Saturday, September 22, 2018

POLYPLASTICS MENGESAHKAN PPS BERDAYA MAJU UNTUK PEMOTONGAN PEMBENTUKAN BAGI SISTEM PENYEJUKAN ENJIN AUTOMOTIF

TOKYO, 19 Sept., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Polyplastics Co., Ltd., sebuah pembekal terkemuka dunia bagi termoplastik kejuruteraan, telah menyiapkan satu kajian menyeluruh yang mengesahkan polifenenilena sulfida (PPS) berdaya maju untuk pemotongan pembentukan bagi sistem penyejukan enjin automotif. DURAFIDE (R) PPS linear keluaran Polyplastics, yang telah menawarkan prestasi terunggul berbanding dengan pesaing seperti nilon 66, kini mempunyai keupayaan pemotongan pembentukan untuk tujuan menyahgerigis.

(Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/201809127866-O2-A4zWC4Id)
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/img/201809127866-O1-H350z52k)

Pemotongan pembentukan mengakibatkan di dalam satu pemotongan bawah yang "menghilangkan bonggol" ke dalam dua arah dan mengeluarkan daripada acuan tanpa menggunakan sebuah struktur gelongsor. Garis pisah (bibir acuan) itu hilang, sekali gus membolehkan bagi sebuah acuan tanpa gerigis. Sebelum ini, PPS mempunyai penggunaan terhad di dalam pemotongan pembentukan bahagian kejuruteraan disebabkan oleh kerapuhannya.

Polyplastics mendapati bahawa bahan-bahan yang mempunyai ketegangan fraktur lenturan yang tinggi di dalam persekitaran yang bersuhu tinggi (150C bagi PPS) adalah sesuai untuk pemotongan dari segi kerosakan dan ubah bentuk. Syarikat itu juga mendapati bahawa peningkatan di dalam ketegangan fraktur di dalam persekitaran yang bersuhu tinggi mungkin berlaku dengan mengurangkan pengisi, menambah elastomer, dan menggunakan PPS berat molekul tinggi.

Polyplastics telah menunjukkan bahawa PPS linear memperlihatkan ketegangan fraktur yang lebih tinggi berbanding dengan rangkaian silang PPS dan lebih kondusif kepada pemotongan pembentukan. DURAFIDE PPS keluaran Polyplastics tampak sesuai untuk pemotongan dari sudut ketahanan di dalam persekitaran yang bersuhu tinggi. Antara bahan DURAFIDE PPS, berat molekul tinggi 1130A1 (GF30%) dan 1140A1 (GF40%) nampak berguna untuk pemotongan.

Polyplastics percaya bahawa DURAFIDE PPS meningkatkan kebolehpercayaan produk, dan pemotongan mengurangkan proses penyahgerigis dan memudahkan kebebasan reka bentuk yang lebih tinggi. DURAFIDE PPS juga menyampaikan ketahanan haba yang tinggi dengan suhu perkhidmatan yang berterusan sebanyak 200C hingga 240C. Ia juga menawarkan ketahanan kimia yang lebih tinggi berbanding dengan fluoropolimer, dan kestabilan dimensi yang lebih tinggi dan mengurangkan hidrolisis/ penyerapan air berbanding dengan nilon 66.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.polyplastics.com/en/product/lines/pps_bump-off/index.vm

DURAFIDE (R) adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik Polyplastics di Jepun dan di negara-negara lain.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11420

No comments:

Post a Comment