Thursday, September 6, 2018

WATAK-WATAK HARTA INTELEK 'GO EAST' COSCOI POPULAR DI ASIA TENGGARA, MENDAPAT LAMPU HIJAU UNTUK PENGEMBANGAN KE SELURUH DUNIA

SEOUL, Korea Selatan, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Watak-watak ‘Go East’ yang dibangunkan oleh COSCOI, sebuah syarikat pembangunan watak animasi dan kandungan digital di Korea, telah mempamerkan sambutan yang baik di Asia Tenggara.

COSCOI mengumumkan bahawa dua aplikasi pendidikan untuk kanak-kanak yang memaparkan watak-watak comel 'Go East' telah dimuat turun sebanyak 40,000 kali dalam tempoh satu bulan selepas ia dikeluarkan. Mereka sangat
popular di Asia Tenggara, dengan 96 peratus daripada pengguna tertumpu di Vietnam, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Vietnam dan Indonesia merangkumi 80 peratus daripada jumlah jualan.

Aplikasi didik hibur pintar mereka yang baru dikeluarkan 'Go East! Mewarnai' dan 'Go East! Xilofon,' sebagai sebahagian daripada siri 'COSCOI Friends' yang menggunakan 'Go East', harta intelektual mereka yang lazim di dalam animasi. Siri aplikasi bagi ‘COSCOI Friends’ telah diedarkan ke 135 buah negara.

COSCOI juga telah menandatangani satu kontrak dengan Zalo, sebuah aplikasi pembawa mesej yang terkenal dari Vietnam, untuk membekalkan emotikon 'Go East' tidak lama lagi. Ia sedang berunding dengan syarikat-syarikat Asia Tenggara yang lain berhubung lesen untuk 'Go East' dan emotikon yang lain.

‘Go East’ adalah sebuah kandungan animasi yang didasarkan daripada 'Journey to the West', sebuah novel Cina klasik abad ke-15 yang berkaitan dengan pengembaraan dan eksploitasi seekor monyet bernama Sun Wukong. 'Go East' mempunyai sebuah jalan cerita baharu yang berkembang daripada satu persoalan imaginatif, "Bagaimana jika Sun Wukong mempunyai  adik lelaki?" Ini adalah sebuah filem jalanan yang menunjukkan adik Wukong yang suka membuat kacau 'Banamong' merasakan pelbagai jenis makanan ketika ia mengembara ke timur. Popularitinya adalah disebabkan oleh satu sentuhan yang menarik pada kisah yang terkenal dan penambahan dua topik yang popular, makanan dan pengembaraan.

Watak-watak di dalam kisah ini begitu kuat dan comel sehinggakan mereka mendapat sambutan yang positif dalam pameran watak global, animasi dan IP, termasuk LIMA 2018 di Las Vegas, Amerika Syarikat, Festival Filem Antarabangsa Beijing di Beijing, China dan Mifa 2018 di Annecy, Perancis.

COSCOI telah membangunkan Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih (MAS), sebuah platform pengurusan kandungan untuk melancar dan menguruskan aplikasi bagi pengagihan dan penggunaan yang berkesan bagi  ‘Go East,’ harta intelektual milik mereka.

"Saya menjangkakan aplikasi itu akan berjaya di pasaran global tanpa menghadapi sebarang kesukaran berikutan prestasi mereka yang memberangsangkan di Asia Tenggara," Naib Presiden COSCOI Ja Keun Kim berkata, "Kami merancang untuk mengeluarkan 11 lagi aplikasi pendidikan pada tahun ini."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11372

No comments:

Post a Comment