Ini merupakan kali ketiga perjanjian sebegini ditandatangani di antara MPPD dan IWK. Perjanjian yang pertama telah berlangsung pada 28 Mac 2012 dan perjanjian kedua diperbaharui pada 7 Julai 2014. MPPD merupakan pelopor kepada penggunaan bioefluen dan biopepejal serta merupakan majlis perbandaran pertama yang menggunakan bioefluen terawat dan biopepejal untuk kegunaan kerja-kerja landskap di bawah kawasan pembandaran. Bagi perjanjian kali ketiga ini , fokus utama adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam menghasilkan baja kompos dari biosolid yang dibekalkan oleh IWK. Ini merupakan salah satu usaha mempelbagaikan dan memperbaharui sumber sedia ada . Pihak MPPD juga berhasrat mengeluarkan produk ini sebagai satu tambahan hasil kepada MPPD, di samping penggunaannya dapat diperluaskan di seluruh Port Dickson terutama penggiat landskap .
No comments:
Post a Comment