Monday, October 17, 2016

Graduan DVM Perlu Penuhi 2 Kriteria Sebelum Lanjut Pengajian Di IPT - MQA

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memenuhi dua kriteria sebelum melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi tempatan (IPT).

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam satu kenyataan hari ini berkata dua kriteria itu ialah memperoleh pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun dan mendapat sijil Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada agensi berkenaan.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1292714

Friday, October 14, 2016

"WALKCAR" KERETA BERSAIZ KOMPUTER RIBA BOLEH DIPEROLEHI UNTUK PRATEMPAHAN DARI 21 OKT

TOKYO, 13 Okt (Bernama-AsiaNet) -- 

- Masanya Telah Tiba untuk Membawa Kereta di dalam Beg Anda -

COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R), kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9412

TATASUSUNAN TRANSISTOR BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI FUNGSI PENYIMPANAN DATA

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TBD62089APG", sebuah tatasusunan transistor generasi baharu untuk aplikasi seperti lampu LED bagi peralatan hiburan dan pemancar isyarat bervoltan tinggi untuk peralatan perindustrian. IC baharu itu menggabungkan litar Flip Flop jenis D (jenis 8 bit) di dalam bahagian input yang menyokong sebuah fungsi penyimpanan data. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir Disember 2016.

Aplikasi seperti peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (pendingin hawa dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (mesin layan diri, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang) terus menambahkan fungsi-fungsi dari tahun ke tahun, yang menyebabkan kekurangan ruang pemasangan bagi IC.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9407

PERARAKAN FESTIVAL TOHOKU AKAN MEMAPARKAN ENAM PERAYAAN TEMPATAN, MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PEMULIHAN KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI

Menampilkan paparan budaya dari Tohoku dan Tokyo, akan menjadi acara utama yang pertama diadakan di kawasan Toranomon, pusat budaya dan  komersial baharu bagi Tokyo

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Eksekutif TOKYO SHINTORA MATSURI hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan festival TOKYO SHINTORA MATSURI mereka di Shintora-dori Avenue, Tokyo, jalan raya baharu yang dibina sebagai sebahagian daripada kawasan pembangunan semula Toranomon, pada 19 dan 20 November. Festival itu akan menjadi acara utama yang pertama yang menggunakan ruang baharu yang diwujudkan di daerah Shintora (Shimbashi-Toranomon), hab antarabangsa yang baharu di Tokyo bagi perniagaan dan budaya. Ia akan termasuk Perarakan Tohoku Rokkonsai (enam perayaan), satu pertunjukan jalan raya khas yang menggabungkan tarikan festival secara individu dari bandar raya di Aomori, Akita, Morioka, Yamagata, Sendai, dan Fukushima di wilayah Tohoku.

Perarakan Tohoku Rokkonsai diadakan buat pertama kali pada tahun 2011 di bandar raya Sendai, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemulihan sebuah kawasan yang terjejas akibat Gempa Bumi Dahsyat Jepun Timur pada awal tahun itu; sejak itu ia telah diadakan pada setiap tahun di bandar raya utama yang lain di seluruh Tohoku. Meraikan kepelbagaian dan kebingkasan rantau itu, perarakan sepanjang 300 meter itu akan diteruskan di sepanjang Shintora-dori Avenue pada 20 November, dengan lebih 300 penari dan penghibur lain mempamerkan ciri-ciri festival daripada enam bandar raya Tohoku itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9405

PESTA BUKU KE-3 TERBESAR DI DUNIA AKAN MENEMPATKAN 1,420 SYARIKAT PENERBITAN YANG MEMAPARKAN 1.5 JUTA JUDUL DI SHARJAH

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF) pada tahun ini – pesta buku ketiga terbesar di dunia - akan menyaksikan penyertaan 1,420 syarikat penerbitan dari 60 buah negara, yang akan memaparkan lebih 1.5 juta buku sepanjang 11 hari itu.
 
SIBF dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Buku Sharjah, acara sastera yang terpenting di rantau itu yang berlangsung dari 2 hingga 12 November di Sharjah dan diadakan di bawah tema 'Lebih Banyak Membaca', dan meliputi 25,000 kaki persegi di Pusat Ekspo Sharjah. Pengunjung akan menikmati lebih daripada 1,417 aktiviti daripada program itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9408

IPICEX2016 AKAN KE JOHOR BAHRU!

SHAH ALAM, 14 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Industri Perladangan Ke-5 (IPiCEx2016), hasil anjuran sama antara International Institute of Plantation Management (IIPM) dan UiTM Melaka, adalah merupakan satu forum perdana  yang mengetengahkan isu-isu, kemajuan baru, dan dapatan kajian di dalam sektor perladangan dan komoditi. Selain menyediakan satu landasan untuk peserta membina dan mengukuhkan rangkaian mereka dengan saintis-saintis yang terkenal, ahli pertanian, penggubal dasar, dan profesional dari industri, persidangan ini juga akan mengadakan pameran, Pertandingan IPICEx, dan mengelolakan satu lawatan pasca persidangan.

Dengan tema “Shaping the Future of the Plantation Industry: Changing Trends, Opportunities and Sustainability”, tajuk-tajuk seperti pengurusan bakat, transformasi industri, pertanian bersepadu, cabaran dan penyelesaian lestari, pembangunan teknologi dan aplikasi akan dihuraikan dengan mendalam oleh pembentang-pembentang yang pakar.


KERJASAMA ERAT PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOMUNITI PINTAR

KEMAMAN, 14 Okt (Bernama) -- Lebih 400 orang peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, guru-guru dan wakil-wakil masyarakat Kemaman hadir pada forum Komuniti Pintar Kemaman yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.

Forum komuniti pintar tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK), Majlis Perbandaran Kemaman dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif Komuniti Pintar Kemaman yang telah dilaksanakan di samping berkongsi maklumat-maklumat program serta kemudahan di bawah inisiatif berkenaan ke arah merangka pembangunan daerah Kemaman yang lebih baik.