Wednesday, October 3, 2018
Tuesday, October 2, 2018
BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH MENGADAKAN PERAYAAN KEBUDAYAAN UNTUK MEMPERINGATI PAKAR STRATEGI KETENTERAAN KUNO
XIANGYANG, China, 1 Okt, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
Xiangyang, sebuah bandar raya di wilayah Hubei di China tengah, yang terkenal dengan pakar strategi ketenteraan yang terkenal Zhuge Liang semasa tempoh Tiga Kerajaan (220-280), telah mengadakan sebuah perayaan pelancongan kebudayaan dari 7 September, yang menampilkan budaya bersejarah yang kaya dan pemandangan sungguh indah bandar raya itu, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Xiangyang CPC.
Perayaan selama satu bulan itu termasuk pameran seni, satu kejohanan dunia motobot Formula 1, sebuah pertandingan daun terup, satu pertandingan belon udara dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan Zhuge Liang, yang menarik pelancong dari China dan luar negara.
Inovasi telah diadakan melalui semua aktiviti tersebut. Gabungan budaya, pelancongan dan sukan mengumpulkan sumber-sumber bandar raya itu menjadi suatu mod pelancongan semua untuk satu. Gabungan sebuah persidangan media, lawatan ke lapangan dan sebuah pameran berhubung komoditi pelancongan telah memberikan suatu paparan keseluruhan mengenai daya tarikan pelancong yang begitu banyak. Liputan media baharu dalam talian dan luar talian bagi perayaan itu telah membawa jumlah penonton yang lebih besar.
Ciri-ciri tempatan juga telah diserlahkan semasa acara tersebut. Di samping pelbagai gala yang menggabungkan elemen-elemen warisan budaya, sebuah pameran kaligrafi berhubung ahli kaligrafi kuno yang terkenal Mi Fu juga menarik banyak peminat. Pertandingan sukan seperti motobot dan belon menyajikan bahagian paling indah bagi bandar raya purba itu dari segi air dan udara.
Liputan semua media adalah satu lagi aspek baik dalam perayaan tahun ini. Kejohanan dunia motobot Formula 1 telah menjadi acara sukan peringkat tinggi global yang pertama yang pernah dianjurkan di bandar raya berusia 2,800 tahun itu. Berdozen saluran media di peringkat nasional dan laman web menyiarkan secara langsung acara sukan itu. Pertandingan belon udara panas juga telah dipaparkan di televisyen negeri. Lebih 80 juta orang telah menonton pertunjukan secara langsung mengenai upacara pembukaan perayaan itu.
Penyertaan yang luas oleh penduduk tempatan boleh dilihat di mana jua. Sebanyak 13 gala di dataran awam dan komuniti bukan sahaja menarik jumlah penonton yang besar, tetapi juga menarik ramai orang untuk tampil di pentas. Pekerja model, warganegara kehormat dan rakyat biasa telah dijemput untuk menyaksikan permainan sukan peringkat tinggi itu dan juga menaiki belon udara panas untuk mengalami pembangunan budaya yang telah dicapai oleh bandar raya itu sejak beberapa tahun yang lampau.
Organisasi saintifik dan pengurusan ketepatan adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perayaan. Dianggarkan lebih 100,000 orang telah menyaksikan permainan motobot dan belon udara itu, yang memberikan tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap keselamatan dan lalu lintas. Pihak berkuasa polis, trafik, pengurusan bandar, bekalan tenaga dan telekomunikasi telah diselaraskan dengan sempurna untuk memastikan sambutan yang licin dan hangat.
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Xiangyang CPC
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11470

Monday, October 1, 2018
"ANUGERAH SUMBANGAN REKA BENTUK HIJAU DUNIA": LUMY HOUSE DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA
BRUSSELS, 1 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada 27 September 2018, Sidang Kemuncak Brussels Forum Reka Bentuk Hijau Dunia & Majlis Anugerah Sumbangan Reka Bentuk Hijau Dunia ke-8 telah diadakan di Parlimen Eropah di Brussels, Belgium mengikut jadual. Tema Sidang Kemuncak itu adalah "Reka Bentuk Hijau Memudahkan Pembangunan Hijau Global" dan Majlis Anugerah Sumbangan Reka Bentuk Hijau Dunia dan Majlis Anugerah Bandar Raya Pelancongan/Tempat Indah Hijau China-EU juga telah diadakan untuk memberi penghormatan kepada golongan profesional dan kumpulan profesional yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang kepada persekitaran kehidupan manusia dengan reka bentuk hijau. Di antara mereka, Lumy House memenangi Anugerah Sumbangan Reka Bentuk Hijau Dunia ke-8. Menurut laporan, Kumpulan Haier, Coca-Cola, Huawei dan perusahaan terkenal yang lain telah dianugerahkan dengan penghormatan ini sebelum ini.
Lumy House yang memenangi anugerah itu berjaya sepenuhnya menunjukkan pencapaian cemerlang dan kepentingan utama dalam penyelesaian bangunan masa depan oleh Lumy House dalam bidang pemuliharaan tenaga dan perlindungan alam sekitar bagi bangunan rumah dan Lumy House telah diiktiraf oleh badan-badan berwibawa antarabangsa. Dilaporkan bahawa Lumy House adalah pembekal produk dan perkhidmatan domestik bersepadu yang pertama yang memberi tumpuan kepada menyediakan pengguna dengan perabot hijau dan barangan isi rumah ekologi dan sentiasa menggunakan kuasa saintifik dan teknologi yang canggih untuk mengintegrasikan estetika moden, semangat ketukangan, penempatan ekologi manusia dan konsep-konsep lain ke dalam produk dan perkhidmatan mereka dengan standard dan perspektif bertaraf antarabangsa.
Sumber: Lumy House
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=320734
--BERNAMA

PERTUMBUHAN SERANTAU YANG KUKUH DALAM PERMINTAAN UNTUK PENDIDIKAN PENGURUSAN SISWAZAH
Rantau Asia-Pasifik, Kanada dan Eropah Menyaksikan Keuntungan; Ekonomi Kukuh dan Kegawatan Politik Terus Beri Impak Angka A.S.
RESTON, Va., 1 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Secara keseluruhan, permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017 menurut dapatan Tinjauan Trend Aplikasi Tahunan dari Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah. Permohonan ke program institut perniagaan di pasaran Asia-Pasifik, Eropah dan Kanada adalah lebih dari tahun 2017 manakala program di Amerika Syarikat melaporkan penurunan dalam jumlah.
Selain jenis program institut perniagaan siswazah—termasuk MBA, sarjana perniagaan, dan program PhD—kebanyakan program di Asia Pasifik, Kanada dan Eropah menerima lebih banyak permohonan berbanding tahun lepas. Pertumbuhan di rantau Kanada dan Eropah sebahagian besarnya diperoleh daripada peningkatan dalam permohonan antarabangsa, sementara pertumbuhan domestik mencetuskan peningkatan di Asia Pasifik.
Pertumbuhan serantau yang kukuh dalam jumlah permohonan merentas semua jenis program telah diimbangi oleh penurunan di Amerika Syarikat. Program di Asia-Pasifik meningkat 8.9%, Kanada mengalami pertumbuhan 7.7%, dan Eropah dengan kenaikan permohonan sebanyak 3.2% dalam semua jenis program.
Amerika Syarikat mengalami penurunan hampir 7%, termasuk penurunan 1.8% dalam jumlah permohonan domestik dan penurunan 10.5% dalam jumlah antarabangsa untuk semua jenis program.
“Permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil tahun demi tahun,” ujar Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Walau bagaimanapun, terdapat variasi serantau yang ketara. Program-program bukan A.S. terus berkembang, menonjolkan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang lebih baik di luar Amerika Syarikat.”
“Beberapa faktor dapat membantu menjelaskan kelambatan dalam permintaan institut perniagaan A.S.,” ujar Chowfla lagi. “Kadar pengangguran yang rendah bermakna profesional muda mempunyai kos peluang yang lebih tinggi untuk meninggalkan pekerjaan mereka dalam mengejar ijazah lanjutan. Ditambahkan lagi dengan suasana politik Amerika yang mengganggu dan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang luar biasa di luar negara sepanjang dekad yang lalu, seseorang boleh mula memahami sebab permintaan di Amerika Syarikat telah menurun daripada jumlah permohonan rekod yang tinggi di beberapa institut.
Mobiliti Pelajar Kekal Penentu Utama
Keupayaan untuk menarik perhatian calon terbaik bakat antarabangsa terus menjadi penentu penting kepada jumlah permohonan keseluruhan program. Pada tahun ini, 65 peratus program Kanada dan 63 peratus program Eropah melaporkan peningkatan dalam permohonan antarabangsa pada tahun 2017. Kebanyakan permohonan yang diterima oleh program Kanada dan Eropah pada tahun ini adalah daripada pemohon antarabangsa.
Kebanyakan program di Amerika Syarikat dilaporkan permintaan menurun kerana pelajar bukan A.S. terus mengenal pasti peluang pendidikan dan profesional yang menarik di tempat lain. Jumlah permohonan daripada calon domestik untuk program di A.S. juga berkurang pada tahun ini, dengan hanya 4 dalam 10 pertumbuhan laporan dalam jumlah permohonan domestik.
“Akses adalah isu penting yang dihadapi oleh pendidikan tinggi,” ujar Bill Boulding, dekan Sekolah Fuqua Duke University dan pengerusi lembaga pengarah GMAC. “Penunjuk ekonomi di A.S. kuat, tetapi jika kita ingin mengekalkan pertumbuhan dan produktiviti sedemikian kita perlu membolehkan orang dari kawasan dan latar belakang yang berbeza untuk belajar dan bekerja di lokasi yang mereka inginkan. Jika itu tidak berlaku, kita bukan sahaja mengehadkan kemungkinan individu, tetapi juga kemakmuran ekonomi yang berterusan di A.S. dan pertumbuhan di seluruh dunia.”
Program MBA dan Sarjana Perniagaan
Program dua tahun MBA sepenuh masa, masih merupakan jenis program yang paling dituntut. Secara keseluruhan, program MBA dan sarjana perniagaan melaporkan jumlah permohonan yang sama pada tahun 2018 berbanding dengan tahun lepas.
Sebahagian besar program Sarjana Pengurusan dan Sarjana Kewangan Eropah melaporkan pertumbuhan dalam permintaan. Peluang yang cerah bagi program A.S adalah program Sarjana Analisis Data, sebahagian besarnya melaporkan peningkatan jumlah permohonan tahun ini. Bertentangan dengan trend keseluruhan, lebih banyak program Sarjana Analisis Data AS melaporkan pertambahan permohonan antarabangsa berbanding pertambahan permohonan domestik pada tahun 2018.
Penemuan Penting Tambahan

- GMAC menjalankan Tinjauan Trend Permohonan tahunan ke-19 dari awal bulan Jun hingga pertengahan bulan Julai 2018.
- Penemuan tinjauan itu adalah berdasarkan respons daripada 1,087 siswazah program perniagaan di 363 universiti di seluruh dunia.
- Program yang mengambil bahagian terletak di 44 buah negara, termasuk 43 negeri dan District of Columbia.
- Program yang mengambil bahagian, termasuk MBA, sarjana perniagaan, dan program peringkat kedoktoran, menerima sejumlah 466,112 permohonan semasa pusingan permohonan 2018.
- Sembilan dalam 10 program yang mengambil bahagian melaporkan bahawa pemohon tahun ini adalah sama atau lebih layak secara akademik daripada calon tahun lepas.
Mengenai GMAC
Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC) adalah sebuah persatuan bukan untung institut perniagaan siswazah terkemuka di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi institut perniagaan dan calon untuk meneroka, menilai dan berhubungan antara satu sama lain dengan lebih baik. Kami bekerja bagi pihak institut dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah, serta membimbing calon-calon dalam perjalanan mereka menuju ke arah pendidikan tinggi, demi memastikan tidak ada bakat yang disia-siakan.
GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan profesional dan penilaian untuk industri, yang direka untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah® (GMAT®) merupakan penilaian institut perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan, diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuk peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk memasuki program pengurusan siswazah di India, Afrika Selatan, dan Filipina, dan Penilaian Eksekutif (EA), direka khusus untuk program Eksekutif di seluruh dunia.
Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat pemadanan Carian Sekolah dan pangkalan data Carian Kemasukan Pengurusan Siswazah Service® (GMASS®), padanan calon dan institut perniagaan.
GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja kami, sila lawati www.gmac.com.
Hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com
Infographics accompanying this announcement are available at
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a608948c-e577-433e-bd7f-58e3f513f909
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/577b04a2-ef19-4c7b-8ceb-f5e46f11b012
SUMBER : Graduate Management Admission Council
MYCREATIVE LANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ARTISTREET
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- MyCreative Ventures Sdn Bhd
(MyCreative) telah melanjutkan tarikh akhir untuk penyerahan penyertaan
pertandingan persembahan jalanan terbaik Malaysia 'ARTISTREET' hingga 5 Okt
2018.
ARTISTREET
adalah inisiatif MyCreative untuk membuka peluang kepada komuniti seni serta
menyediakan platform untuk pakar industri menemui bakat baru.
Ia juga
bertujuan mempromosikan lebih banyak bentuk seni persembahan dan menggalakkan
ekspresi belia secara kreatif.
Penari,
pemuzik, pelawak, pemain teater, pelakon bisu, pelakon aksi penimbang, aksi
gimnas, ahli akrobat, pejalan kaki tali tegang, dalang, ahli silap mata,
pengamal seni mempertahankan diri dan bakat jalanan lain dialu-alukan untuk
mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
"Penyertaan
boleh samada individu atau kumpulan. Peserta individu mestilah rakyat Malaysia.
Bukan warganegara boleh turut menyertai dalam persembahan kumpulan bersama
dengan peserta Malaysia. "Tiada batasan umur, tetapi anak-anak di bawah
umur mesti mempunyai persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka," kata
MyCreative dalam satu kenyataan.
Tempoh
persembahan mestilah antara lima hingga 10 minit dan kandungan persembahan
mesti bebas dari unsur-unsur sensitif.
Persembahan
dalam bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris memerlukan penterjemah
dengan kos artis itu sendiri.
Hadiah wang
tunai sebanyak RM18,000 disediakan untuk lima pemenang teratas. Para pemenang
akan turut berpeluang mengadakan persembahan secara langsung di salah satu
festival seni paling popular di ibu kota.
Pemohon yang berminat mesti
menghantar penyerahan mereka sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Maklumat
lanjut boleh diperolehi di http://www.mycreative.com.my/news_events/artistreet.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)