Monday, September 24, 2018

ROCKET SOFTWARE MEMPERLUASKAN OPERASI DI ASIA

Syarikat menamakan Paul Lin sebagai pengurus kanan saluran untuk Rantau Asia Pasifik
 

SYDNEY, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rocket Software, sebuah penyedia teknologi bertaraf global yang membantu syarikat-syarikat Fortune 500 dan agensi-agensi kerajaan memodenkan aplikasi perusahaan kritikal, hari ini mengumumkan penyertaan Paul Lin ke dalam pasukan kepimpinan kanan jualan di syarikat itu; beliau akan mengawasi operasi penjual semula dan jualan syarikat itu di Asia Tenggara. Ini merupakan langkah terbaharu di dalam pengembangan strategik Rocket ke rantau Asia Pasifik, di mana syarikat itu telah memeterai urus janji utama dengan institusi kewangan seperti Bank CIMB, Bank Kumpulan Erste, Kumpulan Perbankan Westpac, dan PT Bank Central Asia Tbk.
 
Lin menyertai Rocket selepas berkhidmat di saluran kanan dan kedudukan pengurusan rakan di Prysm Inc., BT Group dan Cisco. Seorang pemimpin perniagaan yang berpengalaman dengan lebih 20 tahun pengalaman profesional di dalam perikatan strategik, pengurusan portfolio, jualan saluran dan pembangunan perniagaan di dalam industri IT, Lin membawa kepada Rocket sebuah rekod prestasi yang mantap untuk memacukan pertumbuhan perniagaan, membangun perhubungan eksekutif peringkat C, membangunkan program rakan saluran dan menguruskan projek-projek yang rumit. Beliau fasih berbahasa Inggeris dan Cina.
 
"Dalam masa yang singkat beliau berada di sini, Paul telah membuktikan diri sebagai seorang ahli yang tidak ternilai di dalam pasukan pengurusan saluran kami," kata Naib Presiden Rocket bagi jualan antarabangsa Chip Salyards. "Dengan pengetahuan kebudayaan beliau yang luas dan pengalaman yang sudah terbukti di dalam menguruskan saluran dan pakatan strategik, Paul membantu kami di dalam menjalin hubungan baharu dan penting. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau dan seluruh pasukan APAC untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan di rantau ini yang sangat penting."
 
"Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan APAC yang pesat berkembang," kata Lin. "Setiap hari, syarikat dan kerajaan di seluruh dunia menggunakan penyelesaian Rocket untuk menjana dengan pasti, cekap dan selamat dengan menggunakan infrastruktur IT di sebalik banyak aplikasi kewangan, penjagaan kesihatan, runcit, dan pembuatan yang paling kritikal di dunia. Terdapat keperluan yang besar dan berkembang di pasaran APAC bagi jenis teknologi seperti ini dan hasilnya kami melihat banyak minat di dalam penyelesaian kami. "
 
Rocket telah mengekalkan satu kehadiran utama di dalam APAC. Rakan-rakan yang sedia ada di rantau itu termasuk IBM®, Silverlake, Multipolar Technology, Metro Systems dan S&I Systems. Syarikat itu sedang menjalankan pelbagai inisiatif di APAC, termasuk projek-projek untuk memanfaatkan teknologi bagi menghubungkan rakyat dengan kerajaan dengan lebih baik dan untuk membantu bank memberikan lebih banyak perkhidmatan yang khusus bagi pelanggan mereka.
 
"MSC dan Rocket mempunyai suatu hubungan yang kuat yang diukur dari segi hasil kewangan hingga kini," kata Aekachai Limprasert, Naib Presiden bagi Digital Solutions Group di Metro Systems Corporation Public Company Limited, sebuah penyedia penyelesaian IT yang berpangkalan di Bangkok yang melesenkan dan menyesuaikan penyelesaian Rocket untuk perniagaan dan organisasi kerajaan di pasaran Asia Pasifik. "Rocket komited untuk menjalin kerjasama dengan kami bagi menangani keperluan pelanggan di rantau ini dan pada masa yang sama menjanakan peluang pasaran baharu."
 
Maklumat mengenai Rocket Software
 
Rocket Software (www.rocketsoftware.com) adalah sebuah syarikat teknologi yang membantu organisasi di dalam ekosistem IBM untuk membina penyelesaian yang memenuhi keperluan pada hari ini dan pada masa yang sama memperluaskan nilai bagi pelaburan teknologi mereka untuk masa hadapan. Beribu-ribu buah syarikat bergantung kepada Rocket untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling mencabar dengan membantu mereka menjalankan infrastruktur dan data yang sedia ada, serta memperluaskan aset tersebut untuk mengambil kesempatan daripada awan, mudah alih, analisis, dan inovasi masa depan yang lain. Ditubuhkan pada tahun 1990, Rocket berpangkalan di Waltham, Massachusetts dan mempunyai lokasi di Eropah, Asia, dan Australia.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180923005021/en/
 
Hubungi

VerbFactory bagi pihak Rocket Software
Richard Berman, +1-415-359-4906
richard@verbfactory.com
 
Sumber : Rocket Software
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment