TOKYO, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran besar-besaran "TC78S122FNG," sebuah pemacu stepping motor 2 saluran bipolar yang menawarkan voltan ketahanan output maksimum sebanyak 40V dan arus output 2.0A, akan bermula pada 5 Ogos. Syarikat itu juga menambah "TC78S122FTG" kepada barisan pemacu stepping motor mereka sebagai satu variasi pakej yang ditempatkan dalam pakej QFN yang lebih padat, dengan pengeluaran besar-besaran ditetapkan untuk bermula pada akhir Ogos.
Pemacu motor berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi yang termasuk alat pencetak, kamera pengawasan, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan oleh permintaan pelanggan untuk produk yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan haba yang dihasilkan di dalam peralatan dan penggunaan tenaga yang rendah bagi keseluruhan unit juga semakin penting.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9177
Thursday, July 28, 2016
NTT COMMUNICATIONS MEMPERLUASKAN KAWASAN PERKHIDMATAN ENTERPRISE CLOUD DAN FUNGSI-FUNGSI BAGI PERSEKITARAN ICT KONVENSIONAL DAN NATIF AWAN
TOKYO, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluaskan ketersediaan geografi dan menu perkhidmatan bagi perkhidmatan Enterprise Cloud mereka untuk awan yang dihoskan secara persendirian dan pelbagai penyewa. Tiga bidang perkhidmatan baharu — Jepun Barat ("JP2"), Hong Kong ("HK1”) dan Jerman ("DE1") — boleh didapati dengan kadar segera. Fungsi-fungsi baharu di kawasan Jepun Timur yang sedia ada ("JP1") akan termasuk penambahan berurutan bagi vSphere ESXi dan penyimpanan blok dengan jaminan prestasi IO (lihat lampiran untuk harga).
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9175
Wednesday, July 27, 2016
TINJAUAN GLOBAL DIKELUARKAN OLEH LAPORAN ISAPS MENINGKAT MELEBIHI SATU JUTA PROSEDUR KOSMETIK DAN ESTETIK DILAKUKAN PADA 2015
Dunia terus mencari nilai dalam pembedahan plastik estetik seperti yang ditunjukkan oleh bilangan prosedur yang berkembang
NEW YORK, 26 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) yang mencapai seluruh dunia adalah dikenali ramai dengan plastik global dan masyarakat pembedahan estetik. Pengumuman keputusan kajian prosedur yang ditunggu-tunggu menunjukkan peningkatan sebanyak lebih satu juta prosedur yang dilaporkan dari tahun 2014 hingga tahun 2015.
Data mengenai rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang dijalankan pada tahun 2015 telah dijadualkan daripada soal selidik dan dihantar kepada kira-kira 35,000 pakar bedah plastik di dalam pangkalan data proprietari ISAPS. ISAPS adalah satu-satunya organisasi yang mengumpul jenis data ini pada skala global dan kajian itu dilihat sebagai sumber yang berharga dalam bidang estetika.

Tuesday, July 26, 2016
ISOCOL HOLDINGS AG MEMOHON UNTUK DISENARAIKAN DI BURSA EURONEXT PARIS
ZURICH, Switzerland, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isocol Holdings AG telah memohon untuk disenaraikan di bursa Euronext Paris (Marché Libre).
Penyenaraian
yang dicadangkan membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan
global syarikat dan akan membantu memenuhi permintaan kukuh di pasaran
Eropah bagi produk utama syarikat iaitu Isocol™ Rubbing Alcohol
Antiseptic (Antiseptik Alkohol Gosok).
Selama
lebih daripada 30 tahun, Isocol™ telah menjadi produk yang perlu
dimiliki oleh setiap isi rumah Australia, dengan pelbagai aplikasi dari
pencucian am kepada rawatan kulit. Produk-produk Isocol™ dijual menerusi
lebih daripada 1,500 pasar raya terkemuka di Australia, termasuk
Woolworths, Coles dan IGA, dan juga 4,000 farmasi runcit yang merangkumi
rantaian kebangsaan Priceline, Terry White dan Amcal.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9172
Monday, July 25, 2016
ASIAN BANKING SCHOOL DAN OCBC BANK GANDING BAHU TINGKATKAN PIAWAIAN PROFESIONAL BIDANG PENGURUSAN KEKAYAAN
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Asian Banking School (ABS)
dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) telah berganding bahu untuk
meningkatkan tahap penguasaan pegawai bank dalam selok-belok bidang pengurusan
kekayaan menerusi program latihan 13-modul yang bermula bulan depan (Ogos).
Usaha sama yang belum pernah dilaksanakan ini melengkapkan para pengurus hubungan OCBC Bank dengan ilmu pengurusan terbaik demi manfaat pelanggan dan juga untuk diri mereka sendiri menerusi program mampan yang membina kerjaya dan mengukuhkan perspektif. Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC akan menyampaikan maklumat tentang trend, cabaran dan peluang dalam industri.
MDEC Bantu GHL Cari Rakan Kongsi Sesuai Untuk Berkembang
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), melalui hubungan dan usahanya, membantu GHL Systems Bhd bagi mencari rakan kongsi sesuai untuk berkembang.
Menurut kenyataan MDEC pada Khamis, GHL telah menetapkan visinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembayaran terbesar di ASEAN.
"Walaupun perniagaan teras GHL termasuk Perkhidmatan Perkongsian dan Perkhidmatan Penyelesaian, pertumbuhannya disokong oleh perniagaan transaksi pemerolehan pembayaran (TPA).
"Perniagaan TPA membolehkan GHL berhubung secara langsung dengan peniaga untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran kad kredit manakala bank berkenaan yang akan mendapat kebenaran bagi transaksi kad kredit," menurutnya.
Menurut MDEC, peralihan tumpuan itu telah mengubah syarikat daripada penjual perkakasan yang memperoleh pendapatan bukan berulang kepada peniaga menerima bayaran kad kredit dari bank yang mengeluarkan kad berkenaan dengan menjana perolehan anuiti berjumlah 94 peratus daripada perolehan keseluruhan kumpulan.
"Baru-baru ini, GHL mengembangkan perniagaan TPA dengan menjalinkan perkongsian dengan Rizal Commercial Banking Corporation, sebagai bank yang menguruskan bayaran melalui kad kredit atau debit bagi pihak peniaga di Filipina.
"Ini yang membantu syarikat mengukuhkan kedudukannya dalam negara," menurutnya.
-- BERNAMA

Friday, July 22, 2016
TRAVELSKY BERALIH KEPADA UNISYS AIRCORE UNTUK MEMODENKAN JUALAN DAN PERKHIDMATAN PENUMPANG SYARIKAT PENERBANGAN BAGI SYARIKAT PENERBANGAN CHINA
BEIJING, China, 20 Julai, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --
| Pembekal penyelesaian IT penerbangan yang terkemuka di China memperkemas dan meningkatkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang melalui penyelesaian sistem terbuka modular Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan bahawa TravelSky (http://www.travelsky.net/publish/english/index.html) telah berjaya melakukan peralihan kepada sistem penumpang Unisys AirCore generasi akan datang untuk memperkemas dan memodenkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang (PSS) bagi pelanggan syarikat penerbangan mereka. http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/aircore-airline-passenger-services http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9164 |
Subscribe to:
Posts (Atom)