Tuesday, July 5, 2016

MCMC ANJUR PROGRAM ADVOKASI BERSAMA KOMUNITI

SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan anjuran Pejabat Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan asnaf dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah.
 
Seramai 52 anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Bakti Al Kausar telah hadir pada program advokasi KDB@Ramadan yang berlangsung di Wisma PKPS, Shah Alam.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9126

Monday, July 4, 2016

LEBIH 2000 INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR NEGARA TERIMA KAD UNIONPAY UNTUK PEMBAYARAN TUISYEN -- UNIONPAY INTERNATIONAL MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MEREKA BAGI PELAJAR YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA

SHANGHAI, China, 1 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay untuk pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara telah diperluaskan daripada pembayaran tuisyen kepada semua aspek kehidupan seharian. Pada 1 Julai, UnionPay International mengumumkan bahawa kini lebih 2,000 institusi pendidikan luar negara menerima kad UnionPay untuk pembayaran tuisyen, yang meliputi sekolah-sekolah yang terkenal di destinasi popular, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Menurut data awam, bilangan pelajar China yang belajar di luar negara telah melebihi 500,000 orang pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak kira-kira 14%. China kini merupakan negara sumber terbesar pelajar antarabangsa untuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia. Dalam konteks ini, UnionPay International terus meningkatkan perkhidmatan pembayaran mereka bagi pelajar-pelajar ini.
 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9124

"ANUGERAH PELAJAR CM GATSBY," PERTANDINGAN VIDEO KOMERSIAL UNTUK PELAJAR, AKAN DIPERKEMBANGKAN KEPADA "ANUGERAH KREATIF GATSBY," VENUE YANG LEBIH KREATIF, LEBIH RAPAT DENGAN PENGGUNA!

OSAKA, Jepun, 1 Julai (Bernama-AsiaNet) -- 

- Hasil kerja dipohon dari 10 buah Negara/Wilayah sehingga 31 Oktober, 2016 -

Mandom Corp. yang berpangkalan di Osaka akan mengadakan "ANUGERAH KREATIF GATSBY," satu pertandingan video komersial TV yang memaparkan produk dandanan lelaki berjenama GATSBY. Pertandingan itu telah diadakan dengan diberi nama "Anugerah Pelajar CM GATSBY" sebanyak 10 kali, dan akan dinaik taraf sebagai "ANUGERAH KREATIF GATSBY" pada tahun 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9121

Saturday, July 2, 2016

PENYERTAAN DIPELAWA BAGI FESTIVAL KESENIAN MEDIA JEPUN KE-20

TOKYO, 30 Jun (Bernama-AsiaNet) --

Jawatankuasa Eksekutif Festival Kesenian Media Jepun akan menganjurkan Festival Kesenian Media Jepun ke-20. Kami akan menerima penyertaan tidak lama lagi yang memaparkan bentuk baharu ekspresi yang mencerminkan zaman moden kita pada masa ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9114

Friday, July 1, 2016

CABARAN "WASHOKU" SEDUNIA 2016: PENYERTAAN DIPELAWA UNTUK PERTANDINGAN MASAKAN JEPUN BAGI BUKAN WARGANEGARA JEPUN

TOKYO, 30 Jun (Bernama-AsiaNet) -- Cabaran Washoku Sedunia (WWC) 2016, satu pertandingan "washoku," atau masakan Jepun, yang terhad kepada warga asing, sekali lagi akan diadakan pada tahun ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun. Acara itu bertujuan untuk mengenal pasti individu berbakat yang terlibat dalam bidang masakan Jepun di negara dan wilayah yang berlainan, dan mempopularkan lagi daya tarikan istimewa makanan Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9112

TOSHIBA LANCAR PENCAHAYAAN PEMACU IC LED DENGAN INPUT WAYAR TUNGGAL

- LDO terbina dalam dan pin rantaian daisy merealisasikan pengecilan modul LED

TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62D786FTG", sebuah pemacu IC LED yang baharu dengan input wayar tunggal dan output 9 saluran, untuk peralatan hiburan dan aplikasi pencahayaan LED. Pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada musim luruh ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9111

BENTLEY DAN SHELL UMUM PERJANJIAN RANGKA KERJA GLOBAL

ProjectWise ConstructSim Meningkatkan Pelaksanaan Pembinaan Projek Modal melalui Pengemasan Kerja Termaju

EXTON, Pa., 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bentley Systems, Incorporated, sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian perisian yang menyeluruh bagi kemaraan infrastruktur, hari ini mengumumkan satu Perjanjian Rangka Kerja Global yang baharu dengan Shell. Perjanjian itu bertujuan untuk meningkatkan pelaksanaan pembinaan projek modal Shell menerusi penyelesaian pengurusan pembinaan 4D/5D automatik yang disediakan oleh Bentley sebagai satu perkhidmatan terurus. Penyelesaian itu, yang didasarkan kepadaProjectWise ConstructSim oleh Bentley, akan digunakan sebagai sebahagian daripada program ProjectVantage Shell. Penawaran yang berinovatif ini, yang memudahkan pakej kerja untuk kejuruteraan, pembinaan, dan pemasangan, mematuhi metodologi Pengemasan Kerja Termaju (AWP) bagi Institut Industri Pembinaan (CII).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9115