Wednesday, September 26, 2018

QUBERCOMM TECHNOLOGIES BERGABUNG DENGAN ENERGOUS CORPORATION UNTUK MELANCARKAN PENYELESAIAN PENGESANAN ASET BAHARU

Penyelesaian pengesanan aset baharu yang dikuasakan oleh teknologi pengecasan tanpa wayar yang berasaskan RF untuk kelenturan pengecasan yang lebih baik
 

SANTA CLARA, Calif., 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Qubercomm Technologies, penyedia penyelesaian yang terkemuka bagi penyelesaian pengesanan aset di dalam aplikasi penjagaan kesihatan, hospitaliti, peruncitan dan gudang, hari ini mengumumkan ketersediaan tag pengesanan aset Locatum dengan keupayaan untuk mengecas tanpa wayar yang dibolehkan dengan WattUp®, satu teknologi pengecasan tanpa wayar berasaskan RF dari Energous Corporation (NASDAQ: WATT).
 
Locatum® melambangkan satu pendekatan yang berinovatif untuk pengesanan aset di dalam menyahkodkan mata arah yang diterima dengan kaedah penentu kedudukan Qubercomm yang sedang menunggu kelulusan paten bagi memberikan kedudukan yang tepat dengan kependaman yang hampir sifar. Portal awan Locatum itu menyediakan pengurusan peranti dan tag, dan sebuah platform analisis terperinci untuk memahami data yang sebenar. Tag Locatum memanfaatkan teknologi pengecasan RF WattUp® dari Energous Corporation, dengan itu mengurangkan overhed untuk menggantikan bateri.
 
Keupayaan pengecasan tanpa wayar berasaskan RF bagi tag Locatum menyokong ‘tinggal dan cas’ yang mudah, dengan bebas orientasi untuk mengecas sehingga 20 unit pada satu pad pengecasan tunggal, dan pada masa yang sama memantau tahap bateri bagi tag individu dan menguruskan pengedaran kuasa merentasi ke seluruh peranti.
 
"Penggunaan Internet untuk Segala-galanya adalah berasaskan pada mudahnya penggunaan penyelesaian itu. Penyelesaian Locatum pengecas tanpa wayar yang dibolehkan WattUp kami adalah sebuah pemboleh kuasa yang kuat, khususnya di dalam persekitaran seperti gudang, di mana tag itu sentiasa berada dalam peredaran yang berterusan dan harus terus dicas, di hospital, hotel dan kasino di mana butang panggilan kecemasan perlu berfungsi 24 jam sehari pada setiap masa, atau dalam persekitaran peruncitan di mana ruang berada pada tahap premium," kata Sudarsan Vasudevan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Qubercomm. "Penyelesaian kami yang benar-benar berinovatif dibina untuk kegunaan perindustrian dan memberi jaminan bahawa tag mereka mempunyai kuasa yang mencukupi pada setiap masa."
 
"Cabaran utama bagi mana-mana teknologi penempatan adalah ketepatan, kependaman, pengurusan dan hayat bateri. Kepakaran dan IP Qubercomm membolehkan kami untuk menangani cabaran bagi ketepatan, kependaman dan pengurusan untuk menjadikan Locatum sebagai pilihan utama bagi pelanggan kami. Sekarang menjalin kerjasama dengan Energous, kami juga sedang menangani perbatasan terakhir bagi hayat bateri," kata Senthil Kumar Balasubramanian, Ketua Pegawai Teknologi bagi Qubercomm.
 
"Sebagai peneraju di dalam pengecasan tanpa wayar 2.0, kami telah membangunkan sebuah teknologi yang berskala tinggi yang boleh dipertingkatkan untuk menambahkan kuasa atau ke bawah bagi mengurangkan tapak kehadiran, bergantung kepada keperluan yang khusus bagi aplikasi pelanggan kami," kata Stephen R. Rizzone, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Energous Corporation. "Dengan bergabung bersama sebuah pemimpin industri seperti Qubercomm untuk membawa sistem pengesanan aset yang serba canggih kepada pasaran merupakan satu lagi kejayaan bagi syarikat itu ketika kami terus melancarkan teknologi WattUp kami secara global merentasi beberapa pasaran menegak yang pesat berkembang." 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Locatum dan tag aset pengecasan tanpa wayar, sila layari locatum.io.
 
Maklumat mengenai Qubercomm Technologies
 
Qubercomm Technologies memberi tumpuan kepada menyampaikan produk dan perkhidmatan yang unggul yang membolehkan perusahaan untuk membina penyelesaian IoT yang menyelesaikan masalah dunia yang sebenar di dalam persekitaran yang dinamik, campur tangan yang tinggi merentasi industri yang berbeza. Perkhidmatan nilai tambah syarikat itu, teknologi serba canggih yang menunggu kelulusan paten dan kepakaran domain yang mendalam membantu pelanggan mewujudkan sistem penempatan tepat masa yang dikuasai IoT untuk persekitaran dalaman yang kompleks dan pelbagai kes penggunaan industri. Dengan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan India dan perancangan untuk berkembang ke wilayah APAC dan MEA, syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat itu, sila layari Qubercomm.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180925005340/en/
 
Hubungi

Qubercomm
Deepa Sudarsan, 650-209-4747
Pengarah, Hal Ehwal Korporat
Deepa.sudarsan@qubercomm.com
 
Sumber : Qubercomm Technologies
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment