Wednesday, September 26, 2018

SATU PERTANDINGAN INDUSTRI PERANTI PERUBATAN BERTARAF TINGGI DIADAKAN OLEH XIANJU DI TIMUR CHINA UNTUK MENARIK BAKAT

XIANJU, China, 25 Sept, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 18 September, persidangan media yang pertama bagi pertandingan inovasi peranti perubatan global pertama oleh Xianju di China telah diadakan di Shanghai. Ini adalah percubaan pertama oleh Daerah Xianju untuk menarik bakat melalui pertandingan. Dan juga pertandingan keusahawanan peringkat tertinggi yang diadakan di Daerah Xianju setakat ini.

Daerah Xianju terletak di Wilayah Zhejiang. Ia mempunyai sebuah persekitaran semula jadi yang indah dan dikenali sebagai tempat penginapan bagi dewa-dewa. Dengan persekitaran ekologinya, di sini lama-kelamaan boleh dibangunkan pelancongan hijau dan ekonomi hijau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Xianju telah mengoptimumkan secara menyeluruh keadaan untuk inovasi dan dalam memulakan satu Akujanji. Ia telah menyebarluaskan dasar bakat baharu yang paling kuat di peringkat daerah di wilayah Zhejiang, yang memberikan sokongan kuat kepada perusahaan untuk mengambil, menggunakan dan mengekalkan bakat.

Xianju sentiasa memberi perhatian kepada promosi bersama bagi pengumpulan bakat dan peningkatan industri. 19 perusahaan telah memasuki taman perindustrian peranti perubatan yang baharu dibangunkan, termasuk 2 perusahaan kebangsaan berteknologi tinggi, 1 projek penyelidik kebangsaan, 3 projek penyelidik bagi Akademi Sains China dan sebagainya. Projek-projek ini mempunyai lebih daripada 35 bakat atasan, dan hampir 100 paten rekaan. Industri peranti perubatan secara beransur-ansur berkembang menjadi sebuah industri tunggak baharu di Xianju.

Pertandingan itu akan ditujukan ke arah bakat dan pasukan yang berminat untuk memulakan usaha atau menyusuri laluan baharu di Xianju. Bakat-bakat itu diminta untuk memiliki ijazah sarjana atau yang lebih tinggi, dan mempunyai pengalaman di dalam inovasi atau memulakan suatu usaha sebelum ini. Dan pasukan harus mempunyai teknologi yang berinovatif atau pencapaian penyelidikan yang mempunyai prospek pasaran yang luas dan selaras dengan orientasi pembangunan perindustrian bagi peranti perubatan Xianju, bahan-bahan baharu dan industri lain. Setiap orang di bawah umur 60 boleh mendaftar untuk pertandingan itu. Terdapat empat peringkat: pendaftaran, semakan, ujian dan peringkat akhir. Kedua-dua ujian ini akan diadakan secara serta merta di China timur dan utara dan melalui jerayawara video global.

Adalah diketahui bahawa acara itu menyediakan satu sokongan ganjaran yang mewah. Pemenang muktamad untuk hadiah pertama, kedua dan ketiga akan bukan sahaja diberikan sebuah bonus yang mewah oleh penganjur, tetapi juga dana sokongan yang sepadan dan perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh pihak penganjur selepas memperolehi projek permulaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11435

No comments:

Post a Comment