- Menggalakkan Penggunaan Fungsi Komunikasi bagi Peranti Pemacu Bateri Syiling -
TOKYO, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran tiga litar bersepadu (IC) baharu "TC35678FSG", "TC35678FXG" dan "TC35679FSG" sebagai tambahan kepada barisan IC yang menyokong komunikasi Bluetooth® Kuasa Rendah (LE)[1] ver.4.1. Pada voltan bekalan 3V, IC baharu itu mengambil hanya kurang separuh daripada kuasa produk Toshiba[2] sebelum ini, dan merealisasikan penggunaan semasa yang setanding dengan yang paling rendah di dalam industri[3] itu. Penghantaran sampel bermula hari ini, dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir tahun 2016 bagi produk "TC35678FXG" dan pada awal tahun 2017 bagi kedua-dua IC yang lain.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9149
Friday, July 15, 2016
Wednesday, July 13, 2016
NTT COMMUNICATIONS LANCAR PERKHIDMATAN INTERNET DIGI-PATH PREMIER UNTUK PERUSAHAAN DI YANGON, MYANMAR
Memperoleh lesen perkhidmatan komunikasi untuk
menyampaikan penyelesaian sehenti ICT
TOKYO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima lesen perkhidmatan rangkaian daripada Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar dan telah mula menawarkan penyambungan internet yang boleh dipercayai, berkelajuan tinggi untuk kegunaan perusahaan di seluruh kawasan Yangon bagi fasa pertama, berkuat kuasa serta merta.

FOLEY HOAG RAIH KEMENANGAN BERSEJARAH UNTUK FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN
Tribunal Timbang Tara Mengecam "Garisan 9 Sempang" China dan Mengekalkan Hak Maritim Filipina
WASHINGTON, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu tribunal timbang tara antarabangsa hari ini sebulat suara mengekalkan tuntutan Filipina dalam timbang tara yang menarik perhatian ramai terhadap China. Tribunal itu menolak tuntutan China kepada "hak-hak sejarah" di dalam kawasan maritim yang diliputi oleh apa yang dipanggil sebagai "garisan sembilan sempang" sebagai tidak selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut.
HUNTER ULTRASONICS MENGGESA BAGI SATU CARA YANG LEBIH HIJAU UNTUK MEMBERSIHKAN PENAPIS ENJIN DIESEL
Peraturan alam sekitar terlepas sasaran dalam mengurangkan pelepasan karbon pada enjin diesel
TORONTO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peraturan-peraturan, yang mencakupi daripada garis panduan Perjanjian Paris 2015 yang meluas kepada mandat ke atas kenderaan yang tidak berada di jalan raya, kesemuanya bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Namun, seperti mana yang dinyatakan oleh Ken Hunter, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hunter Ultrasonics, dalam satu artikel baru-baru ini, langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran tidak memasukkan satu elemen penting di dalam proses itu – pembersihan penapis enjin secara tetap dan menyeluruh.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9144

C.H. ROBINSON DIUNDI 3PL #1 OLEH PEMBACA INBOUND LOGISTICS UNTUK TAHUN KEENAM
EDEN PRAIRIE, Minn., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C.H. Robinson, sebuah peneraju global dalam logistik pihak ketiga (3PL), dinamakan 3PL #1 oleh pembaca malajah Inbound Logistics untuk tahun keenam berturut-turut.
"Pekerja kami berdedikasi dalam menyediakan kepada pelanggan kami, pembawa kontrak, pembekal dan pemangkin dengan penyelesaian dan perkhidmatan untuk menjadikan rantaian bekalan mereka lebih berdaya saing," kata John Wiehoff, ketua pegawai eksekutif C.H. Robinson. "Penghormatan ini adalah untuk pekerja kami — lebih 13,000 orang pekerja di seluruh dunia yang mempamerkan pada setiap hari bagaimana C.H. Robinson percaya dalam membantu pelanggan kami bekerja lebih bijak, dan bukannya lebih kuat."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9143

Tuesday, July 12, 2016
ACQUIRO BUKA PEJABAT SINGAPURA UNTUK TINGKATKAN KEHADIRANNYA MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK
Lokasi Baharu Mewakili Pelaburan Tambahan oleh Selling Simplified
Group untuk Memanfaatkan
Peluang yang Berkembang di dalam Segmen Kualiti Data Pemasaran
GREENWOOD VILLAGE, Colo., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --Dengan piagamnya dan tumpuan untuk meningkatkan kualiti data pemasaran bagi pasukan jualan dan pemasaran pasukan-pasukan pada hari ini, Acquiro, sebuah vendor penyelesaian teknologi pemasaran yang dilancarkan pada awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Singapura. Acquiro – sebahagian daripada Selling Simplified Group (SSG) – telah ditubuhkan dengan misi membawa kepada penyelesaian kualiti data pasaran yang direka untuk meningkatkan secara mendadak pendapatan sesebuah syarikat dengan mengesah dan memperkayakan data hubungan utama.
UNILEVER JAPAN K.K. LANCAR KEMPEN BAHARU UNTUK MENYOKONG MEREKA YANG MEMAKAI PELINDUNG KEPALA UNTUK BEKERJA
TOKYO, 5 Julai, (Bernama-AsiaNet) --
| Unilever Japan K.K. telah melancarkan satu kempen bertajuk "Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala." untuk mempromosikan CLEAR, sejenis syampu penjagaan kulit kepala yang merupakan jenama syampu lelaki paling laris di dunia (*1). Kempen itu adalah juga projek pertama di dunia (*2) bagi menggalakkan syarikat-syarikat dan pasukan sukan untuk menyediakan syampu kepada pekerja dan pemain mereka yang memakai penutup kepala untuk tugasan mereka, sekali gus mendedahkan kulit kepala mereka kepada risiko. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9135 |
Subscribe to:
Posts (Atom)