Monday, April 30, 2018

100 anggota Kelab Ambank Group sertai karnival Candat Sotong 2018

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama)-- Kelab AmBank Group (KAG) menganjurkan Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2018 buat kali kelima dengan penyertaan hampir 100 peserta di Marang, Terengganu pada 27 April.

Karnival berkenaan dilancarkan oleh Presiden KAG merangkap Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali

"Karnival Candat Sotong KAG merupakan acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh anggota KAG, di mana kami sentiasa menerima sambutan menggalakkan dan oleh itu kami akan menganjurkan kejohanan kedua pada bulan hadapan.

"KAG akan terus menganjurkan aktiviti seperti ini di mana kebanyakan anggota boleh sertai bersama dan pada masa yang sama juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan di kalangan warga kerja AmBank," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada karnival tersebut, bagi kategori berkumpulan dimenangi oleh pasukan 'VVIP', diikuti tempat kedua dimenangi oleh pasukan 'Dukun Sotong Kembali' dan tempat ketiga dimenangi oleh 'Gerak Gempur'. Jumlah tangkapan keseluruhan adalah 100.5 kilogram.

Bagi kategori sotong terpanjang pula dimenangi oleh Mohd Zaki Ali. Edisi pada tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan yang diberikan kepada tekong terbaik sepanjang aktiviti mencadat dijalankan, yang dimenangi oleh tekong bagi bot pasukan 'VVIP'. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Syed Anuar.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan dari anggota KAG, Karnival Candat Sotong kedua dijadualkan pada 12 Mei ini, yang akan disertai seramai 200 lagi anggota KAG.

-- BERNAMA

SAMPEL PENGHANTARAN TOSHIBA BAGI IC PEMACU MOTOR DENGAN LANGKAH MIKRO BERDEFINISI TINGGI

SAMPEL PENGHANTARAN TOSHIBA BAGI IC PEMACU MOTOR DENGAN LANGKAH MIKRO BERDEFINISI TINGGI

LOJI WESTINGHOUSE AP1000® UNTUK BEBAN BAHAN API

LOJI WESTINGHOUSE AP1000® UNTUK BEBAN BAHAN API

JAM CITY MELANCARKAN HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY DI APP STORE DAN GOOGLE PLAY

JAM CITY MELANCARKAN HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY DI APP STORE DAN GOOGLE PLAY

RANGKAIAN CLOUDFLARE BERKEMBANG HAMPIR 30 PERATUS DALAM SUKU PERTAMA TAHUNAN

Syarikat mengumumkan tiga produk baharu dan kerjasama utama sebagai sebahagian daripada sukuan gergasi
 
SAN FRANCISCO, 30 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet, hari ini mengumumkan rekod pertumbuhan rangkaian untuk suku pertama 2018. Syarikat telah menambah 32 bandar baharu, mengembangkan rangkaiannya ke 151 titik kehadiran secara global. Cloudflare kini melindungi lebih daripada 8 juta domain, laman web, API, aplikasi mudah alih dan apa-apa sahaja yang bersambung ke Internet.

“Di teras Cloudflare merupakan rangkaiannya, yang kami bina untuk menjadi fleksibel, efisien dan boleh melakukan apa-apa tugasan di mana-mana lokasi yang diberikan,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Dalam suku terakhir ini, kami mengembangkan rangkaian ini pada kadar rekod, membawa rangkaian kami lebih dekat kepada semua orang di dunia. Ini bermaksud yang kami mampu untuk mengeluarkan produk pada skala global untuk pengguna di mana-mana sahaja.”

Pengumuman hari ini menamatkan sukuan yang kuat untuk Cloudflare. Cloudflare mengumumkan tiga produk utama baharu dalam sukuan ini, termasuk Cloudflare Access, penyelesaian yang menjadikan akses kepada aplikasi dalaman perniagaan cepat dan mudah, Cloudflare Workers, cara yang lebih baik dan cepat untuk pembangun untuk mengerah dan melaksanakan kod mereka terus ke pinggir rangkaian global Cloudflare, dan Cloudflare Mobile SDK, penyelesaian percuma yang membenarkan sebarang pembangun app mudah alih untuk memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Cloudflare dan IBM mengumumkan kerjasama untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi daripada awan hingga pinggir rangkaian. Melalui kerjasama ini, IBM melancarkan Perkhidmatan Internet Awan, kedai sehenti untuk keupayaan keselamatan dan prestasi Cloudflare yang direka bentuk untuk melindungi kandungan dan aplikasi web perniagaan yang dilihat oleh orang ramai. Kini, penyelesaian Cloudflare boleh digunakan dalam persekitaran pelanggan IBM, termasuk awan awam, peribadi, hibrid, atau di premis. Di samping itu, IBM kini merupakan penjual semula suite perkhidmatan keselamatan dan prestasi pinggir Cloudflare yang sah.

Cloudflare kini mempunyai lebih daripada 625 pekerja, berbanding hanya 400 pada tahun lepas. Syarikat terus mengembangkan pasukan kejuruteraan, jualan, pemasaran dan sokongannya merentasi semua pejabatnya di San Francisco, Austin, Champaign, IL, London, New York, Washington D.C. dan Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudflare, sila semak sumber di bawah.
 
Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini, Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com
press@cloudflare.com
650-483-4463

SOURCE: Cloudflare, Inc.

--BERNAMA

Thursday, April 26, 2018

CARCHS HOLDINGS DARI JEPUN MENJALIN PERKONGSIAN DENGAN LOTTE RENTAL DARI KOREA SELATAN UNTUK MELANCARKAN PLATFORM DALAM TALIAN BAGI PENJUALAN KENDERAAN TERPAKAI DI SELURUH DUNIA

TOKYO, 25 April, 2018 /Kyodo JBN/ --

Agasta Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Carchs Holdings Co., Ltd., telah mula mengadakan satu perkhidmatan di seluruh dunia selepas menambahkan kenderaan terpakai dari Korea Selatan kepada barisan produk yang terdapat di kedai dalam talian mereka "PicknBuy24.com" untuk kenderaan terpakai Jepun.

URL: https://www.picknbuy24.com/
 
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201804233213?p=images)
 
Perkhidmatan tambahan itu dapat dimulakan selepas LOTTE Rental Co., Ltd., sebuah unit daripada konglomerat terbesar Korea Selatan, dan Carchs Holdings, sebuah peniaga kereta terpakai Jepun yang utama, telah membentuk satu perikatan perniagaan. "PicknBuy24.com," dengan mempunyai rekod prestasi lebih 20 tahun, sudah menyediakan kenderaan terpakai kepada lebih 30,000 pelanggan di 80 buah negara, termasuk mereka di Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Eropah serta Rusia. Pada 23 April, satu majlis perasmian besar-besaran untuk "PicknBuy24.com" yang baharu telah diadakan di tempat Lelong Lotte Korea bagi menyerlahkan perkongsian baharu di antara syarikat-syarikat itu.

Dalam masa terdekat, Carchs berhasrat untuk menjadi pasaran kereta No.1 di seluruh dunia dengan mempunyai lebih satu juta kenderaan dipaparkan di laman web itu.

Perkhidmatan itu mempunyai tiga ciri-ciri seperti berikut.

1. Ia membolehkan pelanggan untuk membeli kenderaan terpakai Jepun dan Korea Selatan yang diiktiraf di peringkat global yang "sukar rosak" dan "cekap dari segi penggunaan bahan api" di antara ciri-ciri lain, dari mana-mana tempat di dunia.
2. Memandangkan kedai dalam talian menyenaraikan maklumat mengenai kedua-dua kenderaan pandu kanan dan kereta pandu kiri, orang ramai boleh dengan mudah mencari dan membeli kenderaan kegemaran mereka yang sesuai dengan negara mereka.
3. Ia menyenaraikan maklumat bukan sahaja mengenai kereta penumpang tetapi berhubung bas, trak dan mesin pembinaan yang digunakan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam dan bangunan.
 
Tambahan pula, sebuah video dalam talian di "PicknBuy24.com" telah dikeluarkan untuk memperingati permulaan perkhidmatan itu.

Video URL: https://www.youtube.com/watch?v=6m3XNZaRbdU
 
Melalui "PicknBuy24.com," Carchs mengendalikan perkhidmatan itu dengan harapan dapat membawa kebahagiaan kepada pelanggan dengan mengeksport kenderaan terpakai dan dalam proses itu memenuhi keperluan semua orang. Video itu mengungkapkan nilai-nilai syarikat itu dan kepuasan setiap orang. Kemeja-T berwarna merah yang dipakai di dalam video itu adalah sebuah item yang akan diberikan sebagai hadiah kepada pelanggan yang membeli kenderaan terpakai dan ia merupakan satu lambang ikatan di antara PicknBuy24.com dan pelanggan.
 
Sumber: Carchs Holdings Co., Ltd.

JDS DEVELOPMENT GROUP MEMPEROLEH PEMBIAYAAN PEMBINAAN SEBANYAK $137 JUTA DARIPADA MADISON REALTY CAPITAL UNTUK KONDOMINIUM TERSENDIRI MIAMI BEACH MONAD TERRACE

JDS DEVELOPMENT GROUP MEMPEROLEH PEMBIAYAAN PEMBINAAN SEBANYAK $137 JUTA DARIPADA MADISON REALTY CAPITAL UNTUK KONDOMINIUM TERSENDIRI MIAMI BEACH MONAD TERRACE

DAERAH JIANGJIN DI CHONGQING MELANCARKAN JERAYAWARA PELABURAN DI SINGAPURA

SINGAPURA, 25 April, 2018 /Xinhua Finance Agency

Daerah Jiangjin di kawasan Perbandaran Chongqing di barat daya China telah mengadakan acara mempromosikan pelaburan mereka yang pertama di Singapura pada 24 April untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain.

Daerah Jiangjin adalah satu pautan yang penting di laluan menghala ke selatan bagi Chongqing-Guizhou-Guangxi-Singapura dan satu titik penting di Kawasan Ekonomi Laluan Sutera. Ia bukan sahaja merupakan satu pembawa penting bagi transformasi industri dan menaik taraf wilayah barat China, tetapi juga sebuah laluan baharu untuk pembukaan Chongqing kepada dunia luar, menurut Cheng Zhiyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Daerah Jiangjin.

Cheng memberikan satu gambaran lengkap mengenai persekitaran pelaburan dan nilai pelaburan di Daerah Jiangjin kepada ahli politik, ahli perniagaan, dan perusahaan dan institusi tempatan semasa acara tersebut.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Daerah Jiangjin telah disukai oleh perusahaan Singapura yang berhasrat untuk membuat pelaburan. Satu kumpulan projek yang dilaburkan oleh perusahaan Singapura termasuk taman perindustrian komprehensif Mapletree, pasaran perkakasan dan jentera elektrik antarabangsa Yingli, taman logistik ProLogis (Chongqing) Luohuang dan BLOGIS telah menetap di Daerah Jiangjin. Sementara itu, Temasek Group dan Dewan Perniagaan Chongqing Singapura telah memalingkan pandangan mereka ke Daerah Jiangjin dan mewujudkan satu perkongsian rapat dengannya.

Pada jerayawara pelaburan itu, Kerajaan Rakyat Chongqing, Daerah Jiangjin telah menandatangani sejumlah 12 perjanjian kerjasama dengan sekumpulan institusi penyelidikan Singapura, persatuan-persatuan perniagaan dan syarikat termasuk Pusat Optik Sains dan Kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS), Persatuan Perniagaan Singapura-China dan Perniagaan China, yang termasuk projek perkampungan artis Baisha Chongqing yang dilaburkan bersama oleh Daerah Jiangjin dan Nanyang Ventures Pte Ltd, bersama-sama dengan Xiamen Ancient Art Culture Communication Co. dengan 115 juta yuan. Perjanjian kerjasama strategik itu yang ditandatangani di antara Daerah Jiangjin dan Persatuan Alumni Singapura dari Dalian Maritim University juga merupakan satu daripada 12 projek yang ditandatangani pada kali ini.

Hubungi: Jiang Tao, 
+86-18696653330

SUMBER: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

Wednesday, April 25, 2018

YPO MENGALU-ALUKAN PENAJA MINGGU INOVASI YPO 2018

DALLAS, 25 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan utama ketua eksekutif terulung di dunia mengumumkan pada hari ini bahawa Techstars telah turut serta sebagai penaja emas manakala Geniecast, Emplify dan Telluride ialah penaja perak Minggu Inovasi YPO 2018.

Penaja Minggu Inovasi YPO menawarkan maklumat bernilai, hubungan penting dan kepakaran yang disegani, yang memacu inisiatif inovasi terbesar dan berimpak ini.

“Minggu Inovasi YPO menyatukan tokoh paling inovatif dan unik dari seluruh dunia,” kata CEO YPO, Scott Mordell. “Kami gembira menjalin kerjasama dengan organisasi dan syarikat berprestij serta berpandangan jauh untuk membantu meningkatkan pengalaman minggu ini untuk ahli kami dan membawa inovasi ke tahap yang lebih tinggi.”

Sepanjang minggu 7-11 Mei 2018, YPO akan mengehoskan acara inovasi yang merentas seluruh dunia dari Sydney, Australia ke London, England; Santo Domingo, Republik Dominican ke Palo Alto, California, USA dan Nairobi, Kenya, serta banyak lagi.

Misi Minggu Inovasi YPO adalah untuk memacu inovasi dan transformasi merentasi pelbagai jenis industri dan sektor yang pelbagai menerusi acara pengenalan, siaran video interaktif secara langsung dan acara strim secara langsung merentasi lebih daripada 30 negara. Pemimpin perniagaan dan ahli fikir perintis akan berinteraksi dalam forum selama seminggu, membincangkan inovasi paling penting yang mempengaruhi perniagaan hari ini, termasuk realiti imbuhan dan maya, pengimejan digital, boleh pakai, rumah pintar, sensor dan banyak lagi.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi berprestij ini dan penyertaan mereka dalam Minggu Inovasi YPO 2018,”ujar Pengerusi Minggu Inovasi YPO, Keith Alper. Melalui Dengan sumbangan mereka, kami mampu mengubah pemikiran konvensional dan mendorong tokoh perniagaan untuk memacu masa hadapan.”

Penaja Emas
Techstars akan menampilkan Pengasas Techstars yang akan menyampaikan ucapan di beberapa acara Minggu Inovasi YPO, termasuk Sidang Kemuncak FinTech Global, Sidang Kemuncak Teknologi Dunia dan acara Penutupan NYSE.

Penaja Perak
Geniecast akan mengehoskan acara digital pada sepanjang Minggu Inovasi YPO melalui siaran video dua hala.

CEO Emplify, Santiago Jaramillo yang merupakan ahli YPO akan menyampaikan pembentangan tentang masa depan pekerjaan di Sidang Kemuncak Silicon Valley dan Sidang Kemuncak Teknologi Dunia.

Telluride akan mengehoskan ruang realiti maya di Sidang Kemuncak Silicon Valley dan menyampaikan pakej hadiah eksklusif untuk finalis Anugerah Inovasi Global YPO.

Perihal YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25,000 ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat dengan ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati YPO.org.

Perihal Techstars
Techstars ialah rangkaian global yang membantu usahawan untuk berjaya. Pengasas Techstars menjalin hubungan dengan usahawan, ahli pakar, mentor, alumni, pelabur, tokoh komuniti dan korporat lain untuk mengembangkan syarikat mereka. Techstars mengendalikan empat bahagian: Program Permulaan Techstars, Program Pencepat Berdasarkan Mentor Techstars, Perkongsian Inovasi Korporat Techstars dan Dana Modal Usaha Rentan Techstars. Portfolio Techstars termasuklah lebih daripada 1,300 buah syarikat dengan permodalan pasaran berjumlah $12 bilion. www.techstars.com

Perihal Geniecast
Geniecast mentransformasikan cara dunia menghubungkan insan, idea dan inspirasi. Kami ialah kurator, penerbit dan pengedar pasaran dalam talian terbesar di dunia untuk tokoh pemikir, atlet, jurucakap, selebriti, pemudah cara dan banyak lagi – semua tersedia melalui siaran video langsung dua hala. Sertai kami untuk mengilhamkan, memimpin dan berevolusi. Di Geniecast, kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan pekerja yang hebat dan teknologi canggih, satu transaksi pada satu masa. Daripada sambutan mesra hingga perhatian individu, kami melibatkan diri dengan anda, satu hubungan pada satu masa. Apabila anda tidak menjangkakannya, kami akan membuat kejutan untuk anda, satu pengalaman pada satu masa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati https://geniecast.com/.

Perihal Emplify
Emplify ialah peneraju industri dalam penyediaan analisis pekerja berdasarkan data dan maklumat yang membolehkan tindakan diambil untuk tokoh perniagaan. Emplify membantu eksekutif menggunakan maklumat pekerja untuk menjadikan tenaga kerja mereka lebih berjaya. Disandarkan kepada kajian berdekad dalam psikologi manusia dan sains neuro, InsightsTM Emplify menggabungkan amalan terbaik penglibatan pekerja dan bimbingan pakar guna tangan dalam satu sistem suap balik yang aktif, ringkas dan lebih berkesan daripada tinjauan pekerja tahunan tradisional dan lebih dipercayai daripada tinjauan cepat moden. Emplify diamanahkan oleh syarikat seperti Ivy Tech Community College, Herff Jones, Harley Davidson, Cheetah Digital, Crew Carwash, Yamaha dan banyak lagi. Ketahui dengan lebih lanjut di emplify.com.

Perihal Telluride
Terletak sejauh 45 minit daripada lampu hentian terdekat di hujung ngarai peti yang indah, Telluride, Colorado merupakan Mercu Tanda Bersejarah Negara yang dikelilingi puncak gunung setinggi 13,000 dan 14,000 kaki di Amerika Syarikat. Terletak di atas Telluride ialah kampung gunung moden yang dihubungkan oleh gondola, satu-satunya di Amerika Utara. Walaupun rupa buminya yang sesuai untuk sukan luncur terkenal di seluruh dunia, resort tersebut lebih dikagumi kerana pengalaman menakjubkan yang boleh diprolehi di sana. Dengan langkah pertama anda di jalan utama bersejarah, anda akan mendapati Telluride menakjubkan dan istimewa sama seperti banjaran Gunung San Juan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.tellurideskiresort.com.

Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298
press@ypo.org

Sumber : Young Presidents’ Organization, Inc.

--BERNAMA

Tuesday, April 24, 2018

PEMENANG ANUGERAH STEVIE® ASIA PASIFIK 2018 DIUMUMKAN

Penerima Anugerah untuk Inovasi dalam Perniagaan akan Diberi Pengiiktirafan di Hong Kong pada 1 Jun


FAIRFAX, Va., 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pemenang Anugerah Asia-Pacific Stevie® tahunan ke-5, satu-satunya program anugerah perniagaan yang mengiktiraf inovasi dalam perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik, telah diumumkan hari ini.  Senarai pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie tersedia di http://Asia.StevieAwards.com.

Anugerah Stevie dianggap sebagai anugerah perniagaan terulung dunia, menganugerahkan pengiktirafan untuk pencapaian di tempat kerja sejak 16 tahun yang lalu dalam program seperti The International Business Awards® dan The American Business Awards®. 

Anugerah Asia-Pacific Stevie  2018 telah mengiiktiraf organisasi di 14 negara termasuk Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Lebih daripada 800 pencalonan pencapaian inovasi dalam 22 negara rantau APAC dipertimbangkan oleh para hakim tahun ini.

Pemenang tertinggi keseluruhan tahun ini, dengan 14 Emas, 30 Perak dan 12 Gangsa Anugerah Stevie ialah Telkom Indonesia.  Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Telkom Indonesia mendahului pertandingan.  Pemenang yang menyusul rapat dari belakang pada tahun ini ialah PT PETROKIMIA GRESIK (Indonesia), dengan kemenangan tiga Emas, 17 Perak dan 17 Gangsa Stevie.

Pemenang untuk lebih daripada dua Anugerah Emas Stevie termasuklah: Jabatan Peguam Negara dan Icon Agency Australia, Freelancer.com, Manage Damage, The Female Social Network, HGC Global Communications Limited, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Strategic Public Relations Group Limited, HP Inc. APJ Sokongan Pelanggan, PT Bank Ganesha Tbk., eDENT, Gyeonggido Job Foundation, Korea Electric Power Corporation, KT, Seocho-Gu, MERALCO, Perbadanan Pengurusan Pusat Membeli-belah dan DHL Express Vietnam.

Pemenang Stevie akan diberikan anugerah di majlis bankuet gala di Mira Hotel, Hong Kong pada Jumaat, 1 Jun.  Lebih daripada 100 eksekutif di seluruh dunia akan turut serta untuk mengadili.

Perihal Anugerah Stevie®

Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh program: Anugerah Asia-Pacific Stevie, Anugerah German Stevie, The American Business Awards, The International Business Awards, Stevie Awards for Women in Business, Anugerah Stevie untuk Great Employers dan Anugerah Stevie untuk Sales & Customer Service. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi daripada lebih 60 negara. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Penaja dan rakan kongsi untuk Anugerah Stevie Asia Pasifik 2018 termasuklah PR Newswire Asia dan BRComm.

Hubungi: Clara Im
Clara@stevieawards.com 
+82-2-3443-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://resource.globenewswire.com/Resource/Download/feb769e2-799f-497c-b55f-ed23c5cea700 

SUMBER : The Stevie Awards

TACONIC BIOSCIENCES MEMPEROLEH LESEN UNTUK TEKNOLOGI EASI-CRISPR DARI UNIVERSITY OF NEBRASKA

RENSSELAER, N.Y., 23 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian perkhidmatan model mencit diubah suai genetik telah memperoleh lesen untuk teknologi Easi-CRISPR dari University of Nebraska.

Easi-CRISPR dibangunkan di makmal oleh Dr. Masato Ohtsuka (Tokai University di Jepun), dan Channabasavaiah Gurumurthy (University of Nebraska). Syarat perjanjian tersebut termasuklah lesen seluruh dunia dan tidak eksklusif untuk teknologi tersebut, yang memberikan hak kepada Taconic untuk menjana dan menjual model roden yang dihasilkan melalui Easi-CRISPR.  Jika dibandingkan dengan CRISPR tradisional, Easi-CRISPR adalah lebih baik kerana teknologi tersebut membolehkan penyelidik melakukan pemasukan genetik penuh dan tidak terbatas kepada mutasi titik dan knockout juzukan. 

“Easi-CRISPR ialah langkah seterusnya dalam teknologi CRISPR/Cas.  Gabungan kelajuan CRISPR dengan pemasukan genetik yang lebih besar membolehkan tempoh masa projek kompleks yang biasanya memerlukan teknik rekombinasi homolog dipendekkan menjadi enam bulan lebih singkat.  Dalam industri yang mementingkan masa, akses kepada teknologi ini menjadi bukti komitmen Taconic untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami,” kata John Couse, naib presiden perkhidmatan saintifik Taconic Biosciences. 

Channabasavaiah Gurumurthy memberi komen, “kami gembira melihat komuniti penyelidikan menerima Easi-CRISPR dengan pantas. Pelesenan Easi-CRISPR oleh Taconic, peneraju diiktiraf global dalam penjanaan model haiwan akan membantu saintis menjana model inovatif dengan pesat untuk mendatangkan faedah dalam kajian saintifik”.  

Taconic ialah penyedia berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model roden dan mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam rekaan model. Syarikat ini menyediakan pentakaktifan gen, mutasi atau penggantian gen, ekspresi transgen, RNAi dan penyuntingan gen melalui CRISPR/Cas9, penyuntikan pronuklear dan teknologi rekombinasi homolog untuk memastikan alat yang betul digunakan untuk setiap projek khusus pelanggan. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan lancar daripada rekaan model hingga pembiakan dan pengurusan koloni memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Penyelesaian saintifik ini termasuklah pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, penyediaan dan pengedaran model diubah suai genetik ke sebarang lokasi di dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penjanaan model tersuai Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus diubah suai genetik, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Sumber : Taconic Biosciences

--BERNAMA

EXTECH ELECTRONIC CO. (EEC) MERAIKAN 40 TAHUN DALAM MENGUJI ELEKTRIK SECARA SELAMAT DAN MEMUASKAN

TAIPEI, Taiwan, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech Electronic Co. (EEC) meraikan ulang tahunnya ke-40 sebagai sebuah inovator terkemuka di dalam industri bagi peralatan menguji elektrik. Tahun ini, syarikat itu dengan bangganya menandakan empat dekad yang dinamik dalam memastikan kualiti peralatan elektrik dan pada masa yang sama melindungi keselamatan pekerja pembuatan dan pengguna di seluruh dunia. Di mana sahaja produk elektrik digunakan, terdapat satu keperluan bagi teknologi yang membolehkan pengeluar untuk melampaui standard kualiti dan keselamatan yang paling tinggi dan menyalurkan manfaat tersebut kepada pelanggan mereka. Sebagai pengiktirafan terhadap peristiwa penting ini, EEC mahu berkongsi sejarah mereka yang unggul sambil menempa satu laluan baharu untuk masa hadapan.
 
Revolusi dan Evolusi
 
EEC memperingati peristiwa penting ini dengan beberapa kemajuan transformatif yang akan meningkatkan kesedaran jenama dan memperluaskan perniagaan mereka dalam arah haluan baharu yang menarik, kesemuanya dengan satu tumpuan kepada meningkatkan kepuasan pelanggan. EEC akan memulakan sambutan itu dengan pelancaran laman web www.eecextech.com, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penglibatan pelanggan menerusi sebuah platform dalam talian moden yang mesra pengguna yang menggabungkan media sosial dan penglibatan secara langsung. Syarikat itu juga berusaha untuk memajukan pengalaman pengguna EEC melalui sokongan pelbagai bahasa bagi penyelesaian yang mempunyai ciri-ciri yang kaya.
 
Sepanjang sejarah mereka selama 40 tahun, EEC telah memberi penekanan kepada menyampaikan produk dan teknologi yang unggul. Syarikat itu akan terus meneroka bidang-bidang baharu untuk meningkatkan barisan produk mereka dalam kedua-dua alat penguji keselamatan elektrik dan sumber tenaga AC. Pada tahun ini, EEC akan merevolusikan pendekatan mereka dengan beralih kepada satu fokus yang berorientasikan penyelesaian, sekali gus membawa pelbagai penyelesaian yang dapat mengubah hasil keseluruhan kepada pelbagai industri. Transformasi ini diperolehi daripada pengalaman selama empat dekad dalam mewujudkan penyelesaian pengujian bagi komponen yang memacukan dan pelbagai jenama multinasional yang luar biasa seperti Apple, Dyson, Panasonic, dan lain-lain.
 
Berkongsi Pengalaman
 
Empat puluh tahun di dalam industri itu telah menghasilkan pengetahuan yang tidak ada bandingannya yang EEC berhasrat untuk berkongsi melalui Program Perkhidmatan EEC mereka. Pengeluar akan mendapat akses yang tidak pernah ada kepada kepakaran syarikat itu di dalam keselamatan elektrik umum, pengujian instrumentasi dan peralatan, dan piawaian pengujian, manakala EEC menyediakan latihan termaju ke atas aplikasi dan teknologi industri yang terkini. Perkhidmatan perundingan bersama-sama dengan spesifikasi perkakasan kini boleh disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan individu.
 
Sejak penubuhan mereka, EEC telah mewujudkan satu kehadiran global merentasi 40 buah negara, dan kini syarikat itu sedang memperluas jangkauan mereka dengan lebih jauh dengan EEC Everywhere. Peralihan strategik ini menandakan satu pengembangan yang agresif daripada jualan secara langsung kepada tidak langsung, membuka laluan kepada lebih banyak pengedar dan liputan perkhidmatan yang lebih besar berbanding sebelum ini. Hasilnya, pelanggan boleh mengharapkan ketersediaan yang hampir tiada terbatas dan masa tindak balas yang tidak pernah berlaku dahulu untuk permintaan mereka, sekali gus meningkatkan kepuasan pelanggan secara keseluruhan.
 
Perkara yang lebih Baik akan Berlaku pada Masa akan Datang
 
Melihat ke hadapan untuk suatu masa hadapan yang merangsangkan, EEC kekal komited kepada standard kualiti dan keselamatan paling tinggi. EEC menjemput pelanggan lama dan baharu untuk melihat di mana 40 tahun akan datang akan membawa mereka ketika syarikat itu terus bekerjasama dengan makmal ujian antarabangsa yang terkemuka seperti UL, TUV, dan lain-lain untuk menyampaikan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang terbaik mungkin bagi suatu kehidupan elektrik yang selamat dan memuaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai EEC, sila layari: www.eecextech.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11064

Monday, April 23, 2018

Rakyat Malaysia antara 320,000 pelancong ke Pulau Hainan, China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Pelancong Malaysia, Indonesia, Kazakhstan, Korea Selatan dan Russia menyumbang lebih 90 peratus daripada jumlah pelancong ke Pulau Hainan, China.

Pada tahun lepas, Hainan menerima hampir 320,000 pelancong dari 26 negara akses tanpa visa, 3.5 kali jumlah yang dicatatkan pada 2016.

Baru-baru ini, China mengumumkan akses tanpa visa yang lebih luas bagi pelancong dari 59 negara, termasuk Malaysia, ke Hainan mulai 1 Mei ini, dalam usaha untuk menyokong pembaharuan dan pembukaan di wilayah kepulauan paling selatan di negara itu.

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan dalam satu kenyataan hari ini, berkata lebih banyak penerbangan terus dirancang ke negara-negara dengan akses tanpa visa berkenaan.

"Hainan sudah mempunyai 57 penerbangan antarabangsa ke negara-negara termasuk Jerman, Malaysia dan Thailand, dengan rancangan untuk sekurang-kurangnya 16 laluan baharu ke luar negara pada tahun ini. Ia bertujuan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 laluan luar negara menjelang 2020," katanya.

"Pulau Hainan merupakan menjadi sebuah pulau resort tropika yang terkenal bagi pelancong luar negara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan jumlah pelancong luar negara melebihi 1.1 juta pada tahun 2017, meningkat hampir 50 peratus tahun ke tahun," katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Keselamatan Awam China dan Pentadbiran Imigresen Negara pulau itu mengumumkan 59 negara itu akan menikmati akses tanpa visa selama 30 hari ke Pulau Hainan mulai 1 Mei ini.

Akses tanpa visa yang dipermudahkan ke Hainan itu merupakan sebahagian daripada usaha China membina wilayah itu untuk menjadi "sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China," katanya.

"Dengan memperluaskan dasar itu kepada orang perseorangan dan menginap sehingga 30 hari, kerajaan berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, menggiatkan industri pelancongan dan memenuhi keperluan individu asing," kata naib ketua pentadbiran pulau itu Qu Yunhai.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan Sun Ying berkata: "Dasar itu akan menyuntik semangat ke dalam Hainan dan membawa kami lebih dekat kepada matlamat kami untuk menjadi sebuah destinasi bertaraf dunia".

-- BERNAMA

CEIS, HSF MENGELUARKAN INDEKS HARGA HSF XINHUA DI HAIKOU DI CHINA SELATAN

BEIJING, China, 23 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) dan Kumpulan Haiken (HSF) bersama-sama mengeluarkan "Indeks Harga HSF Xinhua" di Haikou, bandar raya ibu negara bagi Wilayah Hainan di China selatan pada 25 Mac.
 
Indeks itu termasuk Indeks Harga Getah Asli China, Indeks Harga Lada dan Indeks Harga Buah Pinang.
 
Secara khusus, "Indeks Harga Getah Asli China HSF Xinhua" adalah sistem indeks harga yang pertama di China yang disokong oleh data perdagangan pasaran semerta dan menyambungkan pengeluaran dan penjualan getah. Merangkumi empat indeks kecil, iaitu susu getah pekat, susu getah, getah campuran dan getah standard, indeks itu adalah satu pembawa penting yang mempamerkan pengaruh industri getah China.
 
Sebagai sebuah pengeluar getah asli terkemuka dan pengeluar tanaman tropika yang utama di China, HSF mempunyai sebuah kawasan getah asli seluas 3.69 juta mu (15 mu bersamaan dengan satu hektar) dan sebuah kawasan tanaman tropika seluas 1.5 juta mu.
 
"Indeks Harga HSF Xinhua" secara intuitif menyampaikan perubahan harga bagi getah asli,  lada dan buah pinang, dan secara objektif dan dengan tepat mencerminkan faktor turun naik harga di dalam rangkaian berbeza dalam rantaian industri, oleh itu menyediakan sebuah panduan harga yang terbuka dan telus kepada industri berkenaan. Indeks itu membantu syarikat-syarikat yang terbabit di dalam pengeluaran, peredaran dan pemprosesan untuk sewajarnya dan dengan tepat mengkaji dan meramalkan harga pasaran, dan dengan cara itu, mereka boleh secara rasional membimbing jangkaan pasaran, kata Liu Mingxia, naib presiden CEIS.
 
Walaupun berkedudukan tempat ke-6 dari segi kawasan panen bagi getah asli dan ke-5 dalam pengeluaran di dunia, China masih belum memperolehi pengaruh ke atas pasaran itu. Satu sebab adalah kerana China mempunyai kekurangan di dalam pemantauan, praamaran dan ramalan bagi pasaran getah asli, kata Ke Youpeng, ketua bagi Institut Penyelidikan Hainan bagi Pertanian Tropika dan Ekonomi Luar Bandar.
 
Penerbitan Indeks Harga HSF Xinhua, terutamanya bagi Indeks Harga Getah Asli, akan memberi satu kesan yang positif dan meluas ke atas keselamatan ekonomi negara dan industri getah asli, kata Ke.
 
Yang Sitao, pengerusi HSF ketika menyampaikan ucapan pada persidangan itu berkata bahawa HSF akan memperluaskan kerjasama dengan CEIS untuk secara beransur-ansur mempertingkatkan sistem Indeks Harga HSF Xinhua dan memperkayakan dimensi indeks, dalam usaha untuk mewujudkan pengaruh di peringkat antarabangsa bagi indeks harga berpengaruh dan boleh dipercayai, dan membina HSF menjadi sebuah tiang pertumbuhan baharu bagi ekonomi Hainan serta satu ciri-ciri zon demonstrasi pertanian tropika kebangsaan.
 
CEIS adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat kebangsaan termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum and Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sebagai institusi profesional pertama China yang belajar, mengeluarkan, mempromosikan dan mengendalikan indeks komposit, Indeks Xinhua telah komited untuk membina empat sistem produk: Indeks Harga Xinhua, Indeks Tema Xinhua, Indeks Penilaian Xinhua dan Indeks Kewangan Xinhua, dan melancarkan beberapa siri produk berpengaruh.
 
Pautan Laman Web:
http://index.xinhua08.com/jgzs/nongru.shtml
http://index.xinhua08.com/jgzs/hujiao.shtml
http://index.xinhua08.com/jgzs/binglang.shtml
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=310735
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11060

INDUSTRI PEMBUATAN ROTI CHINA @ BAKERY CHINA 2018 (9-12 MEI, SHANGHAI)

SHANGHAI, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan sebuah ruang pameran yang melebihi 200,000 meter persegi pada tahun ini, Bakery China 2018, yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Mei, telah menarik lebih 2,100 pempamer dari seluruh pelusuk dunia.
 
Sebagai sebuah penunjuk penting bagi pertumbuhan mantap China di dalam pembuatan roti, Bakery China (www.bakerychina.com) telah dilancarkan 21 tahun yang lalu dan berkembang menjadi pameran terbesar dunia di wilayah ini. Sebagai penganjur bagi acara yang berprofil tinggi dan berdaya saing ini, Persatuan Industri Pembuatan Roti & Konfeksi China (CABCI) dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd. akan mengalu-alukan lebih 140,000 pelawat profesional dari lebih 110 buah negara dan wilayah di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai untuk Bakery China 2018, di mana setiap peserta akan benar-benar merasai kemakmuran dan inovasi bertenaga bagi industri pembuatan roti China.
 
Industri pembuatan roti China, yang telah menikmati satu pertumbuhan pesat sejak akhir abad lalu, mencatatkan kadar pertumbuhan purata 20% di antara tahun 2003 dan 2016 dan muncul sebagai sebuah peneraju dunia di dalam industri itu. Pada bulan-bulan akan datang, negara itu dijangka menjadi pengeluar dan pengguna produk roti yang terbesar. Menurut statistik berhubung perusahaan pembuatan roti di atas skala yang ditetapkan dari Biro Perangkaan Kebangsaan China, pada tahun 2017, pengeluaran roti dan konfeksi China (termasuk pastri/ roti, biskut, coklat, minuman beku, mi segera dan manisan) berjumlah 35.899 juta tan, dengan hasil pengoperasian utama sebanyak RMB 743.178 bilion, pada satu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 8.29%.
 
Seperti yang ditunjukkan oleh CABCI, yang didasarkan kepada populasi sebanyak 1.37 bilion, penggunaan tahunan per kapita roti bagi China pada tahun 2017 adalah hanya 4.4kg. Berbanding dengan purata 10kg di Korea Selatan, lebih 20kg di Jepun dan lebih 70 hingga 80kg di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat, adalah jelas bahawa China mempunyai potensi yang besar bagi pertumbuhan dan pengembangan. Pembandaran yang pantas dan kepelbagaian pemakanan rakyat akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan di dalam industri pembuatan roti di China.
 
Ikuti kami di linkedin: https://www.linkedin.com/in/bakery-china-a82966a3
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51792323&lang=en
 
Hubungi
Bakery China 2018
Christine Jiang, +86-10-8219 1892
li.jiang@bakerychina.com
 
Sumber : Reed Sinopharm Exhibitions
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11057