Friday, September 28, 2018

PENYELIDIK, BEKAS PESAKIT, PENYOKONG DAN PAKAR PERUBATAN BERSIDANG UNTUK MEMBINCANGKAN INOVASI DALAM PENYELIDIKAN, RAWATAN DAN SOKONGAN KANSER PARU-PARU DI PERSIDANGAN KANSER PARU-PARU DENGAN PENGUNJUNG PALING RAMAI DI DUNIA

TORONTO, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesakit, bekas pesakit dan penyokong menyertai penyelidik dan pakar perubatan untuk membincangkan masa hadapan kanser paru-paru di Persidangan Dunia Ke-19 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) di Toronto, Kanada. Taklimat akhbar pertama persidangan itu menunjukkan bilangan pengunjung berdaftar yang telah memecahkan rekod (melebihi 7,300 orang), komuniti pesakit dan penjaga berusaha untuk mempercepat penyelidikan, menilai data tinjauan tentang keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru dan menggariskan impak pemprofilan genom komprehensif terhadap penjagaan pesakit.

Sidang akhbar tersebut dibuka dengan mesej alu-aluan daripada presiden bersama persidangan, Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc; Andrea Bezjak, M.D., FRCPC, MSc; dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan persidangan tahun ini.

Komuniti penjaga dan pesakit berdasarkan onkogen mencipta paradigma baharu untuk penyelidikan kanser paru-paru bukan sel kecil
Tinjauan terkini terhadap komuniti penjaga dan pesakit yang berfokus pada kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) dengan perubahan genom menunjukkan bahawa kumpulan ini menunjukkan hasil yang lebih baik dengan menyokong pesakit dan penjaga, meningkatkan kesedaran dan pendidikan, serta mempercepat penyelidikan.   

Penyokong pesakit, Janet Freeman-Daily, pengasas bersama untuk komuniti The ROS1ders, Robert C. Doebele, M.D., Ph.D., dari Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado dan Christine M. Lovly, M.D., Ph.D., dari Vanderbilt University School of Medicine, bekerjasama untuk mengenal pasti impak kumpulan pesakit berdasarkan onkogen.

No comments:

Post a Comment