Wednesday, December 31, 2025

Datavault AI Inc. Mengumumkan Cadangan Dividen Waran

 

 
  • Tarikh rekod bagi dividen waran yang dicadangkan ialah 7 Januari 2026
  • Waran tersebut dijangka mempunyai harga pelaksanaan (strike price) sebanyak USD 5.00 bagi setiap saham biasa Datavault AI (tertakluk kepada pelarasan sekiranya berlaku pengkapitalan semula, pecahan saham, dividen saham atau transaksi seumpamanya)
  • Setiap peserta yang layak dijangka berhak menerima satu (1) waran untuk membeli satu (1) saham biasa Datavault AI bagi setiap enam puluh (60) saham biasa Datavault AI yang dimiliki oleh peserta tersebut serta diwajibkan untuk membuka dompet digital dengan Datavault.

PHILADELPHIA, 31 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Datavault AI Inc. (“Datavault AI” atau “Syarikat”) (NASDAQ: DVLT), peneraju dalam teknologi pengewangan data, pengesahan kredensial dan penglibatan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat bercadang untuk mengisytiharkan pengagihan dividen khas dalam bentuk waran kepada pemegang saham biasa Datavault AI serta pemegang sekuriti ekuiti tertentu lain Datavault AI. Syarat-syarat waran yang dijangka dihuraikan di bawah. Tarikh rekod bagi dividen yang dicadangkan ditetapkan pada 7 Januari 2026, manakala tarikh pengagihan berkaitan belum ditentukan. Syarikat menjangkakan bahawa ia akan mengumumkan maklumat tersebut pada atau sebelum 7 Januari 2026.

Datavault AI pada masa ini menjangkakan bahawa syarat-syarat dividen dan waran yang akan diagihkan berkaitan dengannya akan merangkumi perkara berikut:
  • Peserta yang Layak: Semua pemegang rekod dan pemegang manfaat saham biasa Datavault AI serta pemegang sekuriti ekuiti Datavault AI yang lain (dengan hak kontrak untuk menyertai dividen) pada tarikh rekod dijangka layak untuk menyertai dividen tersebut, tanpa sebarang kos.
  • Nisbah Dividen: Setiap peserta yang layak dijangka berhak menerima satu (1) waran untuk membeli satu (1) saham biasa Datavault AI bagi setiap enam puluh (60) saham biasa Datavault AI yang dimiliki oleh peserta tersebut (atau dianggap dimiliki oleh peserta tersebut dalam hal sekuriti ekuiti lain Datavault AI bagi tujuan menentukan hak pemegang tersebut untuk menyertai mana-mana dividen sedemikian), dalam setiap kes pada tarikh rekod, dibundarkan kepada nombor penuh terdekat yang lebih tinggi. Tiada waran pecahan akan diagihkan.
  • Harga Pelaksanaan: Waran tersebut dijangka mempunyai harga pelaksanaan sebanyak USD 5.00 bagi setiap saham biasa Datavault AI (tertakluk kepada pelarasan sekiranya berlaku pengkapitalan semula, pecahan saham, dividen saham atau transaksi seumpamanya). Datavault AI pada masa ini menjangkakan bahawa waran tersebut hanya boleh dilaksanakan melalui bayaran tunai.
  • Tempoh: Waran tersebut dijangka boleh dilaksanakan pada bila-bila masa (tertakluk kepada syarat-syarat tertentu) selepas tarikh pengagihan sehingga tarikh luput iaitu pada ulang tahun pertama (1 tahun) tarikh pengagihan.
  • Syarat Pelaksanaan: Waran tersebut dijangka hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang yang memiliki sekurang-kurangnya satu token Dream Bowl Meme Coin II dalam dompet digital dengan Syarikat pada masa pelaksanaan waran berkenaan (pemilikan tersebut akan tertakluk kepada pemilikan oleh Syarikat). Syarat ini serta sebarang syarat lain berkaitan pelaksanaan waran akan dihuraikan secara terperinci dalam perjanjian waran yang dijangka difailkan oleh Datavault AI dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada atau sebelum tarikh pengagihan.
Syarikat telah mengumumkan bahawa tarikh rekod ditetapkan pada 7 Januari 2026. Tarikh pengedaran berkaitan dividen masih belum ditentukan oleh Lembaga Pengarah Datavault AI (“Lembaga Datavault”). Waran tersebut akan ditadbir melalui perjanjian waran yang dijangka difailkan oleh Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada atau sebelum tarikh pengagihan.

Ia juga dijangka bahawa, setelah ditentukan oleh Lembaga Datavault, tarikh rekod bagi dividen boleh diubah oleh Lembaga Datavault atas sebarang sebab pada bila-bila masa sebelum tarikh pengedaran. Pengedaran waran akan tertakluk kepada syarat bahawa Lembaga Datavault tidak membatalkan dividen tersebut sebelum tarikh pengedaran, termasuk sekiranya berlaku perubahan material terhadap analisis kemampuan membayar (solvency) atau lebihan (surplus) yang dibentangkan kepada Lembaga Datavault.

Terma dan syarat muktamad bagi dividen serta waran yang akan diagihkan dibawah dividen tersebut akan diumumkan kemudian oleh Syarikat selepas Lembaga Datavault secara rasmi mengisytiharkan dividen yang dicadangkan dan menetapkan tarikh rekod serta tarikh pengedaran.

Tiada Tawaran atau Permintaan Proksi

Siaran akhbar ini tidak seharusnya dianggap sebagai penawaran untuk menjual atau permintaan penawaran untuk membeli dan tiada penjualan sekuriti ini akan berlaku di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti negeri atau bidang kuasa berkenaan. 

Pengagihan waran yang berkaitan dengan dividen yang dicadangkan tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, sebagaimana dipinda (“Akta Sekuriti”), kerana pengagihan waran tanpa sebarang balasan tidak dianggap sebagai suatu penjualan sekuriti di bawah Seksyen 2(a)(3) Akta Sekuriti. Kenyataan pendaftaran Borang 8-A dan prospektus tambahan yang menerangkan terma waran akan difailkan pada atau sebelum tarikh pengagihan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan akan tersedia di laman web SEC di http://www.sec.gov. Para pemegang hendaklah membaca prospektus tambahan dengan teliti apabila ia tersedia, termasuk bahagian Faktor Risiko yang dimasukkan dan digabungkan melalui rujukan di dalamnya.

Perihal Datavault AI

Datavault AI™ (Nasdaq: DVLT) menerajui pengalaman data dipacu AI, penilaian dan pengewangan dalam persekitaran Web 3.0. Platform berasaskan awan syarikat ini menyediakan penyelesaian menyeluruh melalui kerjasama antara Divisyen Sains Akustik dan Divisyen Sains Data. Divisyen Sains Akustik Datavault AI menampilkan teknologi berpaten WiSA®, ADIO® dan Sumerian® yang menyokong bunyi HD spatial serta tanpa wayar berbilang saluran. Divisyen Sains Data memanfaatkan teknologi Web 3.0 dan pengkomputeran berprestasi tinggi bagi persepsi data berpengalaman, penilaian serta pengewangan selamat merentasi pelbagai industri termasuk sukan & hiburan, bioteknologi, pendidikan, fintech, hartanah, penjagaan kesihatan dan tenaga. Information Data Exchange® (IDE) membolehkan penciptaan Digital Twins dan pelesenan NIL yang selamat, sekali gus memupuk pembangunan AI yang bertanggungjawab serta berintegriti. Rangkaian teknologi boleh suai Datavault AI menawarkan automasi AI/ML, integrasi pihak ketiga, analitik, automasi pemasaran serta pemantauan pengiklanan. Syarikat ini beribu pejabat di Philadelphia, PA. Ketahui lebih lanjut di www.dvlt.ai.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan pandang ke hadapan” (dalam erti kata Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, sebagaimana dipinda, serta undang-undang sekuriti lain) mengenai Datavault AI Inc. (“Datavault AI,” “Syarikat,” “kami” atau “kita”) dan industri kami, yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Dalam sesetengah kes, kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “barangkali,” “akan,” “sepatutnya,” “menjangkan,” “merancang,” “menjangkakan,” “boleh,” “berniat,” “sasar,” “mengunjurkan,” “mempertimbangkan,” “percaya,” “menganggarkan,” “meramalkan,” “potensi,” “matlamat,” “objektif,” “mencari,” “kemungkinan” atau “meneruskan,” atau bentuk negatif perkataan-perkataan tersebut, serta istilah dan ungkapan lain yang serupa yang berkaitan dengan jangkaan, strategi, pelan atau niat kami. Ketiadaan perkataan-perkataan ini tidak bermaksud bahawa sesuatu kenyataan bukan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan mengenai peristiwa masa hadapan, sama ada Datavault AI akan meneruskan pengagihan dividen berpotensi dalam bentuk waran serta jangkaan Datavault AI berhubung terma dan/atau masa pelaksanaannya (termasuk kemungkinan Lembaga Datavault mengubah tarikh rekod dan/atau tarikh pengagihan), jangkaan masa bagi pengumuman oleh Datavault AI mengenai tarikh rekod dan tarikh pengagihan, harga pelaksanaan yang dijangka, syarat pelaksanaan dan tarikh luput waran, penerimaan dagangan waran di Nasdaq Stock Market LLC serta kewujudan pasaran dan harga dagangan masa hadapan bagi waran tersebut, adalah semestinya berdasarkan anggaran dan andaian yang walaupun dianggap munasabah oleh Syarikat dan pengurusannya, secara asasnya tidak menentu. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini serta kenyataan pandang ke hadapan lain yang terkandung di dalamnya.

Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini akibat pelbagai risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: risiko berkaitan dengan prosiding undang-undang yang mungkin dimulakan terhadap Datavault AI berhubung waran dan pengagihan dividen tersebut kepada pemegang ekuiti Datavault AI yang layak; risiko berkaitan dengan hak Lembaga Datavault untuk mengubah tarikh rekod dan tarikh pengagihan, dan/atau membatalkan dividen tersebut sebelum tarikh pengagihan; perubahan dalam keadaan ekonomi, pasaran atau peraturan; ketidakpastian mengenai metodologi penilaian dan laporan pihak ketiga; risiko berkaitan dengan rangka kerja kawal selia yang sedang berkembang dan terpakai kepada aset teroken serta risiko dan ketidakpastian lain sebagaimana dihuraikan dengan lebih terperinci dalam pemfailan Datavault AI dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 dan pemfailan lain yang dibuat dari semasa ke semasa dengan SEC, yang boleh didapati di laman web SEC di www.sec.gov, dan yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada jangkaan.

Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini hanya berkaitan dengan peristiwa setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Datavault AI tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh siaran akhbar ini, atau bagi mencerminkan maklumat baharu atau berlakunya peristiwa yang tidak dijangka, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Datavault AI mungkin tidak akan mencapai sepenuhnya pelan, niat atau jangkaan yang didedahkan dalam kenyataan berpandangan ke hadapannya, dan anda tidak seharusnya meletakkan pergantungan yang berlebihan terhadap kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Kenyataan pandang ke hadapan Datavault AI tidak mencerminkan potensi impak sebarang pemerolehan, penggabungan, pelupusan, usaha sama atau pelaburan masa hadapan yang mungkin dilakukannya.

Pertanyaan pelabur:

ir@dvlt.ai

Komunikasi Korporat
IBN
Austin, Texas
www.InvestorBrandNetwork.com
512.354.7000 Pejabat
Editor@InvestorBrandNetwork.com 

SUMBER: Datavault AI Inc.

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

MEK MULUNG "AFROT": JKKN TERUSKAN USAHA PELESTARIAN MEK MULUNG MELALUI PEMENTASAN "AFROT"

Saksikan sebuah pementasan teater tradisional Mek Mulung: AFROT yang bakal memukau penonton pada 9 dan 10 Januari 2026. Pementasan pada kali ini dilakonkan oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Asmidar, Saifulwazien, Anaqi, Norliza, serta ramai lagi pendukung seni pentas yang berkaliber.


TANJUNG MALIM, 31 Dis (Bernama) -- Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot”, sebuah warisan Kedah yang sarat dengan tipu daya kuasa, pengorbanan dan semangat menuntut keadilan. Kisah “Afrot” bermula dengan keinginan seorang raja untuk mempunyai pewaris takhta, namun perkahwinannya dengan 11 puteri tidak berhasil sehinggalah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Bongsu. Melalui jalan cerita yang tegang dan penuh aksi, karya ini menyelami makna keberanian dan kesetiaan, di mana Putera Afrot akhirnya memulakan perjalanan yang berliku untuk menuntut bela, menghadapi pelbagai konflik demi ayahandanya.

Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot” merupakan usaha berterusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB Kedah) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menyemarakkan warisan tidak ketara negara selain memberi ruang kepada penggiat seni teater tempatan untuk terus berkarya.  Mek Mulung  “Afrot”  bakal dipentaskan pada 9 dan 10 Januari 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan dijangka menjanjikan sebuah pengalaman pementasan yang menyentuh jiwa di samping mengangkat kesenian tradisional ini.

Menggabungkan elemen tradisi, mitos, dan nilai kemanusiaan yang mendalam, “Afrot” mengajak penonton merenung makna sebenar perjuangan dalam mempertahankan hak dan mencari keadilan. Kisahnya mencerminkan realiti pengorbanan yang dilakukan demi cinta dan takhta, namun tetap teguh memperjuangkan kebenaran. Di penghujung cerita, penonton akan menyaksikan bahawa kemenangan bukan hanya pada takhta yang diperolehi semula, tetapi pada semangat kesetiaan yang mengalir dalam darah Putera Afrot.
 
“Pementasan ini merupakan salah satu usaha pembangunan dan pelestarian kesenian Mek Mulung yang telah tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera oleh UNESCO pada 5 Disember 2023. Seiring dengan pengiktirafan tersebut, JKKN bersama AKRAB Kedah turut mengambil inisiatif menghasilkan skrip baharu Mek Mulung yang diadaptasi daripada cerita-cerita Mek Mulung”. Ulas Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam kenyataannya hari ini.
 
Teater ini dipentaskan sebagai sebahagian daripada program Penyemarakan Karya Teater 2025 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawangwww.jkkn.gov.my 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & You Tube: @mysenibudaya 

SUMBER: Persatuan Legasi Cinta Seni

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Naurah Daria Janiur
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Ibu Pejabat
Tel: 03-2697 2184
E-mel: doria@jkkn.gov.my

Nama: Nurfatin Fatini Norazlan
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Ibu Pejabat
Tel: 03-2697 2192 
E-mel: nurfatin@jkkn.gov.my

--BERNAMA

Tuesday, December 30, 2025

NANO Berjaya Memperoleh Komitmen Modal Sejumlah IDR 200 Bilion daripada LDA Capital untuk Menyokong Transformasi Global

JAKARTA, Indonesia, 30 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PT Nanotech Indonesia Global Tbk (“NANO”), syarikat teknologi tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan sains dan teknologi berasaskan R&D, termasuk nanoteknologi dan kejuruteraan bahan, bersama dengan pemegang kepentingan terbesar, PT Nanotech Investama Sedaya, pada hari ini mengumumkan komitmen modal strategik sehingga IDR 200 bilion daripada LDA Capital Group, LLC, kumpulan pelaburan alternatif global.

Kemudahan ini distrukturkan untuk menyokong pelaksanaan kontrak bercagar bernilai IDR 4.95 trilion dalam tempoh tiga tahun akan datang, memperkukuh pertumbuhan dipacu pelaksanaan NANO merentasi projek dengan syarikat kebangsaan, multinasional dan tersenarai awam.

Untuk mengukuhkan lagi pengembangan serantau dan antarabangsa, NANO telah melantik Pangiran Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Abas dari Brunei sebagai Penasihat Strategik Antarabangsa, membawa rangkaian luas di seluruh ASEAN dan pandangan yang strategik.

Suryandaru, Presiden Pengarah NANO:

“Pertumbuhan NANO mempunyai asas penting yang kukuh. Bersama kontrak bercagar bernilai IDR 4.59 trilion, trajektori kami didorong oleh pelaksanaan sebenar nanoteknologi gunaan yang menyampaikan nilai perindustrian yang boleh diukur. Keupayaan pelaksanaan ini disokong oleh kepimpinan saintifik yang kuat, diketuai oleh Prof. Dr. Nurul Taufiqu Rochman, M.Eng., Ph.D. , yang mempunyai keupayaan untuk menterjemah penyelidikan lanjutan kepada penyelesaian perindustrian berskala dan mampan yang membentuk tulang belakang daya saing jangka panjang NANO. Kemudahan bernilai IDR 200 bilion daripada LDA Capital mempercepat pelaksanaan sambil memelihara disiplin tadbir urus dan nilai pemegang saham.”

Anthony Romano, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan LDA Capital:

“Kami melihat penjajaran yang kukuh antara model operasi berasaskan sains NANO dan permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi gunaan dengan impak perindustrian yang sebenar. NANO telah membina portfolio kontrak bercagar yang bermakna dan disokong oleh kepimpinan saintifik yang boleh dipercayai, serta kami amat berbesar hati dapat menyokong Syarikat tersebut semasa sedang mara ke fasa pelaksanaan dan menyampaikan penyelesaian teknologi yang praktikal di seluruh Indonesia dan rantau ini.”

Maklumat Tentang NANO

NANO ialah syarikat teknologi Indonesia yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan sains dan teknologi berasaskan penyelidikan dan pembangunan, dengan keupayaan teras dalam nanoteknologi dan kejuruteraan bahan. Syarikat berkenaan menyediakan penyelesaian gunaan merentasi pelbagai sektor perindustrian dan terbuka kepada pelabur dari seluruh dunia untuk menyertai perjalanan pertumbuhan dan inovasi jangka panjang syarikat.

Maklumat Tentang LDA Capital

LDA Capital ialah kumpulan pelaburan alternatif global dengan kepakaran dalam urus niaga rentas sempadan di seluruh dunia. Pasukan ini secara kolektif telah melaksanakan lebih 350 urus niaga dalam pasaran pertengahan awam dan swasta di 45 negara dengan nilai urus niaga agregat melebihi USD 11 bilion.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

E-mel:invest@nano.or.id
Fathoni
Telefon: +62 812-8424-8736

Sumber: PT Nanotech Indonesia Global Tbk

--BERNAMA

BAI‘AH DALAM ISLAM: KEFAHAMAN YANG SEIMBANG DAN BERLANDASKAN PRINSIP SYARIAH

 KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Islam mengiktiraf bai‘ah sebagai amalan yang berasaskan sunnah Rasulullah SAW. Bai‘ah berfungsi sebagai ikrar kesetiaan dan komitmen untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara keharmonian dan menyusun kehidupan bermasyarakat berteraskan nilai agama, sebagaimana ditunjukkan melalui Bai‘ah Aqabah dan Bai‘ah Ridhwan. Para ulama menjelaskan bahawa bai‘ah mutlak hanya khusus kepada Rasulullah SAW, manakala bai‘ah selepas kewafatan Baginda terikat dengan maqasid syariah, keadilan dan kemaslahatan umum. Prinsip ini sejajar dengan hadis sahih yang menegaskan bahawa ketaatan tidak dibenarkan dalam perkara maksiat kepada Allah, justeru bai‘ah tidak boleh difahami sebagai ketaatan tanpa batas.


IKIM berpandangan bahawa kekeliruan terhadap konsep bai‘ah timbul apabila  difahami di luar kerangka keilmuan dan tradisi Islam muktabar. Dalam beberapa keadaan, bai‘ah boleh disalah tafsir sehingga dikaitkan dengan tuntutan ketaatan melampaui batas syariah termasuk apabila bai’ah itu berpotensi memberi kesan terhadap orang lain tanpa asas syarak dan tidak selari dengan ajaran Islam.

Justeru itu, perlu ditegaskan bahawa bai‘ah yang sah menurut Islam mestilah dilakukan secara sukarela, berasaskan keadilan dan tidak membawa kepada kemudaratan. Islam menggalakkan hubungan kepimpinan dan ketaatan yang berteraskan tanggungjawab, nasihat dan saling menegur, bukannya secara paksaan.

IKIM menyeru masyarakat merujuk kepada ulama berautoriti dan institusi agama yang sah untuk memahami konsep penting Islam, termasuk bai‘ah supaya dapat membezakan amalan yang sahih daripada tafsiran yang menyimpang, serta memelihara keharmonian dan kestabilan negara. Islam menekankan kesetiaan yang berlandaskan ilmu, kebijaksanaan dan nilai kemanusiaan, membentuk masyarakat matang, berakhlak, serta mampu menghadapi perbezaan pandangan secara berhemah dan bertanggungjawab.

Sekian. Terima kasih.

Prof Madya Dato' Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
30 Disember 2025 | 10 Rejab 1447H
 

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sunday, December 28, 2025

Daerah Baharu Wuxiang, Nanning: Memupuk sebuah Persekitaran Perniagaan yang Menggalakkan untuk Memperkasakan Pembangunan Perusahaan yang Berkualiti Tinggi

 NANNING, China, 26 Dis., 2025 /Xinhua-AsiaNet/-- 


Sebagai zon teras pelaksanaan bagi "Saluran Nanning" untuk pertukaran dan kerjasama China-ASEAN, Daerah Baharu Wuxiang di Nanning mengintegrasikan kelebihan bagi pelbagai platform pembukaan peringkat kebangsaan, termasuk Zon Perdagangan Bebas Perintis Kawasan Nanning China (Guangxi), sebuah zon pembangunan ekonomi dan teknologi kebangsaan, dan kawasan teras bagi gerbang pembukaan kewangan yang diorientasikan ke arah ASEAN. Dengan menerajui laluan utama bagi pembangunan berkualiti tinggi, daerah baharu itu telah memupuk sebuah kawasan subur untuk perniagaan dengan sokongan dasar yang disasarkan dengan ketepatan, merangsangkan daya hidup pasaran melalui kejayaan inovasi perkhidmatan, dan mendorong perusahaan dalam bidang kuasa mereka untuk mempercepatkan kemajuan dalam sektor-sektor utama, sekali gus muncul sebagai sebuah enjin yang mantap bagi pertumbuhan ekonomi serantau.

Dalam sektor maklumat elektronik, Nanning Chuxin Integrated Circuit Design Co., Ltd. memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penjualan cip pemacu paparan kristal cecair. Produk mereka yang dibangunkan secara bebas telah mencapai prestasi arus perdana dalam industri dan digunakan secara meluas dalam pelbagai peranti paparan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba. Dengan didukung oleh dasar sokongan ketepatan kerajaan, perusahaan itu bukan sahaja berjaya mengatasi kesesakan pembangunan termasuk kesukaran pengambilan bakat dan pembiayaan mewah, tetapi juga mewujudkan sebuah ekosistem rantaian perindustrian yang kolaboratif dengan pelbagai kilang pembuatan dan perusahaan tempatan, menyuntik dorongan penting untuk memperkukuh dan melengkapkan rantaian perindustrian semikonduktor Guangxi. Pada masa ini, perusahaan itu telah mengumpulkan 94 hak harta intelek, dan jumlah jualan mereka diunjurkan bakal melebihi 400 juta yuan pada tahun ini.

Di landasan pembuatan termaju, Guangxi Aige Workshop Home Furnishing Co., Ltd. telah melengkapkan penaiktarafan pintar bagi keseluruhan barisan pengeluaran mereka. Teknologi kecerdasan buatan berjalan melalui setiap peringkat proses pengeluaran, yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan ketara, tetapi juga memacukan pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan untuk penduduk kampung sekitar, dan membina sebuah ekosistem perindustrian serantau yang kukuh dan saling berinteraksi bersama dengan perusahaan tempatan.

Industri kebudayaan turut menyerlah dengan pelbagai pencapaian. Sebagai satu-satunya perusahaan animasi di Guangxi dengan rangkaian perindustrian lengkap, Nanning Peak Culture Communication Co., Ltd. telah mencipta IP yang berkualiti tinggi seperti Dolphin Helpers dan Princess Amy of Music. IP ini telah menjangkau lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dalam 12 bahasa, dengan syarikat itu memegang 9 paten dan 43 hak cipta perisian secara keseluruhan. Sejak tahun 2023, syarikat itu telah berubah sepenuhnya ke landasan AIGC. Platform penciptaan siri video pendek AIGC "Ju Xiaobai" yang dibangunkan secara bebas pada mulanya telah mewujudkan sebuah korpus multimod Asia Tenggara, yang mampu menjana kandungan video pendek dengan tepat yang sejajar dengan ciri-ciri kebudayaan bagi wilayah seperti Vietnam dan Thailand, sekali gus membuka saluran yang lebih luas untuk budaya Cina berkembang ke peringkat global.

Dalam bidang kecerdasan buatan, Daerah Baharu Wuxiang menjadikan Pusat Inovasi dan Kerjasama Kecerdasan Buatan China-ASEAN (Pusat AI Selatan) sebagai pembawa teras mereka, dengan giat memajukan kerjasama aplikasi AI dengan ASEAN, dan berusaha untuk membina sebuah hab kerjasama industri AI yang menghubungkan China dan ASEAN. Dengan memberi tumpuan kepada landasan utama seperti terminal pintar dan perkhidmatan digital rentas sempadan, Pusat AI Selatan telah mengumpulkan beberapa perusahaan teras AI dan pasukan inovasi. Dengan membina platform pertukaran teknologi dan menjalankan inisiatif R&D bersama rentas sempadan, ia menggalakkan penjajaran yang tepat dan integrasi mendalam bagi teknologi AI dengan keperluan sebenar rantau ASEAN. Pada masa ini, perusahaan di Taman Pusat AI Selatan telah mencapai pelbagai niat kerjasama dengan perusahaan dari pelbagai negara ASEAN, dan melancarkan aplikasi perintis dalam pelbagai bidang. Antaranya, Jieduanzhe Robotics, sebuah anak syarikat Guangxi Shijiayi Technology Co., Ltd., merupakan satu-satunya usaha sama Zhiyuan Robotics di Guangxi. Dengan memanfaatkan sokongan teknologi, modal dan bakat daripada syarikat induknya, ia komited untuk membina sebuah jenama penanda aras robot fizikal bersepadu yang berpangkalan di Guangxi, dan telah menjadi sebuah pembekal pilihan untuk penggunaan produk di rantau ASEAN.

Pengoptimuman dan penaiktarafan yang berterusan bagi persekitaran perniagaan telah memberikan satu jaminan yang kukuh bagi pembangunan perusahaan. Sebagai sebuah tingkap demonstrasi untuk pengoptimuman persekitaran perniagaan, Taman Pusat AI Selatan di Daerah Baharu Wuxiang menawarkan perkhidmatan tersuai seperti satu saluran hijau kelulusan dan sokongan dasar khas, yang berkesan mengurangkan kos kemasukan dan pembangunan perusahaan, dan terus menarik perusahaan AI berkualiti tinggi dan projek kerjasama rentas sempadan untuk berkumpul di sini. Kesan kluster bagi platform inovasi dan perusahaan sains dan teknologi terus menonjol. Sehingga kini, Daerah Baharu Wuxiang menempatkan 9 platform inovasi dan keusahawanan peringkat kebangsaan dan 107 platform peringkat wilayah autonomi; bilangan perusahaan teknologi tinggi yang dikekalkan telah mencecah 403, dan bilangan perusahaan kecil dan sederhana berasaskan teknologi berjumlah 316.

Melihat ke masa depan, Daerah Baharu Wuxiang akaan terus memberi tumpuan kepada memupuk ekosistem perindustrian, memanfaatkan sepenuhnya dividen dasar bagi pelbagai platform peringkat kebangsaan, memperdalamkan pemerkasaan digital dan inovasi perkhidmatan profesional, dan terus meluaskan ruang pembangunan inovatif perusahaan persendirian. Dengan satu tahap keterbukaan yang lebih tinggi dan persekitaran perniagaan yang lebih berkualiti tinggi, ia akan meningkatkan sepenuhnya pembangunan ekonomi berkualiti tinggi bagi rantau itu dan menyuntik "momentum Wuxiang" yang lebih kukuh ke dalam pembinaan Komuniti China-ASEAN dengan satu Masa Depan Bersama.

Sumber: Daerah Baharu Wuxiang Nanning 

--BERNAMA 

Friday, December 26, 2025

Tabelog, Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar di Jepun (*1), Melancarkan Aplikasi Pelbagai Bahasa untuk Pelawat Antarabangsa

Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun

 Alami Dunia Kulinari Asli Jepun dalam Bahasa Anda — Daripada Carian hingga Tempahan, Semuanya di Telefon Pintar Anda


Menduduki Tempat No. 1 dari Segi Muat Turun dalam Kalangan “Aplikasi Carian Kulinari Jepun” Pilihan Pelancong Antarabangsa (*2)
 
TOKYO, 26 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabelog ( https://tabelog.com/en/ ), perkhidmatan carian dan tempahan restoran terbesar di Jepun yang dikendalikan oleh Kakaku.com, Inc. telah melancarkan aplikasi telefon pintar pelbagai bahasa (iOS/Android) untuk pelancong antarabangsa pada hari Isnin, 17 November 2025.

Dengan kira-kira 100 juta pengguna bulanan (*3), Tabelog ialah perkhidmatan utama di Jepun yang digunakan secara meluas oleh penduduk tempatan untuk mencari restoran dalam kehidupan seharian. Pangkalan datanya tiada tandingan di peringkat domestik, merangkumi maklumat mengenai kira-kira 890,000 premis di seluruh negara serta lebih 85 juta ulasan dan foto (*4). Tidak seperti perkhidmatan peta global atau laman pelancongan, Tabelog dibangunkan berasaskan “penilaian dan ulasan autentik daripada pengguna tempatan Jepun,” yang membolehkan pelancong menemui restoran benar-benar istimewa yang digemari oleh penduduk setempat bukan sekadar premis yang berorientasikan pelancong.

Walaupun perkhidmatan pelbagai bahasa sebelum ini boleh diakses melalui pelayar web, aplikasi rasmi ini dilancarkan bagi menawarkan pengalaman carian dan tempahan yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan bilangan pelawat antarabangsa yang semakin meningkat, bermula daripada perancangan perjalanan hingga sepanjang tempoh mereka berada di Jepun. Pada bulan yang sama, aplikasi ini menduduki tempat No. 1 dari segi muat turun dalam kategori “Aplikasi Carian Kulinari Jepun Pilihan Pelancong Antarabangsa” (*2).

URL Muat Turun: https://tabelog-tourists.onelink.me/3eEh/iqkkho9r

Maklumat Tentang Aplikasi Telefon Pintar Pelbagai Bahasa Tabelog

Latar Belakang

Walaupun “masakan Jepun” disebut sebagai tarikan utama ketika melawat Jepun (*5), pelancong sering menyatakan kekecewaan seperti “hanya menemui restoran yang berorientasikan pelancong” dan menghadapi cabaran seperti “berputus asa untuk membuat tempahan melalui telefon kerana komunikasi dalam bahasa Jepun diperlukan” (*6). Sebagai perkhidmatan carian dan tempahan restoran terbesar di Jepun, Tabelog telah membangunkan aplikasi telefon pintar ini dengan memanfaatkan pangkalan data yang luas serta kepakaran yang dibina melalui versi webnya untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Dengan menyediakan maklumat restoran yang dinilai oleh penduduk tempatan dalam pelbagai bahasa, Tabelog bertujuan untuk menghubungkan pelancong dengan restoran kejiranan, seterusnya menyumbang kepada pengurangan kesesakan pelancong dan pemulihan ekonomi di kawasan luar bandar.

Ciri-ciri Utama

1. [SEARCH] Carian Berasaskan Peta dan Maklumat Menyeluruh untuk Mencari Restoran Berdekatan Lokasi Semasa yang Berpadanan dengan Pilihan Anda
 Dengan memanfaatkan pangkalan data Tabelog yang memiliki bilangan penyenaraian restoran terbesar di Jepun, pengguna boleh mencari restoran yang sesuai dengan pilihan mereka secara intuitif pada peta berdekatan lokasi semasa. Dengan foto dan ulasan yang banyak dan mudah diakses di mana sahaja, pelancong boleh membuat pilihan restoran dengan yakin walaupun berada di kawasan yang tidak dikenali.
2. [RESERVATION] Tempahan Segera Dalam Talian Diselesaikan di Telefon Pintar Anda — Tiada Panggilan Telefon Diperlukan
 Kami telah menghapuskan halangan “tempahan melalui telefon” yang sering menjadi cabaran bagi pelancong. Cukup pilih tarikh, waktu, dan bilangan tetamu dalam aplikasi untuk terus menyemak ketersediaan dan membuat tempahan dalam talian. sama ada anda sedang berada di dalam tren atau di antara aktiviti bersiar-siar, tempah meja anda dengan mudah tanpa perlu risau tentang halangan bahasa.
3. [UI] Antara Muka Dioptimumkan untuk Telefon Pintar bagi Navigasi Selesa dalam Bahasa Pilihan Anda
Menyokong sepenuhnya bahasa Inggeris, Cina (Tradisional), dan Korea. Perkhidmatan pelbagai bahasa yang sebelum ini tersedia dalam versi web kini menampilkan kelancaran operasi yang khas aplikasi mudah alih. Selain daripada menyemak maklumat yang diterjemahkan, reka bentuk intuitif membolehkan pengguna memahami dengan mendalam dan memilih restoran tanpa tekanan, walaupun pada skrin bersaiz kecil.
 
(*1)Laman carian dan tempahan restoran dengan paling banyak tinjauan premis yang disenaraikan (Mei 2024/penyelidikan dalaman). Laman sasaran diakses (Tabelog, Hot Pepper Gourmet, Gurunavi, Retty, Hitosara) dan senarai semua premis yang dikira dipaparkan dalam carian tanpa penapisan, mengikut wilayah.
(*2)Kajian November 2025/AppTweak. Gabungan muat turun daripada kategori “Makanan & Minuman (Restoran & Kafe)” dan “Pelancongan & Navigasi (Perancang Perjalanan)” di App Store dan Google Play di kawasan yang ditinjau (Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Amerika Syarikat). Dibandingkan sebagai “Aplikasi Carian Kulinari Jepun.”
 
 Sumber: AppTweak ( https://www.apptweak.com )
(*3)96.73 juta pengguna (September 2025)
(*4)Setakat 23 Disember 2025
(*5)Menurut “Tinjauan Trend Perbelanjaan Pelancong Asing Melawat Jepun (2024)” oleh Agensi Pelancongan Jepun, “makan makanan Jepun” menduduki tempat pertama dalam kategori “apa yang paling mereka ingin lakukan sebelum melawat Jepun” dan “apa yang sebenarnya mereka lakukan.”
(*6)Merujuk kepada “komunikasi dengan kakitangan premis” dan “tanda arah pelbagai bahasa yang tidak mencukupi” yang disebut sebagai cabaran utama semasa perjalanan dalam “Tinjauan Mengenai Peningkatan Persekitaran Mesra Pelawat Asing” oleh Agensi Pelancongan Jepun serta kajian serupa.

Maklumat Tentang Kakaku.com, Inc.

Ditubuhkan pada 1997, Kakaku.com telah beroperasi sejak era awal internet di Jepun. Pada masa ini, syarikat merancang dan mengendalikan pelbagai perkhidmatan web yang berakar umbi dalam kehidupan harian, termasuk laman sokongan pembelian “Kakaku.com”, perkhidmatan carian dan tempahan restoran “Tabelog”, serta perkhidmatan agregasi carian kerja “Kyujin Box”. Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Tokyo (Kod Sekuriti: 2371), syarikat menyediakan platform dengan pangkalan pengguna terbesar di Jepun merentasi pelbagai sektor.

Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan: https://corporate.kakaku.com/en/service

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251221963753/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Kakaku.com, Inc.
Pejabat Perhubungan Awam dan Perhubungan Pelabur
pr@kakaku.com

Sumber: Kakaku.com, Inc.

--BERNAMA

Tuesday, December 23, 2025

LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 22 HINGGA 31 DISEMBER 2025

Waktu Operasi Kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan sehingga 9.00 malam bermula 22 hingga 31 Disember 2025.

 KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

 
Bermula 22 hingga 31 Disember 2025, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam.
 
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif dan kelendar 2026. Bagi memeriahkan suasana hujung tahun, pembayar zakat yang hadir berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disambut dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik yang disediakan khas untuk pengunjung.
 
Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat serta melalui ejen-ejen bayaran yang dilantik seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.
 
Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai PPZ-MAIWP akan hadir ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan perkhidmatan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.
 
PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat 1 Call Away membolehkan pembayar menunaikan zakat dengan mudah hanya melalui talian zakat kami di 1 300 88 5757.
 
PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2025.
 
Sempena Kempen Year End Zakat 2025, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2026.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 393 5432 
E-mel: aqilah@zakat.com.my 

--BERNAMA

Monday, December 22, 2025

Program CSR Kitar Semula Pukat Lama: Laut Dipelihara, Nelayan Diperkasa

Peserta-peserta dari Persatuan Nelayan Kawasan Sepang dan Kuala Langat meletakkan jaring terpakai ke dalam tong “NuNet” semasa majlis pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat “Kitar Semula Pukat Lama” yang dianjurkan oleh Bioeconomy Corporation dengan kerjasama rakan strategik Nuplas Solutions di Jeti Sepang Besar, Bagan Lalang pada 20 Disember 2025. Turut hadir di majlis itu adalah (kiri) Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat Bioeconomy Corporation, Encik Wan Hasnul Nadzrin Wan Sulong, (dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif, Nuplas Solutions, Encik Low Gin Yap serta Ketua Daerah Perikanan Kuala Langat dan Sepang, Encik Rosman bin Wahab.

PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), “Kitar Semula Pukat Lama” di Jeti Sepang Besar, Bagan Lalang, sebagai usaha memperkasakan nelayan tempatan di samping menyokong keselamatan laut dan sumber makanan secara mampan.

Program ini telah dilaksanakan pada 20 Disember 2025 dengan syarikat Bio-based Accelerator (BBA), Nuplas Solutions Sdn Bhd (Nuplas) selaku rakan strategik, dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Selangor serta Persatuan Nelayan Kawasan Sepang dan Kuala Langat.

Menerusi inisiatif ini, para nelayan di kawasan Sepang dan Kuala Langat mengumpulkan jaring dan pukat terpakai ke dalam tong khas “NuNet” yang disediakan oleh Nuplas di Jeti Sepang Besar. Nelayan yang menyertai program ini bakal menerima insentif tunai sehingga RM1.50 bagi setiap kilogram jaring dan pukat terpakai yang dikumpulkan, dengan setiap tong ‘NuNet’ mampu menampung sehingga 600 kilogram jaring dan pukat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, Encik Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata, jaring dan pukat yang dikumpul akan diproses oleh Nuplas menggunakan teknologi berasaskan bio untuk ditukar menjadi bahan mentah berkualiti tinggi bagi kegunaan industri, termasuk pembuatan kasut, jersi, komponen dalaman kenderaan dan peralatan elektrik.

Menurut beliau, program ini turut membantu mengurangkan insiden pukat hantu, pencemaran laut serta ancaman terhadap ekosistem marin yang boleh menjejaskan sumber makanan laut negara.

“Program Kitar Semula Pukat Lama ini penting kerana nelayan membantu menangani masalah jaring dan pukat yang dibuang ke laut di Malaysia. Menurut WWF, setiap tahun lebih satu juta tan peralatan menangkap ikan seperti jaring dan pukat memasuki laut. Ini bukan sahaja membahayakan kesihatan manusia, malah turut menyebabkan kematian ikan dan haiwan laut lain, lalu berpotensi menyumbang kepada kekurangan bekalan makanan negara,” kata beliau. Ucapannya telah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat Bioeconomy Corporation, Encik Wan Hasnul Nadzrin Wan Sulong.

Encik Mohd Khairul turut menegaskan bahawa di samping menyokong keselamatan makanan negara, program ini membuka peluang pendapatan tambahan kepada nelayan serta menggalakkan pelupusan jaring dan pukat secara lebih bertanggungjawab. Pada masa sama, penglibatan nelayan dalam program ini menyumbang kepada penghasilan produk baharu dan menyokong pelaksanaan ekonomi kitaran serta gaya hidup mampan yang ditekankan oleh kerajaan.
 
Seramai 60 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan Sepang dan sebahagian dari Kuala Langat telah hadir menjayakan program ini, yang berpotensi memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 385 nelayan di kedua-dua kawasan tersebut.

Melalui Bioeconomy Corporation, program CSR ini diperkenalkan buat pertama kali di Sepang, sementara Nuplas telah pun melaksanakan program pengumpulan jaring dan pukat terpakai bersama 10 komuniti nelayan di Kedah, Pulau Pinang, dan Pahang.

Di majlis pelaksanaan program CSR itu, para nelayan turut membawa jaring dan pukat terpakai untuk diserahkan. Pihak Nuplas juga telah mengadakan sesi taklimat dan memberi tunjuk ajar kepada para nelayan mengenai kaedah pengasingan serta pembersihan jaring dan pukat terpakai sebelum dikumpulkan.

Maklum balas yang diterima daripada nelayan adalah amat positif, dengan beberapa nelayan mencadangkan agar lebih banyak tong “NuNet” ditempatkan, khususnya di kawasan Kuala Langat, bagi memudahkan penglibatan berterusan dalam program ini. Inisiatif ini merupakan usaha Bioeconomy Corporation dalam menyokong MOSTI untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat, selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 yang menggalakkan ekonomi kitaran serta Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021–2030 bagi memantapkan ekosistem STI negara.

Mengenai Bioeconomy Corporation
 
Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) merupakan peneraju pembangunan ekonomi negara dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio, di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Bioeconomy Corporation menyokong komuniti perniagaan, akademik dan saintifik dengan menyediakan khidmat sokongan, nasihat serta pembangunan ekosistem yang merangkumi aspek perniagaan, akses pasaran, pelaburan, penyelidikan, pembangunan (R&D) dan pengkomersialan, pembangunan modal insan, bantuan kewangan, rangka kerja perundangan dan kawal selia, dengan sokongan daripada kerajaan.
 
Antara program utamanya termasuklah Status BioNexus, iaitu pengiktirafan rasmi kerajaan kepada syarikat bioteknologi yang berkelayakan, sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai khidmat sokongan dan insentif pertumbuhan perniagaan. Bioeconomy Corporation juga menawarkan program Bio-based Accelerator, yang bertujuan membantu syarikat berasaskan bio yang sedang berkembang untuk mempercepatkan pertumbuhan dan mengkomersialkan inovasi mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bioeconomycorporation.my
 
SUMBER: Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bioeconomy Corporation
Nama: Nur Akmar Yusoff
Eksekutif Kanan,
Komunikasi Strategik
Malaysian Bioeconomy Development Corporation
Tel: +6012 690 6108
E-mel: akmar.yusoff@bioeconomycorporation.my 

--BERNAMA