Friday, September 7, 2018

Festival Seni Media Jepun pelawa penyertaan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) – Festival Seni Media Jepun ke-22 kini menerima penyertaan hasil karya daripada artis dari seluruh dunia untuk empat kategori: seni, hiburan, animasi dan manga.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Eksekutif Festival Seni Media Jepun, penyertaan terbuka kepada semua artis tanpa mengira profesional, amatur, persendirian atau komersial.

Hasil karya yang layak ialah yang telah disiapkan atau dipamerkan dalam masa setahun sebelum tarikh akhir iaitu 6 Okt, 2017-5 Okt, 2018.

Penyerahan penyertaan adalah percuma dan mesti diserahkan di http://festival.j-mediaarts.jp/en/entry/entry-guidelines/ pada jam 6 petang (Waktu Standard Jepun), 5 Okt.

Jawatankuasa juri akan memilih pemenang Hadiah Utama, Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Wajah Baharu. Semua Anugerah termasuk Anugerah Pencapaian Khas dan Pemilihan Juri, akan diumumkan pada Mac, 2019.

Pemenang setiap kategori akan menerima trofi dan hadiah wang tunai sehingga 1,000,000 yen (RM1 = 3.74 yen) dan berpeluang membentangkan hasil karya mereka di Pameran Hasil Karya di Tokyo pada Jun, 2019.

Festival Seni Media Jepun telah menawarkan hadiah sejak 1997 dan melalui pameran tersebut, orang ramai berpeluang untuk menghargai secara langsung hasil karya dan menyertai acara berkaitan seperti simposium dan kuliah artis.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://festival.j-mediaarts.jp/en/

No comments:

Post a Comment