Monday, December 5, 2016

TOSHIBA LANCAR ALAT KAWAL ATUR LDO 1.3A UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DENGAN PAKEJ KECIL YANG TERKEMUKA DI DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

Merealisasikan ciciran voltan rendah yang terkemuka di dalam kelasnya dalam industri

TOKYO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran alat kawal atur LDO CMOS arus output 1.3A, TCR13AGADJ, untuk digunakan di dalam bekalan kuasa peranti mudah alih, yang ditempatkan di dalam pakej kecil yang terkemuka di dalam kelasnya[1] dalam industri. Di dalam pakej WCSP6F itu, alat kawal atur baharu itu berukuran hanya 0.8mm x 1.2mm, t: 0.33mm (maksimum). Penghantaran bermula dari hari ini.


PAXATA BAKAL TAMPILKAN PEMBENTANGAN TOKOH PELANGGAN DAN INDUSTRI DI STRATA + HADOOP WORLD DI SINGAPURA

SINGAPURA, 5 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Strata + Hadoop World 2016) -- Paxata, perintis aplikasi dan penyedia penyediaan data layan diri pertama daripada satu-satunya platform maklumat mudah suai layan diri dan gred perusahaan, telah mengumumkan bahawa ia akan mengacarakan beberapa pembentangan pelanggan, demonstrasi produk dan sesi ucapan di Strata + Hadoop World yang akan berlangsung pada 6 – 8 Disember 2016 di Singapura.
 
Perkara: Seminar Pelancaran Paxata – Paxata akan mengacarakan satu seminar bermaklumat tentang cara syarikat di seluruh dunia sedang mengumpilkan inovasi data besar dan membangunkan kecerdasan perniagaan layan diri dengan mengubah aliran kerja data ke cerapan mereka pada asasnya. Agenda seminar ini penuh dengan peluang hebat untuk menjalinkan hubungan dan belajar daripada ahli teknologi yang berwawasan daripada Standard Chartered Bank, Citibank dan Gartner.
Tarikh dan Masa: Selasa, 6 Disember 2016, 11:30 AM – 5:00 PM SGT
Tempat: The Ritz Carlton, Millenia Singapore, 7 Raffles Avenue, Singapura
Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/paxata-launch-seminar-tickets-29347059846

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9560

Friday, December 2, 2016

IC TENAGA SISTEM SERBAGUNA PELBAGAI OUTPUT TOSHIBA YANG BAHARU MEREALISASIKAN ARUS BESAR DAN PEMACU BUNYI YANG LEBIH RENDAH


TOKYO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7739FTG," sebuah IC tenaga sistem serbaguna pelbagai output yang dilengkapi dengan bekalan kuasa DC-DC dan alat kawal atur bersiri. Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada akhir bulan ini.

Ketika tablet dan peranti mudah alih yang lain meningkatkan kelajuan pemprosesan, mereka memerlukan bekalan kuasa untuk voltan rendah dan pemacu arus yang besar. Mereka juga memerlukan bekalan kuasa pelbagai aplikasi, dan juga perlu mengurangkan kadar bunyi untuk mengimbangi bagi pengecilan PCB.

Agrobank Catat Pertumbuhan Perniagaan 15 Peratus Antara Jan-Okt 2016



SEBERANG JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Agrobank mencatat pertumbuhan perniagaan 15 peratus pada 10 bulan pertama tahun ini dengan nilai pembiayaan berjumlah RM8.5 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, bank itu komited menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan ini ditunjukkan oleh prestasi cemerlangnya.

Menurutnya, pertumbuhan itu dipacu segmen makanan agro yang disokong permintaan untuk makanan dan keseluruhan rantaian nilai industri berkenaan.

"Ini adalah pencapaian mengkagumkan, terutama dalam persekitaran ekonomi global ketika ini, kerana kami melepasi pertumbuhan 13 peratus yang dicapai pada tempoh sama tahun lepas. Kami akan terus meningkatkan penembusan pasaran dalam sektor pertanian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program perkongsian maklumat mengenai prospek dan peluang dalam sektor pertanian yang dihoskan Agrobank di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Wan Mohd Fadzmi berkata, walaupun persekitaran pasaran yang mencabar, bank itu masih merancang untuk mencatat 12 hingga 15 peratus pertumbuhan perniagaan pada 2017.

"Permintaan untuk produk pertanian, termasuk segmen makanan masih wujud dan dijangka berkembang lagi," katanya.

Menurutnya, prestasi Agrobank di wilayah utara, iaitu di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah memberi sumbangan penting kepada nilai pembiayaan keseluruhan bank itu.

"Dalam segmen deposit, wilayah utara mencatat pertumbuhan deposit kepada RM850.91 juta antara Januari hingga September 2016 berbanding RM793.95 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, bank itu kini mempunyai 435 ejen agro, kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan peladang kawasan, persatuan nelayan dan kedai rakyat Agrobazaar bagi menawarkan perkhidmatan perbankan lebih baik di kawasan luar bandar.

"Kami merancng untuk membuka 300 outlet ejen agro lagi di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan perbankan asas kami dapat diperoleh masyarakat luar bandar secepat mungkin.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan ejen agro sebagai penyelesaian perbankan berkesan bagi menangani kesukaran dihadapi penduduk luar bandar yang memerlukan kemudahan institusi kewangan," katanya.

Bank di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Diperbadankan itu mempunyai 187 cawangan di seluruh negara dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam bidang korporat, komersil dan pembiayaan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perkhidmatan perbankan elektronik dan deposit.

-- BERNAMA

Thursday, December 1, 2016

KAJIAN NATIONAL STUDY GROUP MENGENAI NILAI PGA DAN SEISMIC ZONING MAP DIPERSETUJUI DIBINCANGKAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA TEKNIKAL : PEMBANGUNAN MALAYSIAN STANDARD (MS) BERKENAAN GEMPA BUMI DI SABAH

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) --  Hasil kajian oleh National Study Groupmengenai nilai Peak Ground Acceleration (PGA) dan Seismic Zoning Map secara dasarnya dipersetujui oleh Mesyuarat Meja Bulat  Pembangunan Malaysian Standard (MS) Berkenaan Gempa Bumi Sabah untuk bincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal yang dianggotai para pakar pelbagai bidang.


Kajian dibentangkan oleh Prof. Dr. Azlan Adnan, Universiti Teknologi Malaysia dan Prof. Dr. Felix Tongkul, Universiti Malaysia Sabah sebagai input bagi memuktamadkan draf National Annex to Malaysian Standard (MS) EN 1998-1 Eurocode 8: Design of structures for earthquake resistance - Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Building. Sesi ulasan awam bagi kali kedua akan dibuka setelah draf standard tersebut dipersetujui secara kolektif oleh kumpulan pakar tersebut.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan mesyuarat meja bulat ini bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu dengan tujuan utama untuk memberi penerangan berkenaan status terkini pembangunan MS berkenaan gempa bumi. Selain daripada  itu, ianya adalah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, industri, badan profesional dan ahli akademik terutamanya mengenai nilai PGA yang akan digunakan di Sabah. 

UMW CATAT KERUGIAN SEBELUM CUKAI SUKU-3 RM121.62 JUTA

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- UMW Holdings Bhd mencatatkan kerugian
sebelum cukai sebanyak RM121.62 juta dalam suku ketiga yang berakhir 30 Sept,
2016, berbanding keuntungan sebelum cukai RM72.24 juta dalam suku yang sama
tahun lepas.
    Hasil turun kepada RM2.86 bilion daripada RM3.53 bilion sebelumnya, kata
syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini, hari ini.
    "Hasil rendah itu adalah disebabkan oleh persekitaran ekonomi mencabar dalam
industri minyak dan gas ditambah dengan penurunan nilai ringgit yang memberi
kesan kepada keputusan kumpulan," kata syarikat itu. 
    Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Badrul Feisel Abdul Rahim dalam satu
kenyataan berkata prestasi kumpulan terjejas disebabkan oleh kegawatan dalam
industri minyak dan gas ketika ini, penurunan permintaan tempatan terhadap
kenderaan motor dan kelemahan nilai ringgit. 
    Segmen minyak dan gas (tidak tersenarai) mencatatkan hasil rendah sebanyak
RM58.4 juta dalam suku semasa daripada RM70.0 juta dalam suku yang sama pada
2015 disebabkan kesan daripada harga minyak rendah yang berterusan, katanya. 
    Badrul berkata hasil segmen kenderaan motor merosot kepada RM2.26 bilion
daripada RM2.60 bilion disebabkan sentimen lemah pasaran dan persaingan sengit
daripada pengeluar kereta lain. 
    Segmen peralatan mencatatkan hasil rendah sebanyak RM342.8 juta berbanding 
RM474.8 juta sebelumnya disebabkan penurunan jualan peralatan akibat daripada
kelembapan dalam sektor perlombongan dan persaingan sengit dalam sektor pembinaan, katanya. 
    Beliau berkata prestasi jualan di Myanmar terjejas oleh sekatan berterusan
yang dikenakan ke atas import peralatan berat oleh negara itu.
    Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatatkan hasil rendah sebanyak 
RM144.6 juta dalam suku semasa berbanding RM183.8 juta dalam suku yang sama
tahun sebelumnya, katanya. 
    Badrul berkata cabaran dan keadaan tidak menentu dalam persekitaran
perniagaan sekarang menambahkan lagi tekanan kepada rugi terjejas aset dalam
suku akhir tahun ini, yang mungkin memberi kesan buruk kepada keputusan kumpulan.    
    "Bagaimanapun, pengurusan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang
kos, meningkatkan kecekapan operasi dan terus menambah baik potensi perniagaan,"
katanya.

    -- BERNAMA

Wednesday, November 30, 2016

PBS Jalin Kerjasama Dengan KCSB Adakan Program MBA-SAP

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Knowledgecom Corporation Sdn Bhd (KCSB) untuk mengendalikan program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Awam) dan pensijilan SAP.

PBS dalam satu kenyataan di sini semalam berkata kerjasama itu dicapai menerusi Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama yang ditandatangani PBS dan KCSB pada 24 Nov lalu.

"KCSB ialah syarikat khusus bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan dan mentauliahkan pelajar universiti awam dan swasta serta graduan baharu.

"Sementara itu, SAP pula adalah pemimpin penyelesaian perniagaan di dunia dan bertapak di lebih 50 negara," kata kenyataan itu.

PBS menerima akreditasi berprestij Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) pada 2012.



-- BERNAMA