Wednesday, May 15, 2024

DRUVA DAN NEXTGEN GROUP MEMPERLUAS PERJANJIAN PERKONGSIAN

Kini, Perlindungan Data SaaS Moden Tersedia di Malaysia dan Singapura

SANTA CLARA, Calif., 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Druva, platform SaaS pertama dan satu-satunya yang berskala besar untuk keselamatan data, pada hari ini mengumumkan bahawa perkongsian strategik dengan NEXTGEN Group, syarikat pengedaran dan perkhidmatan IT terkemuka, telah diperluas bagi merangkumi Malaysia dan Singapura. Tawaran yang diperluas ini dibina berdasarkan penyelesaian perlindungan data bertaraf dunia yang ditawarkan kepada perniagaan di seluruh Australia, New Zealand dan Filipina.

“Keselamatan data adalah amat penting untuk organisasi di seluruh dunia,” kata Ian Parslow, Pengarah Kanan Rakan Kongsi dan Pengedaran di Druva. “Perluasan perkongsian kami dengan NEXTGEN Group yang bertujuan merangkumi rantau ASEAN adalah langkah penting bagi Druva sambil kami terus mengembangkan ekosistem rakan kongsi global kami untuk memberikan lebih keyakinan kepada perniagaan yang ingin mengukuhkan strategi keselamatan dan kebingkasan data masing-masing.”

Perkongsian yang diperluas itu termasuk keupayaan untuk pelanggan bersama memanfaatkan teknologi perlindungan data yang menambah baik kebingkasan siber dan memperkemas tadbir urus serta cerapan data masing-masing dalam skala lebih besar. Druva menawarkan satu-satunya platform berasaskan SaaS yang berskala besar bagi keselamatan data, menghapuskan keperluan untuk perkakasan, perisian dan penyelenggaraan, membebaskan sumber pelanggan untuk digunakan kepada projek yang lebih kritikal dan meningkatkan keseluruhan kebingkasan siber perniagaan.

Wendy O’Keeffe, Naib Presiden Eksekutif Asia untuk NEXTGEN berkata, “Pasukan kami di Malaysia dan Singapura dengan penuh minat menjangkakan peluang memacu pertumbuhan pasaran selanjutnya untuk Druva. Memandangkan pelanggan semakin mencari penyelesaian yang diperkemas untuk keselamatan data melalui platform tunggal, maka platform Druva berasaskan SaaS yang dipercayai dan berinovatif lebih menonjol sebagai tambahan berguna kepada portfolio kami. Ini akan membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan yang terdiri daripada perniagaan kecil dan sederhana kepada perusahaan.”

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian Druva dan NEXTGEN, sila kunjungi: https://nextgen.group/vendors/druva-1

Maklumat Tentang NEXTGEN Group

NEXTGEN Group ialah kumpulan perkhidmatan saluran teknologi rintisan yang menyokong ekosistem saluran. Kami melakukan ini dengan menghimpunkan teknologi yang mantap dan baharu muncul merentasi keselamatan siber, awan, perisian perusahaan dan penyelesaian pengurusan data yang menganjak sempadan melalui perkara yang boleh dilakukan – pengetahuan, perkhidmatan dan penyampaian IT generasi akan datang. Perniagaan ialah hab kerjasama dalam rantaian bekalan yang memudahkan rakan kongsi teknologi menjalankan perniagaan dengan vendor antarabangsa dalam rangkaian produk yang kompleks dan sentiasa berubah. Gabungan pengetahuan pakar, platform teknologi berinovatif dan perkhidmatan pelengkap kami yang unik, serta berjaya memenangi anugerah ini membolehkan rakan kongsi dan vendor kami kekal berguna dan sentiasa berada di hadapan dalam persekitaran IT yang dinamik ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://nextgen.group

Maklumat Tentang Druva

Druva membolehkan kebingkasan siber, data dan operasi untuk setiap organisasi dengan Awan Keselamatan Data (Data Security Cloud), penyelesaian pertama dan satu-satunya berasaskan SaaS yang berskala besar dalam industri. Pelanggan boleh memudahkan perlindungan data, memperkemas tadbir urus data dan mendapatkan keterlihatan dan cerapan data secara radikal sambil mempercepat penerimagunaan awan. Druva merintis pendekatan berasaskan SaaS bagi menghapuskan infrastruktur kompleks dan kos pengurusan berkaitan, serta menyampaikan keselamatan data melalui platform tunggal yang merangkumi pelbagai geografi dan awan. Druva dipercayai oleh ribuan perusahaan untuk menjadikan data lebih bingkas dan mempercepat perjalanan data tersebut ke awan. Kunjungi druva.com dan ikuti kami di LinkedInX (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) dan Facebook.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

Alex Cardenas
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran
Druva Inc.
1-888-821-0592
alex.cardenas@druva.com
 
Sumber: Druva

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment