Friday, January 6, 2017

​NAVIGATORS MELANTIK PASUKAN KEPIMPINAN ASIA

Fokus Utama pada Hong Kong dan Asia Utara.

LONDON, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Navigators Group, Inc. (NASDAQ:NAVG), iaitu sebuah syarikat insurans dan insurans semula khusus global, telah mengumumkan pelantikan pasukan kepimpinan di Asia pada hari ini. Jon Doherty telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Asia; Sang Kyoun (S.K.) Kim sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan dan Paul D’Souza sebagai Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan bagi rantau itu.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d55d4ebc-4950-423d-a220-461a06ffcf69

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c24cab64-950e-4ce5-a27f-b8ea744e526f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/87f92591-425a-4ce3-9f76-4d356c29f1fc

Pasukan ini akan bertapak di Hong Kong dan sedang menunggu penyempurnaan sebarang permohonan yang diperlukan. Ahli-ahli baharu ini membentuk penyertaan sedia ada Navigators dalam Lloyd’s China, di mana syarikat telah beroperasi sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Junci Wu. Fokus utama mereka adalah pada produk marin, nahas dan produk khusus lain Navigators melalui agen dan broker serta rakan kongsi strategi merentasi Asia Utara.  

EXXONMOBIL SUMBANG RM150,000 BANTU KELUARGA TERJEJAS BANJIR DI TERENGGANU

     
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- ExxonMobil Exploration and Production
Malaysia Inc telah menyumbang RM150,000 kepada Mercy Malaysia untuk membantu
keluarga yang terjejas banjir di pusat-pusat pemindahan di Kuala Berang, Dungun
dan Besut.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil,
Sukiman Mohamed berkata ini antara lain, membolehkan kit kebersihan diri
diagihkan kepada keluarga yang terjejas.

"Kami berharap sumbangan kami dapat membantu Mercy dalam misi
kemanusiaannya," kata beliau.  

Menurut kenyataan syarikat itu, setiap kit dapat menampung keluarga terdiri
daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak dan mengandungi barang-barang seperti
peralatan mandian, selimut dan pakaian dalam.

-- BERNAMA

TCL LANCAR PRODUK PERDANA BAHARU TV QUHD PADA CES 2017 – SIRI X (X2 DAN X3) MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNOLOGI PAPARAN QUANTUM DOT, DOLBY VISION DAN REKA BENTUK TANPA SISI "SANGAT NIPIS"

Kualiti Gambar dan Sistem Audio yang Menakjubkan untuk Menyampaikan Pengalaman Imersif Paling Tinggi

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, The Creative Life, telah mengadakan satu sidang akhbar global bertemakan "Ini adalah TV PINTAR" dengan penekanan kepada mendefinisikan semula apa itu TV pintar pada 4 Januari 2017 semasa CES 2017 untuk melancarkan produk perdana mereka dengan teknologi pintar, reka bentuk pintar dan kualiti gambar premium di dalam siri X mereka -- X2 dengan sebuah panel rata & X3 dengan sebuah panel melengkung, kedua-duanya memaparkan teknologi paparan Quantum Dot (QD), teknologi julat dinamik tinggi (HDR) Dolby Vision, MEMC, sistem bunyi Harman Kardon dan sebuah reka bentuk ultra nipis dan tanpa sisi.

X2 dan X3 memiliki kualiti gambar yang menakjubkan dengan adanya teknologi paparan QD yang berevolusi, Dolby Vision dan teknologi MEMC. Paparan QD itu menggunakan satu kompaun bukan organik sebagai bahan pemancar cahaya yang bukan sahaja stabil dan bebas daripada masalah seperti kas warna dan ketidakseimbangan kualiti gambar, tetapi yang paling penting ia boleh mengatasi OLED untuk menyampaikan satu gamut warna yang luas yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu 110% NTSC. Dengan memanfaatkan inovasi HDR yang memberi kuasa kepada pawagam Dolby yang paling maju di seluruh dunia, Dolby Vision mengubah pengalaman TV di rumah dengan memberikan kecerahan dan kontras yang lebih besar, serta palet pelbagai warna yang lengkap. Dolby Vision adalah aliran kerja HDR pilihan bagi studio-studio utama dan golongan profesional kreatif yang semakin meningkat, agar pengguna akan mempunyai akses kepada lebih daripada apa yang mereka mahu tonton di HDR, yang termasuk sebuah portfolio filem dan kandungan episod yang teguh. Selain itu, MEMC terbina dalam, yang menggunakan sistem imejan dinamik, akan membayar pampasan bagi gerakan paparan yang kabur dan mengurangkan jejak pergerakan kepada tahap minimum.

MONSTER® MENGEMBANGKAN JANGKAUAN SALURAN GLOBAL DENGAN KERJASAMA ANTARABANGSA BAHARU DENGAN BRIGHTSTAR CORP.

• CES® 2017 Brightstar Bergabung dengan Monster untuk Membawa Prestasi Produk Audio Berprestasi Tinggi Mereka kepada Peruncit, MVNO, Operator Rangkaian Mudah Alih, Pelanggan Dalam Talian dan Perusahaan Merentasi 55 buah Negara di Enam Benua

• Selain itu, Monster Akan Mereka Bentuk dan Membina Fon Kepala dan Fon Telinga Eksklusif yang Baharu untuk Saluran/ Pelanggan Brightstar

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Monster®, pemimpin dunia di dalam fon kepala premium dan berprestasi tinggi dan pembesar suara Bluetooth, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Brightstar Corp., syarikat perkhidmatan mudah alih yang terkemuka di dunia, yang akan mewujudkan Brightstar sebagai pembekal barisan produk audio dan aksesori mudah alih Monster di seluruh dunia. Kerjasama di antara kedua-dua pemimpin industri utama itu akan mewujudkan satu rangkaian baharu yang berkuasa di seluruh dunia untuk membawa produk kuasa dan audio berprestasi paling tinggi kepada pengguna akhir di 55 buah negara di enam benua.

Monster adalah syarikat yang menciptakan Beats asal oleh barisan pembesar suara dan fon kepala Dr. Dre yang telah merevolusikan audio mudah alih. Monster dan Brightstar sedang menggabungkan kekuatan mereka untuk membawa pengalaman audio yang lebih besar dengan penciptaan audio terkini Monster kepada lebih banyak peruncit dan pengguna di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9648

$100,000 DIKHUSUSKAN DARIPADA SHARJAH KEPADA WIRA-WIRA PELARIAN YANG TIDAK DISANJUNG

Anugerah yang dilancarkan oleh Yang Teramat Mulia meraikan nilai-nilai ketabahan dan keyakinan dalam menghadapi kesukaran

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu usaha yang pertama kali seumpamanya untuk mengiktiraf usaha-usaha cemerlang rakyat terhadap kelompok manusia yang disingkirkan secara paksa di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), 'Anugerah Antarabangsa Sharjah untuk Perakuan & Sokongan Orang Pelarian', sebuah anugerah kemanusiaan bernilai $100,000, telah dilancarkan oleh keluarga Pemerintah Sharjah, emiriah yang ketiga terbesar di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Yang Teramat Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, Isteri kepada Yang Teramat Mulia Raja Sharjah, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Penyokong Terbilang bagi Pelarian Kanak-kanak dan Pengerusi The Big Heart Foundation (TBHF), telah melancarkan anugerah itu sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memperbaiki kehidupan berjuta-juta orang pelarian dan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9647

Wednesday, January 4, 2017

PROFESOR HONG KONG DALAM BIDANG MAKANAN & SAINS PEMAKANAN DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT PEMAKANAN HERBALIFE

HONG KONG, 4 Jan (Bernama- BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat pemakanan bertaraf dunia, telah mengumumkan bahawa Dr. Zhen-Yu Chen, seorang pakar di dalam makanan dan sains pemakanan telah dilantik ke Lembaga Penasihat Pemakanan (NAB) mereka hari ini.

Dr. Chen mempunyai lebih 27 tahun pengalaman di dalam bidang makanan dan sains pemakanan, dan pada masa ini merupakan Ketua Profesor bagi Program Makanan dan Sains Pemakanan dan Ketua Bahagian Pengajian Siswazah bagi Pusat Pengajian Sains Hayat di The Chinese University of Hong Kong. Selepas menamatkan pengajian PhD beliau di dalam bidang pemakanan dan sains makanan di Universiti Massachusetts di Amerika Syarikat, Dr. Chen memberi kuliah mengenai makanan dan sains pemakanan di The Chinese University of Hong Kong, dan menyumbang kepada lebih dari 200 kertas jurnal yang berkaitan dengan makanan dan sains pemakanan dengan jumlah nukilan melebihi 10,000 dan mempunyai indeks-H 55. 


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9643

50 SYARIKAT TERATAS ASIA PRIVCO: MENILAI SYARIKAT PERIBADI TERBESAR DI ASIA

NEW YORK, 3 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PrivCo baru sahaja mengemukakan 50 Teratas Asia PrivCo: Menilai Syarikat Peribadi Terbesar di Asia mengikut Laporan Hasil.

PrivCo meneliti Pangkalan Data Kewangan Syarikat Peribadi proprietarinya yang mempunyai maklumat tentang lebih daripada 900,000 syarikat peribadi untuk dinilai sebagai 50 Syarikat Teratas Asia PrivCo, iaitu kedudukan paling sahih bagi 50 syarikat kepunyaan peribadi teratas di Asia berasaskan hasil 2015. PrivCo telah memberikan Kedudukan 5 Teratas Eksklusifnya, dengan Huawei Investment & Holding Co., Ltd pada kedudukan tempat teratas sebagai Syarikat Peribadi Terbesar #1 dalam senarai 50 Syarikat Teratas Asia PrivCo. Yang mengikutinya di belakang ialah Suning Holdings Group Co., Ltd (#2) & Shandong Weiqiao Pioneering Group (#3).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9640