Tuesday, January 8, 2019

PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2019

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2019 telah dimuat naik pada Portal Rasmi LHDNM sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata mereka pada tahun ini. Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut :

I.  Layari laman Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my  

II. Klik menu Borang > submenu Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2019

III. Atau capaian pantas di pautan :
 
http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2019_1.pdf (Bahasa Melayu)

http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2019_2.pdf (English)

Orang ramai dan pembayar cukai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2019 ini boleh menghubungi Hasil Careline di talian 1-800-88-5436 untuk penjelasan.

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

Monday, January 7, 2019

LEDDARTECH MENANDATANGANI NAGASE CO. LTD SEBAGAI PENGEDAR EKSKLUSIF UNTUK JEPUN

LeddarTech memilih Nagase  Co. Ltd. sebagai pengedar produk LiDAR mobiliti di Jepun mulai hari ini. Acara kerjasama pertama akan diadakan di CAR-ELE-JAPAN, Tokyo pada 16-18 Januari 2019 di mana mereka akan mempersembahkan teknologi LiDAR keadaan pepejal LeddarTech kepada industri automotif.



BANDAR QUEBEC, 7 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih Nagase & Co. Ltd. Sebagai pengedar penyelesaian LiDAR keadaan pepejal untuk ADAS dan kenderaan berautonomi di Jepun.

“Kami berbangga untuk mewakili teknologi LiDAR LeddarTech yang berwawasan di Jepun,” kata Koichi Kawahito, Pengarah Bahagian untuk bahagian Elektronik Automotif di Nagase. Beliau menambah: “Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawa tawaran LiDAR automotif berbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat 1, yang sejajar dengan misi Nagase untuk mengembangkan perniagaan automotifnya kepada pengedaran komponen dan sistem dan juga menawarkan perkhidmatan perisian dan rekaan untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka manusia-mesin.”

Memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada awal bulan Disember. Nagase akan mengendalikan promosi dan jualan di Jepun untuk LCA2 LeddarEngine dan LCA3 LeddarEngine LeddarTech, iaitu teras LiDAR keadaan pepejal bersepadu yang terdiri daripada sistem pada cip (SoC) LeddarCore dan digandingkan dengan perisian pemproses isyarat LeddarSP. Selain itu, Nagase juga akan menyediakan sokongan produk pertama berkualiti tinggi kepada pelanggan tempatan.

“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan pengedar bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd.,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech.

Charles Boulanger, CEO LeddarTech menambah: “Kami mahu membawa nilai kepada pelanggan mobiliti kami di Jepun dengan model perniagaan kami yang tersendiri yang berdasarkan platform pembangunan LiDAR yang komprehensif. Platform ini memberi keupayaan kepada pembekal Peringkat 1 untuk mereka dan menghasilkan penyelesaian LiDAR disesuaikan bergred automotif, berprestasi tinggi dan jimat kos secara besar-besaran untuk kes penggunaan automotif paling mencabar.”   

Hadir di CAR-ELE-JAPAN – Januari 2019
Kerjasama erat LeddarTech dan Nagase akan dipersembahkan di CAR-ELE-JAPAN, dari 16 hingga 18 Januari 2019 di Tokyo, Jepun. Di petak nombor E47-002, mereka akan bersama-sama membentangkan dan mendemonstrasikan penyelesaian LiDAR keadaan pepejal Flash 3D berdasarkan LCA2 LeddarEngine.

Pertunjukan CAR-ELE JAPAN menyatukan teknologi elektronik automotif, seperti komponen, bahan, perisian, kelengkapan pengilangan, teknologi ujian dan sebagainya. Acara ini bakal menarik OEM dan pembekal Peringkat 1 dan telah menjadi acara yang wajib dihadiri oleh para profesional industri automotif.

Perihal Nagase 
Nagase & Co., Ltd. adalah firma perdagangan bahan kimia yang ditubuhkan di Kyoto, Jepun pada 1832. Kumpulan Nagase bermula sebagai ejen jualan khusus yang mendapatkan kontrak eksklusif untuk menjual produk peneraju industri dari seluruh dunia di Jepun. Bertahun-tahun kemudian, syarikat tersebut telah menggunakan teknologi dan kepakaran pengumpulan maklumat—serta rangkaian globalnya—untuk menukar perniagaannya menjadi model hibrid yang menawarkan pengilangan, pemprosesan, fungsi R&D dan juga perkhidmatan syarikat perdagangan yang unggul. 

Jabatan Penyelesaian Automotif telah lama menyediakan bahan dan bahagian dengan fungsi yang tinggi kepada industri automotif dan kini fokus untuk memberikan teknologi terbaru kepada pasaran demi menghasilkan masyarakat mobiliti yang lebih selamat dan selesa.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.nagase.co.jp/english

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform pembangunan LiDAR auto dan mobiliti yang paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsi yang digunakan di samping perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.leddartech.com dan di LinkedIn, Twitter, Facebookdan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com 

SUMBER : LeddarTech inc.

​TEKNOLOGI FNIR BAHARU MENDEDAHKAN AKTIVITI OTAK DENGAN PENGIMEJ BERKUASA UNTUK SITUASI DUNIA NYATA

​TEKNOLOGI FNIR BAHARU MENDEDAHKAN AKTIVITI OTAK DENGAN PENGIMEJ BERKUASA UNTUK SITUASI DUNIA NYATA

Saturday, January 5, 2019

LANTRONIX MENGEMBANGKAN PERKONGSIAN DENGAN INGRAM MICRO DI CHINA

IRVINE, Calif., 4 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. ( “Syarikat”) (NASDAQ: LTRX), penyedia global dalam akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk Internet Benda (IoT) industri hari ini mengumumkan penambahan hubungan saluran baharu yang menyokong rantau Asia Pasifik & Jepun (APJ).

Syarikat telah menandatangani perjanjian pengedaran baharu dengan Ingram Micro Inc., penyedia borong global untuk produk teknologi dan perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan. Menurut syarat perjanjian baharu tersebut, Ingram Micro Inc. akan menyediakan logistik lanjutan, penghantaran produk dan perkhidmatan pengedaran untuk gerbang peranti IoT luaran dan penyelesaian pengurusan IT Lantronix di China.

"Sebagai peneraju yang telah menyediakan penyelesaian IT dipacu pengetahuan kepada pasaran China sejak 1997, Ingram Micro berbangga dalam mengadakan perkongsian dengan jenama yang mantap seperti Lantronix,” kata Patrick Shao, naib presiden dan pengarah urusan Ingram Micro PRC. “Kami teruja untuk menambah portfolio penyelesaian industri dan rangkaian Lantronix yang inovatif ke barisan produk terbaik kami."

“Kami berbangga untuk menambah Ingram Micro ke senarai rakan kongsi Asia Pasifik Lantronix yang sentiasa berkembang,” kata Kevin Yoder, naib presiden jualan Lantronix. “China mewakili pertumbuhan pasaran untuk kami, dan perkembangan perkongsian kami dengan Ingram Micro akan membolehkan kami meluaskan capaian dan menyokong pelanggan baharu dengan penyelesaian pengurusan IT dan IoT peneraju industri kami.”

Perihal Lantronix 
Lantronix, Inc. ialah penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan aset Internet Benda (IoT). Misi kami ialah untuk menjadi pembekal peneraju penyelesaian IoT yang membolehkan syarikat lain memudahkan penciptaan, pelancaran dan pengurusan projek IoT secara dramatik sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan orang ramai.

Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam mencipta teknologi mesin ke mesin (M2M) yang kukuh, Lantronix ialah inovator dalam membolehkan pelanggan kami membina model perniagaan yang baru dan menyedari kemungkinan Internet Benda. Penyelesaian sambungan kami dilancarkan dalam berjuta-juta mesin yang berfungsi untuk pelbagai jenis industri, termasuk industri, perubatan, keselamatan, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.
Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video YouTube kami di www.youtube.com/user/LantronixInc atau hubungi LinkedIn kami di www.linkedin.com/company/lantronix.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11762

PUSAT PERDAGANGAN BAGI PRODUK PERTANIAN TROPIKA ANTARABANGSA HAINAN DILANCARKAN DI HAIKOU

HAIKOU, China, 4 Jan., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pusat perdagangan bagi produk pertanian tropika antarabangsa Hainan telah dilancarkan di Haikou, ibu negara bagi Wilayah Hainan di Selatan China pada 18 Disember, 2018.

Pada hari yang sama, indeks harga siri getah asli Xinhua-HSF telah dikeluarkan, yang terdiri daripada indeks harga susu getah pekat, indeks harga getah standard (TSR20), indeks harga getah bercampur (20#), dan indeks harga susu getah medan.

Siri indeks itu, yang dikumpulkan secara bersama oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di Agensi Berita Xinhua dan Hainan State Farms Investment Holdings Group Co., Ltd (HSF), adalah sistem indeks harga pertama China yang menggabungkan pengeluaran dan penjualan getah.

Pengeluaran indeks harga bersiri seperti itu dijangka akan terus meningkatkan populariti produk pertanian antarabangsa Hainan, seperti susu getah medan, di dalam negeri dan di luar negara, dan mengembangkan pengaruh antarabangsa bagi HSF.

Su Huizhi, naib presiden bagi CEIS berkata bahawa indeks harga siri getah asli merealisasikan gabungan data besar dan industri-industri yang berkaitan, yang akan secara beransur-ansur membentuk satu penanda aras nilai yang boleh dipercayai untuk getah asli dengan mengumpul dan memperhalusi sejumlah besar data pasaran untuk meningkatkan kecekapan dan kredibiliti urus niaga.

Pada masa ini, HSF telah mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang meluas dengan negara-negara di sepanjang laluan Belt and Road, termasuk Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja dan Sierra Leone, dan menjadi syarikat multinasional pertama di dunia dengan kawasan terbesar bagi penanaman getah dan volum perdagangan. Setakat ini pada tahun 2018, pendapatannya di luar negara telah menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

Yang Sitao, Pengerusi HSF berkata bahawa pusat perdagangan untuk produk pertanian tropika antarabangsa Hainan akan terus mempertingkatkan mekanisme perdagangan, mengukuhkan pembinaan platform digital, dan mengoptimumkan cara perkhidmatan, agar dapat memperkenalkan lebih banyak produk pertanian tropika dari Hainan dan negara-negara luar negara ke platform untuk perdagangan.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11765

Thursday, January 3, 2019

UNIVERSITI ZHEJIANG MENDEFINISIKAN SATU ERA BAHARU UNTUK PENDIDIKAN ANTARABANGSA

HANGZHOU, China, 3 Jan., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Konsensusnya adalah jelas. Javid, Maddelena dan Xihang Wu bercakap tidak henti-henti mengenai pengalaman mereka menjalani kehidupan sebagai pelajar di Kampus Antarabangsa Haining yang sangat mengagumkan di Universiti Zhejiang, yang dibuka pada tahun 2016 dan telah menetapkan satu templat baharu yang revolusi untuk akademik moden.

"Ia sangat unik di sini," kata Javid yang berusia 23 tahun, yang berasal dari Azerbaijan dan sedang berada dalam tahun kedua beliau mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam Pengajian China. "Segala-galanya telah diambil pertimbangan ketika mereka membina kampus antarabangsa ini; kemudahannya benar-benar moden dan direka dengan cara yang menyokong kehidupan akademik dan sosial kami. Manusia dari mana sahaja di dunia boleh berasa selesa tinggal di sini."

Pelajar-pelajar merujuk kepada sebuah perpustakaan yang besar, sebuah gimnasium, sebuah bilik muzik, bilik-bilik bacaan dan satu rangkaian luar kurikulum yang berkembang ketika mereka membincangkan kebaikan berhubung persekitaran mereka, dan Maddelena, yang telah mempelajari bahasa dan budaya China dan seorang pertukaran pelajar dari Itali, menegaskan "ia adalah sangat mudah untuk hidup di sini, segala-galanya telah disediakan".

Perbualan beralih kepada pendidikan mereka dan pujian itu meningkat setakuk. "Saya seorang rakyat China dan saya datang ke sini ke satu daripada universiti terulung di negara ini kerana program pemberian ijazah berganda," kata Xihang. "Saya sentiasa percaya bahawa jika anda selalu mencabar diri anda, anda akan mendapat lebih banyak peluang. Kampus ini telah memberikan saya banyak peluang. Saya berasa kami telah diberikan peluang untuk mengejar impian kami di sini, dan mungkin menjadi pemimpin pada masa depan."

Maddelena menambah bahawa beliau merasa lebih dicabar berbanding sebelum ini. "Di sini kami terlibat di dalam lebih banyak perbincangan dan kami membaca banyak pendapat cendekiawan yang berbeza. Ia memberikan saya keupayaan untuk melibatkan diri dalam perbahasan yang lebih meluas dan untuk menyokong idea-idea saya – ia juga mempersiapkan saya untuk kehidupan di luar universiti."

Perkongsian perintis di antara Zhejiang dan beberapa universiti terkemuka di dunia telah membantu menjadikan Universiti Zhejiang sebagai satu daripada universiti yang paling menarik di China untuk bakat-bakat pendidikan global di China. Kampus antarabangsa itu adalah tuan rumah kepada Universiti Zhejiang-University of Illinois Urbana-Champaign Institute dan Universiti Zhejiang-University of Edinburgh Institute.

"Apa yang kami tawarkan kepada pelajar di sini adalah unik; kursus-kursus, pendidikan dan kolej kediaman. Ini adalah satu keseluruhan model pendidikan yang baharu, kerjasama di antara universiti-universiti terkemuka dan pengantarabangsaan. Kami membawa idea-idea baharu bersama-sama dari budaya yang berbeza di dalam perkongsian kami," kata Er'ping Li, Dekan bagi ZJU-UIUC Institute.

"Kerjasama kami adalah satu perkongsian dua buah universiti untuk mahasiswa/mahasiswi dan graduan. Mahasiswa/mahasiswi boleh memperolehi dua ijazah -- satu dari ZJU dan satu lagi dari UoI. Kami telah bersama-sama membangunkan program dan model pendidikan baharu,  oleh itu kami mempunyai kursus-kursus di sini yang unik kepada perkongsian ini. Masa hadapan adalah mencabar, ia tidak berjaya hanya untuk menyelesaikan satu masalah di dalam satu bidang, anda perlu memahami lebih daripada satu bidang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, pelajar-pelajar mengikuti sebuah program pelbagai disiplin, dan bukannya hanya satu laluan tunggal. Kami melatih pelajar-pelajar untuk keperluan masa hadapan."

Pelajar-pelajar di Universiti Zhejiang juga berkemungkinan mendapati mereka boleh mendapat manfaat daripada kekuatan ekonomi dan keinginan untuk inovasi oleh China, menurut Profesor Susan Welburn, Dekan Eksekutif bagi Universiti Zhejiang-University of Edinburgh Institute.

"Jika anda mahukan satu pendidikan yang berkualiti baik dalam sebuah persekitaran yang selamat, bersemangat, dan terutamanya jika anda mahu menjadi seorang inovator, maka China adalah sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi," kata beliau. "Terdapat pelbagai urus janji bandar raya di mana sahaja di China, oleh itu jika anda mempunyai idea yang baik untuk tahun akhir anda atau pengajian lepasan ijazah kemudian anda mempunyai peluang untuk memperolehi wang bagi anda membawa idea itu dan berusaha dengan konsep yang berinovatif itu. Ia sangat menarik bagi sebahagian besar daripada pelajar yang datang ke sini, dan kami berhasrat untuk menjadi sebuah inkubator untuk membangunkan evolusi bagi golongan muda."

Menggambarkan peluang-peluang yang ditawarkan di Universiti Zhejiang, Profesor Welburn berkata, "Jika saya mempunyai peluang itu sekarang, saya akan belajar di sini! Mendapat peluang untuk belajar di dua buah universiti yang terbaik di dunia dan dapat untuk memiliki pengalaman yang mendalam di dalam sebuah budaya yang berbeza ketika anda sedang belajar, saya fikir itu adalah satu peluang yang luar biasa bagi kedua-dua pihak -- untuk pelajar yang mahu datang ke sini dan terlibat di dalam sebuah persekitaran antarabangsa dan juga bagi pelajar antarabangsa yang ingin memperolehi segulung ijazah selepas 4 tahun dan suatu pengalaman yang mendalam di China dengan kelancaran berbahasa Mandarin. Apa yang tidak disukai? Dan jika anda mahu menjadi seorang pemain di dalam inovasi dan penyelidikan global, anda tidak boleh mengabaikan kebangkitan China."
 
SUMBER: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=327450

--BERNAMA