Tuesday, July 31, 2018

STARR INSURANCE COMPANIES MELANTIK SANTIAGO MORA SEBAGAI KETUA BAGI KEMALANGAN & KESIHATAN ANTARABANGSA

NEW YORK, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies hari ini mengumumkan pelantikan Santiago Mora sebagai ketua bagi kemalangan & kesihatan antarabangsa. Beliau akan bertanggungjawab ke atas pertumbuhan yang menguntungkan bagi Bahagian Kemalangan & Kesihatan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.

"Kami sangat teruja kerana Santi menyertai Starr, kerana beliau membawa lebih 20 tahun pengalaman industri di dalam bidang jualan, pengedaran, pengunderaitan dan penetapan harga," kata Jim Herbert, presiden bagi Starr Insurance & Reinsurance Limited. "Pengetahuan beliau yang meluas akan memberi manfaat kepada pertumbuhan Bahagian Kemalangan & Kesihatan kami dan kepimpinan beliau akan mengukuhkan perhubungan Starr dengan pelanggan dan rakan-rakan mereka."

Bahagian Kemalangan & Kesihatan Starr menyediakan insurans kemalangan dan perjalanan peribadi kepada syarikat, persatuan, sekolah, pertubuhan yang tidak mencari keuntungan dan orang perseorangan untuk melindungi terhadap kemalangan dan kecemasan di rumah, di tempat kerja, atau di luar.

Maklumat mengenai Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) adalah sebuah nama pemasaran di seluruh dunia bagi syarikat insurans yang beroperasi dan syarikat bantuan perjalanan dan anak syarikat bagi Starr International Company, Inc. dan untuk perniagaan pelaburan bagi C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikatnya. Starr adalah sebuah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan mempunyai kehadiran di lima buah benua; melalui syarikat-syarikat insurans mereka yang beroperasi, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kecederaan, dan kemalangan & kesihatan serta pelbagai perlindungan khas termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan insurans kecederaan berlebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr yang bermastautin di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Singapura dan United Kingdom masing-masing mempunyai penarafan A.M. Terbaik "A" (Cemerlang). Sindiket Starr Lloyd mempunyai penarafan Standard & Poor’s “A+” (Kukuh).

Layari kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180726006017/en/


Hubungi
Starr Insurance Companies
Paula Negro, 212-884-0561
Pengarah bagi Komunikasi dan Perhubungan Media
paula.negro@starrcompanies.com

Sumber : Starr Insurance Companies

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

PINDUODUO UMUMKAN PENENTUAN HARGA TAWARAN AWAM PERMULAAN

SHANGHAI, 30 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pinduoduo Inc. ("Pinduoduo" atau "Syarikat") (NASDAQ:PDD), platform "e-perdagangan baharu" yang inovatif dan pantas serta salah satu pemain e-perdagangan terkemuka di China hari ini mengumumkan penentuan harga tawaran awam permulaannya untuk 85,600,000 Saham Depositari Amerika ("ADS") (bersamaan dengan 342,400,000 saham biasa Kelas A) pada harga AS$19 setiap ADS untuk jumlah saiz tawaran sebanyak US$1.63 bilion, dengan andaian penaja jamin tidak melaksanakan pilihan mereka untuk membeli ADS tambahan.  ADS, yang masing-masing mewakili empat saham biasa Kelas A Syarikat, telah diluluskan untuk disenaraikan di Pasaran Pilih Global NASDAQ dan dijangka memulakan dagangan hari ini di bawah simbol "PDD."

Penaja jamin telah diberikan pilihan 30 hari untuk membeli sehingga 12,840,000 tambahan ADS dari Syarikat (bersamaan dengan 51,360,000 saham biasa Kelas A), yang akan menyumbang kepada tambahan hasil kasar sebanyak AS$244 juta.

Bilangan saham biasa yang belum dijelaskan dengan serta-merta selepas tawaran ini (dengan mengambil kira pelarasan dan pelaksanaan 581,972,860 pilihan yang telah diberikan dan tertunggak) adalah 5,013,118,240 saham biasa pada asas yang dilaraskan sepenuhnya (atau 5,064,478,240 saham biasa jika penaja jamin melaksanakan pilihan lebih peruntukan sepenuhnya).

Credit Suisse, Goldman Sachs, CICC dan China Renaissance bertindak sebagai bookrunner bersama untuk tawaran tersebut.

Pernyataan pendaftaran Pinduoduo berkaitan dengan tawaran tersebut telah difailkan dengan, dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Siaran akhbar ini tidak membentuk tawaran untuk menjual atau mendapatkan tawaran untuk membeli sekuriti yang diterangkan di dalam ini, mahu pun tidak terdapat apa-apa jualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, permintaan atau jualan sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa sedemikian.

Tawaran sekuriti hanya dibuat melalui prospektus yang membentuk sebahagian daripada pernyataan pendaftaran yang berkuat kuasa. Satu salinan prospektus yang berkaitan dengan tawaran dapat diperoleh dengan menghubungi Credit Suisse Securities (USA) LLC di Eleven Madison Avenue, New York, New York 10010, United States of America atau Goldman Sachs (Asia) L.L.C. di 68th Floor, Cheung Kong Center, 2 Queens Road, Central, Hong Kong atau China International Capital Corporation Hong Kong Securities Limited di 29th Floor, One International Finance Centre, 1 Harbour View Street, Central, Hong Kong atau China Renaissance Securities (Hong Kong) Limited di Unit 8107-08, Level 81, International Commerce Centre, 1 Austin Road West, Kowloon, Hong Kong.

Mengenai Pinduoduo (NASDAQ:PDD):

Pinduoduo ialah platform "e-perdagangan baharu" yang inovatif dan pantas yang menawarkan pembeli dengan barangan bernilai untuk wang dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan interaktif. Platform mudah alih Pinduoduo menawarkan pilihan yang komprehensif untuk barangan yang menarik, dengan pengalaman membeli-belah sosial dinamik yang memanfaatkan rangkaian sosial sebagai alat yang efektif dan efisien untuk pembelian dan penglibatan pembeli.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11282

Monday, July 30, 2018

RED BEACH TELAH DIKENAL PASTI DI LOKASI PANTAI PALING UTARA CHINA

SHENYANG, China, 30 Julai, 2018 / Xinhua-AsiaNet / --
 
Baru-baru ini, monumen ‘pantai paling utara di China’ diumumkan di Red Beach National Scenic Corridor di Panjin. Sebagai kawasan terindah nasional tahap 4A, Red Beach National Scenic Corridor terkenal sebagai ‘koridor santai paling indah di China” serta “kawasan pantai rekreasi paling romantik di China’, yang telah berjaya menarik lebih daripada 2 juta pelancong setiap tahun, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Panjin Red Beach Wetland Resort.
 
Koridor Red Beach yang mempunyai pemandangan indah ini terletak antara 40 darjah 39 minit dan 41 darjah 27 minit garis lintang utara, dan garis bujur timur 121 darjah 25 minit ke 122 darjah, iaitu garisan pantai paling hujung di utara China. Red Beach National Scenic Corridor ini merupakan sebahagian dari garisan pantai Teluk Liaodong, sepanjang 118 kilometer di Bandar raya  Panjin, seperti bentuk trumpet. China memiliki lebih dari 32,000 kilometer garisan pantai, dengan air akan membeku setiap musim sejuk, lazimnya dikenali sebagai , "menutup laut", dan membentuk barisan air yang menakjubkan. Sebagai pintu masuk ke Sungai Liaohe River ke laut, gabungan beting Red Beach National Scenic Corridor terbentuk daripada sebahagaian besar mendapan daripada Sungai Liaohe, yang dikenali sebagai  "tebang lumpur yang besar", yang sangat sesuai untuk pertumbuhan hidupan rumput air “ seepweed” dan mensiang, pembiakannya yang menjadikan kawasan pantai berwarna merah atau ‘pantai merah’ serta hidupan mensiang hijau yang terkenal di dunia.
 
Terdapat lebih daripada 100 jenis tumbuhan seepweed di dunia, dan seepweed yang membiak di Red Beach National Scenic Corridor  ini sangat unik, kerana mempunyai dua warna merah pada daunnya,  seperti sayap sepasang burung. Di perairan pasang surut, seepweed dan mensiang hidup lebih tebal dari musim panas hingga musim gugur, yang membentuk "pantai merah mensiang hijau’ yang terkenal di dunia. Oktober sentiasa dianggap sebagai musim terbaik untuk menyaksikan pantai merah Panjin.
 
Bandar raya Panjin telah memasuki era baharu pelancongan serantau, dengan melaksanakan penambahbaikan dalam usaha "menjadikan pantai merah yang terkenal serta nyanyian mensiang supaya lebih menyerlah. Perwakilaan pelancongan Red Beach National Scenic Corridor berkata melawat pelbagai jenis bunga, kawasan perkampungan yang cantik, bandar-bandar lama yang mempunyai ciri menarik, kolam air panas,  melawat tempat-tempat menarik dan santai, merupakan aktiviti yang dipilih oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
 
SUMBER: Jawatankuasa Pentadbiran Panjin Red Beach Wetland Resort
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=316812
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11284

Skills Johor, PSDC meterai MoU untuk latihan industri 4.0

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Hab Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) Skills Johor memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), untuk bekerjasama mempertingkat kemahiran bakat tempatan dan menyediakan latihan berkaitan rantaian nilai Industri 4.0.

Usaha sama strategik tersebut melibatkan pelantikan para profesional PSDC untuk berkongsi pengetahuan industri dengan petugas Skills Johor.

Satu jawatankuasa akan dilantik untuk mewakili kedua-dua pihak bagi membincang dan menggubal program teknikal yang didorong oleh industri baru, termasuk program kemahiran vokasional dan kemahiran insani serta meneroka cara merapatkan jurang kemahiran yang wujud dalam pasaran.

MoU yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Skills Johor, Datuk Omar Shariff Mydeen dan Ketua Pegawai Eksekutif PSDC, Muhamed Ali Hajah Mydin, disaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yew.

Omar Shariff berkata kerjasama dengan PSDC selaku pakar TVET terkemuka dalam Industri 4.0 akan membolehkan Skills Johor memainkan peranan yang lebih besar dalam menyediakan latihan berkaitan subjek tersebut.

"Industri 4.0 sedang mengubah cara kita hidup, bekerja, bermain dan berkomunikasi.

"Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan tenaga kerja di Johor, dan Malaysia amnya, sebagai persediaan untuk perubahan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Skills Johor mempunyai objektif untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keusahawanan rakyat melalui pendidikan TVET berkualiti yang berkaitan dengan pasaran dan keperluan industri semasa serta yang baru muncul.

Ia turut berperanan sebagai platform untuk menyedia dan membangun tenaga kerja yang sesuai untuk negara.

--BERNAMA

Saturday, July 28, 2018

MICPA SAMBUT ULANG TAHUN KE-60




KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) menyambut ulang tahun ke-60 nya pada 13 Julai di Majlis Makan Malam Tahunan MICPA ke-60 yang diadakan di Hotel Hilton, di sini.
Ditubuhkan pada tahun 1958, MICPA telah memainkan peranan penting dalam peningkatan pasaran modal, pendidikan perakaunan, pembangunan bakat dan penyediaan kepimpinan dalam komuniti perniagaan.
MICPA dalam kenyataannya hari ini berkata, Presiden Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC), Rachel Grimes telah mengambil penerbangan dari Sydney (Australia) untuk menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmi acara.
Antara ahli-ahli MICPA yang hadir -- Pengerusi Bursa Malaysia Bhd dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tan Sri Amirsham A. Aziz, Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi CIMB Bank Bhd dan mantan Presiden MICPA Datuk Zainal Abidin Putih, Pengerusi Maxis Bhd dan Ekuinas Bhd Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda, dan mantan Presiden MICPA dan Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit dan Ahli Majlis MICPA Datuk Gumuri Hussain.
Lebih 400 orang hadir di majlis makan malam itu, termasuk pengawal selia, ahli akademik, ketua dan anggota badan profesional, firma ahli, majikan pusat latihan bertauliah, dan graduan Program MICPA-Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand (CAANZ).
 
-- BERNAMA

Jepun perkenal program utamakan persekitaran sukan bersih sempena Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Agensi Anti-Doping Jepun (JADA) merancang pelbagai program dan aktiviti untuk mewujudkan persekitaran sukan yang bersih serta integriti sukan dan masyarakat memandangkan Jepun akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Antara program berkenaan, JADA mengeluarkan wawancara dengan atlet bertaraf dunia yang menerangkan erti sebenar dalam sukan dan diri mereka, di bawah projek 'Larian Obor PLAY TRUE' di bawah projek "PLAY TRUE" 2020, Sukan Untuk Hari Esok (SFT)' , baru-baru ini.

Projek itu melibatkan atlet dari pelbagai negara, sukan dan generasi berbeza yang menyampaikan mesej mereka mengenai ‘kebenaran´ dalam sukan dan diri sendiri, menurut JADA dalam satu kenyataan.

Agensi itu menampilkan mesej daripada atlet Jepun, Akito Watabe (juara kombinasi Nordic, pemenang pingat Olimpik dan juara dunia 2017) dan Minato Oike (juara BMX Freestyle Park, juara UCI BMX Freestyle World 2018).

"Kecemerlangan yang paling hebat ialah seperti air dan mengubah cara dengan lancar dan fleksibel, mengikut apa jua keadaan tanpa rintangan," kata Akito Watabe dalam mesejnya tentang kebenaran dalam dirinya.

Sementara itu, Minato Oike pula berkata:"Memperluaskan segala kemungkinan yang boleh ditemukan melangkaui sekadar keseronokan.

"Saya akan menjadi seseorang yang dikagumi oleh orang lain, bukan hanya untuk menunggang BMX saya secara bebas tetapi juga kerana gaya hidup saya dan sebagai seorang manusia".

Siri wawancara itu bertujuan untuk menggalakkan ramai orang mencari nilai-nilai intrinsik sukan dan untuk menyedari betapa kebenaran yang ditemui oleh atlet berkaitan dengan nilai-nilai mereka.

Menurut kenyataan itu, setakat ini, 16 atlet dengan pelbagai latar belakang telah menyampaikan mesej mereka melalui 'Larian Obor PLAY TRUE' tersebut.

Wawancara itu diikuti dengan halaman cabaran kuiz mengenai projek itu . Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di https://playtrue2020-sp4t.jp.

-- BERNAMA

Friday, July 27, 2018

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMBENTANGAN DATA PRAKLINIKAL YANG MENUNJUKKAN KOMPAUN NEUROGENIK NSI-189 MENAMBAH BAIK KOGNISI DAN KERESAHAN DALAM MODEL MENCIT PENYAKIT ALZHEIMER


  • Kajian itu menilai kesan rawatan oral menggunakan NSI-189 dalam model mencit 5xFAD yang mantap untuk penyakit Alzheimer (AD)
  • Rawatan dengan NSI-189 memulihkan penyimpanan memori dan keupayaan pembelajaran dalam mencit AD serta mengurangkan keresahan dalam mencit kawalan dan AD
GERMANTOWN, Md., 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan pembentangan data di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer di Chicago, Illinois, yang menunjukkan bahawa rawatan NSI-189 oral dalam model mencit Penyakit Alzheimer’s menghasilkan penyembuhan dan/atau kemajuan dalam ukuran kognisi dan keresahan. Keputusan ujian tersebut dibentangkan dalam poster bertajuk ‘Kesan Kompaun Neurogenik NSI-189 Terhadap Indeks Kognisi dan Keresahan dalam Model Mencit (5XFAD) Penyakit Alzheimer’.

Kajian tersebut dilakukan oleh makmal Dr. Corinne Jolivalt di University of California, San Diego yang melibatkan pemberian NSI-189 secara oral kepada mencit dengan perubahan gen yang menghasilkan semula gejala penyakit Alzheimer keturunan. Mencit diberi rawatan bermula pada umur 15 minggu apabila kelemahan memori mula muncul. Dapatan penting termasuklah:
  • Rawatan NSI-189 memperbaiki keupayaan dan penyimpanan pembelajaran dengan signifikan seperti yang diuji melalui tugas ringkas (pagar sesat Barnes) dan meningkatkan prestasi ujian memori jangka pendek (Pengecaman Objek Baharu)
  • Rawatan NSI-189 meningkatkan pembelajaran motor mencit AD seperti yang diukur mengikut prestasi ujian Rotarod
  • Rawatan NSI-189 mengurangkan tahap keresahan dalam mencit AD dan kawalan seperti yang ditunjukkan dalam ujian lapangan terbuka
“Data kajian praklinikal ini menunjukkan bahawa NSI-189 mungkin mampu mengurangkan atau membalikkan kesan kognitif penyakit Alzheimer,” kata Corinne Jolivalt, PhD, profesor madya Jabatan Patologi di UC San Diego School of Medicine. “Kami bersedia untuk meneruskan penyiasatan ini untuk menilai potensi NSI-189 dalam merawat penyakit ini dengan lebih lagi.”

Perihal penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer ialah gangguan perosotan neuro yang menyebabkan dementia progresif dan penurunan aspek kognitif lain yang boleh mempengaruhi keupayaan seseorang untuk berinteraksi secara sosial atau bekerja. Kini, dianggarkan terdapat 50 juta orang menghidap dementia di seluruh dunia dan bilangan ini dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda menjelang tahun 2050.  Jumlah anggaran kos sosial dan ekonomi tahunan dementia untuk seluruh dunia ialah $818 bilion USD dan dijangka mencecah trilion dalam tahun-tahun akan datang.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). 

Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com


SUMBER : Neuralstem, Inc.


--BERNAMA 

WEWORK UMUMKAN PELABURAN SIRI B $500 JUTA DI WEWORK CHINA YANG DITERAJUI OLEH TRUSTBRIDGE, TEMASEK, SOFTBANK DAN HONY CAPITAL

NEW YORK & TOKYO & SHANGHAI, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies ("WeWork") hari ini mengumumkan satu pelaburan Siri B bernilai $500 juta di WeWork China yang diterajui oleh Trustbridge Partners ("Trustbridge"), Temasek, SoftBank Group ("SoftBank"), SoftBank Vision Fund (“Vision Fund”) dan Hony Capital. Pembiayaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan WeWork di China, sekali gus membolehkan syarikat itu untuk memberi perkhidmatan kepada lebih banyak usahawan, pencipta dan perusahaan merentasi rantau itu melalui reka bentuk, teknologi, hospitaliti dan komuniti setempat yang tidak ada tandingannya yang disediakan oleh WeWork.
 
Dalam tempoh dua tahun sejak membuka lokasi pertama mereka di China, WeWork telah menjadi sebuah rakan kongsi tempatan yang dipercayai kepada pencipta dan perniagaan dari semua bentuk saiz, dengan menyediakan kepada 20,000 ahli di hampir 40 lokasi di tiga bandar raya dengan komuniti, budaya, dan perkhidmatan untuk memulakan dan menskalakan operasi mereka. WeWork juga telah membolehkan lebih banyak perniagaan global mewujudkan kehadiran di China, dan membantu perniagaan China bagi kedua-dua skala di dalam negara dan berkembang di seluruh dunia. Pada Julai 2017, WeWork mengumumkan penciptaan WeWork China, dengan pelaburan Siri A bernilai $500 juta dari Hony Capital dan SoftBank yang dikhususkan sepenuhnya untuk mempercepatkan pengembangan WeWork di seluruh China.
 
"Kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami di Trustbridge, Temasek, SoftBank, dan Hony kerana kepercayaan mereka terhadap visi kami dan sokongan mereka terhadap perniagaan kami. Pelaburan ini akan membantu WeWork menjanakan misi kami untuk menyokong pencipta, perniagaan kecil dan syarikat besar di seluruh China. WeWork telah membina sebuah pasukan yang luar biasa di China yang menyokong ahli-ahli kami pada setiap hari, dengan berfungsi sebagai sebuah jambatan untuk syarikat-syarikat tempatan yang ingin menjangkau ke seluruh dunia serta bagi syarikat global yang ingin memasuki pasaran China. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan dan belajar, pelaburan ini menonjolkan potensi WeWork dan komuniti pencipta kami di rantau itu dan menegaskan dedikasi kami kepada pasukan kami, ahli-ahli kami dan rakan kongsi kami di China," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WeWork Adam Neumann.
 
"Trustbridge gembira untuk menyertai pasukan WeWork China. Melalui reka bentuk mereka yang bertimbang rasa, teknologi, hospitaliti dan yang paling penting komuniti, WeWork sedang membuka jalan bagi masa depan baharu bagi pekerjaan di China dan menyokong transformasi dari Buatan China kepada Dicipta di China. Sama ada usahawan baru sahaja memulakan perniagaan, syarikat-syarikat China ingin membawa perniagaan mereka ke peringkat global, atau perusahaan antarabangsa ingin mengadakan perniagaan di sini, mereka tahu bahawa WeWork adalah rakan kongsi tempatan yang mereka perlukan," kata Feng Ge, Rakan Urusan bagi Trustbridge Partners.
 
"Visi Adam Neumann adalah sentiasa untuk WeWork menjadi sebuah syarikat global dengan sebuah buku strategi tempatan, dan tidak ada tempat yang lebih jelas daripada di China di mana WeWork telah membangunkan satu penawaran yang mengagumkan. Daripada pasukan kepimpinan mereka yang mantap kepada mengintegrasikan teknologi yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan dan reka bentuk berasaskan komuniti, WeWork telah menunjukkan bahawa ia memahami apa perniagaan di China perlu untuk berjaya. Melalui pelaburan ini, kami berharap WeWork terus menyokong lebih banyak syarikat dari pelbagai saiz di seluruh China," kata Ronald D. Fisher, Naib Pengerusi SoftBank Group Corp.
 
"Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah melihat kehadiran WeWork yang semakin berkembang di China boleh capai. WeWork adalah sebuah penyambung global yang membawa usahawan, syarikat permulaan dan syarikat perusahaan besar dari seluruh dunia bersama-sama, sebuah rakan kongsi tempatan yang menyokong usahawan China dan menarik perniagaan baharu untuk melabur di China, dan sebuah inovator yang menggambarkan ruang kerja melalui reka bentuk, teknologi dan budaya yang berpusatkan komuniti yang canggih. Dengan pelaburan kami yang berterusan, kami tahu WeWork akan terus menerajui masa hadapan bagi kerja," kata John Zhao, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hony Capital.
 
Maklumat mengenai WeWork

WeWork menyediakan kepada ahli-ahli mereka di seluruh dunia dengan ruang, komuniti, dan perkhidmatan melalui penawaran fizikal dan maya. Dari syarikat permulaan dan bekerja bebas kepada perniagaan kecil dan syarikat Fortune 500, komuniti kami bersatu melalui keinginan anggota kami untuk mencipta kerja yang bermakna dan menjalani kehidupan yang penuh bermakna — untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri. Diasaskan bersama oleh Adam Neumann dan Miguel McKelvey di Bandar Raya New York pada tahun 2010, WeWork adalah sebuah syarikat milik persendirian yang mempunyai lebih 5000 orang pekerja. Ikut kami @WeWork di Twitter, Instagram, dan Facebook atau layari wework.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Maklumat mengenai Trustbridge

Trustbridge Partners adalah sebuah dana ekuiti pertumbuhan terkemuka yang memberi tumpuan kepada pelaburan di dalam peluang-peluang pertumbuhan yang berkualiti tinggi di China. Diasaskan pada tahun 2006, Trustbridge pada masa ini menguruskan kira-kira $8 bilion dalam aset dari pembiayaan universiti terkemuka, dana pencen, dana kekayaan berdaulat, dan rakan industri strategik. Falsafah pelaburan kami adalah berdasarkan kepada kefahaman asas mengenai trend jangka panjang di dalam perubahan demografi, teknologi dan struktur. Kami menggunakan satu pendekatan yang didorong oleh ekosistem yang unik dan menumpukan perhatian di dalam sektor Internet, kandungan / pendidikan, dan penjagaan kesihatan di mana kami percaya wawasan kami yang mendalam dan hubungan industri yang mantap membantu menjanakan set peluang pelaburan yang unik.
 
Maklumat mengenai Temasek

Diperbadankan pada tahun 1974, Temasek adalah sebuah syarikat pelaburan yang beribu pejabat di Singapura. Dengan disokong oleh 11 buah pejabat di peringkat antarabangsa, Temasek memiliki sebuah portfolio bernilai AS$235 bilion setakat 31 Mac 2018. Portfolio kami meliputi sebuah spektrum industri yang luas: perkhidmatan kewangan; telekomunikasi, media & teknologi; pengangkutan & industri; pengguna & hartanah; sains hayat & perniagaan pertanian; serta tenaga & sumber. Aktiviti pelaburan dibimbing oleh empat tema pelaburan dan trend jangka panjang yang mereka wakili: Mengubah Ekonomi; Populasi Pendapatan Pertengahan Yang Meningkat; Memperluaskan Kelebihan Perbandingan; dan Juara Yang Baru Muncul. Untuk maklumat lanjut mengenai Temasek, sila layari  www.temasek.com.sg
 
Maklumat mengenai Hony Capital

Hony Capital, diasaskan pada tahun 2003 dan ditaja oleh Legend Holdings, dengan memberi pengkhususan di dalam pelaburan pembelian. Dengan menjalin perkongsian dengan pelabur-pelabur terkemuka dunia, ia memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi sebenar China dengan "Penciptaan Nilai, Merealisasikan Harga" sebagai falsafah pelaburan mereka. Hony Capital pada masa ini mempunyai USD 10 bilion di bawah pengurusan, dengan pelabur dari China dan institusi pelaburan terkemuka dunia, termasuk dana pencen negara, dana kekayaan berdaulat, dana pembiayaan universiti, pencen serantau dan industri, syarikat insurans, yayasan keluarga, pelabur individu dan jenis lain. Hony Capital meletakkan China sebagai pasaran teratas mereka, dengan pelaburan di lebih 100 buah syarikat di dalam bidang farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, media dan hiburan, produk pengguna, makanan dan minuman, serta pembuatan mesin dan peralatan. Syarikat-syarikat portfolio Hony Capital termasuk China Shijiazhuang Pharmaceutical Group (CSPC), Zoomlion, China International Marine Containers (CIMC), Suning, Chengtou Holding, Jin Jiang International Hotels, ENN, PizzaExpress (United Kingdom), STX (Amerika Syarikat), WeWork (Amerika Syarikat), ofo, COFCO Capital, dan sebagainya. Nilai aset bagi syarikat-syarikat ini berjumlah kira-kira RMB 2.9 trilion dengan jumlah jualan sebanyak RMB 860 bilion, yang menyediakan lebih 450,000 peluang pekerjaan.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11280

FORBES TRAVEL GUIDE MENGUMUMKAN STRUKTUR KEPIMPINAN BAHARU UNTUK MENYOKONG PELAN PERLUASAN KE 100 NEGARA PADA TAHUN 2019


Jerry Inzerillo dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Forbes Travel Guide dan Filip Boyen menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

ATLANTA, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Forbes Travel Guide, pihak berkuasa global berhubung perjalanan mewah, hari ini mengumumkan satu rancangan untuk meningkatkan secara signifikan syarikat itu daripada menilai dan mengesahkan hospitaliti mewah di 60 buah negara kepada 100 negara menjelang akhir tahun 2019. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan ini, syarikat itu telah membuat beberapa pelantikan penting dan kenaikan pangkat eksekutif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11275

Thursday, July 26, 2018

TOSHIBA LANCAR ALAT PENYESUAI UNTUK MODUL OPTIK SEARAH BAGI PENGHANTARAN DATA JARAK DEKAT

TOKYO, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan "TOCA1300," sebuah alat penyesuai untuk modul optik searah[1]. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180726005296/en/

Produk baharu itu adalah sebuah alat penyesuai untuk modul optik searah yang menyambungkan sebuah modul penghantaran optik gentian dan sebuah modul penerimaan optik gentian bagi menghantar data untuk jarak dekat. TOCA1300 boleh menjadi pengganti bagi optik gentian di mana terdapat permintaan untuk jarak penebat yang lebih panjang berbanding dengan sebuah pengganding foto dan untuk jarak penghantaran yang lebih dekat berbanding dengan kabel optik gentian. Alat penyesuai itu membolehkan penghantaran optik apabila digabungkan dengan pengganding gentian[2] Toshiba.

Nota:
[1] TOCA1300 tidak diperakui untuk memenuhi sebarang standard keselamatan. Pelanggan mungkin perlu menjalankan penilaian dan memohon untuk mendapatkan pensijilan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
[2] Apabila digabungkan dengan modul penghantaran optik gentian TOTX1350(F) dan sama ada modul penerimaan optik gentian TORX1350A(F) atau TORX1355(F).

Penggunaan

Peralatan perindustrian (sistem penyimpanan kuasa, penyongsang bervoltan tinggi, dll.)

Ciri-ciri
  • Menggunakan jarak rayapan yang lebih panjang daripada sebuah pengganding foto.
  • Digunakan untuk jarak penghantaran yang lebih pendek berbanding dengan optik gentian.
  • Boleh digunakan dengan modul penghantaran optik gentian TOTX1350(F) dan sama ada modul penerimaan optik gentian TORX1350A(F) atau TORX1355(F).

Table


Nota:
[3] Apabila menggunakan TOTX1350(F), nilai awal.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180726005296/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Wednesday, July 25, 2018

YANG TERAMAT MULIA PUTERA MAHKOTA BAGI KERAJAAN ARAB SAUDI MOHAMMED BIN SALMAN MENAMAKAN PENGANJUR PELANCONGAN TERKENAL GERARD "JERRY" INZERILLO UNTUK MENGETUAI INISIATIF TRANSFORMATIF PELANCONGAN WARISAN

Inzerillo Akan Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Diriyah Gate Yang Pertama, Yang Mencakupi Muzium, Universiti, Kemudahan "Didik Hibur" Utama serta Resort, Restoran, Pusat Kesihatan dan Kedai Mewah
 
RIYADH, Arab Saudi, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yang Teramat Mulia Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota bagi Kerajaan Arab Saudi dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Diriyah Gate (DGDA) telah menamakan Gerard "Jerry" Inzerillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pihak Berkuasa berkenaan, yang akan menerajui sebuah inisiatif transformatif untuk memulihkan tempat kelahiran bersejarah negara Arab Saudi itu.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51841671&lang=en  
 
Inzerillo, seorang yang berwawasan bagi pelancongan yang sangat berjaya, telah dipilih untuk menyelia pemulihan Diriyah dan bagi membangunkan beberapa aset sejarah dan pelancongan baharu yang utama termasuk muzium, institusi akademik dan kemudahan "didik hibur", serta resort, restoran, kemudahan kesihatan dan kedai mewah di sebuah tapak pembangunan berukuran 7.1 juta meter persegi di sebelah barat Riyadh, ibu kota Arab Saudi yang berkembang pesat. Inisiatif itu adalah satu kunci utama dalam Wawasan 2030 Putera Mahkota itu untuk memodenkan negara Arab Saudi, melibatkan rakyat Arab Saudi, dan mengalu-alukan tetamu dari seluruh pelusuk dunia.
 
"Saya amat berbesar hati untuk mempunyai peluang bagi menyumbang kepada visi Dinamik Yang Teramat Mulia ini bagi negara ini," kata Inzerillo. "Ini adalah satu masa yang sangat mengagumkan di negara yang luar biasa ini. Saya amat berterima kasih untuk mengetuai sebuah pasukan bertaraf dunia di dalam pembangunan tapak penuh bersejarah ini, yang akan memberikan kepada dunia ini sebuah tingkap yang paling tepat ke dalam jiwa dan semangat bumi ini, penduduknya yang menyambut dengan tangan terbuka dan sejarah mereka yang kaya. Diriyah akan menjadi satu daripada tempat perhimpunan yang paling hebat di dunia."
 
Diriyah, sebuah tapak berdaftar UNESCO, mempunyai kedalaman sejarah lebih daripada 590 tahun. Sebagai tempat kelahiran bagi Kerajaan Arab Saudi yang pertama, kedua dan yang ada sekarang, ia adalah merupakan akar umbi bagi negara Arab Saudi itu.
 
Sebahagian besar daripada tapak asal itu, yang dibina menggunakan bata bata adob dalam seni bina tradisional di wilayah Najd yang lebih besar, akan dipulihkan secara tulen dengan tarikan dan kemudahan pelancongan yang baharu.
 
Daerah At-Turaif di Diriyah telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai sebuah "Tapak Warisan Dunia." Yang Teramat Mulia membayangkan Diriyah sebagai sebuah tempat di mana masa lampau akan diraikan dan masa hadapan dikejutkan dan di mana semua orang yang memasuki pintu gerbang itu akan merasa kagum, turut terlibat dan dihiburkan.
 
Lembaga Pengarah DGDA merasa gembira kerana dapat menarik seorang pemimpin yang kreatif dan penuh berinspirasi seperti Jerry Inzerillo untuk membawa visi Yang Teramat Mulia menjadi kenyataan. Sebelum ini, Inzerillo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Forbes Travel Guide, standard global bagi pengesahan kecemerlangan perkhidmatan di dalam hospitaliti. FTG, yang beroperasi di lebih 100 buah negara, turut memenangi Anugerah Lima Bintang yang berprestij itu pada setiap tahun, yang dianggap sebagai "Pingat Emas Sukan Olimpik bagi Hospitaliti".
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51841671&lang=en
 
Hubungi
Key Group Worldwide
Jaret Keller
Pejabat: 212-988-7701
Telefon Bimbit: 917-628-0480
E-mel: jkeller@keygroup.tv
 
Sumber : Lembaga Pembangunan Diriyah Gate (DGDA)
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Tuesday, July 24, 2018

OAG BERPADU TENAGA DENGAN PLUG AND PLAY UNTUK MEMBANTU SYARIKAT PERMULAAN PELANCONGAN BERKEMBANG, MEMBUAT PEMBAHARUAN DAN BERINOVATIF

SINGAPURA, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal terkemuka bagi maklumat penerbangan digital, telah menjalin kerjasama dengan Plug and Play, pusat pemecut dan inovasi permulaan yang terbesar di dunia. Perkongsian baharu itu membolehkan OAG untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat pemula yang berinovatif dan pemimpin teknologi untuk mewujudkan penyelesaian yang lebih pintar dan lebih berinovatif bagi ekosistem perjalanan.

Platform Inovatif Perjalanan dan Hospitaliti Plug and Play memberikan tumpuan kepada penemuan, sokongan dan penskalaan teknologi berinovatif yang menentukan masa depan perjalanan. Bagi OAG, perkongsian baharu itu mengikuti satu tempoh pertumbuhan pesat di dalam pasaran teknologi perjalanan. Banyak syarikat teknologi terkemuka dan pemula telah menggerakkan aplikasi dan produk kritikal mereka dengan API OAG yang mudah untuk digunakan dan data perjalanan udara yang terkemuka di dalam pasaran.

"Syarikat permulaan adalah merupakan nadi bagi industri pelancongan. Syarikat-syarikat ini mewujud, mereka bentuk, membuat inovasi dan mengembangkan sempadan bagi segala kemungkinan," kata Vipul Nakum, Ketua Pegawai Produk OAG. "Di OAG, kerjasama pelanggan menjadi keutamaan. Kami komited untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan produk dengan menawarkan akses yang pantas dan mudah kepada penyelesaian data dan API kami.

Pangkalan data bagi jadual dan status penerbangan OAG telah menjadi pilihan nombor satu bagi pemaju dan inovator teknologi di seluruh dunia. Hari ini, rangkaian pelanggan OAG termasuk tiga daripada empat ejen pelancongan dalam talian (OTA) yang terbesar di dunia, enjin tempahan yang terbesar di Eropah dan pemimpin pelancongan, teknologi dan e-Dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Di Asia, Plug and Play mempunyai kehadiran di Tokyo, Singapura dan Jakarta yang meliputi pelbagai industri dan menegak termasuk perjalanan dengan 8 pejabat tambahan di China termasuk Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Xi'an dengan kerjasama rakan kongsi seperti Wanda Group, Philips, Daimler, Audi, Cisco, Visa, P&G dan BASF.

"OAG akan menjadi satu penambahan yang berharga kepada masyarakat kita. Penyelesaian, data dan kepakaran perjalanan pasukan itu – dan kejayaan bertahun-tahun bekerjasama dengan jenama-jenama teknologi utama – akan berperanan penting di dalam melengkapkan peserta ekosistem kami untuk menyampaikan produk, perkhidmatan dan nilai yang bertaraf kelas pertama," kata Jordan Bray, ketua bagi perkongsian korporat di Plug and Play, Travel.

Maklumat mengenai OAG

Berada di barisan hadapan bagi pasaran pelancongan selama bertahun-tahun, kami mempunyai rangkaian data penerbangan udara yang terbesar di dunia termasuk pangkalan data jadual yang paling sahih bagi lebih daripada 980 syarikat penerbangan dan pangkalan data maklumat status penerbangan yang paling meluas di pasaran, dengan menjejaki 96% daripada penerbangan komersil.

Hari ini, rangkaian pelanggan OAG termasuk syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang terbesar di dunia, ejen pelancongan dalam talian (OTA), enjin tempahan terbesar di Eropah dan pemimpin pelancongan, teknologi dan e-dagang yang utama merentasi China, India, Indonesia, Amerika Latin dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com

Maklumat mengenai Plug and Play

Plug and Play adalah sebuah platform inovasi bertaraf global. Dengan beribu pejabat di Lembah Silikon, kami telah membina program pemecut, perkhidmatan inovasi korporat, dan VC dalaman untuk membuat kemajuan teknologi berkembang lebih cepat berbanding sebelum ini. Untuk turut serta di dalam ekosistem itu, sila layari www.plugandplaytechcenter.com/travel

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180723005451/en/

Hubungi

OAG
Esther Molina, +86 136 7179 3896
esthertsj@outlook.com
atau
Jordan Bray, +1 408 524 1677
jordan@pnptc.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

​TOSHIBA MEMORY CORPORATION PERKENALKAN SSD PERTAMA DALAM INDUSTRI YANG MENGGUNAKAN MEMORI 3D FLASH, 96 LAPISAN

TOKYO, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan pelancaran SSD[1] pertama di dalam industri yang menggunakan memori 3D flash, 96 Lapisan. Penghantaran sampel kepada pelanggan OEM bermula hari ini dalam jumlah yang terhad, dan Toshiba Memory Corporation akan secara beransur-ansur meningkatkan penghantaran dari suku keempat kalendar bagi tahun 2018.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180723005810/en/
 
SSD pelanggan siri XG6 yang baharu itu mempunyai sebuah antara muka 1.3a PCI Express® (PCIe®) Gen3 x 4 Lorong dan NVM ExpressTM (NVMeTM). Dengan gabungan teknologi memori BiCS FLASHTM generasi keempat dan cache SLC bagi Toshiba Memory Corporation, siri XG6 itu menyampaikan prestasi[2] menulis berurutan yang terkemuka di dalam industri sehingga 2960 MB[3]  dalam SSD pelanggan.
 
Selain itu, siri XG6 menyampaikan prestasi sehingga 3180 MB bacaan [3] berurutan, sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[4].  Selain daripada kelajuan yang lebih tinggi, siri XG6 itu juga adalah lebih baik daripada generasi siri XG5 yang terdahulu dari segi kecekapan. Penggunaan kuasa adalah maksimum 4.7W dalam mod aktif[5]  dan 3mW semasa siap sedia dalam mod kuasa paling rendah[6], yang menjadikannya sesuai untuk komputer peribadi mudah alih yang sensitif kuasa.
 
SSD baharu itu boleh didapati dalam tiga kapasiti, 256GB, 512GB dan 1024GB [7], kesemuanya pada faktor bentuk tunggal M.2 2280-S2. Model pemacu penyulitan diri (SED)[8] yang menyokong TCG Versi Opal 2.01 juga akan ditawarkan, menjadikan siri XG6 itu sangat sesuai untuk pelbagai aplikasi termasuk PC ultra mudah alih yang mengutamakan prestasi, dan penyimpanan server but dalam persekitaran pusat data dan perusahaan.
 
Siri XG6 itu akan dipamerkan pada Sidang Kemuncak Memori Flash 2018 di Santa Clara, California, Amerika Syarikat dari 7 hingga 9 Ogos, di petak Toshiba Memory Amerika (Dewan A, # 307).
 
* PCI Express dan PCIe adalah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* NVM Express dan NVMe adalah tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Tinjauan Toshiba Memory Corporation, setakat 24 Julai, 2018.
[2] Tinjauan Toshiba Memory Corporation, setakat 24 Julai, 2018.
[3] Tinjauan Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan bacaan dan menulis berurutan sebanyak 128 unit KiB, menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan bacaan dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan bacaan dan menulis, dan saiz fail. Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) sebagai 2^10 bait, atau 1,024 bait.
[4] Tinjauan Toshiba Memory Corporation berdasarkan kepada kelajuan rawak bacaan dan menulis bagi 4 unit KiB, dengan menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan bacaan dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan bacaan dan menulis, dan saiz fail. IOPS adalah Input Output bagi Setiap Saat (atau bilangan operasi I/O bagi setiap saat).
[5] Kuasa menulis aktif yang lazim. Tinjauan Toshiba Memory Corporation, dengan menggunakan model XG6 1024 GB di bawah keadaan pengujian Toshiba Memory Corporation.
[6] Tinjauan Toshiba Memory Corporation di bawah keadaan pengujian bagi pengurusan kuasa pautan menyatakan L1.2 dalam keadaan kuasa tidak beroperasi.
[7] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi bagi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenarnya mungkin berbeza-beza.
[8] Ketersediaan bagi barisan model SED mungkin berbeza mengikut wilayah.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-3457-3355
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180723005810/en/
 
Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Koji Takahata, +81-3-3457-3822
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
 
Sumber : Toshiba Memory Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11272