Thursday, November 30, 2017

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENGUMUMKAN SSD 2TB NVME™

Meningkatkan barisan pelanggan SSD dengan penambahan Siri XG5-P premium dengan peningkatan prestasi dan keupayaan


TOKYO, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, telah meningkatkan barisan pelanggan SSD mereka dengan pelancaran model premium dalam siri XG5-P mereka. Pelanggan SSD NVM Express™ (NVMe™) yang baharu itu memperbaiki prestasi model siri XG5 yang ada sekarang dan menggandakan keupayaan maksimum kepada 2TB[1]. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dengan jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran bermula dari suku pertama tahun kalendar 2018.

Siri XG5-P itu juga menggunakan sebuah PCI Express® (PCIe®) Gen3 x 4 jalur dan antara muka Semakan 1.2.1 NVM Express™, dan menyampaikan prestasi sehingga 3000 MB berurutan membaca dan berurutan menulis[2] 2200 MB, dan sehingga 320,000 IOPS membaca rawak dan 265,000 IOPS menulis rawak[3]. Prestasi membaca/ menulis rawak di dalam rangkaian akses penuh[4] adalah kira-kira 55% lebih baik berbanding produk siri XG5[5] yang standard. Pada masa yang sama, penggunaan kuasa yang rendah dikekalkan kurang daripada 60mW semasa operasi[6].

Siri baharu XG5-P itu ditempatkan di dalam sebuah faktor bentuk M.2 2280 yang standard dan akan disediakan dalam dua kapasiti, 1TB dan 2TB. Dengan menggunakan pakej BiCS FLASH™ 1TB 3D flash memori 64 lapisan yang dibangunkan secara dalaman, model 2TB itu menawarkan dua kali ganda keupayaan penyimpanan maksimum bagi siri XG5 standard pada modul 2.23mm yang sama, M.2 2280 sebelah yang ringan. Dengan mengekalkan satu faktor bentuk untuk semua kapasiti merentasi keluarga produk XG5-P dan XG5, Toshiba Memory Corporation memudahkan untuk merancang platform yang memerlukan penyimpanan yang fleksibel.

SSD XG5-P itu juga boleh didapati dalam model pemacu penyulitan diri (SED)[7] yang menyokong TCG Opal Versi 2.01, yang menyumbang kepada pelbagai aplikasi termasuk stesen kerja, PC permainan dan penggunaan perusahaan yang intensif membaca.

*NVM Express dan NVMe adalah tanda niaga bagi NVM Express, Inc.
*PCI Express dan PCIe adalah tanda niaga berdaftar  bagi PCI-SIG.
*Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10646

FOUAD MAKSOUD, 25, DINOBATKAN SEBAGAI INOVATOR ARAB TERBAIK OLEH STARS OF SCIENCE

Mohon Sekarang untuk Musim Ke-10 Rancangan TV Kemegahan Qatar Foundation

DOHA, Qatar, 29 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Fouad Maksoud dinamakan sebagai inovator tersohor rantau Arab dalam episod akhir Stars of Science yang sengit. Perjalanan beliau dalam musim kesembilan rancangan TV popular Qatar Foundation (QF) menarik perhatian penonton merentasi Timur Tengah dan seterusnya. Walaupun berdepan saingan sengit, Fouad dan Mesin Tekstil dengan Perlindungan Nano beliau telah menjadi kegemaran para penonton dan juri, memberikan beliau penghormatan tertinggi dalam rancangan tersebut.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2c891adc-0027-42f5-b953-020a470f7c89
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/29e5fd82-a5b8-41be-9a98-5cba13cc8f92
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f916df9d-1d7d-4269-9f51-7985b049b149

Omran Hamad Al Kuwari, Pengarah Eksekutif, Pejabat CEO, mengulas, berkata: “Stars of Science bertindak sebagai platform untuk memulakan karier bagi pemuda dan pemudi Arab yang berpotensi untuk memberi kesan kepada komuniti setempat dan seterusnya. Tahun ini, kami telah melihat pelbagai ciptaan luar biasa yang direka untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah khusus untuk rantau Arab. Tahniah kepada semua peserta tahun ini dan kepada Fouad Maksoud atas kejayaan beliau dinamakan sebagai inovator terbaik musim kesembilan.”

“Kami teruja untuk menjemput finalis dan alumni Stars of Science di Oman sebagai sebahagian daripada usahasama yang berjaya dengan Qatar Foundation. Menerusi usahasama ini, kami berusaha untuk memastikan pemindahan pengetahuan dan pengalaman kepada generasi inovator muda yang seterusnya,” ujar Yousuf Al-Harthy, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Oman Technology Fund.

“Dengan mengacarakan episod akhir Stars of Science, acara akhbar dan perbincangan terbuka di Oman, kami menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan belia di Oman dalam musim Stars of Scienceyang akan datang. Oman Technology Fund menyediakan sokongan kepada usahawan dan inovator dan kami menjemput kesemua inovator Stars of Science untuk memohon pelbagai program pelaburan kami.”

Minggu ini, peminat Stars of Science akan mengundi dalam talian bagi satu daripada empat finalis. Undian dalam talian daripada orang awam, digabungkan dengan undi daripada juri pakar, memberikan markah sebanyak 43% kepada Fouad Maksoud, cukup untuk beliau memenangi hadiah berjumlah USD $300,000 untuk Mesin Tekstil dengan Perlindungan Nano beliau. Mesin pelbagai fungsi menggunakan teknologi nano untuk menjadikan pakaian kalis air, memasukkan ubat pemulihan ke dalam serat pembalut dan banyak lagi.

“Saya merasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mentor saya dan para peserta lain yang menjadikan perjalanan ini mengubah hidup dan tidak ternilai bagi saya. Stars of Science telah memberikan saya keyakinan dan pengetahuan untuk terus berani mengejar impian saya,” kata Fouad Maksoud, pemenang Stars of Science Musim ke-9. “Jika anda di rumah mempunyai sebarang idea yang bernas, nasihat saya kepada anda adalah: ‘Tindakan adalah satu-satunya antidot untuk inovasi, mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah. Terpulang kepada golongan muda seperti anda dan saya untuk berkhidmat dan memperbaiki kehidupan komuniti yang kita diami.”

Ahmad Nabeel, pencipta Pancaran Maya dan Laparoskop Bersih Kendiri, laparoskop automasi dan bersih kendiri dengan pancaran maya – menjadikan pembedahan lebih selamat untuk kedua-dua doktor dan pesakit – menerima tempat kedua dengan jumlah markah gabungan sebanyak 30%, menerima hadiah berjumlah USD $150,000. Meshal Alshahrani, inovator di tempat ketiga dengan jumlah markah 14.7% dengan ciptaan Gelang Navigasi Hajj, yang akan menunjukkan umat Muslim ke lokasi penting semasa menjalankan ibadah haji agar untuk mengurangkan kemungkinan sesat. Dia memenangi hadiah berjumlah USD $100,000. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, Mohammed Al-Jefairi menduduki tempat keempat dengan jumlah markah 12.3% dengan ciptaan Pembimbing Robotik Interaktif Cacat Pendengaran, peranti yang menggunakan kemajuan teknologi terkini untuk mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak. Dia menerima USD $50,000.

Episod akhir Stars of Science telah berlangsung di Kesultanan Oman. Untuk episod penuh debar akhir bagi musim ini, Stars of Science memulakan usahasama dengan Oman Technology Fund, meraikan pencapaian rancangan tersebut dan masa depan yang cerah untuk para inovator.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10639

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMPERKENALKAN PERANTI UFS MENGGUNAKAN MEMORI FLASH 3D, 64 LAPISAN

TOKYO, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, pada hari ini  telah memulakan persampelan peranti Universal Flash Storage (UFS)[1]  yang menggunakan BiCS FLASH™ 3D flash memori [2] 64 lapisan keluaran Toshiba Memory Corporation yang serba canggih. Peranti UFS yang baharu itu memenuhi tuntutan prestasi untuk aplikasi yang memerlukan prestasi membaca/menulis yang berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, termasuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, dan sistem realiti maya dan diperkukuh.

Barisan baharu itu boleh didapati dalam empat kapasiti: 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB. [3] Kesemua peranti itu mengintegrasikan memori flash dan sebuah pengawal dalam satu pakej tunggal, piawai JEDEC 11.5 x 13mm. Pengawal itu melakukan pembetulan kesilapan, teknik untuk memanjangkan hayat media penyimpanan komputer, terjemahan alamat logik-ke-fizikal dan pengurusan sektor rosak, yang membolehkan pengguna untuk memudahkan pembangunan sistem.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10641

Wednesday, November 29, 2017

SIRI PEMACU CAKERA KERAS PENGAWASAN BAHARU BAGI TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENYAMPAIKAN KAPASITI SEHINGGA 10TB

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation: "MD06ACA-V Series" of 3.5-inch HDD for surveillance applications that deliver up to 10TB. (Photo: Business Wire)
TOKYO, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran Siri pemacu cakera keras 3.5 inci[1] MD06ACA-V untuk aplikasi pengawasan yang menyampaikan kapasiti storan sehingga 10TB[2]. Penghantaran sampel bermula hari ini.

Dalam usaha meningkatkan keselamatan, sistem pengawasan hari ini menggunakan lebih banyak kamera yang berdefinisi lebih tinggi dan menyimpan data imej untuk tempoh yang lebih lama. Sistem terkini menawarkan pemantauan dan penstriman secara langsung dari kamera berangkaian di lokasi-lokasi terpencil. Perkhidmatan imej-berat ini memerlukan HDD yang menawarkan keupayaan yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih tinggi.

HDD berasaskan udara Siri MD06ACA-V memenuhi keperluan prestasi dengan lapisan magnetik cakera dan kepala rakaman magnetik yang dipertingkatkan, dan boleh didapati dalam kapasiti 10TB, 8TB dan 6TB. Kesemuanya menyampaikan 7,200 rpm, sebuah penimbal ingatan 256MiB[3], dan kadar pemindahan data[4]  bagi model 10TB iaitu 237 MiB adalah peningkatan 58%[5] berbanding produk dalam Siri MD04ABA-V yang sebelumnya.

Pemacu baharu itu menawarkan operasi 24/7, menggabungkan sensor getaran putaran (RV), dan boleh menyokong sehingga 64 kamera berdefinisi tinggi[6].  Dengan kadar bebanan kerja[7] tahunan bagi 180TB dipindahkan, MTTF[8] daripada 1,000,000 jam, dan julat suhu bagi kes yang luas antara 0 hingga 70 darjah[9], ia sesuai digunakan dalam pelbagai aplikasi pengawasan.

[1] "3.5 inci" merujuk kepada faktor bentuk bagi HDD. Ia menunjukkan saiz bagi cakera, dan bukan saiz fizikal HDD itu.
[2] Definisi bagi kapasiti: Satu terabait (TB) adalah 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1TB = 240 = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kurang kapasiti penyimpanan. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/ atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
[3] Satu mebibait (MiB) adalah 220, atau 1,048,576 bait.
[4] Tahap kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[5] Perbandingan dengan kadar pemindahan MD04ABA500V: 150 MiB
[6] Bilangan kamera pengawasan keupayaan sokongan ditakrifkan oleh simulasi prestasi dengan kamera Berdefinisi Tinggi pada kadar 10Mbit. Keputusan sebenar mungkin berbeza berdasarkan kepada pelbagai faktor, termasuk jenis kamera yang dipasang, keupayaan
perkakasan dan perisian sistem, dan teknologi pemampatan video yang digunakan, serta pembolehubah sistem seperti resolusi, bingkai per saat, dan tetapan lain.
[7] Beban kerja adalah merupakan satu ukuran keupayaan data pada tahun berkenaan, dan ia ditakrifkan sebagai jumlah data yang ditulis, dibaca atau disahkan oleh perintah dari sistem hos.
[8] MTTF (masa min hingga kegagalan) bukan satu jaminan atau anggaran bagi hayat produk; ia adalah satu nilai statistik yang berkaitan dengan kadar kegagalan min bagi sebilangan besar produk, yang mungkin tidak mencerminkan dengan tepat operasi sebenar. Hayat operasi sebenar bagi produk mungkin berbeza dari MTTF.
[9] Operasi bagi pemacu itu apabila ia mempunyai suhu permukaan yang tinggi akan memendekkan hayat kegunaannya. Keadaan operasi yang disyorkan adalah dengan suhu permukaan kurang daripada 60℃.

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan HDD perusahaan lain.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/specialty.html

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10638

Monday, November 27, 2017

LIGHTBRIDGE DAN AREVA NP TANDATANGAN PERJANJIAN UNTUK SEGERA MAJUKAN PEMBANGUNAN BAHAN API

CHARLOTTE, N.C., 27 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lightbridge Corporation (NASDAQ:LTBR) dan AREVA NP menandatangani tiga perjanjian mengikat yang membolehkan syarikat untuk segera memajukan pembangunan teknologi bahan api berlogam Lightbridge yang inovatif dan melindungi semua harta intelek yang berkenaan sementara mereka memuktamadkan usaha sama mereka. Lightbridge merupakan syarikat pembangunan bahan api A.S. manakala AREVA NP pula merupakan peneraju dalam penservisan dan pembekalan kumpulan reaktor masa kini serta kemajuan tenaga nuklear untuk masa depan.

Ketiga-tiga perjanjian tersebut termasuk Perjanjian Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan, Perjanjian Pemilikan Bersama dan Tambahan Harta Intelek. Semua perjanjian ini merupakan bahagian penting usaha sama yang dalam pertimbangan dan akan mendokumentasi perjanjian akhir untuk hak harta intelek. Usaha sama ini dijangka akan bermula pada suku tahun pertama 2018.

Teknologi bahan api Lightbridge yang inovatif direka untuk meningkatkan ekonomi serta keselamatan loji kuasa nuklear sedia ada dan baharu dengan ketara. Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan meliputi pentadbiran aktiviti penyelidikan dan pembangunan bersama, serta pemilikan harta intelek, termasuk geran hak penggunaan berdasarkan royalti kepada harta intelek sedia ada, serta pemilikan bersama (pada asas pembahagian 50-50) harta intelek baharu yang terhasil daripada aktiviti pembangunan bahan api bersama pada masa hadapan.

Seth Grae, Presiden dan CEO Lightbridge, berkata: “Keperluan untuk penyelesaian inovatif untuk meningkatkan ekonomi dan daya saing tenaga nuklear semakin hari semakin meningkat. Perjanjian yang kami umumkan hari ini membolehkan kami untuk memajukan pembangunan bahan api berlogam Lightbridge yang inovatif dengan cepat dan merupakan satu langkah besar ke arah pengewangan harta intelek kami. Teknologi bahan api Lightbridge yang inovatif direka untuk menjadikan reaktor sedia ada lebih berdaya saing dengan sumber tenaga lain, yang sangat diperlukan sekarang memandangkan beberapa loji nuklear A.S. yang diuruskan dengan baik menghadapi penutupan lebih awal dan projek pembinaan baru dibatalkan.”

Gary Mignogna, Presiden dan CEO AREVA Inc., berkata: “Perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah menubuhkan usaha sama kami dengan Lightbridge bagi membawakan teknologi bahan api berlogam mereka yang canggih untuk menembusi pasaran. Kerjasama seperti ini adalah penting untuk memastikan kemudahan tenaga nuklear hari ini mempunyai teknologi yang diperlukan oleh mereka untuk beroperasi dengan lebih efisien untuk berpuluh tahun akan datang dan boleh membekalkan tenaga elektrik yang berkarbon rendah dan boleh diharap secara berterusan.”

Lionel Gaiffe, Naib Presiden Eksekutif Kanan Unit Perniagaan Bahan Api di AREVA NP, berkata: “Perjanjian ini mengorak langkah penting untuk mempercepatkan kerja-kerja reka bentuk, pelesenan dan pembuatan. Pasukan dan pakar kami daripada bidang kejuruteraan dan pembuatan telah diberikan kerja dan sangat teruja tentang projek ini. Kami tidak sabar untuk pengenalan perhimpunan ujian pertama teknologi yang berpotensi ini. Saya merasa sangat bangga untuk melihat sebuah pasukan antarabangsa, dari Eropah dan Amerika Syarikat, disepadukan sepenuhnya dan bekerja bersama dengan pasukan rakan Lightbridge kami.”

Pada 6 September 2017, Lightbridge dan AREVA Inc. (AREVA NP di Amerika Utara) mengumumkan Perjanjian Terma Utama yang mengikat, yang akan membentuk asas Perjanjian Pengendalian Usaha Sama. Perjanjian akhir tersebut dijangka akan ditandatangani pada suku keempat tahun 2017 dan akan menubuhkan usaha sama tersebut.

Sejak tahun 2011, Lightbridge telah menerima maklum balas yang berharga berhubung dengan pembangunan teknologi bahan apinya menerusi Lembaga Penasihat Bahan Api Utiliti Nuklear yang terdiri daripada empat peneraju utiliti nuklear A.S. Lightbridge juga menandatangani surat hasrat dengan utiliti nuklear A.S. untuk mempamerkan bahan apinya di loji kuasa nuklear komersial.

Perihal AREVA NP

AREVA NP merupakan kuasa antarabangsa utama dalam pasaran tenaga nuklear yang fokus dalam usaha mereka bentuk, membina, menyelenggara dan memajukan kumpulan nuklear global. Di Amerika Utara, AREVA NP (Areva Inc.) menggabungkan pimpinan A.S. dan Kanada untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan teknologi bernilai bagi menyokong operasi kumpulan nuklear komersial dan bersedia untuk loji  kuasa nuklear generasi mendatang. Dengan memanfaatkan kepakaran 2,300 pekerjanya di Amerika Utara, AREVA NP membantu pelanggannya meningkatkan keselamatan dan prestasi loji nuklear mereka serta mencapai matlamat ekonomi dan sosial mereka.

Sertai perbualan tenaga dengan AREVA Inc di Twitter: @AREVA_NP_US, Facebook: AREVAinc dan saluran media sosial lain kami.

Perihal Lightbridge Corporation

Lightbridge (NASDAQ:LTBR) merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi bahan api nuklear yang berpangkalan di Reston, Virginia, A.S. Syarikat ini membangunkan teknologi bahan api nuklear generasi mendatang yang proprietari untuk reaktor sedia ada dan masa hadapan. Teknologi meningkatkan aspek ekonomi dan keselamatan tenaga nuklear dengan ketara, beroperasi lebih kurang 1000° C lebih sejuk berbanding bahan api biasa. Lightbridge mencipta, melindungi paten dan telah mengesahkan teknologi tersebut dengan sendiri, termasuk kejayaan demonstrasi bahan api dalam reaktor kajian dengan rancangan jangka masa singkat untuk mempamerkan bahan api dalam suasana reaktor komersial. Syarikat telah menghimpunkan pasukan pembangun bertaraf dunia termasuk pakar berpengalaman daripada pembuat bahan api global. Empat kemudahan elektrik besar yang menjana lebih kurang separuh tenaga nuklear di A.S. telah memaklumkan Lightbridge tentang pembangunan dan pengerahan bahan api. Syarikat tersebut beroperasi di bawah model pelesenan dan royalti yang disahkan sendiri dan berdasarkan peningkatan tenaga yang dijana oleh bahan api yang direka oleh Lightbridge, serta ROI yang tinggi untuk operator reaktor sedia ada dan baharu. Faedah ekonomi telah dipertingkatkan lagi dengan kredit karbon dijangka yang tersedia di bawah Loji Kuasa Bersih. Lightbridge juga membekalkan perkhidmatan nasihat menyeluruh untuk program nuklear yang sudah mapan atau bakal muncul berdasarkan falsafah ketelusan, tidak tercemar, keselamatan dan kejayaan operasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.ltbridge.com.

Untuk menerima kemas kini tentang Lightbridge Corporation melalui e-mel, langgan http://ir.ltbridge.com/alerts.cfm.

Lightbridge juga berada di Twitter. Daftar masuk untuk mengikuti Lightbridge di Twitter: @LightbridgeCorp di http://twitter.com/lightbridgecorp.

Hubungan Akhbar AREVA NP:
Karen Heinold
(434) 856-6560
media.relations@areva.com

Hubungan Lightbridge:
David Waldman/Natalya Rudman
Crescendo Communications, LLC
Tel. +1 855-379-9900
ir@ltbridge.com


SUMBER : Lightbridge Corporation

KEJOHANAN MARATON ASIA KE-16 BERMULA DI DONGGUAN CHINA

DONGGUAN, China, 27 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada 26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Maraton Antarabangsa Dongguan 2017 bermula di Dongguan, China. Pesta larian itu telah menarik kehadiran 40 orang atlet profesional dan lebih 30,000 orang pelari dari 18 buah negara dan wilayah. GOPI THONAKAL dari India dan KIM HYE GYONG dari Republik Rakyat Demokratik Korea atau DPRK telah masing-masing memenangi acara maraton lelaki dan wanita pada kejohanan itu. Dengan menganjurkan Kejohanan itu, Dongguan telah diberikan peluang untuk meraih perhatian dunia sebagai sebuah bandar raya yang dinamik dan menawan.

Pada sekitar pukul 7:30 pagi pada 26 November, pertandingan itu bermula dengan satu das tembakan permulaan oleh tetamu terkenal termasuk Dr. Talib F Al-Sa, naib presiden bagi Persatuan Olahraga Asia (AAA), Maurice R. Nicholas, setiausaha agung AAA dan Lv Yesheng, setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Dongguan. Adalah diketahui bahawa pertandingan ini terdiri daripada empat acara, iaitu maraton penuh (42.195 km), separuh maraton (21.0975 km), maraton mini (5.2 km) dan Karnival Larian Ria (2.6 km).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10637

​VISTAJET MENJADI RAKAN KONGSI CHRISTIE'S UNTUK LAWATAN GLOBAL KOLEKSI PEGGY DAN DAVID ROCKEFELLER

Jualan tersebut akan menjadi lelongan amal paling signifikan yang pernah dipersembahkan

LONDON, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, satu-satunya syarikat penerbangan peribadi global pertama, mengumumkan pada hari ini tentang penajaan sedunianya untuk pameran dan lawatan Koleksi Peggy dan David Rockefeller, lelongan paling signifikan yang khusus untuk mengumpul dana untuk tujuan amal. Perniagaan seni peneraju dunia, Christie’s, akan mengendalikan jualan itu yang terdiri daripada pelbagai kategori, dan termasuk kemuncak lawatan pameran di Hong Kong, London, Los Angeles dan New York.

Foto untuk pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c78fdce7-7651-42a8-a621-14088da2cc86

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/33af2489-a9a8-4bbe-b5f7-78e4c1f29ca2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a16c208a-fd0f-4a59-8b1e-54cd97c3d8e5

“Kami berbesar hati dan teruja untuk menjadi rakan kongsi Christie’s untuk mempersembahkan pameran dan lawatan Koleksi Peggy dan David Rockefeller kepada dunia,” kata Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet. “Sejak saya mengasaskan syarikat ini pada tahun 2004, seni dan amal telah memainkan peranan penting sebagai semangat yang dikongsi dengan kebanyakan pelanggan kami. Menawarkan pengalaman terpilih – dalam bidang seni dan rekaan, hospitaliti, pelancongan dan budaya – adalah asas jenama VistaJet dan penajaan koleksi yang sebegitu penting adalah cara VistaJet menyokong bukan hanya seni, malah usaha amal David dan Peggy Rockefeller.”

Kemuncak koleksi ini akan didedahkan buat kali pertama di Hong Kong pada 24 November, menandakan bermulanya lawatan dunia untuk pengumpul karya seni terkemuka di dunia serta khalayak umum. Selepas Hong Kong, pameran akan diadakan di lokasi utama Christie’s di London, Los Angeles dan New York untuk menunjukkan elemen baharu untuk koleksi berbilang kategori ini di setiap hentian. VistaJet akan mengehoskan program eksklusif untuk acara pelanggan termasuk pengalaman menarik, forum seni dan siri ceramah. Lawatan dunia tersebut akan diakhiri dengan lelongan koleksi di Galeri Pusat Rockefeller Christie’s di New York pada Musim Bunga 2018.

Untuk menjadikan pameran tersebut lebih menarik, VistaJet telah mencipta tiga pengalaman eksklusif untuk pelanggan VistaJet dan Christie's. Pengalaman Dunia Seni akan menawarkan kepada pelanggan peluang untuk melancong ke keempat-empat pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di Hong Kong, London, Los Angeles dan New York dengan menaiki VistaJet untuk lawatan peribadi di setiap lokasi. Dengan menempah laluan berbilang peringkat ini, VistaJet akan menerbangkan pelanggan dan karya seni mereka tanpa kos tambahan atas penerbangan pada bila-bila masa, di mana jua*. Pengalaman anda juga termasuk setahun keahlian** untuk The Cultivist, kelab seni global.

Kedua, Pengalaman Langsung menawarkan jemputan untuk menerima keahlian komplimentari VistaJet Direct bernilai $10 ribu kepada mana-mana tetamu yang terbang dengan VistaJet untuk melawat sebarang pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di Hong Kong, London, Los Angeles atau New York. Keahlian Direct memberi pelanggan akses kepada penerbangan peribadi VistaJet yang tersedia pada kadar istimewa daripada sebarang peranti mudah alih menerusi aplikasi jet peribadi menyeluruh pertama di dunia.

Pengalaman ketiga yang eksklusif, Pengalaman Rockefeller, menawarkan peluang keemasan untuk menyertai lawatan penerokaan di sebalik tabir koleksi Rockefeller diikuti jamuan di Upstate New York untuk sehingga 10 orang tetamu yang menaiki salah satu daripada 72 jet perak dan merah VistaJet ke New York. Kemudian, tetamu akan dijemput untuk mengikuti lawatan peribadi pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di New York dan menyertai lelongan secara langsung di Christie’s New York bersama pakar seni terulung.

Jualan Koleksi Peggy dan David Rockefeller akan dijalankan menurut ikrar David Rockefeller untuk mendermakan sebahagian besar kekayaannya serta membiayai tujuan budaya, pendidikan, perubatan dan alam sekitar yang telah lama disokong oleh David dan Peggy Rockefeller. Semua hasil Estet akan diberikan kepada pertubuhan amal, memberi manfaat secara langsung bagi misi dermawan yang telah dikekalkan oleh keluarga tersebut selama sejak berdekad.

Dapatkan lebih maklumat untuk menikmati Koleksi Peggy dan David Rockefeller dengan VistaJet di VistaJet.com/TheArtOfFlying/Christies  

* Tertakluk pada terma dan syarat insurans dan pengangkutan.
** Keahlian The Cultivist mengikut permohonan.

Hubungan Akhbar VistaJet: 
Global dan EU: Jennifer Tyler | T: +44 203 617 3077 | M: +44 7834 335505 |  jennifer.tyler@vistajet.com 
Asia: Amy Yang | T: +852 2901 0502 | M: +852 9080 3985 | amy.yang@vistajet.com 

USA: Michael Salamanca | M: +1 917 755 3734 | michael.salamanca@vistajet.com  


Hubungan Akhbar Christie’s: 
New York: Sara Fox | + 1 212 636 2680 | sfox@christies.com 
London: Hannah Schweiger | +44 207 389 2664 | hschweiger@christies.com 
Hong Kong: Lavina Chan | +852 2978 9919 | lavinachan@christies.com  

         
Perihal VistaJet 
VistaJet adalah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh miliknya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Lebih maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Perihal Christie’s 

Christie’s, perniagaan seni peneraju dunia, telah mengendalikan lelongan global, jualan peribadi dan digital dalam separuh tahun pertama 2017 berjumlah £2.35 bilion / $3 bilion. Christie’s adalah nama dan tempat yang sinonim dengan seni luar biasa, perkhidmatan dan kepakaran yang tiada bandingan dan pesona antarabangsa. Christie’s menawarkan kira-kira 350 lelongan setiap tahun dalam lebih 80 kategori, termasuk semua jenis seni halus dan hias, barang kemas, fotograf, kolektibel dan banyak lagi. Julat harga adalah antara $200 hingga lebih $100 juta. Christie’s juga mempunyai sejarah yang panjang dan cemerlang dalam mengendalikan jualan peribadi untuk pelanggannya dalam semua kategori, dengan penekanan terhadap Pasca Perang & Kontemporari, Impresionisme & Moden, Pelukis Agung dan Barang Kemas. Di samping jualan biasa dalam talian, Christie’s juga dikenali secara global di 46 buah negara dengan 10 bilik jualan di seluruh dunia termasuk di London, New York, Paris, Geneva, Milan, Amsterdam, Dubai, Zürich, Hong Kong dan Shanghai. 

Sumber : VistaJet Ltd

--BERNAMA

Friday, November 24, 2017

AKADEMI KULINARI 1 MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) dengan kerjasama Nada Capital Berhad mengumumkan cadangan untuk pelaksanaan Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M) dengan jalinan kerjasama sokongan daripada Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendorong dan membantu masyarakat yang tinggal dikawasan luar Bandar menyertai program-program yang
akan diadakan dibawah Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M). 

Ini adalah usaha kami ke arah membangunkan ekonomi rumah tangga dibawah program (ERT) dan juga sebagai Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dengan mewujudkan Pusat Masakan. Program ini diperluaskan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada golongan wanita seperti kaum ibu/wanita, suri rumah, balu dan golongan kurang berkemampuan dapat mengisi tabung kewangan isi keluarga dengan memperolehi elaun kerja dan gaji bulanan melalui Akademi Kulinari 1 Malaysia ( AK1M).

AK1M bercadang untuk menawarkan perkhidmatan pembelajaran selama 1 Tahun dengan pembayaran elaun anggaran dari RM 400 sehingga RM 600 setiap peserta termasuk sajian makanan 2 kali sehari dan tawaran hostel penginapan. Setelah selesai tempoh setahun , pihak kami akan menawarkan Sijil Kemahiran dan Penyertaan sebagai pengiktirafan pencapaian kursus sambil bekerja. Untuk penyertaan bayaran berjumlah RM 300 dikenakan sebagai yuran pemprosesan dokumen dan temuduga. Setelah bersetuju dengan tawaran dan kursus penilaian selama 2 minggu di pusat atau restoran yang memberikan pengajaran asas akan dipindahkan ke restoran-restoran dan bahagian penyelia makanan yang berdaftar dibawah AK1M.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10612

Thursday, November 23, 2017

DENGAN SISTEM PENGURUSAN HOTEL OWLNEST BLOCKCHAIN OWLTING BERSASARAN UNTUK MENCAPAI 30,000 PENGGUNA DALAM SEKTOR HOSPITALITI PADA TAHUN 2019

NEW YORK, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sektor industri pelancongan antarabangsa yang bernilai US$ 7.6 trilion, menjanakan kira-kira 10% GDP daripada seluruh dunia. Jenama antarabangsa dan pemilik hotel tempatan menghadapi persaingan yang sengit di era internet. Sepanjang dekad ini, hotel perlu menguruskan tempahan-tempahan yang diterima dari pelbagai saluran dan menghabiskan waktu untuk semak ketersediaan bilik dan menyusun jadual pelanggan. OwlTing, sebuah syarikat teknologi berasal dari Negeri Taiwan yang terkenal dengan teknologi rantaian blok (blockchain) dan perniagaan e-dagang, melancarkan "Sistem Pengurusan Hotel OwlNest Blockchain," sebuah platform pengurusan penginapan bersepadu yang mampu membantu hotel di seluruh dunia untuk meningkatkan kesedaran jenama dan kepuasan pelanggan.

Pelancongan Antarabangsa Yang Terus Berkembang Mencabar Mutu Sistem Tempahan Hotel
Dengan munculnya pelbagai agensi pelancongan online (Online Travel Agent, OTA), hotel perlu menyeimbangkan harga yang dibahagi kepada saluran OTA utama dan di laman web mereka sendiri untuk memastikan keuntungan yang sihat. Hotel juga perlu lebih memahami pelanggan setia mereka dan menyediakan strategi pemasaran yang lebih proaktif, tetapi semua ini tidak mampu diperolehi dengan penggunaan sistem pengurasan yang sedia ada sekarang. Oleh sebab demikian, OwlTing beri tumpuan dalam mewujudkan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan manfaat inovasi teknologi maklumat blockchain. Dengan sistem OwlNest, hotel mampu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kepuasan pelanggan dan mendapat keuntungan lebih besar melalui platform berasaskan awan bersepadu.

Sistem Pengurusan Hotel Bersepadu Yang Berdasar Atas Sistem OwlNest Blockchain
Produk OwlTing yang meliputi e-dagang mudah-alih, panduan pelancongan tempatan dan perkhidmatan blockchain. "Pengalaman kejuruteraan teknologi yang OwlTing sedia ada, membolehkan kami untuk mencipta teknologi blockchain inovatif, yang mampu membawa manfaat kepada industri hospitaliti di taraf antarabangsa," kata Darren Wang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OwlTing. " Setelah pelancaran OwlNest, kami semua yang sedang berhubung dengan hotel dan hostel di antara Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Malaysia, bersasaran untuk  mencapai 30,000 pengguna di seluruh dunia pada tahun 2019. Kami mengharapkan bahawa dengan OwlNest yang berdasar atas teknologi blockchain akan mampu mencipta keuntungan yang lebih besar kepada hotel dan membawa kepuasan yang lebih baik kepada pelancong dengan menyelesaikan masalah kritikal yang menyukarkan mereka selama ini. Kami berusaha tegar untuk menawarkan pilihan bermutu tinggi kepada pasaran antarabangsa di seluruh dunia. "

OwlNest adalah sistem pengurusan hotel berdasarkan teknologi blockchain rantaian Ethereum yang pertama di dunia, dilengkapi dengan sistem pengurusan pemesanan dan harta (Property Management System, PMS). Dengan bantuan teknologi Blockchain, kontrak pintar yang ditulis dengan rantaian Ethereum bukan hanya membolehkan pengurusan inventori bilik yang lebih fleksibel dan pengurusan tempahan yang lagi cekap, ia juga meningkatkan privasi pelanggan dan meningkatkan keselamatan transaksi urusniaga. Selain itu, Kos pengambilan pekerja juga boleh dikurangkan dengan mengintegrasikan sistem pengurusan hotel (Booking Engine, PMS dan Channel Manager) pada lejar bersama, sambil menyatukan tempahan dari portal rasmi hotel, OTA atau saluran pengedaran yang lain.

OwlNest perkhidmatan blockchain juga membolehkan hotel untuk reka bentuk pakej harga tersuai, mengenai para pelanggan setia dan ciri kesukaan mereka dan menyesuaikan kempen promosi yang boleh berdasar atas masa musim dan mengenai tingkah laku para pelanggan yang secara automatik dan lebih mudah.

OwlNest yang direka bentuk secara berskala juga membolehkan hotel memperoleh pendapatan yang lebih banyak dengan menambah perkhidmatan tambahan di premis, pilihan tambahan panduan pelancongan tempatan, papan pemuka laman web bersepadu yang boleh menyambung portal rakan niaga lain dan semua menu membeli-belah seperti ini boleh didapati di dalam portal mereka sendiri (Booking Engine). OwlNest juga menyokong beberapa gerbang pembayaran seperti kad kredit, PayPal, WeChat, Alipay, Apple Pay, Bitcoin dan perkhidmatan pembayaran berasaskan blockchain yang lain pada masa yang akan datang. Sektor penginapan dan pemilik hotel akan menikmati manfaat sepenuhnya yang dibawa oleh sistem online PMS dan enjin tempahan laman web seperti “Amazon Web Services (AWS)”, bila-bila masa, di mana sahaja.

Taiwan Sebagai Sumber Inovasi Untuk Industri Blockchain Antarabangsa
"OwlTing adalah pelaburan strategik penting dalam portfolio pelaburan kami," kata Thomas Hu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kyber Capital. "Membangun modal perniagaan yang memang mampu menyelesaikan masalah kritikal dalam perniagaan adalah isu utama yang dihadapi oleh industri blockchain di seluruh dunia. OwlTing telah menetapkan penanda aras komersial baru yang hasilnya boleh diukur kepada semua usahawan blockchain. Kami berbangga untuk mengatakan bahawa sekali lagi, syarikat portfolio kami telah menunjukkan kekuatan dan potensi Taiwan dalam bidang blockchain. "

Pengenalan Syarikat - OwlTing

OwlTing adalah syarikat teknologi yang memberi tumpuan kepada e-dagang dan teknologi blockchain. Perkhidmatan OwlTing termasuk laman sosial, e-pasaran, panduan pelancongan antarabangsa dan perkidmatan penyelesaian blockchain. Laman panduan pelancongan OwlTing adalah satu daripada atas laman online dan yang paling cepat berkembang di Asia sejak dilancarkan pada tahun 2017.

Peta Susu dan Peta Buah-buahan Taiwan telah memecahkan halangan kaedah konvensional dalam perniagaan runcit dan pengedaran serantau, ia membantu petani dan pengilang supaya mereka boleh cepat beralih ke era e-dagang mudah alih dan membangunkan perniagaan mereka.

Pada bulan Mei tahun 2017, OwlChain yang dilancar oleh OwlTing adalah sistem penghasilan makanan berasaskan Ethereum yang pertama di dunia, dan seterusnya OwlNest yang merupakan perkhidmatan pengurusan hotel blockchain pertama di dunia dilancar pada bulan November.

OwlTing, dengan ibu pejabat di Taipei, Taiwan beroperasi antarabangsa dengan pejabat cawangan di Amerika Syarikat, Jepun dan Malaysia, ia juga akan terus berkembang ke Eropah pada tahun 2018.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Lesley Kuo
lesley@owlting.com

SUMBER : OwlTing

Wednesday, November 22, 2017

KARNIVAL PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN (KE-18) 2017 BERMULA

HAIKOU, China, 22 Nov (Bernama) -- Hainan Baharu yang Indah, Pulau Pelancongan Bahagia. Pada pagi 18 November, Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 dimulakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan. Tetamu dan perwakilan dari 15 buah negara dan 22 wilayah dan bandar raya China dan hampir 3000 hadirin menyaksikan dan berkongsi detik bahagia ini. Sheng Xiaoming, Timbalan Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC dan Gabenor bagi Wilayah Hainan, mengisytiharkan bahawa Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 telah bermula dan dimeriahkan dengan tetamu pada Majlis Pelancaran.

Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2017 mengalu-alukan pelbagai tetamu dari negara-negara dari luar China, termasuk Ireland, Romania, Filipina, Croatia, Rwanda, Bulgaria, Malaysia dan Itali.

He Xiqing, Naib Gabenor bagi Wilayah Hainan telah membuat ucapan, dengan menyatakan bahawa industri pelancongan, sebagai industri terkemuka bagi industri perkhidmatan moden Hainan, menunjukkan kekuatannya dalam menggerakkan manfaat. Kadar sumbangan keseluruhan industri pelancongan kepada KDNK, pelaburan tetap, cukai dan pekerjaan menghampiri atau melebihi 30%. Jumlah pelancong dan pendapatan pelancong di Hainan mengekalkan peningkatan dua angka selama bertahun-tahun. Bilangan pelancong telah meningkat sebanyak 10 juta orang-kali setiap tahun sejak tahun 2014. Pada tahun 2016, Hainan menerima lebih 60 juta pelancong manakala jumlah itu mencecah 70 juta pada tahun ini. Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan telah menjadi sebuah perayaan pelancongan dengan ciri-cirinya yang tersendiri dan sebuah kad nama bagi pelancongan dan kebudayaan dengan pengaruh antarabangsa dengan menganjur dan membangunkan Karnival itu sebanyak 17 kali berturut-turut. Karnival itu pada tahun ini adalah yang terbesar dengan tahap paling tinggi dan peserta yang paling ramai berbanding dengan semua sesi yang terdahulu.

Semasa Karnival itu, seluruh wilayah itu akan mengadakan majlis perasmian bagi Karnival itu, Persidangan Promosi Pelancongan Besar “Hainan Bahagia”, Persidangan Penubuhan Perikatan Promosi Pelancongan Riadah China dan Forum Pembangunan Pelancongan Riadah China, Ekspo Pelancongan Riadah Sedunia Hainan, Persidangan Perniagaan Pelancongan Hainan-Hong Kong-Macao, Pertandingan Jemputan Tarian Bambu Antarabangsa Hainan, Forum Komunikasi Pelancongan Antarabangsa Boao, Pesta Perdagangan dan Perniagaan Macao Dinamik, Persembahan Teater Khas untuk Karnival, Festival Muzik Elektronik Antarabangsa Biru dan Ekspo Makanan Pelancongan Antarabangsa Hainan dan aktiviti-aktiviti pameran lain. Bandar raya-bandar raya dan daerah-daerah di Wilayah Hainan akan juga mengadakan 118 aktiviti perayaan kesemuanya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10616

KEMPEN "TOHOKU MESRA MUSLIM" DILANCARKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PROJEK "TOHOKU BAHARU" KERAJAAN BERTUJUAN UNTUK MENGGALAKKAN PELANCONGAN DI TOHOKU

KEMPEN

AQUA CITY ODAIBA AKAN MENAWARKAN KOLEKSI YANG TIDAK PERNAH DIADAKAN SEBELUM INI BAGI MENU MI "RAMEN" MUSIM SEJUK YANG MEWAH YANG MENGGUNAKAN DAGING LEMBU KOBE, UDANG KARANG "ISE-EBI" DI RAMEN KOKUGIKAN MAI TOKYO DARI 1 DIS.

TOKYO, 22 Nov., 2017 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

- Menu Khas Ramen Boleh Didapati di 6 Kedai di Ramen Kokugikan Mai Tokyo; Acara-acara Krismas, Pertunjukan Bunga Api akan Menampilkan Odaiba -

AQUA CiTY ODAIBA, sebuah kompleks komersil di daerah Odaiba di Tokyo yang dikendalikan oleh Mitsubishi Jisho Retail Property Management Co., Ltd., akan menawarkan pelbagai mi ramen pada menu musim sejuk khas di enam buah restoran yang beroperasi di "Ramen Kokugikan Mai Tokyo," bermula pada Jumaat, 1 Disember.

Ramen Kokugikan Mai Tokyo di tingkat lima kompleks berkenaan -- yang menawarkan pilihan enam restoran ramen yang popular merentasi Jepun di satu tempat -- sibuk dengan tetamu dari seluruh pelusuk negara dan dari luar negara. Hidangan khas ramen yang ditawarkan oleh enam kedai berkenaan pada setiap musim sejuk menikmati populariti yang tinggi dengan pengunjung.

Kesemua produk ramen pada menu khas musim sejuk itu akan dijual pada harga 2,000 yen atau lebih, termasuk cukai penggunaan 8 peratus. Bahan-bahan mewah akan digunakan untuk sup dan hiasan atas bagi kesemua ramen khas.

AQUA CiTY ODAIBA berharap agar pelawat akan menikmati hidangan ramen yang asli yang mana enam restoran popular ini dari pelbagai tempat di Jepun akan ditawarkan hanya pada musim sejuk ini dengan penuh keyakinan.

KRISMAS RESORT TOKYO 2017 - AQUA CiTY ODAIBA - juga sedang berlangsung di kompleks komersil itu sebagai satu acara khas musim sejuk. Sebagai sebahagian daripada acara itu, Gelanggang Malam Musim Sejuk, sebuah gelanggang luncur yang diwujudkan khas, sedang beroperasi di kemudahan itu dan cahaya perayaan menambahkan seri warna warni pada pemandangan malam di kawasan teluk itu.

Tambahan pula, Pertunjukan Bunga Api Odaiba Rainbow 2017 akan diadakan pada setiap hari Sabtu pada bulan Disember, dengan hebatnya menerangi kawasan Odaiba. Ia akan menjadi suatu pemandangan musim sejuk yang indah dengan Jambatan Rainbow diterangi dalam tujuh warna.

"Musim sejuk ini, kami seperti juga dengan kebanyakan orang menikmati suatu masa istimewa di AQUA CiTY ODAIBA," kata seorang pegawai pengendali di kompleks komersil itu.

Laman web Ramen Kokugikan Mai Tokyo (Bahasa Inggeris):
http://www.aquacity.jp.e.yp.hp.transer.com/tokyo_ramen_kokugikan

Laman web KRIMAS RESORT TOKYO 2017 - AQUA CiTY ODAIBA (Bahasa Inggeris):
http://www.aquacity.jp.e.yp.hp.transer.com/news/1542

Laman web Pertunjukan Bunga Api Odaiba Rainbow 2017 (Bahasa Inggeris):
http://www.tokyo-odaiba.net/en/rainbow/hanabi2017.html


SUMBER: Mitsubishi Jisho Retail Property Management Co., Ltd.

XIAOSHAN, CHINA: DARI SEBUAH EKONOMI KAUNTI YANG TERKEMUKA KEPADA SEBUAH DAERAH BANDAR BERTARAF ANTARABANGSA

HANGZHOU, China, 22 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 18 November 2017, sebuah "perhimpunan keluarga" khas telah diadakan di Daerah Xiaoshan di Kota Hangzhou, satu daripada daerah bandar yang paling maju di timur China. 800 orang Xiaoshan, yang merupakan tokoh-tokoh terkemuka di pelbagai sektor merentasi negara itu dan dunia, kembali ke kampung halaman untuk majlis perjumpaan itu di bawah pelawaan kerajaan Daerah Xiaoshan untuk pertama kalinya.

Selepas hampir 40 tahun pembangunan, Xiaoshan, yang terkenal sebagai sebuah bandar raya usahawan dan reformis, telah berubah menjadi sebuah daerah bandar antarabangsa yang lazim pada masa sekarang dari sebuah ekonomi kaunti yang terkemuka di China dengan pencapaian ekonomi perbandaran yang mantap. Xiaoshan terletak di tebing selatan di Sungai Qiantang di China. Daerah moden ini adalah tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou. Ia terkenal kerana pembangunan ekonomi mereka dan telah berulang kali memenangi tempat pertama dengan destinasi terbaik untuk pelaburan di tanah besar China. Sejak reformasi dan pembukaan di China, orang ramai di Xiaoshan telah mencipta suatu keajaiban dalam perkembangan ekonomi persendirian di China.

Lu Guanqiu, yang baru sahaja meninggal dunia, berasal dari Xiaoshan. Beliau dianggap sebagai "godfather" atau orang berpengaruh dalam perusahaan milik
persendirian di China. Pada akhir 1970-an, beliau mengasaskan Kumpulan Wanxiang dan berkembang menjadi OEM pertama di China yang membekalkan komponen dan alat ganti automobil kepada General Motors. Anak syarikatnya di Amerika Syarikat telah membuka berdozen perniagaan di 26 negeri di Amerika Syarikat dan telah mewujudkan lebih 8,000 peluang pekerjaan di Amerika Syarikat. Negeri Illinois mengisytiharkan 12 Ogos pada setiap tahun sebagai "Hari Wanxiang" sebagai pengiktirafan di atas sumbangan syarikat China itu kepada negeri berkenaan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai sebuah syarikat kimia, Kumpulan Chuanhua telah mula berkembang untuk menjadi sebuah perusahaan persendirian moden yang terkenal dan pelbagai.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Xiaoshan, "heavyweight” atau ekonomi paling berpengaruh di China, memikul misi untuk "menggerakkan peralihan ekonomi dan sosial yang menyeluruh menerusi transformasi bandar raya." Kerajaan tempatan menyedari bahawa inovasi adalah pemacu nombor satu untuk
pembangunan.

Pelabuhan Maklumat Teluk Hangzhou, yang terletak di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Xiaoshan, merupakan sebuah platform "inkubasi" yang penting bagi industri Internet di Xiaoshan. Di sini telah mengumpulkan lebih daripada 30 syarikat Internet terkenal di China dan telah menjadi daya penggerak penting bagi Xiaoshan untuk melangkah ke hadapan dari sebuah kawasan pembuatan kepada sebuah kawasan ekonomi maklumat.

Pada masa ini, bentuk perindustrian baharu Xiaoshan, dengan pembuatan pintar sebagai terasnya, sedang berkembang. Pakatan data besar perindustrian China yang pertama dan makmal data besar perindustrian yang pertama telah diwujudkan di Xiaoshan. Gergasi Internet seperti Alibaba dan Netease, serta syarikat AI yang terkemuka kesemuanya telah memilih untuk menetap di sana.

Tempat utama bagi Sidang Kemuncak G20 Hangzhou ialah Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou di Xiaoshan. Blok di mana ia ditempatkan – Bandar Raya Ekspo Sukan Olimpik akan juga menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menurut statistik, dari 25 September 2016 ketika pusat itu dibuka sehingga sekarang, ia telah menganjurkan keseluruhannya lebih 1,800 persidangan dan 37 pameran dengan jumlah ruang pameran lebih dari 3.5 juta meter persegi. Dewan Experience bagi Sidang Kemuncak G20 telah menerima satu juta kunjungan.

Meraih pengiktirafan daripada penganjur persidangan antarabangsa, Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou pada tahun 2017 berjaya menyertai ICCA (Persatuan Kongres & Konvensyen Antarabangsa), dan menjadi ahli tunggal di China bagi UIA (Persatuan Kesatuan Antarabangsa). Pada masa akan datang, akan terdapat lebih banyak pameran, persidangan dan acara kebudayaan antarabangsa.

Adalah difahamkan bahawa Xiaoshan akan dibina ke dalam bandar raya pameran yang paling dinamik di China dan destinasi utama dunia bagi konvensyen dan pameran. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2019, jumlah hasil pameran akan mencapai lebih 15 bilion yuan (2.3 bilion dolar Amerika) dan akan ada lebih 1,000 persidangan antarabangsa yang akan dianjurkan. Ia boleh diramalkan bahawa Xiaoshan akan dengan itu membangunkan sebuah industri baharu -- pameran bertaraf mewah.

Selepas Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, Xiaoshan telah menjadi sebuah daerah bandar yang penting yang menghubungkan Hangzhou dengan dunia. Pada masa akan datang, daerah itu akan dengan bersungguh-sungguh membangunkan industri konvensyen dan pameran, dan semua usaha akan dibuat untuk membinanya menjadi sebuah bandar raya antarabangsa China yang berdasarkan kepada konsep "Pameran +".

SUMBER: Kerajaan Daerah Xiaoshan 


Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=301333

​KEJOHANAN MARATON ASIA MENUNJUKKAN SEBUAH BANDAR RAYA YANG YAKIN: DONGGUAN

DONGGUAN, China, Nov. 22, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Marathon Antarabangsa Dongguan 2017 di bawah tema "Dongguan yang Indah, Maraton yang Mengujakan" akan bermula di Dongguan, China. Kejohanan yang akan datang ini menarik hampir 30,000 orang pelari, termasuk 49 atlet profesional dari 22 buah negara dan wilayah Asia seperti Jepun, Republik Korea, Republik Rakyat Demokratik Korea dan India.

Sebagai satu-satunya pertandingan antara benua di Asia, Kejohanan Maraton Asia untuk tahun ini akan diadakan bersama-sama dengan Maraton Antarabangsa Dongguan. Pertandingan itu terdiri daripada 4 acara, iaitu maraton penuh, separuh maraton, maraton mini dan Karnival Larian Ria, terbuka kepada peserta profesional atau amatur, menyebarkan kegembiraan dan keghairahan. Walaupun bandar raya itu telah meningkatkan kuasa lembut mereka sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu, jawatankuasa penganjur juga telah membentuk sebuah persekitaran yang lebih baik di sepanjang trek. Langkah itu direka untuk mempamerkan keindahan Dongguan sebagai sebuah bandar raya antarabangsa yang terkenal untuk pengeluaran pintar dan imbangan ekologi. "Trek itu telah diluluskan secara rasmi untuk digunakan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Persekutuan Olahraya dan Persatuan Olahraga Asia. Ini juga menunjukkan keupayaan Dongguan untuk meneruskan pembangunan ekologi dan pengurusan bandar raya," kata Fu Weibo, timbalan pengarah bagi jabatan pertandingan di Pusat Pentadbiran Olahraga, Pentadbiran Am bagi Sukan China.

Dongguan secara tradisinya terkenal sebagai "Bandar raya Sukan", khususnya sebuah negeri bagi renang, angkat berat dan perahu naga. Dengan kekuatannya yang sangat profesional, bandar raya itu telah memupuk suasana yang memberangsangkan bagi orang ramai untuk bersenam sejak sekian lama dan menyaksikan pelbagai acara sukan antarabangsa, termasuk FIBA Bola Keranjang Piala Dunia, Piala Dunia Golf dan BWF Piala Sudirman. Semasa meletakkan ekonominya di landasan yang pantas, Dongguan telah sekian lama memberi tumpuan kepada pembinaan ekologi dan perlindungan alam sekitar, kata Yang Xiaotang, ketua publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Dongguan CPC. Mengadakan kejohanan maraton dan acara sukan berskala besar yang lain, kata beliau, akan membawa program sukan untuk semua itu ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, ia akan membantu rakyat menghargai landskap semula jadi bandar raya itu, warisan budaya dan pencapaian dalam pembangunan ketika mereka terlibat dalam sukan dalam cara saintifik. Inilah caranya Dongguan muncul sebagai sebuah magnet bagi bakat-bakat global.

Dengan menganjurkan Kejohanan Maraton Asia ke-16, Dongguan akan meningkatkan program sukan dan kebudayaan mereka sebagai sebuah bandar raya yang lebih yakin dan bersemangat. Ini akan menarik lebih banyak perhatian daripada semua komuniti berhubung perlumbaan larian dan menggalakkan minat yang lebih dalam latihan dan kesihatan. Adalah jelas bahawa orang ramai yang suka berlari akan menjadikan bandar raya itu berdiri yakin dan pada masa yang sama menggalakkan kecergasan dan kesegaran yang selalu dinikmati oleh Dongguan.

SUMBER: Jawatankuasa Penganjur bagi Kejohanan Maraton Asia ke-16

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN ACARA "MALAM SKY JAZZ" DI LOUNGE KELAB "GRAND PREMIER"

Menikmati pemandangan panorama bandar raya dari ketinggian 160 meter


TOKYO, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan acara jazz khas untuk tetamu yang menginap di Tingkat Kelab “Grand Premier” kami pada 7, 8, 14, 15, dan 16 Disember, 2017. Satu pasangan yang terdiri daripada artis piano dan artis kontrabes akan mengadakan persembahan jazz selama 30 minit di Lounge Kelab kami yang terletak di tingkat 45 pada pukul 5:30 petang, 6:30 petang, dan 7:30 malam. Tetamu yang mendengar sesi jazz ini boleh menikmati hors d' oeuvres atau pembuka selera, dan minuman beralkohol dan tanpa alkohol secara percuma.

Tingkat Kelab "Grand Premier" kami telah diubah suai dan baharu sahaja dibuka pada Disember 2016, dengan bilik-bilik tetamu dilengkapi dengan pelbagai barangan premium termasuk cadar buatan khas 300 benang Antoinette, tuala Imabari, produk penjagaan diri  L'OCCITANE, dan pembesar suara Bluetooth premium BOSE. Sebuah perkhidmatan pekerja rencam yang berdedikasi juga disediakan untuk mewujudkan pengalaman penginapan yang sangat indah untuk tetamu "Grand Premier" kami. Lounge Kelab kami yang mewah dan luas berukuran 535 meter persegi itu menawarkan pemandangan yang menakjubkan yang menghadap Tokyo dari ketinggian 160 meter dari atas permukaan bumi dengan perkhidmatan sarapan, waktu minum teh dan waktu minuman keras yang disediakan antara pukul 7 pagi hingga 10 malam, dan merupakan suatu tempat yang sempurna untuk tetamu berehat dari kesibukan perjalanan mereka.

Acara jazz khas ini memperingati ulang tahun pertama tingkat "Grand Premier" kami yang baharu dibuka, dan menonjolkan suasana mewah dan romantis bagi Lounge Kelab kami.

Acara "Malam Sky Jazz" untuk Tetamu yang Menginap di Tingkat Kelab "Grand Premier"

Tarikh: 7 Disember (Khamis), 8 (Jumaat), 14 (Khamis), 15 (Jumaat) dan 16 (Sabtu)
              [Sesi 30 minit dari pukul 5:30 petang, 6:30 petang dan pukul 7:30 malam]
              * Artis Duo Piano dan Kontrabes
 
Pakej Penginapan “Grand Premier 
[Bilik Kelab Grand Premier]  Bermula dari JPY45,000
[Suite Grand Premier]                    Bermula dari JPY90,000


*Kadar bilik: 2 tetamu untuk setiap bilik bagi satu malam termasuk kegunaan Lounge Kelab, sarapan, caj perkhidmatan dan cukai.
Untuk Tempahan: +81-3-5322-8000 (Talian Terus Tempahan Bilik)

Arkib bagi Siaran Media

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

INISIATIF BRIGHTLINE MENGUMUMKAN PENAMBAHAN SYARIKAT TELEKOM SAUDI - STC

Pembekal Telekomunikasi Terbesar Arab Saudi Menyertai Pakatan untuk Membantu Perusahaan Meningkatkan Kadar Kejayaan bagi Inisiatif Strategik


RIYADH, Arab Saudi, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Inisiatif Brightline hari ini mengumumkan bahawa Syarikat Telekom Saudi (STC) akan menyertai pakatan Inisiatif Brightline untuk membantu meningkatkan disiplin bagi pengurusan inisiatif strategik dan merapatkan jurang di antara reka bentuk dan penyampaian strategi perusahaan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/

Perjanjian inisiatif itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari dan oleh Pengarah Eksekutif Brightline Ricardo Vargas.

Dilancarkan pada awal tahun 2017 oleh Project Management Institute (PMI), Boston Consulting Group (BCG) dan Agile Alliance, Inisiatif Brightline adalah sebuah pakatan bukan komersil yang berdedikasi untuk membantu kumpulan eksekutif merapatkan jurang yang mahal dan tidak produktif di antara reka bentuk dan penyampaian strategi.

"STC mempunyai kepakaran yang mendalam dan kejayaan yang masyhur di dalam membina dan melaksanakan strategi. Kami tidak sabar-sabar untuk menyertai sebuah pakatan yang menyatukan organisasi dan ahli akademik terkemuka di seluruh dunia untuk menangani isu perniagaan kritikal dalam penyampaian strategi yang berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STC, Dr. Khaled Biyari. Beliau menambah: "Bagi STC, keupayaan ini adalah teras dalam menakluki peluang-peluang baru muncul di MENA dan pada masa yang sama kekal sebagai sebuah pemimpin di dalam ICT dan menguruskan cabaran keseluruhan pada tahun-tahun akan datang."

Sebuah laporan dari satu kaji selidik pelbagai sektor global di kalangan 500 eksekutif kanan yang dijalankan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) dan ditugaskan oleh Inisiatif Brightline mendapati bahawa hampir 90% daripada responden kaji selidik global itu mengakui bahawa mereka gagal untuk mencapai kesemua matlamat strategik mereka kerana mereka tidak melaksanakannya dengan baik, dan lebih daripada separuh (53 peratus) bersetuju bahawa keupayaan penghantaran yang tidak mencukupi telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tidak kompetitif.[1]

Pengarah Eksekutif Brightline Ricardo Vargas berkata, "Inisiatif Brightline mengalu-alukan STC ke dalam pakatan kami yang semakin bertambah ketika kami membantu organisasi merapatkan jurang pelaksanaan strategi dalam suatu era disruptif dan cabaran sosial dan ekonomi. Adalah penting untuk menyatakan bahawa strategi hanyalah merupakan pelan pasif di atas sekeping kertas melainkan organisasi mencari jalan untuk mempengaruhi tingkah laku pekerja dan menanamkan cara baharu untuk bekerja bersama."

Maklumat mengenai Inisiatif Brightline

Inisiatif Brightline adalah sebuah pakatan yang terdiri daripada organisasi global yang terkemuka yang membantu eksekutif merapatkan jurang yang mahal dan tidak produktif di antara strategi reka bentuk dan strategi penyampaian. Brightline menjalankan penyelidikan pemikiran kepimpinan dan menggalakkan amalan terbaik yang direka untuk meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi bagi menyampaikan maksud strategik.

Maklumat mengenai STC

Dengan beribu pejabat di Riyadh, Kumpulan Telekom Saudi adalah yang terbesar di Timur Tengah dan Afrika Utara berdasarkan kepada nilai pasaran mereka kerana ia menjanakan lebih 51,825 bilion riyal (13,825 bilion dolar) dalam hasil yang boleh direalisasikan pada tahun 2016 dan 8,539 bilion riyal (2,277 bilion dolar) sebagai pendapatan bersih. STC ditubuhkan pada tahun 1998 dan pada masa ini mempunyai kira-kira 100,000,000 pelanggan di seluruh dunia dan di mana mereka menyediakan penyelesaian berinovatif yang berasaskan kepada pengetahuan berteknologi tinggi. Ia memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan menerusi sebuah rangkaian gentian optik yang merangkumi 137,000 kilometer merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah. Di Arab Saudi (tapak operasi utama kumpulan itu) STC mengendalikan rangkaian mudah alih moden yang terbesar di Timur Tengah kerana ia merangkumi lebih 99% kawasan penduduk negara itu selain menyediakan jalur lebar mudah alih 4G kepada lebih 85% penduduk merentasi Kerajaan Arab Saudi. Selain itu, operasi utama mereka di Arab Saudi, yang ia miliki 100%, pelaburan STC termasuk pemilikan 100% di dalam Viva Bahrain, 51.8% saham di Viva Kuwait bersama dengan kontrak pengurusan, 35% saham di Oger Telecom Limited di Emiriah Arab Bersatu dan yang menguasai Turk Telecom, Avea di Turki, Cell-C di Afrika Selatan, 25% saham di Binariang GSM Holding di Malaysia yang mengendalikan kedua-dua Maxis di Malaysia dan Aircel di India. Sebagai tambahan kepada yang dinyatakan di atas, STC mempunyai pelaburan dalam teknologi maklumat, kandungan, pengedaran, pusat hubungan dan hartanah, yang kesemuanya menyokong operasi telekom mereka merentasi Timur Tengah.

1] Economist Intelligence Unit (EIU), "Merapatkan Jurang: Mereka bentuk dan Menyampaikan sebuah Strategi yang Berfungsi", 2017.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20171121005474/en/

Hubungi
Inisiatif Brightline
Tahirou Assane, +1 613-981-8211
Pengarah bagi Operasi dan Program
tahirou.assane@brightline.org

Sumber: Inisiatif Brightline

CHTF 2017 MENGHIMPUNKAN PERUSAHAAN DARI 27 NEGARA "ONE BELT, ONE ROAD"

SHENZHEN, China, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mengulangi inisiatif "One Belt, One Road" itu, Pameran Hi-Tech China ke-19 (CHTF 2017) yang berakhir pada 21 November, menpelawa lebih dari 30 buah negara dan organisasi antarabangsa, termasuk Argentina, Belgium, Republik Czech, Jerman, Greece, Iran, Lithuania, Pakistan, Poland, Rusia, Sweden, United Kingdom dan Kesatuan Eropah, untuk mempamerkan bersama di Pavilion "One Belt, One Road", sekali gus menetapkan satu rekod baharu dalam sejarahnya.

Delegasi Bavaria menghantar 11 perusahaan termasuk peneraju teknologi tinggi terkemuka seperti Pfaff-Silberblau, sebuah perintis di dalam pemacu mekanikal dan peralatan dan penyelesaian pengangkat di bawah Produk Kejuruteraan Columbus McKinnon, serta empat pendatang baharu termasuk syarikat permulaan yang paling berinovatif NavVis.

Delegasi Korea sekali lagi memecahkan rekod mereka dari segi jumlah pempamer. Institut Pengembangan Industri IT Kebangsaan (NIPA), Institut Pembangunan Permulaan & Keusahawanan Korea (KISED), Pusat Keusahawanan Universiti Daejeon, Kampus Inovasi Pintar Korea, Delegasi Teknologi Tinggi Korea kesemuanya memperlihatkan penyelesaian pintar dan saling berkaitan di CHTF, yang meliputi IT, komunikasi, biologi, penjagaan kesihatan, kecantikan, robotik, AR&VR, IOT, ICT, keselamatan dan tenaga.

Lawatan Presiden China Xi ke Republik Czech pada tahun 2016 telah meningkatkan hubungan politik, ekonomi dan budaya di antara kedua-dua buah negara. Tahun ini, Kedutaan Czech ke China dan Suruhanjaya Penggalakan Pelaburan Czech bersama-sama mengetuai delegasi terbesar ke CHTF dengan produk teknologi tinggi yang paling maju di negara itu. Semasa penganjuran pameran itu, Jerayawara Persekitaran Teknologi dan Pelaburan Czech telah diadakan, di mana Pengarah Greater China bagi Czech memperkenalkan persekitaran pelaburannya dan pengusaha Czech memperkenalkan teknologi Czech, seperti nanoteknologi, bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, IT dan AI.

Di samping itu, Pusat Inovasi China-Brazil mengadakan pameran sekali lagi. Satu delegasi pembeli yang diketuai oleh Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Brazil Selatan juga melawat CHTF. Selain negara-negara Amerika Latin, negara-negara Eropah Timur, seperti Republik Czech dan Estonia, menambahkan penyertaan baharu kepada pempamer antarabangsa. Jabatan Sains dan Pendidikan Rusia, Negeri Bavaria Jerman dan Dewan Perniagaan dan Industri Nuremberg, Wilayah Walloon di Belgium telah menghantar delegasi ke CHTF selama 19 tahun. Delegasi veteran yang lain adalah dari Australia, Greece, Pakistan, Iran, Malaysia, Poland, Belanda, dan Kesatuan Eropah. CHTF menyediakan sebuah platform bagi mereka untuk mempromosikan produk, menjangkau ke perusahaan dan organisasi China, menjalankan kerjasama dan akhirnya mencapai pembangunan bersama.

Hubungi
Pameran Hi-Tech China
Yang Dan, 86 755 8284 8695
http://www.chtf.com/english/
yangd@chtf.com

Sumber: Pameran Hi-Tech China

PERISIAN PENGURUSAN KESELAMATAN ATM BAHARU OLEH TMD SECURITY BERGABUNG DENGAN TEKNOLOGI KESELAMATAN MEMPERTAHANKAN TERHADAP SKIMING, SERANGAN FIZIKAL TERMASUK LETUPAN DAN MALWARE

SINGAPURA, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TMD Security hari ini mengumumkan pengeluaran portfolio Perisian Pengurusan Keselamatan mereka yang merangkumi Pemantauan Kit Keselamatan, Pengurusan Profil, Pengurusan Akses dan Pengesanan Penipuan ATM.

Pemantauan Kit Keselamatan memberikan penglihatan papan pemuka ‘satu pandangan’ dengan serta merta berhubung status kit keselamatan pada rangkaian berkenaan, dengan makluman waspada melalui e-mel, SMS atau aplikasi mudah alih, sekali gus memastikan bahawa setiap ATM dilindungi dan panggilan perkhidmatan adalah produktif, mengurangkan kos dan memaksimumkan kemudahan pemegang kad.

Pemantauan Kit Keselamatan berfungsi dengan teknologi 'percikan' Kit Pertahanan Gas untuk menyalakan dengan selamat apa-apa gas yang dimasukkan oleh penjenayah ke dalam ATM, sekali gus mencegah letupan, dan memaklumkan mengenai sebarang serangan. Kit Perwarnaan Note+ melindungi terhadap serangan letupan dengan menggunakan dakwat untuk meneutralkan nilai note itu dan 'menjejaskan hadiah itu'. Tidak seperti sistem pewarnaan note yang lain yang dimusnahkan oleh letupan sebelum mereka mempunyai masa untuk mengaktifkan dakwat berkenaan, Kit Pewarnaan Note+ menggunakan teknologi gelombang kejut yang dipatenkan yang dengan serta-merta merosakkan kanister dakwat dan mewarnai note itu hasil daripada impak letupan. Ciri-ciri keselamatan tambahan mewarnai note itu jika terdapat serangan fizikal tradisional dengan menggunakan pengisar atau alat terma, dan Pemantauan Kit Keselamatan menghasilkan amaran.

Pengurusan Profil melindungi terhadap malware dan serangan kotak hitam dengan membandingkan perisian dan perkakasan di ATM dengan versi betul yang ditetapkan yang disimpan secara berpusat dan memberi isyarat jika perubahan dibuat.

Pengurusan Akses memastikan bahawa hanya pengguna yang dibenarkan mempunyai akses kepada ATM itu melalui USB atau Windows dan mempertahankan terhadap malware.

Pengesanan Penipuan ATM memaklumkan jika urus niaga yang mencurigakan berlaku di ATM itu dengan membandingkan peraturan perniagaan yang telah ditetapkan dengan urus niaga sebenar dan ATM boleh sama ada ditutup atau kad itu boleh disekat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10611

Tuesday, November 21, 2017

​TELSTRA DAN SIGMA SYSTEMS AKAN MEMBUAT PEMBENTANGAN PENCIPTAAN TAWARAN DINAMIK YANG BERASASKAN KATALOG DI TM FORUM LIVE! ASIA

TORONTO, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyampaikan pembentangan di TM Forum Live! Asia dengan kerjasama Telstra, syarikat telekomunikasi dan teknologi yang terkemuka di Australia.

Ketua Pegawai Teknologi Sigma (CTO), Catherine Michel, akan berada di atas pentas dengan Ketua Pegawai Teknologi (Pelanggan) Telstra, Dr. Fawad Nazir, untuk membincangkan mengapa penyedia perkhidmatan tradisional perlu mengguna pakai suatu penetapan minda "natif digital" dan ketangkasan operasi yang sesuai untuk berkembang maju di dalam sebuah ekonomi digital. Keupayaan untuk mewujud dan melancarkan penawaran baharu dalam beberapa minit sahaja, dan bukannya dalam tempoh berbulan-bulan, dan dengan pantas membolehkan model perniagaan baharu sangat penting untuk kejayaan sesebuah pengendali.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10615

OCTAPHARMA MENYUMBANGKAN 30.5 JUTA UNIT ANTARABANGSA BAGI UBAT NUWIQ UNTUK MERAWAT MEREKA YANG MENGHIDAPI HEMOFILIA DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN

LACHEN, Switzerland, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 2017: Octapharma dengan sukacitanya ingin mengumumkan penyelesaian sebuah sumbangan amal untuk 30.5 juta unit antarabangsa bagi produk VIII faktor rekombinan yang diperolehi dari titisan sel manusia, Nuwiq®, dengan kerjasama Projek SHARE, Andover Utara, Massachusetts (Amerika Syarikat).
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat teks lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51718944&lang=en      
 
Sehingga 75% daripada kira-kira 400,000 orang di dunia yang menghidapi hemofilia mempunyai hanya sedikit atau tiada akses langsung kepada rawatan yang menyelesaikan pendarahan yang boleh mengancam anggota badan atau nyawa, dan membolehkan pembedahan dan pemulihan. Satu program kemanusiaan, Projek SHARE memudahkan pendermaan produk faktor pembekuan darah untuk merawat mereka yang menghidapi hemofilia yang memerlukan terapi penggantian faktor di negara-negara di mana ubat-ubatan ini adalah terhad atau masih belum dapat diperolehi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10614

​NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMBENTANGAN DATA KLINIKAL UNTUK NSI-189 DALAM GANGGUAN KEMURUNGAN MAJOR DI MESYUARAT TAHUNAN AMERICAN COLLEGE OF NEUROPSYCHOPHARMACOLOGY AKAN DATANG

​NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMBENTANGAN DATA KLINIKAL UNTUK NSI-189 DALAM GANGGUAN KEMURUNGAN MAJOR DI MESYUARAT TAHUNAN AMERICAN COLLEGE OF NEUROPSYCHOPHARMACOLOGY AKAN DATANG

MADISON REALTY CAPITAL MENYEDIAKAN $64.0 JUTA PEMBIAYAAN PEMBINAAN UNTUK PEMBANGUNAN DI 200 KENT AVENUE DI WILLIAMSBURG, BROOKLYN

Pemaju Tempatan yang Berpengalaman memohon kepada MRC untuk Pinjaman Pembinaan bagi Projek Guna Campur Runcit yang Terletak di Tapak Blok Penuh di Satu daripada Kawasan Kejiranan yang Paling Menarik di New York

NEW YORK, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC) mengumumkan penyelesaian sebuah pinjaman pembinaan bernilai $64.0 juta untuk 200 Kent Avenue, sebuah pembangunan guna campur yang berkeluasan 117,326 kaki persegi yang terletak di Williamsburg, Brooklyn. Bahagian runcit bagi harta tanah itu, yang akan merangkumi lebih 600 kaki buka depan, akan diterajui oleh sebuah rantaian perniagaan barang runcit kebangsaan yang popular. Secara keseluruhannya, projek itu akan menawarkan 50,101 kaki persegi ruang niaga, 22,055 kaki persegi ruang pejabat dan restoran, dan 45,170 kaki persegi tempat letak kereta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10606