Wednesday, September 12, 2018

KENDERAAN ATAS PERMINTAAN, BERAUTOMAT PERTAMA AUSTRALIA - RAC INTELLICAR - TIBA DI PERTH

PERTH, 12 Sept, 2018/Medianet International-AsiaNet/--
 
Perth di Australia Barat kini menjadi rumah kepada salah satu kenderaan tanpa pemandu pertama di dunia, kenderaan atas permintaan, selepas pelancaran rasmi RAC Intellicar awal hari ini.
 
RAC Intellicar, yang direka sebagai perkhidmatan mobiliti bersama, akan menjadi tambahan terbaru kepada program kenderaan automatik RAC, disokong oleh Kerajaan Australia Barat dan pengeluar kenderaan, NAVYA.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RAC, Terry Agnew berkata kemunculan kenderaan prototaip itu merupakan sejarah penting pengangkutan untuk kedua-dua Australia Barat dan Australia.
  
"Bagaimana kita bergerak semakin pantas berkembang dan peluang menguji teknologi kenderaan yang berkembang di sini di Australia Barat akan membantu kita menyesuaikan diri dengan perubahan ini dalam cara yang paling selamat," kata Encik Agnew.
  
"Kesilapan manusia adalah punca majoriti kematian dan kecederaan serius di jalan raya, jadi jika kita boleh membantu Australia dan Australia Barat ke arah peralihan selamat melalui kenderaan tanpa pemandu lebih awal, beratus-ratus nyawa warga Australia boleh diselamatkan.
 
"Setiap tahun, kereta yang kita pandu menjadi semakin automatik, dan penerapan teknologi baru ini oleh para pengeluar hanya mempercepatkannya.
 
"Pada tahun-tahun akan datang, automasi kenderaan akan menjadi lebih produktif dalam  rangkaian pengangkutan kita, yang mana adalah kritikal untuk kita melakukan percubaan seperti ini untuk memahami dengan lebih baik potensi impak dan peluang.
 
"Memberi jalan bagi anggota dan masyarakat kita untuk terlibat adalah pusat untuk percubaan kita, dan maklum balas yang kita kumpulkan dari peserta sejak bermula perjalanan ini dengan RAC Intellibus (R) pada tahun 2015 telah menjadi sangat mendalam.
 
"Memiliki pemahaman yang kukuh tentang teknologi dan kepentingannya untuk Australia Barat akan membantu membangunkan pelan tindakan untuk peralihan yang selamat kepada masa depan kenderaan tanpa pemandu kita."
 
Ketua Pegawai Eksekutif NAVYA, Christophe Sapet, berkata "Australia adalah tempat yang strategik untuk menguji, mempamerkan dan menggunakan teknologi baru di rantau ini. Bagi Kerajaan serta RAC, semangat untuk teknologi kenderaan baru, inovasi dan keperluan membuat penyelesaian mudah alih pintar yang sedia ada kepada komuniti di sebahagian dunia ini telah membawa kami untuk mengesahkan satu daripada percubaan kami di sini di Australia Barat. "
 
RAC menjangkakan untuk mendapat Intellicars tambahan lewat tahun ini. Pada bulan-bulan akan datang RAC akan bekerjasama dengan Kerajaan Australia Barat untuk mengenal pasti lokasi percubaan berpotensi, dengan percubaan awam yang dirancang untuk 2019.
 
(TAMAT)

HUBUNGI: – Steph Gavlak +61-401-703-719, media@rac.com.au
 
PAUTAN KIT MEDIA UNTUK LEMBARAN VISI DAN FAKTA  
(https://www.dropbox.com/sh/cb5g2uoi98fq7nv/AADwGv4PE1h50GiLPnCHNPKEa?dl=0 )
 
MENGENAI RAC INTELLICAR
 
RAC Intellicar dilengkapi dengan teknologi pelbagai sensor terkini, termasuk 10 LIDARS, empat radar, enam kamera dan Odometri, semuanya menyediakan kenderaan dengan persepsi 3D yang memaparkan persekitaran, mengesan halangan dan membuat keputusan yang membolehkan mereka beroperasi secara autonomi. Ia juga mempunyai dua antena Sistem Navigasi Satelit Global (GNSS) untuk menentukan kedudukan kenderaan yang tepat pada bila-bila masa.
  
Mereka membawa sehingga enam penumpang dan mempunyai kelajuan maksimum 90km / jam dengan berkemungkinan kelajuan operasi disyorkan 20 hingga 50km / jam semasa percubaan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari rac.com.au/intellicar ( https://rac.com.au/intellicar )
 
SUMBER: RAC WA 
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment