Friday, October 2, 2015

PENGARAH RECALL AKAN DILANTIK KE LEMBAGA IRON MOUNTAIN

Neil Chatfield dan Wendy Murdock akan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif tertakluk kepada kejayaan menyiapkan pemerolehan Recall oleh Iron Mountain  

SYDNEY, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah peneraju dunia di dalam perkhidmatan penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa Neil Chatfield dan Wendy Murdock, yang pada masa ini berkhidmat sebagai pengarah bukan eksekutif di Recall, akan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif kepada Lembaga Iron Mountain Incorporated (NYSE: IRM) ("Iron Mountain"), sementara menunggu kejayaan menyiapkan pemerolehan Recall oleh Iron Mountain. 

Wednesday, September 30, 2015

APLIKASI CYPEERS™ MAIL BARU MENJADIKAN KESELAMATAN E-MEL SEMUDAH TEKAN TERA SAMPUL SURAT


SILICON VALLEY, Calif., 30 Sept (Bernama) -- Macate Group Corporation (Macate), pemaju program perisian dan teknologi mudah alih, mengumumkan pengedaran aplikasi mudah alih CyPeers ™ Mail, dengan alat-alat keselamatan mesra pelanggan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pelanggaran peraturan keselamatan data telah menjejaskan peruncit utama, kakitangan kerajaan dan juga selebriti - yang mempunyai akaun peribadi mereka digodam. Sekarang, para pengguna Android® dan iPhone® mempunyai cara baru untuk memastikan e-mel yang sangat sulit selamat semasa penghantaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8335

NANNING CITY DAN XINHUA NEWS AGENCY AKAN TERBITKAN INDEKS MONETARI CHINA-ASEAN

NANNING, China, 30 Sept (Bernama) -- Baru-baru ini, , Xinhua News Agency menandatangani perjanjian dengan Bandar Raya ibu negeri  Nanning, Wilayah Autonomi  Guangxi Zhuang  di Selatan China, bagi mengumpul dan menerbitkan Indeks Monetari  China-ASEAN  (CAMI).

CAMI ialah komponen asas platform maklumat kewangan Pelabuhan Maklumat 'China-ASEAN , menggunakan indeks Dolar US dan Indeks Euro sebagai rujukan.

CAMI merupakan representasi komprehensif  naik turun kadar tukaran mata wang antara   RMB China dan mata wang-mata wang negara ASEAN berasaskan data kadar tukaran monetari mata wang utama dagangan antara China dan ASEAN.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8341

NANNING SALURAN MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA CHINA DAN ASEAN

NANNING, China, 30 Sept (Bernama) -- Ekspo ke-12  China-ASEAN (CAEXPO) ditutup pada 21 Sept di Bandar Raya Nanning selepas mengadakan 21 forum tahap tinggi dan menandatangani 62 kontrak antarabangsa dan 107 kontrak domestik bagi kerjasama ekonomi.
 
Sebagai lokasi tetap  CAEXPO sejak 2004, Nanning telah menjadi saluran penting dalam memperkukuh kerjasama antara China dan  negara anggota ASEAN selain menghubungkan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8340

NORTH FACE PERKENAL "JANGAN BERHENTI"

ALAMEDA, Calif., 30 Sept (Bernama) -- North Face hari ini melancarkan kempen jenama global pertamanya, "Jangan Berhenti." Kempen, yang mempunyai rakaman sinematik dikumpulkan dari seluruh dunia, membawa penonton pada satu perjalanan emosi inspirasi mereka untuk mencari kegembiraan yang hidup di pinggir luar kemungkinan fizikal dan intelektual mereka.

"Sama ada ia epik atau sehari-hari, kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencari perkara yang mereka suka, dan bertungkus-lumus mencarinya," kata Todd Spaletto, presiden North Face. "Berdasarkan kempen kami di Amerika Syarikat, 'Jangan Berhenti' menampilkan orang-orang yang mempunyai semangat penerokaan."


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8333

PERNIAGAAN KESIHATAN PENGGUNA MERCK MENGHARAPKAN PERTUMBUHAN DI AMERIKA LATIN

DARMSTADT, Jerman, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Merck, sebuah syarikat terkemuka bagi produk-produk berinovatif, berkualiti tinggi dan berteknologi tinggi dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan-bahan prestasi, menjangka rantau Amerika Latin akan mengekalkan pertumbuhan mereka dalam perniagaan Kesihatan Pengguna, ketika permintaan untuk barangan pengguna di rantau itu sentiasa meningkat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8339

POLPHARMA MELANTIK CEO BAHARU

STAROGARD GDANSKI, Poland, 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 8 Oktober 2015, Dr Maurice Chagnaud akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Polpharma yang baharu. Polpharma merupakan kumpulan farmaseutikal yang terbesar di Poland. Dr Chagnaud, yang mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun di peringkat pengurusan tertinggi dalam industri farmaseutikal Eropah, dijangka terus memacu perkembangan Polpharma menjadi peneraju serantau di CEE, CIS dan Asia Tengah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8332