LAWRENCEVILLE, N.J., 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datacolor®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan warna dan teknologi komunikasi warna, akan mempamerkan penyelesaian aliran kerja warna mereka pada ITMA Asia 2016 (Dewan H5, Petak F60), pameran tekstil dan mesin pakaian antarabangsa yang berlangsung dari 21 Oktober hingga 25 Oktober di Shanghai, China. Produk akan termasuk spektrofotometer Datacolor siri 800 dan 500 yang baharu, yang menyampaikan prestasi pengukuran warna yang terkemuka di dalam industri serta perisian formulasi warna Padanan Tekstil yang terkini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9404
Thursday, October 13, 2016
Wednesday, October 12, 2016
PAMERAN KEDUA MUZIUM SNOOPY TOKYO BERMULA PADA 8 OKTOBER
TOKYO, 11 Okt., 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Pameran Snoopy Yang Terbesar Pernah Diadakan Bertajuk "Hello again, Snoopy" – Muzium Snoopy Tokyo di Roppongi, Minato-ku, Tokyo, yang dibuka pada 23 April 2016, memulakan pameran kedua mereka, "Hello again, Snoopy," pada hari Sabtu, 8 Oktober. |
Tuesday, October 11, 2016
PERUSAHAAN GUANGDONG MENCARI PEMBANGUNAN LESTARI KETIKA MEREKA "BERGERAK KE PERINGKAT GLOBAL"
Bandar Raya NEW YORK, N.Y., 10 Okt (Bernama-AsiaNet) --
Acara pelancaran baru-baru ini mengenai Laporan berhubung Pembangunan Mapan bagi Perusahaan China di Seberang Laut 2015 dimulakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, yang dihoskan oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu, Pusat Penyelidikan dalam Penyeliaan Aset dan Suruhanjaya Pentadbiran yang dimiliki Negeri bagi Majlis Negeri (SASAC) dan Akademi China bagi Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi (CAITEC). Shen Haixiong, Ketua bagi Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong dan Pengerusi Persatuan Budaya Antarabangsa Guangdong, turut serta dan menyampaikan ucap utamanya.
Shen menyatakan bahawa laporan itu adalah selaras dengan visi pembangunan yang "China harapan untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi membina sebuah ekonomi dunia yang inovatif, terbuka, saling berkaitan dan inklusif, untuk mencapai pertumbuhan yang mantap, mapan, seimbang dan inklusif". Beliau berkata, perusahaan-perusahaan Guangdong berada dalam tempoh peluang-peluang strategik ketika bergerak di peringkat global. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan besar perusahaan Guangdong telah berjaya mengambil bahagian di dalam pelaburan antarabangsa, yang telah mencapai keputusan yang menguntungkan kesemua pihak dengan negara-negara yang menjadi tuan rumah dan memperolehi reputasi yang baik.
|
EMERALD MEDIA YANG DISOKONG OLEH KKR MELABUR AS$50 JUTA DALAM YUPPTV
MUMBAI, India, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Emerald Media, sebuah platform Pan-Asia yang diwujudkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur di dalam sektor media dan hiburan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi satu kepentingan minoriti yang signifikan di dalam YuppTV dengan nilai AS$50 juta. YuppTV adalah satu daripada platform video over-the-top (OTT) yang terkemuka di dunia bagi kandungan Asia Selatan yang menawarkan TV secara langsung, catch-up TV dan filem atas permintaan dalam 14 bahasa merentasi ke seluruh dunia. Modal pertumbuhan itu akan membolehkan YuppTV untuk memperluaskan tapak kehadirannya di seluruh dunia, mengembangkan kandungan perpustakaannya melalui penerbitan asal dan pengambilalihan, dan mengembangkan dengan pesat pangkalan pelanggan berbayar mereka.
Friday, October 7, 2016
AIBIM JAMIN TERUSKAN AKSES PEMBIAYAAN
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia
(AIBIM)hari ini memberi jaminan akan terus menyokong perniagaan serta perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) menerusi tawaran akses kepada pelbagai skim pembiayaan
oleh institusi perbankan komersial Islam terbabit.
Ia sebagai susulan Laporan Daya Saing Global 2016-2017 oleh Forum Ekonomi
Dunia yang antara lainnya mendakwa biarpun Malaysia menerajui ekonomi pesat
membangun di rantau ini, namun ia masih berdepan masalah akses pembiayaan bagi
tujuan menjalankan perniagaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, AIBIM berkata kalangan industri kewangan
Islam sudah melaksanakan pelbagai inisiatif serta mewujudkan peluang pembiayaan
bagi memastikan syarikat serta PKS mendapat akses terhadap kemudahan itu.
Ini termasuk Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah yang menawarkan sehingga
maksimum RM5 juta dengan rebat dua peratus bagi kemudahan yang disediakan
institusi kewangan terbabit.
Sehubungan itu, AIBIM menasihati pengusaha perniagaan dan PKS untuk
mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan daripada pihak bank masing-masing.
Tegasnya, antara kriteria diutamakan pihak bank bagi menyokong permohonan
pembiayaan itu termasuk idea perniagaan yang mampan dan menyakinkan, rekod
prestasi perniagaan yang baik, pelan perniagaan serta pasukan yang kukuh.
-- BERNAMA
GMCI Tandatangani MoU Dan MoA Dengan 3 Firma Malaysia, 2 China
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- GMCI Corporation, kumpulan pemegangan
pelaburan yang diperbadankan di Amerika Syarikat, dengan 10-15 peratus pemegang
saham tempatan, akan melabur dan menjalin usaha sama dalam projek bersama tiga
syarikat Malaysia dan dua syarikat China.
GMCI berkata ia akan menandatangani memorandum perjanjian untuk mengambil alih sebahagian YCL Precision Engineering Sdn Bhd, menjalin usaha sama dengan Era Estetika Sdn Bhd, serta melabur dalam projek hotel Heng Yue Group di Dongguan, China.
"Perbadanan itu juga akan menandatangani memorandum persefahaman dengan HLC Holding Bhd dan Aladdin Information Technology Co Ltd," katanya dalam satu kenyataan Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Calvin Chin berkata keputusan untuk melabur di Malaysia adalah berasaskan kedudukan kukuh negara ini serta lokasinya di peringkat serantau.
"Kami menyokong portfolio bagi peluasan perniagaan menerusi rangkaian kukuh dan kepakaran kami di rantau ini.
"Saya juga gembira untuk mengumumkan mengenai pembukaan pejabat pertama kami di Asia Tenggara di Kuala Lumpur dan memperkenalkan pasukan pengurusan tempatan yang berdedikasi yang akan memantau prestasi setiap entiti," katanya.
Usaha sama dengan HLC Holding pula membabitkan pembangunan blok pangsapuri perkhidmatan 40 tingkat di kaki bukit Genting Highlands, manakala bersama Heng Yue Group, GMCI akan melabur dalam projek hotel dekat Huayang Lake.
GMCI, menerusi anak syarikatnya Biosecret Beauty Wellness, juga akan menjalin usaha sama dengan Era Estetika bagi membangunkan butik spa perubatan.
-- BERNAMA
GMCI berkata ia akan menandatangani memorandum perjanjian untuk mengambil alih sebahagian YCL Precision Engineering Sdn Bhd, menjalin usaha sama dengan Era Estetika Sdn Bhd, serta melabur dalam projek hotel Heng Yue Group di Dongguan, China.
"Perbadanan itu juga akan menandatangani memorandum persefahaman dengan HLC Holding Bhd dan Aladdin Information Technology Co Ltd," katanya dalam satu kenyataan Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Calvin Chin berkata keputusan untuk melabur di Malaysia adalah berasaskan kedudukan kukuh negara ini serta lokasinya di peringkat serantau.
"Kami menyokong portfolio bagi peluasan perniagaan menerusi rangkaian kukuh dan kepakaran kami di rantau ini.
"Saya juga gembira untuk mengumumkan mengenai pembukaan pejabat pertama kami di Asia Tenggara di Kuala Lumpur dan memperkenalkan pasukan pengurusan tempatan yang berdedikasi yang akan memantau prestasi setiap entiti," katanya.
Usaha sama dengan HLC Holding pula membabitkan pembangunan blok pangsapuri perkhidmatan 40 tingkat di kaki bukit Genting Highlands, manakala bersama Heng Yue Group, GMCI akan melabur dalam projek hotel dekat Huayang Lake.
GMCI, menerusi anak syarikatnya Biosecret Beauty Wellness, juga akan menjalin usaha sama dengan Era Estetika bagi membangunkan butik spa perubatan.
-- BERNAMA
Thursday, October 6, 2016
KEMENTERIAN KEWANGAN LANTIK KER1M SEBAGAI PENASIHAT INSURANS KEPADA GLC, GLIC
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia
(KER1M) telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk membantu
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
(GLIC) dalam memberikan khidmat nasihat berkaitan insurans.
Dalam satu kenyataan, KER1M berkata, penglibatan persatuan tersebut adalah
untuk memastikan aliran insurans di antara syarikat insurans dan syarikat GLC
dan GLIC dilaporkan mengikut perjanjian.
"Ini akan membolehkan kerajaan memperoleh hasil optimum daripada syarikat
yang diperbadankan Kementerian Kewangan serta memperoleh keuntungan daripada
pengurusan pengendalian insurans yang lebih efektif dan efisien," katanya.
Konsultan KER1M yang berpengalaman luas dalam industri insurans dapat
menawarkan perkhidmatan ini tanpa sebarang kos ke atas syarikat GLC dan GLIC.
Selain itu, segala pemantauan penjimatan kos akan dibuat bersama Jabatan
Insurans dan Jabatan Kewangan syarikat GLC dan GLIC bagi mamatuhi keperluan
polisi insurans masing-masing.
"KER1M diarah untuk menghubungi syarikat GLC dan GLIC agar pelantikan ini
dapat diuruskan bagi membolehkan konsultan insurans KER1M membantu dalam
perlindungan insurans.
"Pelantikan ini tidak menjejaskan kontrak, kos perbelanjaan, perolehan
kerajan, urusan harian dan perlindungan insurans," katanya.
Selain itu, menurutnya, KER1M juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia dalam aspek pengurusan dengan integriti serta mengikut garis
panduan ditetapkan.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)