Wednesday, October 31, 2018

Festival Busan One Asia 2018 di Korea Selatan tarik lebih 270,000 pengunjung

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Busan One Asia 2018 (BOF2018), festival Hallyu nombor satu di Asia, menarik kehadiran 273,300 pengunjung, jumlah terbesar dalam sejarahnya.

Festival sembilan hari itu melabuhkan tirai dengan konsert penutup pada 28 Okt dengan persembahan Red Velvet, Teen Top, Astro, Dynamic Duo dan Mighty Mouth .

Kumpulan Projek BOF dalam satu kenyataan hari ini berkata festival berkenaan menunjukkan kepada dunia bahawa Busan adalah bandar raya yang kaya dengan kandungan Hallyu.

“Warga Busan, pelancong dari dalam dan luar negara, terima kasih banyak-banyak kerana datang ke sini untuk perayaan sembilan hari itu," katanya.

Konsert pembukaan pada 20 Okt menarik 36,000 penonton, yang terpesona dengan persembahan pemuzik terkemuka Korea seperti EXO, Wanna One dan Seventeen.

‘Konsert Taman’ pula telah menghiburkan kira-kira 47,000 orang manakala acara "BOF Land" menarik 159,723 pelawat sepanjang festival yang masuk edisi ketiga pada tahun ini.

“Ramai pelancong dari luar negara datang ke Busan untuk BOF 2018. Mereka tidak datang hanya dari Jepun, China, Hong Kong dan Taiwan tetapi juga dari Asia Tenggara, yang membuktikan bahawa ia merupakan festival Hallyu nombor satu di Asia,” katanya.

BOF 2018, berusaha untuk menjadi festival berkaitan Hallyu sepenuhnya.

“Oleh itu, ia menyampaikan pelbagai kandungan K yang terkemuka mengenai Hallyu yang menjangkau dari K-pop sehinggakan seni, kecantikan dan fesyen. Festival itu berkomunikasi dengan rakyat dan juga berkongsi kegembiraan dengan mereka menerusi pelbagai genre persembahan dan program pengalaman.

-- BERNAMA

SEEDLAND MENERAJUI KEHIDUPAN PINTAR - TRANSFORMASI BAGI INDUSTRI HARTANAH CHINA TELAH TIBA

BEIJING, China, 31 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada sebelah tengah hari pada 25 Oktober, 2018, Waktu Beijing, Seedland Real Estate telah mengadakan pembukaan besar-besaran mereka bagi Persidangan Akhbar Media 2018 yang bertemakan "Seedland Menerajui Kehidupan Pintar" di Pusat Kesenian Jingyuan Beijing. Persidangan ini telah mengundang ratusan media terkenal dari dalam negeri dan antarabangsa, termasuk penulis China terkenal dalam bidang kewangan dan ekonomi, Wu Xiaobo, dan ahli sejarah termaju di peringkat global Yuval Harari. Sewajarnya, kedua-dua mereka telah memberikan ucapan dasar mereka dengan ikhlas.

Semasa persidangan itu, Seedland menunjukkan pembinaan mereka yang sedang dilaksanakan bagi SLS (Sistem Kehidupan Pintar), dan membentangkan analisis sistematik mengenai masa hadapan kehidupan kediaman rakyat China. Juga, beberapa rakan kerjasama Seedland telah berkongsikan amalan, pengalaman, penerokaan dan hasil mereka secara berperingkat di dalam bidang hartanah, keahlian, isi rumah, komuniti dan kesihatan, dan lain-lain. Seedland mengambil hartanah sebagai teras mereka, dan secara beransur-ansur membina penyelesaian pintar komuniti di samping itu, yang dapat dilihat di dalam setiap perincian bagi kehidupan penduduk, Tambahan pula, dengan pembentukan fail maklumat bagi setiap ahli kediaman, Seedland menyediakan kemudahan untuk peredaran data di antara hartanah, sokongan komersial, kesihatan, industri dan juga kepelbagaian pihak ketiga. Secara khusus, terdapat semua jenis produk isi rumah pintar teknologi yang direka oleh Seedland untuk projek domestik yang berbeza, seperti katil pintar, almari pakaian pintar, kabinet kasut pintar dan banyak lagi. Berdasarkan kepada akses mudah di antara data awan dan maklumat perkhidmatan, Seedland membina persekitaran perubatan komuniti "kesihatan pintar" yang sebenar dengan sistem pintar yang komprehensif, dan mengamalkan konsep perkhidmatan perubatan yang tepat pada masanya, kecekapan tinggi dan keperihatinan individu di dalam projek sebenar.

Ditubuhkan di Guangzhou sebagai sebuah perusahaan hartanah pada tahun 2006, Seedland, sekarang mensasarkan lebih tinggi dan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh hartanah. Tempoh 12 tahun dalam bergerak ke hadapan dan percubaan berani telah menjadikannya menjadi sebuah syarikat platform yang dibolehkan industri untuk menyediakan penyelesaian kehidupan pintar dan mengembalikan semula profesion rakan setara. Idea Seedland bukan sahaja telah menghasilkan suatu konsep baharu tentang kehidupan, ia akan juga menyediakan satu mod sampel baharu untuk hala tuju masa depan bagi industri hartanah China.

Sumber: Seedland

--BERNAMA

Muhamad Shahril dilantik anggota lembaga pengarah Danajamin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) – Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) melantik Muhamad Shahril Othman sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif, berkuat kuasa 19 Okt, 2018. 

“Kami yakin pengalaman luas Muhamad Shahril termasuk dalam pelaburan dan pembiayaan, akan melengkapkan anggota lembaga pengarah sedia ada kami.

"Ini akan membolehkan kami melangkah ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai penanggung insurans jaminan kewangan negara pertama," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin, Mohamed Nazri Omar, dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Shahril memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA, dan ijazah sarjana dalam Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa dari University of Queensland, Australia.

Beliau kini berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai setiausaha sulit kanan kepada ketua setiausaha perbendaharaan.
--BERNAMA 

NEURALSTEM MENGUMUMKAN TAWARAN LANGSUNG BERDAFTAR BERJUMLAH $2.1 JUTA



GERMANTOWN, Md., 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang berfokuskan pembangunan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuat perjanjian muktamad dengan pelabur institusi untuk pembelian 3,000,000 syer daripada saham biasa, pada harga $0.70 setiap syer dalam tawaran langsung berdaftar. Selain itu, Neuralstem juga bersetuju untuk mengeluarkan waran tidak berdaftar kepada pelabur untuk membeli sehingga 3,000,000 syer daripada saham biasanya. Penutupan tawaran dijangka dibuat pada atau hampir dengan 29 Oktober 2018, tertakluk pada syarat penutupan biasa dipenuhi.

H.C. Wainwright & Co. berperanan sebagai agen peletakan eksklusif untuk tawaran itu.

Waran tersebut mempunyai harga laksana $0.75 setiap syer daripada saham biasa, yang akan dilaksanakan bermula pada enam bulan selepas tarikh pengeluaran dan tamat pada lima tahun setengah daripada tarikh pengeluaran.

Hasil kasar untuk Neuralstem, sebelum ditolak bayaran untuk agen peletakan dan bayaran tawaran lain dijangka bernilai $2.1 juta. Neuralstem bercadang untuk menggunakan hasil daripada tawaran ini untuk melanjutkan program klinikal dan praklinikal, serta untuk modal kerja umum.

Syer saham biasa (tetapi bukan waran atau syer saham biasa pendasar waran) ditawarkan oleh Neuralstem menurut penyataan pendaftaran “shelf” pada Borang S-3 yang difailkan dan diisytiharkan efektif oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (“SEC”) pada 23 Jun 2017 dan prospektus dasar yang terkandung di dalamnya (Fail No. 333-218608). Tawaran syer saham biasa akan dibuat hanya melalui penambahan prospektus dan prospektus dasar yang membentuk penyataan pendaftaran.

Penambahan prospektus akhir dan prospektus dasar berkaitan syer saham biasa yang ditawarkan akan difailkan dengan SEC.  Salinan penambahan prospektus akhir dan prospektus dasar boleh didapati, apabila tersedia di laman web SEC di http://www.sec.gov atau dengan menghubungi H.C. Wainwright & Co., LLC beralamat di 430 Park Avenue, 3rd Floor, New York, New York 10022, melalui telefon di 646-975-6996 atau e-mel ke placements@hcwco.com.
Waran yang diterangkan di atas ditawarkan dalam peletakan peribadi di bawah Seksyen 4(a)(2) daripada Akta Sekuriti 1933, seperti yang ditambah (“Akta”), dan Peraturan D yang diisytiharkan dengan itu dan bersama syer saham biasa pendasar waran, belum didaftarkan di bawah Akta, atau undang-undang sekuriti negeri terpakai. Oleh sebab itu, waran dan syer saham biasa pendasar mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat kecuali selepas adanya penyataan pendaftaran efektif atau pengecualian terpakai daripada keperluan pendaftaran Akta dan undang-undang sekuriti negeri terpakai.

Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual, atau pengumpanan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti yang diterangkan dalam artikel ini dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang sekuriti dari sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut. 

Empat pakej untuk pelancong asing nikmati keindahan sepanjang Laluan Keretapi Odakyu Jepun

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) – Pelancong asing ke Jepun kini boleh menikmati keindahan tempat tarikan pelancongan di sepanjang Laluan Keretapi Odakyu, menerusi empat pakej menarik yang ditawarkan oleh Odakyu Group.

Odakyu Group yang terdiri daripada Odakyu Electric Railway Co Ltd, UDS Ltd dan ELLISTA Inc, menawarkan empat jenis pakej lawatan harian bermula Oktober 2018.

Pakej berkenaan membolehkan pelancong ke kawasan pelancongan di laluan keretapi itu, yang menghubungkan Shinjuku, Tokyo, dengan tempat pelancongan popular seperti kawasan Hakone dan Enoshima-Kamakura di wilayah Kanagawa.

Pelancong boleh menikmati pengalaman dua jam untuk merasai makanan tradisional dan meneroka tempat-tempat bersejarah di Yoyogi Uehara pada 4,000 yen (RM147.88) atau 5,000 yen (RM184.76) selama dua jam perjalanan ke kawasan kejiranan tempatan di Shimokitazawa yang terkenal dengan subbudaya anak muda, kata satu kenyataan.

Pakej lain ialah ‘Oyama Sacred Mountain Hike’ - mendaki sehari (kira-kira enam jam) dengan penduduk tempatan ke Gunung Oyama di Kanagawa pada 14,000 yen (RM517.16)

Pelancong juga boleh membayar 5,000 yen (RM184.76) untuk lawatan ke Istana Samurai Odawara.

Odawara adalah pintu masuk ke Hakone, yang mempunyai stesen bagi laluan keretapi laju Tokaido Shinkansen.

Bagi semua pakej ini, pelancong dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu. Maklumat terperinci dalam Bahasa Inggeris juga akan disediakan semasa lawatan.

Setiap pakej, sekurang-kurangnya dua peserta, akan dijual pada harga kempen (seperti di atas) untuk tempoh tertentu dan tarikh penamatan kempen belum diputuskan.

Maklumat dan tempahan boleh dibuat di https://ellista.jp/category/tour/ dan tiket boleh dibeli di Odakyu Sightseeing Service Center Shinjuku West dan ELLISTA di Inbound League.

-- BERNAMA

TERNS PHARMACEUTICALS MELENGKAPKAN PEMBIAYAAN SIRI B $80 JUTA UNTUK MEMAJUKAN SALURAN BAGI UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT NASH DAN KANSER

Hasil kutipan untuk Menyokong Pembangunan bagi Calon-calon NASH Klinikal dan Praklinikal

Pembiayaan diketuai oleh Vivo Capital dan OrbiMed, dengan disertai oleh Decheng Capital

Lilly Asia Ventures, pelabur Siri A itu, juga melabur di dalam pusingan Siri B


SAN MATEO, Calif. & SHANGHAI, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang memberi tumpuan kepada penemuan dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat NASH dan kanser, hari ini mengumumkan penutupan bagi satu pembiayaan Siri B berjumlah $80 juta.

"Sejak kami melancarkan syarikat itu baru-baru ini, kami telah berusaha dengan gigih untuk memajukan program-program utama kami dan terus melaksanakan strategi kami untuk membawa terapeutik yang berinovatif kepada pesakit yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia, dan dengan pembiayaan ini kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus melaksanakan misi itu," kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. "Kami sangat teruja berhubung kemajuan yang telah kami capai dalam program klinikal dan praklinikal kami. Program utama kami TERN-101 dan TERN-201 berada di landasan untuk memasuki klinik pada separuh pertama tahun 2019 dan program tambahan NASH sedang berkembang dengan pantas ke arah pembangunan praklinikal. Kemajuan itu setakat ini telah meletakkan kami satu langkah lebih dekat kepada matlamat kami untuk menemui terapi gabungan yang berkesan dan selamat bagi pesakit yang menghidapi NASH dan fibrosis hati. Kami berterima kasih di atas kepercayaan dan semangat yang datang daripada pelabur baharu dan sedia ada kami."

"Terns memanfaatkan kombinasi kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan keupayaan pembangunan klinikal yang meluas untuk membina salurannya yang berkualiti tinggi dan pelbagai untuk rawatan NASH, dengan menawarkan satu peluang yang luar biasa untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit," kata Encik Shan Fu, Rakan Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Vivo Capital. "Kami sangat teruja untuk menjadi peneraju bersama bagi satu kumpulan pelabur yang hebat dan yang mempercayai di dalam pendekatan baharu yang diambil oleh Terns. Vivo mempunyai pengalaman pelaburan yang besar di dalam pembangunan terapeutik untuk NASH. Kami percaya bahawa kami akan menambahkan nilai kepada syarikat itu dari segi pembangunan masa depannya."

"Pendekatan mereka untuk mengguna pakai strategi pembangunan global atau khusus mengikut rantau bagi memajukan terapeutik baharu peringkat klinikal adalah unik, dan Terns telah membuat kemajuan besar sejak mereka dilancarkan baru-baru ini," kata Carl Gordon, Ph.D., Rakan Pengurusan bagi OrbiMed. "Ini memberi kami keyakinan yang besar terhadap keupayaan mereka untuk mengekalkan dengan jayanya trajektori ke hadapan."

Pembiayaan itu diterajui oleh pelabur baharu Vivo Capital dan OrbiMed, yang disertai oleh pelabur baharu Decheng Capital; pelabur sedia ada Lilly Asia Ventures turut mengambil bahagian untuk memberikan sokongan yang berterusan.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals

Berpangkalan di San Mateo, CA., dan Shanghai, China, Terns Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang komited kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat penyakit hati dan kanser. Syarikat itu menggabungkan kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan dan keupayaan pembangunan klinikal secara meluas di China untuk memajukan salurannya yang semakin berkembang bagi calon-calon ubat-ubatan yang dioptimumkan terhadap sasaran yang disahkan secara klinikal atau sasaran yang mempunyai pengesahan praklinikal yang signifikan. Dengan menggunakan sebuah model penemuan ubat yang cekap modal, misi syarikat itu adalah untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit di pasaran yang kurang mendapat perhatian melalui program pembangunan global dan yang dikhususkan mengikut rantau. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181030005142/en/

Hubungi

Bagi pihak Terns Pharmaceuticals Inc.
Hubungan Media Amerika Syarikat:
Cory Tromblee, 617-571-7220
atau
Hubungan Media China:
Eddy Wu, + 86 180 1631 1449

Sumber : Terns Pharmaceuticals Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

OSAKA, BANDAR RAYA KEDUA TERBESAR DI JEPUN. SEBUAH TAPAK BAHARU BAGI SEKAI HOTEL TELAH DIBUKA, MERUBAH SEBUAH STESEN DEPAN JALAN MEMBELI-BELAH YANG NOSTALGIA KEPADA SEBUAH TEMPAT UNTUK MENGALAMI BUDAYA BIASA JEPUN YANG SEBENAR

Popular di kalangan orang Eropah dan Asia yang menghargai pengalaman kebudayaan, walaupun baharu sahaja dibuka. Ini adalah sebuah hotel yang berfungsi untuk melakukan kebaikan sosial, menghalang isu-isu sosial seperti pengurangan penduduk serantau dan meninggalkan kediaman, dan melindungi sifat sebenar Jepun ketika ia hilang di tengah-tengah pembangunan berskala besar.


OSAKA, Jepun, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SEKAI HOTEL, Inc., yang beribu pejabat di Bandar raya Osaka, Wilayah Osaka, Koichi Yano, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, telah membuka SEKAI HOTEL FUSE, membangunkan semula keseluruhan kawasan jalan membeli-belah yang menghadap Stesen Fuse, dalam sebuah masyarakat setempat yang kira-kira sepuluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari pusat Osaka, bandar raya kedua terbesar di Jepun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Komuniti Tempatan yang Semakin Menghilang Meningkatkan suatu Rasa Cemas 
Jepun semakin menjadi sebuah destinasi pelancongan untuk pengunjung dari luar negara, sebahagiannya disebabkan oleh populariti program dan filem televisyen anime, dan buku-buku komik manga. Ketika lokasi-lokasi yang berbeza di seluruh Jepun berfungsi untuk mewujudkan kandungan yang akan menarik kepada pelancong, kita melihat pembangunan bandar menggantikan kedai-kedai kopi tempatan, di mana penduduk telah berkumpul selama beberapa dekad, dengan rantaian kedai kopi yang besar, dan kita melihat restoran-restoran kecil yang menawarkan citarasa masakan gaya rumah Jepun sejak sekian lama kini perlu ditutup kerana tidak ada sesiapa lagi yang tinggal untuk menjalankan perniagaan itu. Terdapat suatu kesedaran yang semakin meningkat tentang isu-isu sosial yang mengakibatkan di dalam kehilangan budaya Jepun yang sebenar.

KONSEP: Yang biasa adalah apa yang sepatutnya dialami, terutamanya ketika melancong ke luar negara.
SEKAI HOTEL percaya bahawa terdapat nilai di dalam mengalami budaya melalui pelancongan, terutamanya dari segi pengalaman budaya yang lebih mendalam yang dapat ditemui dalam kehidupan biasa orang Jepun. Terdapat suatu keseronokan di dalam pengalaman pelancong yang sebenar yang datang daripada percubaan untuk berkomunikasi dengan orang tempatan, sama ada dengan kemahiran bahasa yang tidak sempurna, atau bahkan dengan menggunakan gerak isyarat. Kita sedang berusaha untuk mewujudkan nilai-nilai pelancongan yang baharu yang boleh dipanggil sebagai biasa dan juga sedang mencuba untuk menarik nilai-nilai dari lokasi-lokasi yang sama ada jauh dari pusat-pusat bandar Jepun atau tidak diketahui oleh pelancong.

Kaedah kami sebelum ini adalah untuk menolak pengumpulan ciri-ciri biasa hotel, seperti sebuah meja depan, bilik tetamu, kedai cenderahati, dan aktiviti, ke dalam sebuah bangunan tunggal yang besar, dan sebaliknya untuk membangunkan semula keseluruhan komuniti sebagai sebuah hotel, menghidupkan semula rumah-rumah yang anda temui kini kosong,  di sana sini, dalam komuniti tersebut. Rumah-rumah tempatan yang kosong diubahsuai dan ditukar menjadi bilik-bilik tetamu. Ciri-ciri yang biasanya anda dapati di dalam bangunan sesebuah hotel, seperti spa, restoran dan aktiviti-aktiviti, disediakan dengan kerjasama perniagaan tempatan, membangunkan sebuah hotel yang berasaskan komuniti di mana tetamu boleh menikmati dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan komuniti.

Pengalaman Biasa di SEKAI HOTEL FUSE
Kami memilih untuk membuka tapak hotel baharu kami di sebuah daerah membeli-belah yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti ini selama lebih lima puluh tahun, dan yang merentangi stesen itu ke utara dan selatan. Daerah-daerah seperti itu terdiri daripada jalan-jalan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai. Mereka berkembang di seluruh Jepun pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, untuk menjadi wajah bagi setiap wilayah sebagai tempat terbaik untuk berbelanja. Mereka memainkan peranan penting di dalam memperkasakan komuniti mereka, menganjurkan perayaan dan menyumbang kepada komuniti sebagai pusat aktiviti. Bagi Fuse khususnya, terdapat berbaris-baris pekedai runcit, penjual buah-buahan, kedai-kedai Takoyaki (ladu sotong), gerai dengan kroket yang baru digoreng, dan penjual daging, sebahagian daripada mereka yang mempunyai sejarah yang menjangkau lebih dari satu abad. SEKAI HOTEL FUSE melihat bukan sahaja daerah membeli-belah ini, tetapi kehidupan biasa rakyat Jepun yang berpusat di sekitar daerah ini. Alami kehidupan rakyat biasa Jepun melalui komuniti ini dengan bukan hanya tinggal di sini, tetapi dengan melawat ke semua kedai yang berlainan yang mengelilingi anda.

Lokasi itu juga superlatif dari segi akses pengangkutan, dengan perkhidmatan bas terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, dan laluan kereta api terus ke destinasi-destinasi pelancongan yang terkenal termasuk Universal Studios Jepun, Dotonbori, dan Nara. Nikmati lawatan ke Jepun yang merangkumi bukan sekadar Fuse, tetapi semua tarikan serta destinasi di sekitarnya.

Satu Pelan Pelancongan yang Disyorkan

Hari 1:
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai sekitar tengah hari.
  • Mengikuti perjalanan bas selama 70 minit terus ke Stesen Fuse, yang merupakan yang paling hampir dengan SEKAI HOTEL FUSE.
  • Daftar masuk ke SEKAI HOTEL FUSE.
  • Meluangkan waktu petang dengan menerokai Nanba, pusat Osaka di bahagian selatan, hanya 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta api.
  • Makan sambil berjalan di sekeliling Dotonbori, dan menikmati pelayaran sungai.
  • Menjamu makan malam yang agak lewat di pub izakaya Jepun yang lama di Daerah Beli-belah Stesen Fuse.
Hari 2:
  • Bangun lebih awal, dan makan sarapan pagi di sebuah kedai kopi retro di Daerah Beli-Belah Stesen Fuse.
  • Menuju ke Universal Studios Jepun, tiga puluh minit dari Stesen Fuse dengan menaiki kereta api.
  • Selepas menghabiskan masa berseronok di sana, kembali ke Fuse untuk berehat di Ebisuyu, sebuah tempat mandi awam Jepun yang lama.
Hari 3:
  • Pada hari ketiga, berjalan ke Nara yang penuh bersejarah, tiga puluh minit perjalanan dengan menaiki kereta api dari Stesen Fuse.
  • Melawat Todaiji, sebuah kuil Buddha yang mempunyai sejarah menjangkau lebih 1200 tahun, dan memberi makan kepada rusa liar di Taman Nara, di antara banyak pilihan yang tersedia untuk bersiar-siar, sebelum kembali ke Fuse.
  • Bersantai di kedai kopi di hadapan stesen itu, dan menunggu bas.
  • Mengambil bas itu terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Mengambil Teladan dari Jepun ke Destinasi di Luar Negara
Berkongsi konsep SEKAI HOTEL dalam mengalami perkara biasa kepada seluruh dunia telah menyerlahkan penglibatan kami di dalam isu-isu penting yang memberi kesan kepada komuniti bukan bandar di Jepun, termasuk sebuah populasi yang semakin tua, penghijrahan golongan muda ke pusat-pusat bandar, dan peningkatan bilangan rumah yang terbiar. Kami juga melihat isu-isu ini, yang tersebar luas di kawasan luar bandar Jepun, yang mula muncul di negara-negara lain di Asia Timur. Oleh itu SEKAI HOTEL sedang merancang untuk mengambil kejayaan pengalaman dalam penglibatan kami di sini di Jepun ke lokasi-lokasi yang sama di luar negara.

http://bizwire.pr/SOxJ8

Teks sumber bahasa asal bagi pengumuman ini adalah versi rasmi dan autoritatif. Terjemahan disediakan sebagai satu penyesuaian sahaja, dan harus dirujuk silang dengan teks bahasa sumber, yang merupakan satu-satunya versi teks yang dimaksudkan yang mempunyai kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181030005584/en/

Hubungi

SEKAI HOTEL Inc.
Koki Mitani, +81-6-6748-0750
Pengurus Perhubungan Awam
noborder@sekaihotel.com

Sumber : SEKAI HOTEL Inc.

TELEDYNE DALSA MEMPERKENALKAN LINEA ML KAMERA CMOS BERBILANG GARIS UNTUK APLIKASI VISI BERKELAJUAN TINGGI

Model Linea ML baharu mampu digunakan dengan aplikasi berat

WATERLOO, Ontario, 30 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin dengan bangganya memperkenalkan kamera Linea baharu. Kamera CMOS berbilang garis, Linea ML™ yang canggih akan mengubah cara kamera imbasan garis digunakan. Ia menawarkan pilihan pengimejan monokrom/HDR, warna, dan berbilang spektrum untuk pelbagai aplikasi visi mesin.

Berdasarkan teknologi sensor CMOS terbaru daripada Teledyne DALSA, kamera Linea ML merakam imej pada kadar garis maksimum sehingga 300 kHz menggunakan antara muka optik gentian CLHS generasi baharu. Pendedahan berturutan dengan integrasi mula dan tamat bebas untuk setiap saluran membolehkan penggunaan konfigurasi iluminasi versatil dengan teknologi pencahayaan LED terbaru. Apabila digabungkan dengan siri penangkap bingkai Xtium™2 CLHS yang berprestasi tinggi, model ini dapat berfungsi dengan aplikasi paling berat dan dengan pengesanan lebih baik. Kamera Linea ML boleh didapati menjelang penghujung tahun ini.

“Kamera Linea ML baharu ideal untuk aplikasi visi mesin yang banyak menggunakan sumber dan mementingkan resolusi, daya pemprosesan dan pengesanan. Kelajuan, keupayaan dan ciri-cirinya tiada bandingan. Di samping pengimejan monokrom/HDR, pelanggan boleh merakam imej berbilang medan (medan terang, medan gelap dan cahaya belakang) dalam satu imbasan dengan cahaya berkelip menggunakan model monokrom. Model baharu ini juga mampu merakam imej RGB atau RGB+NIR dalam satu imbasan dengan pencahayaan gelombang berterusan menggunakan model warna atau berbilang spektrum,” kata Xing-Fei He, Pengurus Produk Kanan.

Dibina berdasarkan teknologi yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11563

Tuesday, October 30, 2018

TOSHIBA MELANCARKAN IC BLUETOOTH® 5 UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Peranti yang sangat boleh kembang dan bersepadu akan sepenuhnya memenuhi syarat AEC-Q100


TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") telah menambahkan "TC35681IFTG", sebuah IC baharu untuk aplikasi automotif, kepada barisan IC mereka yang bersesuaian dengan Bluetooth® tenaga rendah (LE)[1] spesifikasi teras v5.0. Peranti baharu itu sesuai untuk digunakan dalam persekitaran automotif yang mencabar, kerana ia menyampaikan julat suhu operasi yang luas, kuasa penghantaran RF yang tinggi dan sensitiviti penerimaan RF yang tinggi (satu anggaran pautan 113dB @ 125kbps pada penghantaran jarak jauh). Isyarat campuran TC35681IFTG itu mengandungi kedua-dua bahagian analog RF dan bahagian digital jalur dasar untuk menyediakan satu penyelesaian lengkap pada sebuah cip tunggal.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181029005846/en/

Di samping fungsi asas bagi profil Antara Muka Pengawal Hos (HCI) dan fungsi profil GATT, TC35681IFTG menambahkan fungsi baharu yang didefinisikan oleh spesifikasi teras Bluetooth® 5.0[2], termasuk fungsi daya pemprosesan 2Mbps, Jarak Jauh dan Sambungan Pengiklanan, yang disimpan di dalam pelitup dalaman ROM. Ia juga menggabungkan sebuah penguat kuasa gandaan tinggi dan merealisasikan +8dBm untuk komunikasi jarak jauh.

Apabila digunakan bersamaan dengan sebuah memori tak meruap luaran, IC baharu itu menjadi sebuah pemproses aplikasi sepenuhnya yang memuatkan buat sementara waktu aplikasi dan menyimpannya dalam RAM dalaman (76KB). Ia juga boleh digabungkan dengan sebuah pemproses hos luaran.

Penyepaduan bagi 18 talian IO Serbaguna (GPIO) dan pelbagai pilihan komunikasi termasuk SPI, I2C dan 921.6kbps, UART dua saluran, sekali gus memberikan TC35681IFTG keupayaan untuk menjadi sebahagian daripada sistem yang canggih. Talian GPIO itu menawarkan akses kepada pelbagai ciri-ciri atas cip termasuk sebuah antara muka bangkit, antara muka PWM empat saluran dan penukar AD 5 saluran. Sebuah penukar DC-DC atas cip atau litar LDO menyesuaikan bekalan voltan luaran kepada nilai atas cip yang diperlukan.

Oleh kerana ia direka untuk mematuhi dengan AEC-Q100[3], IC tenaga rendah itu sewajarnya terutama untuk digunakan di dalam aplikasi automotif. Pakej sisi boleh basah itu memudahkan pemeriksaan visual automatik yang diperlukan untuk menyampaikan tahap tinggi bagi pematerian yang diperlukan bagi menahan getaran yang dialami di dalam aplikasi automotif.

Aplikasi semasa termasuk Kemasukan Tanpa Kunci Jarak Jauh, Diagnostik Dalaman untuk mengumpul data sensor, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, dan penyumbang lain untuk mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan kenderaan.
Ciri-ciri Penting
- Penggunaan kuasa yang rendah:
6.0mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 0dBm, 1Mbps)
6.5mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 0dBm, 2Mbps)
11.0mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 8dbm, 1Mbps)
11.5mA (operasi pemancar @3.0V, kuasa output: mod 8dBm, 2Mbps)
5.1mA (operasi penerima @3.0V, mod 1Mbps)
5.5mA (operasi penerima @3.0V, mod 2Mbps)
50nA dalam keadaan tidur (@3.0V)
- Sensitiviti penerima tinggi:
-95.6dBm (mod 1Mbps)
-93.2dBm (mod 2Mbps)
-101.2dBm (mod 500kbps (S=2))
-105.2dBm (mod 125kbps (S=8))
- Menyokong peranti tengah dan periferal Bluetooth® LE v5.0
- GATT terbina dalam (Profil Atribut Generik)
- Menyokong fungsi server dan pelanggan yang didefinisikan oleh GATT
- Ciri-ciri tambahan sebagaimana yang didefinisikan oleh Bluetooth® LE v5.0[2]
2Mbps
Jarak Jauh (Dikod PHY)
Sambungan Pengiklanan
- Menyokong kebolehpercayaan automotif
Patuh dengan AEC-Q100[3]
Beroperasi dalam julat suhu yang luas
Pakej sisi boleh basah
Aplikasi
Peranti komunikasi tenaga rendah Bluetooth® untuk aplikasi automotif dan perindustrian.

Table
http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/toshibaMalay(11565).jpg

Nota:
[1] Teknologi komunikasi penggunaan kuasa yang rendah dijelaskan di dalam Bluetooth® v4.0.
[2] Merujuk kepada spesifikasi teras Bluetooth® v5.0 untuk butiran lengkap bagi ciri-ciri tambahan.
[3] Kelulusan dijangka menjelang musim bunga tahun 2019.

* Bluetooth® adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi Bluetooth SIG, Inc.
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC35681IFTG-002®ion=apc&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan IC komunikasi tanpa wayar Bluetooth®, sila layari:

Pertanyaan Pelanggan:
System LSI Marketing Dept.II
Tel: +81-44-548-2188

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

MELABUR DI DALAM PERSIDANGAN MASA HADAPAN (IIFMENA) MELANCARKAN 'PERISYTIHARAN SHARJAH UNTUK PEMERKASAAN BELIA'

MELABUR DI DALAM PERSIDANGAN MASA HADAPAN (IIFMENA) MELANCARKAN 'PERISYTIHARAN SHARJAH UNTUK PEMERKASAAN BELIA'

Monday, October 29, 2018

LEDDARTECH MENINGKATKAN KEPAKARAN AUTOMOTIF DALAM LEMBAGA PENGARAH

Peter Marks menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech, membawakan pengalaman seantero dunia daripada teknologi automotif dan industri pengilangan, selari dengan perkembangan LeddarTech.
 

BANDAR QUEBEC, 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, pembangun platform pembangunan LiDAR bentuk pepejal yang berprestasi tinggi dan jimat kos untuk industri automotif mengumumkan bahawa Peter Marks telah dilantik untuk menyertai Lembaga Pengarah LeddarTech.
 
En. Marks yang juga merupakan pengasas Executive Consulting Charleston bertapak di South Carolina, AS memiliki pengalaman meluas dan pernah berkhidmat di beberapa Lembaga Pengarah. Kini, beliau menjadi ahli lembaga di Broadcom Inc. dan Penasihat Eksekutif di Gryphon Investors. En. Marks membawakan pengalaman berdekad dalam industri automotif, terutamanya daripada jawatan sebelum ini sebagai Pengerusi, Presiden dan CEO Robert Bosch LLC dan memikul tanggungjawab mengendalikan pengilangan di Amerika dan global. Beliau memiliki ijazah sarjana kejuruteraan daripada Fachhochschule Konstanz of Applied Sciences, Jerman.
 
“LeddarTech telah menjadi terkenal dalam pasaran LiDAR dengan platform pembangunan LiDAR Automotifnya,” kata Michel Brûlé, Pengerusi Lembaga di LeddarTech. “Hal ini telah menarik golongan profesional terbaik untuk menyertai kami sebagai pekerja dan ahli lembaga. En. Marks ialah salah seorang daripada mereka. Kepakaran dan pengalaman beliau sangat bernilai, terutamanya pemahaman yang mendalam tentang pasaran automotif dan kejayaan sebagai pembekal untuk industri ini,” tambah Brûlé.
 
“Kami mengalu-alukan En. Marks ke Lembaga Pengarah LeddarTech,” kata Charles Boulanger, CEO, LeddarTech. Beliau menambah, “Pengalaman En. Marks sebagai ahli lembaga dan eksekutif automotif akan menyumbang kepada kejayaan LeddarTech dalam pasaran. Di samping perkembangan LeddarTech yang lain, penyertaan En. Mark menyumbang kepada matlamat strategik LeddarTech untuk menjadi platform LiDAR automotif yang paling meluas.”
 
Kata En. Marks, “LeddarTech berkembang di persada antarabangsa dengan pesat, dan saya menghargai peluang untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat ini sebagai ahli lembaga.” Beliau menambah, “LeddarTech telah mendekati beberapa syarikat Peringkat 1 dengan platform pembangunan LiDAR automotif. Saya bersedia untuk menyertai ahli lembaga untuk membantu pasukan eksekutif memastikan perancangan dan pelaksanaan projek teknologi yang sempurna ke arah pemanduan berautonomi.”
 
Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan mudah digunakan. Platform tersebut adalah berdasarkan Enjin Leddar unik yang mengandungi suite SoC yang diluluskan keselamatan fungsian gred automotif yang digunakan bersama perisian Leddar SP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.
 
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitter atau YouTube.
 
Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com
 
LeddarTech, Leddar, dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.
 
Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

EMQ MEMENANGI ANUGERAH RED HERRING GLOBAL 100 TERKEMUKA YANG BERPRESTIJ

SAN FRANCISCO & HONG KONG, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EMQ, sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, telah diberi penghormatan sebagai sebuah pemenang bagi anugerah Red Herring Global 100 Terkemuka 2018 yang berprestij itu. Anugerah itu mengiktiraf inovasi dan teknologi bagi syarikat permulaan yang terkemuka dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Red Herring 100 Terkemuka, yang kini memasuki tahun ke-22, merupakan satu daripada penghargaan yang paling dihormati di dalam industri itu. Pemenang tahun ini bagi Global 100 Terkemuka telah dipilih oleh sebuah panel Hakim bebas yang pakar dan pasukan editorial Red Herring yang didasarkan kepada kriteria kuantitatif dan kualitatif, seperti prestasi kewangan, inovasi teknologi, kualiti pengurusan, strategi, dan penembusan pasaran. Penilaian terhadap potensi ini dilengkapkan oleh satu kajian semula terhadap rekod prestasi dan kedudukan bagi permulaan berbanding dengan  rakan sejawat mereka, yang membolehkan Red Herring untuk melihat melepasi "buzz" itu dan membuat senarai itu sebagai satu instrumen bernilai bagi penemuan dan advokasi untuk model perniagaan baharu yang paling mempunyai harapan dari seluruh dunia.

"Di EMQ, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian yang paling fleksibel dan komprehensif kepada pelanggan kami, yang memberi kuasa kepada mereka untuk berkembang ke pasaran-pasaran yang pesat berkembang menerusi rangkaian penyelesaian kewangan kami yang meluas merentasi Asia," kata Max Liu, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, EMQ. "Kami berasa dihormati kerana diiktiraf oleh Red Herring, yang merupakan satu bukti kepada seluruh pasukan EMQ di atas komitmen kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan dan inovasi teknologi dalam mendefinisikan semula ekosistem pembayaran."

"Memilih syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang paling mantap bukanlah sesuatu yang mudah," kata Alex Vieux, penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Red Herring. "Selepas perbincangan rapi dan berfikir secara mendalam, kami telah mengecilkan senarai kami dari ratusan calon dari seluruh pelusuk dunia kepada 100 Pemenang Utama. Kami percaya EMQ merangkumi visi, dorongan dan inovasi yang mendefinisikan sebuah usaha niaga keusahawanan yang berjaya. EMQ harus berbangga dengan pencapaiannya."

Senarai Global 100 Terkemuka Red Herring telah menjadi satu tanda kecemerlangan bagi mengenal pasti syarikat dan usahawan yang mempunyai masa depan yang cerah. Editor-editor Red Herring adalah di antara yang pertama untuk mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat seperti Facebook, Twitter, Google, Yahoo, Skype, Salesforce.com, YouTube, dan eBay akan mengubah cara kita hidup dan bekerja.

Maklumat mengenai EMQ

EMQ adalah sebuah rangkaian penyelesaian kewangan terkemuka di Asia, dengan menyediakan pilihan pemindahan wang yang selamat dan berpatutan bagi perniagaan dan orang perseorangan. Dengan aset kami dilaburkan di Asia, EMQ telah mewujudkan satu rangkaian kawal selia yang diluluskan dan meluas yang menyediakan akses segera kepada ribuan mata pengedaran merentasi Asia Utara dan Tenggara. Untuk maklumat lanjut, www.emq.com

Maklumat mengenai Red Herring

Red Herring adalah sebuah syarikat media global yang menyatukan inovator berteknologi tinggi yang terbaik di dunia, pelabur teroka dan pembuat keputusan perniagaan di dalam pelbagai forum: sebuah majalah inovasi terkemuka, sebuah perkhidmatan berita teknologi harian dalam talian, surat berita teknologi dan acara-acara  utama untuk pemimpin teknologi di seluruh dunia. Red Herring menyediakan satu akses orang dalam kepada ekonomi inovasi global, dengan memaparkan pandangan yang tidak ada tandingan mengenai teknologi baru muncul yang memacukan ekonomi.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005045/en/

Hubungi

Media:
EMQ
Genevieve Li, +852 9200 3892
Genevieve@emq.com

Sumber : EMQ

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

SHISEIDO terbit filem dalam talian papar 'Kuasa Solekan'

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SHISEIDO Co Ltd, syarikat penjagaan diri Jepun termasuk alat kosmetik, menerbitkan filem dalam talian 'The Party Bus', yang memaparkan kisah penerokaan dalam kecantikan dan ekspresi diri melalui 'The Power of Makeup' atau kuasa solekan.

Melalui solekan, heroin filem itu menemui ekspresi peribadi yang unik dengan memberanikan diri untuk mengikut keinginannya yang sebenar, menurut SHISEIDO dalam satu kenyataan.

Filem tersebut menampilkan teknologi animasi 3D ultra-tepat Jepun, memaparkan dunia fantasi yang memberi tumpuan kepada tiga protagonis, Princess Kaguya, kekasihnya Dracula dan Samurai Zombie.

Apabila teknologi memenuhi kreativiti dalam medium filem, pengalaman visual baru yang sepenuhnya, mengangkat ciri-ciri ke dalam genre yang baru: Solekan Hiburan.

'The Party Bus' adalah terbitan kedua dan terkini bagi filem berasaskan web syarikat selepas filem yang merangkul anugerah 'High School Girl', yang dikeluarkan pada 2015, dengan mencatatkan lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Hasil imaginasi pengarah terkenal, Show Yanagisawa itu menghargai kecantikan individu dan memperjuangkan ekspresi diri sejati dengan memaparkan makhluk mitos dalam kisah keberanian peribadi.

Filem itu boleh didapati di YouTube: https://www.youtube.com/watchv=J3DDjKMWkTw atau maklumat lanjut di https://www.shiseido.co.jp/gb/thepartybus

SHISEIDO adalah farmasi ala Barat pertama di Jepun. Melalui gabungan ilmu sains dan estetika Jepun, ia menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai jenama kosmetik utama berasal dari Jepun.

-- BERNAMA

Saturday, October 27, 2018

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PENERBITAN KAJIAN MENUNJUKKAN MANFAAT PEMINDAHAN SEL STEM SARAF (NSC) DALAM MODEL MENCIT ALZHEIMER

Pemindahan NSC meningkatkan kognisi dan mengurangkan patologi plak Aβ

GERMANTOWN, Md., 26 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf mengumumkan penerbitan manuskrip dalam Scientific Reports yang menunjukkan pemindahan NSI-532.IGF1, sel stem saraf yang dikeluarkan Neuralstem (paten AS no 9,750,769), mengurangkan patologi penyakit dan meningkatkan kognisi dalam model mencit penyakit Alzheimer (AD).

Kajian tersebut telah dijalankan di University of Michigan oleh pasukan yang diketuai oleh Dr. Eva Feldman, Pegarah Program Pengajian dan Penemuan Neurologi dan Pengarah Penyelidikan University of Michigan ALS Center of Excellence. Pasukan Dr. Feldman telah memindahkan sel stem saraf tersebut ke dalam mencit APP/PS1 dengan gen yang menyebabkan mutasi berkaitan permulaan Alzheimer dalam manusia.

NSI-532.IGF1 diimplan bersebelahan hipokampus, struktur otak yang penting untuk pembentukan memori. Prestasi kognitif mencit dinilai berserta bukti patologi plak Aβ iaitu petanda Alzheimer dalam manusia. Mencit yang menerima graf sel stem saraf menunjukkan prestasi kognitif yang lebih baik berbanding mencit kawalan dalam dua tugas memori yang memerlukan fungsi hipokampus, dan juga menunjukkan pengurangan patologi plak Aβ berbanding kawalan.

“Produk terapi sel stem saraf kami, NSI-566 yang dalam pembangunan klinikal telah menunjukkan potensi untuk merawat kekurangan motor dalam tiga indikasi berbeza—strok, kecederaan saraf tunjang dan ALS,” kata Karl Johe, PhD, Ketua Pegawai Saintifik di Neuralstem. “NSI-532.IGF1 ialah calon terapi sel generasi kedua yang dicipta untuk menggabungkan sel stem saraf dengan protein pelindung saraf, IGF-1, maka ia menyasarkan penyakit perosotan saraf seperti AD.  Kajian praklinikal oleh pasukan Dr. Feldman ini menunjukkan bahawa gabungan ciri sel stem saraf dan IGF-1 berupaya mengurangkan patologi dan perosotan kognitif berkaitan penyakit Alzheimer.”

“Penyakit Alzheimer adalah punca utama dementia dan setakat in tiada rawatan yang dapat merawatnya dengan signifikan,” kata Dr. Feldman. “Hasil kajian ini memberi semangat kepada kami, dan kami bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Neuralstem.”

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

- NSI-566 adalah terapi sel stem saraf yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).

- NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.

Portfolio calon produk Neuralstem yang pelbagai adalah berdasarkan teknologi sel stem saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 dan Laporan Sukuannya pada Borang 10-Q untuk tiga dan enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2018, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11547

Peluang buat persembahan pembukaan di konsert Richard Clayderman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Sempena konsert ulang tahun ke-40 Richard Clayderman, seorang pemuzik berbakat Malaysia kini dicari untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert pemain piano Perancis itu pada 16 Nov ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penganjur konsert, Starline Productions, dalam satu kenyataan berkata pemenang akan membuat persembahan di hadapan 2,000 penonton dan berpeluang bertemu secara eksklusif dengan Clayderman.

Peraduan yang ditaja Yamaha itu terbuka kepada rakyat Malaysia, berumur lima tahun ke atas dan boleh memainkan alat muzik.

Untuk mengambil bahagian, peserta perlu mengemukakan video mereka membuat persembahan, melalui YouTube, Facebook atau Instagram dan meletakkan hashtags # RCOpeningAct2018.

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka mulai sekarang sehingga 9 Nov, dan pemenang akan diumumkan pada 12 Nov.

Clayderman, yang mula terkenal dengan single pertamanya, Ballade pour Adeline, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain piano paling berjaya di dunia, telah menjual 150 juta rekod.

Beliau telah merakamkan lebih 1,200 melodi dan terkenal kerana mencipta gaya romantis baru yang menggabungkan muzik pop dengan muzik klasik.

Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-40 Richard Clayderman kini boleh didapati di www.MyTicket.asia pada harga RM538 (Platinum), RM388 (Kategori 1), RM288 (Kategori 2 & 3) dan RM208 (Kategori 4).

Pemegang kad kredit Hong Leong layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Untuk membuat tempahan tiket diskaun, pelanggan perlu menghubungi 013-344 9154 dari Isnin hingga Ahad antara pukul 10 pagi dan 6 petang.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.facebook.com/StarlineProductionAsia/.

-- BERNAMA

EKSPO MSR BERSINAR DENGAN KESEGARAN BAHARU PADA ULANG TAHUN KELIMA BRI

DONGGUAN, China, 26 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet /--

Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong 2018 (Ekspo MSR) telah dibuka pada 25 Oktober di Pusat Pameran Antarabangsa Moden Guangdong di Dongguan, bandar raya pembuatan yang terkenal di dunia di China Selatan, dan berlangsung selama empat hari sehingga 28 Oktober.

Ketika Chen Liangxian, naib gabenor bagi Wilayah Guangdong, berucap pada upacara perasmian itu, tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 bagi pembaharuan dan pembukaan China dan ulang tahun kelima bagi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China. Guangdong, sebuah perintis di dalam menggalakkan pembaharuan dan pembukaan, telah meningkatkan kerjasama dengan negara-negara dan wilayah Jalur dan Jalan dalam semua aspek. Ekspo MSR itu, yang dimulakan pada tahun 2014, telah menyambut kehadiran 694.5 ribu hadirin dalam tempoh empat tahun yang lalu dan mendapat pengiktirafan dari semua sektor, baik domestik dan antarabangsa. Acara itu kini merupakan satu platform kritikal bagi Guangdong dan negara-negara Jalur dan Jalan untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama.

Menurut jawatankuasa penganjur Ekspo itu, acara pada tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada 1,732 syarikat dari 57 buah negara dan wilayah, termasuk 1,221 dari luar negara, kira-kira 70.5% daripada jumlah keseluruhan. Untuk memenuhi keperluan pempamer dan pembeli secara lebih tepat, Sekretariat itu telah menandatangani perjanjian promosi pelaburan dan kerjasama dengan 14 persatuan peringkat nasional, wilayah dan persatuan perniagaan asing. Angka bagi pembeli profesional yang akan mengambil bahagian di dalam Ekspo itu dijangka meningkat dari 31,000 pada tahun lalu kepada 34,000, mencatatkan pertumbuhan 9%.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11549

Friday, October 26, 2018

HAIKOU DIHORMATI SEBAGAI SATU DARIPADA KUMPULAN PERTAMA BAGI BANDAR RAYA TANAH LEMBAP ANTARABANGSA

HAIKOU, China, 26 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Haikou memperoleh penghormatan sebagai satu daripada kumpulan pertama bagi bandar raya tanah lembap antarabangsa pada Persidangan bagi Pihak-pihak kepada Konvensyen Antarabangsa mengenai Tanah Lembap ke-13 yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 25 Oktober, yang merupakan satu papan tanda bertinta emas yang penting untuk  perlindungan ekologi bagi bandar raya itu. Lapan belas bandar raya dari tujuh buah negara di seluruh dunia menerima gelaran ini, enam daripadanya adalah dari China.
 
Haikou telah digelar sebagai 'bandar raya air' sejak zaman purba, dan sumber tanah lembapnya kaya dan pelbagai. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Kerajaan Rakyat bagi bandar raya Haikou telah meneliti secara terperinci dan melaksanakan pemikiran Presiden Xi Jinping berhubung peradaban ekologi, dengan aktif mengamalkan konsep bahawa "air hijau dan gunung hijau adalah gunung emas dan gunung perak." Ini adalah komitmen kepada perlindungan dan pemulihan tanah lembap sebagai sebuah projek mata pencarian untuk membina sebuah rumah yang bahagia bagi rakyat dan membina sebuah infrastruktur hijau bagi bandar raya itu. Ia juga berusaha untuk mengekalkan halangan ekologi bagi pembangunan mampan Haikou dan untuk mengekalkan keadaan yang diperlukan bagi kesegaran bandar raya taman tepi pantai tepi sungai  antarabangsa.

Wen Bin, timbalan datuk bandar bagi Haikou, berkata bahawa sebuah persekitaran ekologi yang sangat baik adalah modal yang paling signifikan dan daya saing utama bagi pembangunan Haikou. Memperolehi bandar raya tanah lembap antarabangsa itu bukan sahaja merupakan satu pengesahan bagi usaha perlindungan alam sekitar hijau Haikou tetapi juga sebagai satu insentif dan rangsangan.

Gelaran sebagai Bandar Raya Tanah Lembap Antarabangsa melambangkan pencapaian ekologi bagi sebuah bandar raya. Ia adalah satu anugerah antarabangsa yang sangat dikenali di dalam perlindungan tanah lembap. Ia adalah satu papan tanda ekologi antarabangsa dengan pengaruh antarabangsa. Pensijilan Bandar Raya Tanah Lembap Antarabangsa itu adalah sah selama enam tahun.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Bandar Raya Haikou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=323006 

--BERNAMA