Friday, September 7, 2018

MEMBETULKAN DAN MENGGANTIKAN TEKNOLOGI BLOCK CHAIN PURE DIAMOND - INOVASI PERINTIS BAHARU BAGI INDUSTRI BARANG KEMAS


TOKYO, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Sila gantikan siaran yang bertarikh 22 Ogos, 2018, dengan versi berikut yang telah diperbetulkan disebabkan oleh beberapa semakan semula.

Siaran yang telah diperbetulkan harus dibaca:

TEKNOLOGI BLOCK CHAIN PURE DIAMOND – INOVASI PERINTIS BAHARU BAGI INDUSTRI BARANG KEMAS

Industri barang kemas dunia memerhatikan dengan penuh minat terhadap sebuah inovasi baharu Jepun - berlian yang dihasilkan di makmal yang sama dari segi kimia, fizikal dan optik dengan berlian semula jadi.

Pure Diamond Lab, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tokyo, berupaya untuk menghasilkan berlian yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan berlian yang terhasil secara semula jadi dan oleh itu layak untuk diperakui oleh GIA (Institut Gemologi Amerika). Berlian ini dihasilkan di dalam sebuah persekitaran yang terkawal oleh makmal-makmal syarikat itu dengan menggunakan bahan karbon tulen, sekali gus menghasilkan sejenis berlian yang 'sempurna' yang dihasilkan di dalam makmal yang mempamerkan ciri-ciri optik yang lebih baik berbanding berlian yang dihasilkan secara semula jadi. Berlian boleh dihasilkan dalam sebuah spektrum warna yang luas termasuk yang tidak berlaku secara semula jadi, yang boleh dengan serta-merta memterbalikkan pasaran, sebagai contoh, berlian merah dan biru yang sangat jarang ditemui.

Satu faktor utama yang membezakan Pure Diamond Co. Ltd. daripada pesaing mereka adalah pembangunan mereka terhadap sebuah teknologi Block Chain untuk pasaran berlian. Maklumat mengenai pembiakan, penghalusan dan penilaian bagi berlian yang dihasilkan di makmal dikumpul dan didigitalkan, sekali gus mewujudkan satu profil yang tersedia kepada pengguna akhir, seterusnya meningkatkan ketelusan dan menambahkan pengalaman peruncitan. Secara kebetulan Ketua Pegawai Teknologi bagi projek Pure Diamond Block Chain, Encik Jun Kawasaki adalah merupakan penggodam 'Topi Putih' yang terkenal yang telah menyelesaikan penggodaman 500 juta NEM milik Coincheck pada Januari. Encik Kawasaki percaya bahawa projek pembangunan Pure Diamond Block Chain adalah "cara yang betul untuk menggunakan Block Chain," dan pengeluar Pure Diamond Lab Encik Hideyuki Abe menambahkan teknologi itu untuk "memberikan setiap berlian sebuah cerita."

Berlian yang dihasilkan di makmal seperti yang dibiakkan oleh Pure Diamond Lab juga kini membentuk semula industri berlian global untuk menjadi lebih mampan dan beretika. Penghasilan berlian di dalam sebuah persekitaran makmal melegakan tekanan ke atas permintaan terhadap lombong berlian, yang merupakan satu ancaman terhadap alam sekitar. Lagipun, teknologi Pure Diamond Block Chain membantu menghalang pengedaran apa yang disebut 'berlian berdarah', iaitu berlian yang dilombong di zon-zon perang dan dijual untuk membiayai konflik yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment