Monday, May 8, 2017

ABIOMED MENGUMUMKAN PESAKIT PERTAMA YANG MENDAFTAR DALAM KAJIAN KEMUNGKINAN STEMI DTU

DANVERS, Mass, 8 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Abiomed, Inc. (NASDAQ: ABMD), pembekal terkemuka bagi kejayaan teknologi sokongan hati, hari ini mengumumkan pendaftaran pesakit pertama dalam Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan kajian kemungkinan prospektif, Pintu STEMI untuk Memunggah (DTU) dengan sistem Impella CP® dalam infarksi miokardium akut. Percubaan ini akan memberi tumpuan kepada kemungkinan dan keselamatan memunggah ventrikel kiri menggunakan pam jantung Impella CP sebelum celahan koronari perkutaneus utama (PCI) pada pesakit dengan tanda segmen infarksi miokardium penaikan segment ST (STEMI) tanpa kejutan kardiogenik dengan hipotesis bahawa ini akan berpotensi mengurangkan saiz infarksi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10000

TACONIC BIOSCIENCES MELUASKAN PORTFOLIO MIKROBIOM

Tikus BALB/c Bebas Kuman Dapat Memudahkan Penemuan Ubat-Ubatan Terapeutik
 
HUDSON, N.Y., 8 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global pelbagai model tikus tereka bentuk genetik serta perkhidmatan berkaitan dan satu-satunya pembekal komersial bagi tikus bebas kuman, mengumumkan produk terbaru di dalam portfolio mikrobiomnya, iaitu tikus BALB/c Bebas Kuman.  Produk baru ini meluaskan koleksi sedia ada model haiwan bebas kuman Taconic, yang termasuk tikus C57BL/6 (Black 6) dan tikus Swiss Webster. 
 
Strain baka seturunan BALB/c ini biasanya digunakan untuk kajian pengeluaran antibodi dan kemujaraban vaksin. Strain ini juga digunakan secara meluas dalam kajian pemindahan adoptif, seperti kajian model kolitis pemindahan adoptif dan tumor singeneik untuk penyelidikan imuno-onkologi. Taconic menawarkan tikus BALB/c Bebas Kuman sebagai produk lambak, dengan kohort kajian tersedia untuk dihantar ke seluruh dunia dengan segera.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10002

Thursday, May 4, 2017

ANUGERAH PELARIAN SHARJAH MENGIKTIRAF PENCAPAIAN YAYASAN KEMANUSIAAN YAMAN DENGAN USD 100,000

ANUGERAH PELARIAN SHARJAH MENGIKTIRAF PENCAPAIAN YAYASAN KEMANUSIAAN YAMAN DENGAN USD 100,000

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN KIPAS HIASAN JEPUN DAN EROPAH

Jalin Kerjasama dengan Bandar Raya Kyoto dan Institut Penyelidikan POLA bagi Kecantikan dan Budaya

TOKYO, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun, yang terletak di Shinjuku, Tokyo, menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk “Keajaiban Ogi – Pameran Kipas Jepun & Eropah-” yang menonjolkan keindahan kipas hiasan Jepun, yang telah dibawa sehingga ke Eropah dan menjadi inspirasi bagi kipas-kipas yang digunakan oleh golongan wanita bangsawan di Eropah. Pameran ini adalah percuma dan diadakan pada Mei, 2017. Pelbagai jenis yang mencakupi kira-kira 50 kipas dipaparkan untuk memperlihatkan keindahannya yang menawan hati dan bagaimana ia telah menjadi barangan fesyen yang sangat popular di kalangan wanita bangsawan pada Zaman Rococo pada abad ke-18.

Kipas-kipas ogi dari Jepun yang akan dipamerkan adalah dipinjamkan dari Muzium Kyoto bagi Kraf Tradisional, Kipas Lipat Kyoto dan Persatuan Koperasi Komersil Kipas-kipas Bulat dan Pertubuhan bagi Warisan Kebudayaan, dan menggambarkan sejarah bagi kipas-kipas “Hi-ogi” Istana Maharaja  Jepun tradisional. Terdapat penjelasan mengenai pelbagai kegunaan kipas-kipas hiasan ini di dalam tarian Jepun tradisional dan monolog penceritaan rakugo. Tiga puluh kipas yang berbeza akan dipaparkan untuk menggambarkan kecantikan estetik bagi bentuk seni budaya Jepun ini.

Institut Penyelidikan POLA bagi Kecantikan dan Budaya akan meminjamkan kira-kira 20 kipas dari Barat ke pameran ini untuk menunjukkan keindahan dan nilai budaya bagi kipas-kipas yang digunakan oleh golongan wanita bangsawan semasa abad ke-18 hingga ke-20 di Eropah, yang telah diilhamkan oleh kipas-kipas "Ogi" dari Jepun. Kipas-kipas dalam pelbagai reka bentuk dan bahan termasuk yang dibuat daripada renda halus dan lutsinar yang digunakan dalam majlis perkahwinan, Kipas-kipas bersulam daun emas berbingkai yang bergaya gothik, kipas-kipas eksotik yang dibuat di China, dan kipas-kipas gaya seni nouveau yang dicipta untuk isi rumah bangsawan juga akan dipamerkan bersama-sama dengan penerangan mengenai sejarah mereka dan bagaimana bentuk seni itu berkembang mengikut masa. Kipas-kipas yang dipaparkan dalam pameran itu juga akan menyediakan kepada pengunjung dengan suatu rasa mengenai peranan mereka di dalam sejarah dan bagaimana mereka telah digunakan disebabkan oleh keindahan estetik mereka.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo, yang terletak di Shinjuku, Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan perkhidmatan yang unik yang membolehkan mereka untuk mengalami budaya Jepun, yang termasuk bilik-bilik bertemakan Hello Kittypengalaman memakai kimono perkahwinan, upacara minum teh, pengalaman ikebana dan banyak lagi.

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170502005725/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

INVIVOSCRIBE® TERIMA KELULUSAN FDA BAGI UJIAN DIAGNOSTIK PENDAMPING LEUKOSTRAT® CDX FLT3 MUTATION ASSAY UNTUK PEMILIHAN PESAKIT BAGI RYDAPT® DAN MERUPAKAN DIAGNOSTIK PENDAMPING PERTAMA UNTUK AML

INVIVOSCRIBE® TERIMA KELULUSAN FDA BAGI UJIAN DIAGNOSTIK PENDAMPING LEUKOSTRAT® CDX FLT3 MUTATION ASSAY UNTUK PEMILIHAN PESAKIT BAGI RYDAPT® DAN MERUPAKAN DIAGNOSTIK PENDAMPING PERTAMA UNTUK AML

​BIOTEKNOLOGI/TANAMAN DIUBAHSUAI GENETIK (GM) MELONJAK KE SATU PUNCAK BAHARU SEBANYAK 185.1 JUTA HEKTAR PADA 2016

Kawasan Global Melantun dari 2015 ketika Petani Terus Mengamalkan Tanaman Bioteknologi
 
BEIJING, 4 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perkhidmatan Antarabangsa bagi Pemerolehan Penggunaan Pertanian Bioteknologi (ISAAA) hari ini mengeluarkan laporan tahunan mereka yang menunjukkan peningkatan 110 kali ganda di dalam kadar penggunaan tanaman bioteknologi secara global dalam tempoh hanya 21 tahun selepas pengkomersilannya – berkembang dari 1.7 juta hektar pada tahun 1996 kepada 185.1 juta hektar pada tahun 2016. Laporan ISAAA, "Status Global mengenai Pengkomersilan Bioteknologi/Tanaman Diubahsuai Genetik (GM): 2016," terus menunjukkan manfaat jangka panjang berhubung tanaman bioteknologi bagi petani di negara-negara membangun dan negara perindustrian, dan juga pengguna mendapat manfaat daripada varieti komersil dan yang diluluskan baru-baru ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9991

Tuesday, May 2, 2017

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN PERAK TINGKATKAN EKSPORT PRODUK KRAFTANGAN

KUALA KANGSAR, 2 Mei (Bernama) - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Perak akan 
memperhebatkan  usaha meningkatkan pasaran eksport produk kraftangan termasuk labu 
sayong di negeri ini ke peringkat antarabangsa.

Pengarahnya, Mohd Yusof Abd Rani berkata langkah itu bertujuan meningkatkan 
pendapatan pengusaha kraftangan di Perak terutama dalam pembuatan labu sayong 
tradisional dan moden serta produk lain termasuk besi dan kraf tenunan.

Beliau berkata dalam memenuhi pasaran eksport tersebut, pihaknya memberi penekanan 
terhadap kualiti pengeluaran dan reka cipta ke arah ketahanan produk untuk memenuhi 
kehendak piawaian antarabangsa.

"Kita akan menyertai pameran kraf di Astana, Kazakhstan dan Frankfurt di Jerman dalam 
mempromosi produk kraftangan labu sayong dan porselin tahun ini.

"Selain itu, kita juga akan mengadakan promosi dengan kerjasama Strategi Lautan Biru 
Kebangsaan (NBOS) di dalam negara sempena Tahun Melawat Perak ," katanya pada sidang 
media ketika melawat ke pusat pembuat Labu Sayong di Kampung Kepala Bendang, Sayong 
di sini hari ini.

Lawatan itu turut disertai 15 pelancong dari Tourism Malaysia Brunei, media dan 
Agensi Pelancongan Brunei  sempena program ''Fam Trip Discover Perak World Of Wonders 
2017''.

Mohd Yusof berkata pihaknya telah mengeksport kira-kira 2,000 biji labu sayong ke 
luar negara tahun lepas.

Dalam pada itu, katanya Projek Kraf Kampungku (KKK) di sini merupakan inisiatif  
untuk meningkatkan keupayaan dan pengukuhan usahawan melalui pembangunan produk dan 
meningkatkan kemahiran produktiviti.

Beliau berkata pembangunan itu digarapkan melalui keunikan produk, sejarah, budaya 
dan identiti sesuatu tempat sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk 
tempatan.

"Melihat kepada warisan dan kesenian yang ada di sini seperti labu sayong, produk 
besi, kraf tenunan dan sebagainya, kami yakin daerah ini berpotensi untuk menjadi 
pusat kraftangan terkemuka dan destinasi pelancongan utama di Malaysia," katanya.

Menurutnya, terdapat 99 usahawan kraf seramik yang bergiat aktif di sini dengan 61 
daripadanya merupakan usahawan produk labu sayong.

Sementara itu, pelancong Brunei Roslinah Sabtu, 51, berkata pembuatan labu sayong di 
sini amat unik kerana masih menggabungkan teknik tradisional.

"Budaya tradisional ini masih ada walaupun penggunaan cara moden sudah bertapak di 
sini," katanya yang pertama kali melawat ke pusat berkenaan.

Mohd Rakin Meludin, 26, pula berkata beliau tertarik dengan teknik pembuatan labu 
sayong sejak dari awal  hingga akhir kerana ia menarik dan unik.

-- BERNAMA