Wednesday, September 19, 2018

THOMAS FLOHR LANCARKAN VISTA GLOBAL UNTUK MENGUKUHKAN PECAHAN PASARAN PENERBANGAN PERNIAGAAN, DISOKONG OLEH PELABURAN TAMBAHAN $200J

-Vista Global Holding bersedia untuk menyatukan industri penerbangan perniagaan
-Disokong oleh pelaburan tambahan $200j daripada firma ekuiti swasta global Rhône Group
-Mempunyai ibu pejabat di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC)
-Kumpulan yang terintegrasi akan menawarkan perkhidmatan aset global merangkumi semua untuk setiap pelanggan:

Untuk akses terjamin ke pesawat: Program VistaJet, tersedia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja di seluruh dunia, pelanggan hanya membeli jam yang mereka perlukan;
Untuk pesawat khusus: Penyelesaian pajakan dan tukar beli Vista Global untuk penerbangan perniagaan;
Bagi pasaran Atas Permintaan: penyelesaian berasaskan teknologi mudah dan cekap, iaitu pelanggan mendapatkan akses dalam talian segera ke pesawat;
Untuk pasaran dan pengendali: menaik taraf teknologi proprietari dan mengautomasikan keseluruhan aliran komunikasi antara pelanggan dan pengendali pesawat.


DUBAI, 13 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Thomas Flohr melancarkan Vista Global Holding (“Vista Global”), sebuah kumpulan revolusi  penerbangan beribu pejabat di DIFC yang akan menerajui penyatuan dan perkembangan pecahan pasaran penerbangan perniagaan. Vista Global adalah kumpulan penerbangan perniagaan paling komprehensif di dunia dan dibina berdasarkan empat prinsip dengan perkhidmatan pelengkap untuk pengguna dan perdagangan. Mereka  adalah kumpulan pertama yang membina skala dan pengetahuan untuk menawarkan keseluruhan rangkaian penyelesaian persendirian untuk pelanggannya, menetapkan tanda aras global yang baharu untuk industri.

Armada Vista Global akan menyediakan setiap pelanggan dengan penyelesaian aset-lite untuk terbang ke mana jua bila-bila masa, di mana-mana jua dalam masa yang singkat - sama ada dengan ketersediaan pesawat terjamin atau Atas Permintaan. Di samping itu, Vista Global akan menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembiayaan yang pertama di seluruh dunia bagi pelanggan yang ingin membeli pesawat khusus. Bagi melengkapi tawaran pengguna dan perdagangannya, Vista Global juga akan menyokong syarikat penerbangan yang ingin meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka melalui teknologi yang paling canggih, menyediakan platform menyeluruh dalam pecahan pasaran pengendali global. 

No comments:

Post a Comment