Tuesday, April 30, 2024

TUM BERLUMBA MENUJU KEMENANGAN DALAM LIGA PERLUMBAAN BERAUTONOMI ABU DHABI ASPIRE YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI LITAR YAS MARINA




  • TUM memperoleh kemenangan dengan memintas pada pusingan terakhir, mendahului CONSTRUCTOR, POLIMOVE dan UNIMORE
  • Yang Amat Mulia Sheikh Theyab menganugerahkan Piala Kejohanan, bersama dengan Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai
  • Perlumbaan kereta berautonomi yang julung kali diadakan menarik minat lebih 10,000 penonton di litar dan lebih 600,000 penonton dalam talian dalam masa 12 jam
  • Lapan kereta berautonomi yang dikuasakan AI sepenuhnya berjuang untuk memenangi hadiah wang tunai AS$2.25 Juta
  • Empat kereta berautonomi berlumba untuk trofi perlumbaan dan mata kejuaraan musim dalam percubaan pertama di dunia
  • Bekas pemandu F1 Daniil Kvyat memukau orang ramai dengan kemenangan tipis mendahului 10.38 saat dalam perlumbaan AI lwn Manusia
  • Siri untuk mempercepat penerimagunaan dan pembangunan berautonomi, membolehkan mobiliti masa depan
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TUM (Universiti Teknikal Munich) dari Jerman, meraih kemenangan di Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi (A2RL) yang julung kali diadakan, di Litar Yas Marina pada hari Sabtu (27 April). Ketika kereta berbaris di grid, dengan antena, penderia, keupayaan AI dan sistem pemanduan dengan wayar dan bukannya pemandu manusia, lapan pasukan bersaing antara satu sama lain selama dua hari perlumbaan dan cabaran. TUM menewaskan semula persaingan dengan kemahiran pengekodan dan kejuruteraan dalam perlumbaan akhir empat kereta yang pertama di dunia, untuk meraih bahagian hadiah wang tunai pemenang sebanyak AS$2.25 Juta.

Membawa eksperimen sains ke litar lumba, perlumbaan yang julung kali diadakan itu menganjak sempadan teknologi berautonomi sambil menambah nilai hiburan kepada sukan lasak pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. A2RL berjaya menarik minat lebih 10,000 penonton di litar itu dan menarik perhatian lebih 600,000 penonton dalam talian dalam masa hanya 12 jam. Dianjurkan oleh ASPIRE, anak syarikat Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi, A2RL menggabungkan perlumbaan berautonomi dan AI ekstrem bertujuan mempercepat pembangunan global sistem dan teknologi berautonomi.

Selepas tempoh berbulan-bulan persediaan rapi dibuat bertujuan memperhalus algoritma AI pemanduan dalam simulasi, kereta Dallara Super Formula SF23 tersuai A2RL telah menguji had kepintaran manusia dan keupayaan AI. Setiap pasukan menggunakan kereta lumba Super Formula yang sama - kereta lumba roda terbuka yang terpantas di dunia selepas Formula Satu- disesuaikan untuk perlumbaan berautonomi oleh Institut Inovasi Teknologi (TII), anak syarikat ASPIRE.

Pasukan menghadapi tugas yang kompleks dalam pengekodan. Daripada pemahaman tahap cengkaman, mengawal suhu tayar, meramal pergerakan pihak lawan, melakukan pemintasan yang berjaya dan mengendalikan SF23 tepat pada had cengkaman, AI diperlukan untuk melakukan semua perkara yang dilakukan oleh pemandu perlumbaan secara intuitif. Selain itu, dengan empat kereta berautonomi berlumba di trek secara serentak, ini menandakan percubaan pertama dunia yang menambah satu lagi cabaran.

Dalam penentuan pusingan terakhir, pasukan Jerman TUM berjaya merampas tempat pertama dengan pemintasan berani apabila pasukan Itali yang berada pada kedudukan di hadapan UNIMORE memperlahan dan berhenti di trek. Pasukan tersebut menerima ucapan tahniah di litar lumba daripada Yang Amat Mulia Theyab bin Mohamed bin Zayed, yang menyampaikan Piala Kejohanan, bersama Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung, ATRC, dan Penasihat Hal Ehwal Penyelidikan Strategik & Teknologi Lanjutan kepada Presiden UAE.

Simon Hoffmann, Prinsipal Pasukan, berkata: “Acara ini sememangnya cukup luar biasa dan peringkat akhir merupakan detik penentuan bagi kami. Kami amat teruja dengan hasil yang diperoleh; ini memberikan maklumat yang banyak tentang kehebatan kejuruteraan kolektif, kepakaran pengekodan dan keazaman semata-mata kami. Ini menjadi bukti kuasa luar biasa AI memacu evolusi mobiliti berautonomi ke masa depan!”

Penonton juga menikmati Perlumbaan AI lwn Manusia yang memukau ini, apabila Institut Inovasi Teknologi (TII), bersaing dengan menggunakan kereta berautonomi milik institut dengan pemandu Formula Satu terkenal iaitu Daniil Kvyat. Ketika Kvyat berjaya bertahan dan mengatasi musuh autonomi perlumbaan dengan mendahului 10.38 saat, perlumbaan selama 45 minit yang menakjubkan ini menonjolkan betapa hampir prestasi kereta lumba berautonomi itu terhadap pemandu manusia.

Tuan Yang Terutama Al Bannai, berkata: “Melalui Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi, kami telah mencetuskan revolusi perlumbaan. Mempamerkan kereta lumba berautonomi sepenuhnya bersaing untuk trofi perlumbaan dan mata kejuaraan musim, kami telah mentakrifkan semula peranan UAE dalam inovasi dan menetapkan duluan yang berani bagi mobiliti global. Acara ini bukan sekadar perlumbaan; ini ialah detik transformatif apabila teknologi, imaginasi dan cita-cita bertemu. A2RL berfungsi sebagai isyarat, memberikan inspirasi kepada generasi akan datang melalui realiti fizikal dan maya, sambil membentuk masa depan di yang mustahil dicapai menjadi mudah direalisasikan."

Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Lanjutan dan Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, sebagai Penaja Utama, berkata: “Kemajuan dalam kecerdasan buatan menjanjikan perubahan bagi setiap industri. A2RL menunjukkan penggunaan AI dan sebagai penaja utama, ADNOC berbangga untuk membantu menganjak sempadan sains dan inovasi.”

Stephane Timpano, Ketua Pegawai Eksekutif ASPIRE, berkata: “Pelancaran A2RL telah membentuk semula landskap sukan dan teknologi, meninggalkan impak yang berkekalan untuk tahun akan datang. Selepas masa ini, kami meluaskan tumpuan kami untuk memasukkan jenis kenderaan berbeza, sambil menarik minat bakat terbaik di seluruh dunia secara aktif untuk mempamerkan kesediaan masing-masing.”

Aktiviti yang berlaku di luar acara utama, Cabaran A2RL STEM untuk pelajar sekolah menengah dan pelajar prasiswazah yang berumur antara 14 dan 21 tahun menarik minat penyertaan 18 sekolah tempatan, di samping penyertaan antarabangsa daripada Kelab Lelaki dan Perempuan dari Southeastern Michigan, bertujuan mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan inovasi mereka dengan berlumba kereta berautonomi dengan skala 1:8. Pemenang Cabaran A2RL STEM ialah Universiti Heriot-Watt.

A2RL merintis integrasi elemen realiti campuran dan maya buat pertama kali dalam perlumbaan berautonomi. Acara ini memberikan satu daripada lapan pasukan akhir persona avatar yang unik dan menggabungkan teknologi Realiti Maya (VR) terkini sebelum pelaksanaan F1, menyemarakkan pengalaman peminat yang bersemangat dalam talian dan luar talian. Peminat semasa acara di Litar Yas Marina berlangsung dapat menikmati bengkel STEM yang berwawasan, cabaran VR yang menarik, simulator Gran Turismo, kereta doodle dan Muzium AI Raceum, antara aktiviti lain. Acara yang julung kali diadakan ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan dron yang menakjubkan, menerangi Litar Yas Marina yang ikonik.

A2RL 2024 berjaya disokong oleh ADNOC sebagai Penaja Utama dan rakan kongsi terkemuka, termasuk Du, DMT, AWS dan Mubadala, yang memainkan peranan penting dalam membentuk trajektori acara.

Butiran mengenai lapan pasukan yang menyertai dan kemas kini lain boleh didapati di A2RL.io.

Sumber: AETOSWire 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18100

Friday, April 26, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN 20 PERATUS PEGANGAN DALAM PERU LNG

WASHINGTON, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan perjanjian yang diumumkan sebelum ini untuk mengambil alih 20 peratus kepentingan SK earthon (“SK”) dalam Peru LNG (“PLNG”), pemilik dan pengendali kemudahan eksport LNG pertama di Amerika Selatan.

Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408km dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m3, terminal marin sepanjang 1.4 km dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG, dikendalikan oleh Hunt Oil Company, ialah satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin, yang terletak di Pampa Melchorita, 170km di selatan Lima.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata, “Penyempurnaan pelaburan ini merupakan pencapaian penting dalam usaha kami untuk mencipta portfolio aset LNG global, pelbagai dan berdaya tahan. Sebagai satu-satunya kemudahan eksport LNG di Amerika Selatan, PLNG ditempatkan secara unik di pasaran global. PLNG juga memainkan peranan penting dalam membekalkan gas dan LNG kepada pelanggan di Peru. Kami berharap terjalin perkongsian yang kukuh dengan usahasama PLNG dan usaha kami ke arah mengekalkan impak positif PLNG selama beberapa tahun yang akan datang.”

Penyempurnaan transaksi ini berikutan pengumuman MidOcean baru-baru ini mengenai pelaburan strategik oleh Mitsubishi Corporation dan penyempurnaan pengambilalihan kepentingan Tokyo Gas Co. Ltd. dalam portfolio projek LNG bersepadu Australia.

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada MidOcean dalam transaksi tersebut. Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada MidOcean dalam transaksi tersebut.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy

MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18095

KUMPULAN BANLE MENGETENGAHKAN STRATEGI PERTUMBUHAN LESTARI SEMASA WEBINAR PELABUR

 HONG KONG, 26 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 23 April 2024, Banle Group (“Kumpulan”) (NASDAQ: BANL), sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik, menganjurkan Webinar Pelabur. Semasa webinar itu, Encik Teck Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, dan Encik Raymond Chiu, Ketua Pegawai Kewangan, membincangkan strategi perniagaan Kumpulan untuk mengekalkan kedudukan penerajunya dalam pasaran Asia Pasifik dan seterusnya berkembang ke pasaran Eropah, sifat struktur modalnya yang sihat dan sangat cair, serta inisiatifnya dalam meneroka bekalan bahan api alternatif.


“Kumpulan ini telah menyaksikan pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun hasil kedudukan khusus kami dalam industri bunkering, operasi tangkas, pengurusan kewangan yang berhemat serta reputasi dan pengetahuan industri kami. Melangkah ke hadapan, perluasan rangkaian perkhidmatan di Asia Pasifik dan juga Eropah akan memberi dorongan kepada pertumbuhan mampan kami. Kami juga akan mengambil langkah proaktif dalam meneroka pilihan bahan api alternatif agar dapat bertindak balas dengan pantas kepada perubahan permintaan pasaran,” kata Encik Chia. “Matlamat utama saya adalah untuk memimpin Kumpulan ini ke tahap yang lebih tinggi dan mencipta nilai yang lebih besar untuk para pemegang saham kami.”

Untuk melihat tayang ulang dan bahan pembentangan siar web, sila lawati tapak web korporat kami:

https://www.banle-intl.com/.

Mengenai Banle Group

Ditubuhkan pada tahun 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah kenderaan penyenaraian Kumpulan Banle, sebuah syarikat logistik bahan api marin terkemuka di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi minyak kapal. Aktiviti perniagaan Kumpulan Banle tertumpu terutamanya kepada lebih 55 pelabuhan utama meliputi Jepun, Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Malaysia, Singapura, Thailand, Turki dan Belgium. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus.

Maklumat dan Pernyataan Prospektif

Pernyataan tertentu dalam pengumuman ini adalah pernyataan prospektif, berdasarkan sifatnya, tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang ketara. Pernyataan prospektif ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui dan berdasarkan jangkaan semasa Syarikat dan unjuran tentang peristiwa masa depan yang Syarikat percaya boleh menjejaskan keadaan kewangan, hasil operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan. Pelabur boleh mengenal pasti pernyataan prospektif ini dengan perkataan atau frasa seperti “mungkin,” “boleh,” “akan,” “sepatutnya,” “harus,” “dijangka,” “rancangan,” “berhasrat,” “menjangka,” “percaya,” “menganggar,” “meramalkan,” “potensi,” “projek” atau “meneruskan” atau negatif istilah ini atau istilah lain yang setanding. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka mana-mana pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku berikutnya, atau perubahan dalam jangkaannya, kecuali yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif ini adalah munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan kepada anda bahawa jangkaan tersebut akan betul dan Syarikat memberi amaran kepada pelabur bahawa keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur menyemak faktor lain yang boleh menjejaskan keputusan masa depannya dalam penyataan pendaftaran Syarikat dan pemfailan lain dengan SEC.

CBL INTERNATIONAL LIMITED
(Diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

CBL International Limited

E-mel: investors@banle-intl.com

Sumber: CBL International Limited

--BERNAMA

Thursday, April 25, 2024

MENCIPTA SEJARAH: ASPIRE UNTUK PELANCARAN SULUNG 'ABU DHABI AUTONOMOUS RACING LEAGUE' MENTAKRIFKAN SEMULA MASA DEPAN SUKAN EKSTREM PADA 27 APRIL

Mencipta Sejarah: ASPIRE untuk Pelancaran Sulung 'Abu Dhabi Autonomous Racing League' Mentakrifkan Semula Masa Depan Sukan Ekstrem pada 27 April (Foto: AETOSWire)

 

  • Lebih 10,000 Hadirin Bersedia Menyaksi Kereta Tanpa Pemandu Berlumba di Litar Yas Marina
  • 4 Kereta Autonomi Bersedia Berlumba Serentak dalam Percubaan Pertama Dunia
  • Pengekod adalah Pelumba: 8 Pasukan Antarabangsa Bertanding untuk Kumpulan Hadiah AS$2.25 Juta
  • ADNOC mengambil Tajaan Tajuk A2RL untuk menyokong Kemajuan Teknologi Mobiliti
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 25 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari Sabtu, 27 April, Abu Dhabi akan menganjurkan acara pecah tanah, mengalu-alukan 10,000 penonton untuk menyaksikan perasmian ASPIRE Abu Dhabi Autonomous Racing League (A2RL) di Litar Yas Marina yang ikonik. Pertandingan perlumbaan autonomi serba baharu ini menandakan peristiwa penting dalam sejarah sukan permotoran, yang ditakrifkan sebagai liga terbesar seumpamanya di seluruh dunia.

Lapan pasukan akan bertanding: Code19 Racing (salah satu entiti perlumbaan autonomi bebas pertama dari Amerika Syarikat), Universiti Konstruktor (berpangkalan di Jerman dan Switzerland), Fly Eagle (mewakili Institut Teknologi Beijing dari China dan Universiti Khalifa dari UAE), HUMDA Lab (ahli Kumpulan Universiti Széchenyi István dari Hungary), KINETIZ (kerjasama antara Universiti Teknologi Nanyang Singapura dan Kintsugi yang berpangkalan di UAE), PoliMOVE (mewakili Politecnico di Milano dari Itali), UNIMORE (juga dari Itali - Universiti Modena dan Reggio Emilia), dan Universiti Teknikal Munich - TUM (dari Jerman), bersaing untuk mendapatkan hadiah wang tunai berjumlah AS$ 2.25 juta.

Pasukan pengekod dan jurutera yang mengambil bahagian masing-masing akan mempunyai akses eksklusif kepada kereta Dallara Super Formula SF23 yang serupa, yang dimungkinkan melalui perkongsian dengan Promosi Perlumbaan Jepun. Kereta ini akan diautomisasi dengan susunan perlumbaan autonomi yang dibangunkan dan disepadukan oleh Institut Inovasi Teknologi (TII). Satu-satunya pembolehubah terletak pada cara setiap pasukan menggunakan kemahiran pengekodan, algoritma AI dan kepakaran pembangunan perisian pembelajaran mesin mereka untuk mengajar kereta mereka cara memandu. Pada masa ini diiktiraf sebagai kereta lumba roda terbuka terpantas di dunia selepas Formula Satu, kereta ini boleh mencapai kelajuan sehingga 300 km/j.

Buat pertama kalinya, format perlumbaan bersedia untuk menampilkan empat kereta autonomi yang memandu di litar lumba secara serentak - satu pencapaian yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Dalam satu siri perlumbaan pra-kelayakan, perlawanan akhir akan mempamerkan pemain terbaik daripada Ujian Pusingan dan Ujian Kelajuan, mara ke Cabaran Memintas terakhir untuk menentukan pemenang muktamad. Selain itu, perlumbaan kereta AI dan manusia akan berlangsung, dengan Technology Innovation Institute (TII) menerima cabaran menggembirakan untuk mengadu kereta autonomi mereka dengan bekas pemandu F1 - Daniil Kvyat. TII akan menyasarkan untuk mendekati masa pusingan manusia sedekat mungkin dan juga akan menunjukkan keupayaan kereta autonomi untuk memandu tanpa bantuan GPS.

H.E. Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung Advanced Technology Research Council - Entiti induk ASPIRE, dan Penasihat Presiden UAE mengenai Penyelidikan Strategik dan Hal Ehwal Teknologi Lanjutan, berkata: "Dalam menolak sempadan teknologi dalam keadaan yang melampau, kami mendedahkan sempadan baharu dalam sains. Paradigma perlumbaan yang dibayangkan semula ini memanfaatkan kemuncak kemahiran pengekodan, algoritma AI dan kehebatan pembangunan perisian — set kemahiran masa hadapan. Dengan memanfaatkan keupayaan ini, kami membuka laluan di barisan hadapan dalam penyelidikan dan pembangunan, mendorong Abu Dhabi menjadi hab global yang penting untuk inovasi."

ADNOC telah hadir sebagai penaja utama, memberikan sokongan penting, menggariskan keghairahan yang meluas untuk memajukan teknologi perlumbaan autonomi. H.E. Dr. Sultan Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Lanjutan, dan MD & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC, menambah: "Ketika kami menavigasi laluan ke masa depan perindustrian UAE, komitmen kami terhadap nilai dalam negara dan kemajuan teknologi tidak berbelah bahagi. A2RL melambangkan dedikasi kami untuk menyepadukan teknologi termaju termasuk AI, memacu daya saing dan pertumbuhan ekonomi merentas sektor. Selama beberapa dekad, ADNOC telah melabur dalam teknologi dan inovasi terkini - daripada bilik kawalan, ke bilik lembaga pengarah - untuk menyampaikan tenaga moden yang menguasai kehidupan kita.”

Penganjur A2RL, Ketua Pegawai Eksekutif ASPIRE Stephane Timpano berkata: "A2RL lebih daripada sekadar perlumbaan — ia adalah platform untuk menguji dan mengoptimumkan teknologi kenderaan autonomi, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan di jalan awam. Dengan sokongan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa, kami membawa masa depan mobiliti - lebih dekat." Perlumbaan sulung itu telah menarik pelbagai penaja, masing-masing menyumbang kepakaran dan sumber mereka untuk memastikan kejayaan pembangunan kereta autonomi termaju. Rakan kongsi utama, seperti Du, DMT, AWS dan Mubadala, telah memainkan peranan penting dalam membentuk trajektori acara itu, dengan rakan kongsi media seperti Motorsports, Inc. Arabia, FastCompany Middle East dan What’s On, menguatkan keterlihatan A2RL.

Rakan kongsi teknikal, termasuk Dallara, Danisi Engineering, Meccanica 42, Kistler, Seyond, Eventagrate, Live in Five, Focal Point VR dan Vislink, telah meminjamkan pengetahuan khusus mereka untuk meningkatkan inovasi dan piawaian prestasi acara.

Zon Peminat yang eksklusif menjanjikan pengalaman yang lebih tinggi untuk keluarga, peminat sukan permotoran dan peminat teknologi. Dengan aktiviti yang disesuaikan, tetamu boleh melibatkan diri dalam teknologi dan permainan termaju, termasuk zon VR yang menawan dan muzium AI - Raceum. Mulai 16:00 (GST) pada 27 April, pelajar muda dari Pertandingan A2RL STEM akan mempamerkan kemahiran pengekodan mereka pada kereta lumba autonomi skala 1:8, dengan 18 sekolah bersaing untuk menambah keterujaan. Malam itu berakhir pada jam 23:00 (GST), dengan aktiviti termasuk upacara podium untuk pemenang, bunga api, pertunjukan dron dan konsert selepas pertunjukan bersama DJ Andre Soueid.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir sendiri, keseronokan Hari Perlumbaan akan dapat diakses melalui pelbagai saluran penstriman langsung, termasuk saluran rasmi A2RL.YouTube dan Twitch saluran, motorsport.tv dan apl A2RL. Pihak yang berminat dipelawa untuk melayari laman web A2RL dan memantau saluran media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual program dan butiran menonton perlumbaan di wilayah masing-masing.

Acara A2RL yang julung kali diadakan adalah sebahagian daripada Minggu Mobiliti Abu Dhabi, yang berlangsung dari 24 April hingga 1 Mei.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53950090/en

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
Jennifer.dewan@tii.ae
 
Sumber: Abu Dhabi Autonomous Racing League (A2RL)

--BERNAMA

EMGA MEMPEROLEH PEMBIAYAAN AS$ 15J UNTUK BANCO IMPROSA DI COSTA RICA

LONDON, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang bekerjasama dengan Banco Improsa, mengumumkan bahawa ia telah memperoleh barisan kredit sebanyak AS$15 juta daripada Japan International Cooperation Agency (JICA).

Ketua Perbankan Pelaburan EMGA dan Pengarah Urusan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata: "Walaupun persekitaran makroekonomi global mencabar, kami berbesar hati untuk sekali lagi membantu melicinkan visi berterusan Banco Improsa untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Costa Rica dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan ini."

Mengulas tentang transaksi tersebut, Felix Alpizar Lobo, Pengurus Besar Banco Improsa, berkata: "Pembiayaan ini menegaskan lagi komitmen kami untuk memperkuat bidang SME di Costa Rica. Banco Improsa berbangga dapat sama-sama berkongsi objektif JICA dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara-negara membangun."

Pengarah Urusan EMGA Jeremy Dobson menambah: "Pengurusan yang utuh serta kedudukan kewangan yang sihat Banco Improsa adalah faktor utama yang membolehkan pasukan Perbankan Pelaburan EMGA memperoleh pembiayaan ini Di samping itu, kemudahan JICA ini juga akan memperkuat lagi keupayaan Banco Improsa untuk mengembangkan senarai pinjaman teras SME-nya."

JICA

Japan International Cooperation Agency ialah sebuah agensi kerajaan yang menyediakan kebanyakan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun. Ia ialah badan berkanun untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara membangun dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

EMERGING MARKETS GLOBAL ADVISORY LLP (EMGA)

EMGA, yang berpangkalan di London dan New York, membantu institusi kewangan dan syarikat mencari hutang atau modal ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak klien dalam pasaran dunia yang pesat membangun dan ekonomi sempadan, termasuk Costa Rica yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan kepada pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.

BANCO IMPROSA

Banco Improsa ialah bank komersial yang mempunyai pengalaman lebih daripada 37 tahun, yang model perniagaan hubungan dan tumpuan kepada peluang pemasarannya mengkhususkan kepada, antaranya, menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME). Banco Improsa adalah salah satu daripada bank swasta pertama di Costa Rica yang menawarkan perkhidmatan bukan kewangan kepada pelanggannya dan mempunyai sejarah yang lama dalam penyediaan khidmat nasihat dan sokongan kepada SME. Faktor kejayaan utama Banco Improsa adalah komitmennya terhadap perkhidmatan yang tangkas dan fleksibel yang berpiawai tinggi, yang mana, bersama-sama dengan tawaran penyelesaian kewangan tersuai, telah membolehkannya mencapai kedudukan yang kukuh dalam bidang-bidang ini.

Banco Improsa ialah subsidiari Grupo Financiero Improsa (GFI). 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18093

CONCENTRIX + WEBHELP DIJENAMAKAN SEBAGAI CONCENTRIX

 Penjenamaan semula identiti syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi teknologi dan perkhidmatan global, memperkasakan jenama masa depan


NEWARK, California, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC), peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang telah beroperasi di bawah nama dagangan Concentrix + Webhelp, hari ini mengumumkan peralihannya kepada nama Concentrix dan evolusi berterusan jenamanya.

Coretan Media yang mengiringi pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada pautan ini.

Nama Concentrix adalah berdasarkan konsep bulatan sepusat, mencerminkan fokus syarikat untuk memastikan warga kerja dan pelanggannya sentiasa berada di tengah-tengah, konsep yang masih relevan sehingga kini seperti ketika nama itu ditubuhkan. Identiti visual yang direka bentuk baharu itu mewakili penyelesaian teknologi dan transformatif yang Concentrix sampaikan untuk memperkasakan jenama masa depan.

Penjenamaan semula ini mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk menghimpunkan portfolio keupayaan yang komprehensif dan tiada taranya. Dengan meluasnya penyelesaian AI generatif, keupayaan digital dan perkhidmatan bernilai tinggi, syarikat ini percaya mereka tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik lagi untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu sepenuhnya, hujung ke hujung merentas seluruh perusahaan, pada kelajuan dan skala.
“Dengan penjenamaan semula ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat teknologi dan perkhidmatan terkemuka yang berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi dan didorong oleh kecerdasan,” kata Chris Caldwell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Concentrix. “Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital, kami menghimpunkan penyelesaian bersepadu sepenuhnya yang menyelesaikan cabaran perniagaan paling sukar untuk pelanggan kami.”  

Hari ini, 2,000+ pelanggan Concentrix mendapat manfaat daripada jejak yang mantap, seimbang, disokong oleh ketekalan global, kepakaran pasaran tempatan dan portfolio keupayaan bertaraf dunia yang diselaraskan untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian termaju yang disampaikan oleh syarikat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Concentrix, sila lawati concentrix.com.

Tentang kami: Alami kuasa Concentrix
Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC) ialah peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang memperkasakan jenama terbaik dunia, hari ini dan pada masa hadapan. Kami berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi, didorong oleh kecerdasan Setiap hari kami mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian disepadukan sepenuhnya hujung ke hujung pada kelajuan dan skala merentas seluruh perusahaan dan membantu lebih 2,000 pelanggan menyelesaikan cabaran perniagaan mereka yang paling sukar. Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital yang memberikan ketekalan global dengan sentuhan tempatan, kami ada sediakannya. Di tengah-tengah semua aktiviti kami terletak komitmen untuk mengubah cara syarikat berhubung, berinteraksi dan berkembang. Kami di sini bertujuan untuk mentakrifkan semula maksud kejayaan, memberikan hasil yang tidak dapat dibayangkan merentas setiap menegak utama dalam 70+ pasaran. Boleh dikatakan di mana-mana saja. Layari concentrix.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Pernyataan Pelabuhan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A bagi Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta bagi Akta Bursa Sekuriti 1934. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan mengenai keupayaan dan kedudukan syarikat untuk menyampaikan hasil perniagaan dan menyelesaikan cabaran untuk pelanggannya, dan pernyataan yang merangkumi perkataan seperti percaya, jangkakan, mungkin, akan, sediakan, boleh dan patut serta ungkapan lain yang serupa. Pernyataan prospektif ini sememangnya tidak pasti dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang cukup banyak yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lainnya, risiko-risiko yang berkaitan dengan keupayaan syarikat untuk berjaya melaksanakan strateginya, keadaan kompetitif dalam industri syarikat, dan faktor lain yang terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 November 2023 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan pemfailan SEC yang berikutnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan prospektif yang hanya terpakai pada tarikh kemas kini itu dilakukan.

Hak cipta 2024 Concentrix Corporation
Hak cipta terpelihara. Logo Concentrix, Webhelp, Concentrix + Webhelp, Concentrix dan Webhelp serta semua nama dan slogan syarikat, produk dan perkhidmatan Concentrix yang lain merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Concentrix Corporation dan anak syarikatnya. Concentrix dan logo Concentrix Reg. A.S. Pat. & Tm. Off. dan bidang kuasa bukan A.S. yang berkenaan. Nama dan tanda lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan Pelabur:
Sara Buda
Perhubungan Pelabur
Concentrix Corporation
investor.relations@concentrix.com

Maklumat Hubungan Media:
Debbie Gonzalez
Pemasaran & Komunikasi
Concentrix Corporation
media@concentrix.com

SUMBER: Concentrix Corporation

--BERNAMA

CONCENTRIX + WEBHELP DIJENAMAKAN SEBAGAI CONCENTRIX

Penjenamaan semula identiti syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi teknologi dan perkhidmatan global, memperkasakan jenama masa depan


NEWARK, California, 24 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC), peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang telah beroperasi di bawah nama dagangan Concentrix + Webhelp, hari ini mengumumkan peralihannya kepada nama Concentrix dan evolusi berterusan jenamanya.

Coretan Media yang mengiringi pengumuman ini tersedia dengan mengklik pada pautan ini.

Nama Concentrix adalah berdasarkan konsep bulatan sepusat, mencerminkan fokus syarikat untuk memastikan warga kerja dan pelanggannya sentiasa berada di tengah-tengah, konsep yang masih relevan sehingga kini seperti ketika nama itu ditubuhkan. Identiti visual yang direka bentuk baharu itu mewakili penyelesaian teknologi dan transformatif yang Concentrix sampaikan untuk memperkasakan jenama masa depan.

Penjenamaan semula ini mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk menghimpunkan portfolio keupayaan yang komprehensif dan tiada taranya. Dengan meluasnya penyelesaian AI generatif, keupayaan digital dan perkhidmatan bernilai tinggi, syarikat ini percaya mereka tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik lagi untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu sepenuhnya, hujung ke hujung merentas seluruh perusahaan, pada kelajuan dan skala.
“Dengan penjenamaan semula ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat teknologi dan perkhidmatan terkemuka yang berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi dan didorong oleh kecerdasan,” kata Chris Caldwell, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Concentrix. “Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital, kami menghimpunkan penyelesaian bersepadu sepenuhnya yang menyelesaikan cabaran perniagaan paling sukar untuk pelanggan kami.”  

Hari ini, 2,000+ pelanggan Concentrix mendapat manfaat daripada jejak yang mantap, seimbang, disokong oleh ketekalan global, kepakaran pasaran tempatan dan portfolio keupayaan bertaraf dunia yang diselaraskan untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian termaju yang disampaikan oleh syarikat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Concentrix, sila lawati concentrix.com.

Tentang kami: Alami kuasa Concentrix
Concentrix Corporation (NASDAQ: CNXC) ialah peneraju teknologi dan perkhidmatan global yang memperkasakan jenama terbaik dunia, hari ini dan pada masa hadapan. Kami berpaksikan manusia, dikuasakan teknologi, didorong oleh kecerdasan Setiap hari kami mereka bentuk, membina dan menjalankan penyelesaian disepadukan sepenuhnya hujung ke hujung pada kelajuan dan skala merentas seluruh perusahaan dan membantu lebih 2,000 pelanggan menyelesaikan cabaran perniagaan mereka yang paling sukar. Sama ada mereka bentuk pengalaman jenama yang mengubah persepsi, membina dan menskalakan teknologi AI yang selamat, atau menjalankan operasi digital yang memberikan ketekalan global dengan sentuhan tempatan, kami ada sediakannya. Di tengah-tengah semua aktiviti kami terletak komitmen untuk mengubah cara syarikat berhubung, berinteraksi dan berkembang. Kami di sini bertujuan untuk mentakrifkan semula maksud kejayaan, memberikan hasil yang tidak dapat dibayangkan merentas setiap menegak utama dalam 70+ pasaran. Boleh dikatakan di mana-mana saja. Layari concentrix.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Pernyataan Pelabuhan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A bagi Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta bagi Akta Bursa Sekuriti 1934. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan mengenai keupayaan dan kedudukan syarikat untuk menyampaikan hasil perniagaan dan menyelesaikan cabaran untuk pelanggannya, dan pernyataan yang merangkumi perkataan seperti percaya, jangkakan, mungkin, akan, sediakan, boleh dan patut serta ungkapan lain yang serupa. Pernyataan prospektif ini sememangnya tidak pasti dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang cukup banyak yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lainnya, risiko-risiko yang berkaitan dengan keupayaan syarikat untuk berjaya melaksanakan strateginya, keadaan kompetitif dalam industri syarikat, dan faktor lain yang terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 November 2023 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan pemfailan SEC yang berikutnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan prospektif yang hanya terpakai pada tarikh kemas kini itu dilakukan.

Hak cipta 2024 Concentrix Corporation
Hak cipta terpelihara. Logo Concentrix, Webhelp, Concentrix + Webhelp, Concentrix dan Webhelp serta semua nama dan slogan syarikat, produk dan perkhidmatan Concentrix yang lain merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Concentrix Corporation dan anak syarikatnya. Concentrix dan logo Concentrix Reg. A.S. Pat. & Tm. Off. dan bidang kuasa bukan A.S. yang berkenaan. Nama dan tanda lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan Pelabur:
Sara Buda
Perhubungan Pelabur
Concentrix Corporation
investor.relations@concentrix.com

Maklumat Hubungan Media:
Debbie Gonzalez
Pemasaran & Komunikasi
Concentrix Corporation
media@concentrix.com

SUMBER: Concentrix Corporation

--BERNAMA

MAJLIS PENGANUGERAHAN HADIAH JEPUN 2024 DIADAKAN BERSAMA KEHADIRAN DULI YANG MAHA MULIA MAHARAJA DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA MAHARANI JEPUN

 Profesor Sir Brian J. Hoskins dan Profesor John Michael Wallace dalam Bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial


Profesor Ronald M. Evans dalam Bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal

TOKYO, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Hadiah Jepun (Presiden: Hiroshi Komiyama) mengadakan majlis anugerah pada hari Selasa, 16 April di Hotel Imperial Tokyo di Mukim Chiyoda Tokyo untuk mengurniakan Hadiah Jepun kepada saintis yang telah berjaya memperoleh pencapaian kreatif dan dramatik dalam bidang saintifik dan teknologi global, serta yang telah menyumbang secara ketara dalam merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat.

Professor Sir Brian J. Hoskins (UK) dan Professor John Michael Wallace (Amerika Syarikat), merupakan pemenang dalam bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, manakala Professor Ronald M. Evans (Amerika Syarikat), merupakan pemenang dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal, telah menghadiri majlis penganugerahan tersebut dan setiap bidang dianugerahkan dengan 100 juta Yen berserta sijil dan pingat.

Setiap tahun, pemenang hadiah Jepun disarankan oleh kira-kira 15,500 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia dan keputusan dibuat melalui peperiksaan yang ketat, serta mengambil masa kira-kira 1 tahun. Untuk tahun 2024, Yayasan menerima 130 pencalonan untuk bidang Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Infrastruktur Sosial, serta 198 pencalonan untuk bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal. Pemenang pada tahun ini dipilih daripada seramai 328 calon.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 tetamu, bermula dengan Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain. Baginda Maharaja menyampaikan ucapan, diikuti dengan ucapan oleh tiga pemenang dan ucapan tahniah oleh Hidehisa Otsuji, Presiden Dewan Ahli Majlis.

Majlis anugerah tahun ini boleh dilihat dari pautan di bawah.

Versi Bahasa Jepun: https://www.youtube.com/live/9u7k6Al_MlU?si=B8EhDuvEByzFlTKB

Versi Bahasa Inggeris: https://www.youtube.com/live/FsNvb9V0ODo?si=vAlfPk94QvCq4Iac

Maklumat Tentang Hadiah Jepun

Kewujudan Hadiah Jepun pada tahun 1981 didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mencipta anugerah yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Bersama sokongan sumbangan yang banyak, Yayasan Hadiah Jepun menerima sokongan dari Pejabat Kabinet pada tahun 1983. Hadiah Jepun dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia, yang berjaya membuat pencapaian kreatif dan dramatik, serta yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara ketara demi merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk semua manusia sejagat. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak menerima anugerah berkenaan, bersama dua bidang yang dipilih pada setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah dan menerima sijil, pingat, serta hadiah wang. Setiap Majlis Anugerah dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Maharaja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharani, ketua tiga cawangan kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, serta wakil daripada pelbagai elemen masyarakat lain.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi

Untuk pertanyaan tentang pelancaran ini:
Pejabat Perhubungan Awam Hadiah Jepun
E-mel: japanprize@ml.prap.co.jp
 
Sumber: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA

Tuesday, April 23, 2024

METAHOMES MENJADI TUMPUAN UTAMA DENGAN MENGUMUMKAN PENYENARAIAN HARTA PERCUMA DI PASARAN HARTANAH DALAM TALIAN SYARIKAT ITU





DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 22 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah muncul sebagai isyarat inovasi, kemakmuran dan peluang, menarik perhatian jutaan orang ramai dari seluruh dunia. Terkenal dengan tarikan bertaraf dunia, gaya hidup bertenaga, manfaat ekonomi yang teguh dan inisiatif kerajaan yang progresif, UAE berdiri sebagai contoh kemodenan dan pertumbuhan cemerlang di Timur Tengah dan tempat lain.

Satu daripada penunjuk utama sektor pelancongan UAE sedang berkembang maju ialah bilangan pengunjung yang datang pada setiap tahun. Dari bulan Januari-Februari 2024 sahaja, negara ini menjadi tuan rumah kepada lebih 3.67 juta pengunjung menurut Jabatan Pelancongan Kerajaan Dubai, bukti daya tarikan negara tersebut yang bertahan sebagai hab pelancongan global.

Dalam keadaan kemakmuran dan janji pada masa ini, MetaHomes, satu daripada platform hartanah global dalam talian yang terkemuka, memudahkan penyelesaian hartanah secara menyeluruh, termasuk membeli, menjual, menyewa dan rumah percutian. Platform ini memanfaatkan teknologi canggih, termasuk penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI), Realiti maya (VR) dan Internet benda (IoT), untuk mentakrifkan semula standard industri dan menawarkan pengalaman hartanah yang lancar.

MetaHomes membuat pengumuman penting untuk tidak mengenakan yuran atau kewajipan kontrak kepada pelanggan, memberikan mereka kebebasan menyiarkan hartanah di platform secara PERCUMA. Pengumuman penyenaraian percuma menekankan komitmen MetaHomes untuk mendemokrasikan akses ke pasaran hartanah, memastikan medan permainan yang sama rata untuk individu dan juga perniagaan.

Inisiatif masa terhad rintisan ini menghapuskan kos pendahuluan, memberikan pemilik hartanah peluang yang sama rata untuk mempamerkan hartanah masing-masing kepada khalayak yang luas dan pelbagai. Platform ini membuka pintu kepada pemilik harta dari semua latar belakang, menawarkan peluang untuk memaparkan pelbagai jenis penginapan, termasuk inap desa, hotel, rumah percutian dan sewaan pangsapuri, tanpa menanggung apa-apa perbelanjaan penyenaraian atau pengikatan kontrak.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Jerry Wu, menyatakan keyakinan tentang peranan syarikat dalam membentuk masa depan hartanah di UAE dan tempat lain. Memberikan tumpuan kepada inovasi, kerjasama dan kepuasan pelanggan, MetaHomes berusaha mencipta pengalaman hartanah yang lancar dan bermanfaat untuk semua pihak berkepentingan. Dengan visi yang merentasi sempadan dan perbatasan, MetaHomes berhasrat menjadi pemangkin untuk perubahan positif dalam industri hartanah, membuka era baharu kebolehcapaian teknologi dan peluang untuk semua.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18084

Monday, April 22, 2024

BIONEXUS GENE LAB CORP. BERSETUJU UNTUK MELABUR RM 1.2 JUTA DALAM ASCENSION INNOVATION (AISB) UNTUK MEMAJUKAN INOVASI KESIHATAN DIGITAL MENERUSI PENERIMAAN AI DALAM PENJAGAAN KESIHATAN

 KUALA LUMPUR, Malaysia, April 22 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BioNexus Gene Lab Corporation (NASDAQ: BGLC), peneraju global dalam diagnostik genomik dan teknologi penjagaan kesihatan, mengumumkan pelaburan strategik melalui anak syarikat milik penuh mereka, MRNA Scientific Sdn Bhd, dalam Ascension Innovation Sdn Bhd (AISB), sebuah syarikat persendirian di Malaysia. Pelaburan ini menegaskan komitmen BGLC dalam memajukan penyelesaian penjagaan kesihatan menerusi AI dan analisis ramalan termaju.


Latar Belakang:

· MRNA Scientific Sdn Bhd:
o Sebuah anak syarikat milik penuh BGLC, MRNA Scientific mengkhusus dalam penyaringan genomik berdasarkan darah dan pemprofilan genom dinamik.
Teknik inovatif MRNA mendayakan pengesanan awal penyakit, pengurusan kesihatan diperibadikan dan cerapan dipacu AI.
· Ascension Innovation Sdn Bhd (AISB):
o AISB ialah peneraju dalam teknologi penjagaan kesihatan, yang komited untuk meningkatkan pengalaman dan hasil pesakit.
o Platform utama mereka aiCMS, memperkasakan klinik, pakar perubatan dan pesakit untuk mempunyai kawalan lebih baik terhadap pelaksanaan penjagaan kesihatan menerusi pengurusan kesihatan pesakit yang diperibadikan.

Pelaburan Strategik dan Majlis Penyerahan:

· Pelaburan MRNA Scientific sebanyak RM1.2 juta (kira-kira USD $250 ribu) akan dilakukan dalam dua tranche. Syarikat telah membuat bayaran awal sebanyak kira-kira RM100 ribu, yang akan diikuti dengan bayaran akhir RM1.1 juta, tertakluk kepada perjanjian rasmi. Pelaburan kami dalam AISB menandakan langkah strategik untuk memacu inovasi penjagaan kesihatan. Pelaburan, yang dibiayai secara dalaman, dijangka terdiri daripada ekuiti indikatif kira-kira 10% daripada syer biasa dalam AISB setelah selesai.
· Penanaman modal ini akan membantu pembangunan AISB dan memacu pengeluaran AI, termasuk:
Bantuan AI di Klinik dan pada Aplikasi: Ciri AI disertakan integrasi pengambilan nota/bantuan analisis dan diagnostik AI ramalan dan generatif melalui Model Bahasa Besar (LLM), transkripsi suara dan bantuan bahasa asli untuk pilihan dan tempahan perkhidmatan.
Analisis Ramalan dan Penyelesaian Diperibadikan: aiCMS akan meningkatkan pengesanan awal penyakit dan pengesyoran kesihatan diperibadikan di klinik dan pada aplikasi, dengan integrasi pengesyoran ramalan kesihatan dan kesejahteraan dalam aplikasi, perkhidmatan terjemahan perubatan dan analisis imej perubatan AI.

Peserta Majlis:

· Pengarah MRNA Scientific:
En. Kenny Lai
En. CC Wong
· Pengarah AISB:
En. Andrew Teng (Ketua Pegawai Eksekutif, CEO)
Pn. Penny Attenbrough (Ketua Pegawai Strategi, CSO)

Mengembangkan Capaian Pasaran:

· MRNA Scientific dan BGLC percaya bahawa pelaburan strategik ini akan membenarkan biopsi cecair Penyaringan Genomik berdasarkan Darah (BGS) BGLC dan perkhidmatan diagnostik lain dipasarkan dengan lebih baik dan boleh diakses oleh lebih ramai pelanggan dan penyedia penjagaan kesihatan, menerusi integrasi dalam aiCMS AISB dan aplikasi aiCARE, membolehkan tempahan secara terus antara pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan.
· Dengan menggabungkan kepakaran MRNA dalam bidang genomik dan platform inovasi AISB, pesakit dan ahli profesional penjagaan kesihatan akan menerima manfaat daripada diagnostik lanjutan dan penjagaan diperibadikan.

Pasaran Kesihatan Digital & AI:

· Saiz pasaran kesihatan digital global dianggarkan sebanyak USD 240.9 bilion pada tahun 2023 dan dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 21.9% dari tahun 2024 hingga 2030¹.
· Saiz pasaran global untuk AI dalam Penjagaan Kesihatan dijangka mencapai sehingga USD 187.7 bilion menjelang tahun 2030 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 38.5% dari tahun 2024 hingga 2030².
· Dengan saiz pasaran dan peluang dalam Kesihatan Digital dan AI dalam Penjagaan Kesihatan, MRNA dan BGLC akan mempertimbangkan peluang untuk meningkatkan penyertaan dalam pasaran ini secara terperinci, termasuk potensi untuk meningkatkan pelaburan kami dalam AISB dan platform teknologi lain.

Unjuran AISB:

· Hasil Unjuran di Malaysia:
o Seperti yang dinyatakan dalam dokumen pelaburan, AISB menjangkakan pertumbuhan hasil yang cukup besar dipacu oleh peningkatan penerimaan aiCMS, dengan unjuran sehingga RM75 juta secara kolektif untuk tahun 2024-2028.
o Barisan perkhidmatan menyeluruh platform ini menjadikannya pengubah keadaan dalam bidang penjagaan kesihatan di Malaysia.
o Unjuran hasil ini adalah sebahagian daripada prospektus yang diluluskan pada platform Pendanaan pitchIN yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
· Klinik dan Penyedia Perkhidmatan:
o AISB menyasarkan untuk bekerjasama dengan banyak penyedia penjagaan kesihatan dan kesejahteraan serta syarikat.
o Sejak dilancarkan baru-baru ini, aiCMS terbukti secara pasaran telah menarik minat lebih 30 penyedia penjagaan kesihatan dan syarikat pada kemunculan awalnya dalam pasaran besar ini.
· Pangkalan Pengguna dan Rekod Kesihatan:
o Dengan 145,000+ pengguna berdaftar dan 340,000+ rekod penjagaan kesihatan individu dalam pangkalan datanya, platform aiCMS telah memberikan kesan dalam pasaran.
o Kebolehskalaan platform ini mempunyai potensi pertumbuhan eksponen.

Petikan:
· En. Sam Tan, CEO, BioNexus Gene Lab Corporation: “Pelaburan kami dalam AISB mencerminkan kepercayaan kami dalam penyelesaian penjagaan kesihatan transformasi mereka. Bersama-sama, kami bermatlamat untuk merevolusikan penjagaan pesakit menerusi AI ramalan dan generatif”.
· En. Andrew Teng, CEO, Ascension Innovation Sdn Bhd: “Kami mengalu-alukan sokongan MRNA Scientific dan teruja untuk memanfaatkan kepakaran mereka. Masa depan penjagaan kesihatan bergantung pada analisis ramalan dan penyelesaian diperibadikan”.

Majlis penyerahan ini telah diadakan di Pusat Kesejahteraan Apollo Men, di Starhill, Kuala Lumpur pada 18 April 2024, disaksikan oleh En. Sam Tan, Ketua Pegawai Eksekutif BioNexus Gene Lab Corp (BGLC).

Perihal BioNexus Gene Lab Corporation:

BioNexus Gene Lab Corporation (NASDAQ: BGLC) ialah peneraju global dalam diagnostik genomik berasaskan RNA, komited untuk memajukan perubatan diperibadikan dan mempertingkatkan hasil kesihatan global.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati tapak web BioNexus Gene Lab Corp.: www.bionexusgenelab.com

Perihal Ascension Innovation Sdn Bhd:

Ascension Innovation Sdn Bhd (AISB) berada di kedudukan tertinggi dalam teknologi penjagaan kesihatan, memacu inovasi menerusi platform utama mereka, aiCMS.

Untuk maklumat lanjut, lawati tapak web Ascension Innovation Sdn Bhd: www.aisb.io

¹ https://www.grandviewresearch.com/industry-analysis/digital-health-market 
² https://www.grandviewresearch.com/industry-analysis/artificial-intelligence-ai-healthcare-market 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Hubungan Pelabur
BioNexus Gene Lab Corporation
E-mel: ir@bionexusgenelab.com

Penafian:
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan, ramalan dan andaian yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding yang dijangkakan atau diunjurkan. Kenyataan berpandangan ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kenyataan berkaitan:

· Pertumbuhan hasil yang diunjurkan
· Aliran pasaran dan kadar adopsi
· Kesan berpotensi aiCMS pada penjagaan pesakit

Kenyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada kenyataan yang dibuat. Risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

1. Risiko Pasaran dan Industri:
 - Bidang teknologi penjagaan kesihatan yang berkembang secara pesat
 - Cabaran dalam perubahan kawal selia dan pematuhan
 - Tekanan persaingan dan dinamik pasaran
2. Risiko Operasi dan Kewangan:
 - Pelaksanaan inisiatif strategik
 - Prestasi kewangan dan kecairan
 - Perlindungan harta intelektual
3. Faktor Luaran:
 - Keadaan ekonomi global
 - Krisis kesihatan awam (cth., pandemik)
 - Ketidakpastian politik dan geopolitik

Pelabur diberi amaran supaya tidak meletakkan penggantungan tidak wajar pada kenyataan berpandangan ke hadapan ini. BGLC tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya. Peruntukan safe harbor daripada Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995 melindungi kenyataan berpandangan ke hadapan daripada risiko litigasi.

Pelabur digalakkan untuk menyemak pemfailan BGLC dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) untuk pemahaman menyeluruh tentang perniagaan, prestasi kewangan dan faktor risiko syarikat.

BioNexus Gene Lab Corporation
Tower B, Vertical Business Suite 10-2
No. 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South,
59200, Kuala Lumpur 

Nota untuk Editor
: Imej resolusi tinggi dan maklumat tambahan tersedia atas permintaan.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3c3545c8-1c0f-47c1-aabc-7a3e4d1de620

Sumber: BioNexus Gene Lab Corp.

--BERNAMA