Sunday, August 31, 2025

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PPPMI)

 

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB (depan, empat dari kiri) dan YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ahli Lembaga Pengelola UIS (depan, lima dari kiri) bersama pengurusan tertinggi PNSB, Kuiscell dan UIS bergambar kenang-kenangan bersama para graduan Program Pensijilan Profesional Pembangunan Modal Insan (PPPMI). 
 


Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Lahir Graduan Sulung PPPMI dengan Pengiktirafan Senat Universiti Islam Selangor (UIS)  

KLANG, 29 Ogos (Bernama) -- 
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatat sejarah apabila menjadi syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) pertama melaksanakan Program Pensijilan Profesional Pembangunan Modal Insan (PPPMI) yang diperakui oleh Senat Universiti Islam Selangor (UIS) melalui pelaksana strategik, KUISCELL Sdn. Bhd., anak syarikat UIS. 

Majlis Konvokesyen PPPMI yang berlangsung di Wyndham Acmar Klang semalam meraikan 20 graduan sulung program ini, menandakan satu lonjakan baharu dalam landskap pembangunan modal insan negeri Selangor. 

Pencapaian Berganda, Aspirasi Masa Depan  

Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, menegaskan bahawa program PPPMI adalah pencapaian berganda yang membuktikan kesungguhan PNSB dalam mendahului langkah pembangunan tenaga kerja berdaya saing. 

“Program ini menjadi bukti bahawa PNSB sentiasa mendahului langkah dalam memperkukuh kompetensi dan profesionalisme kakitangan kita agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia korporat. Kejayaan hari ini membuka ruang kepada pelbagai inisiatif pembangunan modal insan pada masa hadapan,” katanya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada UIS dan KUISCELL atas pengiktirafan serta pelaksanaan yang teratur, yang menjadikan program ini berada pada tahap piawaian akademik yang tinggi. Menurut beliau, kejayaan ini bukan sekadar sejarah, tetapi juga asas kukuh untuk memastikan PNSB terus relevan dan progresif sebagai sebuah syarikat korporat negeri yang berwibawa. 

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB menegaskan bahawa graduan sulung ini adalah bukti nyata bahawa pembangunan insan tidak lagi bersifat konvensional, tetapi diperkukuh melalui modul-modul profesional yang bersifat strategik dan futuristik.  

Enam Modul Strategik Berimpak Tinggi 

Program PPPMI dirangka dengan enam modul utama yang berfungsi menyeluruh bagi membangunkan modal insan PNSB. Modul kemahiran interpersonal membina kepimpinan, komunikasi berkesan, penyelesaian konflik, pengurusan pasukan serta keseimbangan emosi yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang kukuh dan berpengaruh. 

Modul komunikasi korporat pula memberi penekanan kepada pengucapan awam, rundingan, komunikasi dalaman serta pengurusan reputasi, selari dengan peranan organisasi korporat yang semakin kompleks.  

Selain itu, modul teknologi maklumat dan digital dengan fokus kepada kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) memberi kefahaman kepada peserta mengenai teknologi terkini, analisis data, keselamatan siber serta penggunaan platform digital dan media sosial. 

Dalam aspek pengurusan kewangan, peserta didedahkan dengan strategi perancangan kewangan korporat, pengurusan bajet, analisis kewangan, transformasi digital serta strategi kewangan mampan. Modul pengurusan projek pula menekankan kepada perancangan strategik, pemantauan prestasi, pengurusan risiko, serta penggunaan sumber manusia dan kewangan bagi memastikan projek berjaya. 

Akhir sekali, modul pengurusan perubahan melatih peserta agar berupaya mengurus transformasi organisasi, berkomunikasi dengan berkesan dengan pemegang taruh serta menyesuaikan operasi dengan cabaran teknologi baharu. Keenam-enam modul ini melengkapkan graduan dengan kemahiran yang bersifat praktikal, kontemporari dan selari dengan keperluan industri.  

Sokongan UIS dan Pengiktirafan Akademik  

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ahli Lembaga Pengelola UIS merangkap Ahli Lembaga Pengarah KUISCELL yang mewakili Naib Censelor UIS. Dalam ucapan yang dibaca, beliau menegaskan kejayaan PNSB membuktikan bahawa pembangunan modal insan tidak hanya diukur dengan projek atau angka, tetapi berteraskan ilmu yang membentuk insan berakhlak, beramanah dan berintegriti. 

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada PNSB atas inisiatif yang berani serta kepada KUISCELL yang berjaya mengendalikan program dengan sistematik, di samping mengiktiraf peranan Senat UIS dalam memastikan piawaian akademik program berada pada tahap tertinggi. 

Tan Sri Hashim menambah, program sebegini memberi mesej jelas bahawa usaha memperkasakan modal insan perlu berpaksikan ilmu dan nilai, kerana ia adalah asas kejayaan negeri dan negara dalam jangka panjang.  

Sinergi Universiti–Industri–Korporat 

Ketua Pegawai Eksekutif KUISCELL, Dr. Md. Rozalafri Johori, pula berkata KUISCELL amat berbangga kerana diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada perjalanan bersejarah ini. “KUISCELL bukan sahaja sebagai penyedia latihan, tetapi juga penasihat dalam memastikan sijil ini mendapat perakuan Senat UIS. Dengan itu, sijil ini benar-benar menjadi sijil profesional yang berprestij, bukan sekadar sijil penyertaan,” katanya.  

Beliau menambah, sijil ini turut membuka peluang kepada graduan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di UIS melalui laluan APEL C. “Inilah bukti nilai tambah program ini yang mana ia bukan hanya mengiktiraf pengalaman kerja, tetapi juga menyediakan laluan akademik formal untuk masa depan,” ujarnya. 

Ini kerana APEL C adalah kaedah pengiktirafan MQA terhadap pembelajaran terdahulu. Laluan ini membolehkan pengalaman kerja dan kemahiran seseorang dinilai serta ditukar kepada kredit akademik untuk menyambung pengajian secara formal. 

Menurut beliau, kerjasama erat antara PNSB, UIS dan KUISCELL adalah model sinergi terbaik universiti–industri–korporat yang mampu melahirkan tenaga kerja berwibawa dan menyumbang kepada kelestarian pembangunan negeri. 

Platform Aspirasi Negeri 

Majlis konvokesyen turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi PNSB, tokoh akademik UIS, keluarga graduan serta tetamu korporat. Suasana majlis penuh bermakna itu bukan sahaja meraikan kejayaan para graduan, malah turut menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan universiti dan industri. 

Dengan pelaksanaan sulung PPPMI ini, PNSB meletakkan asas kukuh dalam usaha melahirkan tenaga kerja profesional bertaraf global. Inisiatif ini diyakini mampu menjadi model rujukan dalam pembangunan modal insan di Malaysia, seiring aspirasi pembangunan mampan Selangor Darul Ehsan.  

Mengenai Permodalan Negeri Selangor Berhad – PNSB (www.pnsb.com.my
Permodalan Negeri Selangor Berhad atau dikenali sebagai PNSB merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang ditubuhkan pada 15 Oktober 1990.

Sebagai sebuah organisasi milik kerajaan negeri Selangor, PNSB menumpukan pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras, dengan membangun kediaman dan komersial serta perumahan dan perbandaran yang mampan dan mampu milik yang tertumpu di negeri Selangor dan Lembah Klang.

Melalui anak-anak syarikatnya, PNSB juga menyediakan perkhidmatan insurans melalui PNSB Insurance Brokers Sdn Bhd (PIBSB), perundingan pengurusan projek melalui PNSB Management Consultancy Sdn Bhd (PMCSB), perlombongan melalui PNSB Trading Sdn Bhd (PTSB) dan penerokaan aeroangkasa melalui PNSB Aero Frontier Sdn Bhd (PAFSB). Dalam bidang hartanah, PNSB menerajui pembangunan rumah mampu milik di bawah ‘Projek Rumah Idaman’ melalui PNSB Construction Sdn Bhd (PSCB). Dengan misi mempelbagaikan perniagaannya, PNSB telah menubuhkan PNSB Innovation Ventures Sdn Bhd (PIV) untuk menceburi industri Modal Teroka. 

PNSB juga tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting di dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat dan merupakan sebuah agensi kerajaan yang sangat prihatin dan aktif dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan PNSB sendiri.

SUMBER: Permodalan Negeri Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: En. Afandi Mohd Rafi
Tel: 012-3433763
Emel: afandi@pnsb.com.my

--BERNAMA  

Friday, August 29, 2025

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR RAKYAT MALAYSIA (BKTRM) - MENOKTAHKAN KEMISKINAN RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia sedang melaksanakan program jelajah ke seluruh negara bagi membantu usaha Kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar di setiap bandar dan negeri masing-masing.

 
Program BKTRM adalah program yang dirancang khusus untuk membantu keluarga yang berada dalam kategori miskin tegar. Keluarga miskin tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan yang sangat rendah sehingga tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan. Program ini bertujuan untuk menyediakan bantuan yang komprehensif kepada keluarga-keluarga ini agar mereka dapat keluar dari lingkaran kemiskinan dan memperbaiki kualiti hidup mereka. PKRM menjalin kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit E-Kasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan NGO tempatan dalam mengenal pasti pemohon-pemohon yang layak.
 
Dengan pelaksanaan BKTRM ini, beberapa hasil yang diharapkan adalah:
 
> Pengurangan Kadar Kemiskinan      : Penurunan ketara dalam kadar kemiskinan tegar.
> Peningkatan Kualiti Hidup: Peningkatan kualiti hidup keluarga miskin tegar melalui akses kepada keperluan asas yang mencukupi.
> Peningkatan Kebolehpasaran: Peningkatan kebolehpasaran ahli keluarga miskin tegar melalui latihan dan pendidikan yang disediakan.
> Kesihatan yang Lebih Baik: Akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk keluarga miskin tegar, memastikan mereka menerima rawatan yang diperlukan.
 
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Rakyat Malaysia (BKTRM) adalah satu langkah penting dalam usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini. Dengan bantuan kewangan, peluang pekerjaan, dan program pembangunan kapasiti, diharapkan keluarga miskin tegar dapat keluar dari lingkaran kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. PKRM akan menjalin kerjasama daripada sektor korporat, agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan GLC / GLIC untuk sertai program ini supaya mencapai output yang baik. Pihak PKRM menjemput semua pihak termasuk syarikat korporat , agensi kerajaan dan swasta tampil memberikan kerjasama dengan membantu program ini.
 
Sila layari laman web rasmi www.rakyatmalaysia.org.my untuk membuat sumbangan kebajikan dan kewangan untuk program BKRTM. PERHATIAN SEGALA PEMBAYARAN SUMBANGAN LAYAK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI DI BAWAH AKTA CUKAI 44(6)ACP 1967: LHDN:01/35/42/51/179-6.7798.
 
Harapan kami agar kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan di seluruh negara tanpa mengira bangsa, agama atau jantina .Anda mampu membantu mereka dengan menyumbang melalui PKRM.
 
Sumber : Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT , SILA HUBUNGI:
Nama         : Pn Mastura Umar Baki
Jawatan     : Naib Pengerusi
Tel              : 603-21611999,21644999
Emel          : urusetia@rakyatmalaysia.org.my

--BERNAMA

Thursday, August 28, 2025

Bitget Membawa Semangat Bull ke Bali di Coinfest Asia 2025

BALI, Indonesia, 28 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah berjaya menamatkan penyertaannya di Coinfest Asia 2025 yang berlangsung di Nuanu Creative City, Bali, dari 21 hingga 22 Ogos. Coinfest Asia, salah satu acara paling dinanti-nantikan dalam kalendar kripto Asia, telah menghimpunkan inovator, pembangun dan peminat industri dari seluruh rantau. Bitget menyerlahkan melalui pelbagai aktiviti menarik yang menonjolkan semangat komuniti, inovasi produk serta kerjasama bertaraf global.

Sambutan bermula pada 20 Ogos dengan kejohanan padel santai di Paradise Padel Bali, yang mengeratkan hubungan bersama rakan kongsi dan sahabat menjelang agenda utama Coinfest. Pada 22 Ogos, Bitget dan Bitget Wallet telah bersama-sama menganjurkan acara sampingan rasmi Indonesia bertajuk 'Chill & Bull', yang menampilkan sesi perkongsian produk oleh pengurus VIP, pengenalan kepada pembantu dagangan berkuasa AI Bitget iaitu GetAgent, serta cerapan daripada pasukan Bitget Wallet mengenai penjenamaan semula mereka, 'Crypto for Everyone'.

Bitget dan Bitget Wallet turut memperkenalkan barisan barangan eksklusif berjenama yang direka khusus untuk para peserta Coinfest, menggabungkan identiti jenama syarikat dengan semangat acara Bali. Para hadirin juga berpeluang menyaksikan motosikal berjenama Bitget, yang menyerlahkan kerjasama global syarikat bersama MotoGP dan mengukuhkan kehadirannya di persimpangan antara sukan, budaya dan kripto.

Acara sampingan 'Chill & Bull' turut menampilkan sesi perbincangan panel mini bertajuk Crypto Market Pulse: Regional Strategies & Global Outlook in a Shifting Landscape (Strategi Serantau & Tinjauan Global dalam Landskap yang Berubah). Ahli panel berkongsi pandangan peribadi mereka tentang perubahan dinamik pasaran, menjawab soalan daripada para hadirin dan mencetuskan perbincangan terbuka mengenai peluang masa depan dalam dunia kripto dan Web3.

Penglibatan aktif Bitget di Coinfest Asia mencerminkan komitmen berterusannya dalam memperkukuh hubungan komuniti, pendidikan dan kesalinghubungan budaya, sekali gus memastikan ekosistemnya melangkaui perdagangan dan menawarkan pengalaman nyata yang relevan kepada audiens institusi mahupun pengguna runcit.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c3508fa8-df83-4ff7-8e71-e0980638b47f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c58068c1-0757-4fca-8661-84bdbbed1bf1

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/42013e23-d450-4a15-8b21-9b7805f05bb2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/27825ce1-5b82-4939-ae5a-23df81017e8d

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d17fccf6-42ea-4cfe-bef8-ab05497c5482

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/39528144-28a7-411e-83b1-690d33bfdcec

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Daerah Gangbei, Bandar Raya Guigang: Kenderaan Elektrik Mempercepatkan Perjalanan Mereka ke Pasaran Global

 



GUIGANG, China, 27 Ogos, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 20 Ogos, satu sidang akhbar telah diadakan untuk Ulang Tahun ke-10 bagi Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu Guigang dan Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu ke-5 (2025). Pada sidang akhbar itu, yang telah dianjurkan oleh Biro Industri dan Teknologi Maklumat bagi Bandar Raya Guigang dan Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Bandar Raya Guigang, ia telah diumumkan bahawa Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu ke-5 (2025) akan berlangsung di Nanning pada 28 Ogos. Dengan bertemakan "Pengilangan Pintar yang Didorong oleh Inovasi, Keterbukaan Menghubungkan Dunia,” persidangan itu akan mengumpulkan tetamu dari dalam dan luar negara, pakar-pakar, cendekiawan dan perusahaan terkemuka di dalam industri itu. Dengan memberi tumpuan kepada corak dan perubahan baharu di dalam pasaran RCEP, ia akan memudahkan pertukaran melalui pelbagai bentuk seperti satu persidangan tematik, satu acara pelancaran bagi produk basikal elektrik standard kebangsaan yang baharu, satu persidangan pembuatan dan pemadanan penjualan kenderaan elektrik tenaga baharu untuk negara-negara ASEAN, dan aktiviti tunggangan uji untuk produk basikal elektrik. Usaha ini bertujuan untuk terus menggalakkan pengiktirafan bersama bagi pensijilan untuk produk standard nasional baharu dalam pasaran ASEAN, meneroka satu model baharu bagi kerjasama industri yang menampilkan "Pengilangan Pintar dari China + Pembuatan dari ASEAN," dan menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan berkualiti tinggi bagi industri kenderaan elektrik tenaga baharu.

Pada tahun 2015, Daerah Gangbei telah merancang dan membina Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu China-ASEAN. Sepanjang 10 tahun yang lalu, pangkalan itu telah menarik lebih daripada 100 perusahaan kenderaan elektrik, dengan lebih 50 telah mula beroperasi. Ia telah membentuk satu kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 5 juta kenderaan elektrik beroda dua, 500,000 kenderaan elektrik beroda tiga, dan 5 juta set alat ganti dan komponen. Kadar sokongan tempatan mencapai 80%, dan pengaglomeratan jenama mereka, kadar sokongan komponen dan tahap kepintaran adalah di antara yang paling atas di China, sekali gus mewujudkan jenama "Kenderaan Elektrik Berkualiti, Buatan Guigang."

Dengan bergantung kepada satu rangkaian perindustrian yang lengkap, Daerah Gangbei menawarkan satu rangkaian penuh produk kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi, termasuk lebih 100 model seperti basikal elektrik, motosikal elektrik ringan dan motosikal elektrik berkelajuan tinggi. Produk-produk ini menyediakan pengangkutan hijau yang menjimatkan dan praktikal untuk pengguna di ASEAN dan di seluruh dunia. Pusat Pemeriksaan Kualiti Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu Guangxi di dalam daerah itu berada pada kedudukan di antara yang teratas di China dari segi keupayaan ujian, menyediakan sokongan mantap bagi kenderaan elektrik "Buatan Guigang" untuk memperoleh satu reputasi yang sangat baik di pasaran antarabangsa.

Daerah Gangbei terletak di persimpangan teras bagi Delta Sungai Mutiara di China Barat Daya, Teluk Beibu dan kalangan ekonomi ASEAN. Ia menikmati akses tanpa halangan ke kereta api berkelajuan tinggi, lebuh raya dan laluan air gred tinggi, dengan akses terus ke Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dalam tempoh masa 30 jam. Pelabuhan Guigang di daerah itu merupakan satu saluran penting bagi bahan dari China Barat Daya untuk dieksport ke Hong Kong SAR, Macau SAR, dan ASEAN, bagi menempatkan satu laluan emas yang menghubungkan pasaran global bagi industri kenderaan elektrik.

Sebagai sebuah pangkalan pengeluaran utama negara bagi industri kenderaan elektrik, Daerah Gangbei secara aktif membina sebuah platform terbuka bagi kerjasama luar untuk mempromosikan kemasukan industri kenderaan elektrik ke pasaran antarabangsa. Daerah Gangbei telah mengukuhkan kerjasama dengan jabatan-jabatan kebangsaan yang berkaitan, Persatuan Basikal China, dan persatuan kenderaan elektrik bagi pelbagai wilayah dan bandar raya, dan telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu selama empat tahun berturut-turut. Melalui aktiviti ini, perusahaan bukan sahaja dapat mengikuti aliran pasaran antarabangsa dan teknologi termaju tetapi juga menjalin hubungan kerjasama dengan rakan setara global, seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang untuk pengeksportan produk.

Pada masa ini, kenderaan elektrik yang dihasilkan di Daerah Gangbei telah dieksport ke negara-negara seperti India, Thailand, Belanda, Nepal, Peru, Costa Rica, dan Madagascar, dengan mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Pada masa hadapan, Daerah Gangbei akan terus memperluaskan pembukaan, meningkatkan daya saing industri, membolehkan lebih banyak kenderaan elektrik "Buatan Guigang" mencapai pasaran global, dan meningkatkan pengaruh antarabangsa bagi industri itu.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Bandar Raya Guigang

--BERNAMA

Bab Baharu bagi "Industri Manisan" – Catatan sejarah bagi Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Industri Gula Guangxi

Kawasan Pengeluaran Gula Daxin Guangxi

NANNING, China, 28 Ogos, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Terletak di selatan China, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, yang memanfaatkan lokasi geografinya yang unik dan keadaan iklimnya, telah menjadi pangkalan terbesar negara itu bagi penanaman tebu dan pengeluaran gula. Pengeluaran gula bagi industri gula Guangxi telah dengan stabil menyumbang bagi lebih 60% daripada jumlah pengeluaran gula China, sekali gus menjadikannya asas bagi industri gula negara itu.

Dengan latar belakang ini, beberapa wakil perusahaan gula moden telah muncul di Guangxi. Sebagai satu daripada 10 perusahaan gula paling utama di Guangxi, Guangxi Sungain Sugar Industry Group Co., Ltd. ialah sebuah syarikat kumpulan saham bersama persendirian dengan pengeluaran dan operasi gula tebu sebagai terasnya, yang disepadukan dengan pelaburan industri yang pelbagai. Kumpulan Sungain memiliki satu pangkalan tanaman tebu yang berskala besar; ia bukan sahaja berjaya mencapai satu susun atur pembangunan yang pelbagai tetapi juga memainkan sebuah demonstrasi dan peranan utama di dalam menggalakkan transformasi dan menaik taraf industri gula.

Pembangunan industri gula Guangxi telah menghasilkan manfaat sosial dan ekonomi yang ketara. Ia telah menambah baik faedah komprehensif bagi pertanian dan menjadi satu jaminan yang penting untuk pendapatan stabil petani di banyak kawasan penanaman tebu. Kedua, lanjutan bagi rantaian industri gula -- seperti penggunaan menyeluruh produk sampingan gula -- telah meningkatkan lagi kecekapan penggunaan sumber, membolehkan pembangunan hijau dan sekeliling. Selain itu, pertumbuhan perusahaan gula telah memberikan sokongan yang kukuh untuk kewangan tempatan, menggalakkan pembinaan infrastruktur bandar dan luar bandar serta persepaduan ekonomi serantau.

Memandang ke hadapan, di bawah garis panduan era baharu bagi inisiatif kebangsaan ke arah pencergasan semula luar bandar dan menyelaraskan pembangunan serantau, dan disokong oleh dasar-dasar berkaitan bagi kerajaan wilayah berautonomi, industri gula Guangxi terus mengukuhkan inovasi teknologi dan pembinaan jenama, serta mempercepatkan pembangunan ke arah transformasi mewah, pintar dan hijau. Dengan menggunakan teknologi baharu secara berkesan seperti pertanian digital dan pembuatan pintar, ia secara aktif menggalakkan penyepaduan industri gula dengan industri baru muncul, membentuk satu corak baharu bagi ekonomi gula moden dengan ciri-ciri Guangxi, dan menyumbangkan "kekuatan manisan" untuk memacukan kemakmuran ekonomi dan kemajuan sosial di dalam kawasan kumpulan etnik.

Sumber: Guangxi Sungain Sugar Industry Group Co., Ltd.

Kapsyen: Kawasan Pengeluaran Gula Daxin Guangxi

--BERNAMA

Wednesday, August 27, 2025

Bitget Mengeluarkan Bukti Rizab bagi Ogos 2025, Mengekalkan Nisbah Rizab Sebanyak 188%

VICTORIA, Seychelles, 27 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka dunia, telah mengeluarkan laporan Bukti Rizab (PoR) bagi Ogos 2025, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap ketelusan dan perlindungan pengguna. Menurut data terkini, Bitget mengekalkan tahap rizab yang jauh melebihi piawaian industri, dengan nisbah keseluruhan sebanyak 188% bagi aset utama.

Setakat 22 Ogos 2025, Bitget memegang 28,022.72 BTC dalam rizab berbanding 7,681.36 BTC dalam aset pengguna, mencerminkan nisbah rizab sebanyak 365%. Bagi USDT, bursa ini memegang 1,953,837,757.51 USDT berbanding 1,933,428,717.47 USDT dalam aset pengguna, memastikan nisbah rizab kekal sebanyak 101%. Rizab ETH Bitget kini mencecah 283,323.26 ETH, dua kali ganda daripada 141,470.62 ETH dalam aset pengguna, menandakan nisbah rizab yang kukuh sebanyak 200%. Bagi USDC pula. Platform ini menyimpan sebanyak 172,087,642.62 USDC, iaitu dua kali ganda daripada 86,012,252.81 USDC dalam aset pengguna, sekali lagi menunjukkan nisbah rizab sebanyak 200%. Peningkatan sebanyak 46% dalam rizab USDC Bitget berbanding bulan sebelumnya jelas mencerminkan kekuatan aset yang semakin kukuh serta keyakinan pengguna yang terus meningkat.

Angka-angka ini mengukuhkan lagi kedudukan Bitget sebagai salah satu platform paling telus dan selamat dalam industri, memandangkan ia secara konsisten mengekalkan lebih 100% daripada jumlah deposit pengguna bagi semua aset utama. Penerbitan berterusan laporan Bukti Rizab (PoR) oleh syarikat, yang disahkan melalui kaedah Merkle Tree, membolehkan pengguna menyemak baki akaun mereka secara bebas dan memastikan dana mereka sentiasa dilindungi sepenuhnya.

Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, berkata, "Di Bitget, ketelusan dan perlindungan pengguna bukan sekadar piawaian industri — ia adalah komitmen teras kami. Mengekalkan nisbah rizab sebanyak 188% merupakan sebahagian daripada misi berterusan kami untuk menyediakan platform yang selamat dan boleh dipercayai bagi pengguna global. Kami akan terus menetapkan penanda aras dalam melindungi aset, memberikan keyakinan kepada setiap pengguna untuk berdagang, melabur dan membina dalam ekosistem Web3 dengan jaminan bahawa dana mereka dilindungi sepenuhnya."

Dengan kemas kini bulan Ogos yang menunjukkan rizab kukuh merentasi semua aset utama, Bitget kekal menerajui bursa berpusat dalam menerbitkan Bukti Rizab yang bebas, boleh disahkan dan disokong oleh lebihan aset.

Untuk menyemak Bukti Rizab yang telah dikemas kini, sila layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eeebcf82-8ddc-4f15-a960-2fe13816eda2

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM
tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Filem Saga Dune terbitan Legendary Entertainment Kembali Lagi Memilih Abu Dhabi sebagai Lokasi Penggambaran Utama

 

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 27 Aug (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Abu Dhabi sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran utama bagi bab seterusnya dalam adaptasi sinematik Denis Villeneuve terhadap karya fiksyen sains klasik Frank Herbert, Dune.

Legendary Entertainment hari ini mengesahkan bahawa penggambaran bagi filem ketiga yang amat dinanti-nantikan akan sekali lagi berlangsung di padang pasir Liwa, Abu Dhabi. Dengan hamparan bukit pasir yang menjulang tinggi dan ufuk keemasan yang luas, lokasi ini dipilih bagi menghidupkan semula keindahan planet mitos Arrakis.  Filem ini akan meneruskan kisah epik Paul Atreides serta mengekalkan warisan kompleks pemerintahan empayar yang ditinggalkannya.

Penggambaran di bandar padang pasir tersebut dijadualkan bermula pada hujung tahun ini. Creative Media Authority Abu Dhabi dan Abu Dhabi Film Commission akan menyediakan sokongan logistik yang penting, manakala Image Nation berperanan sebagai rakan produksi utama.

Filem ini, sebagai kesinambungan kepada francais pemenang Anugerah Academy Award® terbitan Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures, akan turut menikmati insentif rebat pulangan tunai yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Filem Abu Dhabi.

Sejak pengenalan skim rebat pulangan tunai tersebut, Abu Dhabi telah menjadi lokasi penggambaran bagi lebih 180 produksi filem dan televisyen utama — termasuk F1® The Movie, Mission: ImpossibleStar WarsFast and FuriousSonic the Hedgehog, serta filem Netflix seperti 6 Underground dan War Machine. Hal ini mencerminkan kepelbagaian lokasi, bakat tempatan, serta insentif industri perfileman yang ditawarkan oleh emiriah ini.

Mengenai Creative Media Authority di Abu Dhabi

Misi Creative Media Authority (CMA) ialah untuk memperjuangkan penciptaan kandungan di Abu Dhabi dengan memperkasa para pencipta melalui panduan strategik, pembangunan bakat, sokongan kewangan serta mewujudkan persekitaran terkawal selia bertaraf dunia.

CMA telah dilancarkan dengan mandat untuk memastikan ekosistem yang sesuai tersedia bagi membolehkan pencipta kandungan berkembang maju.

Tanggungjawab pihak berkuasa ini merangkumi penyeliaan organisasi dan inisiatif strategik dalam industri kreatif Abu Dhabi, termasuk Image Nation Abu Dhabi dan Abu Dhabi Film Commission, serta inisiatif latihan dan pembangunan seperti Creative Lab dan Arab Film Studio.
https://www.cma.gov.ae/

Mengenai Abu Dhabi Film Commission

Ditubuhkan pada tahun 2009, Abu Dhabi Film Commission (ADFC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Abu Dhabi untuk menjadi destinasi global terkemuka dalam industri kreatif dan media. ADFC menyokong dan mempercepatkan pembangunan industri filem dan televisyen Abu Dhabi dengan mempromosikan Emiriah sebagai destinasi produksi bertaraf dunia serta menarik produksi tempatan, serantau dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.film.gov.ae

Mengenai Image Nation Abu Dhabi

Image Nation Abu Dhabi merupakan salah satu studio filem terkemuka di Timur Tengah dengan misi untuk membuka potensi bakat kreatif rantau ini dan membawa kisah-kisah penuh warna ke persada dunia.

Syarikat ini telah membina reputasinya dengan melangkaui sempadan dan membebaskan imaginasi melalui kandungan yang merangkumi filem dan program TV yang memenangi anugerah, dokumentari serta siri tanpa skrip, yang dihasilkan bersama rangkaian pencipta kandungan, pengedar dan saluran global. Dengan memacu idea, bakat dan perusahaan, studio ini menggalakkan dialog serta membina hubungan yang dapat merapatkan jurang budaya.

Produksi Image Nation telah ditayangkan di festival filem seluruh dunia dan menerima penghormatan tertinggi industri filem dan televisyen, termasuk Academy Award, BAFTA dan anugerah Emmy.

Dalam melaksanakan misinya, Image Nation turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Abu Dhabi untuk membentuk ekonomi yang kompetitif, mampan dan terbuka secara global, serta meletakkan emiriah tersebut sebagai hab penciptaan kandungan serantau.

Mengenai Legendary Entertainment

Legendary Entertainment merupakan syarikat media terkemuka yang merangkumi bahagian filem (Legendary Pictures), televisyen dan digital (Legendary Television and Digital Media), serta komik (Legendary Comics), yang komited untuk memiliki, menghasilkan dan menyampaikan kandungan kepada penonton di seluruh dunia. Legendary telah membina perpustakaan harta intelek media yang terkenal dan telah menempatkan dirinya sebagai jenama yang dipercayai, yang secara konsisten menghasilkan hiburan komersial berkualiti tinggi termasuk beberapa harta intelek paling popular di dunia. Secara keseluruhan, produksi terbitan Legendary Pictures telah menjana kutipan hampir AS$21 bilion di box office seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.legendary.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/36b0ee4e-00d4-4c48-8189-ddb615b69797

Hubungi: Tryph Greenwood tryph@thebrillcollective.com

SUMBER: Creative Media Authority

Tuesday, August 26, 2025

URUSAN RAKYAT LEBIH MUDAH, NEGERI SEMBILAN BUKA 10,000 PELUANG KERJA

SEREMBAN, 25 Ogos (Bernama) -- Usaha Kerajaan Negeri Sembilan mengurangkan kerenah birokrasi kini semakin dirasai rakyat dan peniaga.

Sebanyak 9 projek reformasi yang telah dilaksanakan memberi kesan limpahan ekonomi bernilai RM20 bilion kepada rakyat dan peniaga. Hasil daripada pelaksanaan ini, Negeri Sembilan diunjur mencatat pertumbuhan produktiviti sehingga 5% setahun, di samping membuka lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu di pelbagai sektor.
 
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan bahawa reformasi bukan sekadar mempercepatkan proses, tetapi turut melahirkan budaya kerja baharu dalam perkhidmatan awam.
 
“RKB memperkukuh DNA perkhidmatan awam dengan mewujudkan pengalaman positif kepada rakyat dan peniaga sebagai pelanggan, mengurus risiko dengan lebih baik, hingga menggunakan data secara bijak. Inilah semangat baharu perkhidmatan awam yang menyeluruh dan mesra rakyat,” katanya.
 
Kerajaan Negeri menegaskan bahawa usaha ini hanyalah permulaan. Tumpuan seterusnya ialah memperluas penggunaan digital dan AI dalam semua perkhidmatan kerajaan, supaya rakyat dan peniaga terus menikmati prosedur penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat, kos pematuhan yang rendah, dan pelaksanaan yang telus.
 
Ketua Pengarah MPC, Datuk Zahid bin Ismail turut menyatakan bahawa ”Pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi secara berterusan di Negeri Sembilan dapat mengangkat produktiviti negeri dan menjadi penanda aras bagi negeri lain dalam memperkasa komuniti dan daya saing negeri secara inklusif.”
 
Amalan baik dan model pelaksanaan projek RKB di Negeri Sembilan wajar diteladani oleh negeri‑negeri lain. Disiplin pelaksanaan, ukuran yang jelas dan akauntabiliti konsisten menjadi prasyarat bagi memastikan keberhasilan berterusan.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 019- 7181804
E-mel: nikhaneez@mpc.gov.my

--BERNAMA