Thursday, May 16, 2024

FALCON 2: TECHNOLOGY INNOVATION INSTITUTE UAE MELANCARKAN SIRI MODEL AI BAHARU, YANG BERPRESTASI LEBIH BAIK DARIPADA LLAMA 3 BAHARU META





• 
Siri Falcon 2 melancarkan Model AI yang bersifat Sumber Terbuka, Berbilang bahasa dan  Berbilang modal – dan merupakan satu-satunya Model AI dengan Keupayaan Visual kepada Bahasa
• Prestasi Falcon 2 11B Baharu Berprestasi Lebih Baik daripada Llama 3 8B Meta dan Berprestasi Setara dengan Model Gemma 7B Google, mengikut Pengesahan Bebas oleh Papan Peneraju Hugging Face
• Rancangan Semasa Termasuk Meneroka 'Campuran Pakar' untuk Keupayaan Pembelajaran Mesin Dipertingkat

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Technology Innovation Institute (TII), sebuah pusat penyelidikan saintifik peneraju global dan tonggak penyelidikan gunaan Advanced Technology Research Council (ATRC) Abu Dhabi, hari ini melancarkan lelaran kedua model bahasa besarnya (LLM) yang terkenal  – Falcon 2. Dalam siri ini, mereka telah memperkenalkan dua versi yang menakjubkan: Falcon 2 11B, sebuah LLM yang lebih cekap dan boleh diakses yang dilatih pada 5.5 trilion token dengan 11 bilion parameter, dan Falcon 2 11B VLM, yang ditampilkan dengan keupayaan model visual kepada bahasa (VLM), yang membolehkan penukaran yang lancar daripada input visual kepada output teks. Walaupun kedua-dua model ini bersifat berbilang model, khususnya, Falcon 2 11B VLM ditampilkan sebagai model berbilang modal pertama TII – dan merupakan satu-satunya model dalam pasaran peringkat atas yang mempunyai keupayaan penukaran imej kepada teks, yang menandakan kemajuan yang ketara dalam inovasi AI.

Dalam ujian perbandingan dengan beberapa model AI menonjol yang segolongannya dalam model pralatih, Falcon 2 11B berprestasi lebih baik daripada Llama 3 yang baru dilancarkan oleh Meta dengan 8 bilion parameter (8B), dan berprestasi setara dengan Gemma 7B Google di tempat pertama (Falcon 2 11B: 64.28 lwn Gemma 7B: 64.29), mengikut pengesahan bebas oleh Hugging Face, sebuah platform yang berpangkalan di AS yang mengehoskan alat penilaian dan papan peneraju global yang objektif untuk LLM terbuka. Lebih penting lagi, Falcon 2 11B dan 11B VLM kedua-duanya bersifat sumber terbuka, yang memberikan akses tidak terhad kepada pembangun di seluruh dunia. Pada masa depan yang tidak lama lagi, terdapat rancangan untuk meluaskan model generasi seterusnya Falcon 2, yang akan memperkenalkan pelbagai saiz. Model-model ini akan selanjutnya dipertingkat dengan keupayaan pembelajaran mesin canggih seperti 'Campuran Pakar' (MoE), yang bermatlamat untuk membawa prestasi mereka kepada tahap yang jauh lebih tinggi.

Semua model AI TII yang dilancarkan sehingga kini telah mendapat kedudukan dalam peringkat atas global secara konsisten, sebagai LLM sumber terbuka yang paling berkeupayaan tinggi. Model Falcon 2 11B baharu yang diskala turun dan serba guna ditujukan untuk memberi TII lebih banyak penerimagunaan dalam pasaran dunia AI generatif yang sentiasa berkembang.

Model Falcon 2 11B, yang dilengkapi dengan keupayaan berbilang bahasa, dapat menyelesaikan tugas dengan lancar dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Portugis dan pelbagai bahasa yang lain, yang memperkaya keserbagunaan model itu dan membesarkan keberkesanannya merentas senario yang berbagai-bagai. Falcon 2 11B VLM, sebuah model visual kepada bahasa, mempunyai keupayaan untuk mengenal dan mentafsir imej dan visual daripada persekitaran sekeliling, yang menyediakan pelbagai penggunaan merentas industri seperti sektor penjagaan kesihatan, kewangan, e-dagang, pendidikan dan undang-undang. Penggunaan ini merangkumi pengurusan dokumen, pengarkiban digital dan pengindeksan konteks dan juga termasuk menyediakan sokongan kepada individu yang mempunyai kecacatan penglihatan. Tambahan lagi, model ini boleh berjalan dengan cekap dengan hanya satu unit pemprosesan grafik (GPU), yang membuatkan model ini boleh diskala, serta mudah digunakan dan disepadukan kepada infrastruktur yang lebih ringan seperti komputer riba dan peranti lain.

H.E. Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung ATRC dan Penasihat Hal Penyelidikan Strategik dan Teknologi Canggih untuk Presiden UAE, berkata: "Dengan pelancaran Falcon 2 11B, kami telah memperkenalkan model pertama dalam siri Falcon 2. Walaupun Falcon 2 11B telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, kami masih berpegang kepada komitmen kami terhadap perjuangan sumber terbuka, dan kepada Falcon Foundation. Dengan model berbilang modal lain yang akan dilancarkan dalam pasaran dengan pelbagai saiz, matlamat kami adalah untuk memastikan pembangun dan entiti yang menghargai privasi mereka mempunyai akses kepada salah satu model AI yang terbaik bagi membantu perjalanan AI mereka."

Apabila berbincang tentang model-model ini, Dr. Hakim Hacid, Pengarah Eksekutif dan Pemangku Ketua Penyelidik Unit Rentas Pusat AI di TII, berkata: "AI terus berkembang, dan pembangun semakin memerlukan kelebihan model yang lebih kecil dan lebih cekap. Selain daripada mengurangkan keperluan kuasa komput dan memenuhi kriteria kemapanan, model ini menawarkan fleksibiliti dipertingkat, yang disepadukan dengan lancar ke dalam infrastruktur AI canggih, yang merupakan trend besar memuncul yang seterusnya. Selain itu, keupayaan visual kepada bahasa dalam Falcon 2 membuka ruang baharu untuk kebolehcapaian dalam AI, yang memberikan interaksi imej kepada teks yang transformatif kepada para pengguna."

Keserbagunaan Falcon 2 11B juga membuatkan TII untuk mempertimbangkan pembinaan inovasi GenAI yang lebih hebat. Antara semua itu termasuk penerimagunaan jenis keupayaan pembelajaran mesin baharu yang dikenali sebagai 'Campuran Pakar' yang disebut sebelum ini. Kaedah ini termasuk tindakan menyatukan rangkaian yang lebih kecil dengan pengkhususan yang unik, yang memastikan domain-domain yang paling berpengetahuan bekerjasama untuk memberikan respons yang tercanggih dan tersuai – hampir seperti sebuah pasukan pembantu pintar yang setiap seorang tahu sesuatu yang berbeza dan bekerjasama untuk meramal atau membuat keputusan jika perlu. Pendekatan ini bukan sahaja akan meningkatkan ketepatan, tetapi juga akan mempercepat proses pembuatan keputusan, yang membuka jalan untuk sistem AI yang lebih pintar dan cekap.

Falcon 2 11B dilesenkan di bawah Falcon License 2.0 TII, sebuah lesen perisian berasaskan Apache 2.0 yang permisif, yang termasuk dasar penggunaan boleh terima yang menggalakkan penggunaan AI secara bertanggungjawab. Maklumat lanjut tentang model baharu boleh ditemukan di FalconLLM.TII.ae

Sumber: AETOSWire 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18152

Wednesday, May 15, 2024

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

 Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa yang boleh disesuaikan untuk memajukan penyahkarbonan serantau


BANGKOK, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Asia Pasifik mesti pantas mengenal pasti dan menerima guna infrastruktur rendah karbon generasi akan datang dan boleh dikembangkan untuk mempercepat kemajuan penyahkarbonan, kata Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal.

Peringkat seterusnya untuk pembangunan tenaga boleh baharu dan bahan api alternatif bagi mencapai pelepasan karbon yang lebih rendah adalah kompleks.

Banyak tapak lokasi projek tenaga boleh baharu akan menjadi lebih besar dan mencabar. Tapak lokasi ini juga sering berada di kawasan terpencil yang perlu disambungkan ke grid. Sumber tenaga baharu untuk eksport dan tenaga boleh baharu bagi pembangunan hidrogen hijau akan mencabar model komersial sedia ada. Selain itu, penyahtauliahan dan penggunaan semula infrastruktur arang batu kepada aset “merapatkan” penyahkarbonan penting yang akan memerlukan pembiayaan adil dan saksama kepada penduduk dan perniagaan tempatan.

“Walau bagaimanapun, peluang yang mencukupi wujud di Asia Pasifik bagi menyepadukan gabungan teknologi penjanaan, penghantaran dan pengagihan yang berbeza pada titik harga yang betul dan pada masa yang sesuai untuk mencapai kejayaan komersial dan alam sekitar,” kata Narsingh Chaudhary, Presiden, Asia Pasifik dan India, Black & Veatch.

“Black & Veatch telah berada di barisan hadapan dalam membina infrastruktur tenaga kritikal selama beberapa dekad dan komited untuk menyokong keperluan tenaga yang semakin meningkat di Asia Pasifik dengan sumber tenaga yang rendah dan tanpa karbon,” kata Chaudhary.

Apabila ekonomi Asia Pasifik beralih daripada ekonomi berasaskan karbon kepada berasaskan elektron dan molekul, rantau ini mesti mencari gabungan tenaga yang sesuai untuk keperluan jangka pendek dan perubahan jangka panjang. Tahap akses berbeza kepada sumber tenaga dan keperluan tenaga yang berlainan mendesak kepada kepelbagaian penyelesaian.

Gas asli cecair (LNG) boleh menyokong peralihan daripada arang batu dan gabungan tenaga tambahan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di pasaran membangun.

Teknologi storan tenaga, seperti Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) dan Hidrokuasa Storan Berpam (PSH), meningkatkan keselamatan tenaga dengan mengimbangi penurunan mendadak dan ketara dalam pengeluaran kuasa dari sumber tenaga boleh baharu untuk menambah baik keandalan dan kestabilan grid.

Dalam jangka panjang, hidrogen mempunyai potensi menyediakan storan tenaga bermusim dan berfungsi sebagai pelengkap untuk utiliti, perniagaan komersial dan industri yang mahu beroperasi secara mampan.

Sistem penghantaran yang dirancang dan direka bentuk dengan lebih baik, termasuk talian sambungan, pencawang sambungan dan kemudahan pensuisan, akan membantu Asia Pasifik menangani kebolehubahan voltan dan frekuensi serta keperluan kod grid merentasi grid.

Di Future Energy Asia 2024, Chaudhary akan membentangkan amalan terbaik global untuk mengembangkan teknologi rendah karbon dalam pengurangan karbon. Chaudhary akan berkongsi pandangannya mengenai peranan gas dan LNG sebagai bahan api peralihan.

Topik lain yang akan dibincangkan oleh pakar bidang Black & Veatch di Future Energy Asia termasuk:

· Mendayakan penyepaduan tenaga boleh baharu dengan teknologi grid pintar
· Kerjasama merentas industri memajukan tindakan, penyelesaian dan inovasi iklim
· Mengoptimumkan penggunaan PV tenaga suria dan BESS
· Penggunaan hidrogen hijau
 
Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com
 
Sumber: Black & Veatch

--BERNAMA

DRUVA DAN NEXTGEN GROUP MEMPERLUAS PERJANJIAN PERKONGSIAN

Kini, Perlindungan Data SaaS Moden Tersedia di Malaysia dan Singapura

SANTA CLARA, Calif., 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Druva, platform SaaS pertama dan satu-satunya yang berskala besar untuk keselamatan data, pada hari ini mengumumkan bahawa perkongsian strategik dengan NEXTGEN Group, syarikat pengedaran dan perkhidmatan IT terkemuka, telah diperluas bagi merangkumi Malaysia dan Singapura. Tawaran yang diperluas ini dibina berdasarkan penyelesaian perlindungan data bertaraf dunia yang ditawarkan kepada perniagaan di seluruh Australia, New Zealand dan Filipina.

“Keselamatan data adalah amat penting untuk organisasi di seluruh dunia,” kata Ian Parslow, Pengarah Kanan Rakan Kongsi dan Pengedaran di Druva. “Perluasan perkongsian kami dengan NEXTGEN Group yang bertujuan merangkumi rantau ASEAN adalah langkah penting bagi Druva sambil kami terus mengembangkan ekosistem rakan kongsi global kami untuk memberikan lebih keyakinan kepada perniagaan yang ingin mengukuhkan strategi keselamatan dan kebingkasan data masing-masing.”

Perkongsian yang diperluas itu termasuk keupayaan untuk pelanggan bersama memanfaatkan teknologi perlindungan data yang menambah baik kebingkasan siber dan memperkemas tadbir urus serta cerapan data masing-masing dalam skala lebih besar. Druva menawarkan satu-satunya platform berasaskan SaaS yang berskala besar bagi keselamatan data, menghapuskan keperluan untuk perkakasan, perisian dan penyelenggaraan, membebaskan sumber pelanggan untuk digunakan kepada projek yang lebih kritikal dan meningkatkan keseluruhan kebingkasan siber perniagaan.

Wendy O’Keeffe, Naib Presiden Eksekutif Asia untuk NEXTGEN berkata, “Pasukan kami di Malaysia dan Singapura dengan penuh minat menjangkakan peluang memacu pertumbuhan pasaran selanjutnya untuk Druva. Memandangkan pelanggan semakin mencari penyelesaian yang diperkemas untuk keselamatan data melalui platform tunggal, maka platform Druva berasaskan SaaS yang dipercayai dan berinovatif lebih menonjol sebagai tambahan berguna kepada portfolio kami. Ini akan membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan yang terdiri daripada perniagaan kecil dan sederhana kepada perusahaan.”

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian Druva dan NEXTGEN, sila kunjungi: https://nextgen.group/vendors/druva-1

Maklumat Tentang NEXTGEN Group

NEXTGEN Group ialah kumpulan perkhidmatan saluran teknologi rintisan yang menyokong ekosistem saluran. Kami melakukan ini dengan menghimpunkan teknologi yang mantap dan baharu muncul merentasi keselamatan siber, awan, perisian perusahaan dan penyelesaian pengurusan data yang menganjak sempadan melalui perkara yang boleh dilakukan – pengetahuan, perkhidmatan dan penyampaian IT generasi akan datang. Perniagaan ialah hab kerjasama dalam rantaian bekalan yang memudahkan rakan kongsi teknologi menjalankan perniagaan dengan vendor antarabangsa dalam rangkaian produk yang kompleks dan sentiasa berubah. Gabungan pengetahuan pakar, platform teknologi berinovatif dan perkhidmatan pelengkap kami yang unik, serta berjaya memenangi anugerah ini membolehkan rakan kongsi dan vendor kami kekal berguna dan sentiasa berada di hadapan dalam persekitaran IT yang dinamik ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://nextgen.group

Maklumat Tentang Druva

Druva membolehkan kebingkasan siber, data dan operasi untuk setiap organisasi dengan Awan Keselamatan Data (Data Security Cloud), penyelesaian pertama dan satu-satunya berasaskan SaaS yang berskala besar dalam industri. Pelanggan boleh memudahkan perlindungan data, memperkemas tadbir urus data dan mendapatkan keterlihatan dan cerapan data secara radikal sambil mempercepat penerimagunaan awan. Druva merintis pendekatan berasaskan SaaS bagi menghapuskan infrastruktur kompleks dan kos pengurusan berkaitan, serta menyampaikan keselamatan data melalui platform tunggal yang merangkumi pelbagai geografi dan awan. Druva dipercayai oleh ribuan perusahaan untuk menjadikan data lebih bingkas dan mempercepat perjalanan data tersebut ke awan. Kunjungi druva.com dan ikuti kami di LinkedInX (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) dan Facebook.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

Alex Cardenas
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran
Druva Inc.
1-888-821-0592
alex.cardenas@druva.com
 
Sumber: Druva

--BERNAMA

Tuesday, May 14, 2024

ANESSA MELANCARKAN "PROJEK SINARAN MATAHARI ANESSA" DI 12 NEGARA/RANTAU ASIA UNTUK MENYOKONG KESEJAHTERAAN HOLISTIK KANAK-KANAK

(Grafik: Business Wire)

TOKYO, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ANESSA, jenama pelindung matahari No. 1 di Asia¹ oleh Shiseido, dengan bangga memperkenalkan Projek Sinaran Matahari ANESSA, yang bertujuan megembangkan kesejahteraan holistik kanak-kanak melalui pendedahan kepada cahaya matahari secara selamat. Projek ini yang bermula dari Jepun akan merangkumi 12 negara/rantau Asia di mana produk ANESSA dijual, iaitu China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Matlamat syarikat ialah untuk terus melibatkan lebih 300,000 kanak-kanak secara kumulatif, termasuk inisiatif lain yang berkaitan, menjelang tahun 2030.

Berdasarkan prinsip “Free to Shine: Menikmati Sinaran Matahari tanpa batasan” ANESSA, projek tersebut akan merangkumi tiga aktiviti utama yang bertujuan memupuk kesejahteraan hidup kanak-kanak melalui aktiviti sihat di bawah matahari:
 
· Penyertaan kanak-kanak dalam acara khas
ANESSA akan menganjurkan acara khas yang menggalakkan kesejahteraan holistik kanak-kanak melalui permainan spontan di luar.

· Pendidikan UV
ANESSA akan terus menyediakan peluang mengajar tentang perlindungan UV kepada para sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa supaya kanak-kanak lebih digalakkan meluangkan masa di luar bawah sinaran matahari demi kesihatan diri.

· Sokongan untuk pesakit xeroderma pigmentosum (XP).
ANESSA akan terus menawarkan produk pelindung matahari serta sokongan kewangan kepada penghidap XP, penyakit genetik tanpa ubat yang menghalang pesakit daripada pendedahan kepada cahaya matahari UV.

Selain itu, video mengenai manfaat bermain di luar terhadap kesihatan kanak-kanak kini boleh didapati di saluran YouTube Shiseido (https://youtu.be/TEJ3XblARQ8). Video tersebut memaparkan ibu bapa dari kawasan bandar China, Jepun, Thailand dan Vietnam mencerita tentang masa bermain di luar yang sudah terhad untuk kanak-kanak kini, dan Profesor Akira Maehashi, M.D., Fakulti Sains Manusia di Universiti Waseda, pakar kesihatan kanak-kanak, menjelaskan bagaimana bermain di luar dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan mengasah kemahiran mereka.
 
ANESSA merupakan pakar perlindungan matahari selama lebih 30 tahun. Menurut Chiaki Tomita, Ketua Pegawai Jenama bagi Jenama Premium Global di Shiseido: “Di bawah prinsip 'Bebas untuk Bersinar' ANESSA, kami bermula memberi sokongan khas untuk penghidap xeroderma pigmentosum (XP) pada tahun 2004, kemudian dari tahun 2018 kami memulakan inisiatif pendidikan sinaran UV serta kepentingan pelindung matahari melalui kerjasama prasekolah dan sekolah rendah di Jepun . Kami berharap untuk mengembangkan usaha ini melalui Projek Sinaran Matahari ANESSA lalu menggalakkan kanak-kanak supaya bermain di luar rumah demi menikmati maanfat holistik.”

ANESSA dicipta untuk menyediakan perlindungan UV yang membolehkan kalangan ramai menikmati manfaat sinaran matahari, iaitu sumber tenaga utama dalam hidup. Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan bahawa kanak-kanak dan remaja berumur antara 5 dan 17 tahun melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 7 jam seminggu)², jumlah masa sebenar yang diluangkan luar rumah semakin menurun dalam masyarakat moden. Tinjauan³ yang dijalankan oleh ANESSA di kawasan bandar Jepun, China, Vietnam dan Thailand mendapat bahawa kurang daripada 50% kanak-kanak di rantau ini bermain di luar rumah sekurang 7 jam seminggu. Menurut Profesor Akira Maehashi, M.D., bermain di luar menggalakkan pertumbuhan fizikal, emosi, sosial, intelektual dan rohani yang seimbang, menguatkan sistem saraf autonomi dan merangsangkan inspirasi dan kespontanan, yang kesemuanya penting untuk kesihatan selama hidup individu.

Projek Sinaran Matahari ANESSA akan terus menangani keperluan yang meningkat ini dengan bantuan perkembangan kesejahteraan holistik kanak-kanak melalui aktiviti bawah sinaran matahari.

Maklumat Tentang ANESSA

Jenama pakar pelindungan matahari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1992. Bukan sekadar pelindung matahari, ANESSA membantu kalangan ramai menikmati Sinaran Matahari tanpa batasan. Rangkaian produk ANESSA menggunakan formula berdasarkan teknologi perlindungan UV termaju demi penjagaan kulit agar sentiasa sihat, dari masa sekarang sehingga masa hadapan. Kedudukan No.1 dalam jualan di Asia, sebagai jenama global pelindung matahari, ANESSA dijual di 12 negara dan rantau Asia.

Laman web & akaun media sosial ANESSA di dunia
https://www.anessa.id/
https://www.instagram.com/anessa_official_indonesia/
 
1 Euromonitor, Kecantikan dan Penjagaan Peribadi edisi 2024, jualan nilai runcit, data 2023. Asia mengikut definisi Asia Pasifik Euromonitor.
2 Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari (https://iris.who.int/handle/10665/336656)
3 Tinjauan dalam talian ANESSA tentang permainan luar kanak-kanak, menyasarkan ibu bapa di Tokyo, Shanghai, Ho Chi Minh City dan Bangkok (100 responden di setiap bandar) dari 15 Februari hingga 1 Mac 2024

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53976105/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: AnessaPR@webershandwick.com
 
Sumber: ANESSA

--BERNAMA

YARA CLEAN AMMONIA DAN AM GREEN (SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI GREENKO ZEROC) MENANDATANGANI PERJANJIAN PELABURAN TAK TERIKAT UNTUK PENJUALAN AMMONIA BOLEH BAHARU DARI INDIA KE PASARAN GLOBAL YARA CLEAN AMMONIA

Kemudahan pengeluaran ammonia dan infrastruktur pelabuhan di pantai Timur India (Foto: Business Wire)

 OSLO, Norway & HYDERABAD, India, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yara Clean Ammonia, pedagang dan pengedar ammonia terbesar di dunia dan Greenko ZeroC, cabang pengeluaran ammonia hijau AM Green yang berpangkalan di India, menandatangani perjanjian pelaburan tak terikat untuk pembekalan ammonia boleh baharu dari Fasa 1 kemudahan pengeluaran ammonia AM Green di Kakinada, India.


Perjanjian pelaburan tak terikat ini dan perjanjian dagangan seterusnya meliputi bekalan jangka panjang sehingga 50% ammonia boleh baharu dari Fasa 1 kemudahan pengeluaran ammonia AM Green di Kakinada. Kilang itu akan mengeluarkan dan mengeksport ammonia boleh baharu yang diperoleh daripada tenaga bebas karbon sepanjang masa menjelang tahun 2027.

Ammonia boleh baharu dan bahan api mampan lain dari platform AM Green, akan mematuhi keperluan EU RFNBO dan Arahan Tenaga Boleh Baharu. Bagi Yara Clean Ammonia, bekalan ammonia boleh baharu akan menyumbang kepada pengeluaran baja rendah pelepasan dan untuk menyahkarbon industri lain seperti perkapalan, kuasa dan sebagainya.

Mahesh Kolli, Presiden AM Green berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Yara Clean Ammonia untuk memacu transformasi pelbagai industri dan beberapa ekonomi OECD. Tumpuan berterusan kepada inovasi digabungkan dengan pelaksanaan mengukuhkan kedudukan peneraju AM Green sebagai platform penyelesaian peralihan tenaga bersih global untuk molekul hijau kos rendah seperti hidrogen, ammonia, bahan api dan bahan kimia lain.”

Hans Olav Raen, Ketua Pegawai Eksekutif Yara Clean Ammonia berkata, “Projek AM Green Kakinada mengembangkan portfolio ammonia kami yang dikeluarkan dengan menggunakan tenaga boleh baharu dan menyatukan kedudukan Yara Clean Ammonia sebagai pembekal ammonia rendah pelepasan yang andal kepada pasaran yang sudah bertapak dan baharu muncul seperti pengeluaran baja, pemecahan ammonia bersih kepada hidrogen, bahan api perkapalan, penjanaan kuasa dan penggunaan perindustrian yang lain.”

Maklumat Tentang Yara Clean Ammonia

Yara Clean Ammonia ditempatkan secara unik untuk mengaktifkan ekonomi hidrogen dalam pasaran yang dijangka berkembang dengan ketara sepanjang beberapa dekad akan datang. Kami menyasar untuk mengukuhkan kedudukan teratas kami pada peringkat global sebagai pengedar ammonia terbesar di dunia, membuka rantaian nilai hijau dan biru, serta memacu pembangunan ammonia bersih secara global.

Membina pengalaman utama Yara dalam pengeluaran, logistik dan perdagangan ammonia global, Yara Clean Ammonia berusaha ke arah merebut peluang pertumbuhan dalam bahan api rendah pelepasan untuk perkapalan dan kuasa, pengeluaran makanan bebas karbon dan ammonia untuk penggunaan perindustrian.

Yara Clean Ammonia mengendalikan rangkaian ammonia global terbesar dengan 15 kapal dan mempunyai, melalui Yara, akses kepada 18 terminal ammonia dan berbilang tapak pengeluaran dan penggunaan ammonia di seluruh dunia. Hasil dan EBITDA untuk Tahun Kewangan (TK) 2023 masing-masing ialah USD 1.9 bilion dan USD 101 juta. Yara Clean Ammonia beribu pejabat di Oslo, Norway.

www.yaracleanammonia.com

Maklumat Tentang AM Green

AM Green, diperbadankan oleh pengasas Greenko Group yang berpangkalan di Hyderabad - Anil Chalamalasetty dan Mahesh Kolli, ialah satu daripada penyedia penyelesaian peralihan tenaga terkemuka di India. AM Green memanfaatkan rekod prestasi keusahawanan dalam merintis teknologi dan laluan baharu untuk membentuk masa depan tenaga. Kami menyasar untuk menjadi satu daripada pengeluar hidrogen hijau, ammonia hijau dan molekul hijau lain yang paling berdaya saing dari segi kos di dunia.

AM Green sedang membangunkan satu daripada platform ammonia hijau terbesar di dunia bermula dengan 1 juta tan kapasiti pengeluaran di Kakinada dalam dua fasa dan meningkatkan kapasiti kepada 5 juta tan ammonia hijau setahun menjelang tahun 2030 – bersamaan dengan 1 juta tan hidrogen setahun.

Di India, AM Green sedang membangunkan keupayaan pengeluaran untuk molekul hijau (hidrogen hijau, ammonia hijau, biobahan api, e-metanol, bahan api penerbangan mampan dan pelbagai bahan kimia hilir yang bernilai tinggi) untuk penyahkarbonan dalam industri yang sukar dihentikan. Usaha niaga itu juga akan menubuhkan perniagaan boleh baharu dan storan antarabangsa dan usaha sama (JV) untuk membuat alat elektrolisis dengan John Cockerill dari Belgium.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53983983/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Untuk AM Green, perhubungan media:
Suheil Imtiaz
Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam & Komunikasi Strategik
E-mel: suheil.m@amgreen.com
Nombor telefon bimbit: + 91 94401 59289

Untuk Yara Clean Ammonia, perhubungan media
Hilde Steinfeld
Pengarah Komunikasi
E-mel: hilde.steinfeld@yara.com
Nombor telefon bimbit: +47 99 35 30 30
 
Sumber: Yara Clean Ammonia dan AM Green

--BERNAMA

HOSPITAL PAKAR & PUSAT PENYELIDIKAN RAJA FAISAL MENERAJUI TRANSFORMASI SEKTOR KESIHATAN DI ARAB SAUDI

RIYADH, Arab Saudi, 13 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Universiti Harvard -- Lapan tahun ke arah Wawasan 2030, Arab Saudi telah mengorak langkah yang besar dengan inovasi digital dan akses dipertingkatkan untuk penjagaan kesihatan berkualiti. Pelaburan strategik dalam infrastruktur, teknologi dan bakat telah menghasilkan kemajuan yang merevolusikan penjagaan pesakit dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan tempatan. Usaha-usaha ini telah menambah purata jangka hayat dengan ketara, mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kesejahteraan secara menyeluruh di negara itu.

Tumpuan bagi pencapaian ini, Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) yang terkenal dengan penjagaan dan rawatan khusus merentas bidang kritikal seperti onkologi, kardiologi, pemindahan organ dan genetik telah menjadi peneraju dalam penjagaan pesakit khusus, yang memimpin ke arah masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk negara itu. Menerusi komitmennya untuk merintis inisiatif kesihatan digital, program pendidikan komprehensif dan usaha penyelidikan baharu, hospital tersebut telah membentuk semula landskap tempatan dan menetapkan standard baharu untuk keberkesanan dan kebolehcapaian.

Dalam era yang ditakrifkan oleh pencapaian teknologi dan dengan galakan negara tersebut ke arah pendigitalan, KFSH&RC berada di barisan hadapan penyepaduan kesihatan digital berbanding hospital setara lain, menggunakan perkhidmatan teleperubatan canggih, perundingan maya dan alat dipacu AI seperti Sistem AI ANFAL yang mengubah penyembuhan pesakit melalui cerapan prediktif dan penjagaan diperibadikan yang memastikan hasil terbaik bagi kepuasan pesakit.

Inisiatif kesihatan digital KFSH&RC juga termasuk menghadapi ancaman kesihatan yang lebih meluas menerusi teknologi seperti Penjujukan Genom Keseluruhan (WGS) dan Terapi Radiasi Lanjutan. Hospital itu juga telah menerajui pemindahan organ dengan melakukan pemindahan hati menggunakan robot sepenuhnya yang pertama di dunia dan memperkenalkan inovasi seperti Injap Pulmonari Transkateter Harmoni (TPV) di rantau itu yang meningkatkan penyembuhan dan menjadikan pengalaman pesakit lebih selesa. Teknologi-teknologi ini melancarkan pelan rawatan diperibadikan dan menjadikan diagnostik perubatan lebih tepat dan pantas, yang menyumbang secara signifikan kepada peningkatan standard penjagaan pesakit dan infrastruktur penjagaan kesihatan teguh dan mapan, selaras dengan objektif Program Transformasi Sektor Kesihatan.

KFSH&RC terus melangkaui batasan penyelidikan perubatan, menangani cabaran kesihatan yang mendesak dan menyumbang kepada landskap kesihatan awam Arab Saudi dengan penemuan seperti gen PfAP2-MRP yang penting untuk rawatan malaria dan pengecaman strain bakteria Riyadhensis baharu. Penemuan-penemuan ini bukan sahaja meningkatkan ketepatan diagnosis, malah memudahkan pencegahan awal, memastikan sokongan pesakit yang berkesan dan tepat pada masanya, selaras dengan objektif negara untuk mengurangkan penyakit kronik yang tersebar luas.

Usaha-usaha komprehensif ini disokong oleh inisiatif pendidikan teguh KFSH&RC yang menyediakan generasi profesional perubatan seterusnya melalui program latihan dan kerjasama antarabangsa.

Hospital itu juga diiktiraf oleh ‘Brand Finance’ pada tahun 2024 sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai di Arab Saudi dan Timur Tengah untuk tahun kedua berturut-turut, yang menempatkannya di kedudukan kesembilan di Arab Saudi dan ke-28 di Timur Tengah. Selain itu, KFSH&RC menyerlah sebagai satu-satunya hospital di dunia yang diiktiraf sebagai jenama sepuluh teratas paling bernilai negaranya.

Perihal Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC):

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) berdiri sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Timur Tengah, dijangka bakal menjadi pilihan optimum bagi setiap pesakit yang mencari penjagaan kesihatan khusus. Hospital ini gah dengan sejarah merawat kanser, penyakit kardiovaskular, pemindahan organ, neurosains dan genetik.

Pada tahun 2024, "Brand Finance" menarafkan Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal sebagai pusat perubatan akademik teratas di Timur Tengah dan Afrika serta antara 20 teratas secara global untuk tahun kedua berturut-turut. Selain itu, pada tahun 2024, ia diiktiraf sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan global terkemuka oleh majalah Newsweek.

Sebagai sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030, dekri diraja telah dikeluarkan pada 21 Disember 2021 untuk menukarkan hospital tersebut menjadi entiti milikan kerajaan yang bebas dan tanpa untung, justeru merintis haluan kepada program transformasi komprehensif yang bertujuan untuk mencapai teraju global dalam penjagaan kesihatan menerusi kecemerlangan dan inovasi. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18139

Monday, May 13, 2024

KFSH&RC BERUSAHA MERINTIS DALAM MEMAKSIMUMKAN NILAI PERBELANJAAN PENJAGAAN KESIHATAN




Dr. Al Fayyadh di Harvard: Kami Memanfaatkan Teknologi untuk Menangani Cabaran Kesihatan Global 


RIYADH, Arab Saudi, 13 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dr. Majid Al Fayyadh, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) menyertai Persidangan Kreatif Teluk (GCC) 2024 di Harvard. Acara itu, GCC di Harvard, dianjurkan oleh The Diwan, sebuah organisasi yang dikendalikan oleh pelajar siswazah di Universiti Harvard. Dalam ucapannya, Dr. Al Fayyadh menunjukkan perjalanan KFSH&RC sejak penubuhannya di Riyadh selama hampir lima dekad yang lalu, menyerlahkan cara mereka mengurangkan dengan ketara keperluan pesakit ke luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan. KFSH&RC telah berkembang menjadi penyedia utama perkhidmatan penjagaan kesihatan tertiari dan hari ini menawarkan rawatan termaju untuk penyakit jantung, tumor, pemindahan organ dan gangguan genetik.

Dr. Al Fayyadh membincangkan transformasi KFSH&RC yang menjadi sebuah yayasan bebas tanpa keuntungan. Menurut beliau, langkah ini, sejajar dengan visi strategik organisasi untuk menjadi peneraju inovasi penjagaan kesihatan global, menekankan kecemerlangan, inovasi dan pelaburan dalam teknologi termaju untuk menangani cabaran kesihatan global.

"Kepimpinan Saudi telah menggariskan visi yang jelas untuk KFSH&RC yang dimandatkan oleh titah diraja yang mengubah hospital menjadi sebuah yayasan Sui Generis bebas, bukan untung," kata Tuan Yang Terutama, Dr. Al Fayyadh.

Beliau seterusnya menekankan bahawa transformasi ini bertujuan untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan global melalui peningkatan kebebasan dan fleksibiliti. Anjakan ini akan membolehkan KSFH&RC mengoptimumkan perkhidmatan sedia ada, mengejar peluang baharu dan mengarahkan sumber ke arah inisiatif yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan manusia di dalam Kerajaan dan pada peringkat antarabangsa. Akhirnya, langkah ini mengukuhkan dedikasi KFSH&RC terhadap kecemerlangan berpusatkan pesakit.

Dr. Al Fayyadh menegaskan bahawa KFSH&RC membayangkan dirinya sebagai peneraju dalam memaksimumkan nilai perbelanjaan penjagaan kesihatan, mematuhi amalan berasaskan bukti untuk memastikan hasil pesakit yang optimum. Hospital tersebut bertujuan untuk kekal berada di barisan hadapan dalam inovasi penjagaan kesihatan global, dengan inisiatif yang direka untuk meningkatkan ekuiti kesihatan dan akses di seluruh dunia. Untuk mencapai matlamat ini, KFSH&RC akan terus melabur dalam kemudahan perubatan termaju, peralatan diagnostik termaju dan teknologi rawatan terkini. Membina kemajuan sedia ada dalam bidang seperti terapi sel CAR T, pembedahan robotik, pemindahan organ dan perubatan diperibadikan, institusi itu menyasarkan untuk mencapai daya saing global. Ini akan terus disokong dengan memupuk tenaga kerja yang luar biasa, memburu penemuan berkaliber Hadiah Nobel dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa yang strategik.

Dr. Al Fayyadh menyertai perbincangan panel yang memberi tumpuan terhadap perubahan landskap sektor penjagaan kesihatan dan hasil positif daripada transformasi berterusan KFSH&RC dalam penjagaan pesakit. Beliau juga menangani cabaran semasa dan menjangkakan perkembangan masa depan dalam sektor penjagaan kesihatan dan menekankan kesan mendalam inovasi hospital terhadap kemajuan penjagaan kesihatan global. Selain itu, Dr. Al Fayyadh menekankan peranan berkesan bagi inisiatif transformasi hospital dalam menyelaraskan dengan objektif Program Transformasi Sektor Kesihatan dan Visi Saudi 2030.

KFSH&RC diiktiraf sebagai salah sebuah institusi global terkemuka yang menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berfungsi sebagai hab penyelidikan dan pendidikan perubatan termaju. Hospital tersebut bertujuan untuk membangunkan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia, membina perkongsian dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka untuk menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia dalam bidang klinikal, penyelidikan dan pendidikan.

Untuk tahun kedua berturut-turut, KFSH&RC telah mengekalkan status mereka sebagai institusi terkemuka dalam Kerajaan dan menduduki tempat ke-20 pada peringkat global dalam kalangan 250 pusat perubatan akademik terkemuka di seluruh dunia. Hospital itu juga diiktiraf sebagai jenama penjagaan kesihatan paling berharga di Kerajaan dan Timur Tengah pada tahun 2024, menurut Brand Finance dan disenaraikan antara 250 hospital terbaik dunia oleh Majalah Newsweek. 


Perihal Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal:

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal berdiri dalam kalangan peneraju global dalam menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berkhidmat sebagai hab penyelidikan dan pendidikan bagi perubatan termaju. Melalui perkongsian strategik dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka, hospital ini berdedikasi untuk memajukan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Hospital itu telah menjamin kedudukannya sebagai jenama terkemuka dalam sektor penjagaan kesihatan di seluruh Kerajaan dan Timur Tengah, menandakan tahun kedua berturut-turut sebagai jenama penjagaan kesihatan paling bernilai. Ia berada di kedudukan ke-9 dalam Kerajaan dan ke-28 di Timur Tengah. Hospital itu membezakan dirinya sebagai satu-satunya hospital di seluruh dunia yang menerobos ke dalam 10 jenama terbaik di negaranya, seperti yang diserlahkan dalam dua laporan oleh "Brand Finance" mengenai 50 jenama paling bernilai di Arab Saudi dan 150 jenama paling bernilai di Timur Tengah pada tahun 2024.

Disebabkan oleh program transformasi dan Wawasan Kerajaan 2030, yang dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota dan Perdana Menteri - semoga Tuhan melindungi baginda - untuk meningkatkan kepimpinan Kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan global, KFSH&RC telah muncul sebagai Pusat Perubatan Akademik terkemuka di Timur Tengah dan Afrika. Hospital tersebut mengekalkan kedudukan ke-20 di seluruh dunia untuk tahun kedua berturut-turut pada tahun 2024, menurut "Brand Finance." Selain itu, hospital itu telah disenaraikan di antara 250 hospital terbaik di dunia pada tahun 2024 oleh majalah Amerika "Newsweek."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Essam AlZahrani, Pemangku Ketua Hal Ehwal Media, 0555254429

En. Abdullah Alown, Pegawai Penyelaras Media, 0556294232

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d9d0ed27-fa87-49ac-b72b-ccf5b5843637
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/682fadee-20a5-4328-bf00-e036bc3350fd  
 

SUMBER : King Faisal Specialist Hospital & Research Centre

Saturday, May 11, 2024

LTA SINGAPURA RANCANG MASA DEPAN BERSAMA TEKNOLOGI PENGURUSAN FLIT BERASASKAN AWAN DARIPADA TRAPEZE GROUP

SINGAPURA, 10 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perkhidmatan pengangkutan awam terkemuka dunia yang disampaikan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura akan dipertingkatkan oleh Sistem Pengurusan Flit Bas (BFMS) berasaskan awan yang dilaksanakan oleh Konsortium Trapeze Group-ST Engineering.

Konsortium itu berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Flit Berpusat yang telah menyokong flit bas Singapura sejak tahun 2014 dan kini menyelia kira-kira 5,800 buah bas di seluruh empat operator pengangkutan awam. Di bawah perjanjian baharu itu, konsortium itu akan beralih kepada penyelesaian francais generasi akan datang. Perisian pengurusan flit terkini Trapeze dan perkakasan dalam kenderaan membolehkan LTA dan pengendali mereka terus menyampaikan perjalanan yang terhubung dan boleh dipercayai oleh penduduk dan pelancong Singapura.

Frank Hesse, Pengarah Urusan ASEAN Trapeze Group, berkata pengalaman Trapeze sebagai penyedia teknologi ITS yang mantap kepada LTA boleh menyelaraskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Flit Bas.

“Saya gembira LTA dapat meneruskan hubungan jangka panjangnya dengan konsortium Kejuruteraan Trapeze Group-ST, yang memberi kuasa kepada pengalaman pengangkutan awam yang luar biasa untuk orang yang tinggal di Singapura atau melawat Singapura,” kata Encik Hesse.

“Trapeze bangga dengan perkhidmatan dan kepakaran di peringkat yang tinggi yang kami sediakan kepada LTA sepanjang dekad yang lalu dan saya berharap untuk mencapai tahap baharu bersama pihak LTA pada tahun-tahun yang akan datang sambil kami membantu LTA Singapura menyampaikan wawasan 2040nya.”

Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Trapeze merupakan komponen teras BFMS LTA, dibina di atas seni bina perisian berasaskan awan masa nyata dengan API terbuka dan bahagian hadapan WebGUI yang baharu. Dengan memindahkan sistem LTA kepada Awan Komersial Kerajaan, penyelesaian Trapeze boleh meningkatkan produktiviti pengawal perkhidmatan bas sambil mengekalkan tahap keselamatan siber yang tinggi.

Sistem Trapeze baharu menggunakan fungsi analitik yang dipertingkatkan untuk terus mengoptimumkan model dan menghasilkan ramalan masa ketibaan bas yang lebih tepat. Penyelesaian Perisikan Perniagaan Trapeze juga membolehkan pengguna perniagaan membuat laporan tentang hasil utama dengan cara yang lebih fleksibel dan dinamik.

Sistem dalam kenderaan generasi baharu, diperakui mencapai spesifikasi ITxPT peneraju industri, akan dipasang pada semua bas di seluruh rangkaian Singapura. Perkakasan inovatif ini, pada platform OS Linux, menetapkan standard baharu dalam kuasa pemprosesan, kadar penghantaran data dan ketepatan lokasi bagi LTA. Paling penting, ini meningkatkan kebolehoperasian antara sistem dalam kenderaan, menunjukkan komitmen LTA terhadap perkhidmatan bas yang progresif dan kalis masa hadapan.

Penyelesaian itu juga menyokong pelancaran flit bas EV semasa Singapura dengan pemantauan aset EV melalui penyepaduan yang lancar dengan teknologi terbina dalam dan platform infrastruktur pengecasan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian teknologi ITS Kumpulan Trapeze sila lawati laman web kami di sini atau hubungi kami untuk memulakan perbualan.

Maklumat Trapeze Group

Kumpulan Trapeze menyediakan penyelesaian teknologi perusahaan yang dibina khusus untuk pengangkutan awam, dengan sejarah 50 tahun bekerja bersama pihak berkuasa pengangkutan awam dan operator di seluruh dunia untuk menyampaikan nilai dan hasil jangka masa panjang. Trapeze mempunyai rangkaian penyelesaian Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang menjadikan pengurusan rangkaian pengangkutan trem, rel ringan, feri dan bas lebih berkesan dan berkuasa. Teknologi ITS ini membolehkan pihak berkuasa merancang, menjadualkan, mengendalikan dan menganalisis rangkaian pelbagai mod mereka dengan berkesan dan mengubah cara perkhidmatan disampaikan, meningkatkan pengalaman penumpang. Pakar industri ITS kami yang khusus menawarkan sokongan setempat hujung ke hujung yang disokong oleh teknologi global yang terbukti di bandar utama seperti Zurich, Freiburg, Riyadh dan Melbourne yang menunjukkan kami 'di sini untuk perjalanan'. Trapeze adalah sebahagian daripada Kumpulan Modaxo, sebuah kolektif global bagi syarikat teknologi yang bersungguh-sungguh untuk mengubah wajah pengangkutan awam. Ketahui lebih lanjut di sini

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18128

APO MENJALINKAN INISIATIF STRATEGIK DAN PERKONGSIAN GLOBAL UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI




TOKYO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) menegaskan semula komitmen untuk menangani cabaran produktiviti yang mendesak dengan pengumuman beberapa inisiatif strategik dan perkongsian. Ikhtiar ini memanfaatkan kepakaran global dan usaha kerjasama dalam meningkatkan produktiviti dan memacu pertumbuhan mampan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Dalam kerjasama penting baru-baru ini, APO berganding bahu dengan Institut Européen d'Administration des Affaires (INSEAD) yang berprestij untuk merasmikan program kepimpinan eksekutif intensif yang disesuaikan untuk Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan (NPO). Program tersebut diadakan dari 29 April hingga 3 Mei 2024 di kampus Eropah INSEAD di Fontainebleau, Perancis, serta telah dihadiri oleh 12 pegawai eksekutif yang mengetuai NPO masing-masing di bawah bimbingan lapan pemimpin dan pengamal global yang berwibawa. Tokoh terkenal termasuk Alexandra Roulet, bekas penasihat kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Philippe Aghion, pengasas teori pertumbuhan baharu, yang menangani cabaran produktiviti baharu muncul dan metodologi strategik untuk penyelesaian perkara tersebut, dengan tumpuan kepada kemakmuran melalui inovasi teknologi.

Ucapan sulung Setiausaha Agung APO Dr. Indra Pradana Singawinata pada permulaan program menegaskan keperluan kritikal bagi Asia Pasifik untuk menangani cabaran produktiviti dengan daya tahan dan inovasi. Rangka kerja kepimpinan menerima guna perspektif berteraskan perniagaan untuk merumuskan inisiatif bagi produktiviti mampan dan pertumbuhan terangkum. Pemimpin NPO yang menyertai akan memuktamadkan cadangan inisiatif produktiviti mereka dalam masa tiga bulan di bawah bimbingan dan pemudahan Profesor Philip Parker dari INSEAD.

Mesyuarat strategik antara Setiausaha Agung APO, Dr. Indra dan Setiausaha Agung Mathias Cormann dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah diadakan pada 1 Mei di Paris. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh pegawai OECD lain seperti Andreas Schaal, Pengarah, Direktorat Perhubungan dan Kerjasama Global; Paul Schreyer, Pengarah, Direktorat Statistik dan Data; dan Thomas Schnöll, Timbalan Ketua Staf berpusatkan pada kerjasama yang lebih mendalam mengenai peningkatan produktiviti, kelestarian dan inovasi. Ini menandakan satu langkah penting dalam membaharui kerjasama antara APO dan OECD, secara khususnya dalam meneruskan projek pengukuran dan statistik produktiviti bersama.

Membina keanggotaan dalam Forum Global mengenai Produktiviti (GFP) OECD sejak tahun 2020, APO mengukuhkan komitmen dengan pengurusan GFP pada 2 Mei bertujuan meningkatkan kapasiti anggota APO dalam analisis produktiviti dan penggubalan dasar. Kedua-dua pihak menegaskan semula komitmen untuk menggunakan GFP sebagai platform bagi pertukaran dasar dan kerjasama penyelidikan.

Siri keterlibatan peringkat tinggi berkesudahan dengan perbincangan yang produktif antara Setiausaha Agung Dr. Indra dan Pelapor Am Majlis Kebangsaan bagi Produktiviti Perancis, Alain Durre, pada 3 Mei. Mereka meneroka jalan untuk kerjasama, termasuk mengukuhkan projek perundingan dasar dan memudahkan pertukaran penyelidikan produktiviti.

Inisiatif dan perkongsian strategik ini menekankan dedikasi APO untuk melengkapkan anggota pertubuhan dengan alatan dan kepakaran bagi menangani cabaran produktiviti yang kompleks, memacu pembangunan mampan dan kemakmuran di seluruh rantau Asia Pasifik.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53978778/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18129

Thursday, May 9, 2024

BILLUPS BERKEMBANG KE AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND DENGAN PENGAMBILALIHAN BILLIE MEDIA

Ini ialah Pengembangan Global Keempat Peneraju Luar Rumah sejak bulan September 2023

NEW YORK, 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Billups, agensi perkhidmatan terurus Luar Rumah (OOH) global yang membantu pengiklan dan agensi mengukuhkan prestasi media melalui platform analisis dan pengukuran yang dipatenkan, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan Billie Media, agensi pakar OOH yang berpangkalan di New Zealand. Ini berikutan pengambilalihan OutsightTAC Media dan OOH Labs oleh Billups, kesemuanya sejak bulan September 2023.

"Pasaran Luar Rumah Australia dan New Zealand ialah peluang pengiklanan mempunyai nilai berbilion dolar," kata Benjamin Billups, Pengasas Bersama Billups. “Permintaan pelanggan telah mendorong pengembangan utama kami sepanjang tahun lalu dan mereka mempercayai Billups mempunyai pasukan dan teknologi untuk memberikan Pulangan Pelaburan (ROI). Tumpuan setempatan teras Billie Media kepada kepakaran, data dan teknologi akan membantu meningkatkan janji kami kepada pengiklan untuk pendekatan tertumpu kepada penyelesaian, berpusat dan bertanggungjawab untuk memacu keterlibatan dan nilai melalui pengalaman Luar Rumah.”

Ditubuhkan di Auckland pada tahun 2021, Billie Media ialah peneraju dalam penyelesaian media luar di seluruh Australia dan New Zealand. Agensi tersebut telah membangunkan teknologi dalaman yang dianggap baik, pengoptimuman kreatif dan penyelesaian pengukuran. Di samping itu, Billie Media telah mengurus dan melaksanakan pengaktifan Luar Rumah statik dan digital untuk rekod jenama tempatan dan global.

“Teknologi, inovasi dan ketelusan sedang meningkatkan keterlibatan dan peluang dalam Luar Rumah,” kata Ben Poole, Pengarah dan Pengasas Bersama, Billie Media. “Pelanggan kami akan mendapat manfaat luar biasa daripada tawaran global terpusat yang dibawa oleh Billups ke Australia dan New Zealand. Bersama sokongan rakan kongsi peneraju pasaran merentasi sempadan, kami boleh memberikan keyakinan, nilai dan kebertanggungjawaban kepada pengiklan dalam membeli media OOH di mana-mana sahaja pelanggan mereka berada.”.

Pengambilalihan ini membawakan rangkaian lengkap penyelesaian dan perkhidmatan Luar Rumah Billups ke pasaran ANZ untuk kali pertama. Bermula pada bulan September 2023, syarikat itu mengambil alih agensi di Belgium, Kanada dan Malaysia. Pengembangan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelanggan global dan tempatan yang mendapat manfaat daripada skala platform penyasaran, pengukuran dan pengoptimuman Billups yang dipertingkat.

Maklumat Tentang Billups

Billups mencipta semula perancangan dan penempatan Luar Rumah untuk kesesuaian prestasi. Menggabungkan seni dan sains, Billups menerajui industri dengan penyasaran saintifik yang dipatenkan, pengukuran Luar Rumah yang tepat dan enjin pengesyoran dikuasakan AI. Billups menyokong pengiklan, agensi dan pemilik media melalui perkhidmatan dan teknologi platform yang menjadikan Luar Rumah (Out-of-Home) sebagai berautomatik dan boleh dikaitkan sebagai iklan digital paling berkesan. Kunjungi kami di www.billups.com.

Maklumat Tentang Billie Media

Ditubuhkan pada tahun 2021, Billie Media ialah agensi pakar Luar Rumah yang berpangkalan di New Zealand. Memanfaatkan inovasi saluran, kepakaran tempatan, teknologi dan data, serta output kreatif, Billie Media menyediakan penyelesaian luar yang dipertingkat untuk jenama tempatan dan antarabangsa.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18124