Penulis laporan itu, Christine Tenneson, adalah seorang Pengarah Penyelidikan yang menyokong penyelidikan pasukan perkhidmatan Perniagaan dan Teknologi Terurus Gartner. Dalam laporan itu beliau telah mengkategorikan pembekal penyelenggaraan pihak ketiga mengikut kumpulan nama seperti berikut: Bintang Utama, Bintang Meningkat Naik, Pengganggu, Penyokong Setia dan Peserta Perkakasan Sekunder. Bintang Utama dikenal pasti dengan sifat-sifat/ ciri-ciri berikut:
Saturday, April 2, 2016
SYSTEMS MAINTENANCE SERVICES DIBERI PUJIAN DALAM PENYELENGGARAAN LANDSKAP KOMPETITIF PIHAK KETIGA GARTNER
CHARLOTTE, N.C., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Systems Maintenance Services (SMS) telah dikenal pasti sebagai sebuah Bintang Utama oleh Gartner bagi Pusat Data Pihak Ketiga dan Rangkaian Penyelenggaraan untuk Pusat Data dalam laporan Mac 2016 mereka yang bertajuk "Landskap Berdaya Saing: Pusat Data dan Pembekal Perkhidmatan Penyelenggaraan Rangkaian Pihak Ketiga [ID G00294372]." Laporan itu menyatakan, "Tumpuan bagi dokumen ini adalah pada pasaran Penyelenggaraan Pihak Ketiga (TPM) untuk pusat data dan sokongan rangkaian, di mana penyelenggaraan disediakan secara bebas daripada pengeluar peralatan asal atau OEM."
Friday, April 1, 2016
NTT COM MEMPERLUAS ID FEDERATION UNTUK PERUSAHAAN
Perkhidmatan pengurusan ID yang dipermudahkan kini boleh
didapati di Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Vietnam
TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan jualan ID Federation ke luar negara, satu Identiti sebagai satu Perkhidmatan (IDaaS) yang membolehkan aplikasi perniagaan yang pelbagai untuk digunakan dengan mudah dan secara selamat dengan menggunakan satu ID, bermula 1 April 2016.
WISEKEY AKAN DISENARAIKAN DI SIX SWISS EXCHANGE PADA 31 MAC, 2016
WISeKey International
Holding Ltd ("WIHN") mengumumkan kejayaan penawaran bursa bagi
saham-saham WISeKey SA – Sebanyak 90.9% ditawarkan
Penyenaraian dan dagangan
hari pertama Saham WIHN Kelas B di SIX Swiss Exchange pada 31 Mac, 2016
ZUG, Switzerland, 31 Mac
(Bernama-BUSINESS
WIRE) -- WISeKey International
Holding Ltd ("WIHN")
hari ini mengumumkan bahawa ia telah dengan jayanya melengkapkan kesemua
langkah untuk menyenaraikan sahamnya yang berdaftar, dengan nilai nominal CHF
0.05 ("Saham Kelas
B"), di SIX Swiss Exchange atau Bursa Saham Switzerland
pada 31 Mac 2016:
KER1M MELALUI MCPF SUMBANGKAN 5 UNIT KERUSI RODA KEPADA PASUKAN SSPDRM
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menyerahkan sumbangan kerusi roda sebanyak 5 unit kepada Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (SSPDRM) Kontigen Pulau Pinang melalui Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang berlangsung di Ibu Pejabat MCPF hari ini.
Menurut Dato’ Ranjith, KER1M komited dan konsisten dalam membantu, memberi sumbangan serta penghargaan kepada warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang selama ini berkhidmat kepada rakyat demi menjaga keselamatan negara.
FUKUSHIMA AKAN MEMAPARKAN DOKUMENTARI FILEM ANIMASI "LIMA TAHUN SELEPAS GEMPA BUMI JEPUN TIMUR YANG DAHSYAT"
"Surat untuk Masa Hadapan – Dalam Perjalanan Kami ke Sana-" – Laman Web Khas: http://miraitegami.jp/en/
Melenyapkan Khabar Angin yang Memudaratkan dan Menunjukkan Realiti Masa Kini Fukushima yang Dilanda Bencana
FUKUSHIMA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan wilayah Fukushima telah mengeluarkan satu siri dokumentari animasi yang bertajuk "Surat untuk Masa Hadapan – Dalam Perjalanan Kami ke Sana-" pada 15 Februari 2016. Disampaikan sebagai sebuah antologi yang berdasarkan kepada cerita benar, animasi itu menggambarkan peristiwa yang berlaku selepas Gempa Bumi Jepun Timur yang Dahsyat dan pelbagai emosi yang dialami oleh penduduk di wilayah itu. Filem-filem animasi itu boleh diperolehi di laman web yang diwujudkan khas di: http://miraitegami.jp/en/.
Thursday, March 31, 2016
OGFICE MENYEDIAKAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA INDONESIA, MALAYSIA, DAN TIMOR TIMUR MELALUI PROGRAM TAHUN KEWANGAN 2015 MEREKA
Bantuan diberikan kepada Asia Tenggara dan
wilayah lain dalam bidang pendidikan, ahli akademik, sains dan teknologi
melebihi 457 juta yen untuk tempoh 24 tahun
OSAKA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE) telah mengumumkan peruntukannya bagi bantuan pelajaran kepada Indonesia, Malaysia, dan Timor Timur melalui program bantuan yang dilengkapkan pada tahun kewangan 2015. Termasuk jumlah bantuan fiskal tahun ini sebanyak 26.77 juta yen, yayasan itu telah menyediakan sejumlah 457 juta yen dalam bentuk bantuan untuk sepanjang tempoh 24 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1992.
Tuesday, March 29, 2016
AGROBANK TERUS MENYOKONG MAHA 2016 DENGAN TAWARAN HADIAH KERETA PACUAN EMPAT RODA
PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Agrobank
hari ini menyatakan komitmen dan sokongannya dengan menyertai pameran
“Malaysian Horticulture and Agriculture” (MAHA) 2016 yang akan
berlangsung pada 24 November – 4 Disember 2016 di MAEPS, Serdang.
Seperti penyertaan Agrobank di MAHA tahun lalu, kempen-kempen anjuran Agrobank menawarkan hadiah menarik sebagai daya tarikan kepada pengunjung untuk datang ke ruang pameran Agrobank serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui manfaat berkenaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank.
Subscribe to:
Posts (Atom)