dan penunjuk pertumbuhan yang lemah, kerajaan tempatan itu telah memberi perhatian khusus kepada penggalakan pelaburan sepanjang lima tahun yang lepas, kerana ia menyifatkan aliran masuk modal masih merupakan cara yang paling langsung dan berkesan untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10405

Monday, September 18, 2017

MEMBUDAYAKAN INOVASI GENERASI MUDA KAYM

BUKIT SEBUKOR, 18 Sept (Bernama) -- Inovasi merupakan sesuatu kaedah atau sistem yang baru diperkenalkan bagi tujuan memudahkan kehidupan pada masa akan datang. Menyedari kepentingan inovasi terkini dalam kehidupan seharian, membudayakan inovasi dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan seawal usia.

Di peringkat pendidikan tinggi, seramai 200 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program termasuk seminar yang berkaitan inovasi dalam usaha membudayakan inovasi di kalangan pelajar.

Majlis perasmian program anjuran bersama Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Melaka ini disempurnakan Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi. Turut hadir Pendaftar KAYM, Aminalrashid Mohd Hussain, Naib Presiden Akademik KAYM, Jasmy Fardy Abdul Aziz  dan Pegawai Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, C. Gangga.

Saroni dalam ucapannya berkata  inovasi dan kreativiti adalah fokus utama kerajaan dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendek kata, inovasi merupakan asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara.

“Kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di KAYM adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya termasuk para pelajar” katanya.

Justeru, pelajar perlu diberikan pendedahan berkaitan sains kreatif dan inovatif yang menjurus kepada keusahawanan relatif sebagai galakan  dan dorongan bagi meningkatkan daya kreatif pelajar. Ini juga selari dengan matlamat negara untuk menjadikan inovasi sebagai sumber ekonomi baru Negara dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Katanya lagi, minat terhadap inovasi perlu dipupuk dan diambil perhatian di semua peringkat masyarakat sama ada dalam kalangan pentadbir, penyelidik, usahawan, pendidik, petani dan yang lebih penting pelajar.

Beliau juga berharap usaha murni semua pihak yang terlibat akan mewujudkan jaringan dan jalinan antara KAYM dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Melaka dalam usaha meningkatkan budaya  inovasi.

"Saya percaya dengan terjalinnya hubungan erat antara KAYM dan pihak kerajaan, lebih banyak lagi program dapat dirancang, dianjur dan dilaksanakan bersama kedua-dua pihak bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak bangsa kita dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi.
 
SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

BROADSOFT DILETAKKAN OLEH GARTNER SEBAGAI PERAMAL DALAM GLOBAL MAGIC QUADRANT UNTUK KOMUNIKASI BERSEPADU SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS)

BROADSOFT DILETAKKAN OLEH GARTNER SEBAGAI PERAMAL DALAM GLOBAL MAGIC QUADRANT UNTUK KOMUNIKASI BERSEPADU SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS)

Friday, September 15, 2017

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGUMUMKAN BARISAN BAHARU IC PEMACU STEPPING MOTOR DENGAN KERANGKA MAKLUMAT BALAS ANTIPEGUN

TOKYO, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan penambahan dua pemacu stepping motor, 4.5A "TB67S249FTG" dan 2A "TB67S279FTG," kepada barisan pemacu stepping motor mereka dengan kerangka[1] maklumat balas antipegun yang berinovatif, yang merealisasikan kawalan motor yang sangat cekap.

Kawalan yang stabil, sangat jitu adalah satu keperluan asas pengendalian bagi motor yang digunakan di dalam mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain, terminal perbankan, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Permintaan untuk pengendalian motor yang lebih cekap dan penjanaan haba yang lebih rendah meningkat tahun demi tahun ketika skop aplikasi meningkat.

Mengelakkan pegun di dalam pengendalian stepping motor adalah keutamaan yang paling tinggi dalam mendapatkan kestabilan dan ketepatan pada kawalan, dan ia dicapai dengan menyediakan arus tambahan yang memberikan motor dengan sebuah margin tork pengendalian. Bagaimanapun, walaupun ia menghalang pegun, arus tambahan itu mengurangkan kecekapan dan menghasilkan haba. Pelarasan rumit yang melibatkan pemantauan tork dalam tepat masa dengan sensor tambahan dan mikrokawalan, dan mengawal arus motor diperlukan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan penjanaan haba dan mencegah pegun.

Produk baharu itu mengikuti "TB67S289FTG," stepping motor pertama yang menggabungkan kawalan perolehan aktif antipegun yang asal (AGC[2]). TB67S249FTG menyokong sebuah arus pemacu besar yang terkemuka di dalam industri[3] sebanyak 4.5A, 1.5 kali berbanding TB67S289FTG. TB67S279FTG, dengan penarafan semasa 2A, menyampaikan prestasi kos yang sangat baik berbanding dengan TB67S249FTG. Ketiga-tiga produk ini serasi di dalam pakej, penjajaran dan fungsi pin, yang membolehkan penggantian mudah di kalangan mereka. Mereka membolehkan pemilihan yang optimum mengikut aplikasi mereka, keadaan pemanduan, dan tujuan penggunaan.

Sama seperti TB67S289FTG, TB67S249FTG dan TB67S279FTG juga boleh memantau operasi motor dan tork tanpa penambahan MCU, dan mengoptimumkan kawalan dan kecekapan motor dengan menggunakan AGC. Ia menghalang motor daripada pegun dan secara automatik mengoptimumkan arus motor bergantung kepada tork yang diperlukan, mengurangkan penggunaan kuasa motor sehingga 80%, berbanding dengan penyelesaian lain. Mereka merealisasikan penambahbaikan yang ketara di dalam kecekapan dan penjanaan haba tanpa bergantung pada rintangan.

Kecekapan seterusnya juga boleh dicapai apabila pemacu stepping motor disokong oleh sistem pengesanan arus termaju (ACDS[4]), sistem pemantauan dan kawalan arus bebas perintang yang berinovatif, yang membolehkan lebih banyak ruang bebas dan menggunakan lebih sedikit komponen luaran pada PCB.

Penggunaan sistem automasi termaju, termasuk ACG, mencapai satu siri produk yang menawarkan kawalan motor yang berprestasi tinggi dengan kiraan komponen yang rendah. TDSC menempatkan siri baharu itu sebagai barisan utama mereka untuk pemacu stepping motor, dan akan terus memperluaskan barisan itu.

Ciri-ciri Utama
1. Antipegun dan kecekapan yang tinggi
Kerangka kawalan motor AGC yang baharu meningkatkan kecekapan motor dan mengurangkan penjanaan haba. Kawalan arus kurang perintang ACDS mengurangkan keperluan ruang pada PCB. Tambahan pula, kawalan motor 1/32 langkah (maksimum) beresolusi tinggi menyumbang kepada penyekatan bunyi bising dan getaran.

2. Penjanaan haba yang lebih rendah
Penjanaan haba dikurangkan dengan tentangan yang rendah (TB67S249FTG: 0.33 Ω, TB67S279FTG: 0.60 Ω (atas + bawah: jenis)).

3. Pakej kecil dan pin yang padan di kalangan produk bersiri
Pembungkusan di dalam sebuah pakej QFN yang kecil membolehkan pelanggan untuk mengurangkan masalah haba dan memudahkan corak reka bentuk set dan modul bagi tujuan pelesapan haba. Ia juga akan merealisasikan penyelesaian yang berpatutan dari segi ruang dan kos. Selain itu, TB67S289FTG, TB67S279FTG, dan TB67S249FTG adalah serasi di dalam pakej dan pin, yang membolehkan pemilihan komponen dan penggantian yang optimum mengikut persekitaran penggunaan.

4. Litar pengesanan ralat terbina dalam
Sebuah fungsi pengesanan terbuka beban motor kini digabungkan, sebagai tambahan kepada penutupan terma, penutupan lebihan arus dan di bawah sekatan voltan. Status ralat boleh ditandakan kepada peranti luaran dengan sebuah fungsi tanda ralat.
 
Spesifikasi Utama
Nama produk TB67S249FTG TB67S279FTG
Kawalan I/F JAM MASUK
Penarafan maksimum mutlak 50V, 4.5A 50V, 2.0A
Pakej QFN48
Resolusi langkah Resolusi langkah Penuh, Separuh, Suku, 1/8, 1/16, dan 1/32
Ciri-ciri lain AGC: sebuah kaedah kawalan arus untuk antipegun dan pengendalian motor yang sangat efisien
ACDS: sebuah kaedah kawalan arus yang tidak memerlukan perintang
Fungsi pengesanan ralat terbina dalam (penutupan terma, penutupan lebihan arus, di bawah sekatan voltan dan pengesanan beban motor terbuka)
Fungsi output isyarat pengesanan ralat terbina dalam
Menyokong urutan kuasa dengan pemacu kuasa tunggal
Pengeluaran besar-besaran Akhir 2017
(dijadual)
 Sekarang
 


Nota:
[1]: Motor pegun: Apabila putaran motor menyimpang daripada isyarat kawalan, kejadian pegun berlaku dan motor berhenti berputar.
[2]: AGC: Sebuah kerangka kawalan motor yang secara automatik mengoptimumkan arus motor kepada tork ketika menghalang motor daripada menjadi pegun.
[3]: Setakat 14 September 2017, kaji selidik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
[4]: ACDS: Sebuah kerangka kawalan motor yang tidak memerlukan sebuah perintang penderia luaran untuk memantau arus motor.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu ini, sila layari:
・TB67S249FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S249FTG®ion=apc&lang=en
・TB67S279FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67S279FTG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Tel: +81-44-548-2821
https://toshiba.semicon-storage.com/jp/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51682876&lang=en


Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp


Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

TMALL MILIK KUMPULAN ALIBABA MENYOKONG MINGGU FESYEN NEW YORK: THE SHOWS

Pereka-pereka Amerika Syarikat akan Tampil di Pertunjukan Fesyen Tmall 2017 'Lihat Sekarang Beli Sekarang' Menjelang 11.11, Hari Beli-belah Terbesar di Dunia


NEW YORK, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tmall milik Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA), platform pengguna terbesar di China untuk jenama dan peruncit, mengumumkan bahawa ia telah menjadi sebuah rakan rasmi bagi Minggu Fesyen New York (NYFW): The Shows, dengan kerjasama Suntchi, untuk membantu pereka dan jenama Amerika Syarikat memanfaatkan skala dan teknologi Alibaba untuk menjangkau ke pasaran China buat kali pertama.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Alibaba telah memilih pereka dari NYFW untuk dipaparkan di dalam pertunjukan fesyen tahunan kedua Tmall 2017 'lihat sekarang beli sekarang', sebuah acara fesyen global yang berlangsung pada Oktober ini menjelang sebelum Festival Beli-belah Global 11.11 Alibaba, hari beli-belah terbesar di dunia. Tahun lepas, Alibaba menyiarkan secara langsung acara ini kepada tujuh juta penonton dan menampilkan lebih 50 jenama antarabangsa. Dengan menjalin kerjasama bersama Alibaba, pereka-pereka terkemuka dari Amerika Syarikat seperti Opening Ceremony dan Robert Geller akan mendapat pendedahan kali pertama kepada lebih setengah bilion pengguna yang melawat platform Alibaba.

Dalam usaha untuk menggalakkan pertukaran silang budaya di antara Amerika Syarikat dan China, perkongsian itu akan juga memperkenalkan "NYFW: Hari China", sebuah acara unik yang memaparkan pereka-pereka terkemuka dari China yang dipilih dari pertunjukan fesyen Tmall 2017 'lihat sekarang beli sekarang' semasa NYFW: The Shows pada September 2018.

"Kami sangat teruja untuk menyokong NYFW: The Shows untuk membawa jenama dan peruncit dari Amerika Syarikat dengan keupayaan untuk menjangkau ke pangkalan pengguna China yang terus berkembang," kata Michael Evans, Presiden Kumpulan Alibaba. "Skala, teknologi dan pemahaman mendalam Alibaba mengenai pengguna menyediakan kepada jenama dan pereka dengan penawaran yang benar-benar unik untuk melibatkan pengguna di dalam pasaran terbesar dunia dengan cara yang baharu dan berinovatif."

"Kami memulakan Opening Ceremony 15 tahun lalu, yang diilhamkan oleh pengembaraan yang kami ambil ke Hong Kong. Dengan berakar umbi keluarga begitu teguh di China, ia adalah sangat menarik untuk menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat yang begitu berpengaruh seperti Alibaba untuk berkongsi cerita kami dan memperluaskan kehadiran kami di peringkat global," kata Humberto Leon dan Carol Lim, pengasas bagi Opening Ceremony.

"Kami sangat teruja untuk mula membina jenama kami di China, dan menyesuaikan pengalaman membeli-belah kami dengan menggunakan teknologi Alibaba yang berinovatif untuk menjadikan jenama kami lebih mudah diakses dengan pangkalan pengguna China yang semakin berkembang, yang amat penting kepada pengembangan kami di peringkat global," kata pereka Robert Geller.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Syarikat itu berhasrat untuk membina infrastruktur perniagaan masa hadapan. Ia membayangkan bahawa pelanggan mereka akan bertemu, bekerja dan tinggal di Alibaba, dan bahawa ia akan menjadi sebuah syarikat yang akan bertahan sekurang-kurangnya 102 tahun.

Hubungi
Kumpulan Alibaba
Sharon Chan, +1 415-361-8219
sharon.chan@alibaba-inc.com


Sumber: Kumpulan Alibaba