Monday, September 3, 2018

TCL MEMPERKENALKAN RANGKAIAN PRODUK TV YANG BOLEH GUNA AI YANG DIPERLUASKAN PADA IFA 2018

BERLIN, 3 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, antara tiga jenama1televisyen yang utama di dunia dan syarikat elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini melancarkan TV kecerdasan buatan (AI) baharu mereka pada IFA 2018 di Berlin, termasuk TV 8K yang pertama oleh TCL, TV QLED 8K TCL – Edisi Bola Keranjang Piala Dunia FIBA 2019, TV QLED X8 TCL dan satu barisan produk premium yang baharu, siri Living Window.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180830005250/en/

Rangkaian yang diperluaskan itu menunjukkan komitmen TCL yang berterusan untuk membina sebuah ekosistem rumah pintar yang menjadikan kehidupan orang ramai lebih pintar.
 
TV QLED 8K 75 inci keluaran TCL, TV 8K yang pertama oleh TCL, menawarkan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR, perkakasan dari Onkyo dan teknologi bunyi oleh Dolby Atmos. Ia juga menyokong sebuah bar bunyi AI yang bersepadu yang membolehkan pengguna untuk mencari kandungan dengan mudah melalui kawalan suara.
 
X8 itu adalah TV QLED 4K yang terkini keluaran TCL yang memaparkan gambar yang menakjubkan dan suatu pengalaman bunyi yang mendalam. Ia boleh didapati dalam model 75, 65 dan 55 inci.
 
Siri TCL Living Window itu adalah untuk pengguna yang meminati budaya dan seni. Ia dikeluarkan dalam empat model – Art Deco 65 inci, Kecantikan Abstrak, Kesederhanaan Moden dan Keanggunan Ketimuran 55 inci, masing-masing menggambarkan konsep reka bentuk yang diilhamkan oleh Art Deco, Cubism, Piet Mondrian dan seni Ketimuran. Dengan AI yang tertanam, ia mengubah TV menjadi sebuah pembantu kehidupan maya.
 
UHD TV Pintar C76 (55DC760) TCL, yang merupakan versi Eropah bagi C6, baru-baru ini telah memenangi anugerah "Belian Terbaik LCD TV 2018-2019" dari EISA dan telah juga dilancarkan di Eropah pada bulan ini.
 
* Spesifikasi produk berbeza di wilayah-wilayah yang berbeza. Ketersediaan produk berbeza-beza mengikut pelan pelancaran tempatan.
 
Pada tahun 2018, TCL sekali lagi mengalami pertumbuhan perniagaan yang mantap, dengan mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun dan mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran United Kingdom. Dalam tempoh pertengahan pertama 2018, keseluruhan volum jualan LCD TV TCL mencapai 13,173,307 set, satu peningkatan sebanyak 37.2% tahun ke tahun. Di pasaran luar negara, volum jualan meningkat sebanyak 44.4% tahun ke tahun kepada 8,284,671 set.
 
Maklumat mengenai TCL Electronics
 
Beribu pejabat di China, TCL Electronics Technology Holdings Limited (HKSE: 01070) adalah satu daripada syarikat terkemuka di dalam industri TV global, dengan melibatkan diri di dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pengedaran bagi produk elektronik pengguna. TCL Electronics berusaha untuk membina sebuah ekosistem yang menyeluruh untuk TV pintar yang menyediakan pengguna dengan suatu pengalaman yang unggul dengan produk dan perkhidmatan pintar mereka.
 
1 Sumber: IHS Technology

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180830005250/en/
 
Hubungi

H+K Strategies
Rachel Wu, +852 2894 6292
rachel.wu@hkstrategies.com
 
Sumber : TCL Electronics
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment