Thursday, September 20, 2018

PELABUR UTAMA ASIA MENAMAKAN PASUKAN DAGANGAN TERATAS UNTUK PELAKSANAAN DAGANGAN CEMERLANG DALAM TINJAUAN PASUKAN DAGANGAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR

NEW YORK, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dengan suasana dagangan serantau yang tegang disebabkan risiko geopolitik dan ekonomi, dikenali oleh pelabur sebagai tokoh pasaran adalah ciri yang berkesan untuk menarik pelabur baharu.

Lebih daripada 12,000 undian telah dibuang oleh pelabur-pelabur berpengaruh di rantau ini untuk menentukan pasukan dagangan elektronik, hubungan rapat dan berportfolio teratas tahun ini dan juga firma terbaik yang memberi ciri pasaran tempatan kepada sisi beli, seperti yang dilaporkan dalam tinjauan Pasukan Dagangan Seluruh Asia Institutional Investor.

Morgan Stanley/Morgan Stanley MUFG Securities Co ialah pilihan teratas dalam kalangan sisi beli dengan tempat pertama untuk dagangan elektronik pan-Asia, Perdagangan berhubungan rapat dan pasaran bercirikan tempatan.  UBS menduduki tempat kedua dan Goldman Sachs ketiga untuk dagangan elektronik pan-Asia dan Perdagangan berhubungan rapat. Dalam ciri pasaran tempatan pan-Asia, UBS juga menduduki tempat kedua, manakala Citi mendapat tempat ketiga.

Pedagang ekuiti tunai sisi beli ditinjau tentang penyedia yang hubungan rapat, elektronik dan berciri pasaran tempatan di tujuh rantau: Australia/New Zealand, China/Hong Kong, India, Jepun, Korea, Taiwan, Pasaran Dagangan Membangun, dan Pasaran Dagangan Sempadan. Tiada rantau khusus diminta untuk dagangan Portfolio.

Institutional Investor telah meninjau 400 ketua dagangan dan pedagang di 345 buah firma sisi beli di Asia. Lebih daripada 33 peratus firma undian telah membelanjakan $5 juta dan lebih lagi sebagai komisen kepada Street dan hampir 30 peratus firma tersebut menguruskan $1 atau lebih untuk aset dalam portfolio mereka.

Tinjauan ini mengandungi data untuk 25 atribut yang merangkumi hubungan rapat, elektronik, dagangan portfolio dan berciri pasaran tempatan yang memberikan lensa kepada penyedia pelaksanaan dagangan tentang tahap mereka dan pesaing serta membantu mereka memahami prestasi mereka dengan dana, geografi dan keupayaan kewangan yang berbeza.

Senarai penuh pemenang yang diterbitkan boleh didapati di  Pasukan Dagangan Seluruh Asia.

Laporan penuh itu menamakan 174 buah firma yang memenuhi undian minimum dan kriteria kelayakan lain. Untuk maklumat lanjut, hubungi Cara Eio di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.

Untuk berkongsi kejayaan anda dalam kandungan laman web, iklan, komunikasi, bahan iklan sampingan anda dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. dalam talian di www.ii-licensing.com

Perihal Institutional Investor

Selama 51 tahun, Institutional Investor telah menjadi syarikat media terutama secara konsisten dengan kewartawanan inovatif dan penulisan tajam yang memberikan maklumat penting kepada khalayak global. Selain itu, Institutional Investormenawarkan kajian dan ranking proprietari yang menjadi tanda aras industri yang disegani. Untuk maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.

SUMBER : Institutional Investor News

No comments:

Post a Comment