Friday, September 7, 2018

PIMCO MELANTIK JOHN STUDZINSKI SEBAGAI PENGARAH URUSAN DAN NAIB PENGERUSI PIMCO DI PEJABAT EKSEKUTIFNYA

  • En. Studzinski akan memegang peranan utama dalam strategi global PIMCO yang sedang berkembang.
  • Beliau akan menjadi penasihat utama kepada pelanggan terkemuka firma ini di seluruh dunia bersama-sama pasukan pengurusan pelanggan dan kepimpinan kanan.
  • Beliau membawa ke PIMCO pengalamannya selama lebih daripada 30 tahun sebagai penasihat kewangan yang sangat dipercayai kepada pemimpin dalam perniagaan, kewangan, kerajaan dan NGO di seluruh dunia.
  • Beliau berkhidmat sebagai Naib Pengerusi di Blackstone Group, Timbalan Pengerusi Morgan Stanley International dan Lembaga Pengurusan Kumpulan HSBC.
  • En. Studzinski telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang mempertahankan hak dan maruah individu di peringkat global.

NEWPORT BEACH, Calif., 7 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PIMCO, salah satu pengurus pelaburan pendapatan tetap utama dunia, telah melantik John Studzinski sebagai Pengarah Urusan dan Naib Pengerusi PIMCO di Pejabat Eksekutifnya. En. Studzinski, yang telah menghabiskan sebahagian besar daripada kerjayanya di Asia dan Eropah, membawa kepada PIMCO 30 tahun pengalamannya sebagai penasihat kewangan dan strategik yang dipercayai yang telah membentuk pertalian kukuh dalam kalangan pemimpin dunia dalam perniagaan, kewangan, kerajaan dan NGO. Beliau akan berpangkalan di pejabat New York PIMCO dan akan melapor kepada Emmanuel Roman, Ketua Pegawai Eksekutif PIMCO.

Sebagai peranan baru bagi firma itu, En. Studzinski akan membawa pengetahuan dan rangkaian antarabangsanya yang luas untuk membantu menyokong dan memajukan strategi global PIMCO serta menjadi penasihat strategik utama kepada pelanggan terkemuka PIMCO di seluruh dunia, termasuk dana pencen awam dan swasta, syarikat, dana kekayaan berdaulat, pejabat keluarga tunggal, kerajaan, yayasan, dan banyak lagi. Beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan Pengurusan Pelanggan PIMCO dan dengan kepimpinan kanan firma ini termasuk Tom Otterbein, Ketua Kumpulan Pengurusan Pelanggan Institusi PIMCO di Amerika, Craig Dawson, Ketua PIMCO Eropah, Timur Tengah dan Afrika, dan dan Kim Stafford, Ketua PIMCO Asia Pasifik.

“Saya telah 20 tahun mengenali John secara peribadi dan profesional dan sangat menyanjungi pengalaman, kepakaran, integriti, kebijaksanaan dan perhubungannya yang luas. Beliau seorang negarawan yang sejati dalam dunia kewangan global,” jelas En. Roman. “Menawarkan nasihat yang berwawasan kepada pelanggan kami adalah salah satu nilai PIMCO yang paling berkekalan. Perspektif dan pengalaman yang unik, berkuasa John -- digabungkan dengan kepimpinan dan pasukan pengurusan pelanggan kami yang cemerlang -- akan terbukti tidak ternilai kerana kami terus mengembangkan perniagaan global kami.”

“Saya memang sudah sekian lama amat menghormati dan mengagumi kepintaran pelaburan PIMCO ini, tumpuan pelanggan yang mantap dan peranan penting yang dimainkannya dalam ekonomi dunia,” kata En. Studzinski. “Saya sangat teruja dengan momentum PIMCO di bawah kepimpinan Manny dan Dan dan tidak sabar untuk menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan syarikat yang berterusan.”

Tentang John Studzinski

Sebelum menyertai PIMCO, Encik Studzinski adalah Naib Pengerusi, Perhubungan Pelabur dan Pembangunan Perniagaan dan Pengarah Urusan Kanan Blackstone Group, menyelia hubungan pelabur berdaulat dan institusi dan memberi nasihat kepada modal keluarga yang besar dan berpengaruh dalam strategi pelaburan. Beliau juga berkhidmat sebagai ketua Perbankan Pelaburan Eropah di Morgan Stanley dan Timbalan Pengerusi Morgan Stanley International dan memainkan peranan dalam pembentukan bahagian perbankan pelaburan HSBC Group, tempat beliau juga berada di Lembaga Pengurusan Kumpulan bank ini.

Selain kerjaya beliau dalam bidang kewangan, En. Studzinski telah bekerja tanpa mengenal penat lelah demi menyokong usaha-usaha kemanusiaan yang mempertahankan hak dan maruah individu. Beliau adalah Pengerusi inisiatif Perdana Menteri U.K. Urusan Menentang Perhambaan Moden, Pengasas bersama dan Pengerusi Arise Foundation, yang bekerjasama dengan rangkaian tempatan untuk menghentikan pemerdagangan manusia, dan merupakan Naib Pengerusi Emeritus Human Rights Watch. Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi Genesis Foundation, sebuah yayasan kebajikan berpangkalan di U.K. yang memupuk kerjaya artis muda yang cemerlang.

Encik Studzinski juga memegang penghormatan Papal Knight of Order of St. Gregory dan Komander Knight Saint Sylvester dan telah dinamakan dalam Senarai Kepujian Tahun Baru Queen 2008 sebagai Panglima Empayar British (CBE) untuk perkhidmatan kepada Seni dan Amal.

Tentang PIMCO 

PIMCO adalah salah sebuah pengurus pelaburan pendapatan tetap utama dunia. Dengan pelancaran kami pada tahun 1971 di Newport Beach, California, PIMCO memperkenalkan pelabur kepada pendekatan pulangan yang menyeluruh untuk pelaburan pendapatan tetap. Dalam tempoh sejak lebih 45 tahun, kami terus membawa inovasi dan kepakaran dalam perkongsian kami dengan pelanggan yang mencari penyelesaian pelaburan terbaik. Hari ini kami mempunyai pejabat di seluruh dunia dan 2,150 lebih profesional bersatu dengan satu tujuan: mewujudkan peluang untuk pelabur dalam semua persekitaran. PIMCO dimiliki oleh Allianz S.E., penyedia perkhidmatan kewangan pelbagai global terkemuka.

Kecuali maklumat sejarah dan perbincangan yang terkandung di sini, kenyataan yang terkandung dalam siaran berita ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini mungkin melibatkan beberapa risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk prestasi pasaran kewangan, prestasi pelaburan produk pelaburan tajaan PIMCO dan akaun yang diurus secara berasingan, keadaan ekonomi am, pengambilalihan masa depan, keadaan persaingan dan peraturan kerajaan, termasuk perubahan undang-undang cukai. Pembaca harus mempertimbangkan dengan teliti faktor-faktor tersebut. Selanjutnya, pernyataan yang memandang ke hadapan hanya tepat setakat tarikh pernyataan sedemikian dibuat. PIMCO tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh kenyataan sedemikian.

Hubungan:
Michael Reid
PIMCO – Perhubungan Media
Telefon 212-597-1301
Michael.Reid@pimco.com


SUMBER : PIMCO Account Management

No comments:

Post a Comment