Saturday, June 30, 2018

GET LALUAN PENYALURAN ANALOG BAHARU BERTUKAR DARIPADA FXO KEPADA SIP APABILA ANDA BERTUKAR KEPADA SEMUA IP

Untuk SMB yang memerlukan 8 penyaluran FXO untuk IP PBX mereka, Patton kini menawarkan menu baharu penyelesaian VoIP CPE. Get laluan boleh bertukar menjadi eSBC apabila syarikat bertukar kepada Semua IP.

SmartNode VoIP... Lebih daripada sekadar kata-kata!

GAITHERSBURG, Md., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—pengeluar AS untuk penyelesaian UC, Awan dan pendayaan IoT untuk pembawa, syarikat dan rangkaian industri—hari ini mengumumkan keluarga baharu get laluan suara-atas-IP (VoIP) dan pengawal sempadan sesi syarikat (eSBC) sehingga 8 antara muka FXO disepadukan untuk syarikat kecil hingga medium (SMB).

Keluarga peranti penyaluran analog premis pelanggan SmartNode baharu tersebut memberikan kombinasi yang luwes sehingga lapan antara muka FXO, FXS dan BRI.

Model get laluan VoIP baharu Patton menawarkan ciri istimewa: Ia boleh bertukar menjadi eSBC.

Apabila sesebuah syarikat bertukar kepada rangkaian Semua IP dengan penyaluran SIP (dan bukannya penyaluran FXO ke PSTN), naik taraf kunci lesen akan mendayakan fungsi eSBC.

Bukan itu sahaja. Penyaluran FXO dan/atau BRI boleh kekal berfungsi untuk memberikan sokongan laluan jatuh balik kepada sistem telefon apabila sambungan Internet gagal (seperti kita semua tahu, biasanya pasti terjadi).

Patton Cloud akan membekalkan kunci lesen jarak jauh dan fungsi pengurusan elemen tambahan untuk semua peranti Patton. Patton Cloud akan dikeluarkan tidak lama lagi. Nantikan pengumumannya.

“Patton telah melakukan penyaluran CPE analog selama beberapa dekad,” kata Breton C.  Patton (Bret), pengurus produk. “Baru-baru ini, pelanggan setia dan rakan perniagaan kami telah meminta 8 peranti FXO. Kini mereka mendapatnya!”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11236

Thursday, June 28, 2018

LEGOLAND TAWAR DISKAUN 50 PERATUS UNTUK PAS TAHUNAN DI PAMERAN MATTA

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Legoland Malaysia Resort (Legoland) akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pas tahunan untuk taman temanya, iaitu pada harga RM188, di karnival pelancongan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Selangor tahun ini.
Tawaran eksklusif di karnival Matta itu adalah seiring dengan pengurangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari enam peratus kepada sifar peratus, kata pengendali taman tema antarabangsa itu dalam satu kenyataan.
Pemegang pas tahunan akan menerima jemputan eksklusif untuk acara-acara khas, menikmati diskaun khas, tempat letak kereta percuma dan akses tanpa had ke taman tema, katanya.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland, Thila Munusamy berkata, dengan pengurangan GST, pengunjung kini dapat membeli pakej pada nilai lebih hebat dengan harga yang berpatutan.
"Beberapa acara menarik bakal berlangsung di Legoland mulai sekarang hingga penghujung tahun, seperti 'Halloween Brick-or-Treats' pada Oktober dan sambutan 'Magik Brick-tacular Holiday' pada Disember," tambah beliau.

Diskaun eksklusif lain seperti penjimatan tambahan untuk pas tahunan, diskaun sehingga 45 peratus untuk tiket masuk dan pakej penginapan keluarga di Hotel Legoland juga akan ditawarkan di karnival Matta, menurut kenyataan itu.

MEMELIHARA KEBERKESANAN ANTIBIOTIK PADA MASA HADAPAN MELALUI PROSES PEMBUATAN MAMPAN DAN TEKNOLOGI BERSIH

MEMELIHARA KEBERKESANAN ANTIBIOTIK PADA MASA HADAPAN MELALUI PROSES PEMBUATAN MAMPAN DAN TEKNOLOGI BERSIH

Pertandingan dalam talian global tawar hadiah rumah agam Uk bernilai RM12.24 juta

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Pembelian tiket berharga 10 pound sterling serta 50 pence bagi bayaran tempahan bagi setiap urus niaga akan membolehkan peserta di seluruh dunia memenangi sebuah rumah agam mewah bernilai 2.3 juta pound sterling atau RM 12.24 juta di Devon, England dalam peraduan yang berakhir pada 30 Nov, 2018 (1 pound sterling = RM 5.32).

Pertandingan dalam talian oleh millionairemansion.co.uk itu dipercayai yang pertama menawarkan hadiah sebuah rumah agam dalam satu pertandingan dalam talian di peringkat global.

Rumah agam tersebut dilengkapi dengan semua isi kelengkapan dan perabot, kolam renang dalaman, gimnasium, padang golf tiga lubang, tanah seluas 10 ekar (4.04 hektar), garaj untuk empat buah kereta dan sebuah apartmen berasingan yang mempunyai taman peribadi yang tersendiri, menurut satu kenyataan.

"Hadiah itu juga termasuk wang tunai 50,000 pound sterling, sebuah Rolls Royce, Cukai Duti Setem UK yang telah dibayar dan perkhidmatan seorang jurukemas dan tukang kebun yang gaji mereka telah dibayar untuk setahun, " katanya.

Menurut kenyataan itu, pemenang boleh tinggal di rumah berkenaan, menyewa atau menjualkannya, malah pemilik sekarang akan turut membantu menjual hartanah mewah itu bagi pihak mereka.

Di tingkat bawah rumah agam itu mempunyai dua pintu masuk menuju ke sebuah dewan besar, bilik lukisan, dapur, ruang makan, perpustakaan, bilik membaca, bilik sarapan, bar dan dua pintu ke bahagian teres serta kawasan barbeku. Ruang bawah tanah mempunyai sebuah bilik utiliti, bilik pengeringan dan bilik stor.

Di tingkat atas pula, rumah itu yang dilengkapi televisyen litar tertutup dan sistem penggera, mempunyai empat bilik tidur besar dengan balkoni dan bilik persalinan.

"Untuk memenanginya, peserta, yang mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membeli tiket di millionairemansion.co.uk dan berjaya menjawab soalan pelbagai pilihan, " kata kenyataan itu.

Sebanyak satu juta tiket boleh didapati bagi menyertainya.

Pasangan yang memiliki rumah itu yang berjaya atas usaha sendiri, yang ingin kekal tanpa nama, telah berkahwin dan bekerja bersama dalam perniagaan selama 45 tahun. Mereka akan menyumbangkan 20 peratus daripada hasil pertandingan itu kepada badan amal.

"Kami berhasrat membantu orang lain selepas dibantu oleh majikan pertama kami ketika bermula dalam perniagaan. Kami mempunyai banyak kenangan berkeluarga yang bahagia, tetapi kini ingin menggunakan rumah itu untuk membantu beberapa badan amal yang hebat dan memberi orang lain peluang untuk menjadi jutawan segera, " kata mereka.

Selain hadiah utama, terdapat juga sembilan hadiah tempat kedua masing-masing bernilai 10,000 pound sterling.

Terma dan syarat pertandingan boleh didapati di https://millionairemansion.co.uk/terms-and-conditions/. Maklumat lanjut di https://millionairemansion.co.uk.

-- BERNAMA

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MEMANFAATKAN TEKNOLOGI DATA FUSIONEX

Menentukan permintaan dengan menganalisis data pelanggan dan pasaran
 

SINGAPURA, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), dan Pembelajaran Mendalam telah melancarkan satu penyelesaian analisis data untuk sebuah institusi pengajian tinggi yang bereputasi tinggi di Asia bagi meningkatkan kecerdasan pasaran mereka dengan menentukan permintaan pasaran secara tepat.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180627005468/en/
 
Sebuah institusi pengajian tinggi yang telah mendidik pelajar selama lebih 30 tahun, pelanggan itu pada masa ini mempunyai pendaftaran pelajar melebihi 11,000 orang dan menawarkan kursus-kursus di dalam jurusan Perakaunan, Komunikasi, Sains Komputer, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ekonomi, Kejuruteraan, Hospitaliti dan Pelancongan, Undang-undang , dan Psikologi.
 
Penyelesaian pengurusan data itu melibatkan merakam maklumat daripada interaksi dalam talian di portal web pelanggan dan domain lain bagi tujuan menganalisis untuk mentafsirkan secara tepat minat pelajar, kaitan hubungan kursus, kemungkinan halangan terhadap pendaftaran, dan akumen lain.
 
Fusionex merombak semula portal web pelanggan, mengubahnya untuk menjadi sebuah platform pengumpulan data pintar yang mampu menjejak data pengguna. Secara khusus portal web itu dapat mengukur bagaimana setiap pengguna secara unik berinteraksi dengannya dan menghasilkan pemahaman dari data ini untuk membentuk sebuah pandangan 360 darjah yang sebenar bagi setiap pelanggan. Ia juga boleh menentukan halaman mana yang gagal menarik minat pengguna, menyebabkan mereka keluar dari portal web itu. Pemahaman sedemikian melukiskan satu gambaran yang lebih komprehensif dan tepat berhubung tahap minat yang turun naik sepanjang perjalanan pelanggan ketika mereka melayari portal web pelanggan itu.
 
Dengan memanfaatkan keupayaan pengumpulan data yang komprehensif dan pengkomputeran kognitif, pelanggan itu juga boleh memantau corak kunjungan ke portal web mereka melalui platform media sosial seperti Facebook serta daripada iklan dalam talian, sekali gus memberikan pelanggan dengan suatu pemahaman yang lebih baik mengenai kadar penukaran jualan mereka dan pulangan terhadap pelaburan pengiklanan.
 
Selain itu, penyelesaian pengurusan data membolehkan bagi pemantauan portal kerja dalam talian yang popular dan portal web rakan sebaya, dengan memberikan satu gambaran menyeluruh yang holistik mengenai pasaran; menyedarkan pelanggan tentang pekerjaan yang popular, kursus yang ditawarkan oleh portal web rakan sebaya, dan perubahan pasang surut bagi penawaran dan permintaan di dalam industri. Pemahaman sedemikian dapat memainkan satu peranan yang penting di dalam memikat pelanggan mengenai strategi dan rancangan yang boleh digunakan untuk menarik bakal pelajar.
 
Fusionex akan meningkatkan darjah penglihatan dan kehadiran dalam talian menerusi Pengoptimuman Enjin Carian, Mesin Pembelajaran, AI dan teknik Pemasaran Enjin Carian dan pada masa yang sama menjalankan penyelesaian pelanggan pada Fusionex Cloud, dengan memanfaatkan kelonggaran storan dan penjimatan kos yang disediakannya.
 
Ivan Teh, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, mengulas: "Kami sangat gembira untuk menggunakan penyelesaian pengurusan data yang mantap ini kerana kami berharap ia menghasilkan pandangan yang kuat untuk pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan untuk membuat penawaran sasaran yang berkaitan bagi bakal pelajar dan untuk pelajar mencari kursus yang paling sesuai dengan bakat dan minat mereka masing-masing."
 
Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan (AI). Penawarannya tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperoleh pemahaman daripada data. Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, yang membawa penyelesaian paling canggih, berinovatif dan cemerlang yang didorong oleh data yang terkini kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.
 
Fusionex telah memasuki ke dalam satu perkongsian strategik dengan Alibaba Cloud untuk memacukan transformasi digital di rantau itu.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180627005468/en/
 
Hubungi
Media:
Edelman
Fariz Zulfa Mohd Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com
 
Sumber : Fusionex
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Wednesday, June 27, 2018

PEMBAHAGIAN TEMPAT KERJA DIGITAL BAHARU: TEMPAT KERJA DIGITAL YANG BERJAYA DI SINGAPURA MEMACUKAN PENGLIBATAN, DAYA PENGELUARAN DAN PENGEKALAN BAKAT PEKERJA DENGAN KESAN POSITIF PADA KEUNTUNGAN

SINGAPURA, 27 Jun 2018 /Medianet-AsiaNet/

-- Rakyat Singapura melihat Kecerdasan Buatan dan IoT sebagai kunci kepada masa hadapan mereka

Kunci untuk mengekalkan pekerja digital agar produktif dan melibatkan diri dan mengekalkan bakat yang terbaik? Lengkapkan mereka dengan teknologi terkini, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) yang meneroka pentingnya untuk menggerakkan keupayaan digital masa kini dan masa hadapan di tempat kerja.

Pembahagian Tempat Kerja Digital Baharu: Mengapa sebuah Tempat Kerja yang Dibolehkan oleh Teknologi adalah Kritikal kepada Kejayaan Perniagaan telah meninjau pendapat 1,003 orang dewasa di Singapura (April 2018) dan mendapati satu "jurang digital" yang signifikan di antara majikan berdasarkan kepada teknologi yang digunakan oleh pekerja mereka di dalam pekerjaan mereka -- "pemimpin teknologi" dan "teknologi yang ketinggalan di belakang". Kajian itu meneliti kesan manusia terhadap trend tempat kerja digital baharu.

Sorotan utama daripada hasil kajian Singapura itu:
- Teknologi yang ketinggalan di belakang mengakibatkan kekecewaan dan pergeseran pekerja – 56 peratus daripada rakyat Singapura yang bekerja untuk teknologi yang ketinggalan di belakang berasa negatif terhadap majikan mereka – 40 peratus mengatakan bahawa teknologi yang mereka gunakan di tempat kerja membuat mereka berasa kecewa dengan majikan mereka dan 16 peratus mengatakan bahawa ia membuat mereka mahu bekerja di tempat lain.
- Peranti adalah titik keperitan terbesar bagi pekerja di organisasi yang teknologi mereka ketinggalan di belakang – 42 peratus daripada pekerja digital di dalam organisasi yang teknologi mereka ketinggalan di belakang mengadu bahawa mereka terhalang daripada menjadi lebih produktif oleh peranti yang ketinggalan zaman, berbanding dengan hanya 22 peratus pada organisasi yang menerajui teknologi.
- Singapura melakukan lebih baik daripada purata global, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan – Hanya 35 peratus rakyat Singapura menggambarkan majikan mereka sebagai mendahului pesaing mereka di dalam menggunakan “pemimpin” teknologi yang lebih tinggi daripada purata global sebanyak 31 peratus; Walau bagaimanapun, ia masih mewakili lebih sedikit daripada satu pertiga daripada jumlah pekerja.
- Keselamatan perlu menjadi satu keutamaan di Singapura – Pergerakan "Membawa Peranti Anda Sendiri" ke tempat kerja, membolehkan akses yang lebih besar kepada maklumat syarikat dan membawa bersamanya potensi risiko keselamatan. Tujuh puluh peratus daripada pekerja digital di Singapura mengatakan bahawa mereka memuat turun aplikasi dan laman web yang tidak disokong oleh kumpulan IT di organisasi mereka kerana ia adalah "lebih baik daripada apa yang disediakan oleh syarikat saya" atau "syarikat mereka tidak menyediakan satu alternatif." Ini berbanding dengan purata global sebanyak 63 peratus. Tambahan pula, 77 peratus pekerja digital di Singapura mengakui menggunakan penyelesaian yang memintas protokol keselamatan - enam mata peratusan lebih tinggi berbanding dengan purata global.
 
Kaji selidik itu juga mendapati bahawa 72 peratus daripada pekerja digital Singapura menggunakan komputer riba (berbanding dengan 56 peratus di peringkat global) dan 71 peratus mempunyai keupayaan untuk bekerja dari jauh (berbanding 60 peratus di peringkat global). Lima puluh lima peratus daripada pekerja digital menggunakan telefon pintar peribadi mereka untuk bekerja, menunjukkan bahawa terdapat satu keinginan yang jelas untuk teknologi yang membolehkan mereka menjadi lebih mudah alih.

"Penyelidikan itu menekankan bagaimana tempat kerja digital merangkumi suatu ekosistem manusia, budaya, teknologi dan proses yang luas – bukan hanya tentang sejauh mana kecanggihan IT anda atau sama ada anda boleh log masuk dari rumah," kata Encik Leon Sayers, Ketua Amalan Perunding, Unisys Asia Pasifik. "Bagaimana anda bekerja menentukan tempat kerja anda – dan sebaliknya. Untuk mencapai transformasi digital yang berjaya majikan harus mengambil satu pendekatan yang holistik untuk perubahan organisasi."

Hubung kait di antara Teknologi, Produktiviti dan Keuntungan Walaupun banyak pemimpin perniagaan tahu bahawa pekerja yang tidak berpuas hati membebankan mereka dari segi kewangan, ramai yang akan terkejut melihat betapa tinggi sebenarnya kos itu. Organisasi yang melabur di dalam pekerja mempunyai 4.2 kali keuntungan purata berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.[1] Dan impak terhadap kadar keuntungan untuk menggantikan pekerja bergaji biasanya diramal enam hingga sembilan bulan gaji secara purata[2].

"Kos untuk tidak melibatkan pekerja di tempat kerja mempunyai kesan yang nyata. Produktiviti peribadi adalah satu motivasi utama yang tidak hanya memberi kesan kepada keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas mereka dengan cekap, tetapi juga bagaimana penglibatan dan komitmen mereka kepada majikan mereka. Mereka bentuk dan melaksanakan sebuah tempat kerja digital yang efektif memerlukan pengurusan perubahan organisasi dan perundingan yang berkesan untuk memastikan pekerja mempunyai teknologi yang betul untuk melakukan pekerjaan mereka, dan mereka selesa menggunakannya," kata Encik Sayers.

Impak kepada teknologi baru muncul di tempat kerja – rakan atau musuh? Pekerja-pekerja Singapura meramalkan Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet untuk Segala-galanya (IoT) sebagai mempunyai potensi terbesar untuk memperbaiki persekitaran kerja dalam tempoh lima tahun akan datang. Keghairahan sedemikian sememangnya menyebabkan mudah untuk naik radang - 55 peratus pekerja di organisasi pemimpin teknologi percaya kerja mereka boleh dilakukan sepenuhnya oleh mesin dalam tempoh lima tahun akan datang (lebih awal daripada 44 peratus di seluruh dunia).

"AI memberi manfaat kepada sektor-sektor dengan protokol keputusan yang jelas seperti penilaian permohonan kad kredit. Sedangkan industri yang bergantung kepada pekerja dapat memantau situasi di lapangan, seperti pekerja sosial atau polis, akan mendapat manfaat daripada loT. Pekerja tidak perlu takut kepada teknologi baru muncul yang hebat ini – organisasi-organisasi yang memodenkan teknologi dan proses perniagaan mereka dengan cara yang betul akan berada pada kedudukan yang terbaik untuk memimpin. Inovasi teknologi akan meningkatkan tempat kerja, dengan manusia dan mesin bekerja bersama untuk meningkatkan produktiviti," kata Encik Sayers.

Muat turun laporan lengkap mengenai hasil kajian Singapura dan global atau butiran mengenai metodologi penyelidikan di sini:
http://outreach.unisys.com/DigitalWorkplaceDivideSingapore?src=pr.
 
Muat turun Infografik Pembahagian Tempat Kerja Digital Baharu dan maklumat lain di sini: https://www.unisys.com/digitalworkplacedivide/singapore.
 
[1] Kajian Harvard Business: Mengapa Jutaan Wang Yang Kita Belanjakan terhadap Penglibatan Pekerja Menghasilkan Faedah Yang Sedikit kepada Kita
(https://hbr.org/2017/03/why-the-millions-we-spend-on-employee-engagement-buy-us-so-little)
[2] PeopleKeep: Pengekalan Pekerja – Kos Sebenar bagi Kehilangan Seorang Pekerja
(https://www.peoplekeep.com/blog/bid/312123/employee-retention-the-real-cost-of-losing-an-employee)
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengoperasian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari www.unisys.com.sg. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysAPAC) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:
Lisa Richardson
Unisys
+61-402-896-829
lisa.richardson@unisys.com
 
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
 
SUMBER: Unisys Australia 

Friday, June 22, 2018

CIENA MENAMBAHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN DI ASIA PASIFIK

CIENA MENAMBAHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN DI ASIA PASIFIK

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "BUFET MANISAN PUTERI DUYUNG"

Memperingati Kisah Dongeng yang Ditulis oleh Hans Christian Andersen
 
TOKYO, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan "Bufet Manisan Puteri Duyung" sebagai memperingati kisah dongeng yang ditulis oleh penulis Denmark Hans Christian Andersen di Restoran All Day Dining kami "Jurin" dari 1 Julai (Ahad) sehingga 30 September (Ahad), 2018. Buffet tahun ini akan menawarkan pelbagai pencuci mulut yang berwarna-warni yang berdasarkan kepada "warna biru pekat cornflower" dan pelbagai bunga lain yang disediakan khas oleh pembuat pastri kami dan dicorakkan mengikut pelbagai hidupan laut yang mengingatkan watak-watak yang digambarkan di dalam kisah dongeng Little Mermaid. Beberapa pencuci mulut yang lazat termasuk kerang yang diperbuat daripada coklat dan "deep sea mousse" yang diperbuat di dalam warna biru yang berwarna-warni yang menggunakan perisa buah markisah dan nanas.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180621005383/en/
 
Pelbagai makanan pencuci mulut yang lazat yang disediakan oleh pembuat pastri kami akan dihidangkan di Restoran All Day Dining kami “Jurin", yang terkenal dengan makanan bermusimnya yang istimewa berdasarkan kepada pelbagai kisah dongeng termasuk "Alice's Adventures in Wonderland", "Beauty and The Beast " dan lain lain. Acara-acara ini sangat popular terutama di kalangan tetamu wanita yang berusia 20-an hingga 30-an untuk pencuci mulut yang sangat fotogenik yang boleh digunakan dalam perkongsian di pelbagai media sosial. Kali ini menandakan tahun ketiga bufet pencuci mulut ini diadakan berdasarkan kepada tema "The Little Mermaid", dan pembuat pastri kami telah mencipta pencuci mulut baharu untuk hiburan tetamu kami. Di samping itu, Keio Plaza Hotel Tokyo juga akan menawarkan satu pelan tetamu khas berjudul "Temptation the Little Mermaid" sehingga 17 September (Isnin) yang termasuk penggunaan Sky Pool kami.
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
 
Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang unik yang membolehkan mereka untuk menyelami budaya Jepun, termasuk bilik-bilik yang bertemakan Hello Kitty dan program menyelami budaya Jepun. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180621005383/en/
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Thursday, June 21, 2018

SAINTIS CINA KESAN ELEMEN GENETIK KENDIRI DALAM TUMBUH-TUMBUHAN

SAINTIS CINA KESAN ELEMEN GENETIK KENDIRI DALAM TUMBUH-TUMBUHAN

​KEBUDAYAAN TRADISIONAL MENYINARI BANDAR RAYA YICHANG DI CHINA

​KEBUDAYAAN TRADISIONAL MENYINARI BANDAR RAYA YICHANG DI CHINA

​LITHIUM WERKS DAN ENDRICH BERSETUJU DENGAN PERJANJIAN PENGEDARAN BATERI PAN-ASIA

​LITHIUM WERKS DAN ENDRICH BERSETUJU DENGAN PERJANJIAN PENGEDARAN BATERI PAN-ASIA

DELTA AIR LINES MENJADI PENGENDALI PELANCAR KABIN ATMOSPHÈRE DENGAN TEMPAHAN BAHARU UNTUK 20 BOMBARDIER CRJ900

MONTRÉAL, 21 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bombardier Commercial Aircraft mengumumkan pada hari ini bahawa Delta Air Lines, Inc. dari Atlanta, Georgia (Delta Air Lines) telah menandatangani perjanjian pembelian untuk 20 pesawat CRJ900 – justeru menjadi pengendali pelancar kabin ATMOSPHÈRE baharu untuk jet serantau Siri CRJ.
 
Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$961 juta.
 
“Kami teruja kerana Delta terus memilih Siri CRJ dalam langkahnya untuk menghadapi pertumbuhan operasi serantau yang akan datang,” kata Fred Cromer, presiden Bombardier Commercial Aircraft. “Bersama Delta, kami telah memacu pembangunan penerbangan serantau di A.S. dan kami bersedia untuk meningkatkan lagi pelancongan udara serantau dengan melancarkan kabin ATMOSPHÈRE dengan pelanggan setia dan terhormat kami.”
 
Pesawat CRJ900 baharu dengan kabin ATMOSPHÈRE akan diterbangkan di bawah jenama Delta Connection dalam konfigurasi jet serantau dua kelas yang selesa dengan 70 tempat duduk.
 
Delta Air Lines akan mengambil penghantaran kabin ATMOSPHÈRE pesawat CRJ900 pertama di dunia pada hujung tahun 2018.
 
Termasuk tempahan Delta Air Lines yang diumumkan hari ini, Bombardier telah merekodkan tempahan untuk 1953 buah pesawat Siri CRJ.
 
Perihal kabin ATMOSPHÈRE

Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan setiap penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com
 
Perihal Bombardier

Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.
 
Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier
 
Nota untuk Editor

Imej CRJ900 dengan hiasan Delta dan juga gambar kabin ATMOSPHÈRE baharu disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com.
 
Artikel ringkas tentang pesawat CRJ900 tersedia di Hab Media BCA
 
Untuk maklumat tentang Delta, lawati: www.delta.com
 
Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier.

Bombardier, Atmosphère, CRJ900 dan Siri CRJ adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.
 
Untuk Maklumat

Nathalie Siphengphet
Bombardier Commercial Aircraft
+1 416-375-3030
nathalie.siphengphet@aero.bombardier.com
www.bombardier.com
 
Dua foto untuk pengumuman ini tersedia di
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ff620384-13bd-438a-b8ae-43e03359d897
 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eb54620f-10c2-472c-a3c9-66dd88bc5734
 
Sumber : Bombardier Aéronautique - Commercial Aircraft
 
--BERNAMA

Wednesday, June 20, 2018

PERIKATAN INSTITUT PENYELIDIKAN SAINTIFIK "ONE BELT AND ONE ROAD" DITUBUHKAN DI SHENYANG

AsiaNet 74053
 
SHENYANG, China, 20 Jun, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 14 Jun, persidangan penubuhan Perikatan Institut Penyelidikan Saintifik "One Belt And One Road" telah diadakan di Shenyang. Empat puluh institut penyelidikan dari 18 bandar raya di dalam dan di luar negara bersama-sama melancarkan Perikatan Institut Penyelidikan Saintifik "One Belt And One Road".
 
Persidangan itu mengguna pakai perlembagaan kesatuan, dan mengeluarkan pengisytiharan Shenyang bagi Perikatan Institut Penyelidikan Saintifik "One Belt And One Road". Majlis pertama bagi perikatan itu telah dipilih, dan Shenyang Surveying Geotechnical Research Institute Co., Ltd dari MCC telah dipilih sebagai Presiden unit.
 
Shenyang, dengan kelebihan kedudukan dan ruang pembangunan yang besar, adalah sebuah bandar raya nod yang penting bagi "The Belt and Road". Untuk memulakan "One Belt And One Road" Perikatan Institut Penyelidikan Saintifik adalah satu daripada langkah penting bagi kerajaan perbandaran Shenyang untuk membina sebuah metropolis antarabangsa yang moden.
 
Kerajaan perbandaran Shenyang berharap bahawa Perikatan Institut Penyelidikan "One Belt And One Road" akan menggalakkan pertukaran kebudayaan dan meningkatkan saling mempercayai di peringkat antarabangsa melalui komunikasi kumpulan pemikir dan perkhidmatan teknikal, dan Perikatan itu juga akan menerokai cara-cara baharu untuk saling melengkapkan dan untuk mengejar keterbukaan dan pembangunan, menyediakan tenaga baharu bagi Shenyang di dalam pembinaannya untuk menjadi sebuah pusat Asia Timur Laut bagi inovasi saintifik dan teknologi.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Shenyang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=314573
 
--BERNAMA

TOSHIBA MEMORY CORPORATION AKAN MENYAMPAIKAN NILAI SAS SSD YANG MENSASARKAN APLIKASI SATA

Siri RM5 vSAS yang Baharu Meningkatkan Prestasi, Kebolehpercayaan dan Kapasiti pada satu Titik Harga yang Membolehkan Penggantian SATA di dalam Pelayan
 

TOKYO, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini melancarkan satu kategori baharu SAS SSD yang mengubah permainan yang dijangka menggantikan SATA SSD di dalam aplikasi pelayan. Siri RM5 12Gbit/ nilai SAS (vSAS) mempunyai ciri-ciri keupayaan, prestasi, kebolehpercayaan, kelebihan kendalian dan keselamatan data – pada satu harga yang mengusangkan SATA SSD.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180619006529/en/
 
Satu persekitaran SAS homogen telah lama menjadi standard emas untuk sistem pelayan dan penyimpanan perusahaan. Dengan kepakaran penyatuan menegak di dalam teknologi kilat, firmware dan reka bentuk pengawal, Toshiba Memory Corporation memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju terkemuka[1]  dunia bagi barisan yang mengoptimumkan SAS SSD RM5 untuk merapatkan jurang kos dengan SATA – dan membawa satu kelas SSD yang baharu. SATA sememangnya tidak dapat bersaing dengan SAS, ketinggalan jauh ke belakang dari segi prestasi, kekukuhan, dan pilihan penyulitan.
 
Direka dengan mengambil kira kemampuan dan aplikasi pelayan, siri RM5 vSAS keluaran Toshiba Memory Corporation bertujuan untuk menyediakan satu penyelesaian yang menjimatkan kos dan memberi prestasi yang lebih tinggi untuk mengatasi kesesakan yang wujud dengan SATA pada hari ini. Di mana pemacu SATA sering kali menggunakan pengembang SAS untuk skala keluar, RM5 itu membolehkan penggunaan SAS natif dari hujung ke hujung, sekali gus menghapuskan keperluan untuk terjemahan protokol kepada SATA. Pelanggan kini boleh memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri SAS yang lebih kaya dan merealisasikan kelebihan prestasi berbanding SATA.
 
Memaparkan ingatan kilat 3D BiCS FLASH™ TLC (3 bit bagi setiap sel) keluaran Toshiba Memory Corporation, siri RM5 itu pada mulanya boleh didapati di dalam kapasiti sehingga 7.68TB[2]  dengan sebuah port 12Gbit tunggal, penyambung SFF-8639 dan di dalam faktor bentuk 2.5". Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran dari suku ketiga kalendar tahun 2018.
 
Siri RM5 akan dipamerkan di HPE (Hewlett Packard Enterprise) Discover di Las Vegas, Amerika Syarikat hingga 21 Jun, di petak Toshiba Memory Amerika #196.
 
* Semua nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini mungkin merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Penghantaran unit SAS, Kemas kini Suku Tahun IDC Worldwide Solid State Storage: Ringkasan Tahun Kalender 1Q1 Mei 2018
[2] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi bagi 1GB = 230 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 240 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-3457-3355
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180619006529/en/
 
Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Jualan Strategik
 
Sumber : Toshiba Memory Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11209