Friday, July 22, 2016

JOY GLOBAL UMUM PERJANJIAN UNTUK DIAMBIL ALIH OLEH KOMATSU DALAM URUS NIAGA TUNAI BERNILAI $3.7 BILION

Menyampaikan premium tunai yang cukup besar kepada pemegang saham Joy Global
Komatsu komited kepada pertumbuhan jangka panjang untuk Joy Global, yang akan beroperasi sebagai anak syarikat berasingan bagi Komatsu

MILWAUKEE, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Joy Global Inc. (NYSE: JOY) ("Joy Global"), sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian perlombongan produktiviti tinggi, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarahnya telah sebulat suara meluluskan satu perjanjian penggabungan muktamad di mana Komatsu America Corp., sebuah anak syarikat Komatsu Ltd. (TYO: 6301) ("Komatsu"), akan memperoleh Joy Global dalam satu urus niaga yang bernilai kira-kira $3.7 bilion, termasuk hutang tertunggak Joy Global. Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham Joy Global akan menerima $28.30 sesaham dalam bentuk tunai bagi setiap saham tertunggak untuk saham biasa yang dipegang, yang mewakili premium sebanyak 48% kepada jumlah purata wajaran harga penutup bagi saham biasa Joy Global untuk 90 hari perdagangan dan premium sebanyak 41%  kepada jumlah purata wajaran harga penutup saham biasa Joy Global bagi tempoh 60 hari perdagangan sebelum 21 Julai 2016.


GENIEE INC. MENGUMUMKAN NOTIS BAGI SATU PERTAMBAHAN MODAL MELALUI PENGUNTUKAN PIHAK KETIGA DAN PEMINDAHAN SAHAM TERTUNGGAK

TOKYO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa hari ini ia akan melaksanakan satu kenaikan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak yang diperuntukkan kepada Fenox Venture Capital serta BRV Japan Advisers dan dua buah syarikat lain.
  • BRV Japan Advisers Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: John Lee; kemudian daripada ini, "BRV")
  • Anchor Advisors Inc. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: Shinichi Muto; kemudian daripada ini, "Anchor Advisors")
  • Mizuho Capital Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Chiyoda-ku, Tokyo; Presiden: Hajime Saito; kemudian daripada ini, "Mizuho Capital")
  • Fenox Venture Capital (Ibu Pejabat: Lembah Silikon, Amerika Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif: Anis Uzzaman; kemudian daripada ini, "Fenox VC")

1. Tujuan peningkatan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9166

Tuesday, July 19, 2016

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO DALAM PAKEJ DIP8 DENGAN ARUS PEMACU 5A YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

Barisan produk arus besar dipertingkatkan untuk menggantikan geganti mekanikal di dalam penggunaan industri
 
TOKYO, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan tiga produk baharu kepada barisan geganti foto mereka yang boleh menggantikan geganti mekanikal dalam aplikasi industri, termasuk arus pemacu besar 5A[1] yang terkemuka di dalam industri bagi geganti foto pakej DIP8. Penghantaran produk baharu itu, "TLP3547", "TLP3548" dan "TLP3549", bermula dari hari ini.
 
"TLP3547" adalah sejenis produk 60V dengan arus pemacu besar 5A (maksimum)[1] yang terkemuka di dalam industri bagi pakej geganti foto DIP8. "TLP3548" adalah sejenis produk 400V dengan arus pemacu 0.4A (maksimum) dan pensuisan berkelajuan tinggi 1ms (maksimum.). "TLP3549" adalah geganti foto yang pertama[2] yang menggunakan struktur super-junction MOSFET, "siri DTMOS", dan adalah sejenis produk 600V dengan pemacu arus 0.6A (maksimum).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9162

Monday, July 18, 2016

LEIGH TERRY DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI IPG MEDIABRANDS APAC

NEW YORK, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketua Pegawai Eksekutif Global IPG Mediabrands Henry Tajer telah mengumumkan pelantikan Leigh Terry sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi IPG Mediabrands di Asia Pasifik. Terry adalah seorang inovator media dan pemimpin yang dipandang tinggi dengan kerjaya beliau menjangkau ke Eropah dan Pasifik.

"Asia Pasifik adalah satu keutamaan penting bagi pelaburan serantau dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Tajer. "Rantau itu terus menawarkan potensi yang besar bagi pelanggan kami dan perniagaan kami dan Leigh memiliki bakat, pengalaman dan wawasan untuk melaksanakan rancangan kami yang telah dirangka."

Beliau berkata, "Leigh adalah seorang eksekutif yang sangat dihormati dan efektif yang telah berada dalam senarai paling dikehendaki kami untuk tempoh yang agak lama dan saya sangat teruja beliau telah memilih untuk menyertai kami."


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9157

MIC Sasar Lebih Banyak Program Peningkatan Ekonomi Masyarakat India

BANTING, 17 Julai (Bernama) -- MIC menyasarkan untuk memperbanyakkan program peningkatan ekonomi masyarakat India selain membantu memperluas pasaran produk keluaran kaum itu bagi meningkatkan pendapatan mereka.


Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tersebut akan disokong dengan penyaluran pelbagai bantuan dan dana yang diperuntukkan kerajaan untuk kaum India setiap tahun secara lebih komprehensif.




Friday, July 15, 2016

AFLES 2016 Sasar Tingkatkan Pelajar ASEAN Keupayaan Kepimpinan

NILAI, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Pemimpin Masa Depan ASEAN keempat (AFLES 2016) yang dirasmikan hari ini di sini, bertujuan meningkatkan pelajar yang mengambil bahagian dari universiti ASEAN dengan keupayaan kepimpinan.


AFLES 2016 yang berlangsung selama 10 hari bermula Rabu lepas membabitkan 170 delegasi dari 10 negara ASEAN dan Pakistan, berhasrat untuk memupuk, melatih dan mendidik pemimpin masa depan di institusi pengajian tinggi ke arah yang lebih baik saling bergantungan, penggubalan dasar dan masa depan yang mampan.



MEDIA PARTNERS ASIA: INDUSTRI TV BERBAYAR DI ASIA PASIFIK MENGHADAPI PERTUMBUHAN YANG PERLAHAN

HONG KONG & SINGAPURA, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri TV berbayar di Asia Pasifik akan berkembang pada kadar purata tahunan 5.8% dari tahun 2016 hingga 2021, menurut satu laporan baharu, Pasaran TV Berbayar & Jalur Lebar Asia Pasifik, yang diterbitkan oleh penganalisis terkemuka industriMedia Partners Asia (MPA).
 
MPA mensasarkan jualan industri TV berbayar merentasi 18 pasaran utama di Asia Pasifik akan meningkat daripada AS$54 bilion pada tahun 2016 kepada AS$72 bilion menjelang tahun 2021, dan seterusnya meningkat kepada AS$81 bilion menjelang tahun 2025. Kadar pertumbuhan pelanggan TV berbayar dan pendapatan bagaimanapun adalah agak perlahan, disebabkan oleh kelembapan ekonomi dan persaingan yang semakin meningkat daripada kedua-dua alternatif yang sah dan tidak sah. Pertumbuhan pelanggan TV berbayar menurun atau mengecut dengan ketara khususnya di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Singapura.