Wednesday, February 28, 2018

TOSHIBA UMUMKAN PEMACU CAKERA KERAS 2TB YANG BAHARU BAGI APLIKASI STORAN PELANGGAN

-- Model Siri MQ04 HDD 2TB yang baharu menyampaikan lebih banyak kapasiti untuk komputer riba, sistem permainan dan aplikasi storan pelanggan yang lain --

TOKYO, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") hari ini mengumumkan Siri MQ04 2TB[1] HDD model MQ04ABD200 mereka yang baharu, yang direka untuk digunakan di dalam komputer riba, semua dalam satu dan sistem komputer meja yang nipis, dan aplikasi lain yang memerlukan storan berkapasiti tinggi dan ketahanan kelas mudah alih 2.5 inci[2] .

Model dwi-cakera MQ04ABD200 itu menyampaikan kapasiti storan 2TB di dalam faktor bentuk kompak 2.5 inci, ketinggian 9.5mm. Antara muka pemacu 6Gbit[3] SATA dan prestasi 5,400rpm, dan digabungkan dengan sebuah penimbal 128MiB[4] yang besar, yang menghasilkan di dalam peningkatan 34 peratus di dalam kadar pemindahan maksimum dan pembaikan 50 peratus di dalam kecekapan kuasa[5] berbanding dengan generasi model kelas mudah alih 1TB Toshiba sebelum ini, MQ01ABD100.

"Mencapai keupayaan 2TB di dalam faktor bentuk 2.5 inci yang standard di dalam industri adalah satu kemajuan besar di dalam kedua-dua nilai dan prestasi, dan membantu meningkatkan watt bagi setiap GB untuk menyumbang kepada hayat bateri yang lebih baik di dalam komputer mudah alih," kata Shuji Takaoka, Pengurus Besar bagi Bahagian Penyimpanan Produk di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation. "Dengan sebuah warisan reka bentuk dua cakera 9.5mm yang sedia terbukti, model MQ04 2TB yang baharu itu menawarkan nilai dan kapasiti yang sangat baik."

Ketersediaan umum bagi penghantaran model MQ04 2TB akan bermula hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10886

ALPS ELECTRIC AKAN MENGADAKAN PAMERAN DI CONVERGENCE INDIA 2018 BUAT KALI PERTAMA

Untuk Memperkenalkan Teknologi bagi loT dan Automobil Generasi Akan Datang
 
TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengeluar komponen elektronik Jepun Alps Electric Co., Ltd. (TOKYO: 6770; Presiden: Toshihiro Kuriyama; Ibu Pejabat: Tokyo) akan mengadakan pameran di Convergence India 2018 untuk memperkenalkan teknologi mereka, dengan tumpuan khusus kepada Internet untuk Segala-galanya (IoT) dan pasaran elektronik automotif. Convergence India 2018 dibuka di Pragati Maidan di New Delhi, India, pada 7 Mac 2018.

Di Convergence India 2018, pameran ICT yang terbesar di Asia Selatan, Alps Electric akan mempamerkan produk untuk pasaran IoT dan automotif.

Sorotan Penting Pameran

1. Modul Rangkaian Sensor IoT

Modul rangkaian sensor untuk mengumpulkan pelbagai data, penting bagi penciptaan perniagaan IoT. Mengintegrasikan sensor yang berkuasa rendah, berketepatan tinggi dan padat dengan modul komunikasi Bluetooth®, produk-produk ini berupaya untuk memperolehi tekanan, suhu, kelembapan, cahaya ambien dan data alam sekitar yang lain, serta penderia enam paksi (geomagnetisme + pemecutan).

Satu aplikasi khas (untuk Android) tersedia untuk melihat data dan mengubah tetapan pada telefon pintar atau tablet. Di samping itu, pensijilan radio telah diperolehi untuk pelbagai wilayah di seluruh dunia, yang membolehkan perkembangan yang lancar dan berkos rendah bagi ujian demonstrasi.

Di Convergence India 2018, kami akan mempamerkan contoh-contoh aplikasi yang sebenar di dalam bidang-bidang yang termasuk pengesanan keabnormalan di kemudahan kilang dan teknologi sukan.

2. Modul Komunikasi V2X (Kenderaan ke X)

Modul Komunikasi V2X Alps Electric, yang pertama di dalam industri yang dihasilkan secara besar-besaran, menyokong kedua-dua antena tunggal dan dwi (menghantar/ menerima kepelbagaian). Mereka juga boleh didapati sebagai satu pakej dengan sebuah tindan protokol ETSI atau WAVE ditambah dengan sebuah cip keselamatan.

Modul-modul lain untuk komunikasi kenderaan ke kenderaan (V2V) atau kenderaan ke infrastruktur (V2I), bagi membolehkan kenderaan bersambung, juga akan diperkenalkan. Ia termasuk Modul GNSS dan LTE.

Jika anda berada di Convergence India 2018, sila singgah di petak pameran Alps Electric.

Panduan Pameran
Pameran: Convergence India 2018
Tarikh: 7 hingga 9 Mac, 2018
Tempat: Pragati Maidan (New Delhi, India)
Lokasi Petak Pameran: Petak Pameran C117, Dewan 11
 

Barang Pameran
 
 
• Modul Rangkaian Sensor IoT

• Modul Rangkaian Sensor IoT (Jenis Pengembangan Fungsi)

• Modul Komunikasi V2X

• Modul GNSS

• Modul LTE

• Sensor Injak Brek

• Sensor Posisi Selak

• Sensor Sudut Stereng

• TACT Switch™ dan banyak lagi...
 
Alps Electric Core Technologies

Alps Electric memiliki teknologi teras di dalam tiga bidang — antara muka manusia-mesin, sensor dan penyambungan — dan tidak henti-henti mencipta komponen elektronik yang bernilai bagi pelanggan melalui pengayaan dan gabungan teknologi-teknologi tersebut.

Syarikat itu telah melaksanakan dengan sangat baik dalam bidang-bidang ini. Dalam antara muka manusia-mesin dan domain sensor, Alps Electric telah dipilih sebagai pembekal utama bagi produk untuk aplikasi yang termasuk telefon pintar, konsol permainan dan automobil. Dan di dalam domain penyambungan, syarikat itu mendahului industri itu dalam memulakan pengeluaran besar-besaran bagi modul V2X untuk komunikasi kenderaan ke kenderaan dan kenderaan ke infrastruktur.

Maklumat mengenai Alps Electric Co., Ltd.

Nama syarikat: Alps Electric Co., Ltd.
Ditubuhkan: 1 November, 1948
Modal: 38.730 bilion yen (sehingga akhir Mac 2017)
Bilangan pekerja (disatukan): 42,053 (sehingga akhir Mac 2017)
Bilangan pekerja (Komponen Elektronik): 22,688 (di seluruh dunia, sehingga akhir Mac 2017)
Jualan bersih (disatukan): 753.262 bilion yen (tahun berakhir 31 Mac, 2017)
Jualan bersih (Komponen Elektronik): 437.676 bilion yen (tahun berakhir 31 Mac, 2017)

Hubungi
Pertanyaan Mengenai Siaran Media Ini
Alps Electric Co., Ltd.
Asagi Tsukahara, +81-3-5499-8001
Pasukan Perhubungan Awam
Pejabat Perancangan Korporat
asagi.tsukahara@jp.alps.com

Sumber: Alps Electric Co., Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180228005509/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

AIRSPAN DAN SPRINT DIPILIH SEBAGAI PEMENANG BAGI "KEJAYAAN CEMERLANG TEKNOLOGI MUDAH ALIH TERBAIK" DI ANUGERAH GLOMO 2018

BARCELONA, Sepanyol, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Airspan dan Sprint sangat berbangga kerana telah dipilih sebagai pemenang bagi anugerah Kejayaan Cemerlang Teknologi Mudah Alih Terbaik sebagai pengiktirafan dalam menjadi perintis dan kejayaan mengaturkan kedudukan bagi sel kecil dalaman tanpa wayar yang pertama, Magic Box, yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan rangkaian, menambahkan kelajuan data dan mempertingkatkan pengalaman pengguna.
 
"Kami amat gembira kerana Magic Box kami yang berinovatif ini telah diiktiraf oleh GSMA dan hakim-hakim di dalam kategori yang sangat kompetitif dengan beberapa syarikat terbesar di dunia," kata Robert Kingsley, Pengarah bagi Sel Kecil dan Pembangunan WiFi di Sprint. "Kesederhanaan dalam pemasangan dan kecerdasan terbina dalam bagi Magic Box telah menjadikan pengalaman rangkaian pelanggan kami lebih baik pada setiap hari."
 
"Perkongsian kami dengan Sprint menjadikan kenyataan keupayaan yang telah dijanjikan sekian lama mengenai sel-sel kecil untuk meningkatkan kecekapan rangkaian dan memperluaskan liputan dan keupayaan rangkaian secara keberkesanan kos," kata Eric Stonestrom, Ketua Pegawai Eksekutif Airspan Networks. "Magic Box itu akhirnya menjawab seruan untuk satu penyelesaian pemasangan sendiri, berkos rendah, berprestasi tinggi kepada isu-isu liputan rangkaian."
 
Anugerah Kejayaan Cemerlang Teknologi Mudah Alih Terbaik itu menyoroti sumbangan yang dilakukan oleh Pengendali Mudah Alih, pengeluar, dan pembekal untuk meningkatkan penggunaan mudah alih, mengembangkan pengalaman pengguna, dan membantu mengembangkan peluang-peluang perniagaan.
 
Kategori yang sangat luas ini termasuk komponen, mikropemproses, memori, cipset, skrin, audio, bateri, sistem pengendalian, API untuk sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja dan bahkan melihat pada inovasi reka bentuk dan faktor bentuk. Ia mengiktiraf kepelbagaian yang betul-betul hebat bagi ekosistem mudah alih global kerana ia terus membuat pembaharuan dan menambahkan dimensi baharu kepada pengalaman pelanggan, dan Sprint dan Airspan diberi penghormatan untuk menjadi penerima anugerah GLOMO 2018.
 
Hubungi
Airspan.com
Damiano Coletti, 01895 467100
mediarelations@airspan.com
 
Sumber: Airspan
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180227006808/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10889

Tuesday, February 27, 2018

DIVERSIFIED GATEWAY BERHAD MENJADI RAKAN NTT COMMUNICATIONS YANG PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PERKHIDMATAN TERURUS

TOKYO & KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa Diversified Gateway Berhad (DGB) telah menjadi rakan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan terurus Global Management One (GMOne) NTT Com. Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan NTT Com untuk perkhidmatan terurus mereka di rantau itu, selepas Singapura dan Hong Kong. Kedua-dua buah syarikat itu akan memanfaatkan kekuatan yang saling melengkapi untuk menyediakan perkhidmatan terurus yang berasaskan kepada automasi kepada pelanggan perusahaan bersaiz sederhana dan besar di Malaysia.

Perkhidmatan GMOne direka untuk memenuhi keperluan bagi pelanggan perusahaan yang perlu menguruskan sebuah persekitaran ICT yang semakin kompleks dan hibrid. Memanfaatkan sumber global NTT Com, GMOne adalah sebuah penyelesaian global sehenti yang membantu syarikat-syarikat untuk menguruskan ekosistem ICT hibrid mereka, daripada infrastruktur sehingga kepada aplikasi perniagaan dan perkhidmatan perniagaan. Berikutan pemantauan dan pengurusan jarak jauh (RMM) 24x7x365 yang proaktif bagi keseluruhan infrastruktur, GMOne membantu pelanggan memaksimumkan manfaat daripada ICT Hibrid mereka tanpa menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan.

NTT Com, bersama-sama dengan DGB, memahami keperluan khusus bagi pelanggan domestik serta mereka yang mempunyai kehadiran antarabangsa, dan menyediakan perkhidmatan terurus gred perusahaan yang berpangkalan di Malaysia kepada pasaran Malaysia.

"Malaysia adalah sebuah pasaran yang pesat membangun dan satu daripada pasaran Asia Tenggara yang utama untuk kami," kata Hirofumi Miyama, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com. "Dengan berganding tenaga bersama rakan seperti DGB, yang memahami keperluan tempatan dan boleh membina penyelesaian yang termasuk perkhidmatan kami yang terurus, adalah sesuatu yang kami cari," kata Encik Miyama.

Di bawah perkongsian ini, kedua-dua buah syarikat akan menawarkan penyelesaian yang terdiri daripada perkhidmatan terurus GMOne keluaran NTT Com dan perkhidmatan rangkaian perusahaan dan infrastruktur DGB. Sebagai sebahagian daripada Program Rakan GMOne, DGB akan juga menerima latihan pensijilan yang khusus mengenai perkhidmatan terurus GMOne yang merupakan satu elemen penting di dalam Akademi GMOne. Akademi GMOne adalah sebuah program pendidikan yang khusus bagi Rakan-rakan di mana pasukan jualan dan pra-jualan dapat menerima pengetahuan penting mengenai perkhidmatan GMOne, proses jualan dan pemahaman pasaran.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10884

Saturday, February 24, 2018

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

200 KAKITANGAN PAAB IKRAR BEBAS RASUAH

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Seramai 200 kakitangan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan hari ini mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan salah guna kuasa.
 
Lafaz ikrar tersebut diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PAAB Mahadzir Mustafa sambil disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Razaliah Abdul Rahman dan Pengerusi PAAB, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali.
 
Menurut Mahadzir, lafaz ikrar ini membuktikan komitmen PAAB untuk menyokong penuh idea pemantapan etika dan integriti di dalam pengurusan syarikat memandangkan teras utama penubuhan syarikat sejak 2006 adalah untuk membangunkan dan menyelenggara aset-aset air negara bagi mendukung matlamat pembangunan lestari industri air negara.
 
Katanya, sehubungan itu, IBR ini akan mengukuhkan lagi pelaksanaan prinsip kerja berintegriti dalam kalangan kakitangan PAAB disamping menjadi peringatan kepada semua warga kerja supaya menjauhi gejala rasuah. Tegas beliau, pihak pengurusan PAAB tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana staf yang terlibat dalam perbuatan serta kesalahan jenayah rasuah.
 
“Langkah ini sekali gus dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa usaha membenteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, sebaliknya ia merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh kita semua bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani IBR di ibu negara.

Sila klik di sini untuk muat turun Foto :
https://drive.google.com/open?id=1zpC9q5nyDukVljcP7myTHN_obhsx7pjo
https://drive.google.com/open?id=1VAk9WdtB7aJe2HlHbCE4Mk6ZqXAbYd-V
https://drive.google.com/open?id=1C6YuypF6jrOZ2JSemBDHUJeElPauaE4Q

Sumber : Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairil Amri Tajuddin
Corporate Communications
Pengurusan Aset Air Berhad
Tel : DID : +603 2614 5535 / Mobile : +6017 4060717
Faks : +603 2614 5588
Emel : khairil@paab.my

--BERNAMA

Thursday, February 22, 2018

CLX COMMUNICATIONS & DEVICERADIO BEKERJASAMA UNTUK MERINGKASKAN PENGHASILAN & PELANCARAN PERANTI INTERNET UNTUK SEGALA-GALANYA

STOCKHOLM, Sweden, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Penyedia CPaaS global, CLX Communications AB (publ) (XSTO:CLX) hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan penyedia perkakasan komunikasi, DeviceRadio, yang akan mendayakan penyelesaian ketersambungan Internet untuk Segala-galanya pasang dan pakai sepenuhnya, seterusnya mengurangkan kerumitan bagi syarikat-syarikat untuk melancarkan peranti Internet untuk Segala-galanya bersambung. Penyelesaian bersama tersebut membolehkan syarikat permulaan Sweden, Bylife untuk menyepadukan sambungan selular global ke dinding hijau kehidupan tersambung mereka dengan mudah dan cepat, membolehkan mereka lebih fokus kepada evolusi produk teras berbanding cara untuk menghubungkannya.

Kerjasama CLX dan DeviceRadio memberikan syarikat dan pereka daripada semua latar belakang kebolehan segera untuk membina produk Internet untuk Segala-galanya daripada peringkat permulaan, tanpa mengira kepakaran pereka atau kecekapan khusus Internet untuk Segala-galanya.

Penyelesaian DeviceRadio menggunakan perkakasan atas para yang digabungkan dengan lapisan ketersambungan mendatar direka khusus untuk memindahkan data antara sebarang peranti Internet untuk Segala-galanya dan aplikasi pelayan pelanggan sendiri. Lapisan komunikasi ini menyelesaikan kerumitan ketersambungan, termasuk kawalan akses dan keselamatan yang tidak memerlukan kepakaran Internet untuk Segala-galanya khusus apabila membangunkan peranti tersambung.

CLX Communication menyediakan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya selular global yang menyokong data, SMS dan suara, direka dan disesuaikan untuk perusahaan yang menguruskan produk tersambung. Sekeping kad SIM CLX memberikan akses kepada lebih daripada 250 rangkaian operator di lebih daripada 120 negara, semuanya diuruskan melalui REST API komprehensif yang memberikan sambungan masa nyata dan maklumat penggunaan.

Gabungan lapisan komunikasi DeviceRadio dan kad SIM Internet untuk Segala-galanya CLX menyediakan modul komunikasi pasang dan pakai dengan ketersambungan Internet untuk Segala-galanya global, mengurangkan masa memasuki pasaran untuk mana-mana produk tersambung.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10874

PERKONGSIAN TEKNIKAL DOW DAN LUGE AMERIKA SYARIKAT MENYAMPAIKAN GELONGSOR TERMAJU UNTUK PYEONGCHANG 2018

Kerjasama berada di persimpangan antara sains dan sukan membangunkan gelongsor untuk prestasi yang unggul

MIDLAND, Mich., 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Orang ramai yang menonton Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018  pada bulan ini telah menyaksikan kuasa sebuah kerjasama di antara Luge Amerika Syarikat dan The Dow Chemical Company ("Dow"). Pasukan Luge Amerika Syarikat bersaing dengan peserta Sukan Olimpik dari seluruh dunia dengan menggunakan gelongsor yang direka oleh jurutera mereka dan Rakan Teknikal Rasmi, Dow. Kedua-dua organisasi itu telah bekerjasama sejak tahun 2007 untuk menggabungkan sains, kejuruteraan dan teknologi bagi prestasi luncur yang unggul di trek.

Dow menerapkan ilmu sains fizikal dan keadaan peralatan kejuruteraan seni untuk membangunkan gelongsor luge yang termaju. Sebagai contoh, jurutera Dow mengumpulkan pandangan mengenai dinamik trek melalui sebuah model berasaskan komputer yang membantu untuk memahami interaksi di antara pelbagai jenis kuasa yang bertindak terhadap atlet dan gelongsor. Melalui keupayaan pembuatan dan ujian lanjutan itu, Dow mencipta prototaip bagi reka bentuk baharu dan mengesahkannya dengan ujian dalaman. Idea yang mempunyai harapan akan diuji lagi di trek oleh atlet Luge Amerika Syarikat yang akan dapat menilai kelebihan praktikal terhadap perubahan tersebut.

"Dengan mengubah proses akhir ke akhir bagi R&D, reka bentuk dan pembuatan gelongsor, Dow membantu untuk terus menginovasi gelongsor yang digunakan oleh pasukan Luge Amerika Syarikat," kata Gordy Sheer, Pengarah bagi Pemasaran dan Penajaan Luge Amerika Syarikat.

"Penyelesaian luar biasa memerlukan pasukan dan kerja berpasukan yang luar biasa," kata Louis A. Vega, naib presiden Dow bagi Olimpik & Penyelesaian Sukan. "Sejarah panjang dan kepakaran Dow yang mendalam di dalam sains bahan dan digabungkan dengan dorongan kami untuk inovasi melengkapkan dorongan Luge Amerika Syarikat bagi kecemerlangan sukan dan persembahan yang cemerlang. Bersama-sama, kami telah dapat membantu untuk melonjakkan batas kemungkinan di dalam reka bentuk yang seterusnya memberikan pandangan baru kepada Dow bagi penyelesaian portfolio kami yang luas. Kami berbangga dengan perkongsian ini dan pencapaian pasukan itu pada bulan ini."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10873

LEGAL & GENERAL UMUMKAN PERKONGSIAN BAHARU DENGAN RAKAN TEKNOLOGI SLICE LABS UNTUK MENGELUARKAN INSURANS PERKONGSIAN RUMAH 'ATAS PERMINTAAN'

LONDON, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Legal & General, kumpulan perkhidmatan kewangan FTSE 100 dan pembekal insurans rumah yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu perkongsian teknologi baharu dengan Slice Labs Inc dengan tujuan untuk menawarkan saranan insurans perkongsian rumah atas permintaan yang baharu untuk pelanggan.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan satu peningkatan di dalam populariti insurans atas permintaan yang membolehkan pelanggan untuk menggunakan sebuah aplikasi mudah alih untuk membeli insurans bagi melindungi barangan peribadi, kereta, atau rumah mereka apabila berada dalam keadaan ‘berisiko’.

Insurans atas permintaan menawarkan fleksibiliti perlindungan yang mudah dan sesuai kepada pelanggan untuk membeli dan membayar hanya untuk apa yang mereka perlukan dan apabila mereka memerlukannya.

Perkongsian dengan Slice Labs Inc itu merupakan satu lagi langkah di dalam komitmen Legal & General untuk melabur di dalam teknologi baharu dan berhasrat untuk menggunakan platform Slice Labs Insurance Cloud Services™ (ICS) untuk mengeluarkan insurans perkongsian rumah atas permintaan dan produk lain kepada pelanggan mereka. Ditubuhkan pada Oktober 2015 Slice Labs menyediakan penawaran insurans yang khusus untuk kos perkongsian rumah.

Kedua-dua syarikat itu sedang bekerjasama dalam membangunkan aplikasi web dan mudah alih, serta menggunakan data besar, AI, dan pembelajaran mesin bagi membangunkan produk perkongsian rumah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10872

28Mall.com Tawar RM100,000 e-Angpow

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Platform membeli-belah dalam talian rentas sempadan, 28Mall.com, menawarkan lebih RM100,000 e-Angpow atau HongBao$ (HB$) sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.
 
28Mall.com dalam satu kenyataan di sini pada 21 Februari 2018, berkata setiap anggotanya boleh menebus HB$ pada setiap hari untuk berkongsi dengan rakan-rakan mereka di media sosial.
 
"Anggota yang mengirim kepada rakan akan menerima lebih banyak HB$ secara automatik apabila rakan mereka menerima HB$ mereka, semakin banyak mereka berkongsi, semakin banyak HB$ mereka," katanya.
 
Bagi kaum Cina, Angpow merujuk kepada wang hadiah tradisional yang sering diberikan semasa majlis atau sambutan istimewa seperti Tahun Baru Cina.
 
Syarikat itu berkata HB$ hanya boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian atau menebus barangan promosi HB$ di 28Mall.com dan tidak boleh dipindah milik.
 
Bagi menggalakkan penggunaan e-Angpow itu, syarikat tersebut telah melancarkan dua tawaran sempena Tahun Baru Cina yang sah sehingga 28 Feb ini.
 
Di bawah tawaran "berkongsi e-Angpow, menang wang tunai" ini, anggota yang berkongsi e-Angpow dengan merujuk kepada jumlah anggota baharu tertinggi akan mendapat wang tunai AS$2 dan HB$ 2.80 bagi setiap anggota.
 
Sementara itu, tiga pembeli dengan perbelajaan tertinggi (berdasarkan jumlah yang dibayar, tidak termasuk baucar) akan menerima kredit ke dompet tunai 28Mall.com mereka.
 
Pengasas bersama 28Mall.com, Fione Tan berkata sebagai portal beli-belah dalam talian dan dagangan bukan talian rentas sempadan, 28Mall.com dapat membantu jenama Malaysia dieksport ke China dan negara lain.
 
"Tidak seperti pasaran lain, 28Mall.com hanya menerima jenama atau pengedar yang sah sahaja untuk memastikan semua produk yang dijual adalah tulen. Supaya pengguna dapat membeli dengan mudah," katanya.
 
Menurut syarikat itu, 28Mall.com telah menarik lebih 300 jenama antarabangsa dan tempatan. Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik untuk penjual di serata dunia antaranya ke negara-negara Asean, Hong Kong, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Poland.


--BERNAMA

Tuesday, February 20, 2018

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "PESTA MUSIM BUNGA SAKURA"




Menampilkan Menu dan Paparan yang Berdasarkan kepada Tema Bunga Sakura

TOKYO, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Pesta Musim Bunga Sakura" dari 1 Mac (Khamis) hingga 30 April (Isnin), 2018 di lapan buah restoran kami, termasuk Masakan Perancis dan Itali, Masakan Cina, Masakan Kaiseki Jepun, dan Masakan Korea. Chef-chef eksekutif di setiap restoran akan menyajikan menu yang disediakan khusus berdasarkan tema "Sakura" bunga sakura Jepun. Hotel kami akan juga memaparkan susunan bunga khas dan hiasan lain untuk memperingati kedatangan musim bunga dan bunga sakura bagi tetamu untuk menikmati dan mengambil gambar.

Mac dan April adalah merupakan bulan-bulan yang paling sibuk bagi tetamu yang melawat Jepun, dan bertepatan dengan tempoh yang sangat singkat itu apabila bunga sakura mekar berkembang. Kami menganjurkan "Pesta Musim Bunga Sakura" ini untuk memberikan peluang kepada tetamu bagi menikmati bunga sakura yang mekar walaupun seketika tetapi indah dalam keselesaan hotel kami.

 “Pesta Musim Bunga Sakura”

-- Butiran Menu Musim Bunga yang Lazat  
Tarikh: Dari 1 Mac (Khamis) hingga 30 April (Isnin), 2018
Masakan Kaiseki “Soujuan,” Tingkat 2
Hidangan Makan Tengah Hari dan Makan Malam Kaiseki JPY15,500
*Tempahan untuk makan tengah hari harus dibuat sehari lebih awal
Masakan Perancis dan Itali “Duo Fourchettes,” Tingkat 2
Hidangan Makan Tengah Hari Perancis JPY8,500; Hidangan Makan Malam Perancis JPY12,000
*Butiran menu khas juga disajikan pada Masakan Cina “Nan-En,” Masakan Jepun “Kagari,” Masakan Korea “Gokoku-Tei,” Masakan Sepanjang Hari “Jurin,” Tempura “Shun,” dan Teppan Yaki “Yamanami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10870

MCDONALD'S MENGUMUMKAN KOMITMEN GLOBAL UNTUK MENYOKONG KELUARGA DENGAN FOKUS DIPERTINGKATKAN PADA HAPPY MEALS

Syarikat meluaskan komitmen dengan Alliance for a Healthier Generation dengan menetapkan matlamat berani dalam 120 pasaran di serata dunia untuk mengembangkan menu Happy Meal

OAK BROOK, Ill., 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s (NYSE:MCD) mengumumkan komitmen yang diluaskan kepada keluarga, menyokong pelan pertumbuhan jangka masa panjang syarikat dengan mengumpil capaiannya untuk memberi kesan kepada makanan kanak-kanak, akses kepada aktiviti pembacaan dan mengekalkan keluarga bersama menerusi Ronald McDonald House Charities. Menjelang 2022, McDonald’s akan melakukan pembaikan bagi menu Happy Meal merentas 120 pasaran untuk menawarkan makan yang lebih seimbang, bahan yang mudah, sentiasa jelas dengan maklumat nutrisi Happy Meal, memperkukuh pemasaran yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, serta mengumpil pemasaran inovatif untuk membantu memberi kesan bagi pembelian makanan dan minuman yang mengandungi kumpulan makanan yang disyorkan dalam Happy Meal.

“Kami mengenalpasti peluang yang kami miliki untuk menyokong keluarga sebagai satu daripada restoran yang paling kerap dikunjungi di serata dunia, serta kekal komited untuk mempertingkatkan makanan kami, meraikan keseronokan membaca dan membantu mereka yang memerlukan menerusi Ronald McDonald House Charities,” ujar Steve Easterbrook, Presiden dan CEO McDonald’s.  “Dengan saiz dan pengaruh kami, kami berharap tindakan ini akan memberikan lebih pilihan kepada para pengguna dan akan memberi manfaat secara unik kepada berjuta keluarga, yang merupakan langkah penting ketika kami membina McDonald’s yang lebih baik.”

Pada 2013, McDonald’s bermula bekerjasama dengan badan tanpa keuntungan Alliance for Healthier Generation (Healthier Generation) untuk membangunkan pelan menyeluruh untuk 20 pasaran utama* untuk meningkatkan akses pelanggan kepada buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak dan air; dan kebanyakan daripada pasaran tersebut mendahului jadual dalam kemajuan mereka melaksanakan komitmen utama tersebut.

Hari ini, syarikat meneruskan lagi usahanya bersama Healthier Generation untuk menetapkan lima Matlamat Global Happy Meal baharu sehingga 2022.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10867

Monday, February 19, 2018

​PAPERCUT MENGELUARKAN VERSI 18.0 DENGAN BILIK CETAK, KEUPAYAAN FAB LAB

Pelanggan pendidikan, perkhidmatan profesional dan komersial kini boleh menguruskan keupayaan pengeluaran khusus dan pencetakan 3D di bawah satu penyelesaian yang mudah untuk digunakan.

MELBOURNE, Australia, 15 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PaperCut, syarikat perisian global, pada hari ini mengumumkan ketersediaan umum untuk perisian PaperCut MF v18.0 , membawa pencetakan pengeluaran khusus dan pencetakan 3D di bawah satu penyelesaian perisian yang mudah untuk digunakan. Pentadbir dan pengendali boleh menguruskan semua tugas khusus dengan mudah, sambil memanfaatkan ciri pengurusan kos, keselamatan dan pengecaman pengguna PaperCut yang berkuasa dengan keupayaan Tiket Tugas yang baharu.

Kemas kini ini menyambungkan bilik cetak dan fab lab di institusi pendidikan, organisasi undang-undang, kerajaan setempat, organisasi komersial dan hospital dengan sistem pengurusan cetak PaperCut. Keupayaan Tiket Tugas membenarkan pengendali menerima penghantaran tugas pencetakan khusus dan 3D, seperti pemotongan laser dan pengeluaran prototaip dan menjejakinya menerusi proses pengeluaran sambil berkomunikasi tentang status dengan pengguna yang memintanya.

“Sehingga kini, ketiadaan sambungan antara penyelesaian pencetakan umum dan khusus pelanggan kami - seperti bilik cetak dan fab lab 3D - telah menjadi beban yang merugikan masa dan wang mereka,” kata Chris Dance, pengasas bersama dan CEO PaperCut. “Untuk menyelesaikan masalah ini, kami mencipta penyelesaian mudah yang akan meningkatkan pilihan kawalan, keselamatan dan bayaran pencetakan khusus mereka.”

Kerana ciri ini jatuh di bawah perisian sama yang individu gunakan untuk menguruskan pencetakan awam pejabat, pengguna tidak perlu menyediakan profil berasingan atau disahkan semula untuk menghantar permintaan cetak, menjejaki kemajuan dan menyerlahkan soalan atau perubahan minit terakhir kepada pengendali. Ini membenarkan pengendali mengurangkan masa terluang untuk menguruskan proses—yang selalunya secara manual dan mengambil masa—dan memberikan lebih masa memacu adopsi perkhidmatan mereka dan menghantar produk berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10863

Friday, February 16, 2018

PROJEK PENINGKATAN KEMUDAHAN PELANCONGAN DI BURLINGTON, TAMAN KINABALU, RANAU, SABAH




SABAH, 15 Feb (Bernama) --Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) menyerahkan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Burlington, Taman Kinabalu yang telah dilaksanakan dengan hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KPKAS) di sini pada 13 Februari 2018.

Projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RP2, RMKe-10) dengan siling peruntukan sebanyak RM12 juta. Projek yang bermula pada 22 Mac 2016 ini dilaksanakan oleh pihak Taman-Taman Sabah dengan penyelarasan dikendalikan oleh pihak Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC dan KPKAS. Projek peningkatan kemudahan ini mengandungi empat (4) komponen utama iaitu menaiktaraf bangunan asrama, membaikpulih kuaters kakitangan termasuk pejabat operasi Taman Kinabalu di kawasan Burlington dan kaunter check-point. Keempat-empat komponen ini telah siap sepenuhnya pada 8 Disember 2017 dan diserahkan kepada pihak Taman-Taman Sabah untuk dikendalikan sebagai pusat tarikan pelancongan di Sabah.

Sesi penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Tiong Ing Sing dari Pembinaan HY Juta kepada Encik Yassin Miki, Pengurus Taman Kinabalu sambil disaksikan oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KPKAS).

Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ini diwujudkan untuk meningkatkan kemudahan pelancongan dan menambah prasarana pelancongan sedia ada di kawasan Taman Kinabalu, Kundasang, Ranau, Sabah. Dengan siapnya projek ini, ia dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Kinabalu dan secara tidak langsung dapat menambahkan kapasiti pendaki ke Gunung Kinabalu serta mengurangkan tempoh menunggu para pendaki. Projek ini juga telah memberi manfaat kepada pengguna dan penduduk tempatan melalui perkhidmatan malim gunung yang disediakan.

Taman Kinabalu merupakan lokasi tarikan pengunjung dalam dan luar negara berkeluasan 754 kilometer persegi dan digazetkan pada tahun 1964. Dengan jarak 92 kilometer dari Kota Kinabalu dan ketinggian 1,520 meter dari paras laut ia menarik sejumlah pendaki ke Gunung Kinabalu. Untuk rekod, pada bulan Januari 2018, sebanyak 1,550 orang pelancong tempatan dan 1,119 orang pelancong asing telah berkunjung ke sini dan dijangka akan terus meningkat apabila projek tersebut memulakan operasi.

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Corporate Communication Unit, Ministry of Tourism and Culture Malaysia
Tel: 03-80008000
Fax: 03-88917181
Email: info@motac.gov.my

--BERNAMA

Thursday, February 15, 2018

Koleksi Musim Luruh 2018 Calvin Klein, Gambaran Masyarakat Amerika

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Ketua Pegawai Kreatif Calvin Klein, Raf Simons mengadakan pertunjukan pentas peragaan Musim Luruh 2018, Calvin Klein 205W39NYC, di Bursa Saham Amerika di New York City, petang semalam.

Pertunjukan bertemakan 'Landscapes' itu, dipersembahkan dengan hiasan epik dan penuh khayalan serta tahap bunyi sinematik.

Koleksi berkenaan adalah satu evolusi mengenai idea Simons tentang Calvin Klein, satu pandangan terhadap masyarakat Amerika, tetapi kini lebih meluas dan sejagat.

"Ia merupakan satu alegori untuk suatu pertemuan bagi dunia lama dan dunia baru, yang berkaitan dengan penemuan Amerika, Perlumbaan Angkasa Lepas 1960-an, dan era maklumat abad ke-21.

"Menggambarkan pandangan tentang demokrasi, tidak ada hierarki budaya: campuran yang membebaskan pakaian dan rujukan daripada makna, daripada naratif mereka sendiri, dan kolaj mereka untuk mencari sesuatu yang berbeza - sebuah mimpi yang berbeza.

"Lebih daripada itu, koleksi ini adalah mengenai kebebasan. Satu perkataan yang mentakrifkan Amerika, dan Calvin Klein," kata Simons dalam satu kenyataan.

Koleksi dan tempat itu mempamerkan kerjasama yang berterusan dan pelbagai peringkat di antara Calvin Klein dan Yayasan Warhol Andy untuk Seni Visual.

Watak-watak Looney Tunes dari Warner Bros. Wile E. Coyote dan Road Runner, yang dipaparkan di pawagam sejak 1949, juga ditampilkan dengan pakaian terpilih.

-- BERNAMA

Wednesday, February 14, 2018

BANK TOKYO-MITSUBISHI UFJ MENGGUNAKAN KOFAX SOLUTION UNTUK MENCAPAI TRANSFORMASI DIGITAL

Perisian Automasi Proses Robotik Kofax Kapow dan Platform Kofax TotalAgility Akan 
Mengautomatikkan Lebih Daripada 2 Ribu Proses Manual Di Seluruh Bank Tersebut Untuk Meningkatkan Keberkesanan Keseluruhan

IRVINE, Calif., 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, penyedia terkemuka perisian untuk meringkaskan dan mentransformasikan First Mile™ perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa Bank Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd. (bank tersebut), bank perdagangan subsidiari Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG), akan menggunakan Kofax Kapow™ dan platform Kofax TotalAgility® untuk mengautomasikan tugas manual dan mencapai transformasi digital.

Bank tersebut yang merupakan pelanggan Kofax selama lima tahun akan menggunakan Kapow dan TotalAgility untuk menggantikan sistem manual lama dan mengautomasikan lebih daripada 2 ribu proses perniagaan merentasi semua fungsi dalam bank tersebut, yang membolehkan pekerja menjadi lebih produktif dan meningkatkan prestasi keseluruhan.

Kofax Kapow ialah platform automasi proses robotik (RPA) yang mengautomatikkan proses perniagaan menggunakan robot perisian pintar, membantu lebih daripada 550 syarikat, penyedia BPO dan organisasi perkhidmatan perkongsian di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat daripada kualiti, kelajuan dan penjimatan kos operasi. Kapow meniru tindakan manusia untuk mengautomasikan pelbagai tugas manual dan berulang serta mendorong peningkatan berterusan. Sokongan bahasa Jepun membolehkan pereka robot, pentadbir dan pengguna perniagaan bekerja dalam bahasa ibunda mereka di platform Kapow.

Struktur unik Kapow mengerahkan semua robot pada pelayan berpusat dan tidak memerlukan infrastruktur desktop maya (VDI) yang mahal seperti vendor RPA lain. Robot pintar ini berinteraksi secara lancar dengan aplikasi, mencetuskan tindak balas dan berkomunikasi merentas sistem syarikat, tapak web dan aplikasi dekstop. Robot Kapow boleh digunakan tanpa pengekodan rumit atau kitar pembangunan yang panjang, justeru mempercepat pengerahan projek dan meningkatkan ROI.

Kofax TotalAgility ialah platfrom transformasi digital bersatu yang mendigitalkan titik sentuh penting merentasi proses pelanggan bernilai tinggi, seperti memperkenalkan syarikat kepada pelanggan bank baharu, dan mempercepat proses tersebut untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih positif dan meningkatkan kesetiaan pelanggan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10859

NYNJA MENGUMUMKAN RANCANGAN UNTUK APLIKASI PEMESEJAN ANTARABANGSA DIDAYAKAN BLOK RANTAIAN PERTAMA DENGAN PASARAN DIGITAL BERSEPADU DAN EKONOMI MATA WANG KRIPTONYA YANG TERSENDIRI

Aplikasi Merentas Platform Membolehkan Pembeli dan Pengguna Perusahaan untuk Berkomunikasi, Membeli, Menjual dan Memperdagang Tanpa Halangan Bahasa dalam Pasaran Mata Wang Kripto Tak Terpusat

NEW YORK, 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NYNJA Group Ltd. (https://www.nynja.biz/), syarikat teknologi komunikasi dan mudah alih global, hari ini mengumumkan NYNJA, aplikasi komunikasi antarabangsa pertama dengan pasaran digital terbina dalam dan dompet mata wang kripto. NYNJA adalah aplikasi merentas platform yang menggabungkan suara, teks dan pemesejan visual dengan pengurusan perniagaan dan ciri e-dagang yang kukuh dan selamat, semuanya dikuasakan oleh ekosistem kewangan dah mata wang kriptonya yang tersendiri, NYNJACoin. NYNJA, dalam pembangunan sejak Q1 2017, kini dalam versi beta dan jualan token awam untuk NYNJACoin akan dilancarkan pada 17 April 2018.

“Walaupun tiada kekurangan aplikasi pemesejan mudah alih, tidak pernah ada aplikasi komunikasi semua-dalam-satu yang menyokong dengan lancar pemesejan dan keperluan transaksi untuk kedua-dua pengguna individu dan perniagaan dengan protokol keselamatan mutlak tersedia hari ini,” kata pengasas bersama dan CEO Salvatore Guerrieri. “NYNJA adalah aplikasi pertama seumpamanya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi pangkalan penggunanya, memperkasakan mereka dengan aplikasi pemesejan multimedia merentas platform dan pasaran global terbina dalam yang disokong oleh protokol Blok Rantaian yang selamat.”

Pasaran NYNJA membenarkan pengguna untuk membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa melalui API terbuka menggunakan NYNJACoin, mata wang kripto standard ERC20 ekosistem kewangan bersepadu NYNJA. Dengan NYNJACoin, pengguna juga boleh mengakses kumpulan eksklusif dan membayar kandungan kelompok dalam proprietari seperti aset berlesen atau konsultasi berkala. Pengguna juga boleh memperoleh NYNJACoin dengan melihat iklan dan berkongsi barang berjenama seperti pek pelekat atau kupon. Setiap akaun boleh disusun mengikut kehidupan sosial pengguna, pembeli dan perniagaan, dan dilengkapi dengan dompet Ethereum yang selamat yang membolehkan pengguna berurus niaga secara bebas dalam aplikasi untuk pemindahan pembayaran antarabangsa yang cepat tanpa memerlukan pembekal bayaran luar yang mahal atau yuran platform dalaman. Sepenuhnya berskala, platform sumber terbuka akan membolehkan pembangun untuk membina ke dalam NYNJA dengan penambahan aplikasi tambah nilai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10862

Tuesday, February 13, 2018

"SPA AIR PANAS & BERMAIN SALJI" -- LIAONING MENGHANTAR JEMPUTAN TAHUN BARU MEREKA KE SELURUH DUNIA

SHENYANG, China, 13 Feb., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pasar membeli-belah, merasa makanan, mengharapkan tuah yang baik, kuplet... Pada 6 Februari, koc yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Liaoning yang datang dari Rusia, Afghanistan, Tajikistan, Benin, Kenya serta media tempatan telah mengembara ke Fushun dan Yingkou. Dari budaya Manchu kepada adat resam kaum Liaohe, setiap orang merasai keindahan tradisi orang Cina, juga menyambut Tahun Baru Cina tradisional iaitu Tahun Anjing bersama penduduk tempatan.

Di kota raya kuno di Hetu Ala Fushun, pelajar-pelajar asing kita telah menyaksikan persembahan rakyat bagi tradisi Manchu, yang digabungkan dengan cerita-cerita sejarah dari Hetu Ala untuk mengalami perubahan keadaan masa. Di Festival Bendera Merah Yingkou, pelajar-pelajar asing telah mengambil bahagian di dalam acara tradisional Cina iaitu "mengejar pasaran", menulis kuplet Festival Musim Bunga dan watak-watak Fu dengan artis-artis tempatan untuk merasai adat resam tradisional Cina Festival Musim Bunga.

"Ia sangat sibuk di sini. Saya melihat orang yang bersuka ria di merata-rata tempat. Saya bukan sahaja merasai suasana Tahun Baru Cina, tetapi juga menikmati pelbagai makanan Cina. Saya sangat gembira kerana mendapat peluang ini untuk mengambil bahagian di dalam acara istimewa ini," kata SUSAN KARIMI NJIRU, pelajar Kenya dari Universiti Liaoning. Beliau menyatakan bahawa beliau amat seronok dengan 'segala-gala yang berbentuk Cina'. Acara ini telah meningkatkan pemahaman beliau mengenai budaya orang Cina.

Liaoning telah melancarkan tema "Spa Air Panas & Bermain Salji -- berkunjunglah ke Liaoning untuk acara Tahun Baru yang Meriah" yang sudah pun diadakan selama tiga tahun berturut-turut, mencipta dan membangunkan satu siri produk dan laluan khas yang berkaitan dengan acara tersebut, dan telah menarik minat ramai orang dan penghargaan terhadap adat resam rakyat di sini. Kesan jenama bagi pelancongan musim sejuk itu telah mula menampakkan hasil.

"Liaoning mempunyai sumber-sumber yang kaya bagi pelancongan musim sejuk. Ia mempunyai budaya rakyat tradisional Cina yang unik. Kami berada di sini bagi menjemput pelancong-pelancong dari seluruh dunia untuk datang dan menghabiskan Tahun Baru Cina di Liaoning!" kata Wang Xiaojiang, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pelancongan Wilayah Liaoning.

Sumber: Suruhanjaya Pelancongan Wilayah Liaoning

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=306844 

​OAG MEMPERKASAKAN PASUKAN KEPIMPINAN DENGAN KETUA PEGAWAI PRODUK YANG BAHARU

Pemimpin maklumat penerbangan terus memajukan teknologi dan keupayaan inovasi produk


SINGAPURA, 13 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pemimpin global di dalam maklumat penerbangan, sedang memperluaskan pasukan kepimpinan mereka dengan penambahan Vipul Nakum sebagai Ketua Pegawai Produk. Pelantikan itu merupakan satu lagi pelaburan penting oleh OAG di dalam strategi, inovasi dan pertumbuhan produk.

"Penyatuan, gangguan teknologi dan harapan pelancong yang sentiasa berubah-ubah telah mewujudkan satu tempoh peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan perubahan di dalam pasaran penerbangan dan perjalanan global," kata Phil Callow, Ketua Pegawai Eksekutif di OAG. "Penambahan Vipul – seorang pemimpin teknologi dan perniagaan yang sangat berbakat dan berjaya – membolehkan kami untuk memanfaatkan peluang ini dengan lebih jauh lagi. Pendekatan keusahawanan beliau telah menyampaikan hasil yang terkemuka di dalam industri merentasi sebahagian perniagaan maklumat dan menekankan tumpuan kami kepada penambahan keupayaan baharu yang meningkatkan nilai yang kami berikan kepada pelanggan dan rakan kami."

Nakum mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam mencipta nilai bagi maklumat B2B, analisis dan perniagaan media. Beliau menasihati syarikat persendirian dan syarikat yang disokong oleh PE berhubung produk mereka dan M&A. Nakum adalah Ketua bagi Pembangunan Produk di Maklumat Perniagaan Reed dan memegang jawatan kanan di D&B, Morningstar dan S&P Global.

Sebagai CPO, Nakum akan mengawasi strategi, visi dan inovasi produk. Beliau bertanggungjawab untuk pembangunan penyelesaian baharu dan peningkatan berterusan kepada barisan produk OAG yang sedia ada.

"OAG telah menikmati pertumbuhan yang hebat dan permintaan luar biasa merentasi pasaran penerbangan dan teknologi – ia merupakan masa yang sangat menarik untuk menyertai pasukan itu," kata Nakum, yang akan juga dilantik ke lembaga OAG. "Peluang itu untuk membina di atas kedudukan kepimpinan syarikat yang sedia ada dan memainkan satu peranan penting di dalam pertumbuhan fasa seterusnya di OAG adalah sangat menarik."

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah pembekal global yang terkemuka bagi maklumat penerbangan digital dan menyediakan maklumat dan aplikasi secara tepat, kena pada waktunya dan boleh dilakukan merentasi sektor perjalanan sehingga kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang, agensi-agensi kerajaan, pengeluar pesawat, perundingan dan syarikat yang berkaitan perjalanan di seluruh dunia.

OAG mempunyai rangkaian data perjalanan udara yang terbesar di dunia, termasuk pangkalan data jadual yang muktamad bagi lebih daripada 900 syarikat penerbangan dan lebih 4,000 lapangan terbang. Dengan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling menyeluruh di pasaran, OAG mengendalikan lebih daripada 54 juta rekod bagi kemas kini status penerbangan setahun, memproses 1.4 bilion permintaan dan terus menyampaikan lebih daripada 35 juta kemas kini status penerbangan dinamik pada setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

Hubungi
OAG
Esther Molina, +86 136 7179 3896
esthertsj@outlook.com


Sumber: OAG

HAIER MEMPERLUASKAN UCAPAN SELAMAT SEMPENA FESTIVAL MUSIM BUNGA KEPADA PELANGGAN DI SELURUH DUNIA, MENGGALAKKAN ORANG RAMAI DENGAN LATAR BELAKANG BUDAYA YANG BERBEZA UNTUK MERAIKAN MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA

HAIER MEMPERLUASKAN UCAPAN SELAMAT SEMPENA FESTIVAL MUSIM BUNGA KEPADA PELANGGAN DI SELURUH DUNIA, MENGGALAKKAN ORANG RAMAI DENGAN LATAR BELAKANG BUDAYA YANG BERBEZA UNTUK MERAIKAN MAJLIS PERJUMPAAN KELUARGA

PROJEK INTEGRASI PENDAFTARAN DAN PELESENAN PERNIAGAAN DI BAWAH PROGRAM BERIMPAK TINGGI 1 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (SEM HIP 1)

PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Portal Informasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Setempat ataupun Portal MalaysiaBiz telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2016 dan diluaskan horizon pelaksanaannya ke negeri Sabah dan Sarawak pada tahun 2017. Portal ini memaparkan maklumat pendaftaran perniagaan yang meliputi 10 badan pendaftar perniagaan serta maklumat pelesenan yang meliputi 2919 lesen daripada 508 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) di peringkat persekutuan, negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberi tanggungjawab untuk menerajui pelaksanaan Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1): Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan. Objektif utama projek ini adalah untuk mewujudkan satu gerbang tunggal bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan.

Portal MalaysiaBiz akan dinaik taraf bagi membolehkan ia menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara online. Sebelum ini, komuniti perniagaan perlu mendapatkan perkhidmatan tersebut dari pelbagai portal agensi yang berkaitan. Melalui Portal MalaysiaBiz, urusan pendaftaran dan pelesenan perniagaan akan dipermudahkan secara berpusat. Projek ini merupakan fasa pertama integrasi yang melibatkan pengintegrasian dengan sistem-sistem agensi yang kini telahpun menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara online. 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10855

VISTAJET MEMPERSEMBAHKAN PENGALAMAN PELANCONGAN LUAR BIASA UNTUK KOLEKSI PEGGY DAN DAVID ROCKEFELLER

Tiga program yang diperibadikan untuk penggemar seni bagi meningkatkan lelongan amal paling penting yang pernah dipersembahkan

LONDON, 12 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan swasta global pertama dan tunggal hari ini mempamerkan tiga pengalaman eksklusif untuk memperkaya pameran dan lawatan global bagi Koleksi Peggy dan David Rockefeller, lelongan koleksi peribadi paling berharga yang didedikasikan sepenuhnya untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Selepas mendedahkan tarikan awal di Hong Kong pada November lalu, lawatan umum global tersebut akan beralih ke London (21 Februari – 8 Mac), Paris (16 – 21 Mac), Beijing (6 – 7 April), Los Angeles (6 – 12 April) dan Shanghai (10 – 11 April), sebelum ke pameran terakhir di New York di Christie’s Rockefeller Center daripada 28 April hingga jualan pada 7 – 11 Mei. Dengan setiap hentian pada lawatan prajualan, karya-karya seni dan objek tambahan akan didedahkan.

Dengan 80% pelanggan yang selalu melabur dalam seni, VistaJet telah menerbangkan ramai pengumpul terunggul dunia. Seni sudah sebati dengan jenama tersebut dan disebabkan syarikat tersebut sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman luar biasa dan terpilih untuk ahlinya pada bila-bila masa dan di mana jua, tiga Seni Pengalaman Penerbangan* VistaJet yang boleh disesuaikan sepenuhnya akan menawarkan pratonton eksklusif, makan malam peribadi, syarahan dan perbincangan yang memperkaya pengalaman mereka dengan koleksi Rockefeller.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10856

Monday, February 12, 2018

​LITHIUM WERKS MEMPEROLEH VALENCE TECHNOLOGIES, INC.

​LITHIUM WERKS MEMPEROLEH VALENCE TECHNOLOGIES, INC.

Mardi Isytihar Varieti Bahru Padi Warna 98

SIBURAN (Sarawak), 12 Feb (Bernama) -- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) hari ini memperkenalkan Padi Warna 98, padi varieti baru hasil penyelidikan saintisnya yang mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding varieti padi warna sebelum ini.

Majlis pengisytiharan di Kampung Plaman Payang kira-kira 10km dari sini disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Padi Warna 98 merupakan hasil penyelidikan kedua Mardi selepas varieti Padi Warna 16 yang telah bermula sejak tahun 2003/2004 dengan kacukan awal di antara varieti tradisional Hijau Manis dengan Jaya Malay.

Uggah berkata dengan pengenalan varieti baru ini Mardi kini bekerjasama dengan petani di daerah Serian di sini untuk memulakan projek penanaman padi warna yang mampu ditanam dua kali setahun itu di kawasan seluas 4.4 hektar di sini.

"Varieti padi ini mampu membawa hasil 4.5 - 6.7 tan sehektar, dan tahan penyakit karah tangkai serta penyakit merah virus dengan umur matang hanya 103 hari. Dengan kelebihan ini penanaman padi warna ini harus dikembangkan ke kawasan lain di Sarawak pada masa akan datang," kata beliau dalam ucapan pengisytiharannya yang dibacakan oleh Roland Sagah di Dewan masyarakat Kampung Plaman Payang di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya hasil padi para petani ini perlu dilengkapi dengan pengilang dan pemborong beras yang akan memproses dan memasarkannya, agar manfaatnya dapat diperoleh bersama bukan sahaja untuk pesawah, malah kepada seluruh rakyat dan pengguna.

"Oleh itu saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam rantaian pengeluaran padi ini untuk sama-sama bekerja dan meningkatkan usaha ke arah hasrat ini," tambahnya.

Roland Sagah turut menyampaikan bantuan benih dan racun tumbuhan perosak kepada tiga ketua kampung yang terbabit dengan projek itu yang terdiri daripada kampung Plaman Payang, Kampung Skuduk dan Kampung Chukka.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek.

--BERNAMA 

Friday, February 9, 2018

TFI TAB FOOD INVESTMENTS MENANGGUHKAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

ISTANBUL, Turki dan NEW YORK, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TFI Tab Food Investments (“TFI” atau “Syarikat”), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menangguhkan tawaran awam permulaan yang telah diumumkan sebelum ini. TFI akan terus menilai pemasaan untuk tawaran yang dicadangkan ketika keadaan pasaran berkembang.

Penyata pendaftaran berkaitan jualan sekuriti yang dicadangkan tersebut telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. namun belum lagi efektif. Sekuriti ini tidak boleh dijual, serta tawaran untuk membeli juga tidak boleh diterima, sebelum masa penyata pendaftaran menjadi efektif. Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10848

C6 INTELLIGENCE MELANTIK PENGARAH URUSAN APAC UNTUK MEMPERLUASKAN PASUKAN ASIA MEREKA

SINGAPURA, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C6 Intelligence, sebuah syarikat Acuris yang merupakan pemimpin industri di dalam Anti Rasuah, Anti Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Siber, hari ini mengumumkan pelantikan Christophe Barel sebagai Pengarah Urusan APAC untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka di Asia.

Christophe Barel menyertai C6 Intelligence pada 15 Januari 2018. Beliau akan memainkan satu peranan utama di dalam strategi pembangunan perniagaan keseluruhan C6 Intelligence di APAC dan mengukuhkan kehadiran syarikat itu di rantau berkenaan.

"Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Christophe Barel ke dalam syarikat ini kerana pengalaman komersial dan pengurusan beliau yang luas," kata Joel Lange, Pengarah Urusan bagi C6 Intelligence. "Dengan pengetahuan Christophe di dalam industri risikan data, kami yakin bahawa beliau adalah orang yang paling sesuai untuk memimpin perniagaan C6 di Asia ke tahap yang lebih tinggi."

Sebelum menyertai C6 Intelligence, Christophe telah menjadi Pengarah Jualan APAC di Acuris selama 5 tahun, dengan memberi tumpuan kepada perundangan dan pematuhan produk: Laporan Dasar dan Kawal Selia (PaRR), Profil Modal dan Kumpulan Laporan Undang-undang (LRG). Sebelum menyertai Acuris, beliau sebelum ini memegang jawatan di Capgemini, Arkadin dan Altran, di Asia dan Eropah.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10845


Thursday, February 8, 2018

​TYCO RETAIL SOLUTIONS MEMBANTU PERUNCIT MELINDUNGI LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG ADA DI KEDAI DENGAN LEBIH DARIPADA 63 BILION ITEM

​TYCO RETAIL SOLUTIONS MEMBANTU PERUNCIT MELINDUNGI LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG ADA DI KEDAI DENGAN LEBIH DARIPADA 63 BILION ITEM

7-Eleven Malaysia, NGOHub Asia Adakan Aktiviti Seni Dan Kraf untuk Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- 7-Eleven Malaysia dan NGOHub Asia mengadakan aktiviti seni dan kraf untuk anak-anak Pusat Jagaan Asnaf Barakh di Ampang, Selangor, sempena Bulan Kreativiti Antarabangsa.

Wakil-wakil 7-Eleven mengajar kanak-kanak tersebut membina loceng angin manakala sukarelawan NGOHub Asia membantu memudah cara aktiviti dengan membimbing peserta dengan ciptaan mereka.

Pengurus Besar (Pemasaran) 7-Eleven Malaysia Ronan Lee yang gembira dapat mengambil bahagian dalam projek itu, berkata: "Kami gembira dapat meluangkan masa bersama anak-anak di sini, dan berpuas hati melihat ekspresi mereka menjalankan aktiviti yang disediakan.

"Melaluinya, kami berharap dapat membantu mengembangkan kemahiran berfikir kreatif mereka, kerana membina loceng angin agak mencabar walaupun dapat membawa kegembiraan," katanya.

Pusat Jagaan Asnaf Barakh adalah organisasi bukan mencari keuntungan yang menempatkan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah. Pengasasnya,Yusof Noor aktif menyokong golongan kurang bernasib baik.

Sejak 2010, komuniti itu telah berpindah ke beberapa lokasi setelah tidak dapat membayar sewa dan lokasi semasa di Ampang, adalah yang paling lama dan mereka memerlukan bantuan untuk bayaran sewa dan perabot baru untuk menggantikan yang rosak.

"Kami juga berharap mendapat sokongan dalam bentuk keperluan seperti lampin, susu tepung, ayam dan ikan kerana barang-barang ini mahal. Pada masa ini, kami mempunyai 54 anak dengan kami, dan kami ingin memberikan mereka yang terbaik untuk memastikan mereka selesa, " kata Yusof.

-- BERNAMA

BERDAKWAH DI BUMI MATAHARI TERBIT JEPUN

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pada 10-14 Januari 2018, seramai 42 orang pelajar KUIS bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan travelog dakwah di bumi  matahari terbit Jepun dengan kerjasama Caravan Serai Holidays dan Persatuan Muslim Jepun. Ia merupakan program di bawah subjek Dakwah dan Pelancongan dari Jabatan Dakwah dan Usuluddin. Silibus yang diketengahkan adalah mengenai pelancongan sama ada dalam mahupun luar negara terutamanya aplikasi dalam berdakwah. Diiringi niat murni dalam membawa pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengorak langkah mempraktikkan dakwah di Jepun.
 
Antara tujuan program ini dijalan adalah malahirkan pelajar dakwah yang lebih aktif dalam pembentangan dan pengurusan seminar yang dijalankan,mempromosi KUIS kepada masyarakat umum , meningkatkan pengetahuan berbentuk intelek dan kerohanian , mempelajari adat resam serta budaya rakyat bukan Muslim di Jepun.
 
 Program  penting yang dilaksanakan di sana adalah Seminar Dakwah Antara Budaya 1.0 bertempat di Masjid Kobe, Jepun. Sebanyak 44  pembentangan telah dibahaskan dalam seminar tersebut. Dalam pelancongan ini juga  pelajar di berikan latihan untuk “street dakwah” di kawasan yang dilawati dan beramah mesra dengan rakyat Jepun.
 
Menurut Adam , pengembaraan yang bernilai tinggi adalah pengembaraan yang dilakukan kerana Allah, semakin tunduk kepada Allah. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak yang dipelajari, semakin jelas kebesaran Allah. Semakin lama dan jauh pengembaraan, semakin akrab ikatan persaudaraan sesama Islam. Dan semua nilai ini beliau dapat  rasakan sepanjang program Travelog Dakwah Di Bumi Matahari Terbit.
 
Program travelog dakwah ke Osaka memberi sejuta makna pada diri saya.Saya belajar erti bangkit mencari pengalaman dalam sulit akhirnya  Allah SWT  memberi kenangan yang manis.Pelbagai ilmu telah saya bawa pulang bersama dari segi akhlaknya,peraturannya dan pelbagai contoh tauladan yang masih menggamit jiwa. Moga ibrah yang besar ini memberi makna yang indah di awal tahun ini.Ujar Nur Zawani bt Zakaria.
 
Sumber: Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT, LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ust. Safinah Binti Ismail
Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
Emel: safinah@kuis.edu.my

--BERNAMA

Wednesday, February 7, 2018

KILANG KETIGA DAN LOJI KOMPONEN ELEKTRIK DISIAPKAN DALAM USAHA SAMA THAI MACO

-- Mitsubishi Heavy Industries Thermal Systems Mengembangkan Pengeluaran untuk Memperkukuhkan Pembangunan Perniagaan Global bagi Unit A/C --
 
  • Majlis penyempurnaan telah diadakan pada 7 Februari
  • Pengembangan di dalam kapasiti pengeluaran akan meningkatkan pengeluaran kepada 2.7 juta keping menjelang fiskal 2020, satu peningkatan 30% berbanding kepada fiskal 2015
  • Jumlah pelaburan kira-kira  ¥3.0 bilion

TOKYO, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) (TOKYO: 7011), Mitsubishi Heavy Industries Thermal Systems, Ltd. (MTH), telah memperluaskan pengeluaran di Mitsubishi Heavy Industries-Mahajak Air Conditioners Co., Ltd. (MACO), syarikat usaha sama mereka di Thailand untuk mengeluarkan dan menjual sistem penyaman udara bagi penggunaan kediaman dan komersial. Kemudahan di dua kilang yang sedia ada telah diperluaskan dan dinaik taraf, dan pembinaan disiapkan dan pengeluaran bermula di sebuah kilang ketiga dan kerja pemasangan elektrik yang baharu. Matlamat bagi pengembangan kapasiti itu adalah untuk terus membangunkan MACO untuk menjadi sebuah kemudahan pengeluaran pusat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia bagi penyaman udara untuk kediaman dan komersial, terutamanya di Asia.

Satu majlis penyempurnaan telah diadakan di tapak kilang itu pada 7 Februari. Presiden MACO Masahiko Sasakura telah diiringi oleh tetamu dari MHI oleh Kazuaki Kimura, Naib Presiden Eksekutif Kanan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif domain perniagaan Industri & Infrastruktur, dari MTH oleh Naib Presiden Eksekutif Kanan Kimiharu Takeda, dan dari Kumpulan Mahajak, rakan kongsi tempatan di MACO, Pengerusi Chavalit Kanchanachayphoom untuk memotong reben bagi mengumumkan pembukaan kemudahan baharu itu.

MACO telah ditubuhkan pada tahun 1988, dan mempunyai kemudahan pengeluaran di Kawasan Perindustrian Ladkrabang di pinggiran kota Bangkok. Jumlah pelaburan untuk pengembangan pengeluaran adalah kira-kira ¥3.0 bilion. Dari kedua-dua kemudahan yang baharu dibina itu, kilang ketiga akan mengeluarkan bahagian-bahagian plastik dan logam kepingan untuk penyaman udara bagi kediaman dan komersial, manakala kerja pemasangan elektrik akan memasang bahagian-bahagian elektrik di papan elektrik, yang merupakan satu daripada komponen utama bagi penyaman udara.

Peningkatan di dalam kapasiti pengeluaran dijangka akan meningkatkan jumlah pengeluaran kepada 2.7 juta keping menjelang fiskal 2020, kenaikan 30% berbanding dengan fiskal 2015. Ia akan juga meningkatkan produktiviti melalui perubahan di dalam kemudahan dan kaedah pengeluaran, dan penyelarasan pemasangan, serta mengukuhkan daya saing kos dan mengurangkan inventori kerja di dalam proses dan produk yang disiapkan.

Mitsubishi Heavy Industries Thermal Systems memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah struktur pengeluaran yang optimum, seperti pelaburan ini bagi mengembangkan pengeluaran dan meningkatkan kecekapan di MACO, agar dapat mencapai kelebihan daya saing di dalam pasaran dunia. Pada masa yang sama, sebagai sebuah syarikat pakar di dalam pemanasan dan penyejukan, ia berdedikasi untuk membangunkan produk yang sangat kompetitif yang menjadikan kehidupan seharian lebih baik untuk orang ramai, menawarkan penyelesaian terma yang berinovatif, dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar global.

Maklumat mengenai Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries

Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), yang beribu pejabat di Tokyo, merupakan satu daripada firma perindustrian yang terkemuka di dunia dengan 80,000 orang pekerja kumpulan dan pendapatan tahunan yang disatukan dalam sekitar 38 bilion dolar Amerika. Selama lebih 130 tahun, syarikat itu telah menyalurkan pemikiran yang besar ke dalam penyelesaian yang berinovatif dan bersepadu yang menggerakkan dunia ke hadapan. MHI memiliki satu portfolio perniagaan yang unik yang meliputi darat, laut, langit dan juga angkasa. MHI menyampaikan penyelesaian yang berinovatif dan bersepadu merentasi pelbagai industri dari penerbangan dan pengangkutan komersial kepada loji kuasa dan turbin gas, dan dari jentera dan infrastruktur kepada sistem bersepadu pertahanan dan angkasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MHI: www.mhi.com/index.html
Untuk Teknologi, Trend dan Tangen, sila layari media dalam talian SPECTRA yang baharu: spectra.mhi.com

Hubungi
HUBUNGAN MEDIA:
Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
Joseph Hood, +81-(0)3-6716-2168
Pengurus Perhubungan Awam
mhi-pr@mhi.co.jp
Faks: +81-(0)3-6716-5860

Sumber: Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180206006619/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Yayasan AirAsia Buka Kedai 'Pop-Up' Perusahaan Sosial Pada 7-13 Feb

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cabang dermawan Kumpulan AirAsia, Yayasan AirAsia, membuka kedai 'pop-up' perusahaan sosial, dikenali sebagai 'Destination: GOOD' di pusat bandar, semasa Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9 ), yang berlangsung mulai 7 hingga 13 Feb.

Kedai pop-up itu adalah sebahagian daripada Pasar Perusahaan Sosial di perkampungan WUF9, usaha kerjasama antara Think City, Urbanice dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mewujudkan konsep kampung bandar bersama acara utama forum berkenaan.

"Kedai pop-up, yang terletak di Jalan Hang Kasturi (Kuala Lumpur) itu, akan menjual lebih 200 barang yang dihasilkan dari perusahaan sosial rantau Asean," menurut Yayasan AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara perusahaan sosial tempatan yang produknya boleh didapati di pasaran itu ialah Malaysian Unity of Cultures, Bingka KL dan Batik Boutique.

Kedai itu juga menawarkan seleksi perak Selaka Kotagede dari Indonesia, hasil seni Rags2Riches dari Filipina, hasil tenunan Folkcharm dari Thailand dan pengeluar kertas Zo Project dari Vietnam.

Yayasan AirAsia juga akan menjadi tuan rumah siri ceramah, bengkel dan aktiviti yang memaparkan usahawan sosial rantau ini pada 9-11 Februari dan mempelawa penyertaan awam untuk mempelajari kemahiran baru atau memperoleh pengetahuan baru tentang keusahawanan sosial. Peserta yang berminat dikehendaki mendaftar melalui e-mel kepada foundation@airasia.com atau secara peribadi di Pasar Perusahaan Sosial @ 2 Hang Kasturi mulai 7 Feb.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook AirAsia Foundation.

-- BERNAMA