Wednesday, October 5, 2016

INOVASI HIJAU, PEMBANGUNAN BERSAMA: PAMERAN PRODUK HUTAN ANTARABANGSA YIWU CHINA SEMAKIN HAMPIR

YIWU, China, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Produk Hutan Antarabangsa Yiwu China ke-9, yang akan diadakan pada 1 hingga 4 November, 2016 di Pusat Pameran Antarabangsa Yiwu, bakal berlangsung dalam masa satu bulan lagi dan pengambilan pempamer, tarikan pelaburan dan aktiviti sokongan yang lain telah berada di fasa akhir.


Beribu-ribu pembekal berkualiti dan lebih 100,000 pembeli dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di Pameran itu di mana teknologi dan produk perhutanan yang paling maju di China, inovasi perhutanan yang paling popular, dan produk ekologi asal akan dipaparkan. Pengunjung akan menikmati suatu pengalaman hijau dan meriah di Pameran itu.


LIGHT REACTION DILANCARKAN DI VIETNAM

Perniagaan Prestasi Global Menyampaikan Jaminan Hasil melalui Model Media Yang Berinovatif, Bayar untuk Prestasi 

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) --Light Reaction, sebuah perniagaan pengiklanan yang didorong oleh prestasi keputusan yang merupakan sebahagian daripada Xaxis, hari ini mengumumkan pelancaran operasi di Vietnam. Model media Light Reaction bayar untuk prestasi menyediakan kepada pengiklan dengan satu cara yang bebas daripada risiko untuk memacukan hasil sebenar seperti jualan, langganan dan bentuk penglibatan konkrit yang lain, membayar hanya untuk keputusan pengguna yang jelas. Dengan pelancaran hari ini di Vietnam, Light Reaction kini boleh didapati di 32 pasaran di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia dan Timur Tengah.


Light Reaction memperolehi keputusan yang terbaik dengan mengoptimumkan pelbagai faktor prestasi utama termasuk masa pendedahan yang optimum untuk mendorong penukaran, geografi, masa, dan peranti bagi memastikan bahawa pelanggan yang betul dicapai di tempat yang betul pada masa yang betul, dan akhir sekali, penempatan ID—mencari tempat yang terbaik pada laman web atau aplikasi untuk matlamat kempen yang khusus. Walaupun banyak teknologi di tempat kerja, kesemua pandangan, peralatan dan kaedah Light Reaction dikongsi secara terbuka dengan pelanggan, dengan menunjukkan laluan yang tepat dan membuat keputusan yang membawa kepada keputusan.

FinalCode Lantik Pacific Tech Sebagai Pengedar Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- FinalCode Inc, inovator dalam keselamatan fail berterusan, telah melantik Pacific Tech Pte Ltd sebagai pengedarnya di Asia Tenggara.

Perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua syarikat menangani peningkatan permintaan untuk keselamatan pengurusan hak maklumat, dengan FinalCode merancang mengembangkan operasinya di Singapura dan melebarkan penembusan pasaran melalui pengalaman luas Pacific Tech dan rangkaian penjual semula yang meluas di rantau ini.

"FinalCode adalah tambahan cemerlang kepada porfolio keselamatan. Pelanggan kini boleh berkongsi fail sulit dengan pihak dalaman dan luaran dengan yakin," kata Pengarah Serantau Pacific Tech Pte Ltd, Andy Woo dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Woo berkata, apa yang lebih penting, FinalCode menghapuskan kerumitan penyelesaian pengurusan hak digital tradisional, menjadikannya penyelesaian mesra pengguna serta ditadbir dengan mudah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FinalCode Asia-Pacific, Frank Courtney-Jay berkata, berikutan pertumbuhan jualan kukuh syarikat lebih daripada lima kali ganda dalam pendapatan tahun lepas, pihaknya telah membuka ibu pejabat serantau di Singapura Mac lalu, bagi menyokong pertumbuhan asas pelanggan di Asia-Pasifik.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan di Pacific Tech. Ia adalah pengedar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah kepada rakan kongsi salurannya, termasuk perkhidmatan terurus, sokongan teknikal, penyelenggaraan dan latihan.

"Kemahiran dan pengalamannya dalam industri keselamatan telah diiktiraf dan diberi anugerah oleh beberapa vendor utama," kata Courtney-Jay.

-- BERNAMA

INTERBRAND MENGUMUMKAN LAPORAN JENAMA TERBAIK GLOBAL 2016: APPLE DAN GOOGLE PEGANG DUA KEDUDUKAN TERUNGGUL, TESLA DAN DIOR MENYERTAI SENARAI

NEW YORK, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interbrand, peneraju perunding jenama, menamakan Apple, Google dan Coca-Cola sebagai tiga jenama yang paling berharga dalam laporan Jenama Terunggul Global 2016, dengan jenama automotif dan teknologi mendominasi kedudukan—dan Tesla dan Dior memasuki jenama 100 Terunggul. Kini dalam tahun ke-17, laporan itu mendedahkan Anatomi Pertumbuhan, dan memberikan pandangan orang dalam bagaimana jenama hebat mengembangkan perniagaan hebat.
 

BIOLINE DISAHKAN MEMATUHI STANDARD KUALITI ISO 13485

CINCINNATI, 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) berbangga untuk mengumumkan bahawa kemudahan R&D London dan pengilangan Berlin kini diiktiraf sepenuhnya memenuhi standard kualiti ISO 13485.

Bioline mengiktiraf kepentingan pematuhan kepada sistem pengurusan kualiti dalam pembangunan, pengilangan dan pembekalan komponen ujian kepada arena diagnostik molekul. Kami komited untuk mengukuhkan perhubungan kami dengan memenuhi standard kualiti keperluan rakan kongsi perindustrian kami dalam usaha mereka mencapai pensijilan ujian. Oleh itu, Bioline berbesar hati untuk mengumumkan kemudahan pengeluaran kami di Berlin dan kemudahan penyelidikan di London kini disahkan memenuhi standard kualiti ISO 13485. Rangkaian perkhidmatan perindustrian lengkap kami merangkumi pembangunan cerakin khas, bekalan pukal komponen ujian, sokongan pengesahan dan label pengilangan persendirian OEM.

Tuesday, October 4, 2016

IKUTI JALAN BLOK LAND ROVER: DISCOVERY BAHARU MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMA DI JAMBATAN TOWER BRIDGE LEGO GERGASI

- Land Rover Discovery Baharu membuktikan keupayaan tiada tandingannya pada struktur LEGO yang memecahkan Rekod Dunia Guinness
- Pelancaran mengagumkan ini menampilkan pelanggan istimewa Land Rover iaitu Bear Grylls, Sir Ben Ainslie dan Zara Phillips MBE.
- Keserbabolehan tujuh tempat duduk bersaiz lengkap yang ditunjukkan oleh Sir Ben Ainslie dan pasukan pelayaran Land Rover BAR, pencabar British untuk  America’s Cup untuk kali ke-35.
- Tower Bridge London dihasilkan daripada 5,805,846 blok LEGO, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 470,646 keping
- Untuk maklumat lengkap mengenai Land Rover Discovery Baharu, sila lawati www.media.landrover.com

SOLIHULL, United Kingdom, 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Land Rover telah melancarkan SUV tujuh tempat duduk Discovery Baharu dengan memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk binaan LEGO yang terbesar pernah dibina.
Foto dilampirkan bersama pengumuman ini  terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4d374d62-1f31-4659-ae79-cd92580eb74c 

Pemilik Land Rover yang telah lama menggunakan kenderaan Land Rover iaitu Bear Grylls, Sir Ben Ainslie dan Zara Phillips mengambil bahagian dalam pelancaran model Land Rover yang paling versatil secara langsung di sekeliling versi LEGO Tower Bridge London setinggi 13 meter.

Saturday, October 1, 2016

85 PERATUS GRADUAN PLKK FTC DAPAT PEKERJAAN

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sejumlah 85 peratus atau 9,879 daripada
11,622 graduan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) yang dilaksanakan
oleh Felcra Training And Consultancy (FTC) berjaya mendapat pekerjaan dan
bergelar usahawan.
    Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Eusope berkata program
yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas itu berjaya menempatkan graduan PLKK
dalam industri automotif, jahitan, industri gas dan minyak sehingga ada menerima
pendapatan lumayan.
    "Meskipun kelayakan mereka (graduan) hanya di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tetapi ada yang mendapat pendapatan bulanan hampir RM8,000,"
katanya kepada pemberita pada majlis graduasi PLKK 2016 FTC di sini hari ini.
    Sejumlah 248 graduan menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.
    Zulkarnain berkata PLKK dilaksanakan dalam tempoh enam bulan iaitu tiga
bulan kursus dan tiga bulan lagi latihan kemahiran industri di syarikat-syarikat
swasta yang telah dikenal pasti.
    Beliau berkata, pada tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM9.4 juta
kepada FTC untuk pembiayaan porgram PLKK.

    -- BERNAMA