Tuesday, July 12, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO AKAN BUKA ARAS BAHARU KELAB "PREMIER GRAND" PADA DISEMBER, 2016

Memperkukuhkan Barisan Kemudahan dan Perkhidmatan Atasan

TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memulakan pengubahsuaian 11 bilik suite dan 100 bilik kelab. Pada masa yang sama, satu Ruang Istirahat Kelab atau Club Lounge khas akan dibuka di aras atas tingkat ke-45 di menara utama dan mula beroperasi dari Disember, 2016. Tumpuan khas akan diberikan dalam membuat penambahbaikan yang signifikan kepada kemudahan untuk menghasilkan pengalaman tetamu di hotel kami lebih selesa dan menyeronokkan. Sebanyak JPY 2.5 bilion akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9141

EKSPO CHINA-ASEAN KE-13 UNTUK TINGKATKAN PELABURAN PERUSAHAAN CHINA DI ASEAN

NANNING, China, 12 Julai (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) mengumumkan program penggalakan perdagangan dan pelaburan yang akan dilancarkan semasa Ekspo tahun ini pada 5 Julai, untuk menggalakkan strategi “globalisasi" dan pelaburan perusahaan China di negara-negara ASEAN. Persidangan penggalakan pelaburan berprofil tinggi itu mengenai taman-taman perindustrian ASEAN dan simposium mencari pasangan China-ASEAN berhubung projek-projek pelaburan dan pembiayaan akan diberikan keutamaan yang tinggi semasa Ekspo berkenaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9142

Monday, July 11, 2016

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO UNTUK PENGUJI SEMIKONDUKTOR DALAM PAKEJ PALING KECIL INDUSTRI

Untuk kawalan arus besar 1.5A dan operasi Celsius 110 darjah 

TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation(TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto dalam pakej industri paling kecil [1].Penghantaran bermula dari hari ini.


TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO KAWALAN BESAR DALAM PAKEJ KECIL

Barisan untuk 1.7A hingga 4A dalam pakej 2.54SOP4 dan 2.54SOP6
 
TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto kawalan arus besar, untuk arus dalam lingkungan 1.7A hingga 4A, dalam pakej kecil 2.54SOP4 dan 2.54SOP6. Penghantaran bermula dari hari ini. Aplikasi bagi barisan baharu untuk empat produk, TLP3106, TLP3107, TLP3109 dan TLP3127, termasuk pengawal logik boleh atur cara (PLC), sistem pengurusan bateri (BMS) dan penyongsang automasi kilang. Geganti foto baharu itu menggunakan MOSFET trenc generasi terkini Toshiba untuk mengawal arus besar pada tahap yang setara yang biasanya dikendalikan oleh geganti mekanikal[1]. Berbanding dengan geganti mekanikal, yang mempunyai hubungan mekanikal, geganti foto mempunyai kelebihan dalam menghasilkan bunyi yang lebih rendah dan tiada kemerosotan yang disebabkan oleh hubungan dengan pemakaian.


MCLAREN-HONDA DAN NTT COMMUNICATIONS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN TIGA TAHUN

Rangkaian, awan, penyambungan data dan inovasi lain untuk melonjakkan sempadan sukan permotoran
 
WOKING, United Kingdom & TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --McLaren-Honda, sebuah pelopor selama lebih 50 tahun dalam Formula 1, dan NTT Communications Corporation, penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan permulaan satu perkongsian teknologi selama tiga tahun.


UNIONPAY INTERNATIONAL LANCAR "YOUJIHUA" UNTUK TINGKATKAN PENGALAMAN PENGGUNA MERENTAS SEMPADAN - DISKAUN SEGERA BOLEH DINIKMATI UNTUK KALI PERTAMA

SHANGHAI, China, 6 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 6 Julai, UnionPay International dan rakan-rakan pertamanya bersama-sama melancarkan "YouJiHua", platform pemasaran merentas sempadan terbuka yang pertama di dunia yang dibangunkan oleh satu skim kad bank. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, dan pemimpin Bank of China, China Merchants Bank, CYTS, Ctrip, Spring Airlines, SaSa Hong Kong, Prince Jewellery & Watch, LUKFOOK JEWELLERY dan ISA, menghadiri majlis berkenaan.


TOKYO SKYTREE (SM) MENGELUARKAN "TIKET KOMBO FAST SKYTREE" KE DEK PEMERHATIAN BAGI PELAWAT ANTARABANGSA

TOKYO, 8 Julai, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
TOKYO SKYTREE, yang dikendalikan oleh TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD., mengeluarkan "Tiket Kombo Fast Skytree" untuk ke dek pemerhatian di menara itu, "Dek Tembo" dan "Tembo Galleria" yang secara eksklusif untuk pelawat dari luar negara pada 1 Julai, 2016. Sistem bayaran masuk telah juga dipermudahkan di bawah tiket baharu itu, yang lebih mudah bagi pelancong ke dalam negara untuk memahaminya.